Khamis, 13 Januari 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Peneroka-Peneroka Felda Palong 9 berjaya mendapatkan kebnaran untuk mengusahakan Tanam Semula sendiri getah ke getah

Posted: 13 Jan 2011 02:40 AM PST

Peneroka-Peneroa Felda Palong 9 berjaya mendapatkan sokongan Timbalan Mnteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato Hasan bin Malek yang memberi sokongan dan kebenaran untuk mereka mengusahakan menanam sendri getah ke getah.

Ketua Urusan Tanam Semula sendiri Felda Tanam Semula Sendiri,En Hamsaton bin Mohamed memberitahu Biro Felda Masyarakat Felda dan Orang Asal bahawa beliau telah menerima surat sokongan daripada Timbalan Menteri itu yang bertarikh 5hb Januari 2011 yang ditujukan kepada Yang Berbahagia Dato' Dzulkifli bin Abd Wahab, Pengarah Besar, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang disalinkan kepada beliau.

Sebahagian daripada Peneroka Felda Palong 9 telah berusaha mendapatkan kebenaran dari Felda agar membenarkan mereka menanam sendiri dan tidak melalui Felda dengan menanam getah ke getah.

Dengan sokongan ini memberikan kelegaan kepada peneoka-penroka Palong 9, Negeri Sembilan, kerana prtamanya mereka berhajat mengusahakan menanam sendiri untuk mengelakkan diri mereka dienakan hutang oleh Felda dan keduanya mereka tidak mahu menukarkan tanaman mereka dari getah ke kelapa sawit.

Dengan perkembangan ini, memberikan galakan kepada peneroka-peneroka Felda Sg Lui Selatan 2, dimana mereka juga berhadapan dengan masalah yang sama, iaitu mereka tidak dibenarkan untuk menanam sendiri dan mereka diehendaki menukarkan tanaman dari getah ke kelapa sawit.


Perbezaannya diantara masalah yang dihadapi oleh Peneroka-Peneroka Palong 9 dengan Peneroka-Peneroka Felda Sg Lui Selatan 2 adalah dari segi agensi menanam semula tersebut, iaitu Peneroka-Peneroka Felda Sg Lui Selatan 2 masih mahu mengekalkan Felda menjalankan usaha menanam semula bagi pihak Peneroka, tetapi mereka tidak mahu menukarkan tanaman getah kepada kelapa sawit.

Semoga dengan perkembangan ini akan mendatangkan menfaat kepada Peneroka-Peneroka yang berhajat untuk menanam sendiri dan tidak menanam semula melalui Felda.

Tiada ulasan: