Sabtu, 11 September 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Pemilihan Dalam PKR

Posted: 10 Sep 2010 11:47 PM PDT

Hari inilah hari yang paling gembira buat saya. Saya dapat bercakap dengan beberapa orang pimpinan PKR peringkat Pusat dan pimpinan peringkat Negeri Pahang. Mereka itu semua sayang kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, Dato Seri Wan Azizah, Dr Syed Husin Ali, Azmin dan Datuk Zaid, dan mereka melahirkan keresahan dengan pertempuran Azmin-Zaid serta fitnah-fitnah yang berekoran yang boleh membawa kerosakan dan perpecahan kepada parti dan membantutkan peluang parti didalam PRU-13 nanti.

Semua pihak bersetuju bahawa hak memilih dan dipilih itu adalah amalan demokrasi, tetapi apabila hak itu disalahguna dengan fitnah yang melampau, maka usaha itu boleh membunuh parti, dan nampaknya usaha kearah membunuh parti itu sudah menjadi nyata jika tidak dibendung dengan segera.

Azmin mempunyai pengikut yang ramai dan begitu juga dengan Zaid, dan pertempuran yang tidak sihat antara keduanya merosakkan parti.

Selangor diperingkat akar umbi menyedari hakikat ini. Mereka mahu parti kembali aman bersatu-padu dan pemilihan pimpinan tidak membawa kerosakan kepada parti.

Diatas dasar perpaduan dan mengekalkan kekuatan parti, akar umbi Selangor mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden ditandingi oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Wan Azizah; jika Dr Syed Husin mahu mengekalkan jawatan Timbalan Presiden, maka gandingan Anwar/Dr Syed Husin akan dilangsungkan atau status quo dikekalkan dengan gandingan Dato Seri Wan Azizah dan Dr Syed Husin Ali dengan Dato Seri Anwar kekal sebagai Ketua Umum.

Kami juga sayang kepada Azmin dan Zaid, maka, bertandinglah mereka diatas jawatan Naib Presiden dengan beberapa orang yang lain lagi untuk 5 orang Naib Presiden.

Saya cukup gembira kerana idea dari akar umbi Selangor ini mendapat sokongan dari ramai kumpulan pimpinan seluruh Negara termasuk di Negeri Pahang.

Mengenai Dr Syed Husin Ali, kami akan memohon restu keluarganya agar mengizinkan Dr Syed untuk bertanding Trimbalan, satu pengorbanan dari Kak Sabariah dan anak2 demi perjuangan.

Jika Dr Syed bersetuju maka memudahkan gandingan Anwar/Syed Husin atau Wan Azizah/Syed Husin.

Anggota-anggota parti seluruh Negara memberikan persetujuan kepada formula ini demi perpaduan parti bagi menghadapi PRU-13.
Seluruh anggota meminta supaya Azmin dan Zaid bersabar. Insya Allah, jika mereka terus cekal dengan perjuangan, jawatan Timbalan Presiden bahkan jawatan Presiden sekalipun boleh mereka capai; beberapa tahun akan datang tidaklah mustahil akan wujud gandingan Zaid/Azmin atau Azmin/Zaid.
Kedua-dua mereka saya kenali dan saya memberikan sokongan kepada kedua-duanya; hanya bersabarlah.

Tiada ulasan: