Isnin, 28 Mac 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Putera Raja ingatkan jasa Anwar Ibrahim di Carcosa Seri Negara

Posted: 27 Mar 2011 08:26 PM PDT


Seorang Putera Raja telah menulis satu rencana yang begitu menarik di akhbar mengenasi jasa Dato Seri Anwar Ibrahim yang dilupakan oleh orang Melayu, di mana Anwar Ibrahimlah yang mengambil bangunan kolonial British iaitu Carcosa Seri Negara ini ke tangan Melayu dari penjajah. Siapakah Putera Raja tersebut ? Patik begitu berbangga mempunyai seorang Putera Raja yang memahami kehendak rakyat jelata. Daulat Tuanku.


Indeed, I suspect even more people would want to forget that it was Datuk Seri Anwar Ibrahim who successfully "reclaimed" the building.


Bacalah tulisan Putera Raja tersebut di http://ideas.org.my/2011/03/crazy-cosy-history/ terutama mereka rakyat di bawah naungan negeri Putera Raja tersebut.


Daulat Tuanku.

Johor: Jeti rosak

Posted: 27 Mar 2011 05:09 PM PDT

Johor: Jeti rosak Berita Harian 28 Mac 2011

WAH menunjukkan kesan bumbung jeti nelayan yang hilang kerana tercabut dan ditenggelami Sungai Kuala Masai.Nasib nelayan Orang Asli tak menentu sukar daratkan tangkapan


JOHOR BAHRU: Nasib hampir 50 nelayan pinggir pantai di Perkampungan Orang Asli Kuala Masai dekat Taman Rinting, di sini, terumbang-ambing berikutan kesukaran mendaratkan hasil tangkapan laut berikutan jeti nelayan yang menjadi nadi penghubung mereka selama ini rosak teruk. Lebih merunsingkan mereka apabila bumbung jeti terbabit tercabut dan ditenggelami air akibat dipukul angin kencang dan ombak besar sebulan lalu.


Berikutan itu, jeti berkenaan kini tidak boleh digunakan lagi selepas beberapa bahagian lantai jeti didapati pecah dan papannya juga tercabut dan dihanyutkan air laut. Kini kumpulan nelayan terbabit tidak mempunyai pilihan lain selain mendaratkan hasil tangkapan mereka di tepi pesisir pantai dan ada yang terpaksa membuat jeti sementara kerana tidak sanggup menunggu jeti yang ada sekarang dibaiki kerana mengambil masa agak lama.


Bagaimanapun, mereka kini terpaksa pula berdepan masalah lain kerana mengharungi sisa sampah dan minyak yang tumpah dan memenuhi pantai perkampungan terbabit. Keadaan itu menyulitkan nelayan dan penduduk kampung untuk memunggah hasil tangkapan mereka serta kesukaran untuk menaikkan bot mereka bagi tujuan membaiki kerosakan bot nelayan terbabit.


Tinjauan Edisi Johor ke perkampungan nelayan Orang Asli Kampung Kuala, semalam mendapati ramai nelayan kini terpaksa menggunakan tebing pantai berhampiran kampung terbabit untuk memunggah dan menurunkan hasil tangkapan mereka.


Jurucakap nelayan terbabit, Wah Bachik, 45, mengeluh kerana nasib mereka kini semakin tidak menentu berikutan kesukaran untuk menggunakan kemudahan jeti nelayan yang dibina sejak lima tahun lalu. Katanya, jeti nelayan yang selama ini menjadi nadi kegunaan utama mereka kini sudah tidak boleh digunakan lagi akibat mengalami kerosakan teruk.


Malah katanya, orang ramai yang sebelum ini kerap memenuhi perkarangan jeti untuk memancing setiap hujung minggu juga terpaksa membatalkan hasrat mereka berikutan kerosakan teruk jeti berkenaan.


"Kami merayu pihak terbabit termasuk Jabatan Perikanan, Jabatan Kemajuan Orang Asli supaya datang meninjau keadaan jeti kami di sini. Keadaan teruk sekali dan kami di sini lebih parah kerana sukar untuk memunggah hasil tangkapan kami.


"Jika boleh baiki bahagian bumbung dan lantai jeti yang patah dan rosak ini terlebih dulu. Banyak kesan buruk yang kami terpaksa hadapi akibat kerosakan peralatan jeti ini, " katanya.


Tiada ulasan: