Sabtu, 11 September 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Pemilihan Dalam PKR

Posted: 10 Sep 2010 11:47 PM PDT

Hari inilah hari yang paling gembira buat saya. Saya dapat bercakap dengan beberapa orang pimpinan PKR peringkat Pusat dan pimpinan peringkat Negeri Pahang. Mereka itu semua sayang kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, Dato Seri Wan Azizah, Dr Syed Husin Ali, Azmin dan Datuk Zaid, dan mereka melahirkan keresahan dengan pertempuran Azmin-Zaid serta fitnah-fitnah yang berekoran yang boleh membawa kerosakan dan perpecahan kepada parti dan membantutkan peluang parti didalam PRU-13 nanti.

Semua pihak bersetuju bahawa hak memilih dan dipilih itu adalah amalan demokrasi, tetapi apabila hak itu disalahguna dengan fitnah yang melampau, maka usaha itu boleh membunuh parti, dan nampaknya usaha kearah membunuh parti itu sudah menjadi nyata jika tidak dibendung dengan segera.

Azmin mempunyai pengikut yang ramai dan begitu juga dengan Zaid, dan pertempuran yang tidak sihat antara keduanya merosakkan parti.

Selangor diperingkat akar umbi menyedari hakikat ini. Mereka mahu parti kembali aman bersatu-padu dan pemilihan pimpinan tidak membawa kerosakan kepada parti.

Diatas dasar perpaduan dan mengekalkan kekuatan parti, akar umbi Selangor mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden ditandingi oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Wan Azizah; jika Dr Syed Husin mahu mengekalkan jawatan Timbalan Presiden, maka gandingan Anwar/Dr Syed Husin akan dilangsungkan atau status quo dikekalkan dengan gandingan Dato Seri Wan Azizah dan Dr Syed Husin Ali dengan Dato Seri Anwar kekal sebagai Ketua Umum.

Kami juga sayang kepada Azmin dan Zaid, maka, bertandinglah mereka diatas jawatan Naib Presiden dengan beberapa orang yang lain lagi untuk 5 orang Naib Presiden.

Saya cukup gembira kerana idea dari akar umbi Selangor ini mendapat sokongan dari ramai kumpulan pimpinan seluruh Negara termasuk di Negeri Pahang.

Mengenai Dr Syed Husin Ali, kami akan memohon restu keluarganya agar mengizinkan Dr Syed untuk bertanding Trimbalan, satu pengorbanan dari Kak Sabariah dan anak2 demi perjuangan.

Jika Dr Syed bersetuju maka memudahkan gandingan Anwar/Syed Husin atau Wan Azizah/Syed Husin.

Anggota-anggota parti seluruh Negara memberikan persetujuan kepada formula ini demi perpaduan parti bagi menghadapi PRU-13.
Seluruh anggota meminta supaya Azmin dan Zaid bersabar. Insya Allah, jika mereka terus cekal dengan perjuangan, jawatan Timbalan Presiden bahkan jawatan Presiden sekalipun boleh mereka capai; beberapa tahun akan datang tidaklah mustahil akan wujud gandingan Zaid/Azmin atau Azmin/Zaid.
Kedua-dua mereka saya kenali dan saya memberikan sokongan kepada kedua-duanya; hanya bersabarlah.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Petelagahan Umno Dan Perkasa Hanya Sandiwara

Posted: 11 Sep 2010 04:27 AM PDT

Dari TV Selangor

Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim yakin perbalahan Umno-Perkasa hanya sandiwara bersama untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Beliau berkata, umum sedia maklum bahawa kepimpinan Umno selama ini mempromosikan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.

Bukan sahaja permit kumpulan itu lulus dalam sekejapan, bahkan juga majlis-majlis Perkasa direstui dan dihadiri bukan sahaja oleh mantan Presiden Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi juga Presiden Umno, Najib Abdul Razak.

Mutakhir ini media melaporkan Umno membuat keputusan untuk menjauhi Perkasa dengan kerana kumpulan itu mengugat kestabilan Barisan Nasional, dan menghakis sokongan rakyat kepada gagasan itu.

Anwar menyifatkan Umno bermain bunga silat untuk mengelirukan pandangan rakyat, kononnya langkah menceraikan Perkasa adalah perlu bagi mencapai matlamat 1Malaysia.

"UMNO tidak boleh lepaskan tanggungjawabnya sebagai satu badan yang selalu mempromosikan PERKASA jika mereka masih berdegil maknanya mereka harus memberikan penjelasan kepada rakyat apa yang berlaku sebenarnya,”kata Anwar

Beliau menggesa Umno menjelaskan kepad rakyat apakah keputusan itu adalah dasar yang kekal, atau sekadar keperluan politik semasa semata-mata.

"Kalau setakat ini kita tidak yakin bahawa sebenarnya UMNO tidak menjiwai apa yang disuarakan oleh PERKASA tetapi hanya satu sandiwara politik sementara", kata Dato Seri Anwar selepas menghadiri rumah terbuka anjuran Parti Keadilan di tapak Expo seberang jaya petang tadi.

Sementara itu, Anwar memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana ahli Parti Keadilan Rakyat yang menganggotai Perkasa, kerana ia bercanggah dengan prinsip perjuangan parti.

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


BUDAYA UMNO KIAN MERESAP ?

Posted: 11 Sep 2010 03:50 AM PDT

Posted: 11 Sep 2010 03:38 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Limpahan Sampah di Terengganu di Idil Fitri

Posted: 10 Sep 2010 06:28 PM PDT


Kemeriahan dan keceriaan sambutan 1 Syawal di pinggir jalan-jalan utama dalam kawasan ini dicemari dengan limpahan sampah sarap yang berbau busuk dan hanyir. Tong-tong sampah yang disediakan pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak mampu lagi menerima sisa buangan persiapan penduduk di kawasan ini menyambut ketibaan Eidul Fitri kerana ia telah penuh, akibat tiada kutipan dilakukan.


************************
Eidul Fitri DiCemari 'Limpahan Sampah'
Saturday, 11 September 2010 04:03

Wartawan Buletin
KUALA NERUS - Kemeriahan dan keceriaan sambutan 1 Syawal di pinggir jalan-jalan utama dalam kawasan ini dicemari dengan limpahan sampah sarap yang berbau busuk dan hanyir.

Tong-tong sampah yang disediakan pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak mampu lagi menerima sisa buangan persiapan penduduk di kawasan ini menyambut ketibaan Eidul Fitri kerana ia telah penuh, akibat tiada kutipan dilakukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak menyifatkan, 'limpahan sampah' yang berlaku adalah kegagalan pihak MBKT memberi fokus kepada urusan utama (core business) perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

(Gambar kiri - 'Limpahan Sampah' di pinggir jalan, simpang tiga Kampung Bukit Tunggal ketika dirakam wartawan Buletin petang semalam 10 September)

"Perkhidmatan kebersihan dan urusan 'sampah' adalah 'core business' sebuah pihak berkuasa tempatan bagi memastikan warga yang tinggal dalam sesuatu PBT itu hidup dengan ceria dan meriah tanpa sampah,

"sampah yang melimpah-limpah sejak hari-hari terakhir bulan puasa, sehingga hari ini, 1 Syawal adalah menunjukkan kegagalan MBKT merancang dan melaksanakan urusan pengutipan sampah,"katanya ketika ditemui Buletinonline di Majlis Rumah Terbukanya, di Kampung Bukit Tunggal, disini semalam.

Beliau juga mendakwa, ia menunjukkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu belum bersedia dan mampu mentadbir dan mengurus sebuah bandaraya sebagaimana yang telah diisytiharkan ke atas bandar Kuala Terengganu.

"Kegagalan menguruskan sampah dan masalah kebersihan bukanlah pertama kali diperkatakan tentang bandar Kuala Terengganu, sepatutnya setelah mengisytiharkan Kuala Terengganu sebagai bandaraya pada 1 Januari, 2008, dan dilantik seorang Datuk Bandar, warga kerjanya dapat melaksanakan amanah dengan lebih cemerlang,

"tetapi keadaan pengurusan sampah dan kebersihan Kuala Terengganu masih ditakuk lama,"katanya yang juga seorang doktor pengamal perubatan swasta.

Menurutnya, berjuta-juta ringgit wang telah dibelanjakan untuk membiayai 'Kempen kebersihan' oleh kerajaan Umno/BN Terengganu semasa pemerintahan zaman Dato' Seri Idris Jusoh, ternyata sia-sia dan tidak meninggalkan kesan yang nyata.

(Gambar bawah - Limpahan Sampah dirakam pada malam menjelang 1Syawal di pinggir jalan Kelantan menuju ke Kota Bharu)

Sumber : http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2425:eidul-fitri-dicemari-limpahan-sampah&catid=35:dalam-negeri&Itemid=85

.

.


Perutusan Eidul Fitri Oleh Ketua AMK Malaysia

Posted: 10 Sep 2010 04:05 PM PDT

PERUTUSAN HARI RAYA EIDULFITRI
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA
KEMBALI KEPADA FITRAH PERJUANGAN

Allaahu akbar.. Allaahu akbar.. Allaahu akbar …..
Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar.
Allaahu akbar walillaahil – hamd.

Allah maha besar (3X)
Tiada Tuhan selain Allah
Allah maha besar
Allah maha besar dan segala puji bagi Allah.

1. Alhamdulillah, umat Islam baru sahaja menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia. Ramadhan diibaratkan sebagai sebuah madrasah, tempat latihan rohani dan jasmani. Ianya bulan yang paling sesuai bagi penyucian hati dari segala kekotoran dosa. Sebagai hamba Allah kita dituntut supaya sentiasa memperbaiki diri dan berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan keredhaan dari Allah S.W.T. Mudah-mudahan amalan, amal ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan yang lalu akan diterima oleh Allah S.W.T.

2. Perjuangan memperbaiki diri bukan hanya terhad pada bulan Ramadhan sahaja, malah ianya perlu diteruskan dengan istiqamah setiap masa. Malah perjuangan ini perlu juga diperluaskan ke dalam masyarakat. Kita ingin melihat masyarakat kita bergerak ke arah masyarakat yang baik. Pembaikan atau islah sudah tentu berkait rapat dengan perjuangan dan dasar Parti Keadilan Rakyat Malaysia. Perjuangan Keadilan adalah untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang peri pentingnya perubahan ke arah politik yang berprinsip, ekonomi yang mapan dan sosial yang harmonis yang kesemuanya berpaksikan prinsip keadilan. Melaksanakan keadilan di dalam masyarakat bukanlah mudah, ia memerlukan iltizam dan semangat politik yang tinggi. Keadilan di sini bukan hanya menyentuh undang-undang dan polisi untuk kebaikan dan kegembiraan majoriti sahaja mahupun sekadar mempromosi dan melindungi hak asasi manusia, tetapi ianya menjangkaui lebih dari itu. Negara yang adil pada hemat saya ialah negara yang berupaya memahami nilai-nilai baik yang perlu dihayati dan diamalkan dalam setiap unsur pentadbirannya.

Saudara-Saudari,

3. Sempena hari raya Eidulfitri kali ini, marilah kita bulatkan tekad , menolak sesungguhnya politik sempit perkauman, kezaliman yang berleluasa, rasuah dan penyelewengan. Bukan itu sahaja, negara kita saban hari dihidangkan dengan gejala sosial yang amat parah. Baru baru ini kita dikejutkan dengan fenomena pembuangan bayi yang tidak berkesudahan. Nah! Di mana silapnya? Tidak dinafikan keluarga memainkan peranan penting dalam didikan agama dan moral, tetapi polisi dan sikap sang pemerintah yang penuh dengan penyelewengan dan rasuah juga turut menyumbang kepada keruntuhan akhlak ini.

3. Kebobrokan yang berleluasa di Malaysia kini ibarat zaman gelap yang memerlukan kepada suatu Pencerahan! Apa yang saya maksudkan sebagai Pencerahan di sini ialah setiap dari saudara dan saudari mempunyai tanggungjawab dan potensi diri bagi melakukan perubahan. Sebagai seorang insan adalah suatu yang fitrah untuk kita bergerak ke arah yang lebih baik. Adalah fitrah untuk kita menolak kezaliman, rasuah dan penyelewengan yang berleluasa! Ianya bermula dengan anda. Andalah penentu kepada segalanya. Kita dikurniakan akal fikiran yang murni untuk membuat pilihan bagi melakukan perubahan. Janganlah kerana kita merasa sedikit selesa,diberikan sedikit kekayaan tetapi kita lupa untuk menggunakan daya usaha kita itu untuk melakukan islah dalam masyarakat supaya negara kita menjadi lebih makmur.

4. Tanggungjawab untuk memakmurkan dunia ini sudah tentu tidak diberikan sewenang-wenangnya kepada manusia, tetapi dipilih oleh Allah kerana keistimewaan manusia. Allah berfirman "Sesungguhnya manusia itu adalah sebaik baik kejadian". Manusia itu adalah sebaik baik kejadian kerana adanya elemen x, iaitu elemen yang saya kategorikan sebagai keupayaan manusia untuk merancang dan merencana melalui akal fikiran. Kelebihan ini tidak ada pada haiwan, tumbuhan dan mineral. Kesempurnaan manusia ialah kerana akal fikiran yang digunakan untuk merancang dan merencana.

Saudara dan saudari sekelian,

5. Seperti yang kita sedia maklum, pada bulan November hadapan Parti Keadilan Rakyat akan menghadapi pemilihan kepimpinan Parti. Proses pencalonan telahpun berlangsung pada Ramadhan yang lepas. Sesungguhnya, ini ialah titik penting dalam meneruskan kesinambungan Parti. Buat pertama kalinya setiap ahli Parti seramai lebih kurang 400,000 orang akan diberikan kuasa untuk membuat pilihan barisan kepimpinan Parti. Usaha ini ialah bagi menyuburkan demokrasi di dalam Parti. Ini adalah bukti bahawa kepimpinan Parti serius menegakkan demokrasi yang sebenarnya dan ianya bukanlah suatu slogan kosong semata-mata. Dengan semangat ini, saya menyeru ahli-ahli Parti mengunakan kebijaksanaan dalam memilih barisan kepimpinan yang baru. Gunakan peluang ini untuk kita merencana dan merancang pembangunan Parti supaya lebih kuat dan kukuh. Parti yang kuat dan kukuh akan terus mendapat kepercayaan dari rakyat. Jadikan pertandingan kali ini ialah pertandingan antara saudara dan adik beradik, yang menang kita nobatkan yang kalah jangan kita pinggirkan. Justeru, saya berharap hasrat dan cita-cita murni untuk memperkasa Parti sebagai natijah daripada pemilihan ini sepatutnya dipelihara.

5. Jangan dilupa juga sumbangan anak muda. Anak muda seharusnya diberi ruang dan peluang secara luas untuk melibatkan diri secara aktif di dalam kepimpinan Parti. Pemilihan Parti kali ini merupakan kesempatan yang terbaik untuk melaksanakan misi penting Parti. Kewujudan kuasa ketiga, iaitu kekuatan anak muda di dalam kepimpinan akan menjadikan Parti ini relevan dan menjadi ikutan anak-anak muda. Sesuai dengan ayat al-Quran: Innahum fityatun amanu birabbihim wa zidnahum huda yang bermaksud: "Sesungguhnya mereka merupakan pemuda-pemuda yang beriman dengan tuhan mereka dan dikurniakan mereka petunjuk.

Saudara-Saudari,

6. Di dalam keghairahan kita berhari raya, jangan dilupa kepada rakan taulan, sahabat handai dan para reformis yang berkorban keringat dan air mata dalam menegakkan keadilan di negara kita. Jasa-jasa mereka perlu kita kenang, tanpa mereka perjuangan menegakkan keadilan ini mungkin akan terbantut dan tidak seghairah sekarang. Kepada pasukan keselamatan yang bertugas di hari raya ini kita doakan mereka sentiasa sihat dan ceria di hari raya. Walaupun tidak berada di samping keluarga, sesungguhnya sumbangan mereka menjaga ketenteraman dan keselamatan membolehkan kita berhari raya dengan aman dan damai.

7. Akhir kalam, saya mewakili warga kepimpinan Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyusun jari sepuluh memohon maaf zahir dan batin jika ada khilaf kepada seluruh ahli Parti khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Mudahan-mudahan Syawal kali ini membawa sinar kebahagiaan di samping keluarga tersayang. Bagi yang memandu berhati-hatilah di jalan raya, moga kita selamat pulang dari kampung bagi meneruskan kehidupan seperti biasa.

Wallahu'alam, Kembali Kepada Fitrah Perjuangan, Eid Mubarak.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Salam Eidul Fitri Maaf Zahir & Batin

Posted: 10 Sep 2010 03:57 PM PDT



Dikesempatan ini kami warga AMKLP mengucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin" kpd seluruh kaum muslimin dan muslimat amnya di Parlimen Lembah Pantai.