Anak Muda Kampung Nak Senang |
Menteri Umno BN tak kisah pelajar susah, sekolah daif Posted: 04 Jan 2011 06:14 PM PST Di bawah ini beberapa kisah benar kesusahan pelajar-pelajar di Malaysia untuk ke sekolah. Tahun 2011, tahun NAIK, SEMUA NAIK. Ada Menteri kisah berapa ramai pelajar tak sekolah, berapa banyak sekolah daif? MEREKA TAK KISAH ! ***************** GAMBAR-GAMBAR PEMBANGUAN DI LUAR BANDAR DI SABAH Gambar-gambar menunjukkan bukti-bukti kukuh. Berapa lama sudah Sabah di bawah pemerintahan UMNO/BN? Ke mana perginya wang royalti Petronas untuk Sabah selama ini? Inilah yang dibanggakan oleh penyokong UMNO di Sabah, lihat gambar-gambar di bawah ini, iaitu di Kawasan Piiharaya yang wakil rayat kini adalah seorang Menteri, iaitu Dato' Shafee Afdal, seorang Hero Semporna. Tetapi lihatlah, ini salah satu contoh kawasan yg diwakili olehnya sebagai Ahlli Parlimen. SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU BAIT WDT 27 91309 SEMPORNA Sabah Malaysia Sumber : http://www.sabahan.net/forum/showthread.php?tid=2982 ************************* KISAH SEDIH ANAK MELAYU BERKONGSI BAJU SEKOLAH Penulis akan paparkan kisah benar seorang guru yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Beliau menyaksikan sendiri kesusahan sebuah keluarga. Bacalah….. Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ……." Sumber : http://tulahan.blogspot.com/2011/01/kisah-sedih-anak-melayu-berkongsi-baju_03.html ******************** PENDAFTARAN SEKOLAH DAN PINDAH SEKOLAH.. Sekolah Agama Buloh Kasap (JOHOR) menghadapi kekurangan bilik darjah apabila Sekolah Keb Buloh Kasap (sekolah berjiran) mengadakan satu sesi pembelajaran sahaja setelah bangunan barunya siap. Sekolah Agama terpaksa menggunakan bangunan lama; bilik kelas di Dewan Orang Ramai Tandung. Bilik kelasnya agak daif dan naif. Maklumlah kelas buruk yang lama tidak digunakan. Tingkap dan cermin banyak yang pecah dan rosak. Tetapi itulah pilihan terbaik yang ada bagi menampung keperluan semasa terdesak lagi terpaksa. Guru-guru SABK amat saya kagumi dengan ketabahan dan kerendahan hati mereka demi pembelajaran anak-anak. Sumber : http://ahmadnawawiuitmjohor.blogspot.com/2010/12/pendaftaran-sekolah-dan-pindah-sekolah.html |
Sekolah Plaster, satu lagi kejayaan Umno BN Posted: 04 Jan 2011 04:00 PM PST Utusan Malaysis 5 Dis 2010 'Sekolah Plaster' tampung ramai pelajar bermasalah SEKALUNG tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2010 kerana kejayaan mengukir sejarah keputusan terbaik dalam tempoh empat tahun. Ratusan Sekolah Rancangan Khas dan Sekolah Kluster merekodkan kejayaan masing-masing dengan pencapaian terbaik 9A dan 8A. Di sebalik segala uapan tahniah dan syabas, tekanan turut dirasai oleh sekolah-sekolah yang terkenal sebagai 'Sekolah Plaster'. 'Sekolah Plaster' merupakan istilah baru yang diberikan oleh golongan setempat terhadap sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar bermasalah. Pelajar-pelajar bermasalah ini merangkumi pelajar yang mengalami masalah pembelajaran, pelajar yang dibuang sekolah dan pelajar yang tidak mematuhi arahan sekolah. Persoalan utama kini ialah bagaimanakah boleh wujud keadaan sedemikian? Mungkin ramai di luar yang tidak menyedari hakikat ini. Punca utama kewujudan 'Sekolah Plaster' ini ialah ekoran pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang bersikap pilih kasih terhadap sekolah-sekolah dalam daerahnya. Dalam usaha mengekalkan prestasi sekolah-sekolah tertentu, pihak terbabit mengelompokkan pelajar-pelajar yang bermasalah di satu sekolah yang sama. Akibatnya, sekolah yang menjadi sasaran ini menghadapi pelbagai masalah. Di Muar sendiri ada sebuah 'Sekolah Plaster' yang terkenal. Ia wujud ekoran sikap PPD Muar mengelompokkan pelajar bermasalah di sekolah terbabit. Masalah ini pernah diadukan tetapi pengaruh Sekolah Kluster lebih kuat berbanding 'Sekolah Plaster', mengakibatkan usaha ini bagai mencurah air ke daun keladi. Apakah kriteria yang diambil kira? Jika keputusan, adakah ini bermakna istitusi pendidikan melabel dan mengasingkan pelajar mengikut pencapaian dan apakah peranan sekolah khas diwujudkan? Jika kelakuan, wajarkah pelajar yang bermasalah dikelompokkan bagi merumitkan lagi keadaan? Jika jarak dari rumah, bukankah terdapat banyak lagi sekolah yang berhampiran jika dibandingkan daripada sekolah sasaran? Dalam usaha mengambil jalan mudah dan melonjakkan kegemilangan institusi pendidikan terpilih, janganlah mewujudkan 'Sekolah Plaster' kerana tindakan ini menyulitkan pelbagai pihak. Keputusan cemerlang yang disogokkan oleh sesetengah sekolah telah mengaburi mata PPD untuk bertindak kurang wajar. Pemantauan oleh pegawai yang terbabit semuanya sia-sia jika kewujudan 'Sekolah Plaster' ini tidak dapat ditangani segera. GURU LAMA Muar, Johor http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan