Ahad, 3 Oktober 2010

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Kemahiran Adalah Jalan Keluar Kemiskinan : Tan Sri Khalid Ibrahim

Posted: 02 Oct 2010 02:00 AM PDT

KUALA SELANGOR, 2 OKT – Latihan kemahiran adalah jalan penyelesaiannya. Itu tegas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di hadapan kira-kira 200 pelajar Kolej Antarabangsa INPENS di Kuala Selangor hari ini.

Khalid Ibrahim berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Kemahiran Teknikal Kolej Antarabangsa INPENS sessi kemasukan Julai 2010 kepada 184 orang daripada 10 bidang kursus kemahiran teknikal.

"Untuk mengatasi masalah kemiskinan ialah bukan kepada cara kebajikan, jawapan ialah kepada pekerjaan, kebolehan dan keupayaan, rakyat yang mempunyai kemahiran sudah dapat bekerja di luar negara," katanya.

Turut hadir di majlis penyerahan surat tawaran ini ialah Exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr  Xavier Jayakumar, Pengerusi Kolej Antarabangsa INSPENS Datuk Md Mydin Md Sheriff, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor Tuan Haji Haris Kassim.

Pada masa ini, pelajar di Kolej Antarabangsa INPENS dibiayai oleh kerajaan negeri sebanyak RM6550.00 seorang bagi program kemahiran teknikal peringkat sijil kemahiran selama enam bulan pengajian.

Sepanjang tempoh tersebut para pelajar dibiayai sepenuhnya termasuk makan dan minum, yuran pengajian, elaun penginapan dan elaun sara diri sebanyak RM150.00 sebulan.

Elaun sara diri ini telah dinaikkan daripada RM100.00 kepada RM150.00 bermula sesi pengambilan Januari 2010 lepas berikutan peningkatan kos dan kenaikan harga barangan keperluan harian.

Khalid Ibrahim juga sempat meluangkan masa kira-kira 45 minit untuk turun padang melawat persekitaran kolej yang boleh menempatkan kira-kira 500 pelajar pada satu-satu masa.

Perancangan Kolej INPENS ialah untuk meningkatkan kapasiti di mana boleh memuatkan kira-kira 1000 pelajar apabila projek penambahbaikan akan bermula tidak berapa lama lagi.


Sumber: Selangorkini

AMKBayanBaru

AMKBayanBaru


Pemilihan 2010 Cabang Bayan Baru- Ucapan Ketua Angkatan Muda Bayan ra

Posted: 03 Oct 2010 09:42 AM PDT

Salam, selesai sudah pemilihan Cabang Bayan Baru. Pertama sekali kita panjatkan syukur pada Allah SWT kerana memberi kemudahan untuk kita selesaikan semua keperluan sebagai sebuah parti yang berdaftar di Malaysia.
Isyaallah , mohon dipermudahkan segala urusan untuk memantapkan parti dan menghadapi PRK ke 13.
Saudara dan saudari yang dihormati, saya menyeru agar semua dapat menyatu dan merapatkan kembali saf setelah selesai pemilihan. Buang apa yang menjadi hambatan dan halangan dalam menyatupadukan kekuatan di peringkat cabang. Saya percaya dan yakin kita dapat menjadi pasukan yang kuat untuk memastikan Parlimen Bayan Baru terus diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat dan 3 DUN dibawah Parlimen Bayan Baru- Batu Maung,Pantai Jerjak dan Batu Uban dipertahankan oleh Parti Keadilan Rakyat.
Saudara dan saudari, ahli Parti Keadilan Rakyat , saya menyeru agar kita kembali menyorot Deklarasi Permatang Pauh untuk menajamkan dan memantapkan lagi kefahaman kita tentang erti perjuangan. Parti Keadilan Rakyat yang dulunya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional ditubuhkan hasil kesedaran dan jerih perih rakyat yang dahagakan keadilan dalam negara Malaysia tercinta. Tidak dinafikan penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penyebab tercetusnya gelombang reformasi dan mencipta sejarah tersendiri dengan terbentuknya gagasan ADIL seterusnya Parti didaftarkan serta terus melepasi onak duri politik di Malaysia.
Rakyat melihat akan Parti Keadilan Rakyat dan rakan dalam Pakatan Rakyat
merupakan alternatif terbaik selepas kegagalan Barisan Nasional dalam mengagihkan serta memastikan kekayaan negara diperolehi oleh rakyat terbanyak.
Saudara-saudari semua, sekali lagi saya menyeru agar kita rapatkan saf serta mempebaharui tekad dalam memperjuangkan semagat keadilan dalam menghadapi PRK ke 13.
Sekian.

Ahmad Azrizal Tahir
Ketua AMK Cabang Bayan Baru Sessi 2010-2013

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jin ifrit bakar rumah dan kereta di Selangor

Posted: 02 Oct 2010 11:27 PM PDT

Sesungguhnya ALLAH lebih Maha Berkuasa dari segala makhluk yang ada di alam nyata dan alam ghaib. Hanya kepada ALLAH kita memohon bantuan dan berserah.

Kebakaran aneh
Harian Metro 3 Okt 2010
SABAK BERNAM: Lapan bulan sepanjang tahun ini menjadi tempoh paling kritikal dan menyeksakan buat sebuah keluarga di Sungai Besar, di sini, selepas saban hari berdepan kejadian aneh yang membawa kepada kesudahan memilukan apabila rumah dan dua kereta mereka terbakar.

Mangsa, Abas Awang, 49, berkata kejadian aneh yang berlaku di rumahnya di Parit 6 Timur, di sini, sejak Februari lalu menyebabkan kehidupan isteri dan seorang anak gadisnya tidak tenteram.

"Pada mulanya, lampu rumah padam sendiri, barang di rumah seperti pakaian dan peralatan dapur termasuk pisau bertaburan, malah sesekali berterbangan.

"Selepas itu, penggera kereta dan hon berbunyi sendiri, malah ada ketikanya enjin kereta hidup sendiri walaupun kunci ada di tangan saya.

"Selang beberapa bulan, berlaku pula kebakaran kecil pada pakaian dan dinding rumah, hinggalah kemuncaknya pada awal Ramadan lalu, rumah saya hangus terbakar, selain sebuah motosikal dan kereta.

"Bagaimanapun, kereta itu hanya terkena tempias kebakaran dan masih boleh digunakan selepas diperbaiki, " katanya kepada Metro Ahad ketika ditemui baru-baru ini.

Kebakaran itu membuatkan Abas dan keluarganya berpindah sementara ke rumah mentua, tetapi kejadian aneh seperti di rumahnya tetap berlaku.

"Seminggu selepas menetap sementara waktu di rumah mentua, berlaku kebakaran kecil di dalam bilik dan selepas memadam kebakaran itu dan memastikan keadaan selamat, kami sekeluarga keluar rumah untuk mencari pengamal perubatan bagi membantu mengatasi masalah itu.

"Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, penduduk memberitahu, rumah mentua saya hangus terbakar. Saya dan keluarga menetap sementara waktu di balai raya pula, tetapi kejadian aneh tetap berlaku," katanya yang turut membuat catatan mengenai kejadian aneh itu di buku nota.

Menurut Abas, ketika menetap di balai raya, berlaku juga kebakaran kecil di bahagian tertentu, menyebabkan dia mengambil keputusan 'menginap' di khemah di luar dewan.

"Saya sekeluarga rela tinggal di khemah kerana bimbang balai raya pula yang terbakar. Alhamdulillah, balai raya itu tidak menerima nasib sama seperti rumah saya dan mentua.

"Namun, kejadian aneh sekali lagi berlaku apabila dalam tempoh dua minggu sebelum Aidilfitri, sebuah lagi kereta yang dibawa isteri ke sekolah terbakar dengan sendirinya. Mujur kebakaran sempat dikawal dan kereta itu yang terbakar di bahagian kusyen belakang masih boleh digunakan selepas diperbaiki dengan kos kira-kira RM2,000," katanya.

Akibat kejadian aneh itu, Abas dan keluarganya menjadikan khemah di luar balai raya berkenaan sebagai kediaman, termasuk ketika menyambut Aidilfitri, sebelum rumahnya yang diperbaiki boleh diduduki semula pada Aidilfitri keenam.

"Kebakaran kecil tetap berlaku, tetapi paling mengejutkan saya, kereta yang terbakar di sekolah dulu, terbakar sekali lagi di depan rumah. Hancur luluh hati saya apabila terpaksa berdepan musibah itu.

"Kereta itu terbakar di bahagian kusyen belakang serta bumbung dan keadaan kereta sangat teruk kerana dipenuhi asap hitam. Bingung saya memikirkannya," katanya.

Pesara tentera itu berkata, sejak kejadian aneh itu berlaku dia mendapatkan bantuan lebih daripada 10 pengamal perubatan.

"Semuanya tidak berkesan. Ada pengamal perubatan mengakui tidak mampu menyelesaikan masalah yang saya hadapi dan ada pula yang turut berdepan kejadian aneh, berlaku kebakaran kecil di bahagian karpet kereta ketika dalam perjalanan ke rumah saya.

"Kali terakhir saya meminta bantuan seorang ustaz dan setakat beberapa hari ini tidak berlaku kebakaran, namun gangguan tetap ada. Saya bimbang meninggalkan rumah dalam keadaan kosong, takut terbakar lagi," katanya.

Abas tidak mahu menaruh prasangka kepada sesiapa di atas kejadian aneh yang berlaku, sebaliknya reda kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya.

"Pengamal perubatan mengakui kejadian yang berlaku mungkin berpunca daripada perbuatan ilmu hitam, tetapi saya hanya berharap kejadian aneh ini berakhir.

"Saya sudah berusaha mengatasi masalah ini seperti membuat laporan polis dan mencuba menggunakan khidmat pengamal perubatan. Selebihnya saya bertawakal dan berserah kepada Allah SWT," katanya.


Abas mengucapkan terima kasih kepada penduduk, termasuk anak muda yang sanggup berkawal di balai raya dan rumahnya.

Abas juga mengalu-alukan kepada sesiapa saja yang sudi membantunya menyelesaikan 'misteri' yang dihadapinya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kebakarananeh/myMA/myArticle/

Angkara jin Ifrit
Harian Metro 3 Okt 2010

SABAK BERNAM: "Ini ujian yang memerlukan kesabaran dan Allah akan menaikkan darjat orang yang sabar di akhirat. Ujian itu ada hikmahnya juga kerana Allah mahu kita semakin rapat dengan-Nya menerusi usaha mempertingkatkan lagi ibadat kepada-Nya.

Hisham yang juga penduduk setempat turut menyaksikan kejadian kebakaran secara tiba-tiba yang berlaku kepada kereta Abas ketika berkunjung ke kediaman Abas pada Aidilfitri keenam.

Menurutnya, ia sememangnya kejadian aneh kerana kereta mangsa terbakar sendiri.

"Ketika berkunjung ke rumah Abas, secara tiba-tiba kereta jenis Perodua Kelisa itu terbakar. Saya sendiri melihatnya.

"Ketika itu tiada sesiapa berada berdekatan kereta itu. Kebakaran bermula daripada bahagian kusyen belakang dan api berjaya dipadamkan sebelum keseluruhan kereta terbakar," katanya.

Menurut Hisham, berdasarkan pengalamannya, kejadian aneh itu boleh dikaitkan dengan angkara jin Ifrit kerana jin itu pembawa api.

"Ketika peristiwa Israk dan Mikraj, jin Ifrit mengejar Nabi dengan membawa api, lalu malaikat Jibril mengajar Nabi ayat Tammah dan akhirnya api jin terpadam dan jin itu tersungkur.

"Seperkara lagi, jika apa yang berlaku itu adalah angkara manusia, diharap sesiapa yang terbabit segera bertaubat kerana melakukan sihir itu dosa besar lagi syirik.

"Dosa syirik menghapuskan semua amalan kebaikan kita, lebih-lebih lagi doa orang teraniaya tiada hijab," katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AngkarajinIfrit/myMA/myArticle/

PD Bandar Tentera Darat atau Bandar Maksiat

Posted: 02 Oct 2010 11:18 PM PDT

Dari Blog Singalautmetro
TAUKE RESORT/KONDOMINIUM DAN PELAJAR POLITEKNIK PORT DICKSON/PELATIH JURURAWAT SANGAT KAMCING. BAGAIKAN AUR DENGAN TEBING. PROJEK usahasama ini sebenarnya telah lama menjadi bualan orang, terutama penduduk dan pekerja resort serta kodominium di tepi pantai Port Dickson. Projek melibatkan segelintir pelajar Politeknik Port Dickson/pelatih jururawat dan tauke tempat penginapan di pantai peranginan itu menjayakan musim penggalakan maksiat!

Setiap kali hujung minggu atau cuti semester, ada sahaja projek usahama termeterai! Banyaklah bilik yang sebahagian besarnya kosong, kembali penuh. Diskaun untuk menginap secara berpasangan, tanpa larangan datang melimpah ruah. Banyaklah pasangan terutama bermotosikal masuk kondominium yang sebahagian besarnya kelihatan seperti bangunan yang hidup segan mati tak mahu. Mereka datang berpasang-pasang, bermodalkan duit pinjaman masuk melampiaskan nafsu semahu-mahunya.

Ini bukan cerita fitnah untuk memburukkan institusi pengajian tinggi, apatah lagi untuk memburukkan anak bangsa sendiri. Minggu lalu, cerita 'rakan kongsi' ini terbongkar apabila seorang saudara lelaki menarik keluar adik perempuannya dari sebuah bilik di kondominium yang dihuni bersama teman lelakinya.

Desak punya desak, terbongkarlah cerita rupanya bukan adik perempuannya sahaja yang sering berbulan madu dengan teman lelakinya, tetapi banyak pasangan melibatkan pelajar institusi itu dengan pasangan lelaki yang telah bekerja duduk berenak-enak di kondominium itu.

Menurut cerita teman yang terlalu bengang itu, dia bertanyakan hal serupa kepada petugas yang menyewakan bilik di kondominium berkenaan. Alangkah terkejutnya dia apabila diberitahu memang perkara itu sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan pelajar.

Malah petugas itu mengakui pula tanpa segan silu yang perniagaannya banyak bergantung kepada kedatangan pelajar, terutama pada cuti hujung minggu atau permulaan cuti semester.

Modus operandi dalam projek usahasama menggalakkan maksiat itu rupanya jarang diketahui orang. Rupanya tauke kondominium tidak pernah mengambil tahu apa yang berlaku di bangunan itu. Sebaliknya banyak pihak berniaga dengan memajak beberapa bilik daripada tuan punya kondominium. Bilik-bilik yang dipajak itu kemudian disewa pula kepada pasangan, termasuk pelajar politeknik dan sebuah kolej jururawat berdekatan untuk dijadikan tempat pertemuan dengan pasangan masing-masing!

Berbalik kepada saudara lelaki seorang pelajar (kini telah berhenti) politeknik tadi. Dia ternyata amat berang kerana petugas yang berniaga menyewakan bilik di kondominium itu tidak langsung mempunyai tanggungjawab sosial, sebaliknya hanya mementingkan keuntungan.

Katanya, mereka sepatutnya menegur golongan muda terutama yang sedang belajar agar tidak menyewa bilik berkenaan. Sebaliknya, sikap mereka yang kadang-kala memberi diskaun termasuk memberi sewa mengikut jam amat tidak bertanggungjawab. Ia seolah-olah menggalakkan lagi pelajar yang mash muda hanyut dalam gejala sosial.

Selepas ini pihak berkuasa, terutama jabatan agama negeri itu mesti bertindak lebih tegas. Periksa bilik di semua kondominium yang dari luar nampak macam bangunan tidak bernyawa. Tapi di dalamnya ada yang sedang bersenyawa!

Projek usahasama di antara golongan muda dengan tauke/pemajak bilik kondominium ini untuk merancakkan lagi kadar maksiat di Port Dickson mesti dihentikan segera.

http://singalautmetro.blogspot.com/2010/10/tauke-resortkondominium-dan-pelajar.html

Pendidikan Seks di seluruh Sekolah di Malaysia, seronoknya

Posted: 02 Oct 2010 04:29 PM PDT

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan Pendidikan SEKS akan diajar diseluruh sekolah di Malaysia untuk menangani pembuangan bayi. PENDIDIKAN SEKS HANYA SEKADAR UNTUK KAWAL KES BUANG BAYI, BUKAN UNTUK MENCEGAH ZINA, BUKAN UNTUK MENCEGAH SEKS BEBAS. PENDEKATAN ISLAM DIPINGGIRKAN DI NEGARA ISLAM UNTUK MENANGANI KES BUANG BAYI.

SEMUA PIHAK SIBUK POLITIK, UMNO, PAS DAN PKR. MELAYU HANCUR BUKAN SEBAB PERPECAHAN TAPI SIBUK POLITIK TAK BERTEMPAT !

*******************

Saturday October 2, 2010
Sex education to go national

PUTRAJAYA: The Government will extend sex education in schools nationwide to address baby dumping, said Tan Sri Muhyiddin Yassin. The Deputy Prime Minister said creating an accurate understanding of reproductive health among the young was vital in reducing baby dumping.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F10%2F2%2Fnation%2F7145488

BURUK BAIK PENDIDIKAN SEKS UNTUK ORANG MELAYU, SILA BACA DI BAWAH INI :

Objektif Utama Pendidikan Seks Ialah Mencegah Hamil
http://amkns.blogspot.com/2010/08/objektif-utama-pendidikan-seks-ialah.html

Jom ajar pelajar kita BERZINA cara Selamat ?
http://amkns.blogspot.com/2010/08/jom-ajar-pelajar-kita-berzina-cara.html

Muhyiddin sokong Pendidikan Seks Cegah Kehamilan ?
http://amkns.blogspot.com/2010/08/muhyiddin-sokong-pendidikan-seks-cegah.html

Pendidikan Sex di sekolah untuk kurang kehamilan
http://amkns.blogspot.com/2010/08/pendidikan-sex-di-sekolah-untuk-kurang.html

Pendidikan Seks untuk Pelatih PLKN
http://amkns.blogspot.com/2010/08/pendidikan-seks-untuk-pelatih-plkn.html

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN


Aidulfitri Bersama Rakyat Seremban

Posted: 02 Oct 2010 05:40 PM PDT





























TARIKH : 2hb Oktober 2010
MASA : 8.30 ~ 11.00mlm

TEMPAT : Pusat Khidmat Adun Ampangan Sremban.

Kehadiran Warga Seremban cukup mengalakkan menunjukkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat dan Parti KeADILan Rakyat amnya tidak pernah padam walaupun cerita memburukkan Pakatan Rakyat setiap hari tersebar didalam media cetak dan TV milik UMNO Bee End. Kehadiran dianggarkan hampir 2000 orang sehingga ada yang tidak dapat menikmati juadah yang disediakan kerana kehabisan tapi tindakan segera petugas-petugas jawatankuasa sambutan menyediakan juadah alternatif cukup dirasai oleh semua hadiran jemputan. Dalam suasana sambutan, hujan turun dengan lebat tetapi kehadiran rakyat sekitar terus tidak berhenti dari semua golongan bangsa.


Kehadiran YB Adun-Adun pakatan Rakyat dan Parlimen menunjukkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat tetap utuh dan berkerjasama dalam semua aktiviti untuk rakyat kepada rakyat.




SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI SEMUA PETUGAS-PETUGAS SAMBUTAN
ATAS SEGALA KEKURANGAN.