Rabu, 2 Mac 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Saman Ekor, Umno jangan zalimi rakyat, ingat Libya

Posted: 01 Mar 2011 08:32 PM PST


Mana ada dalam dunia ni nak bayar saman ekor beratur panjang sampai 12 tengah malam? Mana ada dalam dunia ni warga emas umur 85 tahun kena saman ekor bawa motosikal kuasa tinggi 500cc melebihi had laju? Di Malaysia saja perkara ini berlaku. Jadi kepada pemimpin Umno , jangan pekakkan telinga, tak nak dengar masalah rakyat. Ingat Malaysia tak boleh jadi macam Libya, Tunisia dan Mesir ke?

Kalau nak saman, samanlah TAPI , janganlah tunjuk lagak Bodoh Sombong tu.

Kalau nak saman begini caranya :

1. Saman pemandu yang bawa kereta tersebut, tahan pemandu tersebut. Bukan main pakai kamera speed trap je, yang kena saman pemilik kereta. Walhal kereta nombor plet palsu, kereta curi, kereta dah jual tapi belum pindah milik.

2. Kalau nak saman parking pula, tak payah saman. Clamp atau tarik terus kereta tersebut. Barulah tahu kereta tersebut kereta curi ke, kereta no plet palsu ke, orang lain pinjam kereta ke. Bukan menganiaya pemilik kereta asal.

Susah sangat ke nak buat perkara ini? Tak cukup anggota polis, tambah anggota polis. Bukan main swasta je saman ekor, tambah kamera perangkap laju.

Kisah Warga emas 85 tahun malukan PDRM dan Menteri, Padan Muka isu Saman Ekor di http://amkns.blogspot.com/2011/01/warga-emas-malukan-pdrm-dan-menteri.html

INGAT DOA RAKYAT YANG DIZALIMI

Kisah ALLAH makbulkan Doa orang Hindu yang dizalimi, awas pemimpin negara di http://amkns.blogspot.com/2011/02/allah-makbulkan-doa-orang-hindu-yang.html

CERAMAH SEMPENA PELANCARAN KEMPEN BANTAH SWASTA SAMAN EKOR PERINGKAT N.SEMBILAN

Tarikh : 6 Mac 2011 , AHAD
Masa : 9 mlm
Tempat : Lot 13015, Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Penceramah :
YB DATO' MAHFUZ OMAR
SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
ZULKEFLY MOHAMAD HJ OMAR

Semua Dijemput Hadir

Dapatkan Risalah Bantah Swasta Saman Ekor di http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/01/kempen-anti-saman-ekor-kase.html

Tiada ulasan: