Anwar Ibrahim |
- Debat Najib-Anwar Penting Elak Negara Muflis
- Takziah Untuk Korban Tragedi Sabarimala
- The Tyranny Of BN
Debat Najib-Anwar Penting Elak Negara Muflis Posted: 15 Jan 2011 06:53 PM PST Dari Harakah Janji 100 hari Pakatan Rakyat jika memerintah Malaysia tiba-tiba merungsingkan BN. Bagi Pakatan Rakyat, ia adalah janji realistik yang mampu dilakukan. Najib pula mengatakan ia boleh membawa Malaysia bankrap. Melalui berita radio, saya dengar ucapan Najib (lebihkurang ayatnya): 'Dalamasa 2 tahun laksanakan janji itu, Malaysia boleh bankrap macam Greece.' Ayat ini sangat penting. Anwar dan PR kata tak muflis. Najib dan BN kata janji 100 hari boleh muflis. Tak mungkin kedua-duanya benar. Salah seorang berbohong. Tapi siapa? Malaysia menuju muflis juga sangat penting. Ertinya kalau Pakatan Rakyat memerintah dan menunaikan janjinya itu, ucapan Najib itu mungkin menjadi kenyataan, iaitu Malaysia boleh bankrap dalamasa 2 tahun. Tapi dari fakta yang ada yang disiarkan dalam pelbagai media alternatif, termasuk ucapan terakhir Datuk Mustafa Ali dan Anwar di program Himpunan Kebangkitan Rakyat: PAS Ganti Umno, PR Ganti BN di Geliga, Kemaman pada hari Sabtu 15 Jan 2011 menunjukkan janji itu mampu ditunaikan dengan izin Allah. Justru, apa penyelesaian terbaik? Ia tidak lain melainkan satu debat terbuka antara Najib dan Anwar mesti diadakan. Di Amerika, UK dan beberapa negara lain, termasuk negara haram Israel, rasanya, boleh mengadakan debat antara pemimpin tertinggi parti. Kalau begitu, mengapa Najib takut? Kalau sungguh rakyat tidak akan terpengaruh dengan janji kosong PR, mengapa tidak bersedia berdebat? Kalau janji PR boleh bawa negara muflis, di atas dasar mempertahankan negara dari muflis, maka sepatutnya Najib bersedia mempertahankan Malaysia dari menjadi muflis dengan sebab janji kosong PR itu? Najib ada pakar ekonomi. Anwar ada pakar ekonomi. Masing-masing sediakan fakta dan angka. Bentangkan dalam debat itu. Apa takut? Najib kata debat tidak mendatangkan hasil. Siapa kata? Atau takut kalah dengan janji 'kosong' PR itu. Kalau sungguh BN mendahulukan rakyat, Najib mesti bersedia berdebat dengan Anwar, dan biarkan rakyat yang menonton secara langsung dalam TV itu menjadi hakimnya. Masih takut? Nik Nasri Nik Malek, |
Takziah Untuk Korban Tragedi Sabarimala Posted: 15 Jan 2011 03:50 AM PST Kita dikejutkan dengan khabar sedih dari Kerala, India apabila hampir 100 orang menjadi korban ketika melaksanakan ziarah Sabarimala. Ziarah yang dilakukan penganut beragama Hindu ke daerah Idukki itu bersempena sambutan Makaravilakku untuk melihat bintang Makarjyoti. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang menjadi korban tragedi ini. Saya berharap pihak berwajib Malaysia agar segera mengenalpasti jikalau ada mangsa terdiri dari rakyat Malaysia. Kepada Kerajaan India dan seluruh rakyatnya, kami di Malaysia turut bersimpati dan berharap moga tragedi seperti ini tidak lagi berulang. ANWAR IBRAHIM |
Posted: 14 Jan 2011 08:14 PM PST In 1998, Dr.Mahathir’s tyrannous regime infamously tried Anwar Ibrahim Since then the BN government has tried every possible underhand ploy Increasingly desperate, they have now conjured up Ummi Hafilda Ali, a It is significant that Ummi Hafilda has been dusted off the shelf just N.SURENDRAN |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan