MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
- Pengakuan Pengendali Laman UMNOReform - Juga Akui Bukan DSAI Dalam Video Seks Dato T!
- Video : AMK berhimpun bantah video seks
- Semuanya semakin terbongkar satu persatu..
- Video sudah sampai pada polis...tetapi pelakon doremonnn tu siapa !!!
Pengakuan Pengendali Laman UMNOReform - Juga Akui Bukan DSAI Dalam Video Seks Dato T! Posted: 25 Mar 2011 05:28 AM PDT Ketika Chegubard di hantar ke hadapan IJN untuk dijemput oleh bodyguard-bodyguard T Stooges, saya tidak sempat untuk turut bersama menemani chegubard ke IJN. Mungkin kerana kesuntukkan masa, chegubard telah terus dihantar oleh Sani dan Din Binjai ke hadapan IJN seperti yang dijanjikan. Kemudian barulah Sani menjemput saya di Lembah Pantai untuk sama-sama menunggu apakah kesudahan perjumpaan sulit chegubard. Saya difahamkan chegubard telah ditemani seorang rakan rapatnya yang juga seorang ahli UMNO dan saya juga saling mengenali dengan rakan tersebut. Ternyata nilai persabahatan itu sebenarnya tidak terkira walau merentasi batasan parti. Dan di bawah ini, adalah pengakuan terbuka rakan yang dimaksudkan di atas. Cuma dalam pengakuan di bawah, tidak dinyatakan asas pendirian rakan chegubard, samada mempercayai sosok yang berada di dalam video seks itu adalah Anwar Ibrahim atau sebaliknya. TETAPI, sewaktu ditanya oleh pemberita apakah pendirian rakan yang menemani chegubard, dengan yakin chegubard menjawab rakannya itu juga menyatakan pendirian bahawasanya beliau juga yakin bukan Anwar Ibrahim yang menjadi pelakon di dalam video seks tersebut. Ikuti pengakuannya di bawah; PENGAKUAN ANUAR MOHD NOR Ketika Chegubard di hantar ke hadapan IJN untuk dijemput oleh bodyguard-bodyguard T Stooges, saya tidak sempat untuk turut bersama menemani chegubard ke IJN. Mungkin kerana kesuntukkan masa, chegubard telah terus dihantar oleh Sani dan Din Binjai ke hadapan IJN seperti yang dijanjikan. Kemudian barulah Sani menjemput saya di Lembah Pantai untuk sama-sama menunggu apakah kesudahan perjumpaan sulit chegubard. Saya difahamkan chegubard telah ditemani seorang rakan rapatnya yang juga seorang ahli UMNO dan saya juga saling mengenali dengan rakan tersebut. Ternyata nilai persabahatan itu sebenarnya tidak terkira walau merentasi batasan parti. Dan di bawah ini, adalah pengakuan terbuka rakan yang dimaksudkan di atas. Cuma dalam pengakuan di bawah, tidak dinyatakan asas pendirian rakan chegubard, samada mempercayai sosok yang berada di dalam video seks itu adalah Anwar Ibrahim atau sebaliknya. TETAPI, sewaktu ditanya oleh pemberita apakah pendirian rakan yang menemani chegubard, dengan yakin chegubard menjawab rakannya itu juga menyatakan pendirian bahawasanya beliau juga yakin bukan Anwar Ibrahim yang menjadi pelakon di dalam video seks tersebut. Ikuti pengakuannya di bawah; PENGAKUAN ANUAR MOHD NOR Ada kalanya keghairahan menyebabkan kita hilang pertimbangan. Kemarahan melampau merugikan. Tindakan terburu-buru juga akan membodohkan dan yang paling dahsyat ialah rangkuman kesemua ini, keghairahan, kemarahan dan tindakan terburu-buru menyebabkan kita melakukan kesilapan yang akhirnya menjadi satu penyesalan. Hari ini ramai yang membicarakan sama ada video itu benar – melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pendedahan demi pendedahan dilakukan. Persoalan Datuk T sama ada Trio atau hanya individu kembali wujud dengan pendedahan Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul. Mereka semua dipanggil pada hari pertama menonton secara eksklusif dan berbual dengan Datuk T dan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Benar persoalan yang mahu ditanya adalah BENARKAH ANWAR IBRAHIM ORANG YANG TERLIBAT DALAM VIDEO ITU? Semakin ghairah persoalan itu. Mereka yang dipanggil pada petang/malam 21hb March 2011 – setakat ini membuat pengakuan bahawa orang dalam video itu BUKAN ANWAR IBRAHIM. Mereka yang melihat video itu dan berbual secara peribadi dengan Rahim Tamby Chik pada hari tersebut adalah Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul – kedua-duanya dari PKR. Dalam kenyataan Badrul Hisham Shaharin ada seorang BLOGGERS UMNO yang mengikutinya untuk menonton video lucah Carcosa itu. Beliau tidak mahu menyeret bloggers UMNO tersebut dan tidak mahu menyusahkannya. Apabila diajukan soalan siapa dia, BADRUL HANYA MENJAWAB TUNGGU DIA BERITAHU SENDIRI. Satu tindakan baik dan amat dihormati. Siapa bersama Badrul Hisham pada 21hb March 2011 yang menonton video itu dan bukan kalangan PKR tetapi UMNO ? Saya perlu menyatakan bahawa orang yang dikatakan bersama Badrul Hisham Shaharin, merujuk kepada kenyataan media beliau - yang beliau rujuk sebagai : BLOGGERS UMNO itu adalah saya sendiri! Saya telah diajak oleh Badrul Hisham Shahrin menghadiri panggilan Datuk T ke Shangrila pada malam 21hb March 2011. Mungkin sayalah seorang blogger UMNO, ahli UMNO yang dapat menonton video lucah Carcosa pada hari video itu didedahkan. Mungkin itulah sebabnya saya katakan pada awal tulisan ini – ada kalanya keghairahan itu merugikan dan menyulitkan. Mungkin tidak menonton lebih baik dari menonton. Akhirnya – sebelum spekulasi berterusan mengatakan mengenai orang UMNO yang hadir menonton bersama Chegubard yang juga adalah rakan baik saya – saya membuat pengakuan bahawa saya adalah orang ke 3 selepas dimaklumkan bahawa Johari Abdul, Badrul Hisham menonton pada malam 21hb March 2011 tersebut dan saya adalah ahli UMNO dan bloggers UMNO yang dimaksudkan oleh Chegubard. Saya juga dalam pengakuan ini menetapkan bahawa kehadiran saya adalah kerana jemputan/pelawaan dan kemahuan saya menuruti rakan saya Badrul Hisham Shaharin dan ini dilakukan atas kapasiti saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain, organisasi dan badan lain yang saya sertai. Sekian di maklumkan – Anuar Mohd Nor Sumber: http://edyesdotcom.blogspot.com/ Sumber: http://umno-reform2.com/front/ |
Video : AMK berhimpun bantah video seks Posted: 25 Mar 2011 04:49 AM PDT |
Semuanya semakin terbongkar satu persatu.. Posted: 25 Mar 2011 03:19 AM PDT Eskay minta saya dapatkan 'UTK', kata bekas pengawal peribadi Megat Junid Seorang bekas anggota polis hari ini mendakwa Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah mendampinginya minggu lalu untuk mendapatkan beberapa bekas anggota unit tindakan khas (UTK) khusus untuk sesi tayangan rakaman video seks Isnin lalu, yang pendedahannya mendakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing. Mohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, dia bertemu dengan ahli perniagaan itu minggu lalu. "Beliau bertanya saya sama ada boleh membantu mendapatkan dua bekas anggota UTK. Apabila beliau berkata ia untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya memberitahu beliau saya tidak mahu tahu apa-apa langsung," katanya. Mohamad Mahti, yang pernah bekerja untuk bekas menteri itu selama 18 tahun menambah, dia tidak mahu terlibat dalam apa-apa masalah meskipun mengenali Shazryl sejak 1980-an. "Tetapi sekarang, dengan adanya semua dakwaan, saya merasakan saya perlu mendedahkan kebenaran. Datuk Eskay adalah Si Kitol," katanya. Mohamad Mahti berkata Shazryl mengenali Anwar sejak Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menjadi menteri kerajaan pusat pada 1990-an. Katanya, Shazryl kemungkinan marah selepas Ketua Pembangkang itu tidak mahu memberikan keterangan dalam kes saman berkaitan komisen RM20 juta berkaitan pemerolehan projek jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singapura. "Sama ada pita (rakaman) ini betul atau tidak, saya tidak tahu tetapi ia satu tindakan tidak bermoral," katanya lagi. Mohamad Mahti berkata dia pertama kali bertemu dengan Shazryl ketika beliau berkhidmat sebagai pakar fisioterapi Persatuan Badminton Malaysia tahun 1990-an. "Datuk Megat pernah mengalami masalah otot dan Shazryl disyorkan kepada saya, jadi saya perkenalkan kepada Datuk Megat," kata beliau. "Tetapi apabila Datuk Megat berhadapan dengan barah dan malah ketika beliau meninggal dunia, Eskay tidak pernah melawat beliau langsung," katanya. Kini katanya, Shazryl mengusahakan lima kilang baja di Thailand dan rapat dengan (Tan Sri) Abdul Rahim (Thamby Chik) sebab beliau merupakan Pengerusi RISDA manakala Shuib pula bapa mertua Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal. Shafie juga merupakan naib presiden Umno. "Beliau juga cuba rapat dengan Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Rahman agar dapat kontrak jual baja," katanya lagi. "Eskay adalah pembohong. Apa saja dia kata adalah pembohongan," kata beliau kepada pemberita di ladang kambingnya di Kuang dekat sini hari ini. "Saya akan membantu jika polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu menyoal siasat. Jika Eskay mahu menyaman saya, silakan. Saya tidak bimbang," katanya lagi. Sumber: Themalaysianinsider. Baca juga: Eskay sakit hati kerana jambatan bengkok-Malaysiakini |
Video sudah sampai pada polis...tetapi pelakon doremonnn tu siapa !!! Posted: 24 Mar 2011 07:57 PM PDT Rakaman asal video seks, jam tangan diserah pada polis Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman hari ini. Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam. Rahim keluar daripada ibu pejabat polis berkenaan pada kira-kira jam 9.40 malam ini. Katanya, beliau juga telah memberi keterangan berhubung video seks berkenaan dalam siasatan selama hampir lima jam itu. Rahim turut mengulangi tuntutannya supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan. "Jika ada suruhanjaya diraja dan kerajaan bersetuju (menubuhkannya), mungkin penyiasatan lebih rapi akan diadakan bagi memuaskan hati semua pihak bagi mencari kebenaran," katanya lagi. Tambahnya, video berkenaan boleh disiasat secara forensik bagi menentukan sama ada ia merupakan rakaman palsu ataupun telah diubahsuai. "Kita boleh memanggil mana-mana pakar yang hebat, waima daripada pakar Amerika Syarikat (atau biro penyiasatan) FBI, untuk menentukan ketulenan video ini," katanya. Katanya lagi, pakar forensik juga akan dapat memeriksa jam tangan yang diserahkannya itu. "Walaupun ada pihak tidak mengaku tapi tentu pakar forensik akan melihat jam itu sebagai bukti penting. "Kadang-kadang daki kita di (jam tangan) pun boleh jadi bukti DNA," katanya lagi. Beliau juga berharap penjelasannya dalam siasatan itu akan membantu polis menjalankan siasatan. "Apa yang penting, rakyat Malaysia akan tahu kebenaran sebenar, siapakah aktor di dalam video seks ini," katanya kepada wartawan. Anwar paksa letak jawatan Sementara itu, Rahim sekali lagi mendakwa bahawa bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyalahgunakan kuasa dengan memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai ketua menteri Melaka. Rahim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar yang menafikan pembabitannya dalam peletakan jawatannya. "Saya telah bertanya kepada Tun Mahathir (Mohamad) sendiri, beliau menafikan dan tidak pernah memberi arahan (supaya beliau meletak jawatan). "Tetapi ini adalah salahguna kuasa timbalan perdana menteri pada waktu itu untuk memaksa saya meletak jawatan," katanya. Turut dipanggil memberi keterangan berhubung video seks tersebut hari ini ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah. Difahamkan, siasatan ke atas Shazryl itu selesai pada kira-kira jam 10 malam. Semalam, Rahim, Eskay dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, mengakui mereka adalah 'Datuk T' yang di sebalik tayangan video seks tersebut. Shuib, bagaimanapun dipercayai berada di luar negeri dan dijadualkan diambil kenyataannya esok. Sebelum ini, pegawai khas Rahim – Ghazali Zainal berkata bekas ketua pemuda Umno itu bersedia memberikan kenyataan kepada polis jika diminta berbuat demikian. Katanya, Rahim enggan mengulas lanjut berhubung video berkenaan selepas pertemuan dengan media, petang semalam. Ketiga-tiga individu itu yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Datuk T', telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu. Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut. |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan