Anak Muda Kampung Nak Senang |
AWAS, ragut berleluasa di Kuantan, Pahang Posted: 11 Dec 2010 06:24 AM PST Berwaspada jenayah ragut semakin aktif Utusan Malaysia 11 Dis 2010 KUANTAN 10 Dis. - Masyarakat di negeri ini khususnya golongan wanita diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap jenayah ragut yang dilihat kembali aktif sejak kebelakangan ini. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis daerah, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, ini terutamanya mereka yang membawa beg tangan apabila keluar rumah. "Seboleh-bolehnya, elakkan menyandang beg di bahu dan jangan berjalan seorang diri di kawasan gelap dan sunyi," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya jenayah ragut yang dilihat semakin menjadi-jadi dan menimbulkan kebimbangan orang ramai khususnya golongan wanita. Akhbar semalam melaporkan seorang penjual ikan, Nik Khairul Azmi Salleh, 28, dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen daerah atas kesalahan meragut beg uncang seorang pelajar perempuan yang hanya mengandungi wang tunai RM10. Kata Kamaruzzaman, kes tersebut diharap dapat memberi peringatan serta pengajaran terhadap peragut- peragut. Dalam pada itu, katanya, polis sentiasa memantau dan meronda kawasan-kawasan sering berlaku jenayah ragut. "Namun, kita tidak jangka di mana atau bila peragut-peragut ini akan melakukan jenayah. "Apa yang penting, orang awam harus sentiasa meningkatkan tahap keselamatan masing-masing bagi mengelakkan kejadian ini dari berlaku," ujarnya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_02.htm |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan