Isnin, 28 Mac 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Ribuan Hadir Solat Hajat & Pidato Khas 28/03/2011

Posted: 28 Mar 2011 06:52 PM PDT

Video Lucah:Surat Terbuka Kepada Ketua Polis Negara

Posted: 28 Mar 2011 02:37 AM PDT

Mat Zain bin Ibrahim,

SAC II G/5776(Retired),

Email:matzainibrahim@gmail.com

Kepada,

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP,

Ketua Polis Negara,

Polis Di-Raja Malaysia,

Bukit Aman,

50560 Kuala Lumpur.

Email:iho@rmp.gov.com

28hb.March 2010

YDH Tan Sri,

PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA :-

MAKLUMAT HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI IAITU, GHANI PATAIL , MUSA HASSAN DAN RAHIM THAMBI CHIK.

Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang.

2. Saya percaya Tan Sri sedar video lucah mana yang saya maksudkan.Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu menjalankan tanggung jawabnya menjalankan siasatan tersebut secara professional dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan mana-mana pihak sekalipun, lebih-lebih lagi dibawah pimpinan Tan Sri ketika ini.

2.1. Namun begitu kertas siasatan ini kelak akan diteliti dan diputuskan olih Gani Patail,Peguam Negara.Diperingkat inilah dijangka akan berlaku,putar belit,manipulasi,penipuan dan pemalsuan apabila sedar akan caramana Gani Patail dan Musa Hassan menangani penyiasatan kes-kes jenayah apabila melibatkan Anwar Ibrahim(Anwar) dan Rahim Thambi Chik (Rahim) dimasa lampau.

2.2. Tidak syak lagi isu video ini adalah satu lagi "pertembungan" diantara Anwar dan Rahim.Adalah dipercayai juga motif pendedahannya,tidak kira samada video tersebut adalah tulen atau direkacipta,adalah terbit daripada dendam lama Rahim terhadap Anwar atas isu peribadi atau politik diantara mereka berdua.

LAPORAN POLIS ANWAR YANG MEMBABITKAN RAHIM.

3. Diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999,Anwar telah membuat sejumlah empat(4) laporan Polis, mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin Politik dan Kerajaan.Dalam laporan-laporan berkenaan Anwar turut mendakwa dan menamakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir,Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail,ketika itu DPP Kanan,sebagai orang-orang yang telah menyalahgunakan kuasa dan menutup kes-kes rasuah tersebut.

3.1. Pertembungan lampau antara Rahim dan Anwar adalah apabila salah satu diantara laporan tersebut iaitu Tun H.S.Lee report 22517/99 bertarikh 20.8.1999 yang dibuat olih Anwar melibatkan Rahim.Dalam laporan ini Anwar juga mendakwa Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sebagai telah menyalahgunakan kuasa mereka melindungi perbuatan rasuah Rahim serta menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap beliau.

3.2. Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA.Dokumen-dokumen ini dikatakan diberi kepada Anwar oleh Peguam Negara dan/atau Gani Patail ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri.

4. Untuk makluman Tan Sri,secara kebetulan, saya yang menangani keempat-empat laporan yang Anwar buat itu termasuk laporan melibatkan Rahim atas sifat saya sebagai Ketua Jabatan Sisasatan Jenayah(KJSJ) Kuala Lumpur ketika itu.Saya perhatikan juga amaun rasuah melibatkan Rahim adalah antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan laporan-laporan lain.Jumlah terlibat lebih kurang RM40 juta(Empat puloh juta Ringgit sahaja) atau angka yang lebih tepat ialah RM 39,782,772.60 sen. Amaun ini dikatakan diperolehi olih Rahim menerusi salahguna kuasa dan kegiatan rasuah setakat yang dapat dikesan menerusi siasatan terperinci BPR dan disahkan olih Gani Patail.

4.1. Sebagai rekod Tan Sri,amaun terbesar yang disebutkan dalam salah satu laporan Anwar itu, melibatkan seorang pemimpin yang dikatakan telah memperolehi harta berjumlah dalam lingkungan RM 370 juta.(tiga ratus tujoh puloh juta Ringgit) dalam bentuk RM 220 juta tunai dan RM150 juta dalam bentuk saham,menerusi jalan rasuah.

5. Wajar saya jelaskan disini bahawa terdapat perbezaan pendapat antara KJSJ Kuala Lumpur dengan Jabatan Peguam Negara mengenai cara pendekatan menangani laporan-laporan Anwar tersebut.Jabatan Peguam Negara menasihatkan supaya laporan-laporan tersebut diklasifikasikan di-bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sahaja.Manakala KJSJ berpendapat klasifikasi ini tidak sepadan dengan laporan dan keterangan yang pengadu kemukakan serta mencadangkan kesemua laporan berkenaan diklasifikasikan dibawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers)Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa. Cadangan bertulis KJSJ terdapat dalam fail rujukkan (PR)35/26 bertarikh 25.8.1999.Siasatan dibawah Seksyen ini dijangka akan membabitkan rakaman keterangan daripada Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.

5.1. Bagaimanapun pada 28.8.1999 saya telah menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara Rujukan PRM(WP)5/99 SULIT(5) yang dialamatkan kepada saya persendirian,memaklumkan secara spesifik bahawa laporan yang Anwar buat melibatkan Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi.

5.1.2. Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukkan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di"hijacked" oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur.

5.1.3. Saya tidak pernah melihat laporan Polis yang kononya dibuat oleh Gani Patail itu ataupun kertas siasatan yang kononnya dibuat oleh Musa Hassan.Belum pernah juga berlaku Jabatan Peguam Negara pula yang memilih Pagawai Penyiasat yang mereka berkenan menyiasat sesuatu laporan polis.

5.2. Bagi mengelakkan sebarang keraguan berkaitan peristiwa diatas,saya sertakan buat pertama kalinya salinan surat Jabatan Peguam Negara bertarikh 28.8.1999 yang saya maksudkan.Walaupun ringkas, surat ini dengan jelas menunjukkan posisi Gani Patail,Musa Hassan dan saya berkaitan siasatan laporan Anwar yang melibatkan Rahim.

5.3. Secara kebetulan saya telah melaporkan perkara ini ketika Tan Sri masih Timbalan Ketua Polis Negara lagi, menerusi surat saya bertarikh 6.5.2010 dengan salinannya kepada YB Menteri Dalam Negeri.

6. Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.

6.1. Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Gani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula.

6.2. Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak,kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.

6.3. Sekadar makluman Tan Sri juga,Dr.Abdul Rahman Yusof,Pakar Forensic HKL,yang telah digunakan oleh Gani Patail untuk menyediakan 3 laporan palsu dalam siasatan kes Mata-Lebam, adalah juga Pakar Forensic yang sama terlibat dalam membuat pemeriksaan fisikal Rahim, dalam kes seksual dengan gadis bawah umor berkaitan.Kebetulan juga saya pernah menjadi KJSJ Melaka sebelum Kuala Lumpur dan tidak munasabah jika saya tidak meneliti kertas siasatan kes Rahim itu, walaupun saya bukan Pegawai Penyiasatnya.Mungkin ini semua adalah "the long arm of coincidences" sahaja.

7. Mengenai kes rasuah terhadap Rahim pula,BPR dan Jabatan Peguam Negara mengesahkan dalam laporan mereka bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes "prima facie" terhadap beliau.Malahan Jabatan Peguam Negara telah menyediakan empat (4)pertuduhan kesemuanya. Iaitu;3(tiga) pertuduhan dibawah Emergency(Essential Powers)Ordinance No:22 of 1970 dan satu pertuduhan kerana membuat Statutory Declaration (SD) palsu dibawah Sek.199 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.

7.1. Bagaimanapun Rahim tidak dituduh langsung,setelah Peguam Negara "indemnify" segala kesalahan jenayahnya setelah Rahim dipercayai bersetuju untuk melepaskan jawatan dalam Kerajaan,Badan-Badan Berkanun dan Parti Politik.Ini adalah apa yang terdapat didalam laporan yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara sendiri.

7.2. Tidak ada sebutan mengenai cara pelupusan harta berjumlah hampir RM40 juta yang Rahim perolehi secara rasuah itu..Tiada maklumat mengenai persetujuan yang dicapai oleh Rahim dan Peguam Negara berkaitan harta yang diperolehi sedemikian itu dalam bentuk:RM 5,439,796.40 sen dalam kawalan peribadi Rahim sendiri,RM14,487,420.50 sen simpanan tunai dalam beberapa buah bank dan RM19,855,555.70 sen harta Syarikat-Syarikat.

7.3. Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah adakah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk "indemnify" kesalahan jenayah mana-mana orang berdasarkan pertimbangan Politik?. Adakah Peguam Negara berhak melepaskan wang Rakyat RM 40 juta sebegitu mudah untuk Rahim menikmatinya tanpa sebarang tindakan.Adakah ini sesuatu yang adil kepada Rakyat sedangkan Peguam Negara yang telah mengesahkan bahawa Rahim memperolehi harta sedemikian banyak menerusi salahguna kuasa dan rasuah.Apa yang jelas dalam kes Rahim ini,,Peguam Negara juga telah menyalahgunakan kuasanya.

8. Saya ingin Tan Sri maklum,bahawa secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Rahim.Malahan saya tidak pernah mengenali beliau,sekalipun untuk berjabat salam dengannya seumor hidup.Saya sendiri tidak sangka yang beliau akan muncul sebagai salah seorang dibelakang tayangan video lucah berkenaan.Keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam laporan ini adalah berdasarkan pengalaman,pengetahuan peribadi serta dokumen-dokumen berkaitan, ketika saya menangani kes membabitkan beliau.

8.1. Isu yang sering saya bawa sehingga keperingkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah bekenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti.Salahlaku jenayah mereka bukan setakat dalam siasatan kes mata-lebam sahaja.Saya yakin Tan Sri dan Timbalan Ketua Polis Negara maklum akan pendirian saya berkaitan perkara ini.

9. Walaubagaimanapun isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya.Diharap maklumat yang saya sampaikan ini berfaedah untuk membantu Tan Sri memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat.Apapun saya berharap Tan Sri tidak akan merelakan PDRM diperlakukan sesuka hati Peguam Negara seperti yang berlaku selama beberapa tahun sebelum Tan Sri.

Selamat sejahtera dan selamat maju jaya.

Yang ikhlas,

Mat Zain Ibrahim

28 March 2011

A New Low For Malaysian Politics

Posted: 28 Mar 2011 02:06 AM PDT

From Jakarta Post

Malaysia's dirty politics reached a nadir last week when the local media reported on a new video featuring a man who looked like former deputy prime minister Datuk Seri Anwar Ibrahim having sex with a prostitute in a hotel room.

Coming at a time when Anwar is battling sodomy charges in court, it makes you wonder just really how low can it go.

The video was shown to a few journalists from the mainstream media who were selected and screened in a fashion worthy of a cloak-and-dagger novel.

The government-controlled media, which have played a key role in previous campaigns to discredit Anwar, violated every known ethical practice of journalism by providing graphic reports of the alleged "sex sojourn" without verifying the identities of the video's subjects.

Typically, the source of the video was not disclosed, evoking the popular Indonesian (and Malay) saying lempar batu sembunyi tangan, which means "throw the rock, hide your hand". No one took responsibility for screening the video, but the mainstream media played along and reported what their journalists saw.

Ever willing accomplices, the media broke one of the credos of journalism: Identify your sources, especially when making allegations as serious as this.

The Malaysian media did not bother to identify the man in the video. The mere suggestion that man looked like Anwar Ibrahim was enough to cast doubt on Anwar's credibility and integrity in the supposedly puritan yet hypocritical society. Truth and verification go out window when you are part of a propaganda machine.

The media placed the onus on Anwar to disprove the claim, something which would likely keep him busy for the next several months or even years, certainly until the next general election.

We have seen this before when Anwar was first sentenced to prison for sodomy, only to have the Supreme Court to overturn his conviction in 2004.

Subsequently, new sodomy charges appeared and Anwar has been busy going to and from the courtroom.

Sex, media and video conspiracies define Malaysian politics today. It gets dirtier all the time.

Anti Politik Kotor, Lucah: SMM Anjur Perhimpunan Besar-Besaran

Posted: 28 Mar 2011 02:00 AM PDT

Dari KeadilanDaily

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan melancarkan kempen 'Rakyat Selamatkan Malaysia yang akan berlangsung selama dua minggu bermula 28 Mac hingga 8 April ini bagi membantah amalan politik lucah dan kotor yang semakin membimbangkan.

Menurut pengerusinya, Ahmad Syukri Ab Razab, SMM meletakkan sasaran untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran dengan tema "Himpunan Rakyat untuk Politik Bersih Dan Adil pada kemuncak kempen tersebut.

"Kempen ini antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan kepada rakyat mengenai situasi semasa dan langkah yang perlu dimainkan oleh semua pihak untuk merawati keparahan kondisi politik Malaysia," ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu sekaligus menyambut saranan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengajak semua pihak menganjurkan perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

Dalam kenyataannya, Ahmad Syukri mengulas isu rakaman video seks oleh individu yang menggelar diri mereka sebagai 'Datuk T', menyifatkan perbuatan itu sudah melampaui norma politik yang seharusnya diamalkan secara bersih dan adil.

Menurut beliau, mahasiswa menilai isu yang berlaku itu merupakan hasil daripada permainan 'politik kotor' dan budaya pemerintahan yang bobrok.

"SMM beranggapan tidak perlu diragui lagi betapa rosaknya integriti seorang pemimpin yang sanggup mendendangkan politik murah demi menjatuhkan pesaing politik.

"Sudah pasti sistem pemerintahan negara akan semakin tempang jika pemimpin yang tidak berintegriti ini terus dibenarkan untuk menduduki kerusi pentadbiran.

"Oleh itu SMM menyarankan agar pihak kerajaan segera melakukan pemutihan dalam kerusi pentadbiran negara agar suasana politik Malaysia kembali berteraskan nilai dan peradaban," katanya.

Justeru itu, katanya, SMM juga mendesak agar pelaku utama yang mendedahkan video seks tersebut segera diheret ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman sewajarnya.

"Hal ini penting bagi memberi mesej kepada rakyat bahawa budaya ini adalah sangat tidak sihat untuk masa depan demokrasi negara.

"SMM dengan tegas menyatakan bahawa mahasiswa menggesa agar permainan isu ini dihentikan segera oleh semua pihak yang berkaitan.

Menurutnya lagi, jika di peringkat nasional, masyarakat dihantui dengan isu politik lucah, di kampus pula mahasiswa dibebani salah guna kuasa pentadbiran seperti yang berlaku di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia pada Pilihan Raya Kampus baru-baru ini.

"Oleh itu, dengan keadaan politik Malaysia yang bercelaru ditambah dengan suasana pendidikan politik dalam universiti yang turut tercemar dengan pencabulan demokrasi, Maka SMM melihat menjadi satu keperluan segera untuk menggerakkan kuasa rakyat dalam mengubah suasana politik Malaysia yang semakin parah.

"SMM juga tidak menolak kemungkinan untuk mengheret kondisi ini ke medan PRU 13 sebagai puncak untuk membina semula Malaysia dengan pengamalan politik yang lebih baik.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Yusof Qaradawi, Sheikh Taha Sedia Jadi Saksi Untuk Anwar

Posted: 28 Mar 2011 01:54 AM PDT

Dari KeadilanDaily

Dua ulama terkemuka dunia bersedia menjadi saksi bagi membela Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu pluralisme.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata kerajaan sedang menyiasat ucapan Anwar di London School of Economics tahun lepas kerana didakwa kononnya mempromosi pluralisme.

Menurut Anwar, nampak jelas Jamil tidak memahami maksud pluralisme dan tidak membaca ucapan beliau.

"Pluralisme bukan bermakna kita menghina atau merendahkan kekuatan Islam.

Sebaliknya ia adalah fahaman yang mempromosi toleransi dan berbaik-baik antara agama dalam dunia," kata beliau.

Menjawab satu soalan Anwar berkata sekiranya kerajaan ingin mendakwa beliau ke Mahkamah Syariah, itu hak mereka. "Dua ulama terkemuka dunia Yusuf al-Qaradawi dan Dr. Sheikh Taha Jabir al-Alwani sudah menyatakan kesedian menjadi saksi sekiranya kerajaan mendakwa saya di Mahkamah Syariah," tambah Anwar.

Tindakan Jamil menyiasat Anwar menyerlahkan hipokrasi kerajaan BN kerana sebelum ini Jamil juga menghalang pelaksanaan qazaf dalam kes melibatkan dakwaan Saiful Bukhari Azlan terhadap Anwar.

Inter-Faith Council Wants Action Against ‘Datuk T’

Posted: 28 Mar 2011 01:14 AM PDT

From Malaysiakini

The Malaysian Consultative Council for Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikism and Taoism (MCCBCHST) has described the recent emergence of a sex video as slander designed to humiliate Anwar Ibrahim.

In a statement signed by president Reverend Thomas Philips, the council urged the government to take swift action against ‘Datuk T’, the code-name used by three individuals who have admitted to being behind the release of the video.

“Their aim in publicly humiliating (Anwar Ibrahim, the) Opposition Leader of Parliament offends the sensitivities of decent people, no matter to what race or religion they belong,” reads the statement.

The MCCBCHST said this "sad sordid episode once again, brings the nation to prominence for the wrong reasons".

“Over the few decades, we have been treated to and numbed by numerous financial scandals, social scandals and political scandals committed by those supposedly dedicated to leading our citizens through ‘leadership by example’.

“This latest video clip to slander a fellow Malaysian, albeit a Muslim MP, is viewed by our members with great concern and revulsion.”

The exposure of the video at this juncture, the council said, has made it the “mother of all moral scandals” perpetrated by titled personalities and so-called leaders.

“Since the involvement of the trio has surfaced, the Malaysian public are once again feted with disgusting material that begs the question, ‘where is all this leading to?’ in spite of the many seasonal national slogans that challenge us to greater heights of achievement and harmony.”

The trio – former Malacca chief minister Rahim Thamby Chik, former honorary Thai consul Shazryl Eskay Abdullah and ex-senator Shuib Lazim – were behind the screening of a 21-minute video to journalists last Wednesday, showing a man having sex with a woman in a hotel room.

They claimed that the man in the video is Anwar, but he has denied this and lodged a police report. The police have since called in the trio to record their statement.

‘Disgusting personal agenda’

The statement further said the scandal does not inspire the younger generation to trust in the political process or to observe cultural, religious, social and moral norms.

“The violation of basic decency and privacy is abhorrent and despicable not only to the mature adult but more importantly, to the vulnerable and impressionable young in our midst and communities.

“Our consultative council that represents non-Muslims is disheartened and uncomfortable with the whole episode. It does not bode well for the future political and cultural landscape of this multi-cultural and multi-religious nation.

“Malaysia’s image is further tarnished by irresponsible and selfish leaders like those who acknowledged their shameless involvement.”

Hence, the council called on the government to take swift and firm action against all those behind the scandal.

“We further urge the government to distance itself from all forms of deceit and cunning and bring the perpetrators of this latest mischief to face the full extent of the law.

“Furthermore, the government should employ every means to quell the rising anger, disquiet and dismay over this uncalled-for sordid and despicable attempt, by an unscrupulous few, to achieve their own personal disgusting agenda.”

KEADILAN Selangor Persoal Dwistandard Siasatan Fitnah II Dan Video Seks

Posted: 28 Mar 2011 12:52 AM PDT

Dari KeadilanDaily

KEADILAN Selangor mempersoal mengapa amalan dwistandard berlaku dalam kes Fitnah II dan kes video aksi seks palsu.

Pertama, mereka mahu tahu mengapa hakim tidak memberi amaran keras kepada polis sewaktu menyampaikan keputusan pertama dalam bicara-dalam-perbicaraan dahulu.

"KEADILAN juga ingin menanyakan mengapa Hakim itu tidak memberikan kutukan keras atau 'reprimand' kepada Polis kerana melakukan perkara haram ketika menyiasat berprofil tinggi itu," demikian kata mereka dalam kenyataan media.

Mereka turut mempersoal sikap hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sewenang-wenangnya menukar keputusan dan tidak konsisten.

"Selalunya penerbalikan keputusan hakim hanya berlaku jika terdapat rayuan kepada mahkamah lebih tinggi.

"Namun sikap tidak konsisten Hakim Mohd Zabidin ini menimbulkan tanda tanya sama ada benar dakwaan sesetengah pihak dalam bidang kehakiman sendiri, UMNO mendesaknya untuk berubah fikiran," kata mereka lagi dalam kenyataan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Zabidin Mohamad Diah menukar keputusan beliau yang menolak barang bukti yang diperoleh dari Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau ditahan pada 16 Julai 2008.

Keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat desakan terbuka memaksa Anwar menyerahkan DNA beliau kepada polis.

Kedua, KEADILAN Selangor turut mempertikaikan sikap polis yang membenarkan tayangan lucah video aksi seks di Carcosa Sri Negara walau pun sudah mengetahui perkara tersebut lebih awal.

"Polis bertindak seperti biasa, tanpa rasa malu dan segan silu menjadi agen UMNO dengan membenarkan tayangan tersebut walaupun pihak Cawangan Khas telah mengetahui lebih awal berkenaan tayangan tersebut," jelasnya.

Mereka juga percaya sikap berat sebelah polis akan menjejaskan imej pasukan itu di mata rakyat.

Mereka memberi contoh apabila polis menghalang ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak baru-baru ini tetapi pada masa sama bersuhabat dengan trio 'Datuk T' dalam tayangan Video lucah itu.

"(Kita tidak mahu) rakyat melihat polis sebagai sekutu Umno dan bukan pelindung mereka seperti yang berlaku di Libya di bawah rejim Muammar Gaddafi," katanya.

Sehingga kini, ketiga-tiga individu trio 'Datuk T' masih lagi bebas walupun kes mereka disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan Jenayah kerana menjual, menyewakan, mengedar, atau menayangkan bahan-bahan berunsur tidak sopan. Jika sabit kesalahan, mereka yang bersalah boleh dipenajara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan: