PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN |
Aidulfitri Bersama Rakyat Seremban Posted: 02 Oct 2010 05:40 PM PDT TARIKH : 2hb Oktober 2010 MASA : 8.30 ~ 11.00mlm TEMPAT : Pusat Khidmat Adun Ampangan Sremban. Kehadiran Warga Seremban cukup mengalakkan menunjukkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat dan Parti KeADILan Rakyat amnya tidak pernah padam walaupun cerita memburukkan Pakatan Rakyat setiap hari tersebar didalam media cetak dan TV milik UMNO Bee End. Kehadiran dianggarkan hampir 2000 orang sehingga ada yang tidak dapat menikmati juadah yang disediakan kerana kehabisan tapi tindakan segera petugas-petugas jawatankuasa sambutan menyediakan juadah alternatif cukup dirasai oleh semua hadiran jemputan. Dalam suasana sambutan, hujan turun dengan lebat tetapi kehadiran rakyat sekitar terus tidak berhenti dari semua golongan bangsa. Kehadiran YB Adun-Adun pakatan Rakyat dan Parlimen menunjukkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat tetap utuh dan berkerjasama dalam semua aktiviti untuk rakyat kepada rakyat. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI SEMUA PETUGAS-PETUGAS SAMBUTAN ATAS SEGALA KEKURANGAN. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan