Rabu, 1 Disember 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Kenapa Umno takut bukan Islam dekati al-Quran

Posted: 01 Dec 2010 12:36 AM PST


KUALA LUMPUR, 1 Dis: Sepatutnya pemimpin bukan Islam diberikan galakan supaya mereka bertambah minat untuk membaca dan merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia.

Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab (gambar) berpandangan demikian sebagai mengulas sejak akhir-akhir ini ramai di kalangan pemimpin bukan Islam berminat untuk merujuk al-Quran dan menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka.

Namun begitu, katanya pemimpin Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam mula berjinak-jinak dengan al-Quran.

Tambahnya, bermacam alasan diberikan, takut salah tafsir, menghina al-Quran, mencemarkan kesucian al-Quran dan sebagainya.

Baginya, jika orang bukan Islam melakukan kesalahan, mereka bukannya dihalang dari merujuk kepada al-Quran tetapi kesalahan itu diperbetulkan.

Malangnya, tambah beliau pemimpin Umno bukannya menggalakkan mereka mendekati al-Quran malah terus melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada pemimpin yang membaca terjemahan al-Quran.

"Perangai buruk pemimpin Umno inilah sebenarnya yang menyebabkan orang bukan Islam terus menjauhi Islam dan memusuhi Islam kerana mereka dihalang dari mendekati Islam," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, lihat sahaja contoh MCA dan MIC walaupun sudah berkawan dengan Umno lebih dari 50 tahun tetapi sehingga kini mereka tidak berminat kepada Islam kerana puncanya Umno sendiri pun meminggirkan Islam.

"Saya pun tidak faham mengapa Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka," katanya.

Beliau berpendapat, mungkin Umno terasa tercabar kerana orang bukan Islam merujuk al-Quran tetapi Umno meminggirkan al-Quran atau Umno takut orang bukan Islam faham Islam dan seterusnya menyokong PAS dan PR.

"Sebagai seorang Islam kita sepatutnya gembira dan bersyukur apabila orang bukan Islam mula berjinak-jinak dengan Islam dan menjadikan al-Quran sebagai salah satu rujukan mereka.

"Apa yang penting kita membetulkan mereka jika berlaku kesilapan dan kesalahan," ujarnya.

Katanya, ulama mesti memberi penerangan kepada seluruh rakyat tentang pengunaan ayat-ayat al-Quran oleh orang bukan Islam supaya semua orang Islam tahu bahawa bukanlah menjadi kesalahan untuk orang bukan Islam membaca dan merujuk terjemahan al-Quran dalam ucapan dan kehidupan seharian mereka.

Justeru, beliau mengharapkan selepas ini semua pemimpin dan penganut Islam terus memberikan sokongan padu kepada orang bukan Islam merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia.

Isu itu tercetus semula apabila Adun Hutan Melintang, Perak, S.Kesavan dilaporkan membacakan terjemahan al-Quran merujuk kepada ayat yang lain daripada apa yang sepatutnya.

Bagi Sofi, adalah bukan suatu perkara yang pelik jika Umno tidak suka pemimpin bukan Islam menggunakan ayat al-Quran kerana Umno sendiri selalu meminggirkan al-Quran dalam tindakan seharian mereka.

Dalam isu menghalalkan judi dan riba, judi bola, mendedahkan aurat, meminggirkan hukum hakam Islam dan sebagainya jelas Umno membelakangkan al-Quran, katanya.


Sumber: Harakah Daily

Subsidi IPP RM15.1b, rakyat cuma RM11 bilion

Posted: 01 Dec 2010 12:35 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan memberi subsidi Petronas kepada syarikat konsesi penjana kuasa bebas (IPP) sebagai membelakangkan rakyat.

Anwar ketika berbahas di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Dewan Rakyat berkata, subsidi sebanyak RM15.1 bilion berbanding subsidi minyak kepada rakyat yang hanya sebanyak RM11 bilion jelas tidak munasabah.

"Subsidi kepada IPP RM15.1 bilion, subsidi kepada rakyat hanya RM11 bilion. Adakah ini yang dikatakan rakyat didahulukan?" katanya yang juga ketua pembangkang di Parlimen, semalam.

Anwar turut mempertikai dasar penswastaan yang dilihat hanya memberi kepentingan kepada syarikat konsesi yang sedia kaya, sehingga kerajaan tidak berupaya untuk mengkaji dan membuat runding semula perjanjian yang termeterai.

"Kita tidak menentang penswastaan tapi perlu lihat kesan tarif dan kerugian kepada negara dan juga kepada Petronas ekoran keengganan kerajaan mengkaji dan runding semula dengan syarikat konsensi IPP. Sikap yang sama dilihat dalam isu air di Selangor," kata beliau.

Dakwa beliau juga, kerajaan seolah-olah tidak mempunyai keupayaan untuk mengkaji dan mengadakan runding semula semua perjanjian kerajaan dengan syarikat konsesi.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan agar mengkaji semula perjanjian dengan IPP dan juga syarikat konsesi air agar rakyat tidak terbeban dengan dasar penswastaan berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar turut membidas P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) yang tidak memihak kepada pengundi Hulu Selangor kerana menyokong tindakan Syabas yang berhasrat menaikkan taraf air sebanyak 31 peratus.

Sebelum itu, usul memotong gaji Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dikemukakan Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS- Kuala Selangor), namun tidak dipersetujui wakil Barisan Nasional.


Sumber: Harakah Daily

Anwar: Penswastaan bebankan rakyat, untungkan kroni

Posted: 01 Dec 2010 12:33 AM PST


KUALA LUMPUR 1 Dis – Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) hari ini sekali lagi diminta untuk memastikan konsep pengswastaan tidak membebankan rakyat dan bukan hanya menguntungkan syarikat kroni.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada konsesi air yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Selangor sebagai contoh jelas bagaimana rakyat Selangor di paksa membayar harga tinggi untuk air ketika negeri itu di bawah pimpinan Umno.

"Naik 31 peratus satu tahun. Kalau Pakatan Rakyat (Pakatan) tidak menang harga air di Selangor, naik 31 peratus. Ini yang dihalang oleh Kerajaan Pakatan, menteri jawab, ini terma dalam perjanjian. Saya setuju. Sebab itu kita katakan kita berunding semula dan minta Syabas mengambil kira kepentingan supaya jangan dibebankan. Bukan isu nak tolak, nak rombak perjanjian syarikat itu, tidak," katanya.

Kerajaan Persekutuan Umno-BN setakat ini enggan menarik balik konsesi yang diberikan kepada Syabas sungguhpun syarikat itu melanggar terma-terma kontrak dan berkeras untuk menaikkan harga air.

Ahad ini, warga Selangor akan keluar beramai-ramai untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menuntut supaya kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan air daripada Syabas.

"Syarikat Kerajaan Negeri Selangor punya ekuiti. Benar, tetapi yang menentukan dasar pengeluaran ini ialah Syabas dengan 'golden share' Kerajaan Persekutuan. Saya pernah jadi Menteri Kewangan, jadi saya tahu apa dia 'power of golden share'.

"Jadi, untuk Ahli Parlimen BN macam tak tahu langsung, itu tak betul. Tak berlandaskan fakta asas dalam membicarakan isu di parlimen ini. Yang dibantah Kerajaan Negeri Selangor ialah kenaikan keterlaluan. Bukan naik dua, tiga peratus setahun naik 31 peratus," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar berkata, Kerajaan Pakatan di Selangor yakin dapat menawarkan bekalan air pada harga yang lebih rendah jika diberikan peluang menguruskan perkhidmatan air negeri itu.

"Kerajaan Negeri Selangor mengatakan, mereka berupaya mendapatkan pinjaman, menguruskan syarikat ini dengan menjamin kos yang jauh lebih rendah.

Bagaimana kita jamin kos lebih rendah. Tentukan ada tender yang telus dan terbuka, ini akan menjamin kos yang rendah. Pokoknya kerajaan negeri selangor tidak menaikkan tarif kerana ini akan membebankan jutaan rakyat terutama yang berpendapatan rendah," jelasnya lagi.

Anwar kesal dengan tindakan Kerajaan Persekutuan yang mempunyai agenda tersendiri apabila terus melindungi kepentingan Syabas dan bukannya kebajikan rakyat Selangor.

Saya harap menteri berlaku adil dalam hal ini serta bersifat terbuka dan telus. Perbincangan sudah dua tahun. Kerajaan persekutuan berikan tawaran tidak munasabah kerana kawalan masih pada syarikat dan tidak ada jaminan tentang harga yang berpatutan kepada rakyat Selangor, hujahnya, di Dewan Rakyat, semalam.

Menurut beliau, selain Syabas di Selangor, syarikat yang menjadi penjana letrik bebas atau IPP juga mengaut keuntungan yang keterlaluan sehingga memberi kesan kepada prestasi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Prinsip penswastaan harus dilakukan secara telus. Pengalaman kita denga IPP menunjukkan kos meningkat, subsidi kepada sayrikat meningkat dan jawapan di parlimen soalan yang kita bangkitkan dijawab dengan remeh dan hambar. Kita minta apa kerugian dan masalahnya ini untuk kerajaan melihat semula perjanjian itu kerana perlaksanaannya itu jelas merugikan negara," tambah Anwar.

Anwar kesal kerana segala gesaan rakyat mahukan Umno-BN untuk mengkaji semula kontrak IPP tidak diendahkan.

"Kita minta bukan merungkai syarat perjanjian. Tetapi memberikan ruang supaya mempertahankan kepentingan pengguna. Saya dengar ucapan ahli-ahli parlimen Umno dan MIC maklumat tidak tepat. Bukan nak batalkan semuanya. Soalnya ialah kenaikkan harga yang tidak dapat dipertahankan dan menjadi beban kepada pengguna," kata bekas Menteri Kewangan itu.


Sumber: Selangorkini

Isu air: Mahasiswa ikrar iring MB Selangor berdemo

Posted: 01 Dec 2010 12:31 AM PST


SHAH ALAM, 1 Dis – Kumpulan mahasiswa di negara ini berikrar mengiringi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Ahad ini.

Memetik laporan Malaysiakini, kumpulan yang membabitkan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami) akan disertai sekurang-kurangnya 300 mahasiswa dari seluruh Lembah Klang.

Presiden Kami, Hilman Idham berkata, ini kerana banyak mahasiswa yang tinggal di rumah sewa turut terjejas secara langsung sekiranya tarif air dinaikkan sebanyak 37 peratus.

"Selangor merupakan negeri yang memuatkan institusi pengajian tinggi yang menjadi rumah kedua kepada sebilangan besar mahasiswa dari seluruh pelosok negara.

"Sebahagian besar mahasiswa tidak mendapat kemudahan kolej kediaman dan sebilangan besar daripadanya tinggal menyewa di kawasan perumahan berhampiran universiti atau kolej kediaman," katanya.


Sumber: Selangorkini

Kenaikan Harga Petrol Dibantah

Posted: 01 Dec 2010 12:28 AM PST


SHAH ALAM 1 DIS : Kenaikan harga minyak petrol RON 97 menjadikan harga terbarunya RM 2.30 bermula malam tadi, menimbulkan pelbagai reaksi spontan rakyat dan Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam respon di laman Twitternya berkata, kenaikan harga minyak pastinya akan cuba dimanipulasi oleh media milik
Umno-BN untuk mengaburi mata rakyat tentang kenaikan harga bahan api itu.

" Media umno cuba alih pandangan rakyat," tulis Anwar.

Pada 1 November lalu, petrol gred RON 97 naik sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter.

Bagaimanapun kenaikan harga itu tidak diumumkan manakala Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bukan satu isu yang patut dimanipulasi pihak tertentu kerana harganya sudah diapungkan mengikut pasaran minyak dunia.

Sementara itu, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad pula menulis di laman twitter nya, kenaikan harga minyak gren RON 97 mencerminkan sikap sebenar kerajaan.
" UMNO membuktikan identiti demokratik mereka lagi,", seloroh Nik Nazmi mengenai kenaikan harga minyak RON 97.

Laporan Reuters menyebut, kenyataan rasmi mengenai perubahan harga berkenaan dijangka akan dikeluarkan kemudian.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan,Husam Musa juga memberikan respon hampir sama mengenai kenaikan harga RON 97.

" Tahniah semua!!! harga minyak naik...," tulis Husam di laman twitterya.

Julai lalu, kerajaan telah menaikkan harga lima barangan keperluan, iaitu minyak petrol,diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG).

Kerajaan sebelum ini beralasan, kenaikan harga barangan keperluan ini bertujuan untuk menyelaraskan harga barangan tersebut bagi membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya yang melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ironinya, kerajaan kemudian mengumpulkan pengarang-pengarang media di bawah kawalannya supaya tidak menggunakan perkataan 'barang naik' dalam laporan mereka.

Taklimat itu diberikan di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya.

Difahamkan pengarang berkali-kali diingatkan agar tidak menggunakan perkataan 'barang naik' sebaliknya menyebut ia sebagai 'pelarasan harga' atau 'rasionalisasi subsidi'.

Malah media-media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan media-media lain milikan Umno diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikan harga barang dan ada di antara media 'diminta' mendapatkan pandangan NGO dan persatuan pengguna yang pro kerajaan.

Paling menarik, penasihat media Perdana Menteri juga dikatakan mengarahkan akhbar supaya tidak beranggapan bahawa pengurangan subsidi ini sebagai langkah penjimatan oleh kerajaan dalam laporan mereka.

Sumber: TVSNEWS

ISA : SUARAM Dan GMI Kecewa Sikap Kerajaan

Posted: 01 Dec 2010 12:26 AM PST


KUALA LUMPUR 1 DIS : Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini melahirkan kekecewaan yang amat mendalam berikutan pendedahan kerajaan mengenai pindaan ke atas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mengikut Menteri Undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz seperti dilaporkan akhbar 'Malay Mail' semalam, bahagian paling signifikan dalam perancangan pindaan itu ialah pengurangan tempoh tahanan dikurangkan kepada 30 hari.

SUARAM dan GMI mendakwa alasan yang diberikan Nazri dalam pengurangan tempoh tahanan itu gagal untuk mengatasi isu sebenar iaitu tahanan tanpa perbicaraan dan hak undang-undang.

"Pengurangan tempoh tahanan itu sia-sia kerana akta (ISA) tersebut tetap membenarkan penahanan sesorang itu selama dua tahun selepas itu dan boleh dipanjangkan tanpa had atas arahan Menteri," jelas koordinator SUARAM dan Sekretariat GMI E. Nalini dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Nalini lagi, Kedua-dua SUARAM dan GMI telah mengumpul dan menerbitkan pelbagai bukti dokumentari mengenai penderaan ke atas tahanan ISA, namum pihak berkuasa menjustifikasikan penderaan ini dengan mengatakan ia perlu bagi menyelesaikan penyiasatan.

"Kami sekali lagi melahirkan kebimbangan serius berikutan langkah kerajaan untuk kembali ke retorik lama menggunakan alasan keamanan dan kestabilan untuk menjustifikasikan dan menghalalkan pencabulan hak asasi dan layanan teruk terhadap manusia. Kami menganggap kenyataan (Nazri) itu tiada merit dan bukti tapi hanya sekadar alasan mengesahkan tindakan kerajaan bagi menggunakan Undang-undang tidak demokratik itu sebagai alat politik," tegas beliau lagi.

Justeru menurut beliau, SUARAM dan GMI tetap beranggapan ISA bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan serta melanggat artikel 9, 10 dan 11 Deklarasi hak asasi manusia Universal yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).


Sumber: TVSNEWS

Anwar : Umno-BN Putar Belit Isu Ketuanan Melayu

Posted: 01 Dec 2010 12:24 AM PST


KUALA LUMPUR 1 DIS : Umno-Barisan Nasional melalui lidah rasminya, Utusan Malaysia cuba memutarbelitkan fakta berhubung isu ketuanan rakyat yang dibangkitkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam persidangan Kongres Keadilan Nasional, minggu lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan kenyataan tersebut berkata isu mengenainya rakyat bukanlah isu baru tetapi telah diterangkan dalam satu perhimpunan di Kampung Baru, dua tahun yang lalu.

"Dalam Agenda Ekonomi Malaysia yang kita perkenalkan, kita menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana ianya hanya menguntungkan segelintir walaupun permasalahannya adalah terdiri daripada majoriti masyarakat melayu/bumiputera dan di kalangan orang cina dan india miskin yang menjadi teras program kita.

"Jikalau kita lihat maksud 'tuan', ianya bermakna yang berkuasa atau yang memiliki, jadi bagaimana pula tentang kedudukan orang Iban,Kadazan, Cina dan India.

"Kita menolak ketuanan yang cuba diputarbelitkan Umno-BN dan Utusan sebagai cuba menolak Perlembagaan Negara.

Apa yang jelas ujar beliau, setiap ucapan dan pendirian PKR dan Pakatan Rakyat mengenai isu bahasa Melayu, Islam sebagai agama persekutuan, hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera dan kedudukan raja-raja melayu tidak pernah dibangkitkan malahan dipertahankan.

"Yang tuan itu adalah kedudukan raja dan sebab itu disebut Yang Di-Pertuan Agong, Yamtuan Negeri Sembilan. Kedudukan itu kita tidak dipertikaikan.

Justeru, beliau berharap agar isu tersebut tidak dipolitikkan serta tidak menipu dalam memutarbelitkan fakta kerana pengaruh kedudukan dan pegaruh Melayu kononnya hendak dipadamkan adalah tidak benar disebabkan Melayu/bumiputera masih kekal majoriti.


Sumber: TVSNEWS

Tze Tzin : Zahrain Tidak Layak Pertikai Pingat Anwar, Azizah

Posted: 01 Dec 2010 12:22 AM PST


PULAU PINANG 1 DIS : Siapa Datuk Seri Zahrain Hashim hendak mendesak pingat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah ditarik balik, sedangkan pingat "Datuk Seri" yang disandang beliau sendiri dianugerahkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat?

Ketua Cabang Bayan Baru, Sim Tze Tzin menyelar tindakan Zahrain dan meminta ahli parlimen Bebas itu sedar, bahawa pingat yang disandang beliau lah yang sewajarnya ditarik kerana mengkhinati prinsip dan perjuangan parti.

" Beliau mengkhianati pingat "Datuk Seri" yang dianugerahkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang berprinsipkan politik pelbagai kaum Pakatan Rakyat.

" Kalau ingin dipertikaikan kelayakan penerimaan pingat, Zahrain harus dilucutkan pingat beliau terdahulu," ujar Tze Tzin dalam satu kenyataan media hari ini.

Zahrain semalam mendesak Anwar menyerahkan gelaran "Datuk Seri" sekiranya terus-terusan menolak konsep "Ketuanan Melayu".

Namun menurut Tze Tzin, kenyataan Zahrain itu tidak ubah umpama politik murahan yang sengaja diciptakan oleh Zahrain.

" Beliau mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada beliau sebagai ahli Parlimen di bawah Parti KEADILAN dengan melompat keluar parti.

" Beliau mengkhianati prinsip perjuangan Parti KEADILAN yang memperjuangkan politik pelbagai kaum dan keadilan untuk semua.

" Parti KEADILAN Bayan Baru berpendapat bahawa ini adalah politik murahan Zahrain yang sekarang ini menjadi pencacai UMNO dan Barisan Nasional. Beliaulah pengkhianat besar dalam sejarah politik Malaysia," tulis kenyataan itu lagi.

Walau bagaimanapun menurut Tze Tzin, beliau tidak mahu memperlekehkan isu pingat kerana ia tertakluk di bawah kuasa Raja-raja.

" Parti KEADILAN Cabang Bayan Baru walau bagaimanapun tidak ingin memperlekehkan isu pingat. Pingat penghargaan adalah hak dan kuasa Raja-raja," kata Tze Tzin lagi.

Walau bagaimanapun, beliau mengingatkan Zahrain dan Umno-Barisan Nasional supaya tidak bermain dengan politik perkauman sempit kerana konsep "Ketuanan Melayu" katanya hanya digunakan oleh golongan tertentu yang berkuasa untuk memperdayakan kaum Melayu lain demi kepentingan diri sendiri.

" Parti KEADILAN Cabang Bayan Baru ingin mengingati semua pemimpinan UMNO-Barisan Nasional dan juga Zahrain jangan memainkan sentimen perkauman sempit. Jangan jadi jaguh kampung melaung-laungkan sentimen perkauman tetapi Negara tergadai.

" Parti KEADILAN memperjuangkan prinsip "Ketuanan Rakyat" dan Keadilan untuk semua. "Ketuanan Melayu" adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah pimpinan UMNO yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," kata Tze Tzin.

Malah Tze Tzin turut menggesa Zahrain segera bertaubat dan kembali menjalankan tanggungjawab beliau yang telah ditinggalkan selama ini.

" Zahrain harus bertaubat. Kalau beliau betul-betul memperjuangkan hak Melayu, mengapa pula lompat parti akibat tidak dapat kontrak? Sedangkan ramai lagi rakyat yang susah di kawasan Parlimen Bayan Baru. Apakah program dan khidmat yang beliau lakukan kepada rakyat sejak menjadi ahli Parlimen? Rakyat Bayan Baru sudah tertanya-tanya di mana Zahrain sekarang. Mereka asyik Nampak beliau di Amerika bersama Najib, tetapi tidak pula nampak di kawasan mereka," ujar Tze Tzin lagi.

Sumber: TVSNEWS

Menteri Besar Ajak Rakyat Pertahan Hak Dapat Harga Air Lebih Murah

Posted: 01 Dec 2010 12:18 AM PST

syabassgprSHAH ALAM 1 Dis - Rakyat Selangor tanpa mengira kaum dan usia perlu bangkit untuk mempertahankan hak mereka daripada terus dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang mendapat keuntungan melampau hasil dasar penswastaan perkhidmatan air yang tidak menguntungkan rakyat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata rakyat perlu melakukan anjakan paradigma dengan menolak apa saja tindakan atau keputusan yang merugikan mereka.

Sehubungan itu, Menteri Besar mengajak rakyat Selangor dan Lembah Klang tanpa mengira ideologi politik yang mahu mempertahankan hak mereka untuk mendapat air lebih murah dan perkhidmatan cekap supaya bersama-sama menyertai Kerajaan Negeri menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agong pada 5 Disember ini.

"Kita perlu berubah dan bijak membuat penilaian jika tindakan yang dibuat Kerajaan pemerintah hanya menguntungkan kronik dan membebankan rakyat biasa.

"Rakyat perlu menyokong usaha kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan air dari Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) supaya kebajikan serta kepentingan rakyat terus terpelihara dan tidak teraniaya," kata Abdul Khalid ketika menyampaikan taklimat mengenai usaha kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan air dari Syabas kepada kira-kira 500 Nazir dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid seluruh Selangor di sini semalam.

Turut menyampaikan taklimat, Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga Ahli Panel Penilai Air, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Penerangan Negeri, Dr Badrulamin Bahron.

Kerajaan Negeri menganjurkan Kempen Kembalikan Air Kepada Rakyat untuk menyedarkan rakyat Selangor dan Lembah Klang terhadap usaha-usaha Kerajaan Negeri mengambil alih industri air dari syarikat konsesi supaya perkhidmatan bekalan air lebih efisien dan tarif air lebih rendah.

Kemuncak kepada kempen ini ialah perhimpunan beramai-ramai di Masjid Negara sehingga ke Istana Negara pada Ahad, 5 Disember 2010 untuk menyerahkan memorandum.


Sumber: Selangorkini

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Senarai Penuh Ahli Majlis Pimpinan Pusat Penggal 2010 - 2013

Posted: 28 Nov 2010 05:00 AM PST

Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa calon-calon yang kalah dalam pemilihan PKR tidak akan diketepikan oleh parti. Sebaliknya, kata beliau, mereka akan diberikan peranan tertentu dalam dalam kepimpinan parti sebagai usaha memperkuatkan PKR. Dalam ucapan juga, Dato' Seri Anwar menjanjikan peranan yang penting kepada pemimpin daripada Sabah dan Sarawak dalam memperkuatkan barisan kepimpinan parti itu.

Sementara itu, Presiden PKR Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan berpesan kepada perwakilan supaya tidak rasa tergugat dengan serangan yang dilemparkan kepada Anwar dan PKR.

Sambil mengungkap kembali apa yang dihadapinya sejak Dato' Seri Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri, beliau menegaskan tidak rasa tergugat dengan semua itu.



Berikut Adalah Senarai Penuh Ahli Majlis Pimpinan Pusat Penggal 2010 - 2013

Presiden
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Menang Tanpa Bertanding

Timbalan Presiden
Azmin Ali - 19,543 undi

Naib Presiden
1.Nurul Izzah Anwar - 13,211 undi
2.Tian Chua - 11,744 undi
3.Fuziah Salleh - 8,927 undi
4.Datuk Mansor Othman - 8,576 undi

Ahli Majlis Pimpinan Pusat
1.Elizabeth Wong - 10,897 undi
2.Dr Badrulamin Bahron - 9,672 undi
3.Hee Loy Sian - 8,473 undi
4.Khalid Jaafar - 7,889 undi
5.Datuk Johari Abdul - 7,719 undi
6.Abd Rahman Yusof - 7,719 undi
7.Haniza Talha - 7,588 undi
8.Fariz Musa - 7,511 undi
9.Zakaria Abdul Halim - 7,170 undi
10.Dr Roland Chia Ming Shen - 7,095 undi
11.Siti Aishah Shaik Ismail - 6,876 undi
12.Ismail Yusop - 6,332 undi
13.Latheefa Koya - 6,242 undi
14.Kesavan Subramaniam - 6,139 undi
15.Shuhaimi Shafiei - 6,095 undi
16.Dr MR Summugam - 5,964 undi
17.Yusmadi Yusoff - 5,810 undi
18.S.Manikumar - 5,789 undi
19.Datuk Mustafa Kamal Yusoff - 5,745 undi
20.Christina Liew - 5,707 undi

Ketuanan Melayu Wajib ditinggalkan - 50 Tahun Umno Memerintah, 90 Peratus Isi Rumah Miskin Adalah Melayu

Posted: 28 Nov 2010 04:45 AM PST

Presiden PKR Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata konsep "Ketuanan Melayu" wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri.
 
"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri."

"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi ini.

Menurutnya, sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, beliau berkeyakinan bahawa tidak akan ada satu bangsa pun yang akan menjadi agung dan dihormati hanya dengan menggelar diri sendiri sebagai "tuan".

"Kitab al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan telah menghancurkan kaum dan bangsa-bangsa yang bermegah-megah konon menjadi 'tuan' dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum yang lain.

"Sesungguhnya, semulia-mulia di sisi Tuhan adalah mereka yang paling tinggi taqwanya (amalan baik dan kebajikannya kepada insan lain)," katanya.

"Nyatalah bahawa sesuatu bangsa dan kaum itu hanya akan menjadi agung dan dipandang tinggi apabila mereka bermaruah. Lalu, andai sesuatu bangsa itu mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah mereka termasuk kepada orang Melayu."

Tegasnya dalam tradisi orang Melayu, mereka amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain.

Menyentuh soal "survival Melayu dan agama Islam", Dr Wan Azizah berkata isu itu tidak dapat diselesaikan ia dilihat "melalui teropong Umno dan para kuncunya".
 
"Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia. Jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini.
 
 
Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata Umno menipu orang Melayu bahawa parti tersebut memperjuangkan hak serta mendakwa meningkat taraf ekonomi orang Melayu tetapi bukti menunjukkan keadaan adalah sebaliknya.

Merujuk kepada laporan Parlimen (Hansard) Anwar berkata daripada lebih 60,000 isi rumah yang berada di bawah paras kemiskinan berdasarkan pendapatan RM800, lebih 90 peratus terdiri daripada orang Melayu.

Justeru itu beliau berkata Umno berusaha menymbunyikan  kegagalan dan pengkhianatan mereka terhadap bangsa Melayu dengan memfitnah bahawa Pakatan Rakyat dan KEADILAN akan menghapuskan hak keistimewaan Melayu sekiranya mereka memerintah.

Walaupun diberi peluang oleh rakyat untuk memerintah negara selama lebih 50 tahun, Umno telah memungkiri janji terhadap menjaga kebajikan serta hak orang Melayu.

"Dalam parlimen pada 2007 lalu, disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800.

"Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan berkenaan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Jadi bagaimanakah mereka (Umno) boleh mendabik dada mengangkat ketuanan Melayu," kata Anwar ketika menyampaikan ucapan penggulungan Persidangan Kongres Nasional Tahunan Ke-7, 2010 di Dewan Sivik MBPJ.

Berhubung barisan kepimpinan pusat parti yang baru dipilih Anwar mahu mereka berganding bahu dan bekerja keras bersama-sama anggota parti untuk merealisasikan usaha parti mempertahankan hak keistimewaan Melayu.

Menurutnya, ahli parti perlu menyemai keikhlasan dalam memperjuangkan perjuangan parti dan bangkit menghadapi segala cabaran dan tentangan khususnya dari Umno.

"Saya melihat kongres kali ini lebih penting dari kongres sebelumnya dengan barisan pimpinan baru yang dipilih serta cabaran serta serangan yang dihadapi sepanjang proses pemilihan ," kata beliau lagi.

Menerima Penghormatan Keanggotaan PKR Teramai Daripada Presiden

Posted: 27 Nov 2010 04:00 AM PST


Pada Kongres Nasional Ke-7 kali ini memperlihatkan Cabang Kota Raja dinobatkan sebagai penerima penghormatan keahlian teramai dengan jumlah ahlinya menghampiri 8,000 orang ahli.

Dr Xavier Jayakumar selaku Ketua Cabang Kota Raja menerima penghormatan tersebut daripada Presiden, Dato' Seri Dr Wan Azizah.

Menghadiri Kongres Nasional Ke-7 AMK dan Wanita

Posted: 26 Nov 2010 04:00 AM PST

Petaling Jaya, 26 November - Kongres Nasional Ke-7 AMK (Angkatan Muda Keadilan) dan Wanita yang bertempat di Dewan Sivik, MBPJ telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali pada pukul 9.30 pagi.

Dalam ucapan perasmiannya, Dr Syed Husin Ali menekankan peranan Wanita dan AMK sangat penting dalam usaha memperkukuhkan parti menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang. Beliau turut menyatakan bagi memastikan Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya, PKR harus memainkan peranan yang lebih aktif khususnya di negeri Selangor. Beliau mencadangkan supaya lebih banyak bengkel, kursus dan latihan diadakan untuk menimbulkan kesedaran dan kekuatan organisasi dan perpaduan politik

Dr Syed Husin Ali yang berucap buat kali terakhir sebagai Timbalan Presiden pada kongres ini menceritakan serba sedikit tentang sejarah penubuhan Parti Keadilan yang kemudiannya bercantum dengan Parti Rakyat Malaysia yang kemudiannya membawa nama Parti Keadilan Rakyat. Beliau mengingatkan bahawa parti ini perlu meneruskan perjuangan membela rakyat dan tidak sekali-kali tergugat dengan mereka yang mahu meninggalkan parti kerana kepentingan peribadi. Katanya lagi kepentingan rakyat adalah keutamaan parti. Adalah difahamkan, Dr Syed Husin Ali akan terus aktif dan memainkan peranan penting dalam merealisasi matlamat parti membela rakyat.



Kehadiran pada kongres kali ini dikatakan adalah lebih baik berbanding pada kongres sebelumnya walaupun sebelum ini pihak media melaporkan kehadiran mungkin terjejas disebabkan pemilihan peringkat cabang dan pusat yang diadakan bagi memberikan setiap ahlinya mengundi kepimpinan baru.


Selepas ucapan perasmian, AMK Kota Raja telah menyerahkan cenderahati  yang merupakan potret Dr Syed Husin Ali sebagai tanda penghargaan. Para perwakilan dan pemerhati kemudiannya mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Dr Syed Husin Ali.


Kongres Wanita dan AMK kemudiannya bermula dengan perwakilan dan pemerhati masuk ke dewan masing-masing.


Di Kongres AMK, saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin menyampaikan ucapan dasarnya. Beliau berkata kempen pemilihan yang lepas telah dilaksanakan dengan begitu gigih. Ada yang tersinggung dan ada yang tersilap langkah. Kongres ini untuk saling bermaafan dan meletakkan segala pengalaman berkempen untuk pemilihan ini sebagai azimat yang mendewasakan ahli-ahlinya dalam perjuangan politik.

"Manfaatkan ia sebagai latihan memantapkan jentera dan kemahiran kita menghadapi pilihanraya.Malang apabila ada beberapa anggota yang menjadikan persaingan tersebut negatif."

"Ayuh Angkatan Muda Keadilan! Ayuh kita sekali lagi menjadi pendahulu dalam usaha merapatkan kembali saf dalam Parti Keadilan Rakyat.Kita telah melalui satu fasa yang mengujakan apabila para anggota berlumba-lumba menawarkan khidmat memimpin parti ini."

"Para anggota dan pemimpin akar umbi yang sebenar-benarnya mempunyai peranan besar memastikan parti terus cergas.Kita bakal berhadapan dengan tugas dan cabaran yang lebih hebat tidak lama lagi. Pilihanraya Umum Ke-13 yang bakal menjelang menuntut kita untuk bekerja sebagai satu pasukan yang kompak.Kita mesti ingat misi kita ialah untuk menumbangkan Barisan Nasional dan menegakkan sebuah kerajaan rakyat."

Ucapan dasar kemudiannya dibahaskan oleh perwakilan-perwakilan yang menyokong dan mengusulkan beberapa perkara. Antara perkara yang disokong dan diusulkan adalah merapatkan semula saf semua barisan samada yang menang atau kalah bagi memperkasa parti, latihan dan bengkel bagi memantapkan jentera amk, aktiviti-aktivit mengukuhkan ekonomi ahli, kepentingan memberi peranan yang lebih kepada anak-anak muda dan kepentingan peranan wanita muda dalam meraih undi pada PRU Ke-13.

Selepas perbahasan dilakukan, para perwakilan kemudiannya memilih seramai 30 orang  perwakilan untuk ke Kongres Nasional Ke-7 yang akan berlangsung pada 27 dan 28 November.
Para perwakilan amk kemudiannya membuat undian bagi memilih Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap yang baru. Hasil daripada undian, YB Shuhaimi Shafiei telah dipilih sebagai Pengerusi Tetap dan saudara Lau Teck Lai sebagai Timbalan.
Perwakilan dan pemerhati kemudiannya tertumpu kepada pengumuman barisan kepimpinan amk bagi sesi 2010 hingga 2013.

Berikut adalah keputusan rasmi pemilihan barisan pucuk pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagi tempoh 2010-2013.


Ketua:
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Timbalan Ketua:
Khairul Anuar

Naib Ketua:
1. Azmizan Zaman Huri
2. Erveana Ansari Ali
3. Chan Ming Kai

Anggota Majlis Pimpinan:
1. Abdul Rahman Abdul Hackeem
2. Natassia Sarah
3. Zulhaidah Suboh
4. Zafril Mohd Eusoff
5. Mohamad Azihan Che Seman
6. Azman Yusof
7. Ginie Lim
8. Sangetha Jayakumar
9. Muhammad Najmi Samsudin
10. Jafery Jamion
11. Azwan Ramli
12. Rajan A/L Rajan Naidu
13. Farhan Ibrahim
14. Md Zaman Md Tasi
15. Sachithananthan A/L Krishnan
16. Ong Chin Wen
17. Mohamad Nazri Ismail
18. Ramlan Roes
19. Hamsah Djabir (rpt: Hamsah Djabir)
20. Ng Shy Ching


Berikut adalah senarai penuh keputusan pemilihan bagi Wanita
Ketua Wanita: 
Zuraida Kamaruddin

Timbalan Ketua Wanita: 
Rodziah Ismail

Naib Ketua Wanita:
1. Gan Pei Nei
2. Haniza Talha
3. Noorsham Abu Samah

Ahli majlis pimpinan wanita (exco):
1-Daroyah Alwi
2-Chua Yee Ling
3-Nurin Aina
4-Juwairiya Zulkifli
5-Ain Eusoff
6- Yogeswari A/P Ramalu
7-Salmah Ismail
8-Fathmawaty Ismail
9-Armila Alias
10-Roziyah Hamzah
11-Tan Poh Lai
12-Ramlah Bee
13-Halimah Mamat
14-Norhesni Ismail
15-Nurhanim Mohksein
16-Juliana Jusit
17-Vasanthi Ramalingam
18-Sarimah Lisut
19-Felisia Ling
20-Nanie Jamil


Dr Xavier Jayakumar yang mewakili Majlis Pimpinan Pusat berucap semasa penggulungan mengingatkan kepada barisan kepimpinan baru AMK supaya terus mengadakan latihan dan bengkel bagi memantapkan setiap ahli serta bagi menyediakan mereka untuk menghadapi pilihanraya akan datang.

 
Beliau turut menambah bahawa kesemua ahli AMK harus bersatu, lupakan pemilihan yang lepas dan jangan biarkan mereka yang meninggalkan parti meninggalkan kesan kepada mereka yang masih lagi setia. Katanya lagi, perjuangan parti ini lebih besar jika hendak dibandingkan dengan mereka yang hanya mementingkan diri.

Kongres Nasional Ke-7 AMK dan Wanita kemudiannya ditangguhkan dengan harapan dan iltizam baru. 

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Ketuanan Melayu: Usah Sorok Sebalik Songkok 3 Jengkal

Posted: 01 Dec 2010 07:27 PM PST

Dari Malaysiakini

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu supaya tidak melupakan sejarah tanah air dan mengenali siapa pengkhianat bangsa dan agama sebenarnya.

"Hari ini, isu perlantikan timbalan perdana menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan.

"Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Umno serah kerusi Ketua Menteri

Nik Aziz mengulas laporan media yang membidas kenyataan ketua pembangkang bahawa jawatan timbalan perdana menteri diserahkan kepada bukan Melayu jika Pakatan Rakyat berkuasa pada pilihan raya umum ke-13 menjejaskan konsep ketuanan Melayu di negara ini.

"Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini?

"Peliknya apabila Tun Dr Mahathir (Mohammed) sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?" soalnya.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, isu perlantikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang selaku timbalan perdana menteri sebenarnya dimanipulasikan oleh media milik Umno untuk kepentingan politik mereka.

"Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini.

Salah lapor budaya media Umno

"Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?" soalnya.

Nik Aziz berkata salah lapor dan salah dengar adalah satu budaya di kalangan petugas media milik Umno.

"’Islam plastik’ yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai ‘Islam Palestin’.

Menurut mursyidul am PAS itu lagi, pendiriannya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam.

"Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya.

Songkok tiga jengkal

"Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai," katanya.

Menurut Nik Aziz yang penting ialah dasar dan jika dasar Islam, sesiapapun boleh menjadi pemimpin.

"Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa menteri besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh.

"YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!" katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan.

Saya Coretkan Isu Ketuanan Melayu

Posted: 01 Dec 2010 05:00 PM PST

Dari Blog Muqabalah

Dr.Wan Azizah mengulangi secara resminya ungkapan yang sekian lama diungkap oleh para pemimpin PKR, agar ditukar ‘Ketuanan Melayu kepada Ketuanan Rakyat’ pada Konvension PKR 2010 baru-baru ini.

Maka banyak pihak yang nampaknya cukup marah dengan kenyataan tersebut, terutamanya daripada pimpinan UMNO dan ahli politik yang telah keluar PKR. Mereka mencabar Kak Wan dengan belbagai cabaran. Maka Utusan Malaysia pun terus menerus menyiar, mengulas dan menguar-uarkan isu ini. Daripada lapuran Utusan Malaysia, kita akan tergambar dahsyatnya kemarahan penyokong-penyokong UMNO kerana kenyataan ini.

Aduhai, hanya bersilang sedikit hari, Tun Mahathir, mantan ketua UMNO, dan masih merupakan mentor kepada sebahagian ahli UMNO membuat kenyataan di Forum Malaysia Eropah (MEF), sebagaimana yang turut disiarkan oleh Utusan pada 30hb.November.

Tun Mahathir mengulas tentang persamaan Wawasan 2020 yang ditajanya dengan Gagasan 1Malaysia yang dipeloporkan oleh PM semasa, Utusan melapurkan:

Lupakan masa silam serta dari mana anda berasal, perkenalkan diri anda sebagai rakyat Malaysia serta bercakap menggunakan bahasa yang sama. Dengan itu kita mampu mencapai Gagasan 1Malaysia. Anggap kita semua milik Malaysia. Masalahnya kita sering memanggil diri kita sebagai bangsa dari mana negara asal keturunan kita. Tidak boleh cakap kita asalnya Melayu, Cina dan India. Ketika ini saya masih dengar orang kata saya cina Malaysia, Saya india Malaysia atau saya ke sekolah Cina, Saya ke sekolah Tamil dan saya ke sekolah melayu” ujarnya.

Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran lapuran ucapan tun Mahathir tentang perkara yang sama sebagaimana yang terdapat di Malaysian Chronicle, 1 December itu benar dan tepat:

“When you say ‘national unity”, you forget your past, your origins, and identify yourself only as Malaysian , you speak 1 language, and don’t ask for privileges just because you are indigeneous or non-indigeneous- we cannot call ourselves Malaysian of Malay origin, Chinese origin or Indian origin” Mahathir said a conference with his ex-cabinet colleague, Rafidah Aziz on Tuesday.

Sekiranya lapuran-lapuran ini benar, maka sudah tentu pemimpin UMNO, PERKASA, ahli politik bekasan PKR akan marah besar. Bagaimana mungkin mentor politik sebahagian orang Melayu dapat menuturkan ungkapan sebegini?. Dan sekiranya pengarang Utusan mendiam diri, ahli Umno membisu, PERKASA tidak bangkit, Zulkifli Nordin dan Zahrin tidak membuat kenyataan, maka apa matlamat kenyataan mereka terhadap ucapan Kak Wan? Sekiranya kepentingan bangsa yang dijunjung, maka mereka semua ini akan

bangun menyelar Tun Mahathir, yang sangat konsisten dalam meremeh dan memandang hina kepada orang Melayu dan sejarah mereka. Pada tahun 1969 lagi, dia membuat kenyataan yang orang Melayu dari segi gene-nya lemah, di tahun 90′an dia mengelarkan Melayu ‘mudah lupa’. ‘haprak’ dan lainnya.

Kenapa jauh perginya pula DSAI apabila memaksudkan ketuanan Melayu sama ertinya dengan ‘perhambaan bangsa-bangsa selainnya’?. Kenapa tidak difahamkan yang ketuanan Melayu bermaksud pimpinan tertinggi negara perlu disandang oleh orang Melayu? Bagi sesiapapun yang mengikuti trend politik di negara ini, akan mendapati secara praktikalnya ‘orang Melayu hendaknya mengetuai pimpinan negara ini’. Hal ini disedari oleh Tungku Abdul Rahman sejak awal kemerdekaan lagi. Untuk menjadi seorang pemimpin tertinggi negara, pemimpin tersebut mestinya tidak mempunyai apa-apa ikatan sentimen dengan negara lain selain Malaysia. Mungkin 10 generasi lagi, masyarakat kita akan menemui keadaan itu sebagai realiti. tetapi sekarang ini, hatta anggota kabinet kitapun masih canggung dan gagap untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan.

Untuk menjadi pemimpin yang berkesan, pemimpin tertinggi itu hendaklah disokong oleh semua kelompok dan asabiyyah kelompoknya sendiri kuat. Itulah keistimewaan Quraish di kalangan kelompok-kelompok arab yang lainnya.

Kalau kita cantumkan 2 perkara yang ditimbulkan oleh Kak Wan, kita dapat katakan “(1)ketepikan ketuanan Melayu, (2) DSAI adalah pemimpin anugerah Allah. Atau sudah sampai masanya kita tidak perlu mempertahankan ketuanan Melayu kerana di kalangan kita sudah ada pemimpin anugerah Allah! Kan itu lebih hebat bunyinya!

Kita sangat insaf yang sebahagian basar pimpinan Melayu-Muslim yang ada pada hari ini, semada dari UMNO, PAS, PKR tidak menjalankan tanggung-jawab mereka sebagai pemimpin Islam yang baik. Ada di kalangan mereka menyalah-gunakan kuasa untuk kepentingan diri, keluarga dan kelompok. Ada di kalangan mereka yang tidak berakhlak secara sepatutnya, ada di kalangan mereka yang terlibat dalam amalan rasuah. Apa perlu dipertahankan mereka yang sebegini? Apakah kita akan memejam mata kepada semua keburukan ini semata-mata untuk mempertahankan dan beralasankan ‘ketuanan Melayu’?.

Kemungkaran tetap kemungkaran, semada dari mana datangnya, semada dari yang berserban atau yang pakai tie. Semada yang meluluskan kawasan balak seumpama milik pribadinya , atau membuat bayaran kepada projek yang tidak disempurnakan, atau membelanja harta kerajaan tanpa rasa takut kepada Tuhan. Kita rakyat biasa akan tersinggung juga, sekiranya raja-raja Melayu yang menjadi ketua agama negeri masing-masing itu tidak berakhlak sesuai dengan agama, apa lagi didukung oleh tauke-tauke perniagaan dari segi dana kewangannya. Pemimpin Melayu, Raja-rajanya, para pembesarnya, ahli politiknya serta pentadbirnya hendaklah meletakkan keutamaan agama dan maslahah ummah dan bangsa mengatasi kepentingan yang lain.

Ketuanan Melayu sepatutnya bukanlah suatu slogan politik, tetapi ianya realiti dan kebijaksanaan berpolitik. Maka janganlah dipolitikkan ketuanan Melayu sehingga kita terlarat kepada keadaan yang akhirnya kita akan rugi dan tidak dapat mengawalnya lagi

Tidak semesti Pemimpin Anugerah Allah itu mampu menyelesaikan semua permasalahan negara dan ummah. Sebelum ini masyarakat kita juga telah biasa mendengar seorang yang mendakwa dirinya, diwar-warkan oleh penyokongnya yang dialah pemimpin dianugerah dan dipilih Allah. Dia didakwa mempunyai misi yang teramat besar dan maha mustahak, sehinggalah pihak hospital mengesahkan yang dia telah meninggal dunia. Tetapi penyokongnya yang amat percaya yang dia adalah pemimpin anugerah Allah berkeyakinan yang dia tidak mati, dia sekadar bertukar menjadi salah seorang daripada Rijalu al-Ghaib……

Itulah mungkinnya kisah Abuya dan sebahagian pengikutnya, bagaimana pula kisah selanjutnya tentang Tok Ayah dan sebahagian pengkagumnya…….

Bicara Kes Fitnah Anwar: Perbicaraan Yang Paling Lucu Abad Ini

Posted: 30 Nov 2010 11:42 PM PST

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Sekiranya ada pertandingan "apakah perbicaraan yang paling lucu abad ini" mungkin agaknya pembaca akan bersetuju dengan saya sudah tentu juri akan memilih perbicaraan Anwar Ibrahim sebagai juara pertandingan tersebut.

Mana tidakknya ? Sudah menjadi pengetahuan umum boleh dikatakan hampir semua permohonan yang dibuat oleh pasukan peguam Anwar telah ditolak oleh Mahkamah dan jika pun ada rayuan dibuat sama ada di Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan kedua-dua Mahkamah tersebut juga tidak akan bersimpati kepada Anwar.

Yang terbaru kita menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini supaya dibekalkan dengan nota-nota klinikal doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian setelah mendapati Ketua Pembangkang itu gagal memenuhi keperluan perundangan untuk membolehkan mahkamah mengarahkan pasukan pendakwaan membekalkan dokumen terbabit kepada pihak pembelaan.

Anwar telah memohon dibekalkan nota-nota klinikal tiga doktor HKL yang memeriksa bekas pembantu peribadinya itu pada 28 Jun 2008 bagi membuktikan wujud percanggahan dalam keterangan Mohd. Razali di mahkamah dengan catatannya dalam dokumen tersebut.

Memang agak sukar untuk menerima rasional penolakkan Hakim ke atas permohonan Anwar tersebut. Keputusan hakim tersebut sudah tentu menyukarkan lagi usaha pasukan peguam Anwar untuk melakukan pemeriksaan balas secara efektif ke atas saksi pendakwa iaitu doktor pakar HKL yang memeriksa Saiful.

Bagi mana-mana peguam yang mengendalikan perbicaraan jenayah sudah tentu nota-nota klinikal doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008 adalah dokumen yang maha penting untuk dilihat dan diteliti kerana ia akan membantu kerja peguambela bagi membuat pemeriksaan balas ke atas saksi pakar tersebut dengan lebih efektif. Sekiranya nota-nota klinikal doktor pakar HKL tersebut dibekalkan kepada peguambela Anwar barulah peguam Anwar boleh merujuk nota-nota klinikal tersebut kepada doktor pakar yang Anwar "hire" bagi mendapatkan khidmat nasihat bagi tujuan pemeriksaan balas saksi doktor pakar HKL tersebut

Harus diingat saksi yang pendakwa panggil adalah doktor pakar HKL dan bukannya bomoh HKL. Terdapat perbezaan besar menyoal balas seorang doktor pakar dengan menyoal seorang bomoh.Jika pendakwa di dalam kes Anwar hanya memangil seorang bomoh atau Tok dukun yang memeriksa Saiful, sudah tentu pasukan peguam Anwar tidak perlu bersusah payah mendapatkan nota-nota klinikal kecualilah di dalam Negara ini ada bomoh yang juga mempunyai nota-nota klinikal !!!

Dalam keadaan pendakwa memanggil doktor pakar memberikan keterangan adalah suatu yang tidak boleh diterima bagaimanakah seorang Hakim boleh dengan mudah menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar tersebut. Sudah tentu keputusan Hakim menolak permohonan Anwar tersebut tidak boleh dikatagorikan sebagai satu perbicaraan yang adil dan telus sepertimana yang dijanjikan oleh Kerajaan BN kepada masyarakat antarabangsa.

Keputusan Hakim menolak permohoan Anwar bagi mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar HKL tersebut adalah satu dari siri-siri penolakkan permohonan Anwar bagi mendapatkan perbicaraan yang adil ke atasnya. Tidak keterlaluan hatta jika Anwar mendapatkan peguam yang terhebat di dunia seperti QC ( Queen Counsel ) peguam hebat tersebut juga tidak akan sama sekali berjaya membantu Anwar jika perbicaraan dijalankan dalam keadaan mata Anwar ditutup , mulutnya dikunci dan kedua-dua tangan dan kakinya diikat oleh pendakwa dan Mahkamah pula merestui tindakan pendakwa tersebut.

Di bawah ini saya senaraikan , setakat yang saya ingat, senarai permohoan Anwar yang ditolak oleh Mahkamah.

Pertama, Anwar pernah membuat permohonan laporan toksikologi dikeluarkan dari bahan bukti atas alas an ianya telah tercemar namun Hakim menolak permohonan Anwar tersebut . Alasan Anwar membuat permohonan tersebut adalah disebabkan pasukan peguam Anwar mendakwa laporan perubatan itu ‘tercemar’ kerana Mohd. Razali telah merujuk kepada laporan toksikologi semasa pemeriksaan balas sedangkan laporan berkenaan (toksikologi) tidak diserahkan bersama laporan perubatan yang dibekalkan kepada mereka.

Kedua, Anwar juga pernah membuat permohonan agar kes sodomi II beliau digugurkan ekoran hubungan romantis antara saksi utama kes Saiful Bukhari Azlan dan salah seorang anggota pasukan pendakwa. Bagaimanapuan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar tersebut. Adalah menarik dicatatkan di sini di dalam afidavit pihak pendakwa, mereka tidak menafikan atau mengesahkan adanya hubungan ini tetapi mengesahkan Farah dan Saiful tidak boleh akses kepada dokumen.

Ketiga Anwar juga pernah membuat permohonan untuk membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya yang menyatakan tiada fakta memihak kepada pihak pembelaan dalam kes liwatnya. Di dalam permohonannya Anwar memohon perintah perisytiharan bahawa kenyataan bertulis yang ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa raya dan diserahkan kepadanya pada 24 Jun lalu tidak menepati Seksyen 51A(1)(c) Kanun Prosedur Jenayah, batal dan tidak sah.

Antara fakta yang didakwa Anwar memihak kepada beliau ialah laporan Dr. Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi bertarikh 28 Jun 2008 dan laporan Dr. Khairul Nizam Hassan, Mohd. Razali Ibrahim serta Dr. Siew Sheue Feng dari Hospital. Bagaimanapun Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) memutuskan menolak dengan kos permohonan Anwar tersebut .

Keempat , Anwar juga pernah membuat permohonan Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan keseluruhan keterangan bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada polis dua tahun yang lalu. Peguam Anwar , Karpal Singh membuat permohonan itu selepas Saiful yang mengadu diliwat Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi yang dia tetap dengan pendirian bahawa kejadian liwat yang didakwanya itu adalah tanpa kerelaan dia. Saiful berkata demikian semasa disoal balas oleh Karpal yang mengetuai pasukan pembelaan.

Seperti yang diduga permohonan Anwar tersebut juga ditolak oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin. Hakim menyatakan beliau memutuskan untuk menafikan akses kepada dokumen yang dipohon menerusi Karpal Singh kerana tiada percanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan di Mahkmah

Kelima , Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah membuat permohonan bagi mendapatkan nota klinikal, laporan, spesimen dan maklumat lain disediakan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi pembelaan kes liwatnya. Dalam permohonannya, Anwar turut meminta dibekalkan keseluruhan sejarah perubatan Mohd Saiful ketika diperiksa pada 28 Jun 2008, borang (proforma) dan peralatan penderaan seks digunakan di HKL serta kelulusan akademik ketiga-tiga pakar terbabit. Sekali lagi Hakim menolak permohonan Anwar di atas alasan tiada peruntukan undang-undang dan asas perundangan yang membolehkan pembelaan dibekalkan dengan dokumen, sampel dan peralatan berkenaan.

Permohonan Anwar yang terbaru yang masih belum diputuskan oleh Mahkamah adalah permohonan bagi meminta Hakim Datuk Mohamad Zabidin menarik diri ( recusal ) dari mendengar kesnya. Berdasarkan keputusan Mahkamah ke atas kesemua permohonan yang saya sebut di atas adakah suatu keajiban akan berlaku di dalam permohonan Anwar terbaru ini.

Mungkin Hakim Datuk Mohamad Zabidin perlu meneliti nasihat dari Hakim Israel iaitu Hakim Ehud Barak yang memberi satu nasihat yang amat berguna kepada para Hakim iaitu " when we ( judge ) sit to judge , we are in fact being judged." ( Apabila kita kita ( hakim ) duduk menghakimi hakikatnya kita yang sedang dihakimi." )

Polls Will Be in March 2011, Says Anwar

Posted: 30 Nov 2010 10:52 PM PST

From Malaysiakini

The much anticipated general elections could be held March, 2011, in view of the announcement yesterday that Umno’s party polls have been postponed by 18 months, said Opposition leader Anwar Ibrahim.

"I predicted an early (general) election, but the postponement shows that Umno is only good at attacking PKR.

"The party doesn’t dare to hold (its) elections because Umno is not strong enough to face their delegates," Anwar (right) told a press conference in Parliament lobby today.

The Permatang Pauh MP stressed that Prime Minister Najib Abdul Razak, who is also BN chairperson and Umno president, must call for early election to show that he has the mandate from the people.
However, he added that Najib must also show that he has the political will to clean up the electoral rolls before going to the polls.

"He should give us an early date, March or April, and we will let the people decide.

"I’m posing this question and challenge to the prime minister, because the signs are that he wants to call for an early election," Anwar added.

Najib yesterday announced the postponement of Umno elections – previously slated to be held next year – to avoid the party from entering “a political struggle which could lead to clashes within the party”.

Bicara Anwar Saman Khairy – 13 April

Posted: 30 Nov 2010 10:49 PM PST

Dari Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 13 dan 14 April tahun depan untuk mendengar saman fitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh itu selepas menemui peguam Anwar, Gobind Singh Deo dan peguam Khairy, Sarah Abishegam di kamarnya apabila kes itu tampil untuk pengurusan hari ini.

Sebelum ini mahkamah menetapkan 8 dan 9 Disember ini untuk mendengar kes itu.

Anwar, 63, menfailkan saman pada 7 Sept 2007 dengan mendakwa Khairy yang ketika itu timbalan ketua pergerakan Pemuda Umno, menfitnah beliau semasa menghadiri satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.

Beliau berkata kenyataan fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan eletronik dalam negara pada 3 Ogos 2007.

Beliau mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mengutamakan perjuangan orang Melayu serta hak mereka, dan beliau berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam negara.

Anwar juga berkata Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindir bahawa beliau (Anwar) merupakan seorang ejen politik Amerika Syarikat dan pihak Yahudi, di samping bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya, dan Khairy menurutnya berniat jahat ketika membuat kenyataan itu yang merupakan satu pembohongan, tidak berasas dan tidak benar.

Selain ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, Anwar turut memohon injunksi bagi menghalang Khairy, atau ejennya, daripada mengulangi kenyataan itu.

- Bernama

Isu air: Mahasiswa Ikrar Iring MB S’gor Berdemo

Posted: 30 Nov 2010 10:47 PM PST

Dari Malaysiakini

Kumpulan mahasiswa di negara ini berikrar mengiringi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Ahad ini.

Kumpulan yang membabitkan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) akan disertai sekurang-kurangnya 300 mahasiswa dari seluruh Lembah Klang.

Presiden KAMI, Hilman Idham (kanan) berkata, ini kerana banyak mahasiswa yang tinggal di rumah sewa turut terjejas secara langsung sekiranya tarif air dinaikkan sebanyak 37 peratus.

“Selangor merupakan negeri yang memuatkan institusi pengajian tinggi yang menjadi rumah kedua kepada sebilangan besar mahasiswa dari seluruh pelosok negara.

“Sebahagian besar mahasiswa tidak mendapat kemudahan kolej kediaman dan sebilangan besar darinya tinggal menyewa di kawasan perumahan berhampiran universiti atau kolej kediaman,” katanya.

Ahad ini, satu perhimpunan dianjurkan di Masjid Negara di Kuala Lumpur bagi mengiringi Khalid ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum itu.

Menteri besar dilaporkan akan turut menyerahkan tandatangan rakyat Selangor yang menolak kenaikan tarif air pada 31 Mac tahun depan.

Dalam sidang media di ibu negara hari ini, Hilman – mahasiswa tahun akhir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – berkata kesan kenaikan tarif air di negeri itu bakal membebankan separuh daripada puluhan ribu mahasiswa di seluruh Selangor.

Menurut pelajar tahun akhir UKM itu, di universitinya sahaja, kira-kira 40 peratus mahasiswa tinggal di rumah sewa manakala di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula didakwa lebih 60 peratus terlibat.

Ditanya kenapa masih banyak kumpulan mahasiswa yang dilihat ‘senyap’ berhubung perkembangan itu, Hilman mengakui masih ada di kalangan mereka yang masih “gagal menyuarakan prinsip” masing-masing.

Sementara itu, menjawab soalan pemberita, exco perhubungan MPM Unisel Mohd Fikri Hamdan pula menafikan bahawa mahasiswa di universiti milik kerajaan negeri itu ‘digunakan’ bagi kepentingan pihak tertentu dalam bantahan itu.

“Ini inisiatif kami sendiri. Lagi pun, mahasiswa di Unisel bukan semuanya rakyat Selangor, (sebaliknya) daripada pelbagai negeri.”

Jumaat ini – dua hari sebelum perhimpunan itu – KAMI dan MPM Unisel merancang menyebarkan risalah di masjid sekitar universiti di Lembah Klang bagi mengajak mahasiswa lain turut serta berhimpun bersama Khalid.