Anak Muda Kampung Nak Senang |
Najib hanya pandai janji kosong kepada Veteran Tentera? Posted: 21 Feb 2011 04:09 PM PST Apakah Najib sekadar pandai berjanji kosong tetapi tidak pandai untuk menunaikannya? Janji bukan kepada orang kampung, orang Felda, tetapi kepada veteran tentera Malaysia yang telah banyak berkorban jiwa dan raga, yang telah banyak berjasa juga melalui undi pos. Inikah balasan yang mereka terima, harapan demi harapan dari janji-janji kosong? Apakah Malaysia boleh jadi macam Mesir di mana tentera bersama rakyat? Artikel sebelum ini : Najib mungkir janji Veteran Tentera, ada pihak Sabotaj PM? Di http://amkns.blogspot.com/2011/02/najib-mungkir-janji-veteran-tentera-ada.html EX-GRATIA TENTERA CACAT BERTEMPUR BELUM DIBAYAR Utusan Malaysia 22 Feb 2011 SAYA mengimbas janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena perhimpunan Raksaksa Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Stadium Putra Bukit Jalil pada tanggal 10 Oktober 2010. Perdana Menteri telah membuat pengumuman meluluskan bayaran ex-gratia kepada anggota yang cacat anggota badan kerana terlibat dalam pertempuran sebelum 1994 akan segera diselesaikan dalam masa terdekat. Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana amat prihatin dengan penderitaan yang kami alami. Setelah anggota tercedera dalam pertempuran sebelum 1994 tidak diberikan layanan yang sama seperti anggota yang cedera selepas 1994 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kami merasakan JPA telah membuat satu kesilapan besar. Umum mengetahui kecederaan yang dialami dan penderitaan yang kami tanggung adalah berbeza sama sekali. Kumpulan kami yang mendapat kecederaan sebelum 1994 adalah disebabkan angkara pengganas komunis, sedangkan anggota yang cedera selepas 1994 kebanyakan disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Mereka ini telah pun menerima dan menikmati pembayaran yang telah diluluskan oleh kerajaan. Kami masih lagi setia menanti apa yang telah dijanjikan. Apabila pengumuman kelulusan telah diberikan oleh Perdana Menteri sudah semestinya pihak yang bertanggungjawab menyediakan peruntukan kewangan ialah Kementerian Kewangan. Para pegawai Kementerian Kewangan harus segera menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi seperti mana yang diminta oleh Kementerian Pertahanan agar dapat disalurkan dan diurus tadbir oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia untuk dibuat pembayaran kepada mereka yang berhak menerimanya. Semestinya dengan janji Perdana Menteri akan segera menyelesaikan pembayaran ex-gratia dalam masa terdekat, diam tak diam sudah hampir lima bulan berlalu hingga ke hari ini, hasilnya belum kelihatan lagi. Dari sumber yang kami peroleh, pihak Kementerian Pertahanan sudah menghantar permohonan ke Kementerian Kewangan untuk memohon peruntukan kewangan bagi pembayaran ex-gratia sejak bulan November 2010. Untuk pengetahuan, kebanyakan kami sudah meniti usia emas, tidak kurang juga semakin uzur kesihatannya. Sekali lagi kami menyeru dan mengharapkan kepada para pegawai dan kakitangan awam di Kementerian Kewangan yang telah diberi amanah dan kepercayaan untuk mengurus tadbir urusan kewangan negara, segerakanlah permohonan yang dimaksudkan agar dapat dinikmati dan digunakan sebagai keperluan harian. Tahukan anda penantian itu satu penyiksaan, lebih lagi bagi kami yang cacat anggota badan. PEGAWAI WARAN DUA Veteran OKU sebelum 1994 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm MANA KADAR BARU KHAIRAT KEMATIAN Utusan Malaysia 5 Feb 2011 SAYA ingin merujuk pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap sempena perhimpunan raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Stadium Bukit Jalil pada 10 Oktober 2010. VETERAN HILANG UPAYA Ipoh, Perak http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_07.htm BEKAS TENTERA JUMPA NAJIB BELUM DAPAT ELAUN Utusan Malaysia 25 Okt 2010 SAYA adalah antara ribuan bekas tentera yang telah hadir ke perhimpunan raksasa yang diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 10 Oktober lalu. Untuk mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas saya serta beberapa rakan telah menaiki LRT dari Stesen Sentul. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm PM UMUM INSENTIF BARU UNTUK BEKAS TENTERA BUKIT JALIL 10 Okt - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sumbangan khairat kematian kepada bekas tentera melalui Yayasan Veteran dinaikkan daripada RM500 kepada RM3,000. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1010&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.htm&arc=hive BEKAS TENTERA BAKAL TERIMA DUA INSENTIF KUALA LUMPUR 10 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan dua insentif yang akan menggembirakan kira-kira 300,000 bekas anggota tentera yang selama ini sanggup mengorbankan nyawa demi memastikan keamanan negara. Dua perkara itu ialah sumbangan khairat kematian sebanyak RM3,000 daripada RM500 sebelum ini yang akan berkuat kuasa serta-merta. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1011&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan