Rabu, 2 Mac 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Anwar gesa Umno Dan Utusan Hentikan Budaya Fitnah

Posted: 02 Mar 2011 07:33 PM PST

Dari TVSelangor

Budaya memfitnah dan mengaibkan orang yang disebarkan oleh Umno dan akhbar kawalannya Utusan Malaysia hanya memakan diri dan gagal mempengaruhi rakyat.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbicaraan fitnah ke atas dirinya mendedahkan kepada orang ramai angkara jahat politik Umno untuk memanjangkan jangka hayat parti itu.

“Kalau Utusan itu akhbar Melayu, kemudian orang tak dibenarkan berfikir, siapa yang khianat Melayu? Nak ikut Rais Yatim (bahawa kononya) ‘kita mestilah jaga budi pekerti dan budaya bangsa kita, maka orang-orang seperti pembangkang yang rendah akhlaknya tidak boleh disokong’. ” Tiga hari kemudian Wikileaks dedahkan kes rogol…. jadi jangan fitnah orang,” kata Anwar.

“Sekejap saja, terbalik. Kena pada dia (Rais). Saya kesal, apakah budaya kita memfitnah? Tak terfikirkah bagaimana perasaan saya? Dihina dan diaibkan? Aku kena 12 tahun…hentikanlah fitnah khianat ini,” katanya.

Berucap pada ceramah di Merlimau, Anwar berkata perbicaraannya atas tuduhan fitnah liwat sekali lagi membongkar kezaliman pemerintah dan polis.

“Hari ini keluar gambar lokap. apa dia cerita? Lokap Anwar ada televisyen, ya televisyen apa? CCTV. Ada katil, khas. Tadi Ketua Polis IDP Bukit Aman sahkan tak ada. Karpal Singh tanya, bukankah Datuk Seri Anwar kata ada sakit pinggang? Dia jawab ada. Kamu tak bagi tilam, bantal? Tak ada. dia tidur atas lantai simen? ya,” katanya.

Anwar berkata beliau menyedari layanan polis dan pejabat Peguam Negara di bawah telunjuk Umno adalah untuk mengaibkan beliau semata-mata demi meluntur semangat dan perjuangan politiknya.

“Telanjang saya dan ukur, sebab nak aibkan, kamu tangkap kamu telanjang ukur, hina. nak lawan lagi? Bukan kamu tentukan. Kalau Allah takdirkan ujian ini, saya terima dengan sabar dan doa “Ya Allah janganlah beri beban sehingga aku tak mampu menanggungnya” maksudnya sekarang ini, saya masih mampu tanggung tapi percayalah kekuasaan Tuhan,” tegas Anwar.

Anwar berkata meskipun media massa seperti Utusan dan TV3 cuba memesongkan keterangan-keterangan pada perbicaraan beliau, hakikat ialah bukti-bukti terhadapnya direka cipta dan fitnah semata-mata.

“Sekarang terbongkar satu persatu dalam mahkamah. Spesimen doktor periksa 28hb, periksa-periksa, 5 jantan dalam tu , bila ambil spesimen, 28hb, berapa doktor, 4 doktor. bawa spesimen ke jabatan kimia, berapa haribulan, 28 haribulan.

“Tetapi salah satu spesimen terpenting yang melibatkan DNA saya tarikh, 26 haribulan, Peguam tanya jabatan kimia, berapa haribulan, 26, periksa bila 28. Jadi macamana kamu terima, saya terima. Siapa yang periksa, 26hb, tak tau siapa periksa, Najib ka Rosmah saya tak tau. tapi terima” ujar Anwar.

Overcoming Authoritarian Regimes in The Muslim World.

Posted: 02 Mar 2011 07:17 PM PST

From The Nation
By Imtiyaz Yusuf

In the post-colonial era, the Muslim world has faced the chronic problem of democracy deficiency. This is not due to a fundamental contradiction between Islam and the idea of democracy, but because of the denial of democracy by authoritarian Muslim regimes put in power either through their own strength or through being propped up by outsiders.

The worldwide Muslim population of 1.3 billion exists as majority and minority communities and is not monolithic. It is divided into the following cultural-linguistic zones: the Arab Middle East including the non-Arabic countries of Iran, Turkey and Afghanistan and the Kurds; the northern, western and eastern parts of Africa; the Central Asian republics of Kazakhstan, Turkmenistan, Uzbekistan, Kyrgyzstan and Tajikistan; the South Asian Muslim majority and minority countries of Pakistan, Bangladesh, India and Sri Lanka; the Southeast Asian Muslim majorities of Indonesia, Malaysia and Brunei, and the Muslim minorities of Thailand, the Philippines, Singapore and others; the Slavic Muslims of Bosnia-Herzegovina, Kosovo and Albania; and the Muslims of Europe and North America who are facing the challenges of integration and acceptance as Western secularism confronts Islam.

The largest international Muslim organisation is the Organisation of Islamic Conference (OIC) comprising 57 independent Muslim countries out of which only Turkey, Malaysia, Bangladesh, Indonesia, Pakistan and Iraq are democratic, and Iran a theocracy. Other types of political structures found in the Muslim world comprise monarchies – some of whom which are tribal in character – socialist regimes and military dictatorships.

The current demand for democracy rumbling in the Middle-Eastern part of the Muslim world started in the 1990s with the “reformasi” movement in Southeast Asia, which marked the end of the Suharto regime in Indonesia in 1998. The sacking of then deputy prime minster Anwar Ibrahim in Malaysia during the same year continues to affect Malaysian politics today.

The current democratic wind blowing through the Middle East is a returning wind from the 1990s when the electoral successes of the Islamist political parties the Middle East were blocked. For example: the Algerian military’s cancellation of the electoral victory of the Islamic Salvation Front (FIS) in Algeria in 1990; and Tunisia’s banning of the participation of the an-Nahdah, or Renaissance Party, led by Rachid Ghannochi, in the 1989 elections. Rachid Ghannochi has now returned to Tunisia after 22 years in exile.

In the 2000s, US President George Bush abandoned his promotion of democracy initiatives in the Middle East in the light of the electoral victories of Hamas in the Palestinian territories in 2006, and also the rise of the Muslim Brotherhood in Egypt and Hezbollah in Lebanon. The authoritarian Middle-Eastern rulers have always raised the fear of the “Islamist bogeyman” as the only other political alternative to themselves – thus the West has preferred the political company of the autocrats.

But the Middle East is changing. Muslim democrats came to power in Turkey through the electoral victory of the Justice and Development Party (AKP) in 2002 and subsequent elections, and also the emergence of the Green Movement in Iran in 2009. This has been followed by the current uprisings and transitions in Tunisia and Egypt.

While the previously cancelled poll victories in the Middle East were led by Islamic ideological parties or Islamists, the current wave of democracy in the Middle East – described by US Senator John McCain as a “dangerous virus” – is being led by a new and younger generation of Muslims.

Ideologically this new generation of protesters and activists are not Islamist, but Islam for them is an important reference point in life, thought and practice. They have not raised religious slogans, yet they also do not fit into the political imagination of Western liberals like Francis Fukuyama and others who have been awaiting the success of secular Muslims in Iran and elsewhere in the Muslim world.

When it comes to Islam and Muslim world politics it is perhaps foolish to expect a complete separation between religion and politics. The best option is to seek a balance between the two – something similar to the semi-secular character of Indonesia, Malaysia and Brunei in Southeast Asia.

The current political turmoil, revolt and the demand for democracy in the Muslim world is a native initiative; it is a protest born out of prevalent authoritarianism and political immorality. It is was just a matter of time before the opposition emerged. Furthermore, it is not being led by the dreaded “Islamist bogeymen” nor the jihadists.

There is talk that this demand for democracy may soon affect other Muslim countries in Asia and Africa. It is also probable that the current Muslim demand for democracy and equality will also play a role in the aspirations of Muslim minority communities in Southeast Asia, Europe and North America, as they seek cultural acceptance and integration in non-Muslim countries.

The whirlwind of democracy protests in the Middle East has a post-Islamist face marked by features such as Islamic capitalism, the prominence of an informed but unemployed youth, and the large number of middle-class poor as populations have become more urbanised over the last few decades.

Post-Islamism transcends Islamism as a political ideology. It mixes religiosity and rights; freedom of faith and liberty. It lays stress on individual choice and freedom; democracy and a Muslim version of modernity or alternative modernity; rights over duties; plural authority, hermeneutics over fixed scripture; and future instead of past. Post-Islamism indicates that the people have not rejected religion, they have rejected leadership.

This is Part 1 of a two-part series to be concluded tomorrow.

Imtiyaz Yusuf is professor of Islamics and religion at the Graduate School of Philosophy and Religion, Assumption University, Bangkok.

Rakaman Pidato DSAI Di PRK Merlimau

Posted: 02 Mar 2011 07:12 PM PST


Program Ekonomi Yang Tidak Seimbang Menjadi Punca Rakyat Muflis

Posted: 02 Mar 2011 01:18 AM PST

Pendedahan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong, bahawa untuk tahun 2009 sahaja, Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 1,806 penjawat awam diisytiharkan muflis sangat membimbangkan. Dari jumlah tersebut 72.74% adalah lelaki.

Berikutan dari pengumuman tersebut saya menggesa agar kementerian terbabit segera mengumumkan angka keseluruhan penjawat awam yang dihimpit masalah keterhutangan yang begitu meruncing ini. Adalah wajar buat kementerian segera mengenal pasti penjawat awam pada aras gaji berapakah yang terpaksa berhutang dan kemudiannya terjerumus muflis. Selain itu adalah suatu yang mustahak untuk kita mengetahui samada penjawat awam yang berhutang dan muflis ini kebanyakannya tinggal di bandar atau di desa.

Pendedahan ini sebenarnya membenarkan beberapa permasalahan serta langkah yang diungkapkan dalam Buku Jingga itu. Pakatan Rakyat tuntas mengungkapkan betapa kos sara hidup yang kian melonjak manakala pendapatan yang diperolehi tidak mampu menampung kehidupan apatah lagi jika berkeluarga. Bayangkan 34% dari 4 juta pekerja di Malaysia dibayar kurang RM 700 sebulan, manakala 40% dari keseluruhan rakyat Malaysia hanya menikmati pendapatan isi rumah kurang dari RM 1500. Dengan jumlah pendapatan yang sebegini manakala berhadapan pula dengan peningkatan kos sara hidup seumpama kenaikan harga barang serta petrol, pastinya rakyat hidup dalam keperitan.

Oleh kerana itu kita bertegas mahu menyemak semula antaranya perjanjian dengan Pembekal Tenaga Bebas (IPP) yang ternyata membebankan dan merugikan negara. Selain itu Pakatan Rakyat juga mensasarkan selepas 5 tahun memerintah, pendapatan isi rumah wajar pada jumlah RM 4000 demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Lembah Pantai

Posted: 01 Mar 2011 09:48 PM PST

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

4 Mac 2011 (Jumaat)

8.00 – 12.00 Malam – Ceramah Perdana – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi : Dewan MBPJ, Gasing Indah, Seksyen 5, Petaling Jaya

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YB Nurul Izzah Anwar
4. YB Tony Pua
5. YB Gobind Singh Deo

Program Kempen Dato’ Seri Anwar Ibrahim di DUN Kerdau, Pahang

Posted: 01 Mar 2011 09:47 PM PST

3 Mac 2011 (Khamis)

Program 1
8.00 – 10.00 malam – Majlis Penerangan Dan Dialog Bersama Rakyat

Lokasi : Markas PAS, Kampong Desa Purun, Temerloh

Program 2
9.00 – 12.00 Malam – Ceramah 1

Lokasi : Markas KeADILan, Kampong Rumpun Makmur, Kuala Krau

Program 3
9.00 – 12.00 malam – Ceramah – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi : Markas KeADILan Felda Jengka 22, Bandar Tun Razak, Jengka

Antara Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YBhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
3. YB Nurul Izzah Anwar
4. YB Abdullah Sani
5. YB Azan Ismail
6. YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman
7. YBhg Hassanuddin Salim (Calon)
8. Pimpinan Pakatan Rakyat

Ahli PAC Pertikai Tuduhan ‘Ringan’ Bekas Menteri

Posted: 01 Mar 2011 07:59 PM PST

Dari Malaysiakini

Seorang ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Account Committee (PAC) telah mempersoalkan ‘tuduhan ringan’ yang dikenakan kepada bekas menteri pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berhubung kaitannya dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang ahli jawatankuasa pusat PAS berkata apabila ahli politik BN yang berprofail tinggi didakwa, tuduhan yang lazim dikenakan adalah ringan.

“Saya ingin tahu mengapa sedemikian. Perkara yang sama berlaku dengan (bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo dan bekas setiauasha politik (bekas menteri kewangan) Nor Mohamed Yakcop,” kata Kamaruddin ketika dihubungi.

“Hal ini seakan telah menjadi pola sekarang apabila membabitkan kes-kes berprofail tinggi. Ahli politik BN yang didakwa – jika mereka didakwa – akan dikenakan hukuman yang paling ringan."

Chan pada Isnin lalu dikenakan tiga pertuduhan menipu, yang membawa hukuman maksimum lima tahun setiap satu atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, PAC selepas inkuirinya pernah mencadangkan Chan disiasat untuk tuduhan pecah amanah(CBT), yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan rotan dan denda bagi pegawai kerajaan.

Tiada ulasan: