Anwar Ibrahim |
- Ketuanan Melayu: Usah Sorok Sebalik Songkok 3 Jengkal
- Saya Coretkan Isu Ketuanan Melayu
- Bicara Kes Fitnah Anwar: Perbicaraan Yang Paling Lucu Abad Ini
- Polls Will Be in March 2011, Says Anwar
- Bicara Anwar Saman Khairy – 13 April
- Isu air: Mahasiswa Ikrar Iring MB S’gor Berdemo
Ketuanan Melayu: Usah Sorok Sebalik Songkok 3 Jengkal Posted: 01 Dec 2010 07:27 PM PST Dari Malaysiakini Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu supaya tidak melupakan sejarah tanah air dan mengenali siapa pengkhianat bangsa dan agama sebenarnya. "Hari ini, isu perlantikan timbalan perdana menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan. "Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Nik Aziz mengulas laporan media yang membidas kenyataan ketua pembangkang bahawa jawatan timbalan perdana menteri diserahkan kepada bukan Melayu jika Pakatan Rakyat berkuasa pada pilihan raya umum ke-13 menjejaskan konsep ketuanan Melayu di negara ini. "Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? "Peliknya apabila Tun Dr Mahathir (Mohammed) sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?" soalnya. Menurut Menteri Besar Kelantan itu, isu perlantikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang selaku timbalan perdana menteri sebenarnya dimanipulasikan oleh media milik Umno untuk kepentingan politik mereka. "Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Salah lapor budaya media Umno "Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?" soalnya. Nik Aziz berkata salah lapor dan salah dengar adalah satu budaya di kalangan petugas media milik Umno. "’Islam plastik’ yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai ‘Islam Palestin’. Menurut mursyidul am PAS itu lagi, pendiriannya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam. "Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Songkok tiga jengkal "Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai," katanya. Menurut Nik Aziz yang penting ialah dasar dan jika dasar Islam, sesiapapun boleh menjadi pemimpin. "Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa menteri besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. "YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!" katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan. |
Saya Coretkan Isu Ketuanan Melayu Posted: 01 Dec 2010 05:00 PM PST Dari Blog Muqabalah Dr.Wan Azizah mengulangi secara resminya ungkapan yang sekian lama diungkap oleh para pemimpin PKR, agar ditukar ‘Ketuanan Melayu kepada Ketuanan Rakyat’ pada Konvension PKR 2010 baru-baru ini. Maka banyak pihak yang nampaknya cukup marah dengan kenyataan tersebut, terutamanya daripada pimpinan UMNO dan ahli politik yang telah keluar PKR. Mereka mencabar Kak Wan dengan belbagai cabaran. Maka Utusan Malaysia pun terus menerus menyiar, mengulas dan menguar-uarkan isu ini. Daripada lapuran Utusan Malaysia, kita akan tergambar dahsyatnya kemarahan penyokong-penyokong UMNO kerana kenyataan ini. Aduhai, hanya bersilang sedikit hari, Tun Mahathir, mantan ketua UMNO, dan masih merupakan mentor kepada sebahagian ahli UMNO membuat kenyataan di Forum Malaysia Eropah (MEF), sebagaimana yang turut disiarkan oleh Utusan pada 30hb.November. Tun Mahathir mengulas tentang persamaan Wawasan 2020 yang ditajanya dengan Gagasan 1Malaysia yang dipeloporkan oleh PM semasa, Utusan melapurkan: Lupakan masa silam serta dari mana anda berasal, perkenalkan diri anda sebagai rakyat Malaysia serta bercakap menggunakan bahasa yang sama. Dengan itu kita mampu mencapai Gagasan 1Malaysia. Anggap kita semua milik Malaysia. Masalahnya kita sering memanggil diri kita sebagai bangsa dari mana negara asal keturunan kita. Tidak boleh cakap kita asalnya Melayu, Cina dan India. Ketika ini saya masih dengar orang kata saya cina Malaysia, Saya india Malaysia atau saya ke sekolah Cina, Saya ke sekolah Tamil dan saya ke sekolah melayu” ujarnya. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran lapuran ucapan tun Mahathir tentang perkara yang sama sebagaimana yang terdapat di Malaysian Chronicle, 1 December itu benar dan tepat:
Sekiranya lapuran-lapuran ini benar, maka sudah tentu pemimpin UMNO, PERKASA, ahli politik bekasan PKR akan marah besar. Bagaimana mungkin mentor politik sebahagian orang Melayu dapat menuturkan ungkapan sebegini?. Dan sekiranya pengarang Utusan mendiam diri, ahli Umno membisu, PERKASA tidak bangkit, Zulkifli Nordin dan Zahrin tidak membuat kenyataan, maka apa matlamat kenyataan mereka terhadap ucapan Kak Wan? Sekiranya kepentingan bangsa yang dijunjung, maka mereka semua ini akan bangun menyelar Tun Mahathir, yang sangat konsisten dalam meremeh dan memandang hina kepada orang Melayu dan sejarah mereka. Pada tahun 1969 lagi, dia membuat kenyataan yang orang Melayu dari segi gene-nya lemah, di tahun 90′an dia mengelarkan Melayu ‘mudah lupa’. ‘haprak’ dan lainnya.
Kenapa jauh perginya pula DSAI apabila memaksudkan ketuanan Melayu sama ertinya dengan ‘perhambaan bangsa-bangsa selainnya’?. Kenapa tidak difahamkan yang ketuanan Melayu bermaksud pimpinan tertinggi negara perlu disandang oleh orang Melayu? Bagi sesiapapun yang mengikuti trend politik di negara ini, akan mendapati secara praktikalnya ‘orang Melayu hendaknya mengetuai pimpinan negara ini’. Hal ini disedari oleh Tungku Abdul Rahman sejak awal kemerdekaan lagi. Untuk menjadi seorang pemimpin tertinggi negara, pemimpin tersebut mestinya tidak mempunyai apa-apa ikatan sentimen dengan negara lain selain Malaysia. Mungkin 10 generasi lagi, masyarakat kita akan menemui keadaan itu sebagai realiti. tetapi sekarang ini, hatta anggota kabinet kitapun masih canggung dan gagap untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan. Untuk menjadi pemimpin yang berkesan, pemimpin tertinggi itu hendaklah disokong oleh semua kelompok dan asabiyyah kelompoknya sendiri kuat. Itulah keistimewaan Quraish di kalangan kelompok-kelompok arab yang lainnya. Kalau kita cantumkan 2 perkara yang ditimbulkan oleh Kak Wan, kita dapat katakan “(1)ketepikan ketuanan Melayu, (2) DSAI adalah pemimpin anugerah Allah. Atau sudah sampai masanya kita tidak perlu mempertahankan ketuanan Melayu kerana di kalangan kita sudah ada pemimpin anugerah Allah! Kan itu lebih hebat bunyinya! Kita sangat insaf yang sebahagian basar pimpinan Melayu-Muslim yang ada pada hari ini, semada dari UMNO, PAS, PKR tidak menjalankan tanggung-jawab mereka sebagai pemimpin Islam yang baik. Ada di kalangan mereka menyalah-gunakan kuasa untuk kepentingan diri, keluarga dan kelompok. Ada di kalangan mereka yang tidak berakhlak secara sepatutnya, ada di kalangan mereka yang terlibat dalam amalan rasuah. Apa perlu dipertahankan mereka yang sebegini? Apakah kita akan memejam mata kepada semua keburukan ini semata-mata untuk mempertahankan dan beralasankan ‘ketuanan Melayu’?. Kemungkaran tetap kemungkaran, semada dari mana datangnya, semada dari yang berserban atau yang pakai tie. Semada yang meluluskan kawasan balak seumpama milik pribadinya , atau membuat bayaran kepada projek yang tidak disempurnakan, atau membelanja harta kerajaan tanpa rasa takut kepada Tuhan. Kita rakyat biasa akan tersinggung juga, sekiranya raja-raja Melayu yang menjadi ketua agama negeri masing-masing itu tidak berakhlak sesuai dengan agama, apa lagi didukung oleh tauke-tauke perniagaan dari segi dana kewangannya. Pemimpin Melayu, Raja-rajanya, para pembesarnya, ahli politiknya serta pentadbirnya hendaklah meletakkan keutamaan agama dan maslahah ummah dan bangsa mengatasi kepentingan yang lain. Ketuanan Melayu sepatutnya bukanlah suatu slogan politik, tetapi ianya realiti dan kebijaksanaan berpolitik. Maka janganlah dipolitikkan ketuanan Melayu sehingga kita terlarat kepada keadaan yang akhirnya kita akan rugi dan tidak dapat mengawalnya lagi Tidak semesti Pemimpin Anugerah Allah itu mampu menyelesaikan semua permasalahan negara dan ummah. Sebelum ini masyarakat kita juga telah biasa mendengar seorang yang mendakwa dirinya, diwar-warkan oleh penyokongnya yang dialah pemimpin dianugerah dan dipilih Allah. Dia didakwa mempunyai misi yang teramat besar dan maha mustahak, sehinggalah pihak hospital mengesahkan yang dia telah meninggal dunia. Tetapi penyokongnya yang amat percaya yang dia adalah pemimpin anugerah Allah berkeyakinan yang dia tidak mati, dia sekadar bertukar menjadi salah seorang daripada Rijalu al-Ghaib…… Itulah mungkinnya kisah Abuya dan sebahagian pengikutnya, bagaimana pula kisah selanjutnya tentang Tok Ayah dan sebahagian pengkagumnya……. |
Bicara Kes Fitnah Anwar: Perbicaraan Yang Paling Lucu Abad Ini Posted: 30 Nov 2010 11:42 PM PST Oleh : Mohamed Hanipa Maidin Sekiranya ada pertandingan "apakah perbicaraan yang paling lucu abad ini" mungkin agaknya pembaca akan bersetuju dengan saya sudah tentu juri akan memilih perbicaraan Anwar Ibrahim sebagai juara pertandingan tersebut. Mana tidakknya ? Sudah menjadi pengetahuan umum boleh dikatakan hampir semua permohonan yang dibuat oleh pasukan peguam Anwar telah ditolak oleh Mahkamah dan jika pun ada rayuan dibuat sama ada di Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan kedua-dua Mahkamah tersebut juga tidak akan bersimpati kepada Anwar. Yang terbaru kita menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini supaya dibekalkan dengan nota-nota klinikal doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian setelah mendapati Ketua Pembangkang itu gagal memenuhi keperluan perundangan untuk membolehkan mahkamah mengarahkan pasukan pendakwaan membekalkan dokumen terbabit kepada pihak pembelaan. Anwar telah memohon dibekalkan nota-nota klinikal tiga doktor HKL yang memeriksa bekas pembantu peribadinya itu pada 28 Jun 2008 bagi membuktikan wujud percanggahan dalam keterangan Mohd. Razali di mahkamah dengan catatannya dalam dokumen tersebut. Memang agak sukar untuk menerima rasional penolakkan Hakim ke atas permohonan Anwar tersebut. Keputusan hakim tersebut sudah tentu menyukarkan lagi usaha pasukan peguam Anwar untuk melakukan pemeriksaan balas secara efektif ke atas saksi pendakwa iaitu doktor pakar HKL yang memeriksa Saiful. Bagi mana-mana peguam yang mengendalikan perbicaraan jenayah sudah tentu nota-nota klinikal doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008 adalah dokumen yang maha penting untuk dilihat dan diteliti kerana ia akan membantu kerja peguambela bagi membuat pemeriksaan balas ke atas saksi pakar tersebut dengan lebih efektif. Sekiranya nota-nota klinikal doktor pakar HKL tersebut dibekalkan kepada peguambela Anwar barulah peguam Anwar boleh merujuk nota-nota klinikal tersebut kepada doktor pakar yang Anwar "hire" bagi mendapatkan khidmat nasihat bagi tujuan pemeriksaan balas saksi doktor pakar HKL tersebut Harus diingat saksi yang pendakwa panggil adalah doktor pakar HKL dan bukannya bomoh HKL. Terdapat perbezaan besar menyoal balas seorang doktor pakar dengan menyoal seorang bomoh.Jika pendakwa di dalam kes Anwar hanya memangil seorang bomoh atau Tok dukun yang memeriksa Saiful, sudah tentu pasukan peguam Anwar tidak perlu bersusah payah mendapatkan nota-nota klinikal kecualilah di dalam Negara ini ada bomoh yang juga mempunyai nota-nota klinikal !!! Dalam keadaan pendakwa memanggil doktor pakar memberikan keterangan adalah suatu yang tidak boleh diterima bagaimanakah seorang Hakim boleh dengan mudah menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar tersebut. Sudah tentu keputusan Hakim menolak permohonan Anwar tersebut tidak boleh dikatagorikan sebagai satu perbicaraan yang adil dan telus sepertimana yang dijanjikan oleh Kerajaan BN kepada masyarakat antarabangsa. Keputusan Hakim menolak permohoan Anwar bagi mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar HKL tersebut adalah satu dari siri-siri penolakkan permohonan Anwar bagi mendapatkan perbicaraan yang adil ke atasnya. Tidak keterlaluan hatta jika Anwar mendapatkan peguam yang terhebat di dunia seperti QC ( Queen Counsel ) peguam hebat tersebut juga tidak akan sama sekali berjaya membantu Anwar jika perbicaraan dijalankan dalam keadaan mata Anwar ditutup , mulutnya dikunci dan kedua-dua tangan dan kakinya diikat oleh pendakwa dan Mahkamah pula merestui tindakan pendakwa tersebut. Di bawah ini saya senaraikan , setakat yang saya ingat, senarai permohoan Anwar yang ditolak oleh Mahkamah. Pertama, Anwar pernah membuat permohonan laporan toksikologi dikeluarkan dari bahan bukti atas alas an ianya telah tercemar namun Hakim menolak permohonan Anwar tersebut . Alasan Anwar membuat permohonan tersebut adalah disebabkan pasukan peguam Anwar mendakwa laporan perubatan itu ‘tercemar’ kerana Mohd. Razali telah merujuk kepada laporan toksikologi semasa pemeriksaan balas sedangkan laporan berkenaan (toksikologi) tidak diserahkan bersama laporan perubatan yang dibekalkan kepada mereka. Kedua, Anwar juga pernah membuat permohonan agar kes sodomi II beliau digugurkan ekoran hubungan romantis antara saksi utama kes Saiful Bukhari Azlan dan salah seorang anggota pasukan pendakwa. Bagaimanapuan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar tersebut. Adalah menarik dicatatkan di sini di dalam afidavit pihak pendakwa, mereka tidak menafikan atau mengesahkan adanya hubungan ini tetapi mengesahkan Farah dan Saiful tidak boleh akses kepada dokumen. Ketiga Anwar juga pernah membuat permohonan untuk membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya yang menyatakan tiada fakta memihak kepada pihak pembelaan dalam kes liwatnya. Di dalam permohonannya Anwar memohon perintah perisytiharan bahawa kenyataan bertulis yang ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa raya dan diserahkan kepadanya pada 24 Jun lalu tidak menepati Seksyen 51A(1)(c) Kanun Prosedur Jenayah, batal dan tidak sah. Antara fakta yang didakwa Anwar memihak kepada beliau ialah laporan Dr. Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi bertarikh 28 Jun 2008 dan laporan Dr. Khairul Nizam Hassan, Mohd. Razali Ibrahim serta Dr. Siew Sheue Feng dari Hospital. Bagaimanapun Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) memutuskan menolak dengan kos permohonan Anwar tersebut . Keempat , Anwar juga pernah membuat permohonan Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan keseluruhan keterangan bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada polis dua tahun yang lalu. Peguam Anwar , Karpal Singh membuat permohonan itu selepas Saiful yang mengadu diliwat Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi yang dia tetap dengan pendirian bahawa kejadian liwat yang didakwanya itu adalah tanpa kerelaan dia. Saiful berkata demikian semasa disoal balas oleh Karpal yang mengetuai pasukan pembelaan. Seperti yang diduga permohonan Anwar tersebut juga ditolak oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin. Hakim menyatakan beliau memutuskan untuk menafikan akses kepada dokumen yang dipohon menerusi Karpal Singh kerana tiada percanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan di Mahkmah Kelima , Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah membuat permohonan bagi mendapatkan nota klinikal, laporan, spesimen dan maklumat lain disediakan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi pembelaan kes liwatnya. Dalam permohonannya, Anwar turut meminta dibekalkan keseluruhan sejarah perubatan Mohd Saiful ketika diperiksa pada 28 Jun 2008, borang (proforma) dan peralatan penderaan seks digunakan di HKL serta kelulusan akademik ketiga-tiga pakar terbabit. Sekali lagi Hakim menolak permohonan Anwar di atas alasan tiada peruntukan undang-undang dan asas perundangan yang membolehkan pembelaan dibekalkan dengan dokumen, sampel dan peralatan berkenaan. Permohonan Anwar yang terbaru yang masih belum diputuskan oleh Mahkamah adalah permohonan bagi meminta Hakim Datuk Mohamad Zabidin menarik diri ( recusal ) dari mendengar kesnya. Berdasarkan keputusan Mahkamah ke atas kesemua permohonan yang saya sebut di atas adakah suatu keajiban akan berlaku di dalam permohonan Anwar terbaru ini. Mungkin Hakim Datuk Mohamad Zabidin perlu meneliti nasihat dari Hakim Israel iaitu Hakim Ehud Barak yang memberi satu nasihat yang amat berguna kepada para Hakim iaitu " when we ( judge ) sit to judge , we are in fact being judged." ( Apabila kita kita ( hakim ) duduk menghakimi hakikatnya kita yang sedang dihakimi." ) |
Polls Will Be in March 2011, Says Anwar Posted: 30 Nov 2010 10:52 PM PST From Malaysiakini The much anticipated general elections could be held March, 2011, in view of the announcement yesterday that Umno’s party polls have been postponed by 18 months, said Opposition leader Anwar Ibrahim. "I predicted an early (general) election, but the postponement shows that Umno is only good at attacking PKR. "The party doesn’t dare to hold (its) elections because Umno is not strong enough to face their delegates," Anwar (right) told a press conference in Parliament lobby today. The Permatang Pauh MP stressed that Prime Minister Najib Abdul Razak, who is also BN chairperson and Umno president, must call for early election to show that he has the mandate from the people. "He should give us an early date, March or April, and we will let the people decide. "I’m posing this question and challenge to the prime minister, because the signs are that he wants to call for an early election," Anwar added. Najib yesterday announced the postponement of Umno elections – previously slated to be held next year – to avoid the party from entering “a political struggle which could lead to clashes within the party”. |
Bicara Anwar Saman Khairy – 13 April Posted: 30 Nov 2010 10:49 PM PST Dari Malaysiakini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 13 dan 14 April tahun depan untuk mendengar saman fitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh itu selepas menemui peguam Anwar, Gobind Singh Deo dan peguam Khairy, Sarah Abishegam di kamarnya apabila kes itu tampil untuk pengurusan hari ini.
Sebelum ini mahkamah menetapkan 8 dan 9 Disember ini untuk mendengar kes itu. Anwar, 63, menfailkan saman pada 7 Sept 2007 dengan mendakwa Khairy yang ketika itu timbalan ketua pergerakan Pemuda Umno, menfitnah beliau semasa menghadiri satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007. Beliau berkata kenyataan fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan eletronik dalam negara pada 3 Ogos 2007. Beliau mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mengutamakan perjuangan orang Melayu serta hak mereka, dan beliau berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam negara. Anwar juga berkata Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindir bahawa beliau (Anwar) merupakan seorang ejen politik Amerika Syarikat dan pihak Yahudi, di samping bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya, dan Khairy menurutnya berniat jahat ketika membuat kenyataan itu yang merupakan satu pembohongan, tidak berasas dan tidak benar. Selain ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, Anwar turut memohon injunksi bagi menghalang Khairy, atau ejennya, daripada mengulangi kenyataan itu. - Bernama |
Isu air: Mahasiswa Ikrar Iring MB S’gor Berdemo Posted: 30 Nov 2010 10:47 PM PST Dari Malaysiakini Kumpulan mahasiswa di negara ini berikrar mengiringi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Ahad ini. Kumpulan yang membabitkan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) akan disertai sekurang-kurangnya 300 mahasiswa dari seluruh Lembah Klang. Presiden KAMI, Hilman Idham (kanan) berkata, ini kerana banyak mahasiswa yang tinggal di rumah sewa turut terjejas secara langsung sekiranya tarif air dinaikkan sebanyak 37 peratus.
“Selangor merupakan negeri yang memuatkan institusi pengajian tinggi yang menjadi rumah kedua kepada sebilangan besar mahasiswa dari seluruh pelosok negara. “Sebahagian besar mahasiswa tidak mendapat kemudahan kolej kediaman dan sebilangan besar darinya tinggal menyewa di kawasan perumahan berhampiran universiti atau kolej kediaman,” katanya. Ahad ini, satu perhimpunan dianjurkan di Masjid Negara di Kuala Lumpur bagi mengiringi Khalid ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum itu. Menteri besar dilaporkan akan turut menyerahkan tandatangan rakyat Selangor yang menolak kenaikan tarif air pada 31 Mac tahun depan. Dalam sidang media di ibu negara hari ini, Hilman – mahasiswa tahun akhir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – berkata kesan kenaikan tarif air di negeri itu bakal membebankan separuh daripada puluhan ribu mahasiswa di seluruh Selangor. Menurut pelajar tahun akhir UKM itu, di universitinya sahaja, kira-kira 40 peratus mahasiswa tinggal di rumah sewa manakala di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula didakwa lebih 60 peratus terlibat. Ditanya kenapa masih banyak kumpulan mahasiswa yang dilihat ‘senyap’ berhubung perkembangan itu, Hilman mengakui masih ada di kalangan mereka yang masih “gagal menyuarakan prinsip” masing-masing. Sementara itu, menjawab soalan pemberita, exco perhubungan MPM Unisel Mohd Fikri Hamdan pula menafikan bahawa mahasiswa di universiti milik kerajaan negeri itu ‘digunakan’ bagi kepentingan pihak tertentu dalam bantahan itu. “Ini inisiatif kami sendiri. Lagi pun, mahasiswa di Unisel bukan semuanya rakyat Selangor, (sebaliknya) daripada pelbagai negeri.” Jumaat ini – dua hari sebelum perhimpunan itu – KAMI dan MPM Unisel merancang menyebarkan risalah di masjid sekitar universiti di Lembah Klang bagi mengajak mahasiswa lain turut serta berhimpun bersama Khalid. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan