Rabu, 1 September 2010

blog.yusmadi.com

blog.yusmadi.com


‘MYDEMOCRACY WATCH’

Posted: 01 Sep 2010 02:54 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR
1.9.2010
'MYDEMOCRACY WATCH'
Sempena Pemilihan Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) yang akan berlangsung di antara 17 September hingga 21 November 2010, yang melibatkan 218 Bahagian dan kira-kira 400 ribu ahli yang layak menggundi, kami berasa bertanggungjawab untuk membantu KeADILan untuk memastikan Demokrasi sebenar diamalkan semasa pemilihan tersebut.

Kami mengucapkan tahniah kepada pimpinan KeADILan di atas kesungguhan melaksanakan Demokrasi di dalam parti terutama sekali dengan membuat pindaan berani dan bersejarah dengan memberi hak kepada setiap ahli untuk menentukan kepimpinan masa depan parti. Memandangkan harapan rakyat yang ditunjukkan pada 8 Mac 2008 yang lalu mahukan Demokrasi yang benar tertegak di negara ini adalah menjadi cabaran kepada Keadilan untuk membuktikan bahawa amalan demokrasi yang akan ditunjukkan semasa pemilihan tersebut adalah satu contoh Demokrasi yang baik.

Sejarah pemilihan dan pilihanraya lalu memberi pengajaran bahawa Demokrasi bukan saya mengenai peluang untuk bertanding malah ia juga berkehendakkan prinsip-prinsip urus tadbir (governance) Demokrasi juga diamalkan.

Atas dasar itu, MYDEMOCRACY WATCH akan bertindak sebagai badan pemantau terhadap urus tadbir pemilihan terutama yang melibatkan amalan penyalahgunaan kuasa, sumber kerajaan dan amalan-amalan lain yang tidak demokratik seperti kronisme, rasuah dan nepotisme. Kami berjanji akan membantu dan membela mereka-mereka yang berasa hak demokrasi mereka dinafikan semasa pemilihan tersebut tanpa menyebelahi mana-mana kelompok berkepentingan. Kami yakin inisiatif sebegini  akan membantu kita memastikan Demokrasi tertegak di mana-mana proses demokrasi di Negara.

Sebarang aduan mengenai salah laku urus tadbir pemilihan boleh hubungi:-

E-mail: mydemocracywatch@gmail.com

Yusmadi Yusoff 012-3093469

Syafiq Sunny 017-2793252

Tiada ulasan: