Rabu, 1 September 2010

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Selangor Puts RM70m Into Credit Fund to Aid Poor

Posted: 01 Sep 2010 02:00 AM PDT

SHAH ALAM: Selangor has set aside RM70 million to assist the poor in the state to secure funds to carry out business activities under a micro-credit scheme.

From this amount, RM50 million has been set aside for the rural society while the balance of RM20 million will go towards aiding urban poor.

The scheme is among several mechanisms introduced by the state to free the poor from the vicious poverty cycle.

It will be put into place towards the end of the year. It will begin in Sabak Bernam before spreading to Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat and Sepang.

Initially the state will identify 50 recipients who will be awarded seed money of RM3,000 each to begin their business.

Interest free

Borrowers are expected to begin repayment of  their loans after a year of business operations.

The scheme does not require a deposit nor will an interest fee be imposed on the loan.

However, the state has insisted that all borrowers meet on a weekly basis with their local representatives to ensure that the repayment of loan is on schedule.

Sri Muda assemblyman Suhaimi Shafie urged all Selangor locals who qualify to take this opportunity to change their lot.

He said although the government had done away with bureaucracy, monitoring of the recipients project and development was an essential part of the scheme.

"To ensure that the recipients succeed, continuous monitoring is essential especially in relation to the repayments," said Suhaimi.


Source: FreeMalaysiaToday

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Ramli Lugan adalah seorang Wira

Posted: 01 Sep 2010 03:54 AM PDT

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


IGP: Ismail Omar ganti Musa Hassan

Posted: 01 Sep 2010 01:45 AM PDT

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan diberi lanjutan kontrak untuk kali ketiga dan jawatannya akan diambil oleh timbalannya, Tan Sri Ismail Omar.

Menurut SMS berita dari Utusan Malaysia, perkara itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi berbulan-bulan lamanya tentang jawatan Musa yang berakhir hujung bulan ini.

Musa, 59, mencapai umur persaraannya pada 2007 tetapi kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali. Lanjutan itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pembangkang dan aktivis hak asasai manusia.

Sumber: Malaysiakini

Rafizi Umum Tanding Ketua AMK, Perkenal Barisan 'Generasi Reformasi'

Posted: 01 Sep 2010 01:40 AM PDT


PETALING JAYA 1 Sept - Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Mohd Rafizi Ramli hari ini secara rasmi mengumumkan keputusan beliau untuk bertanding merebut jawatan Ketua Angkatan Muda KEADILAN dalam pemilihan parti.

Mohd Rafizi, 33, yang juga Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor muncul dengan barisan kabinet bayangannya yang dinamakan 'Generasi Reformasi' yang dianggotai beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri.

Beliau akan berganding bahu dengan Naib Ketua AMK yang juga ADUN Batu Caves, Amirudin Shari yang akan bertanding jawatan Timbalan Ketua AMK.

ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin serta ADUN Hutan Melintang, S Kesavan masing-masing akan bertanding sebagai Naib Ketua AMK.

Kumpulan yang mengandungi ADUN Teja, Chang Lih Kang, bekas Ketua AMK Selangor, Halimey Abu Bakar, Ketua Biro Integrasi KEADILAN Perak, M A Tinagaran dan bekas Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Saifullah Zulkifli akan merebut jawatan Exco AMK.

Mohd Rafizi membuat pengumuman tersebut pada satu sidang media yang diadakan di sebuah hotel di Tropicana, Petaling Jaya tengahari tadi.

Turut sama pada sidang media itu ialah Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad tetapi beliau tidak mengumumkan sebarang hasrat untuk bertanding jawatan dalam AMK.

Selain Rafizi, beberapa nama lain yang disebut-sebut akan menentang penyandang Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin ialah Ahli MPP, Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard dan Ketua Cabang Parit Sulong, Hasmi Hashim.

Jawatan Ketua AMK dianggap antara kerusi panas pada pemilihan KEADILAN yang dijadual berlangsung Oktober depan.

Rafizi berkata AMK sebagai barisan teraju utama pimpinan muda dalam KEADILAN yang diberi tangggngawab mendekati anak muda memerlukan suntikan dan dinamisme baru bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang dan menarik sokongan golongan muda.

"Isu-isu yang diperjuangkan perlu melambangkan isu yang rapat dan aspirasi majoriti 4.6 juta pengundi muda ini. Kita perlu ingat 4.6 juta pengundi muda ini mempunyai citarasa, pengalaman dan kehendak yang berbeza.

"Oleh sebab itu pada pendapat kami pendekatan yang perlu diambil oleh AMK dalam menghadapi PRU ke-13 juga perlu dipelbagaikan.

"Pendekatan yang baru, isu yang perlu lebih luas dan rapat dengan anak muda supaya kita boleh menarik minat anak muda yang pada ketika ini kurang berminat dengan politik," ujar beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik dari Universiti Leeds.

Mohd Rafizi yang dikatakan kurang dikenali dan tidak mendapat sokongan padu di kalangan ahli AMK di peringkat akar umbi, merupakan antara yang terawal terlibat dalam menyusun gerakan reformasi pada 1998 bersama aktivis mahasiswa dalam PKPIM dan Gabungan Mahasiswa islam Se-Malaysia (Gamis).

Anak kelahiran Besut ,Terengganu ini juga merupakan penggerak utama dalam laman Free Anwar Campaign semasa kebangkitan awal refromasi bersama reformis Raja Petra Kamaruddin dan Dr Abdul Rahim Ghouse.

Beliau juga pernah menjadi Exco Pemuda Keadilan di bawah portfolio antarabangsa semasa Ezam Mohd Nor mengetuai sayap pemuda itu.

Bagaimanapun Rafizi menarik diri dari beberapa jawatan parti bermula pada 2004 selepas tidak bersetuju dengan beberapa keputusan pimpinan.

Katanya, 'atas semangat politik baru' pada masa itu beliau membuat keputusan mengundurkan diri demi menghormati keputusan majoriti parti.

"Kalau kita tidak bersetuju dan tidak berani mempertahankan keputusan majoriti yang telah dibuat parti pada ketika itu, kita perlu menarik diri. Kita tidak boleh berada dalam kepimpinan dan pada masa yang sama mensabotaj keputusan pimpinan.

"Itu pendirian yang saya ambil dan sebab itu saya tarik diri daripada jawatan parti. Bermula 2004, saya ahli KEADILAN biasa dan aktif di peringkat bawahan sahaja dan membantu pimpinan yang ada. Sepanjang masa itu saya memberi perhatian terhadap kerjaya," kata beliau yang juga bekas pegawai kanan di Petronas Carigali Sdn Bhd dan Pharmaniaga Berhad.


Sumber: Suara Keadilan

DPMMS Tolak Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri

Posted: 01 Sep 2010 01:35 AM PDT


SHAH ALAM 1 Sept - Kerajaan Negeri Selangor menolak dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) bahawa mereka telah dipinggirkan dalam pembangunan ekonomi di negeri itu.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menjelaskan sebenarnya DPMMS sendiri telah gagal memainkan peranan selaku pertubuhan perniagaan.

"Kerajaan Pakatan Rakyat meletakkan ketelusan dan kebertanggungjawaban sebagai asas pentadbiran. Pada masa yang sama, kita sentiasa melibatkan rakyat dari pelbagai peringkat untuk terbabit sama dalam merangka polisi dan dasar kerajaan negeri.

"Sejak mentadbir Selangor, Pakatan Rakyat secara berterusan mengadakan pertemuan dan sesi dialog dengan pelbagai pihak untuk mendapatkan pandangan sebelum apa-apa dasar atau polisi digubal.

"Malah buat julung kalinya sebuah kerajaan negeri menganjurkan Sesi Dialog Bajet sebelum pembentangan bajet negeri dilakukan. Sesi dialog ini merupakan salah satu cara bagi mencapai hasrat kerajaan dalam usaha merakyatkan ekonomi negeri.

"Ia sekali gus memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk terlibat sama memberi pandangan bagaimana meningkatkan pendapatan negeri dan mengurus perbelanjaan berhemah," jelas Faekah dalam satu kenyataan media.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri juga menganjurkan Dialog Pelan Tiga Tahun Selangor di semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mewujudkan perkhidmatan tempatan yang berkesan dan efisyen.

"Kerajaan Negeri telah menjemput pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan perniagaan untuk memberi pandangan dan cadangan sebagai nilai tambah kepada Bajet 2011 yang akan dibentangkan Oktober ini. DPMMS adalah antara kumpulan perniagaan yang dijemput.

"Malangnya, DPMMS telah menolak jemputan Kerajaan Negeri. DPMMS sesungguhnya berpeluang untuk melontarkan pandangan hatta rungutan namun mereka gagal mengggunakan peluang dan cabaran yang diberikan ini atas alasan yang mereka sahaja mengetahuinya," tegas beliau lagi.

Justeru itu Faekah menyifatkan rungutan DPMMS bahawa kerajaan negeri tidak memberi peluang kepada pertubuhan itu adalah tidak berasas sama sekali.

Pihak kerajaan katanya sentiasa membantu semua pihak bagi menjalankan perniagaan atau memperkembangkannya tanpa unsur pilih kasih.


SumberL Suara Keadilan

Pengarah Jais Akan Dipanggil Perjelas Tindakan Terhadap Surau Al Huda

Posted: 01 Sep 2010 01:30 AM PDT


SHAH ALAM 1 Sept - Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali berkata pihaknya akan memanggil Pengarah Jabatan Agaman Islam Selangor (Jais), Datuki Mohammed Khusrin Munawi untuk mendapatkan penjelasan mengenai tindakan yang diambil beliau membubar Jawatankuasa Surau Al Huda di Kajang Sentral berhubung isu lawatan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke surau tersebut 22 Ogos lalu.

"Berhubung dengan isu penyertaan Teo yang telah diperbesar-besarkan oleh pihak tertentu, saya telah diberi penjelasan oleh pentadbiran Surau Al Huda mengenai kejadian tersebut dan apa yang saya boleh perjelaskan di sini adalah Ahli Parlimen Serdang memang dijemput sebagai tetamu atas sifat beliau sebagai Ahli Parlimen Serdang. Beliau dijemput menyampaikan bantuan kewangan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Selangor di bawah Parlimen Serdang.

"Beliau juga telah dijemput masuk ke dewan solat surau untuk menyampaikan bantuan dan seterusnya menyampaikan ucapan ringkas. Ucapan beliau hanya tertumpu kepada usaha-usaha kerajaan negeri dalam membantu pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

"Tetapi perkara ini telah dieksploitasi oleh pihak yang ingin menangguk di air keroh. Keadaan ini telah menimbulkan reaksi segera di pihak Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jais, dalam masa yang sama Pengerusi serta Bendahari surau dan Pembantu Khas kepada Teo telah dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan Pengerusi Mais, Pengarah Jais dan wakil Istana.

"Sejurus selepas pertemuan tersebut, keputusan telah diambil tetapi ia merupakan satu keputusan yang tidak dibayangkan dalam pertemuan itu dan seperti yang dilaporkan, keputusan yang diambil ialah membubarkan jawatankuasa surau dan Mais mengambil alih pentadbiran surau tersebut," jelas Dr Hassan.

Tambah beliau lagi media telah membuat laporan yang berat sebelah mengenai kejadian ini yang mengatakan Teo menyampaikan tazkirah serta didakwa menyampaikan bantuan kewangan kepada ahli PAS.

"Berdasarkan rentetan kejadian di atas saya telah mengambil inisiatif untuk memanggil Jawatankuasa Surau Al Huda untuk menjelaskan kepada saya kejadian yang sebenarnya, selain itu juga saya telah menerima penjelasan daripada Teo dan menghormati hasrat beliau untuk menyembah ampun maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

"Saya akan cuba menasihatkan semua pihak termasuk ahli politik demi menjaga sensitiviti setiap golongan rakyat, mereka perlu memaklumkan rancangan kehadiran mereka kepada pihak yang berwajib supaya tatacara penggunaan surau dan masjid dapat dipatuhi. Dengan cara ini diharapkan kejadian yang berlaku di Serdang tidak berulang.

"Dalam pada itu saya juga akan mencadangkan supaya digubal peraturan yang lebih mendalam dengan memperincikan langkah yang mesti diambil dan tatasusila yang mesti dipelihara bagi mereka yang berhajat menggunakan kemudahan surau dan masjid di Negeri Selangor," tehas beliau.


Sumber: Suara Keadilan

Tuduhan Rozali Tidak Berasas, DPMMS Pinggirkan Diri

Posted: 01 Sep 2010 01:25 AM PDT


SHAH ALAM 1 Sept - Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor, Teresa Kok menyifatkan tuduhan Pengerusi Eksekutif Syarikat bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail bahawa kerajaan negeri Selangor meminggirkan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) adalah palsu serta tidak berasas.

Beliau berkata kerajaan negeri sememangnya berhasrat membangunkan ekonomi negeri melalui pengembangan perniagaan, termasuklah agenda untuk mempromosi industri halal dan pembangunan ekonomi kaum Bumiputera.

"Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan negeri Selangor sentiasa berhubung dan berbincang dengan semua pihak perniagaan yang berkait melalui dialog terbuka supaya ia dapat dilakukan secara bersih dan telus.

"Kerajaan negeri Selangor tidak pernah dan tidak mungkin akan meminggirkan, memulaukan atau mengecualikan mana-mana dewan perniagaan daripada proses ini.

"Contohnya, kerajaan negeri Selangor telah menganjurkan sesi dialog mengenai bajet tahunan negeri pada 26 hingga 27 Julai lalu, semua dewan telah dijemput hadir, termasuk DPMMS. Pertubuhan seperti Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) dan Real Estate and Housing Developers Association Malaysia (Rehda) telah menghantar wakil mereka untuk mengutarakan pendapat dan mewakili kepentingan mereka di dalam forum tersebut, tetapi DPMMS tidak hadir walaupun telah dijemput dan ketidak hadiran mereka amat mengejut dan mengecewakan," jelas Teresa dalam satu kenyataan media.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri Selangor juga telah menubuhkan suatu majlis penasihat yang dipanggil Majlis Perniagaan Selangor (Selangor Business Council).

"Kami telah melantik para perniagaan, penganalisa dan ahli ekonomi dari pelbagai latar belakang untuk menjadi ahli majlis inil, termasuklah ahli-ahli perniagaan Melayu dan pakar ekonomi Melayu dan juga ahli-ahli DPMMS.

"Ini membuktikan bahawa tuduhan bahawa kerajaan negeri Selangor telah meminggirkan para peniaga Melayu adalah suatu pembohongan dan penyebaran maklumat palsu," jelas Teresa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara .


Sumber: Suara Keadilan

Darjah Selangor Ling, OC Phang Digantung

Posted: 01 Sep 2010 01:20 AM PDT


SHAH ALAM 1 Sept - Sultan Selangor hari ini mengambil tindakan menggantung gelaran dan penggunaan darjah kebesaran kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, Phang Oi Chooi

Dalam satu kenyataan media, setiausaha kerajaan negeri Selangor, berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah membuat keputusan itu setelah berunding dengan Dewan DiRaja Selangor pada 19 Ogos lalu.

Sultan Selangor menggantung darjah kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang dianugerahkan kepada Liong Sik pada tahun 1992 manakala gelaran darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) bergelar Datin Paduka yang dianugerah kepada beliau pada tahun 2001 juga diambil tindakan sama.

Menurut kenyataan itu, penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran kedua-dua mereka itu akan disemak semula jika mahkamah memutuskan mereka tidak bersalah dan dibebaskan daripada pertuduhan.

Liong Sik di dakwa pada 29 Jun lalu di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas pertuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek "Mega Distribution Hub" di Pelabuhan Klang mengikut seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan.

Beliau mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin dengan sebutan kes ditetapkan pada 3 September ini.

OC Phang pula didakwa atas pertuduhan di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan di mahkamah sesyen Klang melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang antara 1 Okt 2004 dan 5 Sept 2005.

Beliau juga berdepan dengan dua lagi tuduhan serupa masing-masing membabitkan RM21,600,000 dan RM134,550,000.

Kes beliau yang akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen di Shah Alam telah ditangguhgkan dari 25 Ogos ke 26 hingga 29 Oktober depan.


Sumber: Suara Keadilan

Umno 'Arif' Agama Anjur Pertandingan Menghias Pengantin Dalam Surau

Posted: 01 Sep 2010 01:15 AM PDT


SHAH ALAM 1 Sept Ogos - Dalam usaha giat Umno-Barisan Nasional melempar fitnah siang dan malam terhadap pemimpin Pakatan Rakyat tanpa mengira samada bulan suci Ramadhan atau tidak, parti usang ini lupa bahawa Umno Kuala Langat bersama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) didakwa pernah menganjurkan pertandingan tatarias pengantin di dalam premis yang dipercayai ruang solat Surau Al Falah.

Pertandingan tersebut yang menjadi sebahagian daripada program Karnival Juara Rakyat yang didakwa diadakan pada 9 Mei lalu yang disertai oleh sekumpulan belia lelaki dan perempuan Islam yang bergaul secara bebas tanpa batasan muhrim.

Perkara ini didedahkan dalam sedutan video selama dua setenganh minit melalui laman sosial Facebook yang menyiarkan rakaman pertandingan tatarias pengantin di dalam surau tersebut.

Klip video yang bertajuk 'Jawapan Kepada Isu Teo Nie Ching Masuk Surau' menyiarkan rakaman sekumpulan wanita yang dipercayai anggota Puteri Umno di dalam sebuah bangunan yang mana pada pintunya tertera papan tanda 'Surau Al-Falah'.

Lawatan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al Huda di Kajang Sentral 22 Ogos lalu telah dijadikan bahan politik murahan Umno-BN dengan mendakwa ahli politik DAP itu telah mencemarkan kesucian ruang solat surau tersebut dengan menyampaikan ucapan ringkas.

Malah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melabelkan Nie Ching sebagai orang bukan Islam yang 'kotor'.

Ketika dihubungi Suara Keadilan, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan pimpinan Umno sebagai jahil agama apabila menghalang orang bukan Islam untuk datang ke surau dan masjid bagi tujuan baik, sedangkan dalam masa yang sama merekalah yang kedepan sekali mencemar kesucian tempat ibadah tersebut.

"Ini membuktikan Umno tidak menghormati kawasan atau ruang orang Islam melakukan ibadat. Bagi mereka semuanya halal dan boleh belaka," kata Abdullah Sani.

Apa yang mengejutkan program Juara Rakyat anjuran Umno itu menjadikan ruang solat surau tersebut sebagai tempat bagi pertandingan mendandan sekumpulan gadis yang mengambil bahagian dalam pertandingan menghias pengantin itu.

Klip video itu turut memaparkan beberapa wanita Islam yang tidak memakai tudung menutup aurat dihiasi serta dikenakan mekap oleh pendandan lelaki.

Pada montaj klip video tersebut dipaparkan persoalan untuk renungann, 'Umno Kecam Teo Masuk Surau Kerana Tidak Menutup Aurat Dan Membawa Isu Politik Ke Dalam Surau, Tetapi Tahukah Anda Puteri Umno Tidak Menutup Aurat Dan Mereka Membawa Isu Politik Ke Dalam Masjid?'.

"Jika benarlah rakaman video tersebut, tindakan inilah yang sebenarnya menghina rumah ibadat," tambah Abdullah Sani.

Beliau berpendapat Umno-BN akan terus memainkan isu sensitif perkauman dan agama, terutamanya apabila sokongan rakyat kepada mereka semakin menurun.

Baginya tindakan tersebut merupakan usaha bagi memecahbelahkan masyarakat di negara ini.

"Memang inilah budaya Umno. Kepada mereka, semuanya halal. Judi halal, rasuah halal dan menyalah gunakan rumah ibadat pun halal. Nampaknya Umno ingin mengatasi hukum agama," tegas Abdullah Sani.


Sumber: Suara Keadilan

Perak Calon Mustaffa Untuk Jawatan Timbalan Presiden KEADILAN

Posted: 01 Sep 2010 01:10 AM PDT


SHAH ALAM 1 Sept - Mesyuarat Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak semalam sebulat suara bersetuju untuk mengesa Pengerusi MPN, Mustaffa Kamil Ayub bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti pada November nanti.

Menurut Anuar Zakaria, Setiausaha MPN Perak dalam satu kenyataan media, kepimpinan peringkat negeri serta semua 24 Ketua Cabang di negeri itu menyatakan Mustaffa merupakan tokoh yang paling layak memegang jawatan Timbalan Presiden KEADILAN memandangkan beliau mempunyai asas serta kualiti kepimpinan yang cemerlang semenjak berada dalam parti pada 1999.

"Saudara Mustaffa Kamil Ayub berpengalaman memimpin Parti Keadilan Rakyat sebelum ini sebagai, Pemangku Ketua Pemuda selama 2 tahun, Setiausaha Agung selama 3 tahun dan Naib Presiden selama 6 tahun.

"Beliau juga diberi kepercayaan yang tinggi oleh Presiden dan kepimpinan parti mengetuai negeri Terengganu dan Sarawak sebagai Pengerusi Keadilan Negeri dan berjaya menyelesaikan kemelut kedua-dua negeri ketika dilanda masalah.

"Saudara Mustaffa Kamil Ayub juga turut diberi kepercayaan oleh Presiden dan kepimpinan parti menjadi Pengerusi Biro Antarabangsa dan Biro Latihan," tegas kenyataan itu.

MPN Perak berkata Mustaffa seterusnya dilantik sebagai Pengerusi KEADILAN Negeri Perak pada November 2009 dan berjaya menyelesaikan konflikdan kemelut yang melanda negeri itu suatu ketika dahulu.

Melalui kepimpinan beliau, satu perubahan besar telah dilakukan melalui gagasan Memimpin Agenda Perak (MAP) yang diilhamkan oleh Mustaffa sehingga menjadikan KEADILAN Perak disegani oleh rakan dan digeruni pihak lawan.

"Majlis Pimpinan Negeri Perak yakin sekiranya Saudara Mustaffa Kamil Ayub bersedia untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, beliau mempunyai keupayaan yang tinggi memberi sumbangan yang bermakna kepada KEADILAN untuk menjadi sebuah parti yang unggul di negara ini.

"Majlis Pimpinan Negeri Perak juga memutuskan dan menyatakan sokongan kepada YB Dr Lee Boon Chye, Naib Presiden dan Ahli Parlimen Gopeng dan Dr Mohd Nur Manuty, Ahli Majlis Pimpinan Pusat yang juga Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat untuk bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan yang akan datang," ujar kenyataan itu lagi.

MPN Perak juga mengumumkan calon bagi jawatan anggota MPP yang mewakili negeri itu:

1. Madzi Hassan, Naib Pengerusi MPN Perak

2. Zulkify Ibrahim, Ketua Penerangan MPN Perak

3. Ismail Yusof, Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak

4. Usaili Alias, Ketua Cabang Parit

5. YB S Kesavan, Naib PengerusI MPN Perak & ADUN Hutan Melintang

6. YB Tai Sing Ng, Bendahari MPN Perak & ADUN Kuala Sepetang

7. Muzaffar Shah Khairuddin, Exco AMK Pusat & Negeri Perak

8. Siti Aisyah Shaik Ismail, Ketua Srikandi Pusat

Sehubungan itu, MPN Perak meminta supaya pimpinan Cabang dan ahli di peringkat akar umbi untuk mencalonkan kesemua nama yang tersenarai semasa proses pencalonan MPN kelak.


Sumber: Suara Keadilan

Perkauman Tajaan Umno Semakin Galak Di Bawah Pentadbiran Najib

Posted: 01 Sep 2010 01:05 AM PDT


SHAH ALAM 1 Sept - Pentadbiran setahun jagung Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memperlihatkan tahap ketegangan antara kaum dan agama serta sentimen perkauman yang jauh lebih membimbangkan daripada lima Perdana Menteri sebelum ini dalam sejarah 53 tahun negara merdeka.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata sambutan kemerdekaan tahun ini sepatutnya memberikan rasa bangga kepada semua rakyat Malaysia dengan slogan '1Malaysia Menjana Transformasi' tetapi pada hakikatnya prestasi Najib pada tahun pertama memegang jawatan amat mengecewakan.

"1Malaysia Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilancarkan oleh kerajaan Januari lalu menyatakan tujuan 1Malaysia adalah untuk menjadikan Malaysia lebih bagus, produktif dan berdaya saing dan akhirnya menjadi negara yang lebih baik di mana setiap warga Malaysia akan mendahulukan Malaysia sebelum bangsa dan agama masing-masing.

"Tetapi kesemua ini jatuh merudum apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muyhiddin Yassin berkata beliau seorang Melayu dahulu, kemudian baru Malaysia. Anehnya, tiada Menteri dalam Kabinet yang menyuarakan penentangan,' kata Kit Siang.

Kata beliau, GTP 1Malaysia juga menyatakan Malaysia telah memilih satu pelan yang unik dengan menitikberatkan pelbagai kaum dan memastikan keadilan untuk semua kekal seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan Malaysia.

Tetapi kata beliau, tajuk utama berita sejak 24 jam lalu telah membuktikan keadaan sebaliknya seperti,'Perkasa menggesa mengekalkan pengetua yang berucap menghina kaum lain', 'Perkasa mahu semua warga bukan Islam dilarang memasuki masjid dan surau', 'Ibrahim Ali mendesak tindakan tegas diambil ke atas Teo kerana memasuki surau'.

"Semua ini tidak langsung mencerminkan 1Malaysia yang didakwa dibangunkan berasaskan Perlembagaan Persekutuan, dan melalui pelbagai undang-undang, polisi, Rukunegara, Visi 2020 dan Misi Kebangsaan," tegas Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Beliau menjelaskan minggu lalu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal konsep Bangsa Malaysianya sendiri semasa melancarkan Visi 2020 pada 1990 dan sembilan matlamat utamanya apabila beliau cuba menyamakan meritokrasi dengan unsur perkauman.

Katanya lagi, retorik terbaru ialah apabila Najib mengisytiharkan 'zero tolerance for racism' (tiada toleransi untuk perkauman) tetapi tidak ada pun tindakan diambil terhadap pengetua sekolah sehingga kini, dan slogan itu akan berakhir sebagai tema kosong sahaja.

"Slogan 'zero tolerance for corruption' (tiada toleransi untuk korupsi) juga akan berakhir sebagai sesuatu yang retorik, memandangkan korupsi semakin berleluasa, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula gagal mengambil tindakan setiap kali laporan diberi yang menyebabkan SPRM hilang segala penghormatan yang diberi oleh rakyat.

"Ke mana Malaysia setelah 18 bulan adanya 1Malaysia oleh Najib?," tanya Kit Siang lagi.


Sumber: Suara Keadilan

MEB Hanya Cantik Atas Kertas Kalau Terus Amalan Kronisme

Posted: 01 Sep 2010 01:00 AM PDT


SHAH ALAM 1 Sept - Model Ekonomi Baru (MEB) hanya akan berjaya sekiranya kerajaan Umno-Barisan Nasional mampu menamatkan amalan pemberian kontrak kepada kroni yang terbukti tidak mampu melaksanakan projek sehingga menyebabkan ia terbengkalai.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata Umno-BN telah menganugerahkan banyak projek kepada kroni dan kaum kerabat pemimpin mereka sehingga kerajaan terpaksa mengeluarkan dana tambahan bagi menyiapkan projek terbengkalai.

"Sebagai contoh, Lebuh Raya Timur Barat yang terhenti di Kuala Terengganu, Hospital Shah Alam yang terbengkalai dan banyak projek lagi mengalami kegagalan kerana pemberian kontrak kepada kroni oleh kerajaan Umno-BN," tegas Khalid ketika berucap di forum Rancangan Malaysia Ke-10 anjuran majalah Leader di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah beliau, MEB memperlihatkan satu pelan yang bagus di atas kertas tetapi pada realiti perlaksanaannya jauh lebih keadaan yang dibayangkan.

Oleh kerana itu kerajaan perlu mempunyai kemahuan politik yang kukuh jika benar-benar inginkan MEB berjaya.

Mengulas hujah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menyentuh mengenai sasaran ekonomi muluk yang digariskan oleh MEB, Khalid sebaliknya menyatakan sasaran yang diperkatakan dilihat memberangsangkan tetapi sasaran yang diimpikan jauh menyimpang daripada pencapaian sebenar.

"Khairy menyebut kerajaan Umno-BN mensasarkan pendapatan per kapita sebanyak AS$15,000 daripada angka semasa iaitu AS$7,000 ke AS$8,000. Ini bermakna ekonomi perlu kekal meningkat kira-kira enam peratus setahun, ini sesuatu yang tidak masuk akal," jelas Khalid.

Kata beliau, sejak 15 tahun lalu, ekonomi Malaysia hanya meningkat pada purata 4.5 peratus setahun, maka jika kerajaan Umno-BN masih mahu memberikan projek dan imbuhan kepada kroni dan kemudian terpaksa menyuntik dana tambahan bagi menyelamatkan kroni, ia tidak akam mampu mendapat peningkatan enam peratus seperti yang disasarkan.

Tambahnya lagi, angka sasaran kerajaan diibarat seperti 'dipetik daripada udara' dan bukan sesuatu yang mencerminkan nilai unjuran yang realistik.

Ini kerana cara mendapatkan unjuran pertumbuhan ekonomi melalui pendekatan 'back tracking' bagi menentukan sasaran utama adalah tidak realistik dan tidak membantu mencapai matlamat MEB.

"Sasaran masa hadapan perlulah dibuat dengan mengambil kira keadaan semasa, dan keadaan ekonomi semasa Malaysia tidak memungkinkan penambahan enam peratus untuk tahun ini, jika dibandingkan dengan tahun lalu.

"Tetapi memandangkan peningkatan setengah pertama tahun ini yang agak bagus iaitu pada suku pertama sebanyak 10.1 peratus dan suku kedua sebanyak 8.9 peratus, kita tidak dapat menyimpulkan jangkaan akhir tahun pada masa ini," jelas Khalid lagi.


Sumber: Suara Keadilan

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Isu Masjid: Usaha Musuh Pakatan Gagal

Posted: 01 Sep 2010 06:20 PM PDT

Dari Harakah Daily
Oleh Shukur Harun

Usaha beberapa ulama dan para pemimpin PAS mengemukakan hujah Al-Quran dan Sunnah yang mengharuskan orang bukan Islam memasuki masjid, setelah mendapat izin pihak berkenaan, telah dapat membersihkan imej Islam yang dikotori golongan tertentu.

Malah telah mempererat lagi hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat serta menggagalkan usaha mereka memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan pelbagai isu yang bersifat fitnah, tuduhan dan rangkaian kata-kata karut marut yang disebarkan dalam media tradisional yang dikuasai golongan itu.

Tokoh ulama seperti Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, Dr. Muhd Nur Manuty, Dr. Dzulkifly Ahmad, Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan lain-lain serta para tokoh pemimpin PAS, Haji Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan lain-lain telah benar-benar membantu menjernihkan keadaan, di samping memperlihatkan wajah Islam sebenar kepada anggota Pakatan Rakyat.

Dengan itu, gagallah usaha musuh politik Pakatan Rakyat – Umno/BN – untuk memporakperandakan Pakatan Rakyat dengan menaburkan isu karut marut yang sangat berbau perkauman dan kebencian.

Malah kita terkesan juga bahawa umat Islam sendiri kebanyakannya faham hal ini dan tidak terpedaya dengan isu palsu yang ditimbulkan. Masjid dan surau, kuliah-kuliah, tazkirah tidak lansung membangkitkan isu ini bahkan melawan balik – suatu isyarat bahawa umat Islam sedar isu ini hanya ‘permainan’ golongan politik sekular yang bangkrap idea.

Bahkan susana Bazaar Ramadan sendiri – tempat rakyat biasa pelbagai kaum dan agama – tetap harmonis, dengan pelbagai golongan rakyat membeli pelbagai juadah dengan wajah ceria, seperti tidak terkesanpun dengan berita palsu yang karut marut.

PAS telah berdiri gagah menampilkan kebijaksanaannya dengan mengemukakan pandangan Islam yang sebenar mengenai isu palsu yang dibangkitkan itu, iaitu seperti isu khatib dikatakan berdoa kepada pemimpin bukan Islam, isu wakil rakyat bukan Islam mengunjungi masjid dan surau untuk menyampaikan bantuan dan berucap pendek.

Pemimpin dan pendukung Pakatan Rakyat dari kalangan Islam dan bukan Islam mendapat fahaman Islam yang cukup jelas mengenai isu ini dengan penerangan para tokoh in. Sementara ulama seperti Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, Dr. Muhd Nur Manuty, Dr. Asri Zainal Abidin dan lain-lain telah menjernihkan imej Islam yang dikotori oleh golongan tertentu. Tokoh ulama berwibawa ini telah mengemukakan hujah ilmu mereka berdasarkan hujah Al-Quran, sunnah dan hadis.

Setakat ini, para tokoh Umno/BN dan penyokong serta 'ulama' mereka tidak mampu mengemukakan hujah ilmu untuk mempertahankan sikap mereka. Kenyataan demi kenyataan mereka hanya berupa rangkaian tuduhan karut marut yang berbau politik kepartaian, perkauman dan prejudis, tidak lebih dari itu.

Ini menunjukkan kedangkalan ilmu Islam mereka, tetapi malangnya pandanga mereka ini benar-benar merosakkan imej Islam.

Saya memetik pandangan tokoh ulama berwibawa, Dr. Muhd Nur Manuty mengenai hal ini. Dalam sebuah kenyataan beliau berkata:

"Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai persoalan orang bukan Islam masuk dalam masjid. Pertama: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid.

Kedua: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah.

Ketiga: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki Masjidil Haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana dharurat kerja."

Menurut Dr. Muhd Nur Manuty lagi, beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan solat mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)"

Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini.

Hakikatnya, kata beliau, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid biasa dengan syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian, tambah beliau lagi, adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al- Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di negara ini.

Lebih jauh lagi, kata Muhamad Nur Manuty, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat yang telah ditentukan.

Menurut beliau, amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.

Sewajarnya, para wakil rakyat Pakatan Rakyat perlu diberikan pujian kerana kesungguhan mereka dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor.

"Kekecohan yang digembar-gemborkan hakikatnya akan memakan tuan. Inilah gambaran kegagalan Umno selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam. Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu," kata beliau.

Lebih-lebih lagi, katanya, berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan.

Dr. Muhamad Nur sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala Umno ini. Ini kerana ia akan menjadikan kita semakin lesu sementara masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita.

Hakikatnya, kata beliau lagi, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan.

Memperkukuh Kekuatan dan Perkembangan Terbaru Dari Sarawak

Posted: 01 Sep 2010 03:32 PM PDT

Sepanjang lawatan saya ke Sarawak, kemajuan pasukan kerja rakan-rakan pimpinan Keadilan di Sarawak begitu membanggakan. Dalam rapat khas bersama pimpinan negeri petang tadi, saya sempat meneliti draf manifesto. Tumpuan adalah isu royalti minyak, pendidikan percuma, ruang kegiatan seni dan budaya semua suku kaum. YB Fuziah turut memimpin perbincangan mengenai persiapan jentera pilihanraya.

Ramai juga yang bertanyakan pandangan saya berhubung desas desus perletakan jawatan Ketua Menteri yang sudah lama memerintah, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Bagi saya ianya sengaja dihebahkan. Pastinya menyedari suasana dan budaya BN, usaha akan dilakukan untuk mengerah jentera parti mereka membuat ikrar menyokong kepimpinan beliau.

Bagi kita, isu kepimpinan bukan soal peribadi. Maka isu perletakan jawatan tidak relevan. Perubahan kepimpinan sepertimana yang berlaku sebelum ini tidak menjanjikan sebarang perubahan dasar. Sistem sama terus diamalkan- angkuh dengan kuasa, rasuah berleluasa dan tidak ada kepedulian terhadap penderitaan rakyat. Makanya tanggungjawab kita yang bergerak dalamKeadilan dan muafakat Pakatan Rakyat, adalah untuk menjelaskan agenda kepada Rakyat dan menumpukan usaha menuntut reformasi – yakni menolak kezaliman dan menegak keadilan.

ANWAR IBRAHIM

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

anjung setiawangsa

anjung setiawangsa


Di sini, Dinar dan Dirham : Di sana, Dengki dan Dendam - Tok Guru Nik Aziz

Posted: 01 Sep 2010 12:13 AM PDT

Kadang-kadang tingkah laku pemimpin UMNO ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan,itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh UMNO. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO 'menunjuk cerdik' memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.  

Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai 'budaya pemalas', akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.  

Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.  

Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika UMNO / BN enggan memulakan,jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!  

Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya,seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas. Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.  

Realitinya mata wang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulahnilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.  

Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikian seorang timbalan menteri, apapula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.  

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkandengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1, 082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM 108,200.00 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400.00. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di ( http://www.bnm.gov.my/ ). Ini bukti harga emas tidak akan turun. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbanganyang rugi RM535 Juta pada suku kedua tahun ini!  

Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duititu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.  

Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usahakerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnisyang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai 'aparteid agama'.Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagiwanita? Itu aparteid apa namanya?  

Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!  

Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadhan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud :  

"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu(ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan."  

 

 Salam Ramadhan.  

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,      

 Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 8 Ramadhan 1431H / 18 Ogos2010M   

AMK Shah Alam

AMK Shah Alam


Berita Gembira Untuk 1 Malaysia lagi!!!!

Posted: 31 Aug 2010 10:30 PM PDT

blog.yusmadi.com

blog.yusmadi.com


‘MYDEMOCRACY WATCH’

Posted: 01 Sep 2010 02:54 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR
1.9.2010
'MYDEMOCRACY WATCH'
Sempena Pemilihan Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) yang akan berlangsung di antara 17 September hingga 21 November 2010, yang melibatkan 218 Bahagian dan kira-kira 400 ribu ahli yang layak menggundi, kami berasa bertanggungjawab untuk membantu KeADILan untuk memastikan Demokrasi sebenar diamalkan semasa pemilihan tersebut.

Kami mengucapkan tahniah kepada pimpinan KeADILan di atas kesungguhan melaksanakan Demokrasi di dalam parti terutama sekali dengan membuat pindaan berani dan bersejarah dengan memberi hak kepada setiap ahli untuk menentukan kepimpinan masa depan parti. Memandangkan harapan rakyat yang ditunjukkan pada 8 Mac 2008 yang lalu mahukan Demokrasi yang benar tertegak di negara ini adalah menjadi cabaran kepada Keadilan untuk membuktikan bahawa amalan demokrasi yang akan ditunjukkan semasa pemilihan tersebut adalah satu contoh Demokrasi yang baik.

Sejarah pemilihan dan pilihanraya lalu memberi pengajaran bahawa Demokrasi bukan saya mengenai peluang untuk bertanding malah ia juga berkehendakkan prinsip-prinsip urus tadbir (governance) Demokrasi juga diamalkan.

Atas dasar itu, MYDEMOCRACY WATCH akan bertindak sebagai badan pemantau terhadap urus tadbir pemilihan terutama yang melibatkan amalan penyalahgunaan kuasa, sumber kerajaan dan amalan-amalan lain yang tidak demokratik seperti kronisme, rasuah dan nepotisme. Kami berjanji akan membantu dan membela mereka-mereka yang berasa hak demokrasi mereka dinafikan semasa pemilihan tersebut tanpa menyebelahi mana-mana kelompok berkepentingan. Kami yakin inisiatif sebegini  akan membantu kita memastikan Demokrasi tertegak di mana-mana proses demokrasi di Negara.

Sebarang aduan mengenai salah laku urus tadbir pemilihan boleh hubungi:-

E-mail: mydemocracywatch@gmail.com

Yusmadi Yusoff 012-3093469

Syafiq Sunny 017-2793252

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Nak ajar pelatih PLKN berzina dan seks cara selamat ?

Posted: 01 Sep 2010 12:57 AM PDT

Orang Melayu sedang sibuk bertegang urat isu orang bukan Islam boleh masuk masjid atau tidak, tetapi lupa anak-anak Melayu akan diserang dengan pendidikan seks yang kemungkinan akan diajar bagaimana untuk melakukan seks dengan cara selamat untuk mengelakkan kehamilan luar nikah, mengelak penyakit HIV/AIDS. Teruskanlah akhbar dan media TV mainkan isu orang bukan Islam masuk masjid, tetapi menutup ruang pendidikan seks menurut Islam.

Mana pergi Pengarah JAKIM, Menteri JAKIM dalam isu Pendidikan Seks ini ? Nak biarkan bukan Islam menentukan cara kehidupan seks orang Islam , terutama para remaja ?

********************************
Majlis Latihan Khidmat Negara bincang cadangan pendidikan seks

1 Sep 2010

SIBU - Majlis Latihan Khidmat Negara akan bermesyuarat sekali lagi bagi membincangkan cadangan memperkenalkan pendidikan seks di dalam modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Pengerusinya Datuk Dr Tiki Lafe berkata, sebenarnya pada dasarnya MLKN telah menerima cadangan itu.

"Tapi kami menghadapi masalah dalam melaksanakannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perbarisan tamat latihan bagi 424 pelatih bagi kumpulan ketiga siri ketujuh 2010 dari kem Junaco Park dan Bumimas di sini, hari ini.

Beliau berkata, majlis itu akan memutuskan cara, tempat dan bila ia akan dimulakan memandangkan sejumlah tertentu pendidikan seks telahpun diajar.

"Masalah besar kami yang saya nampak ialah untuk mempunyai bilangan pakar yang secukupnya untuk mengajar.

"Kita bercakap di sini untuk mengajar antara 45,000 hingga 50,000 pelatih setiap sesi di 78 buah kem di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata, keputusan juga perlu dibuat untuk menentukan bilangan masa yang perlu diperuntukkan dan begitu juga dengan bantuan alat pengajaran yang berkaitan.

"Kita mungkin perlu mengubahsuai. Kita sedar mengenai keperluan untuk mengajar remaja kita daripada terbabit dalam kehamilan yang tidak dikehendaki yang boleh menyumbang kepada pembuangan bayi.

"Sebenarnya, saya telah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga Menteri Pelajaran, baru-baru ini yang berasakan bahawa pendidikan seks perlu diajar di peringkat sekolah," katanya.

Mengenai kes di mana seorang pelatih wanita didapati hamil semasa menyertai latihan, Dr Tiki berkata ia merupakan satu lagi masalah dalam setiap sesi kerana kira-kira 20,000 pelatih adalah gadis.

"Sudah pasti kami tidak tahu terlebih dahulu jika mereka yang berkaitan gagal memaklumkan kepada kami. Oleh itu, kami merayu kepada ibu bapa, suami atau teman lelaki mereka untuk membantu kami. Kami akan lebih berhati-hati mengenai perkara ini," katanya.

Sementara itu, mengenai keperluan bagi semua kem latihan untuk mempunyai kolam renang sebagai alternatif bagi aktiviti berasaskan air, beliau secara peribadi percaya ini merupakan idea yang baik kerana air yang dirawat dapat melindungi para pelatih daripada penyakit berbahaya.

http://www.sinarharian.com.my/bterkini/6302.asp
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=525392

Seks: Muslimat bantah Yen Yen
Aiman Athirah Al Jundi
Mei 14, 08
11:19am

Dewan Muslimat PAS pusat membantah cadangan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Ng Yen Yen untuk memasukkan slot pendidikan seks kepada para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seperti yang telah dilaporkan oleh Utusan Malaysia (8 Mei 2008).

Dewan Muslimat melihat cadangan tersebut dibuat dengan sikap ambil mudah dan seolah-olah melepaskan batuk di tangga kerana kementerian terbabit bersama Kementerian Pelajaran sewajarnya terlebih dahulu meletakkan dan menjelaskan kepada umum akan konsep, objektif dan mekanisme pendidikan seks itu sebelum mengambil tindakan bersifat "tangkap muat" kepada para pelatih PLKN dan seterusnya kepada generasi muda seluruhnya.

Bahkan konsep, objektif dan mekanisma pendidikan seks tersebut mestilah dapat diterima serta mengambil kira pandangan semua kaum dan agama dalam negara ini kerana rakyat Malaysia beragama, beradab dan berbudaya luhur.

Konsep, objektif dan mekanisma itu nanti seeloknya juga dimuatkan dalam Dasar Sosial Negara (DSN) yang telah dilancarkan pada 19 Ogos 2003 kerana yang jelas wujud kelompangan sangat ketara dalam DSN meskipun telah lima tahun berlalu.

Sehingga kini, Dewan Muslimat mengenal pasti bahawa pendapat dan pandangan daripada pelbagai pihak dan lapisan masyarakat belum lagi diambil kira bagi menghasilkan pengisian yang terbaik untuk program tersebut.

Pandangan dan perspektif Islam contohnya merupakan aspek yang sangat penting untuk diberikan perhatian agar agenda program tersebut dapat membuahkan hasil yang terbaik.

Pendidikan seks dalam Islam ternyata berusaha menutup segala kemungkinan (yakni ruang dan peluang) ke arah hubungan seks terlarang (zina).

Firman Allah dalam surah al-Isra': 32 bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk."

Manakala dalam an-Nur: 30-31 misalnya, Allah berfirman (maksud): "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman - hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka... Katakanlah kepada wanita yang beriman - hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya..."

Dewan Muslimat menyedari bahawa pendidikan seks telah menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat melibatkan masyarakat awam, kerajaan, ahli akademik dan lain-lain.

Oleh sebab itu, topik berkaitan konsep, objektif dan mekanisma pendidikan seks merupakan aspek penting yang terlebih dahulu mesti dilumatkan dalam perbincangan kerana ia perlu difahami secara tuntas, jelas dan mendalam sebelum program tersebut dilaksanakan.

Semua itu merupakan asas dalam menentukan kerangka, hala tuju dan hala cara pelaksanaan program pendidikan tersebut.

Turut perlu diberikan penekanan, kriteria guru yang akan dipertanggungjawabkan dalam pengajaran subjek pendidikan seks. Tentunya individu tersebut seseorang yang mesti terlatih, berilmu, berakhlak, bertanggungjawab dan santun dalam penyampaiannya.

Jika dilihat pada perspektif agama, perbincangan tentang seks digalakkan selagi ia bermatlamatkan untuk mencari kebenaran dan sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Perbincanganan tersebut mestilah berlandaskan penafsiran ayat-ayat al-Quran, al-sunnah dan juga pandangan ilmuan Islam yang berautoriti sama ada dalam kalangan ilmuan lampau atau semasa.

Hasil perbincangan tersebut sepatutnya mampu menghasilkan satu garis panduan jelas untuk menggubal Dasar Etika dan Adab berkaitan dengan kekeluargaan, seksualiti dan reproduksi yang bercirikan Islam, rahmatan lil 'alaamin (rahmat kepada seluruh alam).

Sehubungan dengan itu, Dewan Muslimat ingin mengingatkan kementerian pembangunan wanita bahawa Malaysia tidak wajar terbawa-bawa dan dibiarkan mengikut rentak atau acuan negara-negara Barat.

Konsep yang digunakan oleh pihak Barat dalam pendidikan seks sudah ternyata gagal, kerana jelas generasi muda mereka dalam konteks pendidikan seks yang mereka amalkan - ibarat semakin dididik, semakin rosak!

Ia berlaku disebabkan mereka (generasi muda Barat) bukan diajar agar menjauhi zina tetapi dididik tentang peri pentingnya melakukan apa yang disebut oleh golongan liberal sebagai "seks aman dan sihat", agar tidak meninggalkan kesan yang negatif seperti mengandung anak luar nikah, menularnya penyakit kelamin dan seumpamanya termasuk AIDS dan HIV!

Beberapa penelitian sains sosial, misalnya yang dijalankan oleh John Hokins pada tahun 1982 lagi telah menemukan betapa lebih 80 peratus remaja di Amerika Syarikat contohnya sudah pernah terlibat dengan aktiviti seks (di luar nikah).

Rumusan yang hampir sama telah diungkap oleh Marion Wright Elderman, presiden organisasi Children Defense Fund.

Apakah generasi muda sebegitu yang mahu kita lahirkan daripada pelaksanaan subjek pendidikan seks yang bersifat "tangkap muat" dan "melepaskan batuk di tangga"?

Lebih menimbulkan keraguan dan kerisauan kita, bila ia dicadangkan untuk dimasukkan menjadi satu slot atau barangkali modul baru bersempena adanya satu Program Latihan Khidmat Negara?

Justeru, Dewan Muslimat mendesak agar menteri pembangunan wanita menjelaskan kepada kita apakah rasionalnya pihak kementeriannya mengusulkan cadangan ini kepada timbalan perdana menteri dan seterusnya kepada Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) atau Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)?

Adakah kementerian pembangunan wanita telah sekurang-kurangnya mengadakan kajian tentang keberkesanan cadangan tersebut sebelum ia diusulkan?

Dewan Muslimat percaya, sangat tidak wajar dan tidak bertanggungjawab apabila pihak kementerian bertindak mengemukakan cadangan tersebut dalam satu program yang jelas mempunyai visi dan misi yang khusus dalam konteks patriotisme seseorang remaja.

Apatah lagi umum mengetahui betapa modul-modul yang sedia ada dalam PLKN seperti modul fizikal, modul kenegaraan, modul pembinaan karektor dan modul khidmat komuniti sudah terlalu padat dan berat.

Bukan setakat itu, kementerian wajar sedar dan mengambil iktibar daripada segala masalah yang telah timbul dalam PLKN sejak ia diperkenalkan pada 2004.

Kekerapan pelbagai masalah bersilih ganti sepanjang tempoh pelaksanaannya seperti pergaduhan, gangguan seks, peras ugut, ragut, cabul, rogol, penyalahgunaan dadah, kes kehilangan pelatih dan yang paling malang, sehingga kini sejumlah 16 kematian pelatih direkodkan.

Lebih merisaukan kita semua, khususnya ibu bapa, apabila subjek pendidikan seks tersebut dihidangkan kepada para remaja yang merupakan pelatih PLKN dalam keadaan mereka itu berjauhan daripada pemerhatian keluarga.

Apatah lagi umum mengetahui betapa generasi muda ini khususnya yang meningkat remaja adalah satu kelompok yang ghairah untuk mencuba segala yang baru.

Dapatkah kita membayangkan apakah yang akan berlaku nanti setelah mereka didedahkan dengan subjek pendidikan seks di tempat dan pada masa yang saya percaya sangat tidak sesuai?

Justeru, Dewan Muslimat menegaskan bahawa PLKN bukanlah satu saluran hatta bukan juga satu tempat dan masa yang sesuai untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyelitmasukkan subjek atau modul pendidikan seks kepada para pelatih.

Cadangan tersebut mesti ditarik balik dengan segera dan kementerian disaran terlebih dahulu menjelaskan kepada rakyat tentang Konsep, objektif dan mekanisma pendidikan seks yang mahu diterapkan dan diserapkan masuk kepada generasi muda negara kita.


Aiman Athirah Al Jundi ialah setiausaha Dewan Muslimat PAS. Artikel ini asalnya siaran media yang beliau sediakan.

http://www.malaysiakini.com/opinions/82810

Indonesia buat kapal selam sendiri

Posted: 31 Aug 2010 09:11 PM PDT


Indonesia akan buat kapal selam mereka sendiri untuk tentera laut mereka. Sebelum ini Indonesia telah berjaya membuat senapang tempur, roket, kereta perisai, kapal perang terbesar di Asia Tenggara, kapalterbang dan helikopter. Indonesia juga akan membangunkan jet pejuang dengan kerjasama Korea Selatan. Institut Teknologi Bandung ialah universiti terbaik dalam bidang kejuruteraan di kalangan negara Islam OIC.


Wednesday, September 01, 2010
Menhan: Kapal Selam Buatan Indonesia Akan di Umumkan ke Publik Tahun Ini

JAKARTA - Guna memperkuat armada tempur untuk menjaga kedaulatan NKRI serta menjaga perbatasan RI dengan negara lain, Menteri Pertahanan (Menhan) Purnomo Yusgiantoro menyatakan segera membuat kapal selam tempur. Kapal selam tempur tersebut akan menjadi yang pertama kali dibuat di Indonesia.

Setelah berhasil membuat kapal perang terbesar se-Asia Tenggara dengan dilengkapi peralatan tempur canggih, kini Kementerian Pertahanan mulai serius mempersiapkan rencana pembuatan kapal selam yang merupakan alat tempur bawah laut tersebut. Bahkan, Purnomo menjadwalkan kapal tempur dasar laut tersebut akan rampung pada tahun ini.

"Pada tahun ini kami akan deklarasikan untuk membangun kapal selam di Indonesia. Kami akan bekerja keras mewujudkannya. Saya, Wakil Menhan, segenap Sekjen, Dirjen di lingkup Kemenhan saat ini sedang mencari satu program, satu master plan bagaimana kami bisa membangun kapal selam di Indonesia," ujar Purnomo saat memberikan sambutannya dalam acara buka puasa bersama di kantor Kemenhan, Selasa (31/8).

Purnomo juga menjelaskan, hingga saat ini produk-produk hasil industri pertahanan dalam negeri yang terus dikembangkan sudah mendapat respons positif dunia internasional. Karena selain untuk memenuhi kuota persediaan peralatan tempur dalam negeri, peralatan serta kendaraan tempur yang diproduksi nasional juga dipasarkan ke negara lain.

Beberapa produk seperti helikopter, pesawat tempur, hingga kapal tempur teknologi canggih serta persenjataan lainnya juga kerap mendapat pujian negara-negara lain. "Beberapa hasil industri pertahanan hingga saat ini memang terus kami pasarkan ke luar negeri," ujar Menhan.

Sumber : http://alutsista.blogspot.com/2010/09/menhan-kapal-selam-buatan-indonesia.html

Ketua Paderi sembahyang dalam masjid, pakai salib

Posted: 31 Aug 2010 07:20 PM PDT




Ketua Paderi Kristian Sedunia Pope Benedict XVI telah mengadakan acara sembahyang dalam masjid di Turki dengan memakai lambang salib yang besar di dadanya. Kemudia Pope pula telah melawat masjid di Jordan dengan memakai kasut masuk dalam masjid. Kalau perkara ini berlaku di Malaysia bagaimana ? Adakah ianya akan menjadi tajuk utama akhbar, TV1 dan TV3 untuk dikutuk oleh orang Melayu?

****************************

Amman (AsiaNews) – Benedict XVI's late morning visit to the "al-Hussein bin-Talal" mosque in Amman, beyond being a gesture of openness towards Islam and an opportunity for the Pope to reiterate his lesson on faith.
In a meeting with Vatican press office director Father Federico Lombardi, curiosity over the fact the Pope did not remove his shoes as he entered the mosque, predominated.
http://www.asianews.it/news-en/Pope-wears-shoes-in-mosque-visit,-as-he-was-told-to-15201.html


ISTANBUL, Turkey (CNS) – In a gesture of respect to Muslims in Turkey and around the world, Pope Benedict XVI prayed in Istanbul's famed Blue Mosque, his first papal visit to an Islamic place of worship.
http://www.catholic.org/international/international_story.php?id=22182

Masjid projek BN di Terengganu tak siap siap

Posted: 31 Aug 2010 05:08 PM PDT


PEMBINAAN Masjid Raja di Bukit Besar Kuala Terengganu yang terbengkalai dipenuhi sampah-sarap termasuk tin kosong dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Penduduk kecewa Masjid Raja Bukit Besar sudah dua kali tertangguh. Projek pembinaan Masjid Raja Bukit Besar yang terbengkalai itu pernah dibangkitkan wakil rakyat PAS, Mohd Abdul Wahid Endut pada persidangan Dewan Undangan negeri (DUN) awal bulan ini, tetapi tidak dijawab wakil kerajaan.

Timur: Tak siap-siap
Oleh Baharom Bakar
bhkt@bharian.com.my
2010/09/01

PEMBINAAN Masjid Raja di Bukit Besar Kuala Terengganu yang terbengkalai dipenuhi sampah-sarap termasuk tin kosong dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Penduduk kecewa Masjid Raja Bukit Besar sudah dua kali tertangguh

KUALA TERENGGANU: Terbengkalai lagi. Harapan penduduk Kampung Bukit Besar, di sini untuk menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Raja Bukit Besar tidak kesampaian apabila projek RM7.1 juta gagal disiapkan walaupun sudah dua kali dilanjutkan. Kegagalan kontraktor menyiapkan projek pembinaan yang dimulakan pada 21 Januari 2008, menggusarkan lebih 3,000 penduduk daripada beberapa kampung dan harapan mereka untuk menunaikan solat Aidilfitri di masjid baru tidak kesampaian.

Mengikut jadual kerja, pembinaan masjid yang dijangka boleh menampung lebih 3,500 jemaah sepatutnya siap pada 12 April 2009, tetapi kontraktor gagal menyiapkan kerja dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Terengganu melanjutkan tempoh penyiapan kali pertama pada 6 Januari lalu.

Bagaimanapun, kontraktor terbabit masih gagal melaksanakan tanggungjawab dan tarikh penyiapan projek kali kedua dilanjutkan sehingga 22 Jun lalu.

Projek pembinaan Masjid Raja Bukit Besar yang terbengkalai itu pernah dibangkitkan wakil rakyat PAS, Mohd Abdul Wahid Endut pada persidangan Dewan Undangan negeri (DUN) awal bulan ini, tetapi tidak dijawab wakil kerajaan.

Walaupun masjid sementara dibina berhampiran kawasan projek, ia tidak mampu untuk menampung jumlah jemaah untuk bersolat tarawih dan solat Jumaat.
Kedudukan masjid yang hanya terletak kira-kira 300 meter dari jalan utama dan kemudahan tempat letak kereta yang luas disediakan menyebabkan masjid itu menjadi tumpuan penduduk untuk menunaikan solat.

Kegagalan kontraktor menyiapkan pembinaan masjid baru menyebabkan segelintir ahli kariah terutama penyokong parti pembangkang menuding jari menyalahkan kerajaan kerana sebelum ini mereka pernah berhimpun dan memasang kain sepanduk membantah kerja pembinaan masjid baru.

Beberapa jawatankuasa masjid Raja Bukit Besar ketika dihubungi enggan mengulas lanjut, sebaliknya mereka serahkan kepada kebijaksanaan kerajaan negeri, termasuk melantik segera kontraktor baru untuk melaksanakan projek.

"Kita sudah mengadakan perjumpaan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) serta JKR Daerah Kuala Terengganu dan mereka mengesahkan kontraktor baru akan dilantik meneruskan kerja.

"Walaupun sebahagian ahli kariah kecewa kerana impian untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid baru tidak kesampaian, kami serahkan atas kebijaksanaan kerajaan untuk menyelesaikan isu itu, tetapi kami berharap agar masjid itu dapat digunakan sepenuhnya Aidilfitri tahun depan," kata jawatankuasa yang enggan dikenali.

Tinjauan Edisi Timur mendapati kawasan rumah kongsi di tapak masjid itu dipenuhi sampah-sarap termasuk tin kosong dan jika dibiarkan boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Berdasarkan keadaan bangunan masjid itu, difahamkan kontraktor sudah melaksanakan kerja pembinaan kira-kira 50 peratus.

Sementara itu, jurucakap JKR daerah Kuala Terengganu ketika dihubungi berkata, kontraktor terbabit menghantar surat pengakuan tidak mampu untuk meneruskan pelaksanaan projek itu kepada kerajaan untuk tindakan seterusnya.

"Kita panjangkan surat daripada kontraktor itu kepada Pejabat Kewangan Negeri selaku pihak berkuasa dan kita sedang menunggu keputusan selanjutnya.

"Setakat ini kita belum membuat keputusan bentuk tindakan terhadap kontraktor itu termasuk berkemungkinan syarikatnya disenarai hitam kerana kajian secara terperinci perlu dilakukan," katanya yang mengesahkan beberapa kelonggaran diberikan kerajaan berikutan kelembapan ekonomi.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Taksiap-siap/Article

MB: No nuke plant in PD

Posted: 31 Aug 2010 05:08 PM PDT

Tuesday August 31, 2010
By SARBAN SINGH
newsdesk@thestar.com.my

SEREMBAN: Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan has denied that he wants the country's first nuclear facility to be built in Port Dickson.

Mohamad, who was shocked when asked to respond to the claim, said he personally felt the resort town was not a practical site for the plant.

"This is news to me. Why would I want to lobby for the nuclear facility to be built in PD? We are working hard to make PD the top tourist destination in the country," he said.

Several websites had been speculating on the site and one claimed that Mohamad had lobbied for Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's approval for the facility to be built in the resort town.

Port Dickson assemblyman M. Ravi said orang asli in Kg Bukit Kepong at KM23 of the Port Dickson-Pasir Panjang road had told him that they would have to make way for the project.

"There is a deep lake in the village and apparently that would make a good site for the plant.

"I have been told that some people have started clearing the land there and the villagers were told that it was for the construction of a power facility," he said, adding that he did not have any proof of this.

On Aug 10, Malaysian Nuclear Agency director-general Datuk Dr Daud Mohamad said the country's first nuclear power plant would be built on an uninhabited island, adding that the agency had studied five or six sites in the peninsula, of which one or two were islands.

Daud said construction of a 1,000MW nuclear power plant would cost between US$2bil (RM6.27bil) and US$3bil (RM9.41bil).

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F8%2F31%2Fnation%2F6951937

Kenapa Ketua Puteri Umno lobi Pendidikan Seks di Sekolah ?

Posted: 31 Aug 2010 04:53 PM PDT

Beria-ia nampaknya Ketua Puteri Umno melobi agar Pendidikan Seks diajar di sekolah-sekolah. Untuk apa ? Untuk mengajar remaja bagaimana cara untuk berzina tapi tak berlaku kehamilan luar nikah ? Tidak yakinkah dengan pendidikan seks menurut kacamata Islam yang telah lama ada dalam bab Feqah ?

Artikel berkaitan bahaya pendidikan seks kepada umat Islam di bawah ini :

Pendidikan Seks untuk Pelatih PLKN
http://amkns.blogspot.com/2010/08/pendidikan-seks-untuk-pelatih-plkn.html

Muhyiddin sokong Pendidikan Seks Cegah Kehamilan ?
http://amkns.blogspot.com/2010/08/muhyiddin-sokong-pendidikan-seks-cegah.html

Objektif Utama Pendidikan Seks Ialah Mencegah Hamil
http://amkns.blogspot.com/2010/08/objektif-utama-pendidikan-seks-ialah.html

Pendidikan Sex di sekolah untuk kurang kehamilan
http://amkns.blogspot.com/2010/08/pendidikan-sex-di-sekolah-untuk-kurang.html

Jom ajar pelajar kita BERZINA cara Selamat ?
http://amkns.blogspot.com/2010/08/jom-ajar-pelajar-kita-berzina-cara.html

Rabu September 1, 2010
Pendidikan Mampu Atasi Gejala Buang Bayi – Rosnah

SHAH ALAM: Masalah pembuangan bayi perlu ditangani menerusi pendidikan dan bukan semata-mata melalui pendekatan berbentuk hukuman, kata Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata kaedah terbaik ialah mendidik remaja yang dimulakan dari rumah sebelum dikembangkan di sekolah, agar tidak terjerumus dalam kancah maksiat sehingga membawa pelbagai masalah sosial, termasuk membuang bayi.

"SAYA SOKONG SEKIRANYA PENDEKATAN PENDIDIKAN SEKS DIPERKENAL DI SEKOLAH DENGAN LEBIH BAIK. KALAU SENSITIF, BOLEH GUNAKAN PENDEKATAN LAIN SEPERTI KESIHATAN REPRODUKTIF.

"Apa sahaja yang berlaku, seorang anak adalah suci. Ibu bapalah yang mencorakkannya, justeru itu, aspek kekeluargaan juga harus diberikan penekanan," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 30 penerima asnaf di Bangunan UMNO Selangor di sini pada Selasa.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata demikian ketika mengulas kejadian pembuangan bayi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Terbaru, seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan, ditemui dalam sebuah beg kertas yang digantung pada sebatang tiang papan tanda di persimpangan lampu isyarat berhampiran kondominium Brunsfield, Seksyen 13 di sini Ahad lepas.

Beliau berkata pelbagai pihak, termasuk swasta, dialu-alukan untuk tampil membantu bukan sahaja melalui kempen, malah menyediakan prasarana yang sesuai untuk menangani gejala buang bayi.

Katanya, penggabungan tenaga semua pihak perlu dilakukan dan tanggungjawab berkenaan tidak sepatutnya dibebankan kepada kerajaan sahaja.

Terdahulu, pada majlis itu, Rosnah turut melancarkan bilik gerakan Puteri UMNO Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 serta merasmikan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 peringkat Puteri UMNO Selangor. -BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/1/mstar_berita/20100831211143&sec=mstar_berita

Celaka, ni dia orang yang hina perlekeh Islam

Posted: 31 Aug 2010 04:35 PM PDT

Inilah dia rupa manusia yang menghina Islam , lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Mereka ini bukan seorang, tetapi ramai. Namun tiada gerakan besar-besaran untuk membongkar kegiatan manusia hina seperti ini yang mencemar kesucian bulan Ramadhan. Kisah manusia yang harus kita hindari ini pada pautan berikut http://kadikluang.blogspot.com/2010/08/peniaga-bazar-kaki-judi-nombor-ekor.html