Selasa, 22 Mac 2011

AMK KEDAH

AMK KEDAH


Semakin hebat diaibkan, semakin ramai sokong Anwar

Posted: 22 Mar 2011 12:50 AM PDT


PETALING JAYA 21 MAC: Walaupun dikaitkan dengan pelbagai fitnah termasuk digelar agen Yahudi, pengamal hemoseksual dan terbaru dikaitkan dengan video rakaman seks yang diedarkan hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah hilang sokongan rakyat.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, semakin liar tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar, ia hakikatnya menguatkan sokongan rakyat kepada Ketua Umum PKR itu.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang tadi, Saifuddin menganggap kebangkitan rakyat tidak akan disekat melalui klip video lucah yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang.

Malah katanya, sejak dari awal penubuhan parti itu telah dikecam dengan pelbagai tomahan namun masih berjaya dibuktikan dengan sokongan rakyat untuk membebaskan negara daripada cengkaman politik Umno-Barisan Nasional (BN).

"Ujian sokongan sebenarnya pada pilihanraya. Kita bermula dengan lima kerusi Dewan Undangan Negeri. Datuk Seri Anwar turut diserang (sebagai) agen asing, agen Yahudi, pengkhianat Melayu dan bermacam lagi. Kita masuk pilihanraya lagi sehingga 2008, kita mampu memenangi sehinggi 31 parlimen dan 43 Dewan negeri dengan 1.5 juta sokongan pengundi," ujar Saifuddin.

Negara hari ini digemparkan dengan tayangan video lucah yang didakwa melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh individu
bergelar Datuk T.

Dengan kehadiran ketua-ketua editor media arus perdana dan anggota Unit Khas PDRM, video tersebut ditayangkan selama 21 minit.

Namun pengamal media tidak dibenarkan mencatat sebarang nota atau membuat rakaman ketika ianya ditayangkan di Carcosa Seri Negara pagi tadi.

Rakaman tersebut dilakukan pada 21 Februari tahun ini dengan peralatan kamera canggih bertujuan untuk memerangkap Anwar dan kepimpinan PKR.

Seterusnya individu bergelar Datuk T itu turut mengugut untuk mendedahkan video itu sekiranya Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak meletakkan jawatan dalam tempoh seminggu.

Anwar seterusnya menafikan perkara itu dalam sidang media yang sama dan akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 10.30

Video fitnah konspirasi Najib, polis- Anwar

Posted: 22 Mar 2011 12:42 AM PDT


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan terbaru rakaman video seks fitnah yang dikaitkan dengannya, merupakan konspirasi peringkat tertinggi melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Anwar, video palsu itu tidak mungkin didedahkan tanpa penglibatan Najib, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Rais dan pihak atasan polis.

"Pihak atasan polis, Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri tahu tentang perkara ini (tayangan) dan membiarkan ia berlaku," kata Anwar ketika sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi tengahari tadi.

Anwar yang kebiasaanya ceria, hari ini kelihatan serius sewaktu memberikan beberapa sebab, mengapa beliau mengatakan video tersebut merupakan konspirasi jahat pihak atasan bagi menjatuhkan karier politiknya dan menyekat kemaraan Pakatan Rakyat.

"Pertama ia anjuran cara terbuka kepada wartawan, editor kanan dan mereka ditayangkan secara terbuka video lucah. Bolehkah di negara ini, di Carcosa Sri Negara dan beberapa tempat lain tayangan video lucah diadakan, yang merupakan jenayah berat," kata Anwar.

Jangan guna laporan polis untuk tangkap saya- Anwar

Anwar seterusnya mengingatkan polis agar tidak menggunakan laporan yang dibuatnya sebagai alasan untuk menangkapnya seperti yang berlaku sewaktu kes Fitnah pada 1998 dahulu.

"Pada tahun 1998, kita buat laporan polis, kita yang didera.

"Saya ingatkan Menteri Dalam Negeri, jangan guna laporan polis untuk tutup kesalahan mereka dan gugat kerjaya saya dalam politik," kata Anwar dengan tegas.

Anwar juga sempat menempelak Najib dan Hishammuddin yang cuba 'cuci tangan' dari awal-awal lagi menafikan penglibatan mereka walau pun siasatan polis belum dilakukan.

"Najib dan Hishamuddin semalam menafikan mereka terlibat. Kenapa apologetik?," tanya Anwar.

Anwar juga tidak menolak video fitnah terbaru ini direka cipta kerana pihak tertentu yang menjadi dalang di sebalik kes Fitnah II menjangkakan mereka akan kalah dalam kes itu.

Tiada ulasan: