Ahad, 3 Oktober 2010

AMKBayanBaru

AMKBayanBaru


Pemilihan 2010 Cabang Bayan Baru- Ucapan Ketua Angkatan Muda Bayan ra

Posted: 03 Oct 2010 09:42 AM PDT

Salam, selesai sudah pemilihan Cabang Bayan Baru. Pertama sekali kita panjatkan syukur pada Allah SWT kerana memberi kemudahan untuk kita selesaikan semua keperluan sebagai sebuah parti yang berdaftar di Malaysia.
Isyaallah , mohon dipermudahkan segala urusan untuk memantapkan parti dan menghadapi PRK ke 13.
Saudara dan saudari yang dihormati, saya menyeru agar semua dapat menyatu dan merapatkan kembali saf setelah selesai pemilihan. Buang apa yang menjadi hambatan dan halangan dalam menyatupadukan kekuatan di peringkat cabang. Saya percaya dan yakin kita dapat menjadi pasukan yang kuat untuk memastikan Parlimen Bayan Baru terus diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat dan 3 DUN dibawah Parlimen Bayan Baru- Batu Maung,Pantai Jerjak dan Batu Uban dipertahankan oleh Parti Keadilan Rakyat.
Saudara dan saudari, ahli Parti Keadilan Rakyat , saya menyeru agar kita kembali menyorot Deklarasi Permatang Pauh untuk menajamkan dan memantapkan lagi kefahaman kita tentang erti perjuangan. Parti Keadilan Rakyat yang dulunya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional ditubuhkan hasil kesedaran dan jerih perih rakyat yang dahagakan keadilan dalam negara Malaysia tercinta. Tidak dinafikan penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penyebab tercetusnya gelombang reformasi dan mencipta sejarah tersendiri dengan terbentuknya gagasan ADIL seterusnya Parti didaftarkan serta terus melepasi onak duri politik di Malaysia.
Rakyat melihat akan Parti Keadilan Rakyat dan rakan dalam Pakatan Rakyat
merupakan alternatif terbaik selepas kegagalan Barisan Nasional dalam mengagihkan serta memastikan kekayaan negara diperolehi oleh rakyat terbanyak.
Saudara-saudari semua, sekali lagi saya menyeru agar kita rapatkan saf serta mempebaharui tekad dalam memperjuangkan semagat keadilan dalam menghadapi PRK ke 13.
Sekian.

Ahmad Azrizal Tahir
Ketua AMK Cabang Bayan Baru Sessi 2010-2013

Tiada ulasan: