Rabu, 6 Oktober 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Pengundian 1 Ahli 1 Undi Dalam Pemilihan 2010 Beri Kekuatan Baru Untuk Parti

Posted: 06 Oct 2010 01:45 AM PDT

IMG_5267PETALING JAYA 6 Okt - Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata tumpuan luar biasa Umno-Barisan Nasional (BN) terhadap proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2010 bertujuan bagi membuktikan parti ini tidak mampu melaksanakan sistem pengundian baru iaitu 1 ahli 1 undi.

Menurut beliau, tindakan itu juga merupakan usaha kerajaan untuk menarik sokongan anggota KEADILAN kerana Umno-BN beranggapan parti itu akan gagal menjalankan proses pemilihan tersebut.

Sebaliknya, hasil yang diperolehi setelah berakhirnya proses pemilihan 3 Oktober lalu, KEADILAN berjaya membuktikan parti tersebut berupaya melakukannya malah pengalaman pertama itu memberikan semangat dan kekuatan baru untuk parti itu.

"Umno dan BN memberikan tumpuan yang luar biasa dan diterjemahkan dalam bentuk serangan serta pandangan negatif terhadap proses pemilihan KEADILAN kali ini.

"Saya percaya ia dilakukan bagi satu niat dan tujuan iaitu bagi memberikan gambaran bahawa KEADILAN tidak ada kemampuan dan keupayaan untuk menjalankan proses pemilihan parti secara 1 ahli, 1 undi seperti yang kita laksanakan.

"Serangan itu bertujuan supaya rakyat khususnya akan berpaling memberi sokongan mereka kepada Umno jika sekiranya kempen berkenaan menggambarkan KEADILAN ini tidak mempunyai keupayaan menjalankan pemilihan parti berhasil," katanya di Ibu Pejabat KEADILAN di sini tengahari tadi.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang bagaimanapun menyifatkan pemilihan itu membawa harapan besar bahawa KEADILAN boleh dibuktikan sebagai parti masa hadapan.

"Mereka mahu menyerang soal ketidakupayaan, ketidakmampuan parti namun hasil yang berlaku adalah sebaliknya.
"Saya melihat bahawa parti telah membuat keputusan yang betul, berada di landasan yang tepat. Kalau melihat parti masa depan, inilah wajah Malaysia di masa hadapan dengan keanggotaan parti dengan 50% mewakili Melayu, 32% - India, 12 % Cina dan 15 % bagi lain-lain.

"Inilah rupa wajah Malaysia yang akan datang, kalaulah kita boleh menguruskan parti dan menjalankan pemilihan ini dengan baik, saya percaya parti ini mempunyai masa depan yang cerah," katanya.

Dalam pada itu, beliau melahirkan kesyukuran kerana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang telah pun selesai dijalankan meskipun berhadapan pelbagai kekurangan namun ia tidak bererti kerajaan boleh sewenang-wenangnya memandang rendah kebolehan KEADILAN.

"Di sana sini ada kelurangan dan kelemahan tetapi saya percaya pengalaman kali pertama parti KEADILAN dengan sistem baru ini akan memberikan satu lonjakan semangat dan kekuatan baru untuk parti.

"Oleh itu niat dan juga tujuan pemimpin Umno-BN untuk menidakkan keupayaan parti akan berkubur begitu sahaja.

"Saya menilai pandangan ini berasaskan kepada respon daripada surat-surat, emel, sms dan panggilan langsung yang saya terima. Kalau yang saya terima itu daripada anggota parti, saya anggap itu pujian biasa tetapi jika yang memberikan maklum balas itu adalah dari kalangan mereka yang di luar parti, itu saya anggap bahawa ini kejayaan KEADILAN untuk 'reach out' kepada segmen masyarakat yang sebelum ini pasif terhadap isu-isu politik dan pilihanraya," katanya.

Tambah beliau, maklum balas yang diterima masyarakat hasil daripada pemilihan ini juga amat memberangsangkan.

Menurutnya, kebanyakan respon itu memuji kesungguhan KEADILAN yang tetap meneruskan pemilihan walaupun banyak risiko bakal dihadapi.

"Antara yang saya menjadi terkesan terhadap maklum balas masyarakat ini ialah mereka memandang tinggi terhadap kesungguhan KEADILAN untuk meneruskan juga pemilihan parti ini biarpun diura-urakan Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum boleh berlangsung pada bila-bila masa.

"Kekaguman mereka ialah kerana mereka berpendapat pemilihan parti bila dilakukan ada menang ada kalah, kemudian akan berlaku perpecahan, ini akan melemahkan parti untuk berdepan dengan pilihanraya tetapi hakikat bahawa KEADILAN meneruskan juga dan sanggup berdepan untuk meneruskan juga walau apapun risiko dan hari ini terbukti bahawa kekecohan yang berlaku adalah pada tahap yang sangat kecil, sangat minima," jelas Saifuddin.

Sehubungan itu, Saifuddin turtut mengesyorkan proses pendidikan politik perlu diterapkan pada seluruh anggota parti.

"Ini memerlukan lagi proses 'political education' di dalam parti KEADILAN, dan inilah maklum balas yang paling berharga. Kalau tak berlangsung sistem pemilihan ini, kita tidak tahu bahawa ada elemen dan aspek displin yang diperkukuhkan.

"Kali ini kita dapati segmen keanggotaan parti KEADILAN ini datang dari pelbagai kelompok termasuk intelektual, kelas menengah, sampailah kelompok bawahan. Jadi sudah tentulah tahap pemahaman terhadap perjuangan parti itu berbeza," katanya.


Sumber: Suara Keadilan

Populariti Najib Merudum Akibat Sikap 'Flip Flop'

Posted: 06 Oct 2010 01:40 AM PDT

najib-popularitiSHAH ALAM 6 Okt - Satu kajian yang dijalankan oleh sebuah laman web pro-Umno, nobisha.com mendapati tahap populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jatuh menjunam di kalangan pengundi Melayu hampir 30 peratus dalam masa tiga bulan.

Dalam kajian bertajuk "Analisis Malaysia", hanya 56.5 peratus atau 1,383 responden yang terdiri daripada kaum Melayu atas pagar berpuas hati dengan kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.

Kajian terbaru ini sekaligus menyanggah kajian yang dijalankan Merdeka Centre pada Mei 2010 yang mengatakan 78 peratus pengundi Melayu berpuas hati dengan kepimpinan Najib.

Ahli Parlimen Datuk Johari Abdul yang dihubungi Suara Keadilan berkata beliau bersetuju dengan pandangan tersebut kerana apa yang diuar-uarkan oleh Najib melalui slogan 1 Malaysia hanya retorik semata-mata.

Menurutnya, apa yang dilaungkan Najib mengenai 1 Malaysia hanyalah omongan kosong kerana mengamalkan dua polisi yang berbeza dalam melayan kehendak swaya, Petubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

"Dalam pada Najib menghebah-hebahkan semangat 1 Malaysia, pada masa yang sama beliau melayan permintaan Perkasa yang ekstrimis dan tidak munasabah. Malahan, beliau nampaknya tidak konsisten dalam isu Perkasa dan dilihat semakin menjadi-jadi menyemarak sentimen perkauman.

"Beliau kena buktikan 1 Malaysia kerana rakyat boleh baca Najib hanya bermain politik semata-mata untuk memancing undi.

"Saya tidak berasa was-was jika sokongan orang Melayu merundum kerana sikap dan dasar 'flip-flop' beliau sehinggakan pemimpin Umno turut tidak mempercayai beliau," ujarnya.

Kata Johari lagi, Najib sekarang ini diibaratkan seperti masuk ke dalam tanah jerlus, terperangkap dan berada di dalam keseorangan tanpa sesiapa pun ingin membantu beliau.

Pengendali web berkenaan, Norizan Sharif yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif INMIND, sebuah organisasi pemikir bagi kerajaan negeri Selangor semasa di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional, mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam pengurusan organisasi termasuk terlibat secara langsung dalam aktiviti penyelidikan, penulisan dan latihan.

Beliau juga membuat pengkhususan dalam bidang Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi.

Kajian beliau tersebut adalah siri projek kajian pendapat awam komuniti atas talian yang dilaksanakan menerusi blog "Bicara Nobisha" http://www.nobisha.com.

Kajian tersebut dijalankan bagi mengetahui pendapat komuniti atas talian terhadap isu sosio-politik bagi mengalakkan perbahasan isu secara berhemah; sekaligus mematangkan proses politik di negara ini.

Siri pertama kajian ini memaparkan pandangan 1,383 responden berbangsa Melayu dalam soal kepimpinan negara dan politik Malaysia dari sejumlah 1,483 responden berbilang bangsa.

Kajian itu juga mendapati hanya 28 peratus responden berpuas hati dengan prestasi anggota Kabinet secara keseluruhannya manakala hanya 36.4 peratus berpuas hati dengan cara mereka menguruskan isu dalam negara.

Dalam kajian pendapat awam tersebut, sejumlah besar responden iaitu 42.8 peratus tidak berpuas hati dengan cara anggota Kabinet menguruskan isu dalam negara manakala 20.8 peratus lagi tidak pasti mengenai hal itu.

Menurut laman web tersebut, antara yang dipertikaikan ialah perlantikan Senator sebagai Menteri dan parti komponen Barisan Nasional yang kalah diberikan tempat yang banyak dalam Kabinet.

Selain itu percanggahan keputusan antara seorang Menteri dan seorang Menteri yang lain seperti pengumuman pemindahan Parlimen ke Putrajaya, pembatalan keputusan kerajaan dalam isu kenaikan harga minyak, perbezaan pendapat antara Menteri dan Timbalan Menteri dalam isu isu Akta Universiti dan Kolej adalah antara perkara yang menjadi perhatian komuniti atas talian.

Umno tidak berubah

Sebanyak 43.7 peratus responden tidak bersetuju bahawa Umno telah berubah menjadi sebuah parti yang lebih baik selepas Pilihan Raya Umum ke-12 sementara 20.4 peratus lagi menjawab tidak pasti.

Hanya 35.9 peratus sahaja responden bersetuju Umno telah berubah menjadi lebih baik.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna Pakatan Rakyat boleh berada dalam keadaan yang cukup selesa.
Ini kerana hampir separuh iaitu 48.1 peratus responden tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa Pakatan Rakyat telah memenuhi harapan pengundi, manakala 27.9 peratus lagi merasa tidak pasti.

Hanya 24.0 peratus responden sahaja yang setuju Pakatan Rakyat telah memenuhi harapan pengundi.

Sebanyak 66.8 peratus responden berpendapat, Barisan Nasional akan kekal mentadbir Kerajaan Persekutuan, manakala 33.2 peratus responden lagi berpendapat Pakatan Rakyat akan menang dalam PRU-13.

Keputusan kajian ini juga menunjukkan kerajaan mengawal dan mengongkong organisasi media utama di negara ini tanpa memberi ruang kepada kebebasan media menyebabkan rakyat memperolehi maklumat yang terhad.

Sebahagian besar responden iaitu 86.0 peratus yang berpendapat BN akan membentuk kerajaan pada PRU-13, mendapat sumber utama dari akhbar (media cetak) dan radio serta tv (media penyiaran).

Bagaimanapun, jawapan responden yang mengatakan sumber utama mereka ialah internet berpendapat Pakatan Rakyat akan membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU-13 ialah sebanyak 48.3 peratus.

Ini bermakna media maya akan menjadi lapangan pertarungan utama kepada parti-parti politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Sumber: Suara Keadilan

JPP Sahkan Kekecohan Oleh Bukan Anggota Parti

Posted: 06 Oct 2010 01:35 AM PDT

IMG_5197PETALING JAYA 6 Okt - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution hari ini menegaskan kekacauan dan gangguan semasa Mesyuarat Agung Tahunan (MATC) dan Pemilihan peringkat cabang 2010 yang baru sahaja selesai dikenalpasti sebagai bukan anggota parti.

"KEADILAN sememangnya memandang serius kes-kes kekecohan dan gangguan ini, terutamanya yang bersifat kekasaran terhadap pengawas dan petugas Pemilihan, wartawan dan anggota-anggota parti yang lain.

"Selepas siasatan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menerusi rakaman video yang diberikan, pihaknya mendapati kekecohan di Kuala Langat telah dicetuskan oleh seorang yang dikenali sebagai Abdul Razak Halidi, bekas anggota KEADILAN yang menyertai parti dari Umno dan kemudiannya mengisytihar keluar dari KEADILAN pada 5 Julai 2007.

"Bagi insiden di Klang pula, salah seorang yang melakukakan kekecohan dan serangan terhadap kotak-kotak undi juga telah dikenalpasti sebagai bukan anggota sementara di Sabak Bernam pula, dua individu yang bertindak kasar dan mencetuskan ketegangan juga dikenalpasti bukan anggota parti selepas semakan daftar keanggotaan parti dibuat.

Sehubungan itu, Saifuddin berkata KEADILAN telah membuat laporan polis dan berharap supaya pihak polis dapat menyegerakan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu-individu tersebut.

KEADILAN juga katanya merakamkan kekesalan, serta kemaafan kepada anggota media dari akhbar Sinar Harian dan Kosmo di samping akan memastikan perkara seperti itu tidak berulang.

Walaupun sedemikian, daripada 204 cabang-cabang KEADILAN yang layak mengadakan MATC dan pemilihan, sebanyak 145 telah memperlihatkan pertandingan di pelbagai peringkat.

"Hanya 9 daripada jumlah itu tidak dapat menyempurnakan proses pemilihan cabang sepenuhnya manakala 136 cabang lain berjaya melaksanakan MATC dan pemilihan (dengan pertandingan - kebanyakkannya sengit dan berpenjuru) dengan baik, teratur dan sempurna. Sementara, 59 cabang pula tidak ada sebarang pertandingan.

"JPP akan memaklumkan kepada 9 cabang ini tarikh baru bagi mereka mengadakan semula pemilihan peringkat cabang," ujar beliau.

Apa yang dikesalkan ujarnya, dalam pada 145 cabang yang berjaya mengadakan proses pemilihan, media milik Umno-Barisan Nasional hanya tertumpu kepada insiden-insiden kekecohan yang berlaku di 4 cabang sahaja iaitu di Kuala Langat, Kapar, Klang dan Sabak Bernam.


Sumber: Suara Keadilan

PRK DUN Galas 4 Nov, Penamaan Calon 26 Okt

Posted: 06 Oct 2010 01:30 AM PDT

galas-skPUTRAJAYA 6 Okt - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 4 Nov sebagai tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas, jika ada pertandingan, manakala penamaan calon pada 26 Okt.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Kelantan pada 28 Sept lepas berhubung kekosongan kerusi DUN N.45 Galas, Kelantan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima pada 27 Sept.

"Berikutan itu, SPR mengadakan mesyuarat khas mengenainya hari ini dan menetapkan satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di sini.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 Sept lepas.

Beliau berkata Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.

Katanya daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (2,317), India (185), Bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27).

Beliau berkata 11 buah sekolah, sebuah balai rawatan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan sebuah dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang kesemuanya mengandungi 25 saluran tempat mengundi.


Sumber: Suara Keadilan

Majalah Economist Jangka Muhyiddin Lawan Najib Untuk Jawatan Presiden Umno

Posted: 06 Oct 2010 01:25 AM PDT

najib-muhyidin_440xSHAH ALAM 6 Okt - Laporan terkini Economist Intelligence Unit (EIU) menjangkakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal mencabar bosnya, Datuk Seri Najib Razak untuk merampas kerusi Presiden Umno pada pemilihan parti itu tahun depan dan senario ini akan menyebabkan berlakunya ketidakstabilan politik di Malaysia.

"Umno dilihat lebih cenderung kepada pertarungan dalam merebut jawatan tertinggi parti itu tanpa menghiraukan kepentingan parti lain dalam komponen Barisan Nasional dan ini bakal berlaku ketika kedudukan kuasa BN mula terancam.

"Dalam situasi begini, pergolakan politik akan menjadi halangan terbesar untuk mereformasikan ekonomi. Usaha memperlecehkan kredibiliti Perdana Menteri, Najib Razak sehingga pada satu tahap meletakkan beliau dalam risiko bagi menggantikannya sebagai Presiden Umno sekaligus mengambilalih tampuk pemerintahan," kata EIU dalam laporan terbaru mereka.

Ia ternyata jelas apabila Muhyiddin tidak pernah benar-benar menyokong mana-mana dasar Najib semenjak hari pertama beliau memegang jawatan Perdana Menteri walaupun mereka berdua dilihat berkempen sebagai satu pasukan semasa pemilihan Umno 2009.

Pada ketika itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendahului pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden mengumumkan berundur diri daripada pertandingan itu bagi memberi laluan kepada Muhyiddin, yang mendapat sokongan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kini, Muhyiddin dan Dr Mahathir telah bersatu tenaga dengan pertubuhan ultra Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan gandingan ini dilihat mempunyai kuasa yang lebih besar di dalam Umno berbanding Najib.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Senator Dr Syed Husin Ali dalam reaksinya menyifatkan perkara itu sebagai perkembangan terbaru yang menarik apabila Dr Mahathir mula menyalahkan barisan kepimpinan Najib sebagai punca utama 'Wawasan 2020' yang diasaskannya sukar dicapai.

"Nampaknya, Dr Mahathir mula mengkritik dan menyindir kepimpinan Najib sementara Najib yang terdesak mula menyalahkan mentornya dan Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca sehingga menyebabkan parti itu terjerumus di dalam masalah yang lebih besar.

"Ini semuanya menunjukkan perkembangan politik yang semakin menarik dan wajar diikuti," ujar beliau melalui twitternya.


Sumber: Suara Keadilan

Polis Cuba Perangkap Ean Yong dan Nie Ching

Posted: 06 Oct 2010 01:20 AM PDT

gobind_ean_yong_teo_and_lim_lip_eng_in_IPP_kajangKAJANG 6 Okt - Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mendakwa polis cuba memerangkapnya dengan mengajukan soalan yang tiada kaitan dengan siasatan terhadap dirinya tetapi mengalih perhatian kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Nie Ching berkata kebanyakan soalan tertumpu kepada kenyataan Ean Yong dalam sebuah portal berita di mana beliau meminta Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyiasat terlebih dahulu sebelum mengenakan tindakan ke atas surau dan ahli jawatankuasa surau yang dilawati oleh rakannya tidak lama dahulu.

"Kami dipanggil untuk memberi keterangan kerana terdapat laporan polis daripada pihak Umno terhadap kami, tetapi apa yang menghairankan pihak polis tidak bertanyakan berkenaan insiden yang berlaku kepada saya tetapi lebih menekankan mengenai kenyataan media Ean Yong," jelas Teo kepada media selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Kajang Sabtu lalu.

antara lain kata beliau, polis bertanyakan pandangan beliau mengenai tindakan Mais terhadap surau berkenaan.

"Bagaimana saya patut menjawab soalan tersebut? Kalau saya bersetuju, itu menunjukkan saya tidak prihatin terhadap kebajikan masyarakat kawasan saya dan sebaliknya jika saya tidak bersetuju, itu menunjukkan seolah-olah saya menderhaka terhadap Sultan kerana membangkang titah baginda," tegas Nie Ching lagi.

Beliau seterusnya menjelaskan pegawai penyiasat yang mengambil keterangan beliau juga bertanyakan samada beliau sedar atau tidak tindakannya telah membawa ketidakharmonian di dalam masyarakat dan menyebabkan rasa tidak puashati di kalangan masyarakat Islam.

"ASP Badrul tidak sepatutnya bertanyakan soalan seperti itu kerana itu seperti menekan saya untuk menerima dakwaan-dakwaan tersebut sebagai benar.

"Beliau juga tidak mahu nyatakan samada saya disiasat ataupun di bawah seksyen mana saya disiasat. Jawapan yang saya terima hanyalah 'bagi membantu siasatan'," kata Teo yang jelas tidak berpuashati terhadap tindakan polis.

Sebelum ini, isu Nie Ching memasuki ruang solat sebuah surau, digembar-gembur media arus perdana tetapi tidak pula dilaporkan berita mengenai tindakan sama yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan.

Ean Yong pula memberitahu terdapat dua anggota Cawangan Khas (SB) yang turut bersama semasa keterangan beliau diambil.

"Saya telah beberapa kali diambil keterangan tetapi ini kali pertama dua anggota SB turut serta dan saya berasa sangsi terhadap tujuan sebenar kehadiran mereka semasa keterangan saya diambil," kata Ean Yong.

Beliau berpendapat kehadiran anggota SB berkemungkinan kerana laporan terhadapnya lebih berbaur politik kotor dan bukan kepentingan awam.

Nie Ching dan Ean Yong ditemani Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang hadir untuk memberikan nasihat perundangan dan sokongan moral.


Sumber: Suara Keadilan

Tindakan Perkasa Cari Gaduh Dengan Namawee Kebudak-budakan

Posted: 06 Oct 2010 01:15 AM PDT

Nurul_Izzah_Anwar_4.1SHAH ALAM 6 Okt - Tindakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dilihat seperti kebudak-budakan apabila berdemonstrasi semasa Namawee melancarkan album terbarunya tetapi pada masa yang sama membisu apabila diajak berbincang mengenai isu perpaduan Melayu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata tindakan itu akan menyebabkan orang Melayu khususnya menjauhi pertubuhan yang dianggap agresif dengan menakut-nakutkan rakyat dengan isu perkauman.

Kata beliau, sebelum ini apabila diajak berdebat secara ilmiah, Perkasa mengambil tindakan membuat laporan polis terhadapnya atas dakwaan kononnya menghasut.

"Pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan yang tegas terhadap Perkasa kerana menganggu ketenteraman awam.

"Ini jelas berbeza apabila pihak kita (Pakatan Rakyat) yang menganjurkan perhimpunan aman, pihak polis bertindak dengan cepat tetapi dalam isu ini berbeza pula tindakan mereka. Kerajaan sepatutnya mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat yang dilihat menjejaskan keselamatan negara.

"Kita pula mengambil pendekatan untuk duduk berbincang mengenai permasalahan orang Melayu tetapi apa yang berlaku, mereka buat laporan polis terhadap saya," kata beliau kepada Suara Keadilan.

Nurul Izzah juga menegaskan hak kebebasan bersuara tidak menghalang Perkasa untuk menyatakan perasaan mereka melalui demonstrasi tetapi tindakan yang memalukan ini akan menyebabkan rakyat semakin menolak pertubuhan itu.

Sebelum itu, kira-kira 50 orang anggota Perkasa berdemonstrasi di perkarangan KLSCAH hadir bagi membantah tindakan Namawee yang melancarkan albumnya.

Beberapa orang daripada mereka membawa sepanduk Perkasa, bendera Malaysia dan membakar gambar Namewee.


Sumber: Suara Keadilan

Pindaan Akta Pekerjaan Menindas Golongan Pekerja

Posted: 06 Oct 2010 01:10 AM PDT

IMG_4612KUALA LUMPUR 6 Okt - Beberapa badan swadaya (NGO) menyuarakab bantahan keras terhadap langkah Kementerian Sumber Manusia berhubung cadangan pindaan Akta Kerja yang bakal dibentangkan dalam sidang Parlimen Oktober minggu depan.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendesak kerajaan menghapuskan kesemua pindaan akta yang melibatkan kepentingan pekerja kerana ia didakwa lebih drakonian sehingga menyebabkan hak-hak sediada pekerja terhakis.

Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan mendakwa cadangan pindaan Akta Pekerjaan 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 semata-mata memberi kelebihan kepada pihak majikan sementara hak golongan pekerja terus dinafikan.

"Ini merupakan satu pindaan yang kejam dan MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) mengatakan ini adalah pindan yang paling teruk dalam masa 40 tahun.

"Pindaan ini akan menyebabkan hak pekerja tergadai dan pekerja akan mengalami kehilangan perlindungan sosial yang amat serius.

"Kesannya mengakibatkan rakyat (golongan pekerja) menderita kerana hak mereka akan ditarik balik," katanya dalam sidang media di pejabat Majlis Peguam Jumaat lalu.

PSM sebaliknya mendesak kerajaan sekali lagi supaya memperkenalkan Akta Gaji Minima.

"Baru-baru ini kerajaan mengatakan akan menggubal Akta Gaji Minima. Setakat ini apa yang kerajaan lakukan sehingga memakan masa begitu lama untuk memenuhi tuntutan gaji minima, sepatutnya ini yang perlu diutamakan," tegas beliau.

Arutchelvan mendakwa cadangan pindaan itu dibuat tanpa mengambil kira pandangan daripada MTUC dan NGO terbabit.

"Kami harap Perdana Menteri tidak membentangkan untuk bacaan kali kedua cadangan akta ini di dalam Parlimen akan datang," katanya.

Menurut wakil Gabungan Membantah Akta Pekerjaan, S Parameswari, antara cadangan pindaan yang harus ditolak termasuk Seksyen 19 Akta Pekerjaan 1955 yang didakwa akan membenarkan majikan melewatkan pembayaran gaji kerja lebih masa sehingga tempoh 30 hari.

"Sekarang ini, gaji lebih masa dibayar dalam tempoh tujuh hari. Kebanyakan pekerja di Malaysia bergantung kepada gaji itu supaya tanggungan mencukupi," jelas beliau.

Manakala, dalam pindaan kepada Seksyen 60A akta yang sama pula didakwa membenarkan majikan menentukan waktu bekerja yang tidak munasabah apabila pekerja boleh memulakan tugas seawal jam 5 pagi.

Bagi Akta Kerja 1955 pula, salah satu pindaan yang akan dicadangkan adalah menggalakkan sub-kontraktor.

"Sebelum ini seseorang pekerja akan membuat permohonan pekerjaan terus melalui syarikat yang dipohon, tetapi menerusi pindaan ini, mana-mana individu yang mahu membuat permohonan pekerjaan hendaklah mengemukakannya kepada kontraktor.

"Implikasinya tidak ada hubungan terus di antara pekerja dan majikan sebaliknya terus melalui kontraktor terbabit begitu juga dengan pekerja asing," jelas Parameswari.

Wakil Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Wong Swee Nee berkata pindaan tersebut akan memberi kesan negatif kepada golongan muda yang bakal memasuki alam pekerjaan.

Ini kerana cadangan pindaan Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bermakna seseorang pekerja boleh dipecat dengan senang dan tiada pembelaan yang sewajarnya terhadap mereka.

Katanya, kebanyakan golongan muda dan pelajar yang baru tamat pengajian biasanya akan diletakkan di dalam tempoh percubaan untuk dinilai oleh majikan.

Sebelum ini pekerja yang diberhentikan dalam tempoh percubaan boleh mendapat ganti rugi sehingga setahun.

Namun cadangan pindaan yang dikemukakan dalam akta tersebut menyebabkan pekerja yang dalam tempoh percubaan tidak lagi boleh menuntut pengembalian pekerjaan di bawah akta ini.

"Malah mereka tidak boleh memfailkan kes ini untuk menuntut sebarang keadilan. Situasi ini gagal memberi sebarang perlindungan undang-undang ke atas pekerja khususnya golongan pekerja muda dan pelajar.

"Dalam usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melaksanakan Program Transformasi Ekonomi untuk menjana ekonomi demi memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, ini akan menghasilkan 3.3 juta peluang pekerjaan dalam 10 tahun akan datang.

"Dengan peluang pekerjaan yang banyak, jika tanpa sebarang perlindungan undang-undang untuk pekerja, mak ini tidak akan membawa sebarang makna kepada golongan pekerja yang merupakan tulang belakang ekonomi negara," kata Swee Nee.

Justeru, Dema menyeru Menteri Sumber Manusia menghentikan segala pindaan undang-undang buruh yang mendiskriminasikan golongan pekerja.

Selain itu, Dema juga menyeru agar Akta Gaji Minima digubal untuk melindungi hak pekerja di negara ini.

Manakala Parti Rakyat Malaysia (PRM) pula turut mendesak kerajaan untuk menghentikan segala bentuk penindasan terhadap kaum pekerja dengan penggubalan pindaan kepada akta pekerja.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, Zulkarnain Abdullah berkata PRM menentang segala rampasan hak rakyat dan pekerja di negara ini.

"Hentikan semua pindaan terhadap undang-undang buruh yang menambahburukkan kedudukan golongan pekerja. PRM menentang segala rampasan hak rakyat jelata yang kian bertambah dengan cubaan menggubal undang-undang buruh yang senantiasa berpihak kepada kaum majikan dan kapitalis," kata beliau.

Sehubungan itu, PRM menegaskan pindaan itu akan memburukkan lagi hak rakyat dan pekerja di negara ini.

"Pindaan undang-undang ini juga bukan sahaja memberi kesan kepada pekerja-pekerja tempatan tetapi juga pekerja-pekerja asing," ujar Zulkarnain.

Turut serta dalam sidang media itu, Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor, Maria Chin Abdullah dan Ahli Jawatankuasa Majlis Peguam, R Adindra Kumar.

Sumber: Suara Keadilan

Felda Penindas Bangsa Melayu Sebenarnya

Posted: 06 Oct 2010 01:05 AM PDT

28.09.2010__PC_-_yb_salehuddin_ayub_4 KUALA LUMPUR 6 Okt - Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembelaan Peneroka (Tindak), Salahuddin Ayub berkata keputusan mahkamah yang memihak kepada peneroka Lembaga Kenajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam perjuangan mereka menuntut wang daripada Tabung Tanam Semula menunjukkan agensi tersebut penindas Melayu sebenarnya.

Mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan minggu lalu yang mengarahkan Felda membayar RM23,800 seekar daripada Tabung Wang Tanam Semula kepada 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3, Salahuddin berkata ia adalah suatu kejayaan yang amat dinantikan warga Felda terbabit.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata keputusan mahkamah itu juga membuktikan sememangnya berlaku penyelewengan dan penipuan biarpun dinafikan berkali-kali pihak Felda terhadap peneroka yang rata-ratanya adalah orang Melayu.

"Kemenangan peneroka Felda baru-baru ini memang menampakkan penyelewengan malah penipuan serta salah guna kuasa Felda ke atas peneroka.

"Kalau benar Umno mengatakan bahawa mereka adalah pejuang Melayu, 99.9 peratus peneroka yang terbabit adalah peneroka Melayu," kata beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS baru-baru ini.

Naib Presiden PAS Pusat itu juga menyifatkan tindakan Felda membohongi peneroka tidak ubah seperti 'bau busuk' yang sedang melanda agensi itu.

"Inilah yang dikatakan oleh Shakespeare sebagai 'something is rotten in the state of Denmark' (ada sesuatu yang busuk di negara Denmark), ada sesuatu yang busuk di dalam Felda)," katanya.

Beliau juga percaya Felda kini tidak senang duduk apabila satu demi satu penyelewengan terhadap peneroka mula terbongkar.

"Isu Felda bukan lagi fitnah tetapi telah terbongkar satu demi satu. Ini merupakan isu pencabulan dan pelanggaran terhadap perjuangan Melayu," kata Salahuddin lagi.

Sebelum ini, peneroka Felda juga berjaya dalam tuntutan mereka berhubung isu penggredan kelapa sawit apabila Mahkamah Persekutuan mengarahkan agensi itu menyerahkan RM11 juta kepada 354 peneroka di Felda Kemahang 3, Kelantan.

Hadir sama pada sidang media itu termasuk Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan peguam Mohamed Hanipa Maidin yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Salahuddin merayu kepada Felda agar tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan sebaliknya membayar terus kepada peneroka demi menjaga kepentingan mereka sebagai bangsa Melayu yang ditindas.

Sumber: Suara Keadilan

PRK Galas: Umno Mahu Paksa Ku Li Tunjuk Kesetiaan

Posted: 06 Oct 2010 01:00 AM PDT

Idris_AhmadSHAH ALAM 6 Okt - PAS menyifatkan perlantikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undang Negeri Galas sebagai kata dua kepada beliau yang menyokong tuntutan royalti minyak kerajaan negeri PAS Kelantan disamping membuktikan kesetiaannya kepada Umno.

Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata langkah itu jelas menunjukkan tindakan terdesak Umno yang terpaksa bergantung kepada pengaruh Ku Li bagi merampas semula kerusi DUN tersebut walaupun tahu beliau tidak sealiran dengan pimpinan tertinggi Umno serta risiko terbesar yang perlu ditanggung Umno sepanjang kempen.

"Sebelum ini di Manik Urai, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed dilantik sebagai pengarah namun gagal merampas kerusi berkenaan yang kekal di tangan PAS.

"Akibat kegagalan itu, beliau dinafikan hak untuk menjadi pengarah pilihan raya DUN Galas kali iniwalaupun beliau adalah Pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan Menteri yang banyak menafikan hak royalti Kelantan," kata Idris dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, DUN Galas terletak di dalam kawasan Parlimen Gua Musang yang menjadi kubu kuat Ku Li dan PRK yang bakal berlangsung bakal menjadi medan ujian buat Umno dan bekas tokoh veteran Umno itu sendiri.

"Sebelum ini kerusi itu dikuasai Umno namun dalam pilihan raya umum yang lepas Allahyarham Chek Hashim Sulaima berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

"Walaupun baru sepenggal bersama PAS, namun keyakinan rakyat Galas terhadap kemampuan wakil rakyat PAS dan juga kerajaan PAS bakal menjadi cabaran buat Umno-Barisan Nasional.

"Bagi kita, perlantikan Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihanvraya Umno adalah kemenangan pertama kerana selepas pilihan raya umum 2008, beliau begitu cenderung untuk bersama rakyat menyokong perjuangan kerajaan negeri Kelantan yang menuntut royalti minyak daripada kerajaan Umno-BN," jelas beliau lagi.

Malahan kata Idris, Ku Li yang juga mantan pengerusi dan pengasas Petronas menawarkan diri untuk menjadi saksi bagi kes saman yang dikemukakan kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas.

Ku Li menjadi perhatian kerana sanggup menentang arus dan melawan Presiden Umno dan Majlis Tertinggi Umno demi membela nasib rakyat.

"Kita yakin, perlantikannya membuktikan Umno sebenarnya hilang keyakinan di Galas tetapi mahu memberikan tekanan kepada Tengku Razaleigh sendiri sebagai membuktikan kesetiaanya kepada Umno. Ianya umpama kata dua kepada beliau, sama ada berjuang untuk rakyat atau berjuangan untuk kepentingan Umno.

"Kita juga yakin, beliau tahu membuat keputusan dan dia tahu jika Umno menang di Galas, belum tentu royalti minyak Kelantan akan dipulangkan," terang Idris.

Di samping itu katanya, PAS tidak ada masalah jika beliau menerima perlantikan itu, tetapi mahu beliau gunakan peluang itu untuk terus memperjuangkan royalti minyak Kelantan.

"Kita juga akan membangkitkan isu royalti minyak yang dinafikan oleh kerajaan Umno-BN dan rakyat pasti tertanya-tanya, apa pula yang Tengku Razaleigh akan ucapkan? Sanggupkah beliau untuk menyanggah hujah Umno-BN demi kepentingan rakyat nanti," ujar beliau.


Sumber: Suara Keadilan

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Mesyuarat Biro Orang Asal PKR Cabang Kuala Krau

Posted: 06 Oct 2010 09:58 PM PDT

Sdr Ramli Lugan, Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau telah memanggil mesyuarat JK Biro Orang Asal PKR Cabang Kuala Krau pada 17hb Oktober 2010 jam 4.00 petang di rumah Sdr Chim di Kg Penderas.
Ramli memberitahu bahawa beliau selaku Pengerusi Biro Orang Asal PKR Cabang Kuala Krau telah pun melantik jawatankuasa Biro itu terdiri daripada seorang Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Jawatankuasa Biro terdiri daripada 3 orang daripada setiap kampong Orang Asal di kawasan Parlimen Kuala Krau.
Agenda utamanya ialah membuat persediaan bagi memperkasakan perjuangan Orang Asal di kawasan Parlimen Kuala Krau.

Ceramah PKR-PAS di Palong 2, Felda Sg Tekam Utara dan Palong 9

Posted: 06 Oct 2010 09:51 PM PDT

Mazlan-Suhaimi akan berceramah di Felda Palong 2, Jempol, Negeri Sembilan pada 9hb Oktober 2010 jam 9.00 malam. Mazlan Aliman adalah Presiden ANAK dan Suhaimi Said adalah Pengerusi Biro Felda PKR Pusat.
Dua Suhaimi pula akan berceramah di Felda Sg Tekam Utara pada 13hb Oktober 2010 jam 9.00 malam iaitu Ustaz Suhaimi Saad, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang dan Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda PKR Pusat. Penceramah utama adalah Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang.
Jemputan seterusnya untuk Suhaimi Said adalah untuk berceramah di Felda Palong 9, Jempol, Negeri Sembilan pada 16hb Oktober 2010 jam 3.00 petang.

PAS mungkin meletakkan Orang Asal sebagai Calon DUN Galas

Posted: 06 Oct 2010 09:35 PM PDT

Tidak adalah berita yang lebih menggembirakan saya pagi ini selain dari berita pada tajuk ini. Saya telah membaca didalam The Star keluaran hari ini, 7.10.10, bahawa ada kemungkinan PAS akan meletakkan Orang Asal sebagai Calon bagi DUN Galas untuk menaikkan peluang parti itu memenangi PRK ini seperti yang dinyatakan oleh Datuk Husam Musa, Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan.
Saya sangat mengalu-alukan kenyataan ini dan menyokong penuh agar PAS mencalonkan Orang Asal bagi bertanding untuk kerusi DUN Galas didalam Pilihanraya Kecil yang akan diadakan pada 4hb November 2010.
Saya membuat aluan dan sokongan ini diatas sifat saya selaku Pengerusi Biro Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang.
Negeri Pahang merupakan sebuah Negeri yang ramai dengan penduduk Orang Asal seperti di Cameron Highlands, Kuala Krau, Bera dan Rompin. Di kawasan Parlimen Kuala Krau, Biro ini telah berjaya menubuhkan 10 buah ranting yang dianggotai sepenuhnya oleh Orang Asal dan di Rompin sebanyak 16 buah Ranting PKR telah ditubuhkan diperkampongan Orang Asal, dan kini Orang Asal telah menduduki jawatan-jawatan penting diperingkat Cabang dan Negeri di Negeri Pahang.
Orang Asal yang sedar dan insaf diatas kedudukan mereka yang selama 53 tahun ini tertinggal, terbiar dan tertindas menyatupadukan perjuangan mereka dengan perjuangan Parti Keadilan Rakyat kerana PKR memberikan tumpuan perjuangan mereka kepada hak dan kepentingan Orang Asal di Negeri Pahang.
Di Kuala Krau sahaja sudah terdapat lebih dari 600 orang Orang Asal sudah menjadi anggota PKR dan jumlah yang lebih besar dari itu sudah menjadi anggota PKR di Rompin diikuti oleh Bera yang mencatatkan beberapa buah kampong Orang Asal melibatkan diri mereka dengan perjuangan membebaskan diri mereka dari belenggu penindasan dan manipulasi oleh UMNO/BN.
Orang Asala di Negeri Pahang kini memandang ke Selangor kerana disana penduduk Orang Asal sudah mula diberikan geran tanah untuk kampong mereka dan badan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Badan Bertindak Tanah Orang Asal Selangor (BBTOAS) sedang menjalankan pengukuran di seluruh kawasan di Negeri Selangor untuk mempastikan keluasan tanah dan keperluan untuk dikeluarkan geran tanah kepada Orang Asal di Negeri Selangor, satu langkah yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Kerajaan dibawah Barisan Nasional.
Jika benar PAS akan meletakkan calonnya dari kalangan pimpinan Orang Asal di Galas, Biro Orang Asal PKR Pahang sanggup menghantarkan kader-kadernya yang terdiri daripada Orang Asal seperti yang kami telah lakukan di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor dulu.

Felda Wilayah Jengka mahu tubuhkan Jawatankuasa Pemantau Kilang

Posted: 06 Oct 2010 02:16 AM PDT

Sdr Md Zain Awang, petugas yang mengumpulkan senarai peneroka-peneroka Felda di Jengka 9 telah dihubungi oleh Pengarah Wilayah Felda Jengka untuk bekerjasama dengan Felda bagi menubuhkan sebuah Jawatankuasa untuk memantau Kilang Felda di Jengka 8.
Mengikut kata Md Zain, Pengarah Wilayah itu menunjukkan rasa simpati terhadap peneroka-peneroka berhubung dengan perahan KPG mereka yang dimanipulasikan oleh Felda dan Kilang Felda.
Dan Jawatankuasa yang ditubuhkan nanti akan bertindak untuk mempastikan tidak ada penyelewengan berlaku.
Md Zain berasa pelik dan hairan kenapa Pengarah Felda Wilayah sanggup menghubunginya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh Peneroka berhubung perahan.
Dan Pengarah Felda Wilayah itu menghubungi beliau setelah Peneroka-Peneroka daripada Felda Jengka 9, Jengka 8, Jengka 10, Jengka 11, Jengka 12, Jengka 13, Jengka 21, Jengka 22, Jengka 23, Jengka 24, Jengka 25, Felda Kota Gelanggi 1, Gelanggi 2, Gelanggi 3, Gelanggi 4, Felda Jenderak Utara dan Jenderak Selatan berkumpul dan berbincang untuk mengumpulkan Peneroka-Peneroka bertujuan untuk memfailkan saman terhadap Felda berhubung dengan perahan KPG yang diselewengkan oleh Felda dan Kilang Felda.
Bagaimanapun, Md Zain mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Wilayah Felda Jengka, beliau menyatakan kesanggupan untuk bekerjasama dengan Felda bagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah Peneroka yang sudah sekian lama ditipu oleh Felda berhubung dengan isu perahan KPG.
Md Zain menyatakan bahawa rata-rata Peneroka di kawasan ini hanya diberikan KPG antara 18% hingga 20% sahaja dan majoritinya hanya 18%. Peneroka-peneroka kerugian sebanyak RM200.00 hingga RM400.00 sebulan hasil penipuan Felda ini.
"Jika Felda sanggup berunding, kita tak perlu saman Felda, tetapi rundingan yang hendak diadakan itu mestilah dengan kehadiran Peguam-Peguam kami, supaya peneroka-peneroka tidak dipermainkan,"kata Md Zain, sambil mengalu-alukan inisiatif yang bakal diambil oleh Felda itu.
Menurut Sdr Md Zain, peneroka-peneroka bukan sahaja menuntut supaya KPG mereka dinaikkan hingga ke paras yang sebenar mengikut perkiraan MPOB dan selain dari itu Felda hendaklah bersedia membayar ganti rugi selama tidak kurang dari 15 tahun kerana penyelewengan yang mereka telah lakukan terhadap Peneroka.
Md Zain juga menerima kunjungan daripada mereka yang kononnya mewakili YB Dr Shukri, ADUN Pulau Tawar. Wakil itu meminta Md Zain bekerjasama dengan YB Shukri kerana kononnya YB itu sanggup mengumpulkan peneroka-peneroka Felda disitu dan sanggup juga membawa Felda ke muka Mahkamah.
Md Zain mengalu-alukan tawaran Dr Shukri itu, dan beliau terperanjat kerana ADUN Barisan Nasional sudah menjadi berani mahu menyaman Felda, tetapi Md Zain was-was dengan kunjungan mereka yang kononnya mewakili Dr Shukri itu, dan "rasanya boleh Kiamat dunia ini kalau ADUN BN Pulau Tawar itu sanggup menyaman Felda".
"Walaubagaimana pun saya akan memberikan kerjasama dan pada bila-bila masa sanggup bertemu Dr Shukri dan memberikan sokongan jika benar YB itu mahu membantu kami menyaman Felda," kata Md Zain.
Kerjadian ini adalah aneh dan pelik, kata Md Zain, selama ini kami ditipu berterusan oleh Felda, Felda langsung tidak memperdulikan kami, tetapi apabila kami membawa Peguam-Peguam untuk mengambil tindakan saman, tiba-tiba Felda dan Wakil Rakyat BN mencadangkan perkara-perkara yang sukar diyakini.
Bagi Sdr Md Zain, inilah indahnya perjuangan. Jika peneroka-peneroka tidak berjuang dan membiarkan saja Felda menipu mereka, Felda dan BN tidak memberikan apa-apa perhatian terhadap mereka.
Beliau ingin melihat perkembangan ini dan menganggapnya sebagai positif, tetapi didalam jangka yang sama, usaha-usaha melalui Peguam untuk menyaman Felda akan diteruskan juga agar Felda dan Wakil BN tidak mempermain-mainkan Peneroka, kata Md Zain.

Azmin Ali di Felda Serting 2, NS pada 6hb Oktober 2010

Posted: 06 Oct 2010 02:01 AM PDT

YB ADUN Bahau (DAP) dan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Jempol turut hadi
Hadirin
YB Azmin, Ketua PKR Cabang Tampin, dan Hj Suhaimi Said
==
YB Azmin Ali mengambil kesempatan menghadiri Majlis Rumah Terbuka PKR Cabang Jempol yang diadakan di Felda Serting 2 pada 6hb Oktober 2010. Turut didalam rombongan beliau adalah pimpinan PKR Negeri Sembilan yang diketuai oleh YB Kamarul Baharin Abas, YB Zuraida, YB Fuziah Salleh, Zakaria Hamid (MPP), Rebin Birham (Ketua AMK NS) dan T.Kumar
(Timbalan Pengerusi Biro Felda PKR Pusat). Sdr Shamsul juga hadir. Saya hadir bersama-sama Sdr Mohd Hafez Harun (Ketua AMK Cabang Kuala Krau).

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


PRK DUN Galas 4 Nov, Penamaan Calon 26 Okt

Posted: 06 Oct 2010 05:47 AM PDT

PUTRAJAYA 6 Okt - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 4 Nov sebagai tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas, jika ada pertandingan, manakala penamaan calon pada 26 Okt.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Kelantan pada 28 Sept lepas berhubung kekosongan kerusi DUN N.45 Galas, Kelantan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima pada 27 Sept.

"Berikutan itu, SPR mengadakan mesyuarat khas mengenainya hari ini dan menetapkan satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di sini.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 Sept lepas.

Beliau berkata Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.

Katanya daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (2,317), India (185), Bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27).

Beliau berkata 11 buah sekolah, sebuah balai rawatan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan sebuah dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang kesemuanya mengandungi 25 saluran tempat mengundi.

Projek Langat 2 tak perlu disegerakan: MB Selangor

Posted: 06 Oct 2010 05:46 AM PDT




SHAH ALAM, 6 Okt – Kerajaan Selangor hari ini mengulangi pendiriannya bahawa projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) tidak perlu disegerakan dengan alasan bekalan air untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencukupi sehingga 2019.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan sikap kerajaan pusat yang mendahulukan projek loji rawatan itu seolah-olah ia amat penting dalam menyelesaikan masalah perkhidmatan air di Selangor.

"Jikapun pembinaan itu bermula hari ini, ia hanya akan dapat beroperasi dalam masa tiga tahun. Ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi pada hari ini.

"Oleh itu adalah lebih tepat jika Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Datuk Seri Peter Chin Fah Kui) menyelesaikan rundingan penstrukturan semula (industri air di Selangor) dalam masa dua bulan ini," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Chin semalam bahawa kerajaan persekutuan menimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Selangor jika pembinaan Langat 2 masih tidak dapat diselesaikan sehingga hujung tahun ini.

Pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat itu sepatutnya bermula Ogos lepas.

Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor memandang serius kenyataan Chin itu dan berpendapat kerajaan persekutuan sepatutnya bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menyelesaikan rundingan penstrukturan semula industri air di Selangor yang telah tertangguh hampir dua tahun.

Katanya kerajaan negeri dan kerajaan pusat perlu memberi perhatian lebih kepada rundingan penstrukturan semula itu lebih-lebih lagi kedua-dua pihak telah memberi komitmen untuk menyelesaikannya dalam tempoh dua bulan ini.

"Penstrukturan semula industri air ini lebih penting kepada rakyat kerana ia akan memastikan tarif air yang munasabah dan perkhidmatan yang lebih efisyen.

"Bagaimanapun kerajaan negeri tidak menolak sepenuhnya projek Langat 2. Selepas rundingan penyusunan semula industri air ini selesai, barulah kerajaan Selangor dan kerajaan pusat menimbang untuk projek membina Langat 2," katanya.

Abdul Khalid berkata dalam membuat persediaan pembinaan Langat 2, mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini telah meluluskan jawatan Pengarah Kawal Selia Air seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 3 (1) Enakmen Pembekalan Air 1997.

Beliau berkata Pengarah Kawal Selia Air akan bekerjasama dengan kerajaan pusat dalam meneliti projek itu termasuk dalam soal pelantikan kontraktor-kontraktor untuk membina loji itu.

"Ini adalah satu usaha kerajaan negeri untuk mengemaskini pembangunan operasi air di Selangor. Usaha ini akan memastikan aset air milik Selangor diurus dan diselenggarakan dengan baik

"Kami berpendapat kerajaan negeri adalah entiti terbaik untuk mengambil alih industri air di Selangor yang menghadapi pelbagai masalah yang disebabkan oleh syarikat konsesi yang mengutamakan keuntungan lebih besar berbanding kepentingan lima juta pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Residents want proposed projects completed soon to solve congestion

Posted: 06 Oct 2010 07:06 PM PDT

Residents want proposed projects completed soon to solve congestion

By YIP YOKE TENG
mailto:teng@thestar.com.my


WHEN can the Petaling Jaya City Council implement the long-term projects proposed early last year to alleviate the congestion problems plaguing the entire PJU area? The council had approved 17 short-, mid- and long-term projects to address the perpetual traffic problems that have caused housing estates here to be in dispute with each other over the use of roads.
Two long-term projects recommended were to build an elevated road crossing at the New Klang Valley Expressway (NKVE) to connect FAS with Ara Damansara, and another elevated ramp connecting Jalan PJU1A/1, Persiaran Tropicana and Jalan Bukit Mayang Emas.
Almost two years have passed but the council has not given residents an answer as to when these two projects can take off. In fact, most of the short- and mid-term projects are also pending for one reason or another.
Choked: Jalan Bukit Mayang Emas that runs parallel to the New Klang Valley Expressway is always congested during peak hours as it is a main access to many neighbourhoods as well as an alternative to toll roads.
For Taman Bukit Mayang Emas residents, the clock is ticking fast as they are worried that a huge volume of traffic will pour in from Ara Damansara once the missing link connecting to Tropicana via Jalan PJU1A/1 opens.
Construction of the link stopped following a court injunction filed by Damansara Idaman residents but the council was determined to open it to ease the choked-up traffic in Ara Damansara, after completing paper work to prove that the road had been surrendered to the state.
Ara Damansara residents cannot wait any longer and are already using the uncompleted road at their own risk, but residents on the Tro­picana side feel it is impossible for the mostly two-lane roads in their area to bear such a high volume of traffic once the link officially opens.
Internal problems: Cars parked indiscriminately within Taman Bukit Mayang Emas
"The council is merely transferring the problem here if they open the road," said Taman Bukit Mayang Emas Residents' Association chairman Steven Foo. The housing estate has been there for 16 years. He said traffic from Ara Damansara would clog up Persiaran Tropicana, the Tropicana tunnels, Jalan Bukit Mayang Emas and Kampung Cempaka roundabout that are at the brim of their capacity, to link to the Damansara-Puchong Highway (LDP).
He added that most of the stretches have only two lanes interrupted by U-turns and unsynchronised traffic lights, while Jalan Bukit Mayang Emas that runs parallel to the NKVE are already sustaining heavy traffic to and from Sungai Buloh, Kepong and Kota Damansara as an alternative to toll road.
Long crawl: A photo taken by a Ara Damansara resident showing the traffic jam motorists have to put up with along the access via the FAS tunnel during peak hours.
Deputy chairman Lum Weng Fook lamented that there were at least seven projects coming up in the area served by only two-lane roads.
"Residents fear development. Developments in Petaling Jaya do not bring progress but nightmares. We shudder to think what will happen when these projects are ready; we are already suffering every day.
"Just how many more years do we have to wait before the council finds a solution?" he asked.
Dangerous: Water seepage makes the pedestrian walkway along the Tropicana tunnel slippery and dangerous.
Lum added that illegal parking was rampant near the area's eateries and condominiums, so much so that public buses had stopped plying these roads.
"At the rate these high-rise buildings are mushrooming in PJU, I doubt the traffic projects can end our traffic woes," he said.
Secretary Jenny Tan said even though residents had been invited to give their views at MBPJ dialogues nothing solid had been done.
"We had our say at the traffic briefing where we were told about the 17 projects but two years have passed. It is still the same," she said.
Mutiara Tropicana Residents' Association chairman Muhammad Ismail Muhammad Yusuf said opening the link would endanger the lives of many pedestrians and school-going children.
"There are two schools located near the Tropicana tunnels, many students walk to school from home but the traffic is always so heavy. We shudder to think what will happen when the link opens," he said.
The new Tropicana tunnel, which opened in August 2009, is in bad condition with water seepage, deep potholes and cracked concrete, affecting traffic flow.
Status of the traffic projects announced in early 2009
Short-term proposals
• Physical improvement to existing Lembah Subang tunnel (done)
• Operate Lembah Subang tunnel and southern section of Jalan Taman Emas 2 as one-way east-bound (done)
• Completion of Jalan PJU1A/44 (pending)
• Conversion of Jalan PJU 1A/4A roundabout with Jalan PJU1A/4D to a signalised T-junction (pending)
• Widening of Jalan PJU1A/4A from two lanes to four lanes (pending)
• Completion of a four-lane road between Jalan PJU1A/1 and Jalan PJU 1A/4A (pending)
• North-South link between Jalan PJU1A/1 and Jalan Lembah Subang (pending)
• Improvement at the ingress from Jalan PJU1/28 northbound into Jalan SS25/29 (pending)
• Improvement of LDP junctions at Jalan SS25/29 and Jalan SS25/23 (pending)
• Roundabout design at Jalan Hilir Bandar Utama/Jalan Tropicana Sela­tan junction (replaced by a U- turn)
• Raising road embankment near Persiaran Surian/Jalan PJU3/31 (pending)
• U-turn facility at Persiaran Surian (pending)
Medium-term proposals
• Improvement of Persiaran Surian (tender put up)
• Realignment of road to avoid residential road in Kelana Idaman (pending)
• Construction of missing link along Jalan PJU1A/1 to connect Ara Damansara and Tropicana (court injunction)
Long-term proposals
• Elevated road crossing at NKVE to connect FAS with Ara Damansara (pending)
• Elevated ramp connecting Jalan PJU1A/1, Persiaran Tropicana and Jalan Bukit Mayang Emas (pending)

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


PEMILIHAN 2010

Posted: 05 Oct 2010 10:12 PM PDT

Suasana semakin "panas". Itulah yang dapat digambarkan setakat ini. Pelbagai kejadian yang tidak sepatutnya berlaku telah mencemarkan nama baik Keadilan. Semua cuba bersikap profesional namun emosi dan provokasi berlebihan menyebabkan kematangan fikiran ditewaskan oleh nafsu amarah.
Alhamdulillah.. Keadilan Cabang Gelang Patah telah menjalankan tanggungjawab pada Pemilihan 2010 peringkat cabang dengan jayanya. Tiada pergaduhan dan tiada provokasi. Pemilihan dijalankan dengan penuh kekeluargaan.
AMK Gelang Patah kini ber"boss"kan Ketua baru. Sdr. Nazri yang dahulunya Setiausaha AMK Cabang kini telah dipilih menjadi Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah yang baru. Tahniah diucapkan. Sekarang tanggungjawab telah terpikul dibahu, semoga beliau dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut dan memimpin AMK Gelang Patah agar semakin berani, vokal dan mantap.
AMK Gelang Patah melihat senario Pemilihan 2010 ssebagai gelanggangan politik yang cukup hebat. Terkadang terfikir, kehebatan kempen dan kenyataan media lebih hebat dari bertempur dengan musuh politik kita yang sebenar. Masing-masing menggunakan media untuk menyerang satu sama lain. Politik kebudak-budakan semakin menjadi amalan oleh pimpinan Keadilan di peringkat pusat. Mengapa semua ini berlaku...?? Jika dikaji latarbelakang akademik setiap pemimpin yang bertelagah, mereka2 ini bukanlah calang2 orang namun terkadang perlakuan dan kenyataan mereka seperti kanak2 berusia bawah 15 tahun. Inikah dinamakan kematangan seorang pemimpin.
Kami sering menerima runggutan dari ahli2 biasa yang tidak berjawatan mengenai gelagat pemimpin2 ini. Mereka hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Sesekali terpacul dimulut mereka "BOSAN" dengan gelagat pemimpin2 ini yang seolah-olah "kemarukan kuasa". Perangai seperti ini menyebabkan rakyat semakin meluat dan menyampah dengan Keadilan. Apa lagi yang kami mampu lakukan diperingkat cabang sedangkan "ANDA" (Pimpinan diperingkat Pusat) bertelagah sesama sendiri. Memberi kenyataan kepada media arus perdana yang sentiasa mencari kelemahan parti untuk diputar belitkan, tanpa rasa bersalah sedangkan mereka juga tahu media arus perdana akan memanipulasikan kenyataan tersebut. itu belum lagi cercaan atau kenyataan di dalam alam maya seperti blog atau laman2 web sosial yang lain.
Gelagat, Sikap dan Perangai pemimpin seperti ini sebenarnya telah mencemarkan nama baik parti sekaligus mencerminkan bahawa parti ini masih belum matang dan persepsi ini amat merbahaya. Jangan biarkan "PERANGAI BURUK" 2 3 pemimpin seperti ini membuatkan rakyat "SALAH" mentafsir dan menilai kesediaan PKR untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada PRU akan datang. Akibat Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga...

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Desperate Politicians and Desperate Housewives.

Posted: 06 Oct 2010 08:15 AM PDT

By Farish Noor and Zaid

I once had the misfortune to watch an episode of a program called ‘Desperate Housewives’, and as the title suggests, the program was precisely about that and it reminded me of just why I loathe such chick-flicks and chick-pulp so very, very much. This particular episode had some forgettable character (Housewife A) in a fit because of her marital problems with Husband A. Housewife A then goes to chat with her neighbour, Housewife B, to vent her spleen about all her husband’s problems. Though I confess that I havent watched all the episodes of this rather tiresome series, I gathered that Housewife A wasnt the sharpest tool in the box, as she obviously didnt suspect that Housewife B also happened to be the local neighbourhood radio station, so to speak.

In time Housewife B did what she does best, which was to run along to Housewives C, D, E, et al and to tell the whole street about the problems between Housewife A and her husband – namely, that he suffered from erectile dysfunction and there were some problems in his plumbing department. The rest, as they say, is herstory and what a tedious story it was too. The moral of the tale could be summed up in one sentence which would have spared me 60 precious minutes when I could have polished my shoes instead: Dont go gossiping about your problems to people who cant keep their mouths shut. Ho Hum.

Ho hum, indeed. Yesterday I was asked why I rarely write about Malaysian politics these days. The answers are prosaic: Malaysian politics today is boring, tedious, juvenile (bordering on infantile at times) and downright crass and vulgar. I would also like to point out, if I may wear my academic hat for a bit, that to write about Malaysian politics means writing about its political economy, about institutions, power-structures and power-differentials. It is NOT about writing about Dato This or Dato That, or their wives, or their holidays, of their petty bitching among themselves and their fellow party members. That is not writing about politics, it is writing about stupid politicians.

And on the subject of stupid politicians and the stupid things they do (of which there are too many and even facebook does not have enough memory storage for me to upload all of it), allow me to remark on a rather silly thing done recently by at least one politician, Zaid Ibrahim. Of Zaid’s reform credentials I need not speak as they are well known. So is the fact that the man has on occasion taken stands that were not popular and has paid the price for it. Kudos to Zaid for that.

However Zaid’s recent revelations that were displayed for all asundry in the mainstream press has left me quite baffled, and reminded me of the antics of Housewives A and B alluded to above. For a man who has himself been a victim of media sabotage, I am confounded by Zaid’s decision to speak to the very same newspapers that once hounded and demonised him. We are told that in a free society a politician may speak to any newspaper or media outlet she/he chooses to; and that one cannot talk about freedom of the press if one engages in selective boycotts of the media. True.

However, let us remind ourselves that we need to talk about politics here – and this means talking about institutions, power-relations and power-differentials. In a free, just and equitable society there might be some semblance of a free and independent media. And perhaps in such a Utopian society any politician can go to any newspaper and complain “Mami dat fellow in de committee say he dont want to fren me anymore so I also dont want to fren him and den I wan to sabotage his kempen because he say he dont like my face wan.” (Mommy then pats politician on the head and says “there, there, Dato, here is a lollipop and you can go and create your own splinter party now with some foreign funding from abroad.”)

Unfortunately we do not live in an equitable society where everyone has equal access to the media. Unfortunately we all know that almost all of the mainstream media in the country is controlled directly or indirectly by powerful political parties and their funders. Unfortunately we also know that there is no truly unbiased non-partisan alternative media either, as the opposition parties are likewise wont to control their respective media organs. And unfortunately we know that the mainstream media’s task is to render all attempts by the opposition to govern as untenable and uncomfortable. Unfortunately life is not idyllic, equal or just: Life sucks, and one should get used to that as one enters adulthood.

Under such circumstances one would be rather stupid indeed to think that one can get one’s way in one’s own party by jumping across the fence to moan about one’s fellow party members to a hostile press. During the days when the Labour Party of England was led by Neil Kinnock, the Labour party was wary of tabloids like The Sun that were instrumental in the campaign to destroy their image. And even President Obama – everyone’s favoured dude at the moment – has also avoided dealing with the rabidly right-wing Fox News channel. Thats because these are politicians who are smart enough to know that power differentials and structural biases exist in the media industry; and they know that it would be silly to offer themselves to a media that is already hostile to them and their political aspirations. One doesnt need to be a philosopher to achieve such wisdom: Its called common sense.

Some of us had placed some hope on Zaid Ibrahim as someone who might have injected a modicum of objectivity, reason and common sense to the party that he decided to join. But parties are composite entities made up of a myriad of personalities who do not necessarily agree with each other all the time. The need, therefore, is to learn the art of compromise and teamwork, even when the odds are stacked against you. Occasionally one must also accept that one cannot have one’s way all the time; in which case the time would come to quit and bid a quiet farewell. But no party – not PKR, not UMNO, not PAS, not DAP or even the Labour and Conservative parties of the UK – can or will continue to tolerate mavericks who rush out to the street to complain whenever they do not get their way. The disappointment expressed about Zaid by some members of PKR is understandable under the circumstances, and it would probably manifest even if he was still an UMNO member who chose to speak to the opposition press. Parties have rules and norms, and collective responsibility happens to be one of them. If you cant agree with that, then dont join a party. Thats common sense too.

Rahimi pembohong

Posted: 06 Oct 2010 07:51 AM PDT

Dari Sharpshooter blog

Hari ini gempar bila pagi tadi Sharpshooter terima e-mel sahabat2 dari Rahimi

From: Rahimi Osman rahimibinosman@gmail.com>
Date: Wed, Oct 6, 2010 at 11:38 AM
Subject: Press Conference by ex-aide to Datuk Seri Anwar Ibrahim
To:
MEDIA ADVISORY

6 October 2010

Press Conference

Rahimi Osman – ex-aide to Datuk Seri Anwar Ibrahim sets the record straight on the on-going sodomy trial.

Please be advised that Rahimi Osman will be having a press conference as follows:

Date: 6 October 2010 (Wednesday)

Time: 4:00 p.m.

Venue: The Lotus Restaurant

No. 1, Jalan Dato Dollah

off Persiaran Raja Muda Musa,

Klang (Venue Contact: 03-3373 7322).

For further information, please contact Ravinchandran (03-3344 2099)

We look forward to your attendance at the press conference.

Thank you.

TV3 menyiarkan kekecohan berlaku hingga sidang media terpaksa dibatalkan.

TheMalaysianinsider melaporkan Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah oleh Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan juga beberapa anggota parti di Quality Hotel akhir Jun 2008.
"Saya dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 mengenai Anwar dan Saiful.

"Deklarasi itu tidak benar kerana bukan saya yang menulis.

"Saya dipaksa untuk menandatangani, kerana saya bimbang dengan keselamatan saya… ketika itu ada beratus penyokong Anwar dan orang-orang kanannya di sekitar Quality Hotel," kata Rahimi.

Malah menurut pembantu itu beliau juga dipaksa tinggal di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menandatangani akuan bersumpah. Berita penuh klik dibawah.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kes-liwat-bekas-pembantu-anwar-dakwa-dipaksa-tandatangan-akuan-sumpah-kaitkan-pm-rosmah/

Malaysiakini juga melaporkan seperti dibawah.

http://www.malaysiakini.com/news/144569

Manakala Chegubard dalam blognya menganggap bahawa ini adalah permulaan kempen Galas. Antara petikannya melaporkan – Mungkin sharpshooter a.k.a Din Binjai dan Zulkifli Ibrahim (Nibong Tebal) boleh berkongsi lebih banyak cerita kerana dialah yang bersama Rahimi ke banyak tempat ‘berfoya’ ketika mereka menemani Rahimi.

Dipaksa ? Gila…… langsung tak wujud paksaan, malah dia sendiri yang cerita itu dan ini termasuk mengaitkan Ezam. Berita lanjut di sini.

Jawapan Sharpshooter – Ya memang benar kata Chegubard, sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim (Exco AMK Malaysia) yang diamanahkan menjaga Rahimi selama 5 hari 4 malam. Manakala 2 orang amk dari N9 diamanahkan pula menjaga Rashid. Siapa Rashid? Mengapa Rahid? Sharpshooter akan dedahkan kemudian.

Memang lucu, lawak & pelik, mengapa Rahimi membuat pengakuan setelah lebih daripada 2 tahun????

Rahimi mungkin terlupa bahawa Sharpshooter waktu tu bersama Zulkifli Ibrahim (gambar kiri) yang waktu itu telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan Rahimi kerana waktu itu beliau cukup tidak yakin & takut Najib yang waktu itu masih lagi Timbalan Perdana Menteri

Untuk makluman semua, Rahimi dijaga dengan baik, beliau di benarkan berjumpa dengan sesiapa sahaja, menelefon siapa sahaja bahkan beliau pernah memperkenalkan kepada ibu dan bapa beliau bahawa ‘inilah 2 orang abang (sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim) yang jaga keselamatan beliau sepanjang di sini’

Malah pernah pada satu malam, Rahimi berkata dia nak tengok Euro final 2008? Kami bawa Rahimi ke Sri Pentas TV3 dalam ribuan manusia.

Sharpshooter melihat dengan mata dan kepala sendiri pengakuan Rahimi yang divideokan tanpa paksaan dan dengan kerelaannya sendiri. Latifah Koyah sebagai peguam bertanya beberapa soalan kepada Rahimi dan beliau menjawab tanpa skrip yang diberi dalam erti kata lain, Rahimi sendiri yang menceritakan dengan kerelaannya.

Rahimi menceritakan bahawa Saiful adalah kawan sekolahnya dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Rahimi bertemu semula dengan Saiful ketika dalam siri roadshow Ceramah Anwar semasa kempen PRU12.

Rahimi terkejut bertemu Saiful semasa ceramah Anwar kerana Rahimi tahu Saiful merupakan penyokong kuat UMNO. Belum tiba masanya nak citer semua pengakuan Rahimi.

Cuma rumusan pada hari ini, Sharpshooter ingin menegaskan bahawa jika Rahimi mengatakan beliau dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah adalah satu pembohongan yang besar.

Berita lanjut akan menyusul…

Selepas Bala, Giliran Rahimi Ubah Kenyataan Selepas Dua Tahun

Posted: 06 Oct 2010 07:16 AM PDT

Dari TV Selangor

Setelah membuat akuan bersumpah lebih dua tahun lalu yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak kepada konspirasi untuk mengenakan tuduhan liwat buat kali ke dua ke atas Anwar Ibrahim, bekas pembantu Anwar menukar nadanya hari ini.

Rahimi Osman membuat laporan polis mendakwa kononnya dua kenyataan bersumpahnya itu dibuat kerana dipaksa oleh orang Anwar, termasuk seorang peguam wanita dari parti itu.

Kenyataan bercanggah Rahimi mirip kepada kes penyiasat P. Balasubramaniam yang turut mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak kepada kes warga Mongolia Altantuya Shariibu yang mati dibom pada tahun 2008.

Selepas membuat pengakuan itu, Balasubramaniam "terpaksa" menukar kenyataan itu keesokan harinya sebelum menghilangkan diri untuk mencari perlindungan di luar negara.

Hanya selepas setahun, Balasubramaniam muncul di Singapura dan mendedahkan beliau diugut oleh rakan dan kerabat keluarga Najib supaya mengubah kenyataannya jika mementingkan keselamatan keluarga beliau.

Tindakan Rahimi menafikan beliau membuat kenyataan bersumpah secara sukarela yang mengaitkan Najib kepada konspirasi menfitnah Anwar dengan tuduhan liwat tentunya dipandang dengan sinis.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata beliau tetap yakin Rahimi membuat pengakuannya dua tahun lalu secara sukarela. Kenapa hanya sekarang, beliau mendakwa dipaksa, tentunya ada sesuatu yang mencurigakan," kata Sankara kepada TV Selangor.

"Saya mahu menegaskan bahawa Rahimi tidak pernah dipaksa untuk membuat kenyataan bersumpah. Ia dibuat secara sukarela dan keterangan itu memihak kepada Anwar dan justeru beliau adalah saksi untuk pembelaan," tambah Sankara.

Dalam wawancara dengan Pengarang Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin pada Julai 2008, Rahimi sendiri mengesahkan pembabitan Najib dalam pemalsuan bukti terhadap Anwar berhubung dakwaan palsu oleh Saiful Bukhari Azlan.

Ini kerana, menurut Rahimi, beliau sendiri yang mengiringi Saiful untuk berjumpa dengan Najib bagi membincangkan dakwaan itu.

Menurut sumber-sumber, wawancara itu telah dirakam secara video dan disimpan di tempat yang selamat.

Rakaman ini apabila disiarkan akan menunjukkan secara jelas, Rahimi tidak berada dalam sebarang keadaan tertekan atau dilatih untuk memberi kenyataan.

Sidang akhbar yang "diatur" untuk Rahimi dan peguamnya di Klang selesai dalam tempoh tidak sampai 15 minit, sejurus selepas Rahimi bergambar dengan laporan polis.

Sidang media itu yang diadakan di sebuah restoran di Kelang ditamatkan lebih awal selepas sekumpulan orang yang tidak dikenali bertindak untuk melarang Ravichandran dan Rahimi daripada terus memberi kenyataan.

Anehnya kumpulan itu terlalu ghairah cuba menggambarkan diri mereka sebagai penyokong Anwar malah membuat pengakuan terbuka sedemikian. Ini hanya menimbulkan kecurigaan terhadap identifi sebenar kumpulan ini.

Seperkara menarik pada sidang akhbar Rahimi dan P. Balasubrmaniam adalah hakikat bahawa kedua-dua mereka tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media, kerana tidak mahu menjawab soalan daripada pemberita.

Dan selepas sidang akhbar yang menafikan pembabitan Najib dalam kes Altantuya dan dalam kes ini, mengatur konspirasi untuk menjatuhkan Anwar, Balasubramaniam, ketika itu, dan Rahimi, hari ini menghilangkan diri.

Galas: SPR pilih Tarikh iIkut Kehendak Umno?

Posted: 06 Oct 2010 07:12 AM PDT

Dari Harakah

Ada ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu peratusan keluar mengundi lebih ramai, namun dalam masa yang sama hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas diadakan pada hari bekerja.

Ia seumpama kata orang cakap tidak serupa bikin. Malah ada pihak menggambarkan SPR mempunyai tuan yang lebih berkuasa iaitu pemimpin Umno.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamad Fadzli Hassan (kiri) berkata, SPR sepatutnya mengambil kira banyak situasi dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas termasuk persidangan Dun Kelantan.

"Ketika itu persidangan Dun Kelantan sedang berlangsung dan perasmiannya akan disempurnakan Al-Sultan Kelantan pada 1 November.

"Persidangan Dun diadakan bermula 1 hingga 8 November. Saya hairan mengapa SPR tidak mengambil kira perkara tersebut. Tentunya program besar seperti itu ada dalam pengetahuan mereka," katanya di sini.

Hari ini SPR menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas, Gua Musang diadakan pada hari Khamis, 4 November depan, manakala penamaan calon pada hari Selasa, 26 Oktober ini.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar di Putrajaya.

Pada pilihan raya tersebut SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010.

Jumlah pengundi seramai 11,553 orang, di mana 27 daripadanya merupakan pengundi pos.

Dr Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, SPR sepatutnya mempamerkan sikap tidak berpihak dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil.

Bagaimanapun katanya, PAS tetap akan meneruskan cabaran bagi mempertahankan Dun tersebut dengan menggerakkan seluruh jentera PAS dengan dibantu Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

"Kita tahu Umno akan menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan Malaysia bagi berdepan dengan PAS pada pilihan raya tersebut," katanya.

Satu sumber pula memberitahu mesyuarat penyelarasan jabatan-jabatan kerajaan pusat bagi membantu kempen calon BN telah diadakan termasuk membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna.

Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamed berkata, tindakan SPR menetapkan hari pengundian pada hari bekerja tentunya akan menyukarkan orang ramai keluar mengundi.

"Saya pun hairan sebelum ini SPR berkempen supaya pengundi keluar mengundi, namun dalam masa yang sama ditetapkan hari mengundi di Galas pada hari Khamis," ujarnya.

Menurutnya keadaan itu tentunya sedikit sebanyak menyukarkan pengundi keluar mengundi lebih-lebih lagi Dun Galas meliputi kawasan yang luas.

Naib Yang Dipertua PAS Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi (kanan) berkata, SPR tidak sensitif terhadap persidangan Dun Kelantan yang juga berlangsung pada hari tersebut.

Katanya, tarikh persidangan Dun sudah lama ditetapkan dan SPR mustahil tidak mengetahui perkara itu kalau merujuk terlebih dahulu kepada kerajaan negeri.

Namun kata beliau apa yang jelas SPR lebih mengambil kira perkembangan yang berlaku dalam Umno dalam menentukan segala tindakan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, tarikh penamaan calon dan hari mengundi di Galas bertindan dengan tarikh sambutan ulangtahun ke-20 kerajaan PAS Kelantan.

"Program itu merupakan satu program besar di peringkat negeri. Selain itu ia bertembung dengan tarikh persidangan Dun yang bermula 1 November ini," katanya di Kota Darulnaim.

Menurutnya SPR hanya mengambil kira persidangan Agung Umno, sedangkan ia adalah urusan parti.

"Nampak sangatlah SPR tidak peka terhadap program kerajaan di Kelantan. Sepatutnya mereka lebih peka hal sebegini," kata beliau.