Zulkifli Noordin |
ENEMY OF STATE: THE TOOLS OF EVIL Posted: 14 Jan 2011 10:55 PM PST (Pertemuan bersejarah pemimpin Melayu-Islam dibawah naungan Tuanku YDP Agong pada hari Jumaat 18 Muharram 1432 / 24.12.2010 sangat digeruni oleh musuh-musuh Islam) Salam 2 all. Kebetulan teman berkesempatan menonton filem "Lawrence of Arabia" keluaran penerbit Yahudi Steven Spielberg, yang mengisahkan tentang peranan seorang pegawai tentera British Lieutenant T.E. Lawrence yang memainkan peranan besar dalam melaga-lagakan umat Islam Hijjaz supaya menentang pemerintahan Khilafiah Usmaniah di Istanbul, sehingga beliau terkenal dengan gelaran "Lawrence of Arabia" dalam gedung sejarah barat. Lieutenant T.E. Lawrence memainkan peranan jarum halus mempengaruhi umat Islam Hijjaz tentang keburukan pemerintahan Khilafah Usmaniah; rasuah, salahguna kuasa, berpoya-poya, dan tidak mengikut Islam. Dia meracunkan pemikiran umat Islam Hijjaz supaya mempertikai khalifah dan para ulama' dibawah pemerintahan Usmaniah. Akhirnya dia menggunakan para 'ulama dan pejuang Islam di Hijjaz untuk bangkit menentang pemerintahan Khalifah. Akhirnya pemerintahan Khilafah Usmaniah di Istanbul tumbang, Hijjaz berpecah dan menjadi negara sendiri dikenali sebagai Sa'udi Arabia, dan beberapa negara kecil lain saperti Jordan, Syria, Emirat Arab Bersatu dan lain-lain. Akhirnya umat Islam hancur dan rosak, sehingga kini tidak bangkit-bangkit lagi. Dan itulah yang sedang dibuat dan didalangi oleh kepimpinan DAP sekarang ini, khususnya di Selangor Darul Ehsan. Strategi dan taktik mereka sangat halus, dan tidak akan dapat dilihat oleh mata kalkatu, tetapi bagi yang mempunyai sedikit nur iman, dengan petunjuk ALLAH, akan dapat melihat dengan jelas betapa bahayanya kedudukan kita umat Islam sekarang. Menggunakan isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor, mereka memainkan gendang kompang bahawa perlantikan itu sebenarnya membelakangkan kuasa Raja-Raja Melayu. Sehingga rakyat dibohongi dengan kenyataan konon Tuanku bertitah bahawa "Tuanku tiada kuasa menerima atau menolak perlantikan itu". Menggunakan titah tunaku yang diputarbelit dan dibohongi itu, maka mereka mencanang ke seluruh negara bahawa "kami mahu mengembalikan kuasa Sultan", dan untuk itu mereka merancang mengadakan sidang haram pada 24 Januari 2011 untuk meminda undang-undang tubuh Kerajaan Selangor. Persoalan pertama yang perlu rakyat sedar ialah, benarkah mereka mahu mengembalikan "kuasa Raja Melayu"? Apakah kita lupa antara dalang paling besar yang menentang kuasa Raja-Raja Melayu ialah Karpal Singh & Lim Kit Siang. Masih ingat peristiwa "krisis Perlembagaan" tahun 1980an, siapa dalang yang beriya-iya menyokong tindakan bodoh Kerajaan semasa itu (yang termasuk Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama UMNO masa itu) untuk mengekang kekebalan Raja-Raja Melayu? Cuba lihat balik tindak-tanduk Karpal & Kitsiang masa itu? Dan hari ini mereka mahu meminda Perlembagaan Selangor konon untuk mengembalikan kuasa Raja Melayu? Hanya kalkatu yang buta lagi bodoh yang akan terperangkap dengan mainan politik yang menjahanamkan ini! Karpal, Kitsiang dan kepimpinan DAP sudah berjaya menjadikan Anwar dan juak-juaknya sebagai lembu tunggangan mereka. Jangan lupa Pengerusi DAP Karpal Singh peguam yang akan menentukan nasib pembelaan kes liwat Anwar terhadap stafnya Saiful Bukhori Azlan. Sedangkan inilah Karpal yang sama yang membuat pendedahan tentang kegiatan homoseks & liwat Anwar Ibrahim didalam Parlimen pada 22.10.1997. Inilah Karpal yang sama yang memaklumkan kepimpinan PAS bahawa Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat sehingga mereka melabel Anwar "Al-Juburi". Inilah Karpal yang sama yang membuat pendedahan di Federal Hotel mempunyai bukti Anwar terlibat dalam kegiatan homoseks & liwat. Inilah Karpal yang sama yang menjadi peguam menasihatkan Azizan (mangsa liwat Anwar). Inilah Karpal yang sama yang mendesak Anwar bertaubat dan berundur apabila pembohongan 16 Sept terbongkar. Dan inilah Karpal yang sama yang menentang keras perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam. Pendekkata, Anwar adalah dalam genggaman mereka! Apa yang mereka perlu buat sekarang ialah melumpuhkan sistem dan institusi Raja-Raja Melayu, sebagai benteng terakhir bangsa Melayu beragama Islam dalam negara yang dulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Berbalik kepada cadangan pindaan itu, teman dimaklumkan bahawa rancangannya ialah untuk meminda Fasal 52 Undang-Undang Tubuh Negeri dengan memasukkan klausa berbunyi saperti berikut: "Artikel 52 di Bahagian Kedua Undang-Undang Perlembagaan Selangor 1959 adalah dipinda dengan memasukkan klausa berikut: 'Bahawa Tuanku Sultan hendaklah, apabila menerima cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri yang ditubuhkan dibawah Bab 10 melantik seseorang yang dinamakan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri dengan cop mohor dan meterai Tuanku Sultan". Nampak cukup cantik lagi menawan. Saperti Tuanku Sultan yang berkuasa menentukan siapa yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri sebagai Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang & Pegawai Kewangan Negeri. Tapi betul kah? Cuba perhatikan provisonya pula: " Tertakluk kepada syarat Tuanku Sultan hendaklah, sebelum bertindak diatas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri itu, menerima nasihat Menteri Besar dan boleh merujuk kembali kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri untuk dipertimbangkan semula". Tak jelas lagi? Walaupun nampak atas kertas sapertinya Tuanku Sultan yang berkuasa melantik SUK dan lain-lain, tetapi sebenarnya kuasa mutlak dan muktamad ialah pada Menteri Besar! Dari segi undang-undang, kesan pindaan saperti itu sebenarnya meletakkan Tuanku Sultan dibawah telunjuk dan arahan "nasihat Menteri Besar", yang mengikut peruntukkan lain didalam undang-undang, Tuanku Sultan wajib menerima nasihat Menteri Besar! Pokok pangkalnya, pindaan yang dicadang ini sebenarnya menurunkan taraf Tuanku Sultan sebagai kuda tunggangan Menteri Besar sahaja. Tuanku Sultan wajib mengikut telunjuk dan hawa nafsu serta kehendak Menteri Besar! Nama Tuanku Sultan akan menjadi penghias dan perisai mereka untuk melantik orang yang boleh diperlembukan oleh mereka. Dan kalau Menteri Besar hanya sekadar lembu yang dicocok hidung oleh puak cauvinis & rasis ini, boleh bayang apa nak jadi? Menteri Besar akan sekadar menjadi pepatung wayang kulit yang dicanai kekiri & kekanan, kedepan & kebelakang, keatas & kebawah oleh Tukang Karut yang mendalanginya! Ringkasnya, Tuanku Sultan akan menjadi kuda tunggangan kaum cauvinis & rasias ini!! Kalau umat & rakyat tidak nampak mainan politik kotor dan cauvinis ini, teman tak tahu nak kata apa lagi! INI SATU PENGHINAAN BESAR KEPADA BANGSA MELAYU DAN INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU! MENERIMANYA SAMA SAPERTI MENANDATANGANI WARAN MATI KEPADA INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU DAN SURVIVAL BANGSA MELAYU! PERIOD! Apa yang umat Islam dan rakyat Malaysia perlu sedar ialah tindak-tanduk mempertikaikan institusi-insitusi utama negara ini sebenarnya adalah perancangan halus musuh-musuh negara untuk memporak-perandakan dan menghancurkan negara ini. Ada pihak luar sebenarnya yang mahu melihat umat Islam dan negara ini hancur, sebagaimana hancurnya negara-negara umat Islam yang lain. Setelah menjahanamkan dan menghancurkan institusi badan kehakiman, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Institusi Mufti & Mahkamah Syariah, Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, kini mereka beralih kepada benteng terakhir bangsa Melayu iaitu Raja-Raja Melayu! Dan yang paling malang, ada segelintir bangsa Melayu yang sanggup bersekongkol dan bersedia menjadi barua & balaci mereka untuk menjahanamkan agama & bangsa sendiri!! Sedangkan kita orang Melayu yang beragama Islam sudah diperingatkan oleh firman ALLAH dalam surah Al Baqarah: 120, "sesungguhnya sekali-kali tidak akan redho Yahudi & Nasara (kaafiruun) kepada kamu (umat Islam) selagi kamu tidak mengikut cara mereka. Katakanlah, sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang sebenarnya. Tetapi jika kamu mengikuti cara kehidupan mereka, setelah datang kepada mu 'ilmu (dan kebenaran), tidak adalah ALLAH sebagai pelindung dan penolong bagimu". Ayat ini jelas memberikan peringatan kepada kita umat Islam tentang hati perut golongan kafir, terutamanya kafir harbi, yang tidak akan senang dan redho dengan kita umat Islam selagi kita tidak mengikut telunjuk mereka. Dan mereka akan menggunakan pelbagai cara, strategi dan taktik untuk menghancurkan dan merosakkan kita. Dan kita disuruh berpegang kepada petunjuk Al Quran; dan jika kita memilih mengikut telunjuk kafiiruun ini, maka ALLAH tidak akan membantu dan menolong kita. Dan kalau ALLAH tidak membantu dan menolong kita, nantikanlah sa'at kehancuran kita, na'uzubillah min zaalik! Secara licik, konsisten dan sitematik mereka memasukkan jarum-jarum halus untuk memperlekeh dan mempertikai institusi Raja-Raja Melayu. Dalam strategi ini, musuh-musuh negara ini tahu kalau mereka menyerang Raja-Raja Melayu secara terbuka, umat Islam bangsa Melayu akan bangkit menentang mereka. Jadi apa yang mereka buat ialah dengan memperlekeh dan mempertikai institusi disekeliling Raja-Raja Melayu. End-game nya ialah untuk menunjukkan Raja-Raja Melayu sebagai korup, rasuah, salahguna kuasa dan menjadi boneka UMNO-BN. Sebab itu mereka tidak mempertikai YDP Agong secara langsung, mereka tidak akan berani. sebaliknya mereka mempertikai pembinaan Istana Negara yang baru. Walaupun projek itu sebenarnya telah diluluskan secara sah pada kos tender RM650 juta, dan terdapat penambahan kos apabila keperluan membina fly-over dari Jalan Duta untuk memasuki kawasan Istana Negara dengan kos tambahan RM150 juta, menjadikan ianya RM800 juta. Tetapi diputarbelitkan isu itu kononnya ianya isu kontrak, bukan isu Raja Melayu. Tetapi kalau kita tengok di media-cyber yang pro-pembangkang, kita akan sedar bahawa mereka menggunakan isu itu untuk menyerang Raja-Raja Melayu, termasuk YDP Agong. Kononnya Raja Melayu dah sapu hampir RM1 billion kedalam kantung mereka, kononnya UMNO dan BN telah membeli Raja-Raja Melayu ini dengan projek dan kontrak!! Begitu juga apabila mereka menyerang Sultan Perak dalam isu Kerajaan DAP Perak. Mereka mendakwa konon Tuanku tidak mengikut kehendak rakyat. Sedangkan hakikatnya Tuanku Sultan Perak, seorang bekas Ketua Hakim Negara, telah mematuhi kehendak undang-undang dengan jelas. Semasa isu timbul untuk melantik Menteri Besar selepas 08 Mac, Tuanku telah memanggil semua ADUN untuk mengenal pasti mereka menyokong siapa. Walaupun kalau dilihat dari segi parti, BN yang mempunyai lebihan kerusi kerana parti lain iaitu PAS, PKR dan DAP masing-masing tidak mendapat cukup kerusi. Kalau benar Tuanku boneka UMNO/BN. Tuanku sudah boleh menggunakan kuasa melantik Tajul Rosli kerana partinya BN yang paling banyak kerusi berbanding parti lain. Tuanku boleh ketepikan "pakatan rakyat" kerana ia bukan parti berdaftar, ianya sekadar nama diawang-awangan. Tetapi sebagai Raja yang bertindak diatas undang-undang dan Perlembagaan, Tuanku mendapatkan dahulu pendirian kesemua ADUN yang akhirnya majoriti tipis memilih Nizar Jamaludin. Maka Tuanku memberi perkenan Nizar menjadi Menteri Besar. Jadi apabila tiga ADUN daripada DAP & PKR hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti mereka, Nizar sudah hilang majoriti. Maka menjadi tanggunjawab Tuanku sebagai Raja untuk memanggil semula semua ADUN dan mendapatkan pendirian mereka. Itulah prosedur yang digunapakai oleh Tuanku semasa melantik Nizar, dan prosedur yang sama diguna melantik Zambry Abdul Kadir. Apa yang nak melentingnya. Soal ADUN mereka keluar parti dan menyokong BN tidak menjadi isu, kerana kebetulan beberapa minggu sebelum itu bila ADUN BN (Parit) Dato' Nasarudin melompat dari BN ke PKR, mereka berkompang sakan dan menyambut beliau sebagai hero! Malah pada masa itu manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan juga sedang rancak memujuk Ahli Parlimen BN supaya melompat ke PKR. Takkan kamu buat halal, orang lain buat haram kot!? Tetapi mereka memutarbelitkan isu itu untuk memperlekeh dan mempertikai institusi Raja-Raja Melayu. Apa pun, end-game mereka ialah insitusi Raja-Raja Melayu mesti diperlekeh dan dipertikai sampai keperingkat orang Melayu hilang kepercayaan dengan Raja mereka sendiri. Dan akhirnya nanti, orang Melayu, terutamanya yang menjadi barua dan balaci mereka, akan dengan sendiri menjatuhkan Raja-Rajanya. Sebiji sama dengan apa yang dibuat oleh Lawrence dan British la'natullah di Hijjaz terhadap Khilafah Usmaniah di Istanbul. Saperti yang dibuat oleh Bush terhadap di Afghanistan, Iraq dan banyak negara umat Islam yang lain. Dan selepas jatuh, barulah umat Islam terbeliak dan ternganga. Kini sudah ada suara umat Islam saperti di Iraq yang menyatakan lebih baik hidup zaman Sadam Hussein daripada zaman "reformasi dan pembebasan ini". Tetapi nasi sudah menjadi bubur, yang sepatutnya menjadi i'tibar dan pengajaran kepada kita umat Islam yang lain. Nasihat teman kepada bangsa Melayu yang beragama Islam, kembalilah kepada Al Quran & Sunnah. Itulah neraca pertimbangan yang benar dan haq, tiada yang benar & haq melainkan Al Quran, petunjuk bagi manusia, petunjuk menuju ketaqwaan, pembeza antara yang haq & batil, benar & palsu, adil & zalim, dosa & pahala, pembeza diantara yang mana Islam, yang mana kafir. Neraca Al Quran jelas menunjukkan kepada kita bahawa parti bia-DAP, cauvinis dan rasis ini, kepimpinan kafir yang secara terang-terang menolak Islam "over my dead body" ini adalah musuh sebenar bagi umat Islam. Tiada dolak-dalik, tiada putar-pooSingh! Cubaan mutakhir untuk memperkudakan Tuanku Sultan Selangor ini perlu ditentang habis-habisan. Jangan kita biarkan sehingga ianya menjadi luka yang tidak boleh disembuhkan lagi. Jangan ulangi kesilapan umat dahulu. Terlalu terpukau dengan kekaltuan yang menyinar, akhirnya cahay itu yang membunuh mereka! Umat Islam perlu bersatu menentang konspirasi jahat ini. Mereka adalah "enemy of the State", mereka sebenarnya adalah "The Tools of Evil". Tentang mereka habis-habisan, hancurkan mereka. Mereka ini golongan yang tidak faham bahasa diplomasi, mereka tidak faham bahawa demokrasi. Mereka hanya faham bahasa yang diajar oleh Al Quran kepada kita - wa' tasimuu bihablillah hi jami 'a, walaa tafarroquu. Bersatulah dibawah naungan Al Quran, berpadulah dibawah Panji-Panji Rasulullah saw. Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Moga ALLAH anugerahkan petunjuk, hidayah & istiqomah kepada kita umat Islam. Wallahua'lam & Wassalam. Zulkifli Bin Noordin Sabtu 10 Safar 1432 15 Januari 2011 |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan