The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
- Orang Asal Perlu Maju seperti kaum lain!
- Rombongan Bersatu Pimpinan Orang Asal Menemui Menteri Besar Kelantan mencari Penyelesaian Isu Ladang Rakyat di Gua Musang
- Saksi utama di Mahkamah minta minum air
Orang Asal Perlu Maju seperti kaum lain! Posted: 09 Feb 2011 07:27 PM PST Disinilah tempat mandi, tempat membasuh kain-baju dan pinggan mangkuk, dan disinilah tempat mengambil air untuk minuman dan memasak Bungalo paling selesa! Apa boleh buat, inilah nasib kami! Cantikkan rumah ini? Inilah Highway menghala ke Kampong Orang Asal di Rompin Inilah rumah bungalo di perkampongan Orang Asal! Mesyuarat diatas tanah begini sudah cukup selesa di Kampong Orang Asal Inilah jalan yang terbaik untuk kampong Orang Asal Jalan seperti ini cukup baik untuk Kampong Orang Asal, bandingkan dengan jalan-jalan dikawasan kampong dan bandar di luar kawasan kampong Orang Asal! Rumah seumpama ini sudah baik, bandingkan dengan rumah-rumah kaum lain? === Berpuluh-puluh kampong Orang Asal yang telah saya lawati di seluruh Negara masih didalam keadaan yang dhaif. Ada kampong-kampong yang masih jauh dari pembangunan tanpa jalanraya, air bersih dan elektrik. Ada kampong-kampong yang terdapat rumah-rumahnya hanya dari kayu-kayu hutan yang bulat, lantai buluh dan berdinding dengan kulit-kulit kayu. Ada kampong-kampong yang jauh dari kawasan-kawasan yang ditempatkan sekolah, klinik kesihatan dan kemudahan-kemudahan asas. Di kampong-kampong di Daerah Rompin, masih ramai kanak-kanak yang tidak bersekolah; dan pendapatan ibu-bapa hanya sekadar RM10 sahaja sebulan. Mereka tidak berjumpa dengan "nasi", hanya sekadar makan ubi kayu, keledek dan buah-buah kayu. Mereka miskin, dhaef, dan tidak mendapat apa-apa pembelaan. Di sebuah kampong yang tidak berjauhan dari Bandar Muadzam, mereka tinggal di kawasan tempat buang sampah. Dan mereka berebut-rebut mencari sesuatu untuk rezeki setiap kali lori-lori sampah membuang sampah untuk dibakar. Kawasan-kawasan kampong mereka tidak selamat, kerana pada bila-bila masa tanah-tanah mereka diceroboh oleh "makhluk modern dari kaum-kaum lain". Tanah-tanah hutan mereka yang digunakan untuk mencari rezeki dan kawasan rayau mereka diceroboh dan kawasan-kawasan itu bertukar menjadi ladang sawit dan getah kepunyaan sayarikat-syarikat yang ada hubungkait dengan pemerintah UMNO/BN. Bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain baik didalam Biro Orang Asal PKR Pusat mahupun dengan badan-badan NGO Orang Asal, kami mahu melihat Orang Asal dapat pembelaan sebenar. Kita meluat melihat telatah UMNO/BN menurunkan habuan demi habuan untuk mendapatkan sokongan hanya semasa Pilihanraya. Tuntutan Orang Asal yang mutlak adalah: (a) Pemilikan tanah kampong dan ladang yang mempunyai Geran Tanah agar tidak lagi dapat diceroboh; (b) Penggezetan kawasan rayau dan tanah adat yang tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana pihak untuk Orang Asal semasa dan anak-cucu mereka; (c) Kemudahan perumahan dan kemudahan asas seperti jalanraya, air bersih, elektrik, talipon, kemudahan kesihatan dan persekolahan untuk anak-anak mereka; (d) kemudahan untuk mendaftarkan mereka sebagai penduduk dengan pengeluaran kad-kad pengenalan (begitu ramai lagi dari kalangan Orang Asal tidak memiliki Kad Pengenalan); (e) kemudahan sumber pekerjaan bagi menampung anak-anak muda dikalangan mereka yang begitu ramai menganggur atau tidak mempunyai pekerjaan yang boleh menampung kehidupan yang sempurna. Saya mahu melihat Orang Asal hidup seumpama kaum-kaum lain di Negara ini. Ada dari kalangan kenalan saya menyatakan bahawa jika pihak Kerajaan berjaya menaikkan taraf hidup Orang Asal maka mereka akan bersetia dengan UMNO dan Barisan Nasional sebagai tanda terima kasih mereka kepada kerajaan. Jangan lupa, hanya manusia yang miskin dan mundur sahaja yang boleh diguna dan diperalatkan oleh sesuatu kuasa politik; tetapi jika manusia itu sudah bebas dari cengkaman kemiskinan dan kedhaefan, pemikiran mereka tidak lagi dapat dikongkong, mereka boleh membuat pemilihan bersesuaian dengan pemikiran yang bebas. Mereka boleh memilih apa saja mengikut akal yang sihat dan boleh mengamalkan demokrasi tanpa boleh dibelenggu, disekat, dipujuk atau dipengaruhi melainkan mereka sendiri boleh membuat pilihan mengikut pemikiran mereka yang wajar Pembangunan fizikal boleh diikuti oleh pembangunan mental, seperti juga kaum-kaum lain di Negara ini. Kaum yang maju di Negara ini tidak dapat dibendung mengikut sesuatu arus yang sempit dan demikianlah berlaku kepada kaum-kaum Cina, Melayu dan India di bandar-bandar, mereka dapat mengecap demokrasi didalam iklim yang lebih selesa dan mereka membuat pilihan mengikut selera demokrasi yang mereka dapat fahami. Untuk itu Orang Asal perlu maju seperti kaum-kaum lain di Negara ini. |
Posted: 09 Feb 2011 05:55 PM PST Satu delegasi bersatu pimpinan Orang Asal Semenanjung seramai 30 orang akan menemui YAB Menteri Besar Kelantan di Pejabat Menteri Besar itu di Kota Bharu pada 14hb Februari 2011 jam 11.00 pagi. Jurucakap rombongan itu, Sdr Yusri Ahon, Pengerusi Biro Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang merangkap Pengerusi Jaringan Kampong Orang Asal Negeri Pahang menyatakan bahawa Orang Asal Semenanjung mahu mencari penyelesaian dengan Kerajaan Negeri Kelantan berhubung dengan isu Ladang Rakyat di Gua Musang. Mengikut kata Yusri, Kerajaan Kelantan telah mengambil tanah Orang Asal di Gua Musang bertujuan untuk membangunkan tanah itu dan setelah pembangunan dibuat untuk dikembalikan kepada Orang Asal yang mendiami Gua Musang. "Penduduk Orang Asal di Gua Musang berada didalam keadaan dhaif dan kemiskinan dan sangat memerlukan pembelaan daripada Kerajaan Kelantan yang ditadbirkan oleh PAS sebagai sebuah Kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi penduduk Orang Asal di Gua Musang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya." kata Yusri. Katanya lagi:" Penduduk Orang Asal di Gua Musang tidak banyak beza dengan keadaan yang dihadapi oleh Orang Asal di Negeri-Negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional. Sepatutnya, Kerajaan PAS memberikan contoh yang baik agar menjadi teladan kepada Negeri-Negeri yang ditadbirkan oleh Barisan Nasional." Delegasi 30 orang itu termasuklah pimpinan nasional Orang Asal dari berbagai NGO seperti Collin Nicholas daripada Centre for Orang Asal Concerned; Tijah Yoke Chopel daripada Jaringan Kampong Orang Asal Negeri Perak; Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Pusat, Syafei Deris, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Orang Asal Rangkaian Kg Berdut, Rekoh dan Paya Pelong, Kuala Krau; Daud Busu, Timbalan Pengerusi Biro Orang Asal KEADILAN Kuala Krau; Sudin Mahidin, Timbalan Pengerusi Biro Orang Asal KEADILAN Pahang dan Bah Toni, seorang peguam dari Majlis Peguam. Mereka akan bertunding dengan Menteri Besar Kelantan agar Orang Asal di Gua Musang dapat diberikan pembelaan yang baik; isu Ladang Rakyat dapat diatasi dengan pengembalian tanah kepada Orang Asal Gua Musang dan lain-lain isu bersabit kedudukan kehidupan dan ekonomi masyarakat Orang Asal Gua Musang. Selain daripada itu, delegasi itu juga akan berbincang dengan Menteri Besar tersebut mengenai kelantangan pemimpin-pemimpin PAS merendahkan mertabat Orang Asal dengan menggunakan perkataan "Jakun" sebagai menunjukkan perangai "bodoh, lemah dan tidak berdaya saing". Jakun adalah satu kaum Orang Asal di Semenanjung Malaysia dan kaum itu menduduki kawasan-kawasan Pahang di Kuantan, Pekan dan Rompin dan kawasan-kawasan di Negeri Johor. Mereka sangat terkilan dengan sesetengah pemimpin PAS yang masih tidak menghormati sensitiviti kaum mereka. Perjumpaan dengan Menteri Besar Kelantan itu diharapkan dapat menjernihkan hubungan diantara Orang Asal dengan Kerajaan PAS Kelantan khususnya dan PAS amnya, dan semoga pemboikotan Orang Asal terhadap PAS dapat diatasi dan insiden pemboikotan Pilihanraya Kecil Tenang oleh Orang Asal tidak berlaku lagi. Sdr Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal memainkan peranan untuk menemukan pihak-pihak yang terlibat. |
Saksi utama di Mahkamah minta minum air Posted: 09 Feb 2011 12:02 AM PST Che Fadhli Che Hashim dan tunangnya (di luar Mahkamah Majistret Bahau) Peguam Mohd Radzlan bin Jalaludin (kiri) dan T. Kumar Setelah hampir 40 tahun saya memberikan khidmat sebagai Peguam di Mahkamah, inilah kali pertama saya menyaksikan di Mahkamah bahawa seorang saksi utama didalam kes P.P. lwn Che Fadhli Che Hashim meminta air segelas semasa memberikan keterangan di Mahkamah. Salleh bin Muhideen, yang mengaku dirinya sebagai Pengurus Felda Palong 9, Jempol mula memberikan keterangan di Mahkamah Magistret Bahau lebihkurang jam 9.10 pagi. Memelikkan juga kerana semasa dia dipanggil mengambil tempat di kandang saksi, dia tak henti-henti mengucapkan "Selamat Pagi". Dia memakai "coat" tetapi akhirnya dia tanggalkan "coat" itu kerana terlalu "panas". Misdemeanournya cukup menggelikan kerana beliau tidak setuju dengan apa juga cadangan dari Peguambela walaupun kepada perkara-perkara yang obvious. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan