Khamis, 13 Januari 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Penggantungan Gelaran dan Penggunaan Darjah Kebesaran "Dato Seri" Khir Toyo

Posted: 13 Jan 2011 01:00 AM PST

KENYATAAN AKHBAR

PENGGANTUNGAN GELARAN DAN PENGGUNAAN 
DARJAH KEBESARAN
DATO' – DATO' SELANGOR

Menjunjung titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang kali ke 129 pada 11 Januari  2011 telah berkenan membuat keputusan berikut:

1. Yang Berhormat Dr. Mohamad Khir Bin Toyo, 
ADUN Sungai Panjang dan mantan Dato' Menteri Besar Selangor yang telah dikurniakan keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran "Dato' Seri" pada tahun 2001 telah didakwa atas pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang Darjah Kebesaran S.P.M.S. adalah digantung. Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Yang Berhormat tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan.

2. Encik Shamsuddin Bin Haryoni,
Pengarah Ditamas Sdn. Bhd.  yang telah dikurniakan keahlian Darjah Kebesaran Dato' -  Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) yang membawa gelaran "Dato"' pada tahun 2002 telah didakwa atas pertuduhan di bawah Seksyen 165 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang Darjah Kebesaran D.S.I.S. adalah digantung.  Penggantungan gelaran dan penggunaan Darjah Kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan beliau tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan.

3. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.


Sekian.  Harap maklum

Y.B. Dato' Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi
Setiausaha Kerajaan Selangor

Tarikh:   13 Januari 2011

Tiada ulasan: