Khamis, 23 September 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


pertempuran untuk jawatan Timbalan Presiden embawa persoalan kepada diri saya sendiri

Posted: 23 Sep 2010 04:05 AM PDT

Saya mempersoal diri saya sendiri, apa yg saya sedang buat dalam PKR ni. Betulkah saya ini seorang demokrat yang mahukan kebebasan yang luas untuk diamalkan dalam dalam parti? Atau demokrasi dalam parti itu hanya untuk memberi ruang kepada mereka yang berpurra-pura berjuang memperkukuh parti dan berselindung disebalik tabir demokrasi untuk menegakkan kepentingan sendiri.

Saya tertanya benarkah mereka berjuang untuk rakyat -- rakyat marhaen? Kalau benar mereka beejuang untuk rakyat, mereka tak perlu bertempur! Masing-masinf boleh membuat sumbangan dan hanya perlu berada dlm pimpinan dan tak perlu berebut hingga berpatah arang.

Demokrasi konon! Demokrasi untuk membunuh organisasi. Demokrasi konon bertempur dengan fitnah mmfitnah, tuduh menuduh dengan mengujudkan kelompop-kelompok yang akan menyalakan api kebencian beerterusa.

Hanya hipokrit berkata mereka bertanding diatas asas persahabatan. Saya sudah mula hilang kepercayaan dan keyakinan, dan saya tertanya-tanya benarkah mereka beerjuang untuk rakyat, atau beerselindung disebalik jawatan yang diperolehi untuk kepentingan persendirian.

Inilah apa yang saya bawa untuk tidur pada malam ni, dan inilah yang saya bawa untuk tidur pada malam-malamb seterusannya yang memerlukan saya membuat suatu keputusan - keputusan menjauhkan diri dgn dunia mereka ini.

Perjumpaan di Felda Jelai, Tampin dipercepatkan

Posted: 23 Sep 2010 12:25 AM PDT

Saya sudah memberitahu isteri saya bahawa kami akan pergi ke Majlis Perkahwinan anak Sdr Mazlan Ma'amor, iaitu pupu saya, jam 11.00 pagi pada 25hb September 2010 dan selepas itu terus bertolak ke Negeri Sembilan, Di Felda Jelai, untuk menghadiri Majlis Ceramah di Felda itu jam 3.00 petang.
Sebentar tadi Sdr Rebin Birham, Ketua AMK Negeri Sembilan menalipon saya bahawa perjumpaan di Felda Jelai itu dipercepatkan kepada jam 1.00 petang, dan ini bererti saya perlu bertolak ke Felda Jelai jam 10.00 pagi.
Oleh itu saya terpaksa adjust untuk kenduri kahwin anak saudara saya itu pada sebelah malam 24hb September 2010, dan tidak dapat hadir pada Majlis Perkawinannya.
Pada keesukan harinya pula iaitu pada 26hb September 2010, disebelah pagi, saya dan keluarga akan pergi ke Kg Rantau Panjang, Lanchang untuk meraikan Majlis Perkahwinan anak Man Kadir (Abd Kadir bin Ab Manap, Timbalan Ketua PKR Cabang Temerloh), samada sempat atau tidak dengan jamuan kahwin, saya terpaksa meninggalkan Rumah Man Kadir dalam jam 11.00 pagi untuk ke Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut kerana PKR Ranting Felda Kota Gelanggi 2 yang bergabung dengan Cawangan PAS akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka, dan didalam Majlis itu saya dipinta untuk memberikan taklimat mengenai perjuangan peneroka-peneroka Felda untuk menerangkan kepada mereka tujuan diadakan Himpunan Peneroka-Peneroka Felda di Felda Jengka 9 pada 3hb Oktober 2010 jam 2.00 petang.
Pada 3hb Oktober 2010 itu, jam 2.00 petang, akan diadakan perjumpaan peneroka-peneroka dan peneroka-penerokawati sekitar Felda Jengka 9, 10, 11, 12, 13 dan rancangan-rancangan Felda berdekatan untuk perbincangan dengan peguam-peguam PKR di Felda Jengka 9. Isu perbincangan adalah KPG atau perahan buah sawit untuk tujuan mengumpulkan peneroka-peneroka bagi memfailkan saman terhadap Felda.
Rancangan-rancangan Felda disebelah Muadzam , Rompin sudah pun mengadakan perjumpaan yang sama dan lebih 300 orang peneroka-peneroka Felda disana bersetuju untuk memfailkan saman terhadap Felda berhubung dengan KPG.
Pada jam 8.00 malam, 3hb Oktober 2010, akan diadakan Majlis Rumah Terbuka anjuran Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau di kawasan Pejabat PKR Kuala Krau, dan adalah dijangkakan ramai dari pimpinan PKR Pusat dan Negeri Pahang akan hadir ke Majlis itu.

Pencalonan dari Cabang-Cabang berjalan lancar.

Posted: 22 Sep 2010 11:55 PM PDT

Alhamdulillah, proses pencalonan untuk pemilihan Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat sehingga kini berjalan lancar, dan apa yang ditakutkan oleh banyak pihak bahawa politik wang atau rasuah politik akan berlaku nampaknya tidak berlaku.
Anggota-anggota parti melalui Cabang-Cabang telah membuat pencalonan menyemarakkan demokrasi.
aa
Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Wan Azizah telah dicalonkan sebagai Presiden walaupun Dato Seri Anwar Ibrahim dari awal lagi menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding apa-apa jawatan pun. Ini menandakan bahawa kepimpinan Dato Seri Anwar sangat dikehendaki didalam parti. Kemungkinan besarnya Dato Seri Wan Azizah akan kelak menang jawatan Presiden tanpa sebarang pertandingan, dan Dato Seri Anwar akan kekal sebagai Ketua Umum.
Jawatan Timbalan Presiden menampakkan sedikit gawat. Azmin Ali mendahului pencabar-pencabar lainnya dan yang terdekat adalah Datuk Zaid Ibrahim.
Kenyataan-kenyataan Datuk Zaid sedikit sebanyak mengusik kewibawaan Dato Seri Anwar Ibrahim dan sikap beliau terhadap Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali, dengan menyifatkan Dr Syed sebagai nyanyuk membayangkan kegelojohannya untuk mencari kemenangan.
Dr Syed Husin Ali adalah salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat apabila berlaku percantuman diantara Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia dan sepanjang perjuangannya sentiasa merendah diri dan tidak nampak sikap mahu mencari apa-apa kesempatan untuk diri sendiri.
Beliau telah ditahan dibawah ISA begitu lama kerana mempertahankan perjuangan rakyat dan untuk dihadiahkan sebagai seorang yang nyanyuk oleh seseorang yang sedang merebut jawatan Timbalan Presiden adalah amat keterlaluan dan menjadi ukuran untuk dinilai oleh anggota-anggota.
Selain daripada sikap yang tidak digemari ini, segala pencalonan untuk mengisi jawatan-jawatan didalam pucuk pimpinan berjalan dengan lancar dan baik.
Mungkin sehingga kini sudah menghampiri satu dozen calon-calon untuk Naib Presiden dan beratus calon untuk Majlis Pimpinan Pusat. Tidak semua yang dicalonkan itu akan bertanding. Ramai daripada mereka yang akan menarik diri sebelum pengundian diadakan, dan hanya jaguh-jaguh sahaja yang akan kekal sebagai calon.
Apa pun, sikap terbuka anggota-anggota jelas berlaku. Cabang-Cabang mencalonkan tanpa mengira samada calon-calon itu daripada Orang Lama atau Orang Baru sesuai dengan kehendak parti bahawa tidak ada perbezaan diaantara Orang Lama dengan Orang Baru, dan yang membezakan mereka adalah komitmen mereka kepada perjuangan.
Bukan semua Orang Lama memberikan komitmen yang tinggi kepada perjuangan parti, dan bukan semua Orang Baru tidak menyumbangkan kepada perjuangan parti.
Parti menjadi besar dan kukuh kerana adanya Orang Lama yang menjadi asas dan kemasukan Orang Baru yang menokok dengan pesatnya kuantiti dan kualiti anggota.
PKR bukan milik Orang Lama atau Orang Baru tetapi adalah milik setiap anggota parti yang berjuang untuk keadilan rakyat.
Dan anggota-anggota memilih calon-calon yang berjuang kearah itu.

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Laporan Polis di Balai Polis Daerah Klang 24 September 2010

Posted: 23 Sep 2010 08:30 AM PDT

YB Dr. Xavier Jayakumar EXCO Negeri Selangor akan membuat laporan Polis di Balai Polis Daerah Klang, Jam : 10.00 Pagi, ESOK (Jumaat) 24/09/2010  bagi melaporkan tindakan seorang individu / atau kumpulan yang menghantar SMS kepada orang ramai memburuk-burukkan imej beliau dan ahli keluarga beliau yang dipercayai ada kaitan dengan proses  pemilihan Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Raja  yang akan diadakan pada 26/09/2010 yang akan datang.

YB Dr. Xavier adalah Ketua Cabang tersebut.

Kenyataan Media akan diadakan selepas laporan Polis dibuat.

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


Kenyataan Media Presiden mengenai Pemilihan 2010

Posted: 23 Sep 2010 07:41 AM PDT

Alhamdulillah, pemilihan KeADILan 2010 ternyata mencatat sejarah politik tanah air apabila KeADILan menjadi pelopor kepada kaedah pemilihan berdasarkan satu ahli satu undi. Dalam erti kata sebenarnya, demokrasi dibudayakan sepenuhnya di dalam KeADILan dan bukan sekadar slogan kosong.

Saya yakin pemilihan ini pastinya menarik perhatian segenap lapisan masyarakat seluruh Malaysia. Maka proses yang dilalui seharusnya tersusun dan tidak menampakkan sebarang cacat cela.

Justeru, saya mengharapkan agar ruang Pemilihan kali ini harus dibudayakan dengan penuh tertib dan etika. Sebaran jamak pandangan yang berlaku harus dirai dengan penuh sopan dalam disiplin parti sebagaimana digariskan dalam Etika Pemilihan parti.

Saya juga menyeru agar Pemilihan ini dijadikan platform untuk ahli menilai barisan kepimpinan yang mantap dan segar idealisme bagi memandu KeADILan untuk merealisasikan harapan rakyat ke arah Malaysia yang demokratik dan madani.

DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan)

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


First Ladies: Rosmah `Tidak Sopan’ Pada Permaisuri Agong

Posted: 23 Sep 2010 07:42 AM PDT

Dari Harakah

Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan sidang kemuncak First Ladies pada 11 hingga 13 Oktober ini disifatkan sebagai ‘tidak sopan’ dan membelakangkan kedudukan Seri Paduka Baginda Raja

Permaisuri Agong.

Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, Rosmah masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran yang diterima selepas iklan berwarna dua halaman penuh memaparkan Rosmah

disiarkan di New York Times pada April lalu.

Ia adalah iklan ucapan tahniah kepada ‘Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia’ kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

“Tindakan Rosmah ini satu tindakan yang sangat tidak bersopan. Setelah mendapat kritikan daripada banyak pihak selepas iklan itu, kita ingatkan dia belajar daripada kesilapan dan tahu meletakkan diri dia di mana,” kata Athirah ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Athirah yang merupakan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat berkata, penggunaan istilah ‘wanita pertama’ itu juga ternyata bertentangan dengan Artikel 32, Perlembagaan Malaysia.

“Dalam artikel itu jelas menyebut bahawa ketua pertama negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong jadi secara automatik, wanita pertama mestilah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong,” katanya lagi.

Tambahnya, penggunaan ‘wanita pertama’ setelah Najib memerintah negara menunjukkan ceteknya kesedaran beliau mengenai kepentingan menghormati Perlembagaan Negara.

“Negara kita mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan, bukan negara republik yang mempunyai presiden. Memang tidak pernah wujud istilah wanita pertama di negara kita.

“Apabila Najib dan Rosmah muncul, mereka guna istilah ini dalam negara yang berkonsepkan Raja Berpelembagaan, ini menunjukkan kesedaran mereka yang sangat cetek dari sudut sejarah dan berpelembagaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, satu gerakan perlu diwujudkan bagi memberikan kesedaran kepada rakyat dan juga para pemimpin agar menghormati Perlembagaan Negara.

“Saya sebagai wanita muda Malaysia sangat terpanggil untuk menggerakkan kesedaran massa untuk menolak kebiadapan dan ketidaksopanan Rosmah yang membelakangi Raja Permaisuri Agong.

“Ini satu tindakan yang sangat derhaka dan rakyat mesti sedar dan menolak kepimpinan yang tidak menghormati keluhuran perlembagaan,” tegasnya.

Beliau turut mempersoal tindakan Rosmah yang seolah-olah cuba mencampuri peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Dari satu sudut dia mempergunakan Sharizat. Isteri perdana menteri telah mempergunakan Menteri Pembangunan Wanita (Keluarga dan Masyarakat) untuk mengadakan satu program besar di negara kita dan akan menggunakan segala duit daripada hasil negara dan cukai yang dibayar oleh rakyat,” katanya.

Rosmah seperti yang dilaporkan berkata, sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama dengan wanita-wanita pertama dunia mengenai agenda penting dalam memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.

Ianya Sidang Kemuncak ini akan diadakan selama tiga hari di Hotel Palace Of Golden Horses, di sini, dan bakal dihadiri lebih 20 Wanita Pertama dari seluruh dunia.

One Member One Vote – Parti Keadilan Rakyat Divisional Elections

Posted: 23 Sep 2010 07:23 AM PDT

PRESS RELEASE:
23rd Sept 2010

For the first time in Malaysian history, "one member one vote" party elections will give the more than 400,000 Parti Keadilan Rakyat (PKR) party members a right to vote directly for their leaders.

PKR members will vote twice. The first time is in elections at the division level which will take place in conjunction with the divisional annual general meetings. And the second time in elections at the national level

This democratization of the party election process and broadening of participation at the grassroots level were made possible by amendments to the party constitution in 2009.

In the ongoing elections at the divisions level, an unprecedented 8,570 candidates are vying for positions at the division, women and youth wings. Of the 204 divisions eligible to conduct the annual general meeting (Mesyuarat Agung Tahunan Cabang) contests are taking place in 145 divisions.

Over the past weekend, divisional annual general meetings were held in 84 divisions with contests taking place in 67 divisions. Among the divisions' that witnessed a very high voter turnout were Tuaran in Sabah and Tangga Batu in Malacca. This coming weekend a further 83 divisions will conduct their annual general meetings with contests set to take place in 60 divisions.

The task of supervising the conduct of elections at the division and national levels has been entrusted to the Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). JPP's duties include monitoring the elections, ensuring free and fair elections, receiving and acting on complaints and objections.

To date, the JPP has received a total of 135 complaints and objections; 86 were related to candidacy, 17 relating to the electoral process and 32 relating to discipline. As an executive and monitoring body, JPP ensures that each and every complaint/objection will be considered in an impartial and serious manner.

The JPP is happy to note that over the first weekend, by and large the Keadilan Secretariat and volunteers conducted themselves professionally and voting, for the large part, took place in a smooth and orderly fashion.

The division level elections, which are currently happening, are taking place over 8 days between 17 September and 2 October 2010. The national level elections will take place over 8 days prior to the party's annual general congress on 26 and 27 November.

Dr Molly Cheah
Chairperson
Jawatan Pemilihan Pusat (JPP)

Kenyataan Presiden Sempena Pemilihan

Posted: 23 Sep 2010 07:21 AM PDT

Alhamdulillah, pemilihan KeADILan 2010 ternyata mencatat sejarah politik tanah air apabila KeADILan menjadi pelopor kepada kaedah pemilihan berdasarkan satu ahli satu undi. Dalam erti kata sebenarnya, demokrasi dibudayakan sepenuhnya di dalam KeADILan dan bukan sekadar slogan kosong.

Saya yakin pemilihan ini pastinya menarik perhatian segenap lapisan masyarakat seluruh Malaysia. Maka proses yang dilalui seharusnya tersusun dan tidak menampakkan sebarang cacat cela.

Justeru, saya mengharapkan agar ruang Pemilihan kali ini harus dibudayakan dengan penuh tertib dan etika. Sebaran jamak pandangan yang berlaku harus dirai dengan penuh sopan dalam disiplin parti sebagaimana digariskan dalam Etika Pemilihan parti.

Saya juga menyeru agar Pemilihan ini dijadikan platform untuk ahli menilai barisan kepimpinan yang mantap dan segar idealisme bagi memandu KeADILan untuk merealisasikan harapan rakyat ke arah Malaysia yang demokratik dan madani.

DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan
)

Shamsul : Polis Kena Ikut Prosedur Sebelum Keluarkan Waran Tangkap

Posted: 23 Sep 2010 12:33 AM PDT

Dari TV Selangor

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan polis tidak perlu mengeluarkan waran tangkap untuk mendapatkan kerjasama beliau berhubung kenyataannya mengenai kes pembunuhan Sosilawati Lawiya.

Sebaliknya polis hanya perlu mengikut prosedur yang ditetapkan apabila memerlukan seseorang untuk tampil memberi keterangan, kata beliau.

" Adalah sangat tidak adil dan tersasar dari lunas undang-undang jika polis mendakwa saya gagal dihubungi sedangkan tiada sebarang percubaan menurut kaedah undang-undang untuk menghubungi saya dilakukan," Shamsul berkata dalam laman blognya. Polis semalam berkata ia gagal mendapatkan kerjasama dari Shamsul dan akan mengeluarkan waran tangkap jika beliau terus gagal tampil memberi keterangan bersabit ulasannya  mengenai kes Sosilawati.

Antara lain Samsul telah mempersoalkan kewibawaan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan apabila polis gagal bertindak ke atas empat kes orang hilang membabitkan suspek utama sebelum Sosilawati dijumpai dibunuh dengan kejam.

Ulasannya itu disiarkan oleh TV Selangor pada 13 Oktober lalu. Isnin lalu, polis mengambil keterangan dari wartawan, penyampai berita dan pengarang terbabit dari portal berita itu. Kes itu disiasat di bawah Kanun Prosedur Jenayah. Samsul berkata ugutan polis untuk mengeluarkan waran tangkap sebagai tidak adil. "Sekirannya saya mahu dipanggil, sewajarnya prosedur yang betul dipatuhi, bukannya siasatan melalui media," tegas beliau.

Samsul berkata beliau menyerahkan peguamnya yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff untuk berurusan dengan pihak polis. Shamsul berjanji untuk mengulas lanjut kes Sosilawati pada sidang media esok di perkarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada jam 3 petang.

Adalah difahamkan Samsul akan membuat laporan kepada SPRM untuk memohon badan itu menyiasat beberapa aspek kes berkenaan yang menimbulkan kecurigaan.

anjung setiawangsa

anjung setiawangsa


RESPON SHAMSUL ISKANDAR KEPADA KETUA POLIS SELANGOR

Posted: 23 Sep 2010 03:04 AM PDT

Saya memandang serius akan dakwaan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang mendakwa saya gagal dihubungi bersabit kenyataan saya mengenai spekulasi kes pembunuhan Sosilawati Lawiya. Ini sehingga membawa kepada kemungkinan waran tangkap dikeluarkan kepada saya berikutan kegagalan saya, kononnya, untuk bekerjasama dengan pihak polis.

Suka saya menegaskan beberapa perkara untuk diambil maklum oleh pihak polis khususnya Datuk Khalid sendiri.

Pertama, saya tidak pernah membuat sebarang tuduhan, sebaliknya saya melontarkan pertanyaan apakah mungkin wujud sebarang bentuk salahguna kuasa dan penyelewengan di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Banting yang gagal bertindak untuk beberapa kes bunuh terdahulu yang melibatkan suspek, yang telah diklasifikasikan sebagai kes orang hilang. Kes-kes ini, hanya dibuka semula selepas kes pembunuhan Datuk Sosilawati meletus yang nyata mendapat perhatian luar biasa daripada media.

Kedua, ingin saya tegaskan, sehingga hari ini saya tidak pernah dimaklumkan menurut kaedah-kaedah dan amalan undang-undang seperti yang diperincikan di dalam Kanun Acara Jenayah di dalam hal yang bersabit dengan prosedur memberikan sebarang kenyataan untuk membantu siasatan polis. Justeru adalah sangat tidak adil dan tersasar dari lunas undang-undang jika polis mendakwa saya gagal dihubungi sedangkan tidak ada sebarang percubaan menurut kaedah undang-undang untuk menghubungi saya dilakukan.

Saya menggesa pihak polis khususnya Datuk Khalid bersikap profesional dalam hal ini. Sekiranya saya mahu dipanggil, sewajarnya prosedur yang betul dipatuhi, bukannya siasatan melalui media (investigation through media). Sebagai rakyat Malaysia, apatah lagi sebagai pengamal undang-undang saya tertakluk kepada undang-undang, bukannya hebahan media seseorang pegawai kanan polis.

Saya juga akan menghantar sesalinan respons rasmi saya ke laman sosial Facebook Datuk Khalid memandangkan "kaedah Facebook" ini merupakan kegemaran beliau !

Saya telah mengarahkan peguam saya, YB Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang juga merupakan Ahli Parlimen Balik Pulau untuk bertindak bagi pihak saya di dalam isu ini dan berurusan dengan pihak Polis. Beliau boleh dihubungi di talian : +60123093469 atau emel: yusmadi.yusoff@gmail.com.

Saya akan memperincikan pendirian dan kenyataan saya kepada umum bersabit kes ini pada esok, Jumaat 23 September 2010 bertempat di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada jam 3.00 petang.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Gelombang Pengkhianatan Ke-2 di PKR Bayan Baru Menerusi Pemilihan Parti 2010

Posted: 22 Sep 2010 07:01 PM PDT

oleh ariosamigos2pg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEip0RTFU8Hc2Imjuz_msKPEPAZQ7PHc3oHWRUclqMSPd14WEY6yXPtPbV_ZQyydP26FmDwWJQWRzvWJ9NF6w5APoCjJ7OM40NKeCsOI8zckLruuelIy0b8hn_DLpC8rRZ-IHOWT0sivLDoG/s1600/2010-09-22_234001.jpg

Tidak seperti pemilihan parti yang lepas, pemilihan parti 2010 merupakan
pemilihan terpenting bagi Parti Keadilan Rakyat sebelum Pilihanraya Umum ke-13
(PRU 13). Menurut kajian Merdeka Center dan maklumat terkini dalaman Umno,
prestasi BN tidak akan bertambah baik jikalau PRU ke 13 diadakan di masa
terdekat. Kemungkinan berlakunya malapetaka pada Umno/BN sangat membimbangkan
pucuk pimpinan serta laksamana-laksamana dalam Umno sehinggakan mereka memujuk
kepada PM, Dato Seri Najib untuk menangguhkan PRU ke 13 seperti yang dilaporkan
dalam Malaysia Insider baru-baru ini.

Berikutan dengan kedudukan Umno/BN yang tercabar, mereka merancang untuk
melumpuhkan Parti Keadilan Rakyat menerusi pemilihan parti PKR 2010. Umno/BN
berharap rancangan kotor mereka dapat melemahkan pucuk pimpinan serta jentera
cabang dengan meletakkan calon-calon tajaan mereka di cabang yang strategik. Di
cabang Gombak, seorang peniaga buku, Bakar Ninggal dicalonkan untuk melawan YB
Azmin Ali yang bakal menjadi orang nombor 2 penting dalam PKR. Sementara itu,
di Kuala Selangor, Menteri Besar Selangor, YAB Tan Seri Khalid Ibrahim pula
dicabar dalam pertandingan 4 penjuru.

Selain daripada itu, Cabang Bayan Baru merupakan satu-satunya cabang PKR yang
memenangi kesemua 3 DUN dan kerusi Parlimen dalam PRU ke-12 juga tidak
ketinggalan disusupi oleh agen-agen ditaja oleh bekas Ketua Cabang, Dato Seri
Zahrain Mohd Hashim yang kini menjadi Ahli Parlimen Bebas tajaan Umno/BN.
Dalam pencalonan bagi pemilihan cabang Bayan Baru, 2 pasukan atau cai telah
dibentuk. Salah satu cai adalah Pasukan Reformis yang diketuai oleh YB Sim Tze
Tzin, bekas setiausaha politik DSAI dan rakan-rakan seperjuangan dalam PKR
semenjak tubuhnya parti pada tahun 1999.

Di sebelah satu cai lagi, ia diketuai oleh M.Ngnana Segaran, selaku calon ketua
cabang, timbalannya Sallehuddin PDK Abdullah, Naib Ketuanya, Swee Tuck Wah.
Sementara calon AJK cabang mereka adalah Anuar Ismail serta 7 bekas ahli MIC.
Bagi calon ketua AMK, Hazril Hassan serta calon ketua wanita mereka, Safinas
Salleh.

M.Ngnana Segaran merupakan bekas ahli Gerakan yang tidak mendapat sokongan
daripada ahli-ahli Gerakan dan kemudiannya lompat ke MIC di mana beliau menjadi
ketua bahagian MIC Bayan Baru dan Setiausaha MIC Negeri. Pada PRU 2008, beliau
berkempen untuk menjadi calon BN di DUN Prai dan apabila beliau tidak diletakkan
sebagai calon dan negeri Pulau Pinang jatuh ketangan PR, beliau telah lompat ke
PKR Bayan Baru untuk mencari peluang-peluang yang terbuka samada mendapat
jawatan dalam kerajaan negeri atau pun anugerah Dato untuk dirinya disebalik
kerajaan negeri yang baru.

Selaku ketua cabang merangkap pengerusi perhubungan negeri Pulau Pinang pada
waktu itu, Dato Seri Zahrain telah melantik beliau sebagai salah satu Naib Ketua
di cabang Bayan Baru dan Timbalan Setiausaha Negeri.

Di belakang kesemua calon M.Ngnana Segeran adalah Jamil Mohd Nor dan isterinya,
Fauziah Mahadi. Jamil atau lebih dikenali sebagai JJ6 (Jamil Jari 6) di Bayan
Baru merupakan proksi kepada Dato Seri Zahrain semenjak daripada zaman mereka
berdua di UMNO bahagian Tanjung 20 tahun yang lalu. Sehingga ke hari ini,
mereka berdua masih menjadi sahabat jati, malah keabrapan hubungan mereka berdua
ditunjukkan oleh isteri JJ6 yang melekatkan sticker 1Malaysia di keretanya.

Menurut sumber dari cabang Bayan Baru, "M.Ngnana Segeran, Anuar Ismail dan JJ6
seringkali bertemu dengan Ismail Ali atau lebih dikenali sebagai Mail Kerang(
bekas pengerusi tetap cabang yang telah keluar parti dan sekarang Pegawai Khas
Dato Seri Zahrain) di Old Town Café, Bayan Baru. Yang terbaru, mereka dilihat
bersama dalam sebulan yang lalu".

Menurut sumber itu lagi, "Isteri JJ6, Fauziah turut bersama Mail Kerang
menganjurkan satu program Buka Puasa dan penyerahan sumbangan kepada fakir
miskin di Balai Rakyat Sungai Ara pada 28hb September 2010. Program ini
dianjurkan untuk Dato Seri Zahrain dan dihadiri oleh pimpinan Umno bahagian.
Calon-calon tajaan Dato Seri Zahrain akan menguasai cabang Bayan Baru jikalau
cai mereka menang kelak dan kemungkinan berlakunya pengkhianatan kedua di Bayan
Baru pada PRU ke-13 sangat ketara. Pimpinan parti sangat risau dengan keadaan
ini dan Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri semasa merasmikan pejabat baru cabang
Bayan Baru menyarankan dengan tegasnya bahawa calon yang menang di pemilihan
parti tidak akan secara automatik dipilih sebagai calon untuk PRU ke-13.

Ahli- ahli PKR cabang Bayan Baru yang mengambil berat tentang keadaan di Bayan
Baru sebulat suara meminta pimpinan parti serta ahli-ahli akar umbi berwaspada
dan tidak membuat pilihan yang akan membawa padah dan mungkin menjejaskan
prestasi parti untuk mengekalkan kemenangan kerusi parlimen serta 3 DUN dan
seterusnya Misi ke Putrajaya. Oleh yang demikian, mereka berharap ahli-ahli
akan membuat pilihan yang tepat dan tidak memillih musuh-musuh dalam selimut.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Seorang lagi Anak Melayu dibunuh kejam

Posted: 22 Sep 2010 08:25 PM PDT

Dari Blog Singalautmetro
Seorang lagi dipercayai keturunan Melayu, bernama Borhan Sulong, 20-an menjadi mangsa pembunuhan kumpulan gengster. Kali ini tujuh lelaki ditahan di beberapa tempat di Klang, Batu Caves dan Selayang bagi membantu siasatan pembunuhan kejam itu.

Mayat Borhan ditemui dalam guni ditinggalkan di tepi jalan di Taman Perindustrian Ehsan Jaya, Gombak. Tubuh mangsa mempunyai banyak kesan tetakan terutama di muka, kepala, badan dan lengan dipercayai menggunakan parang oleh penyerangnya.

Mangsa dipercayai telah dibunuh di tempat lain dan dibuang di tempat ia ditemui oleh seorang kontraktor pembuangan sampah.

Ketua Polis Derah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah, mengesahkan penahanan tujuh lelaki berkenaan yang dilakukan dalam beberapa serbuan bermula kelmarin sehingga malam semalam.

Beliau juga berkata, ketujuh-tujuh lelaki yang ditahan itu adalah kumpulan penjenayah yang turut terbabit dalam kes samun sebuah lori kargo di depan sebuah stsyen minyak Shell di MRR2, dua hari lalu

http://singalautmetro.blogspot.com/2010/09/seorang-lagi-anak-melayu-dibunuh-kejam.html

7 lelaki diberkas
Harian Metro 23 Sep 2010

GOMBAK: Misteri pembunuh kejam seorang lelaki yang disumbat di dalam guni sebelum mayatnya dicampak ke tepi jalan berhampiran Taman Perindustrian Ehsan Jaya, di sini, terbongkar selepas polis memberkas tujuh lelaki termasuk dua warga Indonesia kerana disyaki membunuh mangsa terbabit.

Suspek dipercayai anggota kumpulan gengster membunuh mangsa beramai-ramai menggunakan parang sebelum mayat mangsa dimasukkan ke dalam guni dan dibuang di kawasan pembuangan sampah pada 30 Ogos lalu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah yang dihubungi berkata, semua suspek ditahan dalam serbuan berasingan di Batu Caves, Selayang, Subang Jaya dan Klang bermula jam 11.45 malam kelmarin sehingga 6 pagi semalam.

"Hasil siasatan lanjut, semua suspek mengaku membunuh mangsa dan seorang daripada mereka membawa polis ke tempat mangsa dibunuh.

"Suspek sama turut menunjukkan tempat mereka membuang dua parang yang digunakan untuk menetak mangsa," katanya. Beliau berkata, suspek pertama berusia 22 tahun ditangkap di sebuah pangsapuri di Jalan A/2D, Taman Seri Murni, Selayang, Batu Caves, pada pukul 11.45 malam kelmarin.

Pada pukul 12.30 tengah malam pula, katanya, seorang lagi suspek berusia 40 tahun diberkas di sebuah rumah di Taman Selayang Bahagia, Batu Caves.
"Susulan itu, kami memberkas lima lagi suspek. Antaranya ialah suspek berusia 23 tahun di Taman Selayang Jaya pada pukul 1.45 pagi semalam.

"Ia diikuti tangkapan seorang lagi suspek berusia 24 tahun di Plaza Tol Seafield, USJ5, Subang Jaya, pada pukul 5.30 pagi dan rakannya berusia 23 tahun di sebuah rumah di Jalan Yusuh Shahbudin Off Jalan Raja, Taman Sentosa, Klang, pada pukul 6 pagi," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan, semua suspek yang menganggotai satu kumpulan penjenayah itu dipercayai terbabit kes pembunuhan seorang lelaki, Borhan Sulong, 20-an yang dibunuh dengan kejam di Taman Perindustrian Ehsan Jaya.

Selain itu, katanya, suspek sama juga dipercayai terbabit kes samun sebuah lori kargo di stesen minyak Shell di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), pada Rabu lalu.

Pada 30 Ogos lalu, seorang kontraktor sampah berasa curiga lalu menghubungi polis apabila menemui satu guni yang kelihatan seperti berisi mayat ketika memeriksa sampah Taman Perindustrian Ehsan Jaya, di sini.

Polis yang membuat pemeriksaan menemui mayat seorang lelaki dibunuh kejam dengan kesan tetakan di kepala, muka, badan dan lengan.

Siasatan mendapati mayat yang masih berpakaian lengkap kemeja-T dan seluar panjang itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di situ.

Menurut Abdul Rahim, hasil siasatan, seorang suspek turut membawa polis ke sebuah kawasan semak di belakang Blok F, Pangsapuri Intan Baiduri, yang membawa kepada penemuan dua parang yang masih mempunyai kesan darah dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/7lelakidiberkas/Article/index_html

Kerajaan Perak tak kota janji, dah bankrap ke ?

Posted: 22 Sep 2010 07:08 PM PDT

Kerajaan Perak tak kota janji nak beli buku
Berita Harian 23 Sep 2010. SEWAKTU merasmikan Seminar Pemikiran Suhaimi Haji Muhammad dan Malim Ghozali PK serta Malam Gema Puisi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), wakil Menteri Besar Perak yang juga Exco kerajaan Perak ada mengumumkan beberapa berita menarik.

Antaranya, persetujuan kerajaan Perak membeli semua buku yang dilancarkan sebanyak 1000 naskhah setiap judul, penubuhan Kerusi Tengku Menteri, Institut Perakologi, Hadiah Sastera Perak Darul Ridzuan dua tahun sekali dan sebagainya. Kesemua pengumuman itu dilaporkan oleh akhbar arus perdana termasuk Berita Harian beberapa hari kemudian.

Akhbar Berita Harian menyiarkannya di ruangan sastera bertarikh 28 April 2010. Bagaimanapun, apa yang mengecewakan sehingga kini tiada maklum balas dari kerajaan Perak terhadap semua dijanjikan itu khususnya pembelian buku dilancar pada malam 6 Mac 2010. Kesemua janji hanya tinggal janji.

Sejajar dengan konsep Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dan slogan Perak Amanjaya, kerajaan Perak wajar menunaikan janji itu dengan telus dan saksama.

TEROPONG SILUMAN,
Perak

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KerajaanPeraktakkotajanjinakbelibuku/Article

Denyut puisi Upsi
Berita Harian 28 April 2010

Seramai 150 khalayak terbeliak mata melihat aksi penyair

MALAM Gema Puisi Upsi di Dewan Sri Tanjung, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Tanjung Malim, baru-baru ini, menjadi medan penyair untuk membeliakkan mata lebih 150 mahasiswa dan mahasiswi Upsi.

Majlis anjuran bersama Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) , Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, UPSI serta Persatuan Penulis Budiman (Budiman) bergema dengan raungan dan lontaran suara penyair di samping disulami alunan lagu puisi.

Malam yang menampilkan wartawan TV3, Ahmad Fetri Yahya dan Zakiah Anas, sebagai pengacara berjaya menghidupkan suasana bait kata-kata indah, sinis tetapi mencuit hati khalayak nyata menceriakan majlis.

Dekan Fakulti Bahasa Upsi, Dr Abdul Ghani Abu, bangga dengan salasilah Upsi yang menjadi tapak sejarah pendidikan pada zman Sultan Idris Training College (SITC) dan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) sehingga lahir pengarang ternama seperti Masuri SN, Suratman Markasan, Suhaimi Muhammad, Prof Dr A Wahab Ali, Prof Rahman Shaari dan Datuk Dr Kemala.

"Kegiatan kesusasteraan perlu disemarakkan dan berkesinambungan agar Upsi dapat meneruskan perjuangan memartabatkan kesusasteraan tanah air dan Malam Gema Puisi Upsi adalah usaha mendekatkan warga kampus dengan penyair ternama," katanya.

Exco Kebudayaan, Kesenian, Belia Dan Sukan Negeri Perak, Zainol Fadzi Paharuddin diberi penghormatan membaca puisi Terima Kasih Tuhanku karya Malim Ghozali PK, turut mengumumkan kerajaan negeri akan membeli 1,000 naskhah setiap judul buku yang dilancarkan pada malam itu.

Buku yang diarak masuk ke dewan untuk dilancarkan Zainal ialah Apabila Malam Semakin Malam karya Suhaimi Muhammad, kumpulan puisi Merindu Alam (Ihsan Noorzali), Naratologi Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad (Talib Samat), Kenali Tokoh Berjasa Jilid 1 (Talib Samat), Perjuangan Mengantarabangsakan Tengku Menteri Ngah Ibrahim (selenggaraan Talib Samatk) dan Pemikiran Politik Dalam Novel Ahmad Boestamam (Zabidin Ismail).

Sekalung terima kasih perlu diucapkan kepada Kerajaan Negeri Perak yang berusaha mengangkat martabat sastera dan membantu kebajikan pengarang dengan cara membeli buku untuk diedarkan ke perpustakaan di seluruh negeri Perak.

Pengarah program, Dr Talib berkata pembelian itu mencerminkan pengiktirafan Kerajaan Negeri Perak terhadap kesungguhan pengarang menghasilkan karya untuk tatapan peminat sastera dan memupuk budaya membaca di kalangan anak Perak.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DenyutpuisiUpsi/Article/print_html

Malaysia perlu boikot Rusia ? Pelajar kita terancam

Posted: 22 Sep 2010 05:46 PM PDT

Apakah orang kita berani nak buat demonstrasi depan kedutaan Rusia di Kuala Lumpur ? Apakah kita berani desak kerajaan hentikan hubungan perdagangan dengan Rusia, hentikan pembelian senjata dari Rusia , jet Sukhoi dan MIG , akibat tindakan rakyat Rusia yang mengganggu pelajar Malaysia di sana ?

*********************
Pelajar kita di Moscow terancam
Utusan Malaysia 23 Sep 2010

SAYA terganggu mendapat berita bahawa sekumpulan penuntut-penuntut perubatan perempuan Malaysia tahun empat tajaan Mara di Moscow dihalau keluar dari rumah sewaan oleh penduduk-penduduk tempatan kelmarin sehingga melibatkan campur tangan polis.

Penuntut-penuntut tersebut semuanya telah dibawa ke balai polis akibat kekecohan ini.

Perasaan benci terhadap orang Islam semakin meningkat di kalangan penduduk Moscow selepas satu kejadian pengeboman baru-baru ini.

Penuntut-penuntut perubatan Malaysia itu yang pada mulanya dijanjikan penempatan hostel di universiti oleh Mara tiba-tiba tidak mendapat hostel yang dijanjikan kerana Mara memberi keutamaan kepada penuntut tahun pertama yang baru tiba, manakala penuntut tahun empat yang berada di tahun pengajian yang kritikal telah dinafikan hak untuk mendapat penginapan di universiti sejak tahun satu lagi.

Dengan kebencian yang makin menjadi-jadi di Moscow dan negara Rusia, saya amat bersimpati dan amat bimbang dengan keselamatan mereka yang terpaksa mengharungi kehidupan di Moscow dalam keadaan keselamatan yang makin tidak terjamin.

Mara pula hanya memberitahu mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Saya amat berharap Kedutaan Malaysia di Moscow dapat membantu memantau keselamatan penuntut-penuntut Malaysia di sana.

Jika kita tidak dapat menjamin keselamatan anak-anak kita di Rusia, saya cadangkan supaya Kerajaan Malaysia termasuk Mara berhenti serta-merta menghantar penuntut Malaysia ke Rusia kerana negara tersebut sesungguhnya adalah sebuah negara yang mempunyai culture yang amat berbeza dan penduduknya pula terlalu dingin terhadap orang asing khususnya orang Islam.

Bayangkan kalau anak-anak kita sendiri terpaksa melalui kehidupan yang begitu tidak tenteram dan selamat di sana, walhal pada masa yang sama, mereka perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian perubatan mereka yang amat mencabar.

NORAIDA RAMLI
Shah Alam

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

keADILan Kuala Pilah

keADILan Kuala Pilah


PIMPINAN CABANG SESSI 2010-2013

Posted: 22 Sep 2010 09:29 PM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


RM4billion : Nak bohong pon biaq la 'real' sikit..!!

Posted: 23 Sep 2010 06:55 AM PDT

Sebutir Lagi Bom Kapur Diletupkan Di Kelantan

Penulis Tamu - Mohd Sayuti Omar(MSO),

SEMALAM saya agak sibuk sedikit dan tidak dapat memberi reaksi kepada kejadian satu 'letupan bom' di Kota Bharu tentang pemberian wang sebanyak RM4 billion kepada kerajaan negeri dan Pas Kelantan oleh sebuah syarikat yang berhati murah. Ramai yang bertanya saya sejauh mana kesan letupan bom berkenaan. Apakah ianya menyebabkan banyak kematian dan kecederaan serta kesan kepada negeri Kelantan. Semalam sepanjang hari melayani seorang wakil rakyat dan rombongan yang mengadakan kunjungan peribadi ke atas saya. (Macam pembesar pulak).

Beberapa orang dan penjenguk blog menelefon secara personal meminta saya memberi ulasan dan mencari punca kenapa bom berkenaan meletup atau diletupkan. Rata-rata kesal atas apa yang berlaku walaupun jauh di sudut hati ianya sukar untuk dipercayai dan menganggap pemberian itu satu taktik murahan yang hanyir.

Kelantan negeri Serambi Makkah yang mana ketua pentadbirannya Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala Sultannya pula, Sultan Mohamad ke V yang warak, zuhud dan berjiwa rakyat. Persoal itu tidak percaya dengan apa yang berlaku itu namun kerana ia disiarkan dalam akhbar sedikit sebanyak meresahkannya.

Jadi pagi ini saya akan memberi reaksi dan mengulas kejadian letupan bom berkenaan. Sebenarnya mereka yang waras akan menolak dengan mudah terhadap apa yang dilaporkan itu. Bagi mereka yang ada akal dan sisa otak bersih dan masih berfungsi tidak pun perlu mempersoalkan mengenai iya atau tidak tentang perkara itu. Ia boleh tolak secara automatik tanpa banyak mencari masa dan ruang mempersoalkannya.

Tetapi bagi mereka yang cenderong dan ada niat buruk kepada kerajaan negeri Kelantan dan Tok Guru akan cuba 'mengogeh-ogehkan' perkara itu supaya ia nampak benar dan betul. Pada saya pemberian replika itu tak ubah sebagai bom palsu saja digunakan oleh orang yang putus ikhtiar.

Secara logik apakah ada manusia yang akan memberi derma kepada sebuah kerajaan dan parti sebanyak itu. RM4 billion bukan jumlah yang kecil. Lagipun proposal yang dikemukakan oleh syarikat berkenaan untuk mendapatkan projek di Tumpat itu masih pun belum ditengok oleh Nik Aziz sebagai MB Kelantan. Memang katanya proposal itu ada di atas meja Tok Guru dan Tok Guru tidak pun membacanya jauh sekali meluluskannya.

Munasabahnya, seperti mana jelas Nik Aziz, dia tidak tahu, kerajaan tidak tahu dan surat cat pun tidak dibuat macam mana derma itu boleh diberikan atas maksud hendak membalas budi? Kerja ini samalah kerja seorang budak yang tergila Siti Nurhaliza si penyanyi itu satu masa dulu. Kerana dia tergila-gilakan kepada Siti Nurhaliza dicetakkan kad undangan kahwin mengatakan dia nak kahwin dengan Siti. Walhasil Siti Nurhaliza usahkan bertunang dengannya, kenal pun tidak dengan budak lelaki itu. Nah begitu jugalah orang yang memberi derma itu lebih kurang budak lelaki yang tergilakan Siti Nurhaliza itu saja. Hukum dan nilailah sendiri.

Negara Malaysia atau mana-mana kerajaan negeri dan parti politik di dunia tidak pernah menerima pemberian sebanyak itu. Begitu juga tidak ada raja dan orang kaya yang 'ngor' - ngor ini gak yang tolol bodoh dan bebal - di dunia ini yang membelanjakan wang sebanyak itu. Tiba-tiba ada seorang manusia bernama Abdul Rahim Abdul Wahab Melayu asal Malaysia sanggup menghulurkan derma sebanyak itu ia satu yang aneh bin ajaib binti tak masuk akal dan s/o gila.

Siapa dia Abdul Rahim pengerusi Eksekutif I' DA World Group Sdn. Bhd (I'DA World) ini? Apakah dia seorang terkaya Malaysia yang disenaraikan bersama Ananda Krishnan atau Robert Quok, ataupun Lim Goh Tong, Nazim Najib, Mokhzani Mahathir dan lain-lain? Rasanya tidak. Jadi kalau dia bukan orang kaya, apakah logik dan munasabah orang yang entah dari mana datang itu boleh mendermakan wang sebanyak itu?

Itu sebab saya kata dia ini kurang empok. Sekiranya dia memiliki wang sebanyak itu beliau tidak perlu menderma kepada Kelantan untuk mendapat projek, cukup dia gunakan wang itu untuk makan dia bersama anak beranaknya. Peruntukan tahunan negeri Kelantan untuk masa 10 tahun pun tidak mencecah ke angka itu. Kalaulah dia menjadi saya dengan wang sebanyak itu saya tidak akan dermakan kepada Nik Aziz atau Pas sebaliknya saya gunakan untuk mengambil kerajaan negeri Kelantan, lagi bagus.

Hanya orang yang tidak waras dan tidak sihat saja akan mempercayai perkara berkenaan. Bagi mereka yang waras akan tergelak dan ketawa dengan apa yang berlaku. Bahawa ada satu lagi drama ataupun babak badut di Kelantan. Entah kenapa di Kelantan sejak akhir-akhir ini pun banyak berlaku perkara yang aneh manih.

Baru-baru ini ada seorang gadis mengaku keturunan Puteri Saadong. Riuh randah orang Kelantan dibuatnya sampai para kerabat raja Jembal berhimpun untuk mencari "DNA" terhadap gadis berkenaan. Walhal awal-awal lagi ia sudah nampak lucu dan bohong tetapi tetap juga dipedulikan. Inilah satu kelemahan orang Kelantan tidak mudah hendak menolak sesuatu yang tahyul, bidaah walaupun nas dan dalil pembohongannya sudah terang benderang.

Jadi dakwaan oleh orang bernama Abdul Rahim memberi wang kepada kerajaan Kelantan dan parti itu juga salah satu lagi babak aneh yang melucukan di Kelantan. Ia tidak lebih daripada babak untuk mencukupkan senarai pelbagai keanehan di Kelantan.

Siapa dia Abdul Rahim ini? Dari maklumat yang diperolehi beliau seorang yang bercita-cita besar untuk jadi seorang usahawan berjaya. Dia sudah lama mendekati keluarga Tok Guru. Katanya dia mendakwa dan memberi tahu kepada orang ramai yang dia baik dengan semua keluarga Tok Guru. Dia juga mendakwa kenal rapat dengan para menantu Tok Guru.

Katanya satu masa dia mendakwa dia adalah keluraga Che Yah.. cik Yah.. cik Yah ni gat isteri Tok Gurulah, Datin Sabariah Ishak. Katanya dia pernah meminta projek tertentu kononnya untuk kepentingan anak menantu Tok Guru. Dia menggunakan nama Tok Guru dan keluarganya untuk kepentingan dirinya. Beliau pernah meminta bantuan seseorang untuk mendapatkan tanah seluas ratusan ekar daripada kerajaan Kelantan.

Selain dari itu dia ini juga dikatakan menjadi alat dan diperalatkan untuk menjauh dan merenggangkan hubungan Tok Guru dengan seorang Exco Kelantan. Ahli keluarga Tok Guru hendaklah faham peranan orang ini bagi mengelakkan keburukan lebih teruk.

Senario ini boleh memberi faham siapa dia ini dan apa jenis orang ini. Senario ini juga akan menjawab kenapa berlaku kejadian yang tidak masuk akal itu tetapi boleh mengejutkan orang ramai dan menyebabkan Umno tersenyum?

Sebenarnya Nik Aziz perlu cemas dan tidak perlu jelas mengenai kejadian itu kerana orang ramai boleh fikir secara logik mengenai kejadian dan laporan terhadap kejadian itu.

Masakan wang sebanyak itu yang hendak diberikan kepada kerajaan Kelantan dan parti, ketua kerajaan dan ketua parti tidak tahu. Anih bukan? Apa pula peranan dan fungsi Nik Din untuk menerimanya sebagai mewakil kerajaan dan parti? Di sini saja bagi mereka yang tahu sistem pentadbiran dan tatsusila hidup sudah merasa janggal dan pelik.

Apa yang boleh difahami di sini babak itu adalah satu perangkap untuk memburukkan imej Tok Guru dan kerajaan Kelantan. Jelas di sini adik Nik Abdul Aziz bernama Nik Din Nik Mat itu sudah menjadi alat dengan tujuan tertentu. Alangkah dayusnya mereka yang memperalatkan adik Nik Aziz kerana beliau seorang yang jujur, ikhlas dan tidak tahu sepak terajang politik. Salahnya di sini orang menganjurkan majlis berkenaan.

Apa yang saya nampak di sini ianya sudah diplankan demikian rupa. Buat replika cek besar-besar tulis derma untuk Nik Aziz atau Pas atau kerajaan negeri kemudian 'pukul gambar' dan masukan dalam surat khabar. Tujuannya biar Umno dan musuh Pas ulas. Dan itulah nampaknya yang berlaku pagi ini bila baca akhbar penjilat punggung. Abdul Rahim bukan saja berjaya memperdayakan Nik Din dan mempermainkan Nik Aziz tetapi ikut sama mempermainkan akhbar-akhbar tertentu yang menyiarkan berita berkenaan. Seharusnya Editor memeriksa dan menilai sejauh mana logiknya kejadian itu sebelum ianya disiarkan apa lagi bagi memberi gambaran Nik Aziz dan kerajaan korup.

Sekali lagi, kalau kita melihat dan menilai wibawa beberapa oknum yang mengulas dan mempersoalkan perkara itu dalam akhbar ia wajar ditolak awal-awal lagi. Orang yang mengulas atau cuba memainkan isu itu juga tidak mempunyai kecerdikkan dan pengetahuan secukupnya dalam hidup mereka. Mereka ini sebenarnya sudah 'dawas'. Kalau mereka ini jenis haiwan mereka tak ubah macam biawak saja boleh libas dan memakan apa benda yang melintas di depan asalnya perut mereka membuyut.

Begitulah selalunya menimpa orang bodoh yang cuba hendak bercakap menunjukkan kecerdikan... ia jadi tambah bodoh. Dia akan cakap apa saja walaupun apa yang dicakapkan itu diketawakan orang. Ada yang meminta SPRM menyiasat pemberian itu kononnya hendak menceritakan kepada dunia kerajaan Kelantan dan Pas sebuah kerajaan yang korup dan parti korup.

Kalau pencadang itu cerdik ada sedikit ilmu ataupun lulus Empat Thanawi tentu dia akan merasa malu untuk membuat desakan demikian. Apakah dia faham bahawa replika itu sudah mempunyai nilai sebanyak RM4 billion. Replika ialah tiruan cek saja yang biasanya dibuat daripada kertas atau polistrim yang harganya tidak sampai RM50.

Rasanya SPRM tidak jadi sebodoh mereka yang suruh menyiasat kes berkenaan. Tidak tahulah kalau sewaktu penambahbaikkan ke atas SPRM yang dibuat baru lalu boleh memsabitkan pemberian replika seperti itu tidak pula saya tahu. Dan kalau ianya boleh disabitkan sangatlah melucukan dan jadilah taraf SPRM itu sama rendah mutu dan darjat dengan orang yang mendesak agar kerajaan Kelantan di siasat ekoran babak lucu dan anih itu.

Melihat kepada maksud perbuatan orang bernama Abdul Rahim itu jelas ia cuba memberi imej buruk kepada Kerajaan Kelantan dan ada unsur-unsur jenayah. Barang kali dalam proses untuk menyapu arang yang dilakukan itu kerajaan Kelantan, Pas dan Nik Aziz sendiri wajar membuat laporan polis ke atas kejadian itu.

Sumber: http://kedahlanie.blogspot.com/

Sumber: http://msomelayu.blogspot.com/

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN


SYED HUSSIN ALI : ANWAR BERBEZA DARIPADA RAZALEIGH

Posted: 23 Sep 2010 02:55 AM PDT

Satu pendedahan daripada seseorang yang amat mengenali DSAI. Penilaian untuk direnungkan.. perjuangan
oleh Lim Hong Siang Sep 21, 2010.
Dalam politik, musuh kepada musuh adalah kawan. Semua puak dan sekta akan disatu-padukan sebaik mungkin untuk menentang musuh yang utama. Pendekatan sedemikian menjadi salah satu pilihan kepada politik berhaluan kiri, yang sering dilabel sebagai fahaman anti-agama dalam politik tanahair.
Jika diimbas zaman pasca penjajahan Jepun, konsep "kerjasama" ini terjelma dalam bentuk draft Perlembagaan Rakyat, yang dikemukakan oleh gabungan Putera-AMCJA. Kemudian, usaha disusuli dengan cubaan untuk menggabungkan pengikut tiga orang tokoh Ahmad Boestaman (dari Parti Rakyat), Burhanuddin Helmi (dari PAS) dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako, dari Parti Buruh Malaya).
Bagaimanapun ia berakhir dengan ketidakhadiran PAS, apabila Parti Rakyat dan Parti Buruh membentuk Barisan Sosialis (Socialist Front, SF) pada tahun 1958. Kuku besi regim Perikatan (dan Barisan Nasional kemudiannya) terus mencengkam perluasan pengaruh sosialis - untuk beberapa dekad perjuangan sosialis disamakan dengan pengorbanan, seolah-olah perjuangan yang tidak menemui kemenangan...
Apa kata jikalau gerakan Reformasi tidak tercetus pada tahun 1998? "Tidak tahulah..." jawab Syed Husin Ali (gambar kanan), bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang mengambil keputusan penting pada zaman yang bergelora itu.
Sesungguhnya, tiada "jikalau" dalam sejarah. Tiada sesiapa yang dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku "jikalau" sejarah berlaku sebegini dan bukan sebegitu pada detik saat tertentu. Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, Syed Husin Ali mengimbas faktor yang mencantumkan PRM dengan Parti KeADILan Nasional; dan berkongsi penilaian dan pandangannya terhadap Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), sebelum beliau berundur dari jawatan Timbalan Presiden yang disandang sejak tahun 2003.
Anwar nyatakan hasrat dalam surat
Dalam negara seperti Malaysia, ruang demokrasi kadang-kala hanya berkembang di celah-celah retakan parti pemerintah. Pembangkang melalui zaman paling sukar untuknya setelah berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Bukan sahaja Barisan Sosialis berpecah dan terbubar, malah PAS menyertai Barisan Nasional pada awal tahun 1970-an.
Harapan pembangkang akhirnya muncul dari celah retakan UMNO pada tahun 1987. Tengku Razaleigh Hamzah pada ketika itu keluar dari UMNO, dan menubuhkan parti Semangat 46, yang seterusnya menjuruskan pembentukan Gagasan Rakyat, satu perikatan politik yang turut melibatkan PRM.
Belum genap 10 tahun kemudian, sejarah yang agak mirip dengan babak ini berulang. Anwar Ibrahim (gambar kiri) dipecat dari UMNO Baru. Parti KeADILan Nasional ditubuhkan, menjurus kepada pembentukan Barisan Alternatif (BA). Bagaimanapun, seperti tahun 1990, UMNO-BN berjaya mempertahankan majoriti dua pertiga dalam parlimen pada PRU ke-10 tahun 1999, tetapi...
Sesuatu yang luar biasa berlaku. BA biarpun tidak terelak daripada nasib keretakan, tetapi menyaksikan percantuman antara Parti KeADILan Nasional dengan PRM untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat pada 3 Ogos 2003.
Siapakah sebenarnya yang mula-mula mengutarakan cadangan ini? Soalan yang menjangkakan hanya dua kemungkinan jawapannya, iaitu Anwar Ibrahim atau Syed Husin Ali.
"Tidak pasti," jawab Syed Husin Ali, "Tetapi dalam satu surat Anwar sebut..." Beliau mula menceritakan bagaimana Anwar menyatakan hasratnya dalam surat yang diseludup keluar dari penjara.
"Jadi, pada Dr. Syed (gambar kanan), apakah pertimbangan Anwar ketika mencadangkan pencantuman ini?" tanya wartawan MerdekaReview.
"Sebenarnya dia (Anwar) jelaskan, lebih kurang beginilah. Dia melihat bahawa kebanyakan anggota dalam PKN, bukan tak ada, tetapi kebanyakan anggota biasa, terdiri daripada pelbagai golongan...
"Syed Husin Ali bersambung, "Satu golongan UMNO, satu golongan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia ), satu golongan JIM (Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia ), satu golongan NGO. Dan kebanyakan anggota biasa ini masih belum ada pengalaman politik, belum ada pandangan politik yang jelas, dan beliau mengharapkan kerjasama daripada Parti Rakyat untuk memberikan misalnya, sedikit... pendirian yang lebih bermakna.
"PRM pula, pada ketika itu berdepan dengan masalah perkembangan organisasi yang terbantut, bilangan ahli aktif yang berkurang, meskipun mencatat bilangan 30,000 ahli yang mendaftar pada waktu itu. Syed Husin Ali mengakui realiti bahawa kekuatan PRM semakin menyusut jikalau dibandingkan dengan zaman Barisan Sosialis.
Oleh yang demikian, PRM melihat cadangan pencantuman ini sebagai satu peluang untuk mengembangkan idea kepada massa. Untuk tiga tahun berturut-turut kongres PRM membincangkan agenda ini, dan akhirnya kongres meluluskan usul agar PRM dibubarkan dan bercantum dengan Parti Keadilan Nasional, dengan sokongan majoriti dua pertiga, kata Syed Husin Ali.
Tentangan dalaman kedua-dua parti
Bagaimanapun, pertikaian tidak berhenti di situ. Percantuman ini berdepan dengan tentangan segolongan kecil anggota, termasuk beberapa orang pemimpin dari ABIM. Dalam satu warkah dari penjara berjudul "Pakatan Pembangkang Digeruni Kerajaan" pada Ogos 2003, Anwar sengaja mengungkap lembaran sejarah perjuangan PRM menentang penjajahan dan imperialisme, "untuk memperlihatkan aspek relevan dalam perjuangan kini terutama dalam konteks penggabungan KeADILan dan PRM".
Untuk beberapa tahun yang berikutnya, Anwar perlu mempertahankan bekas gurunya daripada prejudis dan tanggapan negatif terhadap "orang kiri", malah menyatakan kesanggupan untuk berkempen mempertahankan Syed Husin Ali sebagai Timbalan Presiden dalam PKR, kerana menganggap ia sesuatu yang tidak beretika untuk menendang Presiden PRM selepas pencantuman, dengan bilangan ahli yang majoriti.
Sementara itu, keputusan Syed Husin Ali dan parti untuk mengambil risiko dengan membubarkan PRM dan bercantum dengan PKN, turut dipertikaikan oleh beberapa orang rakan seperjuangan dalam partinya. Sesetengah pemimpin PRM tetap meragui keikhlasan Anwar, yang dijangkakannya akan kembali ke pangkuan UMNO.
"Saya pasti dia (Anwar) tak masuk UMNO," tegas Syed Husin Ali dengan yakin, biarpun pendirian Anwar agak "kabur" untuk seketika, sebaik dibebaskan dari penjara pada tahun 2004. Apakah punca keyakinan bekas profesor Universiti Malaya terhadap anak muridnya ini?
Soalan ini diajukan kerana Syed Husin Ali memaklumkan kepada wartawan, bahawa Rafidah Aziz (bekas Ketua Wanita UMNO) juga salah seorang anak muridnya."Pertama, komunikasi saya dengan dia. Sesetengah surat dia masih saya simpan..." Syed Husin Ali meneruskan, "Kedua, mereka (UMNO) sudah begitu menghina dia dengan keluarga dia, tak mungkin dia kembali ke situ.
"Saya kenal dia dah lama, sebagai student (pelajar), sebagai kawan, sebagai orang tahanan sama, sebagai orang yang sama-sama berjuang..." Dengan kata lain, hubungan yang merentasi kira-kira empat dekad inilah yang menjadi benteng kepercayaan Syed Husin Ali terhadap Anwar.
Razaleigh bersifat feudal
Malah, beliau sendiri menyebut nama Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perbandingan. "Saya bekerjasama rapat dengan Tengku Razaleigh (bekas Presiden Semangat 46) dulu, saya tak begitu yakin dengan perjuangan Tengku Razaleigh (gambar kanan bawah). Tak begitu yakin...
"Beliau turut ketawa dengan luahan dirinya yang berterus-terang, "Ada dua sebab, satu dia bersifat feudal yang kuat. Anda boleh jadi Tengku tetapi pada masa yang sama tak feudal sangat. Misalnya, dalam mesyuarat, orang selalu tunjukkan penghormatan feudal kepadanya. Dan dia macam tak ada benda. Kadang-kadang macam biasa sahaja. Kalau orang yang ada sikit sifat yang tak feudal, dia tak mahu menerima cara-cara begini.
"Dan bezanya dengan Anwar. Anwar you boleh kritik dia. Anggota biasa boleh kritik dia. Dia akan dengar. Terutama sekali seperti sekarang," kata Syed Husin Ali.
"Yang keduanya, Semangat 46 dengan Tengku Razaleigh, mereka tak pernah mahu mengakui diri sebagai pembangkang. Tak pernah mahu menentang kuat pihak polis atau pihak kerajaan. Kalau misalnya dia pergi ceramah, polis datang suruh henti, terus henti. Tak ada lawan tak ada apa... Kalau misalnya sebelum ceramah, tak ada permit, dia tak pergi.
"Anwar tidak, orang-orang PKR tidak. Kalau lagi disekat, lagi mereka lawan. Kalau tak lama pun sekejap (mereka lawan). Tetapi ini semangat yang saya anggap berbeza dengan Semangat 46." Jiwa inilah sebenarnya yang dihayati Syed Husin Ali, yang mungkin ramai di kalangan anggota PKR tidak menyedarinya. Beliau seterusnya mendedahkan, "Tengku Razaleigh pernah minta PRM bersama (Semangat) 46, saya terus tolak.
Anwar berjiwa kerakyatan
Sememangnya, Anwar Ibrahim seorang pemimpin politik yang kontroversial, sepanjang perjuangannya menggunakan wadah ABIM, UMNO dan kini PKR. Tetapi, Syed Husin Ali menemui unsur "kerakyatan" yang sebati dalam jiwanya.
"Saya tahu dia prihatin terhadap orang yang miskin, setinggan. Dalam tahanan, saya nampak dia memang tak ada prejudis terhadap orang Tionghua, atau orang bukan Melayu. Bahkan kadang-kadang, mereka menganggap dalam beberapa aspek, saya lebih melayu (bersifat kemelayuan) daripada dia," katanya sambil ketawa.
"Saya rasa dia seorang yang ikhlas, dan tidak berdendam." Demikianlah jawapannya ketika diminta untuk menilai Anwar Ibrahim. Beliau mengamati perubahan yang berlaku dalam diri anak muridnya ini, "Saya sendiri sangka dia akan masuk PAS waktu itu (selepas dibebaskan dari tahanan ISA tahun 1970-an). Tapi hubungannya dengan Mahathir cukup rapat. Terutama sekali selepas 13 Mei...bila Mahathir dikeluarkan (disingkirkan) daripada UMNO. Dia memang rapat dengan Mahathir. Dan saya percaya Mahathir lebih kuat pengaruhnya ke atasnya.
"Bagaimanapun, Syed Husin Ali mengakui, "Dari segi perwatakan, bila dia (Anwar) jadi menteri, ada sifat orang besar sikitlah. Tapi pada hakikatnya saya tahu, pendirian politiknya tak berubah. Sebab tu mudah saja bagi dia kembali kepada yang asal, sekarang ini."
Sejauh mana unsur "kerakyatan" diterapkan?
Penilaian Syed Husin Ali terhadap pencantuman ini setelah tujuh tahun merumuskan bahawa PKR telah memulakan satu tradisi yang amat penting untuk menjadi sebuah parti yang multi-etnik. Pemimpin Melayu telah berani untuk mengetengahkan dasar parti yang bukan bercorakkan kemelayuan dan keagamaan, tetapi kerakyatan.
Wartawan menyusul dengan menyenaraikan Agenda Ekonomi Baru, konsep "Ketuanan Rakyat", slogan "Merakyatkan ekonomi", yang diterapkan ke dalam pentadbiran PKR-Pakatan Rakyat selepas tsunami politik. Syed Husin Ali yang rendah diri bagaimanapun enggan mengundang jasa dalam hal ini. Namun, wartawan melanjutkan persoalan dengan merujuk kepada orang-orang di keliling Anwar, yang kebanyakannya berhaluan kanan, atau liberal.
Sejauh manakah unsur "kerakyatan" ini diterapkan dalam dasar parti pada masa depan, apabila Syed Husin Ali tidak berada pada tempat nombor dua ini?
"Saya yakin dari dua segi. Satu, dasar parti sudah jelas. Keduanya, kalau kita perhatikan, ucapan dan kenyataan pemimpin utama kita, terutama sekali Anwar, juga Wan Azizah, dan Khalid Ibrahim misalnya, mereka menekankan aspek-aspek kerakyatan ini. Dan Khalid Ibrahim, walaupun dia seorang dari latar belakang korporat, tetapi sentimennya untuk menolong rakyat, walaupun pada mula-mulanya, rakyat Melayu terutama sekali, adalah sangat kuat.
"Beliau menambah, "Jadi saya yakin, mereka tidak akan lari dari teras perjuangan." Namun, siapakah "pengganti" Syed Husin Ali yang bukan sahaja mewarisi jiwa "kepedulian rakyat"-nya, tetapi memiliki kewibawaan untuk mengetengahkan pandangan dalam Majlis Pimpinan Pusat pada masa depan?"Saya nak tegaskan bahawa, perubahan dalam parti, dasar dalam parti, masa depan parti, tidak ditentukan oleh satu orang. Tetapi ditentukan oleh organisasi seluruhnya," tekannya, setelah enggan menyebut nama khusus pemimpin baru yang berkongsi idealisme bersamanya, seperti yang diminta wartawan.
Zaid, Azmin...
Syed Husin Ali pada mulanya enggan mengulas secara spesifik calon Timbalan Presiden yang bakal menggantikannya. Tetapi apabila wawancara menyentuh beberapa kenyataan yang dibuat Zaid Ibrahim baru-baru ini, beliau kelihatan terpanggil untuk menjawab beberapa tuduhan.
Biarpun bersetuju bahawa "musuh parti" seharusnya dirujuk kepada "musuh yang lebih besar", iaitu "segelintir perompak yang merampas harta negara di luar parti", tetapi beliau jelas terusik apabila nama Soh Chee Wen dikaitkan dengan Anwar, oleh Zaid Ibrahim. Perbualan kemudian dilanjutkan kepada Zaid Ibrahim...
"Tidak semua jawatan yang disebut media, yang kononnya dipegang oleh Zaid, benar. Sebenarnya dasar Pakatan (Rakyat) dibuat satu kumpulan, bukan seorang. Memang dia ditugaskan untuk daftarkan Pakatan (Rakyat), tapi tidak bererti dia coordinator for Pakatan," Syed Husin Ali cuba memperbetulkan.
Berhubung dasar Pakatan Rakyat, Syed Husin Ali berkata, "Dia (Zaid) ada buat first draft. Akan tetapi bila dia berada di luar negara, dasar pakatan itu telah disiapkan oleh sebuah jawatankuasa yg terdiri daripada wakil ketiga-tiga parti. Apa yang disiapkan oleh jawatankuasa inilah yang dikemukakan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat dan diterima sebagai agenda perubahan Pakatan Rakyat.
"Syed Husin Ali secara jujur mengakui bahawa dirinya mungkin menyimpan prejudis terhadap Zaid, calon PRU yang nyaris ditentang oleh dirinya ketika PRU ke-10 pada tahun 2004 di kawasan parlimen Kota Bahru. Beliau mengungkit zaman Zaid ketika menjadi Presiden Persatuan Peguam Islam, apabila wartawan mengajukan pandangan bahawa "Zaid dilihat lebih kuat dari segi idea untuk memimpin".
"Nak katakan sarat dengan idea, tidak juga..." Pemimpin veteran ini bagaimanapun memberi nasihatnya, "Dia perlu jadi team player. Ketika beliau dilantik masuk Biro Politik, bila suka datang (hadir mesyuarat). Bila tak suka, tak datang. Macam mana anda menjadi pemimpin seperti itu?
"Bagaimana pula dengan Azmin Ali (gambar kanan)? "Azmin Ali ada juga kekurangan... Misalnya dia dilihat sombong dan berpuak-puak oleh sesetengah orang..." Beliau enggan mengulas lanjut, "Tapi secara ikhlas daripada saya, orang yang memimpin parti haruslah orang yang komited kepada asas-asas perjuangan Parti seperti termaktub dalam Perlembagaannya, menghormati disiplin organisasi Parti, sudah teruji merentas duri dan ranjau perjuangan, bergerak secara pemain berpasukan (team player), menentang amalan korupsi dalam segala bentuk dan mendukung nilai akhlak yang tinggi.
"Adakah Azmin Ali memenuhi syarat tersebut? "Ada dia penuhi, ada tidak..." Wartawan menyusul dengan soalan bahawa Azmin dilihat kurang menyentuh soal dasar. "Dari segi idea, dia ada idea. Dia harus lebih cakap pasal dasar, mulai sekarang..." katanya.
Wartawan terus menguji, menyebut nama Sivarasa Rasiah, Naib Presiden sekarang. "Dari politik, dia matang sebenarnya....
"Tian Chua? "Tian Chua saya rasa dia lebih efektif on the street (ketawa), imej dia di situ. Tapi dia disiplin juga...dia datang mesyuarat, taklah bersikap 'suka datang, tak suka tak datang'. Lagipun dia tak condemn (mempersalahkan) parti di luar..." Syed Husin Ali, menambah "Nak condemn, datang dan condemn dalam mesyuarat..."
Syed Husin Ali melihat secara positif generasi pemimpin muda dalam PKR, meskipun mengakui bahawa sayap pemuda, iaitu Angkatan Muda Keadilan ini lemah dari segi organisasi. Beliau mempersalahkan pengaruh yang ditinggalkan bekas Ketua AMK, yang disifatnya sebagai "self-centered" (berpusatkan diri).
Syed Husin Ali secara terus-terang dengan kritikannya terhadap budaya tidak menepati masa dalam parti, "Perpaduan organisasi tak begitu mantap, kerana disiplin tak kuat." (Bahagian kedua, bersambung)
*Wawancara ini dijalankan oleh Lim Hong Siang dan Wong Shu Qi dari MerdekaReview, di pejabat Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali pada 16 September 2010.

BERSIH 2.0 : BETULKAN LOKALITI MENGUNDI, PINDAH PENGUNDI TIDAK SAH

Posted: 23 Sep 2010 02:41 AM PDT

SPR telah mula mengorak langkah kearah usaha untuk membantu BN dalam PRU13 yang akan datang. 200,000 orang pengundi terlibat didalam proses ini.
KUALA LUMPUR, 23 Sept — Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan menyifatkan langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pembetulan lokaliti mengundi dan disusuli dengan pemindahan pengundi terbabit sebagai proses yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
SPR melaksanakan proses ini secara meluas ekoran penggunaan sistem maklumat geografi elektronik (EGIS) sejak 2004 di seluruh negara iaitu dua tahun selepas urusan persempadanan bahagian pilihan raya terakhir dilaksanakan.
Proses itu membawa kepada pertambahan kerusi Parlimen kepada 222.
Menurut SPR, ia menjalankan proses ini selaras dengan peruntukan Subseksyen 7(2) dan 7(4) Akta Pilihan Raya 1958 dan Subseksyen 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Ambiga berpendapat bahawa walaupun SPR mengesan kewujudan kesilapan dalam sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen, ia tidak harus mengganggu sempadan sedia ada.
"Walaupun SPR mengesan ada kesilapan lokaliti mengundi, SPR tidak boleh melakukan pembetulan sehingga urusan persempadanan baru dilakukan iaitu dalam keadaan semasa (dijangka) akan dijalankan selepas Mac 2011," kata Ambiga ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Ambiga berkata jika proses itu dilaksanakan, ia boleh dianggap sebagai satu urusan persempadanan 'kecil' antara proses persempadanan terdahulu dan yang akan datang.
Beliau dikemukakan persoalan mengenai proses ini ekoran dakwaan beberapa pihak dalam blog dab ruangan Twitter baru-baru ini bahawa tindakan SPR itu tidak sah kerana seolah-olah SPR mengadakan urusan persempadanan 'mini'.
Perkara itu turut diakui oleh Naib Pengerusi DAP M. Kulasegaran yang menyifatkannya sebagai "urusan persempadanan semula kecil", yang tidak sewajarnya dilakukan.
Ahli Parlimen Ipoh Barat ini juga mengakui pernah mengalami tindakan seumpama di bahagian Parlimen Ipoh Barat tiga tahun lalu melibatkan pemindahan kira-kira 2,000 pengundi.
Pembetulan lokaliti mengundi membabitkan pengundi-pengundi itu dipindahkan dari Ipoh Barat ke kawasan Parlimen Batu Gajah.
Kedua-duanya terletak di Perak.
SPR yang masih dalam proses pelaksanaan belum dapat memberikan jumlah sebenar kawasan yang terlibat di seluruh negara.
Wakil rakyat itu mengesyaki ada yang tidak kena dengan proses sedemikian.
"Seolah-olah ada kerja muslihat di pihak SPR untuk memindahkan pengundi dari satu kawasan ke kawasan atas nama pembentulan lokaliti," katanya lagi.
Pada pilihan raya umum 2004 Kulasegaran menang dengan majoriti 598 undi tetapi empat tahun kemudian majoritinya meningkat kepada lebih 15,000 undi.
Keseluruhannya menurut beliau, pihaknya menganggarkan ia melibatkan kira-kira 200,000 pengundi di seluruh negara.
"Kami anggarkan sekitar 200,000 pengundi terlibat dalam proses ini, tetapi kami masih mengadakan penelitian mendalam untuk mendapatkan angka sebenar pengundi dan bahagian Parlimen yang terlibat," katanya.
Ambiga yang juga bekas Presiden Majlis Peguam berkata, langkah memindahkan lokaliti, yang menjadi tumpuan ketika pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor April lalu, sebenarnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Pada pandangan saya ia satu proses yang bercanggah dengan Perlembagaan di mana SPR tidak boleh membetulkan sempadan pilihan raya dan memindahkan pengundi tanpa pengetahuan mereka," kata beliau.
Ambiga menambah, isu ini merupakan salah satu perkara yang dibangkitkan dalam memorandum yang dikemukakan kepada SPR Julai lalu.
Pertemuan SPR dan Bersih 2.0 telah dijadual untuk diadakan pada 27 Ogos lalu tetapi suruhanjaya tersebut memaklumkan NGO itu bahawa ia ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian selepas Aidilfitri.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu The Malaysian Insider pihaknya akan menemui Bersih 2.0 selepas sambutan Aidilfitri.Ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh mempertikaikan ketelusan perjalanan pilihan raya kecil itu ekoran dakwaan Pakatan Rakyat bahawa tindakan SPR telah memindahkan 228 pengundi dari Kampung Tanjung di DUN Batang Kali dalam bahagian Hulu Selangor ke kerusi Parlimen jiran — Selayang.
Fuziah mendakwa ia sebagai satu tindakan tidak sah, memindahkan pengundi dari satu bahagian ke bahagian lain.
Bagaimanapun dalam reaksi ketika itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata tindakan itu tidak salah dari segi undang-undang.
"Proses ini sudah dijalankan sejak selepas pilihan raya umum 2004. Jadi kami mendapati ada kawasan yang termasuk dalam bahagian pilihan raya yang lain tetapi hakikat pengundi kena mengundi di tempat lain.
"Jadi SPR sedang mengambil tindakan membetulkan lokaliti tempatan mengundi dengan memindahkan pengundi kawasan terbabit ke bahagian-bahagian lain... salah satu bahagian terbabit ialah Hulu Selangor dan Selayang," katanya.
Kata beliau pada masa lalu proses menentukan sempadan dibuat secara manual tetapi SPR menggunakan EGIS sejak 2004.
Dalam kes terbaru, SPR membuat pembetulan lokaliti mengundi Lapangan Terbang di kawasan Parlimen Bukit Bintang ke bahagian Parlimen Cheras membabitkan kira-kira 150 pengundi.
Kedua-dua bahagian itu terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya DAP Tan Kok Wai berkata SPR memaklumkan pihaknya bahawa pembetulan lokaliti mengundi Lapangan Terbang di kawasan Parlimen Bukit Bintang dilakukan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
"Saya dan Ahli Parlimen Bukit Bintang (Fong Kui Lun juga dari DAP) tidak kisah proses ini dilakukan kerana kami menganggap ia dilakukan dengan alasan yang tulen ekoran perbezaan alamat tempat tinggal bagi penduduk yang tinggal di PPRT Lapangan Terbang," katanya.
Walaupun tinggal di pangsapuri yang sama ada pengundi yang menggunakan alamat membolehkan mereka mengundi di kawasan Bukit Bintang manakala sesetengah pula di kawasan Cheras sedangkan kesemua mereka wajar diwakili oleh kerusi Parlimen Cheras.
"Keputusan ini kami terima. Tetapi apa yang kami hendak menekankan di sini ialah SPR sewajarnya melakukan dengan terbuka dan telus... memberikan peluang kepada pengundi berkenaan membantah atau sebaliknya apabila mereka dipindahkan," katanya.
Misalnya kata beliau, pengundi-pengundi terbabit sewajarnya diberikan peluang untuk mendengar proses pemindahan ke bahagian pilihan raya lain.
Di bawah urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya terdapat sesi pameran, tuntutan dan bantahan serta siasatan awam jika ada bantahan.
Ahli Parlimen Cheras itu menambah, pembetulan lokaliti mengundi juga melibatkan bahagian Parlimen Lembah Pantai dan Seputeh.
"Sebahagian penempatan apartmen dari kawasan Kampung Muhibah di kerusi Parlimen Lembah Pantai telah dipindahkan ke bahagian Seputeh. Di sini, yang dipindahkan cuma pengundi sebuah apartmen, bukannya keseluruhan Kampung Muhibah," kata beliau yang menimbulkan kemusykilan dengan kaedah itu.
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar juga mengakui beliau tidak menyedari perkembangan tersebut."Sekurang-kurangnya kami sebagai wakil rakyat harus dimaklumkan secara bertulis," kata beliau.