Sabtu, 11 Disember 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Sungguh ke mahu ke Putrajaya?

Posted: 11 Dec 2010 08:17 PM PST

Saya yakin bahawa PKR kini sudah kuat untuk mencabar BN untuk menduduki Putrajaya, tapi belum cukup kuat untuk menjayakan hajatnya itu.
Jangan kita melihat keluar, mari kital melihat kedalam. Mari kita melihat kepada kekuatan kita, jangan kita melihat kepada kelemahan BN.
Saya ingin ambil satu contoh. Mari kita lihat kekuatan kita, kata di kawasan Parlimen Temerloh.
Saya ambil Parlimen Temerloh sebagai contoh kerana di kawasan Parlimen itu PKR hanya kalah kecil sahaja lebihkurang 2000 undi.
Sebenarnya kekalahan PKR dengan 2000 undi itu sudah menampakkan kekuatan yang amat sangat.
Ambil dari segi keahlian PKR di Temerloh. Berapa jumlahnya? Tak sampai 2000 anggota. Dan dari 2000 ahli itu, berapa ramaikah yang boleh digembeling untuk kerja parti? Ada 20 orang?
Mari kita lihat pula berapakah ranting PKR di Temerloh. Ada 5 buah ranting? Dan dari 5 buah ranting itu berapakah yang berfungsi?
Berapa kalikah mesyuarat ranting-ranting diadakan sejak Pilihanraya yang lampau? Sekali? Dua kali? Atau tak ada langsung?
Pimpinan PKR di Temerloh itu adakahg mewakili mana-mana Ranting? Atau tidak mewakili sebarang ranting?
Ambil dari segi aktiviti dan program parti. Berapa kalikah dalam satu bulan aktiviti/program parti dijalankan? Ada? Atau tidak ada? Kalau ada, berapa ramaikah melibatkan orang ramai lebih khusus orang-orang yang tidak berparti. Program apakah yang dijalankan? Gotong royong? Kursus-kursus? Perjumpaan orang ramai? Program ceramah? Berapa kali sebulan program ceramah diadakan? Berapakah kehadiran ceramah itu? Sebelum sebarang program itu, adakah dibuat kerja-kerja mengeluarkan orang ramai terlibat dengan program kita? Gerak kerja rumah ke rumah? Poster-poster?
Program turun padang pimpinan Cabang. Berapa kali dibuat dalam seminggu, berapa buah kampong kah yang dilibatkan? Bagaimana sokongan dari orang ramai?
Apakah usaha-usaha yang dibuat untuk memperkokoh parti selepas PRU-12 dulu? Bagaimana dengan pertambahan keanggotaan, bertambah dengan sedikit, atau laju atau hebat?
Adakah Jawatankuasa mengambil inisiatif menggerakkan parti, atau sekadar menjadi anggota Jawatankuasa sahaja?
Saya tidak mempersoalkan Cabang Temerloh, tetapi hanya sekadar menjadikan sebagai satu contoh sahaja, dan kalau di Temerloh berlaku dengan jawapan-jawapan negatif kepada persoalan-persoalan diatas maka begitu jugalah dengan Cabang-Cabang lain di seluruh Malaysia.
Ada tak anggota kita yang marah apabila membaca tulisan ini? Jangan marah. Ini adalah kebenaran. Kalau kita mahu menang, buatlah kerja, buatlah kerja, buatlah kerja. Aktiflah, aktiflah, aktiflah. Gerakkan parti, gerakkan parti, gerakkan parti. Turun padang, turun padang, turun padang. Buat kerja massa, buat kerja massa, buat kerja massa. Ceramah saja tak cukup, ceramah saja tak cukup, ceramah saja tak cukup. Tubuh ranting, tubuh ranting, tubuh ranting. Gerakkan biro-biro dalam parti, gerakkan biro-biro dalam parti, gerakkan biro-biro dalam parti, dan kaji laporan gerakan biro, kaji gerakan biro, kaji gerakan biro dalam mesyuarat Cabang minima sebulan sekali dan perbaiki lagi kerja-kerja biro.
Tengok ada berapa kampong dalam kawasan Parlimen, tubuhkan ranting disetiap kampong, pekan dan bandar di kawasan Parlimen. Hidupkan ranting, gerakkan ranting, dan pantau gerakan ranting dan semua laporan ranting hendaklah dibentang didalam mesyuarat cabang, dan perbaiki dimana yang patut.
Jawatankuasa Pilihanraya sudah ditubuhkan atau belum? Lantik Pengarah, Timbalan Pengarah, dan Pengarah bagi setiap cabang kerja seperti bilik-bilik gerakan, petugas-petugas di peringkat Cabang dan petugas-petugas diperingkat Bilik Gerakan, petugas-petugas untuk bekalan makanan, petugas-petugas untuk poster, petugas-petugas untuk kerja-kerja remeh seperti rumah ke rumah, dan petugas-petugas mengenai kenderaan, petugas-petugas PACA, petugas-petugas untuk ceramah.
Bagi sesuatu kawasan Parlimen, sila kaji berapa ada kawasan dan aliran mengundi. Setiap aliran itu perlu paling minima 4 orang petugas bergilir, kalau sesuatu tempat itu ada 4 saluran mengundi, maka sediakan 16 orang petugas PACA, maka berapa ramaikah yang diperlukan untu Parlimen? Sediakan dari sekarang dengan lengkapkan mereka dengan ilmu-ilmu dan untuk itu kursus-kursus Pilihanraya kena diadakan mulai sekarang?
Calon? Sudah siapkah penyenaraian calon? Jangan hanya fikir bahawa Ketua Cabang sahaja yang layak bertanding. Kadang-kadang tak sama pilihan dalam parti dengan pilihan dikalangan rakyat. Maka senaraikan ramai bakal-bakal calon untuk dihantar ke Negeri dan Pusat agar dapat dibuat pilihan oleh Negeri/Pusat.
Bagaimana pula dengan kewangan untuk terjun didalam Pilihanraya? Sudah ada, belum ada atau takkan ada? Pilihanraya memerlukan wang, maka tanpa wang calon kita akan ketinggalan.
Ini adalah diantara perkara yang mesti dilakukan dan perkara yang mesti disempurnakan.
Janganlah PKR menyertai pilihanraya atas kelemahan parti lawan apatah lagi jika parti lawan kita itu mempunyai elemen-elemen positif kepada setiap perkara yang disebutkan diatas.
Kita menyertai Pilihanraya untuk menang, dan untuk menang kita kena 100% bersedia, ini bukan tenun nasib, ini adalah perjuangan dan perjuangan memerlukan persediaan.
Ok, sungguh ke mahu ke Putrajaya? Lakukan apa yang patut dilakukan, dan jika tidak dilakukan persoalan samada mahu ke Putrajaya itu hanyalah satu angan-angan disiang hari.

Isu di rancangan Felda menjadi semakin pelik!

Posted: 11 Dec 2010 12:04 AM PST

Jam 3.30 petang semalam saya telah menemui 23 orang peneroka-peneroka Felda Raja Alias 2, Jempol, Negeri Sembilan.
Mereka telah menerima Injunction oleh sebuah Syarikat menghalang mereka daripada menebang dan mengeluarkan kayu getah dari ladang-ladang mereka didalam Rancangan itu.
23 orang peneroka ini adalah golongan yang tidak mahu menyerahkan ladang masing-masing dijayakan dengan tanam semula oleh Felda, mereka berhajat untuk melakukan sendiri kerana tidak lagi mahu berhutang dengan Felda.
Pihak Felda telah memberikan pelepasan kepada peneroka-peneroka tersebut untuk menebang dan mengeluarkan kayu-kayu getah mereka dengan syarat peneroka-peneroka itu dapat menjelaskan kepada Felda semua hutang mereka dengan Felda disamping membayar sejumlah wang kerana mahu menggunakan jalan yang sedia ada didalam rancangan Felda itu untuk membawa kayu-kayu getah itu keluar dari rancangan Felda.
Kesemua itu sudah dijelaskan oleh 23 orang peneroka itu kepada Felda. Justeru itu, 23 orang peneroka itu telah melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja menebang dan membawa kayu getah keluar dan melakukan stacking untuk kesesuaian tanam semula.
Sementara itu Felda juga telah melantik kontraktornya sendiri untuk menjalankan kerja-kerja menebang kayu-kayu getah untuk peneroka-peneroka yang bersama Felda.
Apabila kontraktor bagi 23 orang peneroka itu memasuki kawasan ladang dengan membawa mesin-mesin dan memulakan penebangan, tiba-tiba Kontraktor bagi Felda telah mengambil tindakan Injunction melalui Mahkamah Tinggi Seremban menghalang kerja-kerja penebangan dan menghalang kayu-kayu yang sudah ditebang daripada dibawa keluar dan menghalang semua mesin-mesin Kontraktor itu daripada dibawa keluar.
Pelik. Felda memberikan pelepasan kepada 23 peneroka-peneroka secara bersyarat iaitu menjelaskan hutang mereka kepada Felda dan membayar kegunaan jalan didalam rancangan Felda itu yang dilalui, tiba-tiba Kontraktor bagi Felda mengambil tindakan Injunction kepada 23 peneroka itu.
Insya Allah, peneroka-peneroka sudah melantik peguam mereka, dan Insya Allah, bukan sahaja Injunction itu akan dicabar, bahkan tindakan gantirugi akan dimulakan bukan sahaja oleh 23 peneroka itu bahkan juga oleh Kontraktor bagi peneroka-peneroka itu.
Di Palong 9 pula agak berlainan sedikit ceritanya.
Seramai 180 peneroka Felda merasakan bahawa mereka telah ditipu oleh Felda dan JKKR apabila kedua-dua organisasi itu melantik Kontraktor untuk menebang dan memunggah keluar pokok getah mereka tanpa mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada peneroka-peneroka.
Felda dan JKKR menjalankan sistem ugut dengan mengatakan bahawa jika tidak menyetujui dengan Kontraktor yang ditunjukkan oleh mereka, kayu getah peneroka-peneroka itu akan dijual dengan harga yang rendah kerana kata mereka kayu harga kayu getah dipasaran amatlah rendah, mungkin dengan harga antara RM10,000.00 - RM20,000.00.
Didalam perjumpaan yang tidak dihadiri oleh semua peneroka itu, Naib Pengerusi JKKR yang juga Ketua UMNO Cawangan memaksakan hadirin mengangkat tangan jika bersetuju dengan perlantikan Kontraktor mereka dengan bayaran harga kayu getah sebanyak RM35,000.00.
Ada yang mengangkat tangan tanda setuju tetapi lebih ramai tidak mengangkat tangan sehingga ada diantara yang mengangkat tangan itu mengangkat kedua-dua belah tangan untuk menunjukkan ramai yang bersetuju.
Seorang Peneroka yang tidak bersetuju mencadangkan supaya ditangguhkan dulu penyerahan kayu-kayu getah itu sehinggan sesama peneroka dapat dirundingkan dengan harga yang munasabah.
Tetapi cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh Felda dan JKKR. Peneroka itu bersama-sama 11 orang yang lain terus tidak bersetuju.
Peneroka-peneroka yang lain terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Felda dan JKKR kerana bimbang harga kayu getah benar-benar menurun hingga RM10,000.00.
11 orang peneroka yang bijak itu berjumpa dengan kontraktor yang sama yang juga dilantik oleh FELDA dan JKKR itu dan dengan rundingan yang lebih berhemah Kontraktor yang sama itu bersetuju membayar RM46,000.00 kepada setiap peneroka 11 orang itu.
FELDA dan JKKR yang kononnya mahu mejaga kebajikan peneroka-peneroka berjaya mendapatkan bayaran daripada Kontraktor RM35,000.00 bagi setiap Peneroka manakala Kontraktor yang sama membayar RM46,000.00 kepada setiap 11 orang peneroka yang tak mahu ikut sama dengan Felda/JKKR.
SPRM patut masuk campur dalam bidang ini. Benarkah Kontraktor itu menawarkan RM35,000.00 kepada Felda/JKKR untuk dibayar kepada setiap peneroka? Atau Kontraktor itu memang menawarkan RM46,000.00 kepada Felda/JKKR untuk dibayar kepada setiap peneroka itu dan RM11,000.00 disonglap ditengah jalan.
Yang tertipu ini adalah ahli-ahli UMNO. Felda Palong 9 adalah kubu kuat UMNO. Didalam Pilihanraya 2008 dahulu, calon PKR tidak dapat menggantung sebarang poster di Palong 9.
Namun pada hari semalam 180 peneroka-peneroka Felda Palong 9 yang terdiri daripada ahli-ahli UMNO itu sudah mahu membuat perubahan. Mereka telah sampaikan keluhan mereka itu kepada semua pihak yang berwajib didalam Felda dan UMNO, namun, mereka tetap tidak dibela oleh Felda dan UMNO.
Semalam adalah ruang terakhir untuk Felda/JKKR/UMNO mendatangkan bantuan kepada mereka, tetapi bantuan itu tak kunjung tiba.
Maka mereka telah melantik peguam untuk mengambil tindakaan terhadap Felda dan JKKR. Kepimpinan JKKR itu adalah kepimpinan UMNO Cawangan Felda Palong 9.
Menang atau kalah didalam tindakan undang-undang mereka itu, mereka sudah membuat suatu keputusan bahawa pimpinan UMNO tidak boleh diharapkan untuk membela mereka, dan peguam yang mereka lantik adalah peguam daripada Parti Pembangkang.

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Menghadiri Istiadat Pemeriksaan Kawalan Kehormat Utama Sempena Hari Keputeraan Ke-65 DYMM Sultan

Posted: 10 Dec 2010 07:50 PM PST

Dr Xavier Jayakumar telah menghadiri istiadat pemeriksaan kawalan kehormat utama sempena hari keputeraan ke-65 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berlangsung pada pagi ini.

Dr Xavier juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Teng Chang Kim, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor diatas penerimaan penganugerahan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran "Datuk".

Pada hari ini Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V mengetuai senarai 121 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan Ke-65 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

Sultan Johor dan Sultan Kelantan masing-masing menerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.). 


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menerima Darjah Kelas Pertama — Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran "Datuk Seri". 

Turut menerima S.P.M.S. ialah Canselor Universiti Kolej Sedaya International (UCSI) yang juga Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad. Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu berlangsung di Istana Alam Shah, Klang pada Sabtu. 

Anakanda Sultan Selangor Tengku Amir Shah dan Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Tan Sri Nayan Ariffin masing-masing menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) (Kelas Pertama) yang membawa gelaran "Datuk Setia" bagi lelaki dan "Datin Paduka Setia" bagi wanita. 

Dua belas orang menerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran "Datuk" bagi lelaki dan "Datin Paduka" bagi wanita iaitu Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim, Pengarah Urusan Sime Darby Property Bhd Datuk Tunku Putra Badlishah Ibni Tunku Annuar; Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Leftenan Jeneral Datuk Wira Allatif Mohamed Noor; Pakar Klinikal Kanan O&G Markas Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Dr Abd Razak Md Yusoff, Panglima Angkatan Bersama Markas Angkatan Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Jamil Osman, Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Md Nasir Md Arshad, Timbalan Ketua Pengarah II Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Datuk Wahab Hamid. 

Turut disenaraikan ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Mislan Tugiu, Pegawai Daerah Hulu Langat Zainal Abidin Aala, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Che Asmah Ibrahim, Pakar Perunding Bedah Am dan Ketua Jabatan Bedah Hospital Tengku Ampuan Rahimah Dr Mohamed Yusof Abdul Wahab dan Pengarah Nestle (M) Bhd Mohd Rafik Shah Mohamad.

Penerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran "Datuk" bagi lelaki dan "Datin Paduka" bagi wanita pula ialah Panglima Sistem Armada Markas Tentera Laut Laksamana Pertama Datuk Khairuddin Khalid, Timbalan AKS Perkhidmatan Anggota Kementerian Pertahanan Brig. Jeneral Datuk Ahmad Annuar Ahmad (TUDM); Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Datuk Dr Ramlah Adam, Ketua Pasukan Malaysia Perlawanan Bola Sepak Jerman Sukan Olimpik 1972 Datuk M. Chandran, Pegawai Daerah Klang Bakhtiar Hussin, Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia Azizan Mohamad Sidin, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal UPM Dr Yaakob Che Man; Pengarah Pasukan Pertubuhan Khas Persekutuan Majlis (Sabah Labuan) Keselamatan Negara Misri Barham, Pensyarah Jabatan Fizik Universiti Malaya Prof. Dr Mohd Zambri Zainuddin, Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr Ab Halim Tamuri, Pendaftar UPM Wan Azman Wan Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings Bhd Norazlina Zakaria. 

Turut menerima D.S.I.S ialah Naib Presiden Eksekutif Sapura Secured Technologies Sdn Bhd Wan Shaharuddin Wan Mahmood, Pegawai Eksekutif NGV Tech Sdn Bhd Zulkifli Sharif, Ketua Pegawai Eksekutif I Berhad Eu Hong Chew dan Timbalan Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Kewangan SP Setia Bhd Group Teow Leong Seng. Seramai 15 orang  menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S) iaitu Pengarah Dasar dan Pengurusan Markas Tentera Darat Kolonel S.Suriakala, Pengarah Sumber Markas Tentera Darat Kolonel Nazri Abu Bakar, Pengarah Undang-undang Markas Tentera Laut Kapten Azhari Abdul Aziz; Pegawai Pemerintah Pengkalan Udara Subang Kolonel Ramlan Kasbi, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abd. Jalil Hassan dan Ketua Pusat Kesihatan UPM Dr Yahaya Abu Ahmad dan Timbalan Setiausaha Perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia Lim Mooi Eia; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohd Shahzihan Ahmad, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Zainor Rashid Hassin, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor Adnan Abu Bakar, Setiausaha MPK Mohd Ikhsan Mukri; Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) Selangor Jauriah A.Ghani; Pegawai Protokol Istana Pejabat Sultan Selangor Ahmad Fasal Zakaria, Pengurus Besar (Operasi Wilayah 1) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Mustafa Din dan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan Jakel Trading Mohamed Faroz Mohamed Jakel. 

Seramai 18 orang menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) dan 27 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) termasuk bekas penyunting Berita Ekonomi Bernama mendiang Lim Chong yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 26 November lepas. Turut tersenarai sebagai penerima A.M.S ialah wartawan The Star Edward Rajendra. 

Selain itu, 20 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) dan tujuh orang menerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C). 
Sementara itu, Sultan Selangor turut berkenan mengumumkan pelantikan tiga Jaksa Pendamai (J.P) yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Sambutan Hari Krismas Negeri Selangor

Posted: 10 Dec 2010 07:50 AM PST

Rawang, 10 Disember - Sambutan Hari Krismas Negeri Selangor telah diadakan di Tesco Rawang. Majlis sambutan yang bermula dari pukul 7.30 malam tersebut telah dirasmikan oleh Dato' Menteri Besar, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dr Xavier Jayakumar serta barisan kepimpinan Exco dan kepimpinan Pakatan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor sperti Theresa Kok, Elizabeth Wong, Ronnie Liu, Gan Pei Nei, Charles Santiago, William Leong dan Azmin Ali memeriahkan suasana.

Turut hadir adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Chua Jui Meng.

Pelbagai persembahan menarik telah diadakan pada malam tersebut. Antara artis terkenal yang mengadakan persembahan adalah Jaclyn Victor.


Hadiah dan sumbangan turut diberikan pada malam tersebut.


BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


TERUJA DAN TERHIBUR DI SELANGOR XMAS FIESTA, TESCO RAWANG JUMAAT 10 DIS 2010 9 MLM

Posted: 11 Dec 2010 05:39 AM PST


KONVESNSYEN PR 18-19 DIS 2010 PULAU PINANG

Posted: 11 Dec 2010 05:25 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Berbaki lapan hari lagi, persiapan Konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember ini telah masuk fasa akhir dengan hampir 80 peratus persiapan telah disempurnakan.

Dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pengisian dan Jawatankuasa Penganjuran dan Pengelolaan sedang giat melaksanakan tugas-tugas akhir menjelang raptai penuh sehari sebelum program bermula.
Menurut Pengerusi JK Penganjuran, Dr. Mujahid Yusof, konvensyen kali ini mensasarkan tiga matlamat besar yang mahu dicapai Pakatan Rakyat.
Pertama, mengukuhkan solidariti parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS-PKR-DAP.
Kedua, mempamerkan keupayaan Pakatan Rakyat kepada seluruh rakyat negara ini melalui kejayaan yang telah ditunjukkan oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.
Dan ketiga, membincangkan persiapan Pakatan Rakyat berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang disebut-sebut Mac atau April tahun hadapan.
"Kita mahu menawarkan satu polisi kepada rakyat tentang keupayaan Pakatan Rakyat khususnya sebagai parti yang mampu menggantikan BN memerintah negara," katanya kepada Harakahdaily.
Disamping itu, konvensyen kali ini juga katanya akan cuba melihat persepsi yang wujud dikalangan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat akibat eksploitasi media Umno BN.
Bagaimanapun ujarnya, perkara itu akan dilihat secara umum atas kapasiti Pakatan Rakyat dan bukan kepada parti-parti komponen PAS-PKR-DAP secara khusus.
Beliau percaya, permasalahan dalaman parti-parti komponen boleh diselesaikan kepimpinan parti masing-masing dan tidak menjejaskan Pakatan Rakyat.
"Permasalahan dalam setiap parti itu perkara biasa, dan ia sebahagian dinamika politik bagi membentuk kematangan sesebuah parti.
"Apa yang belaku tidak menjejaskan parti pun, namun lebih malang apabila permasalah kecil ini dieksploitasi oleh media yang ditunggang Umno sehingga memburukkan keadaan," katanya.
Konvensyen Pakatan Rakyat kali ini bakal menyaksikan seluruh kepimpinan utama PAS, PKR dan DAP berkampung bagi memberi nafas baru kepada penerusan perjuangan Pakatan Rakyat.
Bukan setakat penyokong Pakatan Rakyat, malah seluruh rakyat termasuk pemerhati politik luar dan dalam negara sedang menanti apakah 'benda baru' yang akan dihasilkan konvensyen tersebut.
Dalam pada itu, Pakatan Rakyat juga akan memperkenalkan slogan terbarunya, 'Ubah Sekarang!' yang akan dilancarkan pada konvensyen akan datang.
Selain konvensyen, beberapa program selingan turut dirancang bermula sehari sebelum konvensyen sehingga malam selepas selesai konvensyen.
Sekurang-kurangnya tiga ceramah besar dijadual akan diadakan masing-masing di Balik Pulau dan Seberang Perai Selatan, menampilkan kepimpinan utama ketiga-tiga parti.
Kesempatan pemukiman itu juga, kuliah-kuliah Maghrib di surau dan Masjid sekitar akan disampaikan pemimpin utama PAS dan PKR selain program kebajikan lain oleh DAP.
Manakala kemuncak program adalah pada sebelam malam 19 Disember, iaitu majlis Pidato Perdana oleh Presiden PAS, PKR dan DAP dan penggulungan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Posted by RAKYAT MARHAEN

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


AWAS, ragut berleluasa di Kuantan, Pahang

Posted: 11 Dec 2010 06:24 AM PST

Berwaspada jenayah ragut semakin aktif
Utusan Malaysia 11 Dis 2010

KUANTAN 10 Dis. - Masyarakat di negeri ini khususnya golongan wanita diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap jenayah ragut yang dilihat kembali aktif sejak kebelakangan ini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis daerah, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, ini terutamanya mereka yang membawa beg tangan apabila keluar rumah.

"Seboleh-bolehnya, elakkan menyandang beg di bahu dan jangan berjalan seorang diri di kawasan gelap dan sunyi," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jenayah ragut yang dilihat semakin menjadi-jadi dan menimbulkan kebimbangan orang ramai khususnya golongan wanita.

Akhbar semalam melaporkan seorang penjual ikan, Nik Khairul Azmi Salleh, 28, dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen daerah atas kesalahan meragut beg uncang seorang pelajar perempuan yang hanya mengandungi wang tunai RM10.

Kata Kamaruzzaman, kes tersebut diharap dapat memberi peringatan serta pengajaran terhadap peragut- peragut.

Dalam pada itu, katanya, polis sentiasa memantau dan meronda kawasan-kawasan sering berlaku jenayah ragut.

"Namun, kita tidak jangka di mana atau bila peragut-peragut ini akan melakukan jenayah.

"Apa yang penting, orang awam harus sentiasa meningkatkan tahap keselamatan masing-masing bagi mengelakkan kejadian ini dari berlaku," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_02.htm

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Kejor Yeop Kejor !! Jangan Tercecior

Posted: 10 Dec 2010 07:27 PM PST

Pakatan dah mendahului kita. Kita dah terkebelangkan. Jangan tunggu-tunggu lagi. Ayuh segera kita daftarkan para pengundi baru kita. Kejor!! Kejor!! Kita mesti di depan.

Ha.. ha.. ha.. Itulah gesaan yang dibuat kepada jentera pilihan raya Barisan Nasional. Jangan berlengah dan jangan ambil mudah kerana mati hidupnya kita dalam PRU13 nanti ialah para pengundi.

Dia juga mahu para pemimpin BN kikis perasaan sombong yang masih menebal agar kelihatan mesra rakyat.

Aha.... sedor pun para pemimpin BN sombong... ek?? Mereka ini, hanya tunduk ke bumi dan nampak para pengundi apabila tiba musim pilihan raya jer. Lepas tu... mereka akan menongak ke langit balik. Tak tengok bawah dah... Hidung pun bertambah tinggi mancungnya!! Sebijik macam hidung Yahudi.

Dia juga sarankan agar mereka perbanyak program rakyat. Eleh... nak bagi rakyat sukakan mereka sementara pilihan raya dah nak dekat ni. Pura-puralah tu... Hipokrit!!

Usah ler.... rakyat takkan terpedaya, especially mereka yang ada otak. Tetapi bagi mereka yang otak dah dikemetotkan, entah ler.... Minyak naik ke... barang naik ke.... tambang naik ke... elektrik naik ke... mereka tetap akan pangkah UMNO/BN.

Tapi kan... sekarang ni, puak-puak otak kemetot ni pun dah mula merungut. Agaknya mereka dah mula terkesan dengan keperitan hidup akibat selarasnya subsidi kepada rakyat.

Haa... baru ada akai. Rupa-rupanya, Najib hanya beretorik semata-mata. Rupanya, rakyat dahulu yang dibebankannya. Aduhai... 2011, tahun malang bagi rakyat. Kemarau akan melanda poket rakyat. Gersanglah kehidupan rakyat!!

Usah banyak pikior lagi... Tolak jer UMNO/BN. Habis cerita!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/