Khamis, 10 Februari 2011

AMK KEDAH

AMK KEDAH


BOLEH MEREBAK KE MALAYSIA

Posted: 10 Feb 2011 10:11 AM PST


KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat Malaysia boleh mengambil kaedah yang digunakan di Mesir sebagai pengajaran kepada sebuah rejim yang zalim.

Walau bagaimanapun beliau menekankan setiap satu perubahan harus dilakukan dengan apa jua cara sekali pun tanpa campur tangan mana-mana kuasa luar.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara dalam rancangan News Stream yang disiar di saluran CNN International semalam.

"Krisis politik di Mesir membawa satu pemahaman baru bahawa rakyat mahukan perubahan kepada kebebasan dan demokrasi dalam erti kata yang sebenar di sesebuah negara," kata Anwar.

Beliau menambah, gerakan rakyat penting untuk memberi isyarat jelas kepada sesebuah rejim yang korup dan hipokrit.

Anwar juga tidak menolak gerakan tersebut mungkin sampai ke negara-negara Islam yang lain kelak di atas faktor Mesir merupakan pusat ilmu terulung di kalangan negara Islam.

Anwar juga percaya, peralihan daripada fasa revolusi kepada sebuah negara yang aman mampu berlaku jika perubahan di Mesir merebak ke negara Islam yang lain.

Protes menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak untuk melepaskan jawatannya sudah masuk hari ke-16 hari ini.

Mubarak dilapor mengerahkan tentera, polis serta pasukan keselamatan mengekang kebangkitan rakyat menuntut kebangkitan beliau. Sehingga ke hari ini, pasukan keselamatan menahan 119 orang secara sewenang-wenangnya dan hampir 300 orang dilaporkan terkorban dalam kebangkitan itu.

(Berita penuh boleh didapati dalam Suara KEADILAN 3 yang akan berada di pasaran 15 Februari ini)

BARISAN EXCO AMK KEDAH 2010/2013

Posted: 09 Feb 2011 10:30 PM PST



Amk kedah telah telas selamat bermusyuarat kali yang pertama untuk sesi 2010/2011.Ia di adakan di ALOR STAR bertempat PEJABAR PKR KEDAH.AMK KEDAH berjaya membentuk satu pasukan yang mantap terdiri daripada pejuang-pejuang keadilan dan aktivisi yang setia kepada PARTI KEADILAN RAKYAT.Memandangkan persepsi rakyat mengenai PKR sedikit merudum dengan masalah yang timbul hari ini tidak sedikit pun melunturkan semangat AMK KEDAH untuk mempertahankan PARTI KEADILAN RAKYAT dan juga KERAJAAN PAKATAN RAKYAT.

Biarpun berbagai tohmahan di lemparkan kepada PKR dan beberapa tekanan menyebabkan AMK KEDAH semakain matang untuk menguruskannnya.Barisan EXCO AMK KEDAH yang semestinya mantap dengan pelbagai latar belakang memenuhi kreteria yang di kehendaki.Kepada yang di beri amanah untuk memimpin seharusnya melakukan dan menjalankan tugas sebaik mungkin untuk memastikan PARTI KEADILAN KEKAL RELEVAN dan terus menjadi ancaman UTAMA BARISAN NASIONAL dan UMNO.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA YANG DI LANTIK SEBAGAI EXCO AMK KEDAH

Tiada ulasan: