Ahad, 13 Februari 2011

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


CADANGAN SOALAN-SOALAN PERTANYAAN

Posted: 13 Feb 2011 12:57 AM PST

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT

PARLIMEN KEDUA BELAS

JAWAB LISAN

Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

a) Nilai perlepasan cukai yang diberikan kepada Airasia merupai 60 peratus bagi pembelian aset (capital expenditure) dari mula sehingga tahun 2009 ; dan

b) Berapakan jangkaan jumlah pelepasan cukai yang akan diterima oleh Airasia hingga tahun 2014.

Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

a) Adakah Petronas bercadang membuat kajian dalam perlombongan uranium, memandangkan kerajaan mula fokus kepada pembinaan loji nuklear; dan

b) Rancangan Petronas untuk melabur dalam KAZATOMPROM (Kazakstan National Atomic Energy) memandangkan Petronas sudah melabur minyak dan gas dalam negara tersebut.

Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

a) Kenapa KWSP hanya membayar separuh daripada hak yang dituntut oleh pencarum apabila sudah sampai masa yang membolehkan simpanan dikeluarkan sepenuhnya.

Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok kemang) minta PERDANA MENTERI menyatakan:

a) Manfaatnya kepada Felda Global Venture apabila FINA, anak syarikat Felda Iffco Sdn Bhd membeli Twin Rivers Technologies Natural Ingredients dari Twin Rivers Technologies US dengan harga RM75.5 juta, walaupun telah mengalami kerugian RM140 juta pada 2009 dan operasinya tertangguh.

Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

a) Rasionalnya kerajaan hendak menjual RM90 bilion bon untuk tujuan membayar hutang (RM49 bilion) dan peruntukkan untuk mengurangkan defisit 2011 (RM45 bilion).

Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

a) Tindakan kerajaan mengatasi kehilangan (mengikut anggaran Perunding Morgan Stanley) USD 100 bilion kerana rasuah sejak tahun 1980.

Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan:-

a) Atas pertimbangan apa yang tanah Lot 81 dan Lot 108, Jalan Ampang diserahkan kepada syarikat Al-Hidayah yang melalui anak syarikat tersebut gagal menyiapkan Kem Transit dan Kem Rejimen Askar Wataniah di Kuala Lumpur yang dijadualkan siap pada Jan 2002.

Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

a. Berapakah jumlah subsidi gula yang diberikan kepada syarikat-syarikat pengeluaran minuman dan makanan dari tahun 2005 hingga 2010.

Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PERUMAHAH DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan;-

a. Rasionalnya penswastaan pengurusan sisa pepejal dan juga penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam; dan

b. Tindakkan yang akan diambil memandangkan sekarang kerajaan telah menanggung hutang sebanyak RM349 juta kepada syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd.

Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan;-

a) Hasrat kerajaan untuk memberi hak milik tanah secara individu kepada setiap keluarga masyarakat orang asli; dan

b) Mewartakan bahagian tanah komunal sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara.

JAWAPAN BERTULIS

  1. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

Berapakah jumlah hutang kerajaan persekutuan, syarikat milik kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kerajaan negeri dan juga agensi-agensi negeri masing-masing dari tahun 2005 hingga 2010.

  1. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

Pencapaian Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) dalam bantuan masing-masing kepada kumpulan rakyat berpendapatan isi rumah kurang daripada RM2,300.

  1. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

Senarai projek-projek yang melibatkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA) semenjak tahun 2006 sehingga hari ini dan kos projek serta status projek tersebut.

  1. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

Mengapakah berlaku perbezaan ketara dari segi prestasi pengendalian kontena di antara Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan apakah langkah yang diambil bagi masalah tersebut.

  1. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:-

Anggaran kadar anjakan upah seluruh sektor yang telah menerima pelaburan asing (FDI) di bawah Program Tranformasi Ekonomi (ETP) menjelang akhir tahun 2011.

Tiada ulasan: