Mohd Sabu dan Dr Hatta
===
Saya berada di Merlimau pada 15hb Februari 2011 dan tinggal di Rumah Kak Jamnah Jaafar, kakai Ipar saya, di Permatang Serai, Merlimau. Persiapan untuk ceramah pada malamnya semuanya sudah disiapkan oleh petugas-petugas Parti Keadilan Rakyat, dan pada jam 3.00 petang saya meminta anak buah saya pergi ke Pekan Merlimau untuk mengedarkan poster ceramah dari kedai ke kedai dan dari rumah ke rumah agar lebih ramai kaum Cina mengetahui akan ceramah pada malam itu di rumah Kak Jam.
Seawal jam 6.00 petang, Kg Merlimau telah menyaksikan peniaga-peniaga menaikkan gerai masing-masing dengan bermacam jenis perniagaan. Ini membayangkan kepada saya bahawa ceramah pada malam itu akan dihadiri oleh ribuan manusia.
Selepas solat Isya', Majlis Ceramah sudah dimulakan dengan dipengerusikan oleh Sdr Wahab. Saya mengisi ruang untuk memulakan ceramah sambil menunggu penceramah-penceramah dari PAS, DAP dan PKR.
Jam 9.15 malam, Sdr Mat Sabu dan Dr Hatta sampai ke tapak ceramah diikuti oleh Senator Ramakrishnan dari DAP dan diikuti pula oleh Sdr Shamsul Iskandar, Ketua AMK.
Saya memberhentikan ceramah saya jam 9.20 malam diikuti oleh Senator Rama, Dr Hatta, Shamsul Iskandar dan Mohd Sabu. Dato Seri Anwar sampai semasa Dr Hatta menyampaikan ceramah. Sebelum itu Dato Seri menghadiri Majlis Makan Malam PKR Melaka dan kemudian hadir ke Majlis Tazirah di Permatang Pasir sebelum hadir ke Permatang Serai.
Semasa sebelum kehadiran Anwar itu, kehadiran sudah melonjak kepada lebih 4000 orang, tetapi jumlah ini menokok kepada lebih 6000 orang semasa Anwar hadir. Padat. Inilah sejarah bagi Kg Merlimau. Tidak pernah sepadat ini sebelumnya. Ada rakan-rakan menyatakan bahawa jumlah itu menghampiri 10000 orang. Itu tidaklah penting. Yang penting, kehadiran sebegini ramai adalah sejarah yang tidak penah berlaku di Kg Merlimau sebelum ini.
Tidak jauh dari tempat ceramah PKR itu adalah ceramah UMNO. Alahai, nak cakap segan, tak cakap nanti orang tanya juga. Berapa ramai. Bilangannya terlalu kecil, tapi untuk menyedapkan hati UMNO, kita letak ajalah 100 orang, itu pun dah lebih!
Kutipan derma pada malam itu menghampiri RM7000.00.
Jam hampir tepat 12.00 tengah malam, Majlis itu berakhir. Anwar kembali ke Kuala Lumpur dan esuk harinya beliau menghadiri Mahkamah Tinggi dengan pertuduhan Fitnah 2.
Saya berlepas dari Merlimau ke Shah Alam jam 11.00 pagi untuk menemui YB Elizabeth Wong di Pejabat EXCO Kerajaan Negeri Selangor.
Saya sampai ke Pejabat itu jam lebih kurang 2.00 petang dan dapat bertemu dengan YB Elizabeth.
Kami telah bincangkan program-program untuk Task Force Felda Selangor. Saya cukup gembira diberitahu oleh YB Eli bahawa tuntutan peneroka-peneroka Felda Gedangsa yang mengerjakan kawasan lembah di rancangan itu untuk mendapatkan lesen T.O.L telah memperolehi kemajuan dan Pejabat Tanah Hulu Selangor akan mengambil tindakan yang sesuai.
Kerajaan Negeri Selangor juga, kata YB Eli, akan berbincang dengan Felda supaya Felda mengesyorkan kepada Kerajaan Selangor supaya geran tanah bagi peneroka-peneroka Fasa 6 Felda Suharto dapat dikeluarkan kerana mereka telah lama menjelaskan hutang mereka kepada Felda.
Satu perkembangan yang sangat menggembirakan saya ialah pendedahan oleh YB Eli yang mendapat penerangan daripada Pejabat Tanah Hulu Selangor bahawa wujud tanah yang agak luas di kawasan Felda Suharto yang masih menjadi tanah Kerajaan Selangor kerana tidak dipohon oleh Felda. Dan beliau menyatakan bahawa tanah itu akan diproses untuk diserahkan kepada Generasi Kedua Felda Suharto.
Kami juga membincangkan untuk mengadakan Perhimpunan Peneroka-Peneroka Hulu Selangor didalam hujung Mac atau awal April tahun ini, dan menjangkakan lebih dari 500 orang peserta-peserta akan menghadiri Perhimpunan itu terdiri daripada peneroka-peneroka dan 200 orang lagi terdiri daripada Orang Asal seluruh Negeri Selangor.
Satu perjumpaan dengan pimpinan peneroka-peneroka Felda Selangor dan Orang Asal Selangor sedang diaturkan untuk Perhimpunan itu dimingu ketiga bulan Februari ini
Lebih kurang 4.00 petang saya kembali ke Temerloh dan kerja di Temerloh menunggu pula untuk persediaan Ceramah untuk Pelancaran Markas PRK DUN Kerdau di Felda Jengka 22 pada 17hb Februari 2011. Pada 18hb Februari 2011 saya akan membentangkan kertas kerja Perhimpunan Warga Felda Negeri Terengganu di Felda Kerteh 1, pada 19hb Februari akan diadakan pertemuan dengan pimpinan Peneroka-Peneroka dan Orang Asal PKR Pahang di Rest House Temerloh, manakala pada 20hb Februari 2011 meraikan kehadiran Dato Seri Anwar Ibrahim di Majlis Makan Malam anjuran PKR Cabang Temerloh dan sebelah malamnya Ceramah umum di Markaz PAS Pahang di Kerdau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan