Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim |
- PRK DUN TENANG : INGATAN UNTUK PEMUDA PAKATAN RAKYAT
- PRK DUN N.05 TENANG : PENGARAH PENDIDIKAN JOHOR BERKEMPEN UNTUK BN
- MINYAK RON 97 NAIK LAGI
- MAKAN MALAM BERSAMA DS ANWAR DAN CERAMAH UMUM
- JANGAN LEBIH-LEBIH
- PRK N.05 TENANG : AMK JOHOR ADA SLOT ISTIMEWA UNTUK TS MUHYIDDIN
PRK DUN TENANG : INGATAN UNTUK PEMUDA PAKATAN RAKYAT Posted: 05 Jan 2011 06:54 PM PST Yang Berhormat Tn. Hj Salahudin Ayob, Naib Presiden PAS telah melancarkan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRK N.05 Dun Tenang pada 1/1/2011 (Sabtu lalu) di Bilik Gerakan Utama Pemuda PAS di Labis. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa Pemuda Pakatan Rakyat akan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan namun jika Jentera Pemuda BN cuba bermain kasar sepertimana yang berlaku di Bagan Pinang, maka Jentera Pemuda Pakatan Rakyat sedia "meladeni" atau melayan permainan mereka. Pesanan itu wajar diresap dalam jiwa setiap Pemuda Pakatan Rakyat agar tidak gentar berdepan dengan Pemuda Umno/BN. Pesanan untuk Pemuda Umno/BN : Jangan cuba bermain api.... Pemuda Pakatan Rakyat Umpama Anak Harimau Yang Tak Perlu Diajar Makan Daging...." |
PRK DUN N.05 TENANG : PENGARAH PENDIDIKAN JOHOR BERKEMPEN UNTUK BN Posted: 04 Jan 2011 09:25 PM PST |
Posted: 04 Jan 2011 08:27 PM PST Semua sudah tahu bahawa Minyak Petrol Ron 97 naik lagi sebanyak 10 sen menjadikan RM2.40/liter. Apa yang pasti dengan kenaikan minyak yang berturut-turut ini akan menyebabkan ribuan barangan akan turut naik walaupun ada jaminan dari pihak kementerian bahawa mereka akan mengawal dan memantau kenaikan harga barang. Walaupun usaha tersebut dilakukan namun setakat mana pihak kementerian mampu memantau kenaikan harga barang diseluruh negara. Isu minyak masak juga heboh diperkatakan. Diberitakan harga minyak masak, bawang merah dan bawang putih juga akan naik mendadak. Nah... inikah kerajaan prihatin. Inikah slogan "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan..."??? Bukan setakat orang2 kampung menderita akibat kenaikan harga barang, namun mereka2 yang bergaji dibawah paras kemiskinan yang hidup dibandar2 besar cukup terkesan dengan kenaikan beberapa harga barang. Di Johor, selepas dikejutkan dengan kenaikan harga air, kini rakyat Johor terpaksa berdepan dengan kenaikan harga bahan api dan barangan lain. Apakah ini yang perlu dikorbankan oleh rakyat Johor bagi mengekalkan Umno/BN terus berkuasa??? Apakah ini yang dimahukan oleh rakyat Johor..??? Apakah Rakyat Johor tidak terkesan dengan kenaikan harga barangan ini??? Ayuh Bangkit Rakyat Johor.... Kita Tolak Umno/BN pada PRK Tenang dan PRU-13 nanti... Hancur.. Hancur... Hancur Umno Hancur.. Hancur... Hancur BN Hancur.. Hancur... Hancur APCO |
MAKAN MALAM BERSAMA DS ANWAR DAN CERAMAH UMUM Posted: 04 Jan 2011 08:10 PM PST Dato Seri Anwar bin Ibrahim akan sekali lagi berada di Labis pada 6hb Januari 2011 ini untuk satu Majlis Makan Malam dan Ceramah Umum anjuran Keadilan Cabang Labis. AMK Johor menjangkakan bahawa majlis ini juga akan mendapat gangguan dari pihak Polis sepertimana yang berlaku pada 3hb Januari yang lalu namun pada hari tersebut semuanya terkawal. Antara program2 yang telah disusun pada 6 Januari 2011 tersebut adalah :-
Ketua AMK Cabang pula diminta menghantar seberapa ramai AJK AMK Cabang bagi membantu tugas2 yang perlu terutama dari segi keselamatan. |
Posted: 04 Jan 2011 07:31 PM PST Semenjak kebelakangan ini apabila diberitakan PRU-13 semakin hampir, beberapa pimpinan PKR Johor terutama Ketua Cabang sudah mula melobi untuk menjadi calon. Bertambah muak dan mual lagi apabila ada sesetengah pimpinan PKR Johor cuba mengampu Pengerusi MPN Johor, Datuk Chu Jui Meng dengan pelbagai pujian dan sentiasa mendampingi Datuk Chua Jui Meng ke mana sahaja. Sikap dan perangai tersebut menyebabkan beberapa Ketua Cabang sudah mula buka mulut dan merasa muak dengan perlakuan sesetenggah Ketua Cabang yang berperangai sedemikian. Jikapun benar mahu menjadi calon pada PRU 13 nanti, bukan begini caranya. Tunjukkanlah kreadibiliti, kesungguhan dan rajin bertemu rakyat di kawasan yang hendak ditandingi. Gerakerja yang tersusun serta perkukuhkan organisasi serta perbanyakkan ranting. Justeru AMK Gelang Patah mengharapkan mana2 pimpinan Keadilan Johor yang mahu bertanding pada PRU 13 nanti bersikap matang dan profesional. Kami mahukan calon yang benar2 berkelayakan dari pelbagai sudut. |
PRK N.05 TENANG : AMK JOHOR ADA SLOT ISTIMEWA UNTUK TS MUHYIDDIN Posted: 04 Jan 2011 07:15 PM PST Akhirnya bertemu di gelanggang sendiri. Itulah ungkapan istimewa kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila setelah beberapa PRK di luar Johor memperlihatkan TS Muhyiddin menyerang DS Anwar dan melabelkan DS Anwar sebagai pengkhianat. Di PRK Tenang ini, AMK Johor akan menyediakan pentas khas khusus untuk perdebatan antara TS Muhyiddin Yassin dan DS Anwar Ibrahim. Kali ini TS Muhyiddin tidak boleh mengelak lagi dan beliau kena berdepan dan berdebat dengan DS Anwar mengenai isu "Pengkhianatan Bangsa Melayu" yang sering keluar dari mulut beliau. Tenang/Johor diibarat gelanggang sendiri buat TS Muhyiddin dan kali ini beliau tidak boleh lari lagi. Yang pastinya beberapa Jawatankuasa telah dibentuk khusus untuk mengendali program ini. Harapan AMK Johor agar TS Muhyiddin tidak kecut dan bacul untuk berdepan dengan DS Anwar dalam perdebatan "SIAPAKAH SEBENARNYA PENGKHIANAT BANGSA MELAYU". Nantikan sajian istimewa dari AMK Johor untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin. |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan