Salam 2 all.
Segala puji bagi ALLAH Raja segala raja, Pemerintah segala pemerintah, Penguasa segala yang berkuasa. Salam dan salawat keatas Rasulullah saw, pembawa rahmat keatas seluruh alam. Saya mengajak diri saya dan para jemaah sekelian supaya marilah kita bertaqwa dengan sebenar-benarnya kepada ALLAH swt, tanpa sebarang keraguan tetapi keyakinan yang syumul.
Rasulullah saw bersabda, "
akan datang suatu zaman nanti, kamu akan melihat wanita kamu yang menderhaka, remaja kamu yang fasik, dan kamu meninggalkan jihad!". Para sahabat lantas bertanya "Ya Rasulullah, akan terjadi sedemikian?""Bahkan! Malah kamu akan meninggalkan kerja amar ma'ruf, nahi munkar!
"Sampai begitu ya Rasulullah?"
"Bahkan! Malah kamu akan melihat yang ma'ruf menjadi munkar, dan munkar menjadi ma'ruf!""Sampai begitu sekali ya Rasulullah?"
"Bahkan! Malah kamu akan disuruh membuat yang munkar, dan ditegah membuat yang ma'ruf!".Begitulah dahsyatnya gambaran yang diberikan oleh Rasulullah saw mengenai keadaan umat Islam diakhir zaman. Gambaran yang kini sebenarnya berlaku didepan mata kita, namun hanya yang punya cahaya keimanan akan dapat melihatnya. Sebaliknya bagi yang sudah buta dan tenggelam dengan gemerlapan duniawi, mereka akan menjadi umat kalkatu yang terpegun dengan cahaya kehancuran!
Saya memanjatkan syukur kehadrat ALLAH swt kerana melihat adanya kesatuan suara diantara umat Islam bangsa Melayu dalam berdepan dengan perayaan maksiat yang dipanggil Valentine yang disambut pada tiap 14 Februari. Perayaan yang penuh dengan segala macam maksiat dan mungkar, menjadi antara faktor keruntuhan akhlak dan penyumbang kepada meningkatnya gejala zina dan akhirnya kepada gejala pembuangan bayi. Malangnya, tahun ini ianya muncul kebetulan sehari sebelum sambutan memperingati Maulidur Rosul, tarikh kelahiran Nabi Muhammad saw. Janganlah kita benarkan maksiat mungkar mencemari sambutan memperingati kelahiran Rasulullah saw.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Seri Jamil Khir telah mengumumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan mengadakan siri penerangan tentang kemaksiatan sambutan Hari Valentine ini, dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri telah diarah menjalankan operasi mencegah maksiat di hari sambutan tersebut. Saranan yang sama disuarakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustadz Nasharudin Hassan At-Tantawi yang meny
eru supaya gerakan penerangan dan pencegahan maksiat diadakan pada hari tersbut. Bahkan beliau menyatakan Dewan Pemuda PAS sanggup membantu pihak berkuasa negeri-negeri untuk melaksanakan tugas tersebut.
Malahan apa yang disebut oleh kedua-dua tokoh tersebut adalah bersesuaian dengan keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang memfatwakan amalan perayaan menyambut Hari Valentine sebagai haram dan wajib dijauhi oleh umat Islam.
Namun malangnya ada diantara kita yang telah menjadi kalkatu dan buta terhadap agamanya sendiri. Pendirian Ketua Pemuda PAS tersebut telah dikritik oleh segelintir pimpinan PAS sendiri. Malah ada yang mengherdik Ustadz Nasharudin kerana tindakannya dikatakan akan merugikan PAS dalam usaha untuk mendapat undi para kaafirun dalam pilihanraya akan datang! Ustadz Nasharudin didakwa terlalu jumud dan buta politik. Ada suara sumbang yang meminta Ustadz Nasharudin supaya menumpu kepada soal politik kepartian dan menjaga kepentingan dan peluang parti untuk pilihanraya akan datang
. Begitu ghairah mereka gilakan kuasa, sehingga sehingga politik dipertuhankan, aqidah digadaikan!! Maka sudah terjadilah apa disebut Rasulullah saw, "kamu akan ditegah membuat yang ma'ruf, dan disuruh buat yang mungkar!".
Suara-suara dajal kecil ini rupa-rupanya mendapat sambutan puak-puak kaafirun dan yang sewaktu dengannya. Suara dajal-dajal kecil ini senada seirama dengan golongan kaafir dan munafiq. Kita melihat parti-parti politik kafir, termasuk parti paling rasis dan cauvinis dan rakan sekutu PAS sendiri iaitu DAP lantang mengkritik pendirian Ustadz Nasharudin. Tidak ketinggalan adalah parti komponen Barisan Nasional saperti kepimpinan MCA dan Gerakan yang turut sama menghentam Ustadz Nasharudin.
Malahan kumpulan nyamuk yang mengaku Islam saperti SiS Forum Sdn. Bhd. turut mengutuk pendirian Ustadz Nasharudin.
Benarlah sabda Rasulullah saw yang mafhumnya
, "kelak nanti akan datang kepada kamu suatu zaman, dimana para kaafir bersatu meratah kamu saperti meratah makanan didalam talam. Walaupun kamu ramai jumlahnya, tetapi nilai kamu hanya saperti buih dilautan. Ditiup ombak ke kiri, kekirilah kamu. Ditiup ombak kekanan, maka kekananlah kamu. Ini kerana kamu sudah dihinggap penyakit hubbud dunya wakaroohiyatul maut - terlalu sayangkan dunia dan takut mati!".
Begitulah nasib umat Islam bangsa Melayu didalam tanahairnya sendiri. Ditentang rakan, dihentam musuh. Sedangkan jelas bagi kita, jika kita berpegang kepada Islam, syariat Islam, kita pasti akan menang, walaupun kafir tidak menyukainya. Firman ALLAH swt
, "huwal lazhi arsalarasulahuu bil hudaa wadii nil haq, liyuz hiro hu 'aladdii ni kullih, walau karihal musyrikuun - Kami yang mengutus Muhammad sebagai Rasul dengan petunjuk yang benar, dimenangkan diatas agama lain, walaupun musyrikin (kafir) tidak menyukainya".
Persoalan sekarang ialah, kita mesti tetap istiqomah dan berpegang kepada syariat Islam, walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cemuhan, celaan dan kutukan. Kerana Rasulullah saw sendiri telah bersabda
, "sesiapa yang berpegang kepada Islam diakhir zaman, umpama ia mengenggam bara api".Para jemaah yang dirahmati ALLAH sekelian, percaya dan yaqinlah dengan janji ALLAH. Kita umat yang dijanjikan kemenangan, kita umat yang terpilih untuk diberi kemenangan. Dengan syarat kita membantu agama ALLAH. Firman ALLAH swt
, "intan surullah hayan surkum, wayusabbit aqdaamakuum - bantulah agama ALLAH, pasti ALLAH akan membantu kamu".
Maka dihari Jumaat sayyidul ayyam, hari penghulu segala hari, hari yang diberi kemuliaan oleh ALLAH swt, saya menyeru diri saya dan para jema'ah rahimakumullah sekelian, bangkitlah mempertahankan agama ALLAH. "Stand up and be counted before ALLAH". Jadilah pembantu ALLAH. Jadilah soldadu ALLAH. Jadilah tentera ALLAH. Bangkitlah menentang kemungkaran yang berlaku ini, cegahlah kemaksiatan ini, hapuskanlah segala punca kepada bala dan kebencian ALLAH ini
. "Aamantu billah summastaqeem - berimanlah kepada ALLAH dan beristiqomahlah"!!Dalam kita menyambut maulidurrosul ini, marilah kita menegakkan perjuangan Rasulullah saw agar sambutan kita kali ini benar-benar membawa makna yang besar didalam hidup kita! Ameen ya rabbal 'alamiin.
Wallahua'lam & wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
09 Rabi'ul Awal 1432
11 Februari 2011
*Nota: semua rukun dan hukum khutbah insyallah telah disempurnakan. Khutbah telah disampaikan secara lisan tanpa bacaan teks. Ini adalah catatan sebahagian daripada khutbah. Sekiranya ada sebarang kekhilafan dan kesilapan adalah semata-mata kerana kelemahan teman sendiri dan moga ALLAH memberikan keampunan serta hidayah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan