Anak Muda Kampung Nak Senang |
Pilihanraya Kecil di N.Sembilan? Dah nasib Guru KAFA Posted: 29 Jan 2011 03:07 PM PST Macam-macam cerita mengenai guru KAFA sekarang, khususnya di Negeri Sembilan. Ada yang kata elaun patut naik bulan Januari 2011 seperti dijanjikan Perdana Menteri Malaysia semasa pembentangan Bajet 2011 tapi masih belum dapat lagi. Ada yang kata belum dapat surat arahan untuk kenaikan elaun. Dalam Bajet kata naik RM200, tapi ada laporan kata RM300. Bebanan Guru KAFA semakin bertambah, tapi kenaikan elaun masih belum nampak bayang. Adakah ini hanya berlaku di N.Sembilan saja? Tak boleh ke mana-mana pihak buat perbandingan elaun Guru-Guru KAFA seluruh Malaysia? Berapa JAKIM bagi, berapa Kerajaan Negeri bagi, berapa tolak Takaful, berapa tolak KWSP dan sebagainya. Takkan tak ada pihak langsung boleh membela nasib guru-guru KAFA ni. Apa, nak tunggu lagi satu Pilihanraya Kecil? Itu belum campur dengan masalah ada Sekolah Kebangsaan di N.Sembilan sukar untuk mengadakan Kelas Agama Petang, kerana bilangan murid yang terlalu ramai dan padat untuk sesi pagi dan petang kerana sekolah tak cukup, sekolah tak siap-siap. Kisah Guru KAFA belum dapat kenaikan elaun dijanjikan kerajaan BN di http://amkns.blogspot.com/2011/01/guru-kafa-belum-dapat-kenaikan-elaun.html ELAUN TIDAK PADAN DENGAN BEBAN GURU KAFA Utusan Malaysia 12 Jan 2011 Bermula tahun ini, elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) telah dinaikkan kepada RM800 daripada RM500 sebelum ini. Namun apa yang amat dikesali oleh semua guru KAFA adalah sebelum tahun 2011, kelas KAFA hanya diadakan selama dua jam sehari dan tiga hari seminggu. Jumlah seminggu adalah enam jam. Tetapi pada tahun ini, kelas KAFA telah dilanjutkan selama tiga jam sehari dan kelas diadakan selama lima hari seminggu. Dengan itu, tempoh waktu mengajar untuk seminggu adalah 15 jam. Elaun dinaikkan sebanyak RM300 sahaja, sedangkan masa mengajar meningkat lebih sekali ganda. Persoalannya, adakah elaun guru KAFA yang dinaikkan kepada RM800 itu memadai. Apa yang nyata elaun itu menunjukkan bahawa semua guru KAFA masih berada di bawah paras kemiskinan. Ini jelas jika dibandingkan dengan harga barangan yang telah meningkat berkali ganda sejak awal tahun 2011. Saya yang mewakili suara guru KAFA menggesa pihak kerajaan agar lebih prihatin dan dapat menambah lagi elaun guru KAFA agar berbaloi dengan peningkatan tempoh mengajar daripada enam jam kepada 15 jam seminggu. Semoga harapan kami untuk mendidik anak bangsa tidak akan luntur selama-lamanya. GURU KAFA http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan