Jumaat, 4 Mac 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pengundi Umno bosan sikap Jabatan Kebajikan Masyarakat

Posted: 03 Mar 2011 07:53 PM PST


Sepatutnya Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat diarahkan cari dan bantu orang susah. Tapi di Rembau sekarang ini Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat diarahkan untuk MENYIASAT apa yang diajar di PASTI-PASTI di Rembau terutama di DUN Chembong dan DUN Kota , Negeri Sembilan. INGAT jangan sampai Pengundi Umno bosan dengan JKM dan Umno, macam pakcik di bawah ini.

Ingat Pengundi Rembau masih ingat lagi JANJI Umno untuk bina Hospital di Rembau semasa pilihanraya umum 2008 di http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Kita akan taburkan seluruh REMBAU gambar JANJI UMNO UNTUK BINA HOSPITAL DI REMBAU. Jihad membantu orang OKU, Mat Burger, Peniaga Lemang, Peniaga Pasar Malam bermula di REMBAU !!!

JKM BERSIKAP 'MAIN TARIK TALI'
Sinar Harian 4 Mac 2011

SEREMBAN – Sepatutnya pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) datang ke rumah membuat siasatan terhadap permohonan bantuan Japri Kassim, 55, untuk anak saudaranya, Nik Airani Suraya Nik Roselan, 12, yang juga orang kurang upaya (OKU) tetapi amat dikesali dengan hanya membuat panggilan telefon, JKM terus menolak permohonannya itu.

Alasan diberikan, bapa kepada empat anak ini mempunyai pendapatan keluarga lebih daripada hak kelayakan sedangkan permohonan itu dibuat untuk anak saudaranya.

Malah permohonannya mendapatkan kad OKU pada awal Januari lalu juga masih tidak diketahui statusnya walaupun segala dokumen yang diminta sudah dihantar.

"Sepatutnya pihak JKM datang ke ke rumah melihat sendiri keadaan anak saudara saya tetapi pegawai yang dipertanggungjawabkan sekadar telefon untuk mendapatkan maklumat.

"Isteri saya sudah buat permohonan sejak tahun lalu dan pihak berkenaan kata, November nak datang buat siasatan tetapi sampai sekarang tak datang," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seremban Jaya, dekat sini.

Menurutnya, terbaru adik iparnya ada menghubungi pihak JKM untuk mendapatkan status sebenar permohonan namun pegawai JKM yang dipertanggungjawabkan memaklumkan permohonan diterima tetapi status tidak diketahui, sementara permohonan kad OKU pula tidak mempunyai rekod.

Japri berkata, jika permohonannya ditolak, sepatutnya pihak JKM sudah memaklumkan ia gagal.

"Permohonan ini untuk anak saudara saya yang terlantar di rumah sejak kecil kerana menghidap penyakit celebral hydrocaepulus.

"Saya dan isteri bersedia ambil tanggungjawab menjaganya kerana emaknya ibu tunggal dan kini bekerja di Kuala Pilah," katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia memang tidak pernah ambil tahu mengenai bantuan disediakan untuk golongan OKU dan perlunya mendaftar.

"Bagaimanapun, ada rakan dan pemimpin masyarakat yang memaklumkan bantuan disediakan untuk golongan berkenaan.

"Saya bukannya mahu besarkan isu menggunakan saluran media untuk melaporkan masalah dihadapi tetapi kecewa kerana JKM seolah-olah menafikan hak yang sepatutnya diberi untuk OKU," katanya.

Japri berkata, jika bantuan JKM diterima, sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban ibu kanak-kanak terbabit.

"Ibunya setiap minggu ada datang menjenguk Airani dan dia juga bagi duit belanja. Anak saya pun ada membantu.

"Jika ada bantuan JKM, dapat juga beli kerusi roda, lampin pakai buang dan lain-lain," katanya.

Justeru Japri berharap, JKM tidak terus 'bermain tarik tali' berhubung status permohonan mendapatkan bantuan dan mendapatkan kad OKU untuk anak saudaranya itu.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8828052.asp

Seorang Peniaga Burger akan jatuhkan kerajaan Umno BN

Posted: 03 Mar 2011 03:54 PM PST


Jika di Tunisia hanya seorang penjual buah dan sayur boleh menjatuhkan Presidennya yang telah memimpin negara lebih 20 tahun, tidak mustahil di Malaysia, Umno yang lebih 50 tahun menerajui negara akan jatuh dengan hanya tindakan seorang peniaga burger. Kalau tidak peniaga burger, mungkin peniaga lemang di Sg Layang, Rembau, atau mungkin peniaga kuih di Taman Tuanku Jaafar, Seremban. Kita tengoklah nanti dan sama-sama berdoa.

Kisah bagaimana seorang penjual sayur telah menjatuhkan Presiden Tunisia pada bulan Januari 2011 di berikut http://amkns.blogspot.com/2011/01/presiden-tunisia-diguling-sebab-seorang.html


PENJUAL BURGER SUSAH NAK CARI MAKAN
Harian Metro 4 Mac 2011

Susah nak cari makan'

MAHAL...harga daging meningkat mendadak.

KUALA LUMPUR: "Harga minyak naik, harga barang pun naik, susah peniaga nak cari makan," keluh peniaga burger, Asraf Ahmad, 24 berikutan kenaikan beberapa harga barang yang memberikan kesan kepada perniagaan yang diusahakannya di sini.

Katanya, harga sedozen roti burger yang dibelinya sebelum ini RM9, namun baru-baru ini ia naik sehingga RM12.80 sedozen.

"Selain itu, harga sos, mayonis dan kicap turut mengalami kenaikan," katanya.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan di sini mendapati beberapa barang kegunaan harian mengalami kenaikan harga, malah ada beberapa barang makanan utama mengalami peningkatan harga sehingga menyebabkan peniaga serba salah untuk menaikkan harga.

"Payah sebab kami nak jaga pelanggan, tapi harga daging naik pula," kata Kamarulzaman Ghazali, 55, yang kini berada dalam dilema untuk menaikkan harga daging dalam pasaran.

Menurut Kamarulzaman, harga borong bagi sekilogram daging tempatan RM18 dan harga daging import antara RM12 hingga RM13, namun berlaku perubahan harga yang mendadak baru-baru ini.

"Harga baru kami terima dari pemborong semalam RM24.50 bermakna harga daging tempatan naik RM6.50," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, beberapa pelanggan yang ditemui berkata, kenaikan harga barang membebankan mereka. Menurut Rafei Jamil, 32, harga makanan mentah utama tidak perlu dinaikkan kerana ia akan membebankan.


"Sepatutnya harga makanan mentah seperti ayam, daging dan ikan tidak perlu naik kerana harga sekarang pun membebankan," katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2011030401494520110304014945/Article/index_html

Tiada ulasan: