PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- Mahkamah Tinggi Seremban gugur kes injuksi kontraktor Felda
- Nik Aziz, Anwar 'terjah' Felda Chempelak Barat
- Program 100 Hari Pakatan Rakyat
Mahkamah Tinggi Seremban gugur kes injuksi kontraktor Felda Posted: 28 Jan 2011 01:17 AM PST Naib Ketua Cabang Jempol, T. Kumar telah memaklumkan Mahkamah Tinggi Seremban hari ini telah menggugurkan kes injuksi kontraktor Felda terhadap peneroka-peneroka Felda Alias 2 berhubung penebangan pokok getah tua. Menurut beliau, mahkamah berkeputusan menolak injuksi tersebut kerana kontraktor tidak ada hak untuk menghalang para peneroka untuk menebang pokok getah tua mereka sendiri dengan kontraktor lain. Mahkamah juga berpendapat sebagai tuan tanah, para peneroka mempunyai hak untuk memilih kontraktor mereka sendiri. Kemenangan ini telah menyuntik semangat para peneroka yang hadir di Mahkamah Tinggi Seremban dalam mempertahankan hak-hak mereka sebagai tuan tanah di kawasan Felda. |
Nik Aziz, Anwar 'terjah' Felda Chempelak Barat Posted: 27 Jan 2011 08:45 PM PST Gambar & Berita dipetik daripada Malaysiakini.com Hujan lebat yang mencurah malam tadi tidak mematahkan semangat kira-kira 300 hadirin, khususnya penduduk tempatan untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR Datuk SeriAnwar Ibrahim. Ramai yang 'bermandikan hujan' meskipun datang dengan berpayung, memakai baju hujan dan bertopi demi untuk mendengar dan melihat kedua-dua tokoh tersebut berucap sempena kempen pilihan raya kecil DUN Tenang. Terdapat juga di kalangan mereka mencari tempat berteduh di bawah payung peniaga-peniaga berhampiran dengan kawasan ceramah dan di bawah bumbung pentas ceramah. Dengan kempen pilihan raya hanya berbaki dua hari lagi, ini kali pertama usaha Pakatan Rakyat mengempur kubu BN di Tenang menampakkan hasilnya. Paling ramai Jika dibandingkan ceramah lain di kawasan Felda sebelum ini, ceramah malam semalam adalah antara paling ramai hadirin. Tiada wang |
Program 100 Hari Pakatan Rakyat Posted: 27 Jan 2011 08:27 PM PST Berikut adalah lampiran Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang telah dilancarkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang pada hujung tahun lalu. Program ini telah dikatakan menjadi suatu 'puaka' yang menakutkan BN dan dikhuatiri akan menggugat sokongan rakyat kepada BN pada PRU-13 nanti. Ketakutan itu terserlah dengan kecaman-kecaman pimpinan BN yang melabelkan program ini sebagai ilusi atau mimpi-mimpi Pakatan Rakyat. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan