Selasa, 22 Mac 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Mengapa Tema Serangan Anwar Tidak Pernah Berubah?

Posted: 22 Mar 2011 12:48 AM PDT


KOMENTAR : Pada 1998 satu gerakan tersusun menyusup masuk dalam Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra di mana Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung. Anasir ini membekalkan buku "50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri" dalam beg cenderamata perhimpunan.

Anwar berang dengan perbuatan licik itu dan membuat laporan polis. Beliau berasa difitnah. Polis pun menyiasat. Anwar pula mengarahkan peguam untuk menyaman penerbit buku itu, Allahyarham Khalid Jafri.

Akhirnya, dalam usaha mahu membersihkan namanya dari pelbagai fitnah yang terkandung dalam buku itu, siasatan polis itu beralih kepada Anwar sendiri. Natijahnya kini sejarah. Anwar dibicarakan, dan dalam proses itu pelbagai cerita menggiurkan didedahkan di mahkamah.

Namun separuh jalan, mahkamah memutuskan untuk menolak cerita-cerita seks yang dikatakan membabitkan Anwar dan akhirnya tuduhan dipinda dan Anwar disabitkan atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa. Dia pun dipenjarakan.

Hari ini, skrip hampir sama berulang. Seorang yang memperkenalkan dirinya Datuk "T" menayangkan video seks yang menggambarkan perlakuan seks membabitkan lelaki seiras Anwar.

Malah Datuk T berkata, beliau akan mengirimkan salinan video itu kepada pemimpin pembangkang itu dan isterinya. Beliau memberi mereka tempoh seminggu untuk meletakkan semua jawatan politik.

Datuk T menegaskan bahawa beliau tidak mahu membabitkan kerajaan dalam kes ini. Jika pemimpin terbabit tidak mahu meletak jawatan beliau akan menggerakkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan menubuhkan pasukan bertindak khas untuk membuat siasatan forensik terhadap video berkenaan.

Meskipun Datuk T tidak mahu kerajaan terbabit, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddiin Hussein tidak dapat mengawal "kegayatan dan naluri politiknya" untuk memberi komen terhadap kemunculan video seks ini.

Hishamuddin berkata, orang yang terbabit dalam video seks, jika berasa dirinya difitnah, harus buat laporan polis. Biar polis siasat. Anak Perdana Menteri Ketiga ini berkata, polis tidak sama sekali terbabit dalam pembikinan video ini. Aneh!

Siapa yang bertanya dan mengapa pula menteri ini perlu menafikan pembabitan polis dalam pembikinan video yang beliau sendiri dakwa "belum tonton dan mungkin tidak akan menontonnya?"

Namun beliau berkata, jika video itu benar membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, maka terpulanglah kepada rakyat untuk menilai peribadinya. Apakah itu sebenarnya matlamat Datuk T dan mereka yang bersengkongkol dengannya -- bina persepsi atau prasangka terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat?

Kemunculan video seks kali ini ditayangkan secara teratur – jemput wartawan tempatan pada sebelah pagi dan wartawan media asing pada sebelah petang – di hotel ternama di Kuala Lumpur.

Bayangkan betapa banyak yang perlu dibelanjakan oleh Datuk T! Sudah tentu ini projek besar yang memerlukan biaya daripada institusi yang kukuh kewangannya.

Nampaknya, kempen untuk mengaib dan membunuh kerjaya politik Anwar ini tidak pernah mengubah temanya. Sejak 1998 sasaran musuh politik Anwar ialah pegangan moralnya. Ini membabitkan kes mengurat isteri orang, liwat dan, amalan zina. Anehnya, soal yang menjadi senjata utama Anwar terhadap seteru politiknya – salah guna kuasa, dan rasuah tidak pernah cuba digunakan terhadap Anwar.

Ini menunjukkan bahawa musuh Anwar tidak dapat mencari fakta atau merekacipta bukti membabitkan Anwar dalam amalan curang ekonomi seperti rasuah.

Sebaliknya, mereka mencongak jika maruah Anwar boleh dipertikaikan, tuduhan Anwar terhadap amalan salah guna kuasa dan rasuah, pemimpin-pemimpin politik Umno-BN akan larut begitu sahaja dan dilupakan orang.

Begitu juga dalam kes mahkamah yang membabitkan konspirasi liwat kedua yang sedang berlangsung. Apabila melihat hakim menolak bukti rekacipta polis, Umno dan konco-konconya berdemonstrasi menagih Anwar supaya memberikan sampel DNA beliau. Jika tidak, ia membuktikan Anwar takut kerana bersalah.

Namun kerana corak dan tema dakwaan terhadap Anwar ini sama sahaja, ia menggambarkan betapa dangkalnya pemikiran politik musuh-musuh Anwar. Mereka cuba menabur persepsi bahawa sebagai seorang yang bermoral rendah (seperti kata musuh nombor satu Anwar, Dr Mahathir Mohamad) Anwar tidak layak jadi pemimpin.

Apa yang menakutkan mereka sekarang sebenarnya ialah, bagaimana jika kerjaya politik Anwar terus mekar selepas pilihanraya negeri Sarawak dan kemudian pilihanraya umum ke-13? Dan, Anwar benar-benar jadi pemimpin utama negara? Maka teruslah mereka berpaut kepada modal tohmahan video seks dan kes liwat dengan harapan rakyat percaya.


Sumber: TVSNEWS

Pita seks: Anwar buat laporan polis

Posted: 22 Mar 2011 12:42 AM PDT

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis berhubung pita video seks yang dipertontonkan kepada media, semalam.

NONE
Beliau diiringi tidak kurang 50 penyokongnya dan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR, tiba pada jam 10.45 pagi.

Anwar, pada sidang media petang semalam, menafikan lelaki yang mirip wajahnya dalam video 17 minit yang dipaparkan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah hotel yang tidak dikenali, adalah dirinya.

Hadir sama, ahli parlimen dan pemimpin PKR lain seperti R Sivarasa, Tian Chua dan M Manikavasagam, setiausaha PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, naib presiden PKR N Surendran dan ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

NONE

Anwar kemudian masuk ke balai polis dengan ditemani Surendran, ketua biro undang-undang PKR, Latheefa Koya dan peguam Fadiah Nadwa Fikri.

Penyokongnya yang menanti di luar membawa dua sepandulkyang melabelkan video berkenaan sebagai 'Fitnah II++' dan tertera perkataan 'bangun wahai rakyat... bangun demi keadilan'.

Di samping itu mereka juga melaungkan "Reformasi" dan "Hancur BN".

Lenyapkan karier

Anwar yang selesai membuat laporan jam 12 tengahari tadi mendakwa video seks itu sebagai cubaan melenyapkan karier beliau sebagai ketua pembangkang.

"Tayangan video lucah yang merupakan jenayah berat dibiarkan dan ini tidak mungkin tanpa penglibatan perdana menteri dan menteri dalam negeri termasuk pihak atasan PDRM," katanya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

NONE
Beliau juga menggesa polis bersikap profesional selain tidak membiarkan agensi itu dimanipulasi ahlipolitik Umno-BN.

Menurut Anwar, tayangan video lucah terbuka merupakan kesalahan jenayah dan indvidu yang bertanggungjawab perlu didakwa.

"Ini menunjukkan polis memilih. Kalau saudara tentang dan hina Anwar, boleh lakukan segala jenayah. Boleh pukul, boleh sebar kenyataan video lucah. Ini terbukti dan saya mahu tindakan diambil."

Justeru, ketua pembangkang itu memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak mengulangi kekejaman mereka sebagaimana yang dilakukan pada 1998 sehingga melibatkan penderaan fizikal terhadap dirinya.

NONE
"Saya beri ingatan kepada menteri dalam negeri, jangan guna laporan polis untuk menutup kesalahan jenayah mereka dan mengugat kerja saya dalam politik.

"Kenapa kes Port Dickson masih belum disiasat secara terperinci? Saya akan lawan mereka," kata Anwar sambil disahut laungan penyokong-penyokong yang hadir.

Negara digemparkan dengan pendedahan video seks lucah oleh individu bernama Datuk T di hotel Carcosa Seri Negara semalam.

seri carcosa 3
Dalam laporan polis yang diedarkan kepada wartawan, Anwar berkata tindakan mereka di sebalik video berkenaan ada berunsur jenayah, intimidasi jenayah, penayangan video lucah dan konspirasi melakukan jenayah terhadapnya.

Individu yang bergelar Datuk T semalam turut mengugut untuk mededahkan video tersebut kepada umum sekiranya Anwar dan isteri yang juga presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak meletakkan jawatan dalam masa seminggu.


Sumber: Malaysiakini

Selcat dapat perakuan mahkamah

Posted: 22 Mar 2011 12:39 AM PDT

DUN Selangor berjaya mendapat perakuan mahkamah bahawa jawatankuasa Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) merupakan jawatankuasa sah mengikut undang-undang.

Speaker Datuk Teng Chang Khim berkata, perakuan itu didapati melalui satu keputusan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.

NONE
Teng (dua dari kanan) berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu memutuskan bahawa keputusan dalam sidang dewan tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah.

"Mahkamah bersetuju bahawa keputusan yang dibuat oleh DUN dilindungi oleh Perkara 72 dan Perkara 77 Perlembagaan Persekutuan," kata Teng dalam satu sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Keputusan mahkamah itu mengenepikan satu saman yang dikemukakan oleh tiga orang ADUN BN yang cuba mendapatkan perisytiharan bahawa jawatankuasa Selcat tidak sah.

Tiga wakil rakyat berkenaan ialah Datuk Raja Ideris Raja Ahmad, Hasiman Sidom dan Wong Koon Mun.

Tindakan pada isteri Khir Toyo

Sehubungan itu juga, Teng juga meminta Peguam Negara supaya mengambil tindakan ke atas isteri bekas menteri besar Selangor Datin Zaharah Kechik.

khir toyo zaharah kechik selangor former mb 171208
Katanya, Zaharah tidak menghadiri sidang Selcat walau telah dipanggil sebagai saksi.

"Itu berlaku pada penggal pertama Selcat di mana (Zaharah) telah dipanggil sebagai saksi tetapi tidak hadir.

"Maka ia merupakan kesalahan di bawah enakmen penghinaan dewan 2009 yang sekarang ini disahkan oleh mahkamah sebagai undang-undang sah.

"Oleh itu saya menggesa Peguam Negara mengambil tindakan untuk mendakwa beliau kerana melanggari peruntukan enakmen penghinaan dewan.

"Tidak ada perkara yang was-was lagi untuk mereka laksanakan," kata Teng lagi.


Sumber: Malaysiakini

Mahkamah benarkan kerajaan mencelah

Posted: 22 Mar 2011 12:33 AM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan kerajaan pusat untuk menjadi pencelah dan defendan kedua dalam saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) supaya membayar tunggakan royalti minyak dan gas.

Keputusan dibuat oleh hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof setelah mendengar hujah pihak-pihak yang terbabit selama satu jam 20 minit di kamar beliau.

Kerajaan pusat diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi manakala kerajaan negeri Kelantan pula oleh peguam Tommy Thomas. Petronas pula Cecil Abraham dan Rishwant Singh.

Dalam saman yang difailkan pada 30 Ogos tahun lalu, kerajaan negeri Kelantan hanya menamakan Petronas sebagai defendan.

NONE
Dalam permohonan yang difailkan pada 19 Nov lalu, antara alasan yang dikemukakan oleh kerajaan pusat ialah kerajaan Malaysia wajar dijadikan defendan dalam kes ini, supaya semua perkara yang dipertikaikan boleh diputuskan dan dihakimi dengan berkesan dan selengkapnya.

Ia juga agar persoalan dan isu-isu perundangan yang berbangkit atau berhubung dengan relif yang dituntut oleh kerajaan negeri Kelantan adalah adil dan sesuai diputuskan antara kerajaan Malaysia dan Petronas.

Kerajaan negeri Kelantan menyaman Petronas atas dakwaan telah melanggar kontrak berhubung pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan berhubung pendapatan minyak.

Dalam pernyataan tuntutan, kerajaan negeri itu antara lain memohon supaya dikeluarkan perintah terhadap Petronas agar membuat bayaran penuh dan mendedahkan semua fakta berkaitan dengan pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada Kelantan, termasuk sepanjang tempoh petroleum dikeluarkan, ditemui atau diperolehi di luar pesisir Kelantan; kawasan atau blok dari tempat petroleum itu ditemui atau diperolehi; dan jumlah pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada Kelantan.

Kerajaan negeri itu juga memohon semua bayaran wang tunai tertunggak yang ditentukan oleh mahkamah perlu dibayar dalam masa sebulan dari tarikh perintah mahkamah dikeluarkan.

Selain itu, Kelantan juga memohon dikeluarkan perintah bahawa semua bayaran wang tunai di masa depan, bagi petroleum yang dikeluarkan dari kawasan luar pesisir sepertimana ditetapkan dalam perjanjian petroleum itu, perlu dibayar kepada negeri oleh Petronas.


Sumber: Malaysiakini

Judi: Canggah pendapat PAS-DAP tak berbangkit

Posted: 22 Mar 2011 12:33 AM PDT

PAS menafikan presidennya, Datuk Seri Hadi Awang bercanggah pendapat dengan DAP isu pengharaman judi di negara ini, laporHarakahdaily.

Sehubungan itu, setiausaha politik presiden PAS itu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan, berkata parti itu membantah laporan berita yang dimuatkan dalam portal beritaMalaysiakini dan di the Star.

pas muktamar 130610 abdul hadi awang

"Adalah dengan ini ingin dipertegaskan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menyebut sama sekali perkara yang dinyatakan sebagaimana di atas dalam ceramah beliau di Jerteh pada Sabtu lepas atau bila-bila masa di mana-mana tempat," katanya.

Justeru, kata Ahmad Samsuri persoalan bahawa PAS bercanggahan dengan DAP dalam isu berkenaan adalah tidak berbangkit sama sekali.

Tambahnya, rakaman ucapan presiden PAS itu boleh dirujuk di web www.terengganukini.net.

"Kami amat kesal dengan pemberitaan yang salah ini dan meminta kepada pihak yang melaporkannya untuk memohon maaf secara terbuka dan seterusnya menarik balik berita berkenaan dengan membuat pembetulan terhadap kesilapan yang sangat besar itu," katanya.

Artikel berita yang yang dimuatkan dalam Malaysiakini dengan tajuk'DAP clashes with PAS over gambling ban, again' semalam itu dipetik daripada beberapa akhbar harian Cina.

Ia melaporkan Hadi sebagai berkata PAS akan melaksanakan dasar Islam apabila berkuasa nanti. Ini termasuk mengharamkan perjudian di seluruh negara dan persetujuan mengenai perkara berkenaan telah dicapai dengan parti-parti Pakatan lain.

NONE
Ia merujuk perenggan enam dan tujuh iaitu:"According to reports by Chinese dailies Nanyang Siang Pau and China Press, Hadi allegedly announced during a rally in Jerteh last Saturday that PAS would implement Islamic policies should the party come to power, including a nationwide ban on gambling.

"He was quoted as saying that the other Pakatan parties had reached a consensus with PAS over the matter."

Manakala the Star hari ini pula 2011 juga melaporkan berita dengan tajuknya: 'Hadi: Pakatan will ban all gambling in Islamic state.'

Sumber: Malaysiakini

Tiada ulasan: