Jumaat, 11 Februari 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Petugas-petugas PKR Kuala Krau turun padang

Posted: 11 Feb 2011 12:40 AM PST

Sdr Razak Husin (paling kiri), Pn Hendon Jaafar (3 dari kiri) dan Pn Khalia Sh Mohamed (4 dari kiri)


Dengan 22 orang tenaga kerja Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau turun padang mengedarkan risalah di Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan.


2 jenis edaran yang dibawa iaitu Risalah Warga Perihatin Felda, suatu risalah yang dikeluarkan secara bulanan oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN Pusat dan handbil untuk menjemput masyarakat Felda di Jenderak Utara dan Jenderak Selatan menghadhiri ceramah yang akan diadakan pada 12.2.11 jam 9.00 malam di Markaz PAS Felda Jenderak Utara.


Kami pecahkan tenaga ini kepada 3 kumpulan, masing-masing di ketuai oleh saya sendiri, dan dua kumpulan lagi oleh Sdr Abdul Razak Husin, Timbalan Pengerusi KEADILAN Cabang Kuala Krau dan Sdr Ramli Idup, Ketua Penerangan.


Turut bersama didalam tenaga kerja ini adalah Pn Khalia Sh. Mohamed, Setiausaha KEADILAN Cabang Kuala Krau merangkap Ketua Wanita dan Pn Hendon Jaafar, Bendahari Cabang.


Kami bermula dari jam 9.30 pagi dan mengham piri jam 12.00 tengah hari kami telah selesai mengedarkan dari rumah ke rumah hampir 1000 buah rumah di kedua-dua kawasan Rancangan Felda di kawasan DUN Jenderak didalam kawasan Parlimen Kuala Krau.


Jadual turun padang beramai-ramai oleh petugas-petugas KEADILAN Kuala Krau akan dilakukan untuk meliputi kawasan kampong-kampong Gajah Mati, Kg Jenderak, Kg Dato Shariff Ahmad, Taman Bahagia, Taman Mewah, dan kawasan-kawasan Taman di Pekan Kuala Krau, Kg Paya Luas terus ke Kg Masjid, Kg Seboi (Melayu), Kg Kuala Mai, Kg Gong Halt dan Kg Paya Sok bersempena dengan Jadual Ceramah kami di Kg Kuala Mai nanti.


Dengan kerja turun padang secara beramai-ramai ini dapat mengeratkan hubungan tenaga kerja kami secara berprinsip dan disampingi dapat menghubungkan tali silaturrahim diantara KEADILAN dengan penduduk setempat.


Mulai minggu hadapan, Jadual Turun Padang akan meliputi Kg Penderas, Kg Pasu, Kg Lubok Wong, Kg Seboi (Asli), Kg Mendoi, Kg Pian, Kg Galung/Terbol, Kg Rekoh, Kg Berdut dan Kg Paya Pelong (iaitu perkampongan Orang Asal di DUN Jenderak).


Kami mengharapkan anggota-anggota Majlis Pimpinan Pusat dapat terlibat didalam Jadual-Jadual turun padang dan ceramah yang diadakan di Kuala Krau.




Tiada ulasan: