Sabtu, 11 September 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Limpahan Sampah di Terengganu di Idil Fitri

Posted: 10 Sep 2010 06:28 PM PDT


Kemeriahan dan keceriaan sambutan 1 Syawal di pinggir jalan-jalan utama dalam kawasan ini dicemari dengan limpahan sampah sarap yang berbau busuk dan hanyir. Tong-tong sampah yang disediakan pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak mampu lagi menerima sisa buangan persiapan penduduk di kawasan ini menyambut ketibaan Eidul Fitri kerana ia telah penuh, akibat tiada kutipan dilakukan.


************************
Eidul Fitri DiCemari 'Limpahan Sampah'
Saturday, 11 September 2010 04:03

Wartawan Buletin
KUALA NERUS - Kemeriahan dan keceriaan sambutan 1 Syawal di pinggir jalan-jalan utama dalam kawasan ini dicemari dengan limpahan sampah sarap yang berbau busuk dan hanyir.

Tong-tong sampah yang disediakan pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak mampu lagi menerima sisa buangan persiapan penduduk di kawasan ini menyambut ketibaan Eidul Fitri kerana ia telah penuh, akibat tiada kutipan dilakukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak menyifatkan, 'limpahan sampah' yang berlaku adalah kegagalan pihak MBKT memberi fokus kepada urusan utama (core business) perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

(Gambar kiri - 'Limpahan Sampah' di pinggir jalan, simpang tiga Kampung Bukit Tunggal ketika dirakam wartawan Buletin petang semalam 10 September)

"Perkhidmatan kebersihan dan urusan 'sampah' adalah 'core business' sebuah pihak berkuasa tempatan bagi memastikan warga yang tinggal dalam sesuatu PBT itu hidup dengan ceria dan meriah tanpa sampah,

"sampah yang melimpah-limpah sejak hari-hari terakhir bulan puasa, sehingga hari ini, 1 Syawal adalah menunjukkan kegagalan MBKT merancang dan melaksanakan urusan pengutipan sampah,"katanya ketika ditemui Buletinonline di Majlis Rumah Terbukanya, di Kampung Bukit Tunggal, disini semalam.

Beliau juga mendakwa, ia menunjukkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu belum bersedia dan mampu mentadbir dan mengurus sebuah bandaraya sebagaimana yang telah diisytiharkan ke atas bandar Kuala Terengganu.

"Kegagalan menguruskan sampah dan masalah kebersihan bukanlah pertama kali diperkatakan tentang bandar Kuala Terengganu, sepatutnya setelah mengisytiharkan Kuala Terengganu sebagai bandaraya pada 1 Januari, 2008, dan dilantik seorang Datuk Bandar, warga kerjanya dapat melaksanakan amanah dengan lebih cemerlang,

"tetapi keadaan pengurusan sampah dan kebersihan Kuala Terengganu masih ditakuk lama,"katanya yang juga seorang doktor pengamal perubatan swasta.

Menurutnya, berjuta-juta ringgit wang telah dibelanjakan untuk membiayai 'Kempen kebersihan' oleh kerajaan Umno/BN Terengganu semasa pemerintahan zaman Dato' Seri Idris Jusoh, ternyata sia-sia dan tidak meninggalkan kesan yang nyata.

(Gambar bawah - Limpahan Sampah dirakam pada malam menjelang 1Syawal di pinggir jalan Kelantan menuju ke Kota Bharu)

Sumber : http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2425:eidul-fitri-dicemari-limpahan-sampah&catid=35:dalam-negeri&Itemid=85

Tiada ulasan: