Selasa, 17 Ogos 2010

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Nik Nazmi dilantik Pengarah Komunikasi PKR

Posted: 17 Aug 2010 02:30 AM PDT

Nik Nazmi Nik Ahmad telah dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat berkuatkuasa 16 Ogos (semalam), umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataannya.

Nik Nazmi, 28 tahun, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Selangor sejak 8 Mac 2008. Beliau merupakan lulusan undang-undang King's College, University of London.

Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Sulit kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor,  Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau turut memegang jawatan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan aktif di Keadilan Cabang Kelana Jaya.

Nik Nazmi membawa bersamanya pengalaman di dalam media Internet serta media cetak yang luas.

Perlantikan beliau dibuat menerusi surat yang ditandatangani Presiden Keadilan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau akan turut menganggotai Biro Politik dan Biro Pengurusan serta mengetuai Biro Komunikasi Keadilan.

MB to Tamil school PTAs: How did you spend RM4mil?

Posted: 17 Aug 2010 02:00 AM PDT

SHAH ALAM: Menteri Besar Khalid Ibrahim has directed the Parent-Teachers Association (PTA) in all 97 Tamil schools in the state to explain how they spent the RM4 million allocation. The Selangor state government has set aside RM4 million a year for Tamil schools to help reduce their operation costs.

In an inaugural dialogue session organised by the Selangor Education Committee last Saturday, Khalid heard PTA representatives from the Tamil schools voice their problems and seek counsel and shared views on the development of Tamil schools in the state.

The committee had organised the dialogue in a bid to hear the views of all parties involved. Also present were state executive councillors Ronnie Liu, Hassan Ali, Xavier Jeyakumar, Halimah Ali and Rodziah Ismail.

"We had organised this meeting with the MB, excos and the PTA and school representatives to hear their views and study the RM4 million allocation we have set aside for Tamil schools.

'I have asked all Tamil schools representative to provide us with information about their school and how the funds channelled to the PTA was used. We want to know the details so that we can study the expenses and see how best to put the funding to effective use," said Khalid.
He said through such dialogues, the allocation could be studied carefully to ensure that the funds reach the targeted groups.



"We hope to forward the data that we receive to the federal government so that it can be included in the 10th Malaysia Plan," Khalid added.

Good dialogue

Meanwhile, several PTA chairmen expressed satisfaction with the dialogue because it gave them an opportunity to voice their problems and share their views with the state administrators.

One of them, S Arumugam said: "The dialogue session was profitable to Tamil schools. We the PTAs want to improve the education of our children. We also want to improve the infrastructure in our schools."

Another chairman Nandi Velu described the session as enlightening. "This dialogue is good because the MB gave us a chance to speak and discuss the allocations set aside for Tamil schools. It's the best development in Selangor."

Echoing his views was Tamima Resaken, who said: "I agree with what happened today. It is a good beginning for Tamil schools. I hope that such dialogues with the leaders will continue."
Source: Free Malaysia Today

500 Keluarga Taman Permata, Dengkil Mohon Kerajaan Negeri Selamatkan Mereka Dari Kezaliman BN

Posted: 16 Aug 2010 02:00 AM PDT

DENGKIL, 15 Ogos – Penduduk Rumah Pangsa Taman Permata, Dengkil, meminta campurtangan Menteri Besar Selangor dalam isu perumahan yang membebankan mereka sejak pemerintahan UMNO- BN lagi.

Exco Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar menerima memorandum 'Selamatkan Kami Dari Malapetaka BN' dari Jawatankuasa Penduduk Rumah Pangsa Taman Permata hari ini.

Pada 1998, penduduk Kampung Ladang Perang Besar, Medingley, Gollayway dan Sedgley dipindah ke rumah pangsa transit selepas tanah mereka diambil untuk pembinaan bandar pintar Putrajaya.

Menurut penyelaras Jeritan Rakyat Tertindas, 592 keluarga dari 4 ladang itu digertak oleh askar dan diusir secara tergesa-gesa bagi memastikan penduduk akur kepada tuntutan kerajaan.

Permodalan Negeri Selangor Berhad dipertanggungjawabkan untuk membina rumah pangsa transit di Taman Permata dan rumah teres di Jenderam sebagai ganti tanah yang dirampas.

Namun selepas sedekad berlalu, penduduk masih tidak tahu di mana rumah teres yang dijanjikan.

"Kerajaan negeri Selangor memang prihatin dengan situasi yang berlaku,kita pun telah diberitahu tentang kedudukan masalah sebenar pangsapuri ini dan saya pun  telah melawat pangsapuri ini sebanyak 3 kali.Saya pun telah mintak pemaju dan majlis perbandaran sepang untuk buat kajian tentang rumah pangasapuri yang ada. Hal ini adalah janji antara kerajaan persekutuan,Pemilik Ladang dengan NUPW," kata Dr Xavier.

Kerajaan Negeri melahirkan rasa terkejut dengan sikap berlepas tangan kerajaan UMNO-BN. Dr Xavier berjanji mereka akan menyiasat isu ini dan memastikan mendapat apa yang dijanjikan kepada mereka.

Kerajaan Negeri juga akan melihat masalah keretakan rumah pangsa,sistem perparitan dan kumbahan yang tidak cekap,lubang-lubang di bawah blok rumah pangsa dan isu cf yang menjadi satu misteri sehingga hari ini.

"Jadi ini adalah tangungjawab kerajaan persekutuan,bawah pimpinan Dauk Seri Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri. Pada masa itu dia juga merupakan menteri dalam kabinet yang mengambil tindakkan.Putrajaya holding adalah satu anak syarikat kerjaan yang diberi tangungjawab untuk majukan Putrajaya," kata Dr Xavier.

"Kalau mereka menyatakan 1 Malaysia, tunjuklah cara mereka 1 Malaysia. Dalam keadaan ini saya ingin katakan MIC juga bertangungjawab,orang India selama ini telah bagi kepercayaan kepada MIC tetapi MIC gagal menjaga orang India khususnya pekerja ladang. Saya Exco Pekerja Ladang dan saya sangat memahami masalah mereka sekarang," kata Dr Xavier.


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Lebih ramai peneroka Felda meninggalkan Felda

Posted: 17 Aug 2010 02:30 PM PDT

Sedang berlaku di mana-mana rancangan Felda fenomena peneroka-peneroka meninggalkan felda dalam pengurusan ladang masing-masing.

Peneroka-peneroka menjadi takut ladang mereka akan terlepas menjadi hakmilik Felda jika urusan ladang mereka terus dikendalikan oleh Felda.

Seseorang peneroka yang ladang mereka diuruskan oleh Felda dibebankan dengan hutang yang sangat tinggi dan Felda pula tidak pernah menghantar penyata hutang bulanan kepada peneroka-peneroka.

Jika seseorang itu berhutang dengan bank sudah pasti menerima penyata akaun setiap bulan, tapi Felda tidak mempunyai amalan seumpama itu maka setelah beberapa tahun ladang mereka diuruskan oleh Felda atau anak syarikat Felda peneroka diberitahu tanpa detail bahawa hutang mereka sudah mencecah RM60,000.00 dan jika peneroka itu juga mengambil pinjaman perumahan dari Felda maka di umur peneroka itu sudah melebihi 60 tahun ia berhutang dengan Felda sebanyak RM100,000.00.

Tanah ladang peneroka-peneroka itu dikaveat oleh Felda menandakan bahawa Felda ada kepentingan keatas tanah yang dimiliki peneroka-peneroka itu sebagai satu jaminan bahawa jika peneroka-peneroka itu gagal menjelaskan hutang mereka maka Felda berhak keatas tanah ladang peneroka-peneroka itu.

Jika peneroka itu meninggal dunia maka warisnya itu akan mewarisi hutang yang begitu besar dan jika si waris itu tidak mampu atau tidak mahu mewarisi hutang sebegitu besar maka Felda berhak keatas ladang peneroka itu, maka tamatlah riwayat kehidupan seseorang peneroka Felda yang berhempas pulas menjayakan tanah ladang mereka yang akhirnya menjadi hakmilik Felda.

Majoriti peneroka-peneroka mahukan ladang mereka berjaya dan mahu ladang mereka diwarisi oleh waris mereka dan Felda bukanlah waris bagi mereka.

Peneroka-peneroka yang sedar tidak mahu menanggung risiko ladang mereka akhirnya dipindahmilik kepada Felda atau nominee Felda.

Golongan sedar ini tidak menyerahkan ladang mereka untuk diusahakan oleh Felda. Mereka bersusah payah menanam sendiri dengan terpaksa mencari benih sendiri, membersih dan membaja. Felda memboikot golongan sedar ini dengan tidak menghulurkan sebarang bantuan dan kerjasama. Bahkan Felda enggan menandatangani sebarang borang untuk peneroka itu termasuk borang untuk perkahwinan anak-anak mereka.

Membanting tulanglah peneroka-peneroka sedar itu. Diperingkat awal mereka dihinakan oleh rakan-rakan mereka yang menyerahkan ladang kepada Felda, mereka dianggap bodoh kerana terpaksa berkerja keras diladang sedangkan peneroka yang bersama Felda hanya goyang kaki dan cukup bulan menerima dari Felda ekaun sara hidup.

Peneroka yang tidak bersama Felda itu akhirnya menjadi peneroka yang berjaya. Semasa harga sawit tinggi seperti sebelum PRU-12 dulu, ada diantara mereka memperolehi hingga RM15,000.00 setiap kali hantaran. Berbaloilah usaha mereka.

Di waktu harga sawit menurun dan buah juga melawas, mereka masih dapat mengekalkan pendapatan paling minima RM3,000.00 sebulan. Kini harga sawit sedang naik dan Alhamdulillah, mereka akan memperolehi pendapatan yang lebih tinggi. Bergembiralah peneroka-peneroka yang sedar lagi sabar itu.

Felda mengenakan pelbagai tekanan terhadap peneroka-peneroka persendirian ini, seumpamanya, tidak mengembalikan sepenuhnya dana tanam semula sejumlah RM17,000.00 yang dicarumkan oleh peneroka itu sendiri. Namun untuk kekal bebas dari cengkaman, segala dugaan itu dilalui oleh mereka dengan penuh yakin.

Peneroka-peneroka itu berjaya mengatasi masalah kewangan mereka dengan sistem penanaman secara "menyelat". Mereka menanam anak sawit di celah-celah pokok sawit yang tua. Mereka bunuh pokok-pokok sawit yang tua peringkat demi peringkat dan membunuh keseluruhan pokok apabila anak-anak sawit yang baru ditanam itu mula mengeluarkan buah.

Dengan sistem itu, peneroka-peneroka itu masih mempunyai pendapata dari pokok-pokok tua sehinggalah mereka mempnyai pendapata daripada pokok-pokok muda, dan dengan cara itu juga mereka berjaya mengatasi kekangan kewangan dan membantutkan usaha dari Felda untuk menggagalkan usaha mereka.

Dan mereka menjadi lebih seronok kerana pendapatan mereka adalah jauh lebih tinggi dari peneroika-peneroka yang bersama Felda.

Penderitaan peneroka-peneroka yang bersama Felda tidak terhenti disitu sahaja. Sudahlah hutang mereka besar, mereka tidak mempunyai apa-apa pendapatan kecuali elaun sara hidup yang dikira pinjaman dari Felda, maka persoalannya, apakah mereka tidak mempunyai apa-apa pendapata dari 10 ekar ladang mereka?

Lebih dari 95 peratus peneroka-peneroka Felda adalah orang Melayu, inikah dasar Kerajaan membela orang Melayu dengan mengenakan 112,000 orang-orang Melayu dirancangan Felda dengan bebanan hutang masing-masing melampaui RM100,000.00.

Kesedaran baru kini sudah timbul, peneroka-peneroka yang kini bersama Felda juga ingin membebaskan diri mereka dari cengkaman hutang yang bertimbun, mereka mulai mengambil tindakan keluar dari Felda dan menguruskan ladang mereka sendiri. Walaupun terlambat mereka tetap mengambil tindakan cegah sebelum parah!

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Nik Nazmi dilantik pengarah komunikasi PKR

Posted: 17 Aug 2010 02:40 AM PDT

PKR hari ini mengumumkan perlantikkan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai pengarah komunikasi yang baru berkuatkuasa 16 Ogos lalu.

Nik Nazmi, 28 tahun adalah ADUN Seri Setia mengisi jawatan itu yang dikosongkan oleh penyandangnya sebelum ini, Jonson Chong.

Perlantikan beliau dibuat menerusi surat yang ditandatangani presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Serentak itu, beliau akan turut menganggotai biro politik dan biro pengurusan serta mengetuai biro komunikasi parti itu.

Adalah dipercayai, Nik Nazmi dipilih berdasarkan pengalaman luasnya dalam media baru dan media cetak yang luas.

Beliau adalah lulusan undang-undang dari King's College, University of London.

Sebelum ini Nik Nazmi, pernah memegang jawatan setiausaha sulit kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sumber: Malaysiakini

Pornthip tiba diselubungi kerahsiaan, kawalan ketat

Posted: 17 Aug 2010 02:35 AM PDT

Pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang dibawa oleh kerajaan Selangor bagi memberi keterangan pada inkues Teoh Beng Hock, tiba di negara ini dengan kawalan ketat pihak keselamatan yang dibekalkan oleh kerajaan negeri dan cuba dirahsiakan.

Dr Pornthip tiba pada jam 12.30 tengah hari tadi. Pada April lalu, beliau membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa beliau tidak akan hadir bagi meneruskan untuk memberi keterangan. Ia berikutan 'nasihat' daripada majikannya, Kementerian Undang-undang Thailand supaya membatalkan kehadirannya kerana terdapat 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia.

Beliau dijangka memberi keterangan apabila inkues bersambung esok.

Pakar patologi Thailand itu juga pernah memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa beliau juga dinafikan melawat Kelantan awal tahun ini bagi menyiasat pembunuhan di selatan Thailand.

Pada Oktober tahun lalu, Dr Pornthip berkata berdasarkan pemantauannya pada bedah siasat pertama, beliau dapati ada 80 peratus kemungkinanTeoh mati akibat dibunuh.

Pendedahannya yang kontroversial itu menyaksikan pihak berkuasa bersetuju mengadakan beha siasat kedua yang dijalankan pada November tahun lalu.

Pornthip, bersama Dr Peter Vanezis, seorang ahli patologi British yang diupah olh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak sebagai pemerhati pada behah siasat itu.

Dr Vanezis dan pakar patologi kerajaan Dr Shahidan Md Noor, yang melakukan bedah siasat kedua, masing-masing telah memberi keterangan mereka pada inkues. Hanya Dr Pornthip yang belum berbuat demikian.

Dr Shahidan menolak berlaku penjerutan sebagai punca kematian manakala Dr Vanezis berkata Teoh sedar ketika jatuh tetapi tidak menyatakan sama ada ia perbuatan bunuh diri.

Berikutan pendedahan pada inkues minggu lalu, bahawa terdapat nota yang didakwa ditulis oleh Teoh yang dijumpai kira-kira dua bulan selepas kematiannya, keterangan Dr Pornthip dilihat begitu penting bagi menentukan kematiannya.

Surat yang didakwa sebagai nota terakhir menjelaskan tindakannya membunuh diri yang ditulis oleh Teoh itu telah disebarkan oleh media arus perdana tetapi keluarganya menolak ia sebagai tulen.

Sumber: Malaysiakini

Aleyasak saman polis, kerajaan RM2 juta

Posted: 17 Aug 2010 02:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Gara-gara bertindak ganas mencederakan orang awam, polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) disaman RM2 juta oleh seorang rakyat Malaysia.

Bercakap di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Aleyasak Hamid @ Hassan, 34 tahun mengaku bahawa tempurung lututnya musnah ekoran dipijak oleh anggota polis pada perhimpunan sempena Kempen Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 10 November tiga tahun lalu.

"Apabila saya jatuh, dalam lima hingga enam orang polis datang menyerang saya dan memijak lutut saya sehingga pecah.

"Saya buat semua ini sebab nak tuntut keadilan atas kezaliman ini kerana selama ini saya ingat polis jaga keamanan rakyat biasa seperti saya," ujarnya sambil menyuarakan rasa tidak selamat berada di tanah air.

Katanya, polis terbabit langsung tidak bersimpati atas kecederaan yang dialaminya pada ketika itu walaupun beliau berkali-kali meminta perikemanusiaan mereka yang terbabit.

"Bila saya minta tolong polis untuk angkat saya, polis cakap: mengapa kamu bodoh dan datang ke sini? Kamu babi yang banyak menyusahkan orang," jelasnya lagi dalam nada yang kecewa.

Tidak cukup dengan itu, pihak polis menurut dakwaannya turut menyepak bahagian tempurung lutut yang telahpun cedera apabila beliau berkali-kali meminta bantu polis.

Disebabkan kecederaan itu, beliau mengaku hilang upaya hampir tiga tahun di samping kehilangan kerjaya sebagai ahli perniagaan kecil-kecilan pada ketika itu.

Tambahnya lagi, kecederaan tersebut turut memaksanya untuk menghabiskan sejumlah wang tertentu setiap minggu untuk perubatan klinikal serta terapi kaki kirinya itu.

Ditanya tentang sumber pendapatannya sekarang, beliau berkata, beliau membantu isterinya mengadakan kelas tambahan kecil-kecilan demi menyara hidup tiga anaknya yang masih kecil.

Peguamnya, Fadiah Nadwa Fikri dan Siti Murnie Anuar pada kenyataan yang sama berkata, polis dan FRU sepatutnya tidak bertindak kasar pada perhimpunan rakyat.

Partisipasi tidak langsung rakyat pada perhimpunan tersebut, menurut beliau, sepatutnya tidak boleh mendorong polis untuk mencederakan tempurung lutut anak guamannya itu.

Disebabkan itu, beliau berkata, jumlah tuntutan saman RM2 juta itu adalah munasabah bagi menampung kos perubatan, kos teladan, kos kecederaan dan sebagainya yang dialami oleh anak guamannya.

Demi mendapatkan keadilan bagi anak guamannya, beliau yang juga anggota Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur (PBGKL) mengumumkan bahawa ACP Kamal Pasha Jamal (Ketua Polis Daerah Dang Wangi), Datuk Sabtu Osman (Ketua Polis Kuala Lumpur), Tan Sri Musa Hassan (Ketua Polis Negara) dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.


Sumber: Harakah Daily

Bendera Malaysia Dicemar 1Malaysia

Posted: 17 Aug 2010 02:25 AM PDT


17 Ogos - Bendera adalah satu lambang kedaulatan sesebuah negara. Ianya adalah sama seperti lagu Negaraku yang kita wajib hormati. Jika satu masa dahulu persada media kecoh dengan aksi pelajar yang mempersendakan lagu Negaraku, tapi hari ini bendera Malaysia pula dicacatkan dengan menambah logo 1Malaysia padanya.

Bercanggah dengan norma-norma dan nilai-nilai murni Perlembagaan Persekutuan, penambahan elemen luar yang berunsur politik ini adalah satu tindakan tidak bertanggung jawab lebih-lebih lagi apabila konsep 1Malaysia itu sendiri dikatakan gagal mencapai matlamatnya.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Abdullah Sani ketika dihubungi berkata bahawa matlamat penubuhan 1Malaysia sendiri adalah samar apatah lagi jika mahu diabadikan pada Bendera Kebangsaan.

Beliau yang mengecam tindakan tersebut, berkata perkara ini haruslah dirujuk kepada Parlimen dan Perlembagaan terlebih dahulu sebelum diberi wajah baru sekiranya ada.

"Ini soal perlembagaan, soal telah pun diwartakan. 1Malaysia tu sloganan". Kata Abdullah Sani

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ketika dihubungi oleh TV Selangor berpendapat jika ada mana-mana pihak yang mengubah 'rupa' bendera Malaysia, ia adalah satu penghinaan kepada Negara kerana bendera merupakan satu simbol kedaulatan negara.

Beliau turut berkata bendera tidak boleh di ubah suai demi untuk memenuhi kehendak politik parti pemerintah.

Sasterawan Negara, A Samad Said ketika dihubungi turut tidak bersetuju dengan tindakan mencemarkan bendera Malaysia itu. Beliau yang menyifatkan bahawa bendera sesebuah negara itu adalah murni dan mewakili untuk semua zaman biar siapa pun memerintah.


Sumber: TVSelangor

Beralih Kepada Sumber Internet : BN Gusar

Posted: 17 Aug 2010 02:20 AM PDT


17 Ogos - Kebimbangan kerajaan Umno Barisan Nasional mengenai kemungkinan rakyat mengalih perhatian dari media arus perdana kepada laman web pro-pembangkang, mungkin faktor utama mendorong cadangan tapisan internet diteruskan.

Dan, bagi mengelakkan rakyat membuat bantahan terhadap hak kebebasan bersuara, pimpinan Umno BN yang bergelar menteri, menjadikan alasan antara lain ialah pembasmian laman web porno, sebagai alasan.

Ini dilihat sebagai gerakan terancang pimpinan Umno BN bagi mengekang maklumat sampai ke tangan rakyat, selepas beberapa media cetak terbitan parti pembangkang dikenakan tekanan, malah permit Suara keadilan sehingga kini tidak diperbaharui.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin menyifatkan kecurigaan rakyat terhadap media arus perdana mendorong Umno BN memintas usaha penyaluran maklumat melalui internet.

Ura-ura penapisan internet ini mula kedengaran selepas hasil kajian Merdeka Centre yang menunjukkan 60 peratus rakyat Malaysia tidak mempercayai media arus perdana, didedah kepada umum.

Bulan lalu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mempertimbang pandangan bekas Perdana MenteriTun Dr Mahathir Mohamad berhubung keperluan menapis bahan pornografi di internet.

Sekalipun bersandarkan alasan mengekang pornografi, lain pula ceritanya di organisasi kerajaan kerana jabatan kerajaan tidak boleh akses anwaribrahim.com dan harakahdaily.com.net,walhal jabatan kerajaan dibenarkan untuk akses laman-laman Umno.

"Ini jelas mengambarkan bahawa kerajaan sebenarnya dalam keadaan cukup tertekan,dan saya percaya dan yakin,mereka sebelum pilihanraya akan datang akan menhalang malaysia dengan maklumat internet dan sebagainya" kata beliau.

Pimpinan Umno BN seakan-akan tidak peduli terhadap faktor lain yang lebih penting, asalkan penyaluran maklumat dapat disekat bagi memastikan penguasaan politik tidak terlepas ke tangan pembangkang.

Tetapi akibatnya Malaysia akan mendapat tentangan yang hebat sekiranya mereka haramkan beberapa saluran internet,teknologi maklumat dan sebagainya malah akan mendapat hentaman hebat dalam aspek pelaburan kerana pelabur-pelabur tidak akan pergi ke negara yang demokrasinya mati dan palsu.


Sumber: TVSelangor

Tajuddin Didakwa Penyebab MAS Rugi RM8 Bilion, Mengapa Tiada Tindakan Daripada SPRM?

Posted: 17 Aug 2010 02:15 AM PDT


KUALA LUMPUR 17 Ogos - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mempersoalkan bagaimana maklumat berkaitan aduan yang dibuat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kenapa tindakan tidak diambil terhadap bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajuddin Ramli dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis DiRaja Malaysia (JSJK PDRM) yang didakwa menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian sebanyak RM8 bilion telah bolos ke pihak yang diadu.

Sehubungan itu Salahuddin mendakwa Tajuddin mungkin dilindungi pihak tertentu menyebabkan beliau bebas daripada pendakwaan malah butiran aduan MAS kepada SPRM mengenai kerugian itu telah didedahkan kepada JSJK PDRM iaitu pihak yang diadu.

Dalam pendedahannya, Salahuddin menjelaskan terdapat dua aduan MAS berhubung perkara itu.

Aduan pertama merupakan dua repot polis bertarikh 4 Januari 2002 dan 4 Mei 2005 terhadap Tajuddin dan pegawai yang bersubahat dengannya.

Aduan kedua pula berhubung aduan MAS kepada SPRM terhadap JSJK PDRM, Jabatan Peguam Negara dan Tajuddin di mana syarikat penerbangan nasional itu dalam surat aduannya menyatakan pihaknya merasa terdapat salah laku rasuah atau penyalahgunaan kuasa sehingga kes terhadap Tajuddin tidak diambil tindakan sewajarnya.

"Yang menjadi isunya adalah apabila MAS membuat aduan itu kepada SPRM, kenapa tindakan tidak diambil terhadap Tajuddin dan juga terhadap JSJK sebaliknya SPRM telah dedahkan maklumat itu kepada JSJK PDRM.

"Sepatutnya SPRM siasat perkara itu tapi SPRM dedahkan kepada JSJK pula menyebabkan MAS rasa cemas sebab aduan didedahkan kepada pihak berkepentingan," kata Salahuddin ketika membacakan satu surat aduan daripada peguam MAS bertarikh 2 Ogos lalu.

Surat yang dialamatkan kepada Pemangku Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM, Badrul Shah Norman juga menyebut tindakan SPRM mendedahkan maklumat siasatan kepada JSJK itu bercanggah dengan peruntukan bawah Seksyen 29(4) dan Seksyen 65(2) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

"SPRM kena jawab kenapa dia dedahkan laporan tersebut," kata Salahuddin lagi.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, terdapat juga dokumen lain yang menjadi asas kukuh kenapa Tajuddin terlepas daripada pendakwaan.

Kata beliau, ia merupakan sepucuk surat oleh bekas Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Komersial PDRM, Datuk Ramli Yusuf yang menyarankan kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengenai bentuk pendakwaan yang boleh dikenakan kepada Tajuddin.

"Apa yang membangkitkan kemusykilan dan keresahan saya adalah kemungkinan MAS telah ditipu atau diperdayakan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM8 bilion daripada tahun 1994 hingga 2001.

"Dokumen yang dikatakan sebagai surat daripada Pengarah Bahagian Siasatan Komersil PDRM kepada Perdana Menteri itu juga mencadangkan agar tindakan undang-undang diambil terhadap beberapa individu warganegara Malaysia dan juga warganegara asing.

"Kesahihan adakah dolumen itu benar merupakan surat daripada Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah PDRM kepada PM, harus disiasat dan adakah kandungan dokumen itu benar atau tidak juga harus disiasat adakah benar ia melibatkan kerugian rakyat sebanyak RM8 bilion dalam MAS?

"Jika dokumen itu benar, mengapa daripada Mac 2007 hingga sekarang mereka yang dituduh pecah amanah itu tidak di bawa ke muka pengadilan?" tegas Salahuddin lagi.

Menurut Salahuddin, beliau telah menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah yang dianggotainya supaya mengadakan mesyuarat khas tergembar bagi membincangkan kes itu.

Tambah beliau, dokumen itu akan diedarkan kepada kesemua anggota jawatankuasa khas itu.

Beliau juga sedang menimbangkan sama ada perlu membuat satu lagi laporan kepada SPRM atau pun pihak polis.

Salahuddin turut menuntut Perdana Menteri untuk mengambil tindakan tegas dalam skandal ini yang disifatkannya hampir menyamai skandal PKFZ.

"Saya khuatir risiko kewangan ini akan menjadi ibarat risiko yang ditanggung Kerajaan Malaysia dalam skandal PKFZ," ujar beliau.

Pada 13 Disember lalu, Salahuddin telah menyerahkan surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid meminta jawatankuasa itu menyiasat kerugian RM8 bilion dalam MAS tetapi malangnya tiada respon diterima sehingga kini meskipun perkara itu telah di bawa ke sidang Parlimen.


Sumber: Suara Keadilan

Budaya Fitnah Dalam Umno Sampai Tahap Maksima

Posted: 17 Aug 2010 02:10 AM PDT


SHAH ALAM 17 Ogos - Budaya fitnah yang menjadi senjata politik dalam Umno telah sampai ke tahap paling maksima yang menyaksikan parti itu akan menggunakan apa sahaja cara untuk memastikan mereka terus kekal berkuasa.

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, beliau menyifatkan budaya politik dalam Umno menggunapakai prinsip politik Machiaveli meskipun terpaksa menggunakan pendekatan tidak beretika dan bermoral.

"Umno memang sebagai sebuah parti yang tak menghayati prinsip syariah dan akhlak. Mereka betul-betul mewakili prinsip Machiaveli. Itu memang merupakan permainan mereka dan telah sebati dalam perjuangan Umno.

"Itulah sebabnya kita sendiri merasa terkejut, setelah rakyat dengan tegas menolak pusingan pertama dalam tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekarang pusingan kedua pula dibuat.

"Ini menunjukkan Umno itu adalah Machiaveli, mereka tidak sama sekali memperhitungkan persoalan moral yang bukan sahaja dalam Islam tetapi disebut agama-agama yang lain yang memperjuangkan demokrasi," komen beliau kepada Suara Keadilan.

Menurut Dr Muhammad Nur, selepas tsunami politik pada Mac 2008 yang menyaksikan beberapa buah negeri di Semenanjung jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, Umno kini semakin tertekan.

Berikutan itu, katanya, Umno-BN terpaksa menggunakan apa sahaja taktik termasuk memperalatkan agensi kerajaan bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat bagi mengelakkan fenomena 'tsunami 8 Mac' menular ke negeri-negeri lain pada pilihan raya umum akan datang.

"Ini amat merunsingkan pimpinan Umno-BN pada saat ini. Strategi pembantaian, untuk 'discredit' apa sahaja yang dilakukan kerajaan negeri, walaupun agensi kerajaan yang dinaungi oleh Umno seperti SPRM sudah menarik balik tuduhan (rasuah) terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Jelas, ini membuktikan bahawa mereka akan pergi kepada maksimum untuk menggugat kepercayaan rakyat kepada kerajaan negeri Selangor dari segi pengurusan, termasuklah dalam isu pasir sedangkan isu pasir telah lama berlaku sejak Menteri Besar yang lalu," ujar beliau.

Ditanya mengenai tindakan Senator Ezam Mohd Nor yang cuba mengulangi tuduhan jahat memburukkan imej Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, beliau berkata umum mengenali watak sebenar Ezam yang meninggalkan perjuangan kerana soal peribadi dan kini cuba menimbulkan keraguan dengan dakwaan yang tidak berasas.

"Sudah lama kita dengar percakapan untuk menggugat integriti Datuk Seri Anwar. Watak Ezam itu, orang tertentu memang mengenali sangatlah watak ini, dia (hanya) cuba untuk timbulkan keraguan (bagi memburukkan KEADILAN)," kata Dr Muhammad Nur.

Beliau yang mengenali Anwar sejak 1968 yakin dengan keperibadian Ketua Pembangkang dan menganggap tuduhan bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN itu hanya merupakan persepsi liar semata-mata.

"Saya yakin keutuhan moraliti Datuk Seri Anwar dan juga isterinya Datuk SeriDr Wan Azizah," tegas bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu.


Sumber: Suara Keadilan

Umno-BN Guna Wang Peneroka Untuk Beri Duit Raya Kepada Peneroka

Posted: 17 Aug 2010 02:05 AM PDT


SHAH ALAM 17 Ogos - Umno-Barisan Nasional didakwa menipu peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan pemberian wang tunai sebagai hadiah hari raya tanpa diketahui bahawa tersebut adalah kepunyaan peneroka sendiri.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata taktik ini digunakan Felda supaya golongan peneroka akan selama-lamanya tunduk, patuh dan terus bergantung kepada agensi tersebut untuk kehidupan mereka.

"Sebenarnya pemberian 'duit raya' sudah lama diamalkan oleh Umno-Barisan Nasional dan setiap tahun ia dijadikan sebagai isu politik. Sebenarnya dana untuk memberikan wang tersebut datang dari simpanan warga peneroka itu sendiri," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana Sabtu lalu.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian duit raya sebanyak RM350 seorang kepada 101,391 peneroka rancangan Felda, manakala 11,244 peneroka lain yang tidak bersama Felda akan diberi wang poket hari raya RM150 seorang.

"Perkara ini dilakukan seolah-olah kononnya peneroka tidak tahu, sedangkan ramai peneroka telah sedar (tentang helah ini). Pemberian kembali wang tersebut bukan sahaja pada hari raya, tetapi pada tahun baru, ketika sesi persekolahan akan bermula," jelas Suhaimi yang juga seorang peguam.

Suhaimi juga membangkitkan semula isu berhubung bayaran semula wang Tabung Tanaman Semula kepada peneroka yang secara puratanya berjumlah kira-kira RM17,000 seorang.

"Wang tersebut yang dipulangkan kembali hanyalah sekitar RM7,000 hingga RM9,000 seorang, iaitu separuh daripada jumlah keseluruhan milik peneroka. Ada kes di mana peneroka yang telah 9 tahun mengerjakan tanaman sendiri, tetapi masih belum menerima baki bayaran tersebut," tambah beliau.

Tambahnya lagi, mulai Julai lalu Felda telah mula mengutip bayaran bulanan sebanyak RM120 sebulan untuk Tabung Tanaman Semula sedangkan sebelum ini peneroka hanya dikehendaki mencarum sebanyak RM40 sebulan.

"Ini tidak ternasuk bayaran tambahan untuk yuran keceriaan kampung, tabung khairat kematian dan yuran JKKR (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan). Jika elaun sara hidup yang diterima sebanyak RM 1,500 sebulan, kini hanya tinggal sekitar RM800 sahaja.

"Jumlah ini sudah tentunya tidak mencukupi untuk menampung kehidupan sesebuah keluarga peneroka dengan kadar kos kehidupan yang semakin meningkat. Kami mencadangkan agar elaun sara hidup kepada peneroka ditingkatkan kepada sekitar RM2,500 sebulan," kata Suhaimi.

Suhaimi juga memaklumkan, pihaknya sedang bersiap sedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Felda berkenaan kegagalan mereka untukmemulangkan kembali wang Tabung Tanaman Semula kepada peneroka.

"Sekarang ada banyak firma guaman yang bersetuju untuk bekerjasama bagi membantu peneroka untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Felda. Bayangkan separuh daripada jumlah keseluruhan bayaran semula (RM17,000) dan ada 25,000 orang peneroka yang menjalankan tanaman sendiri. Berapakah jumlahnya,? soal Suhaimi.

Sumber: Suara Keadilan

Pemimpin Umno-BN Takut Bawa Perubahan, Dibelenggu Rasuah

Posted: 17 Aug 2010 02:00 AM PDT


SHAH ALAM 17 Ogos - Pemimpin Umno-Barisan Nasional dilihat tidak lagi mempunyai keinginan dan keazaman kuat untuk bergerak ke hadapan dan memimpin rakyat serta membawa perubahan lantas kerana takut berdepan dengan penilaian rakyat dan media.

Ahli dan kolumnis Aliran Kesedaran Negara (Aliran), Christopher Barnabas dalam artikelnya When BN Leaders Fail To Lead, "think alternative" 11 Ogos lalu menyatakan pemimpin Umno-BN juga takut menyuarakan pandangan yang lari daripada pendirian rasmi parti atau kerajaan menyebabkan kredibiliti mereka sebagai pemimpin terhakis.

Ini jelas dilihat pandangan Ahli Parlimen Rembau yang menokong rakan sejawatnya dari Shah Alam, Khalid Samad berhubung isu politik perkauman namun terpaksa mengundur setapak dengan mengatakan pandangan beliau tidak dikongsi majoriti rakyat Malaysia.

"Khairy bersetuju dengan kenyataan Khalid bahawa politik berteraskan ideologi perlu menjadi halatuju politik tanahair dan mengecam politik perkauman yang dipertahankan oleh Presiden Perkasa, Ibrahim Ali, tetapi pada masa yang Khairy juga menyatakan kebanyakan rakyat Malaysia tidak akan bersetuju dengan idea ini.

"Saya amat tidak bersetuju kerana kemenangan bersejarah Pakatan Rakyat pada pilihan raya lalu merupakan bukti kukuh rakyat dapat melihat halatuju politik negara," tegas Christopher.

Beliau berkata, jika Khairy benar dan ikhlas politik perkauman patut dihapuskan, beliau sepatutnya mengambil langkah pertama dengan mendidik gerakan pro-perkauman yang Umno-BN dipenuhi dengan pemimpin berfikiran sebegitu.

"Dahulu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyokong tindakan protes kepala lembu dengan alasan rakyat berhak menyatakan pendirian, tetapi beliau sendiri gagal menunjukkan contoh yang baik dengan mengarahkan dan membenarkan polis menahan dan bertindak kasar terhadap peserta protes aman anti ISA dan acara nyalaan lilin seperti di Petaling Jaya dan Pulau Pinang baru-baru ini.

"Tindakan itu jelas menunjukkan beliau gagal menonjolkan diri sebagai seorang pemimpin yang menyokong toleransi antara kaum, sesuatu yang amat diperlukan oleh negara pada masa ini," kata beliau lagi.

Tambah Christopher, contoh paling ketara sikap penakut pemimpin Umno-BN tidak menerima perubahan ialah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan konsep 1Malaysia tidak lama selepas mengambil alih pucuk pimpinan pada April 2009.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dalam kenyataan beliau yang pertama setelah memegang jawatan ialah beliau terpaksa meletakkan kepentingan sebagai seorang Melayu dahulu kerana takutkan reaksi negatif daripada penyokongnya.

"Saya boleh memberikan lebih banyak lagi contoh sebegini tetapi hakikatnya jelas bahawa negara kini dipimpin oleh golongan Umno-BN yang takut membawa perubahan serta membimbing rakyat ke jalan yang sesat.

Begitu juga kata Christopher apabila Najib bercakap mengenai Model Ekonomi Baru kepada pelabur asing di Singapura yang menyentuh mengenai isu 'mesra pasaran', 'keputusan berasaskan merit', 'ketelusan' dan dasar 'berasaskan keperluan' - semua ini seolah-oleh memberi harapan bahawa Umno akhirnya telah menerima perubahan.

Malangnya beliau melontarkan pandangan yang amat berbeza pada majlis penutup Majlis Perundingan Melayu Mei lalu dengan mengatakan MEB hanyalah pada peringkat cadangan dan beloum dimuktamadkan. Najib memperlihatkan sikap 'flip flop' atau pusingan yang nyata daripada apa yang beliau ucapkan di Singapura.

Ini adalah kerana beliau takut untuk memikul tugas sebagai pemimpin bagi mempelopori transformasi pada saat-saat negara amat memerlukannya.

"Badan kehakiman tercemar, SPRM mengamalkan pendakwaan berpilih, sistem pendidikan caca marba, kekejaman pihak polis dan kematian dalam tahanan semakin menjadi-jadi, SPR pula berat sebelah. Ditambah pula dengan kos kehidupan yang semakin meningkat disebabkan amalan rasuah berleluasa dan pembaziran dana awam serta subsidi hanya kepada syarikat kaitan kerajaan (GLC). Dalam keadaan ini rakyat pula yang dipaksa mengubah gaya hidup.

"Memandangkan kepimpinan Umno-BN telah gagal sepenuhnya walaupun setelah 53 tahun berkuasa, sudah tiba masa untuk rakyat mula berfikir secara alternatif dan mengundi untuk satu perubahan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang bagi menyerahkan teraju negara kepada mereka yang berani mempertahankan, mempromosikan dan berusaha tanpa henti bagi mencapai visi mereka hingga berjaya," jelas Christopher lagi.


Sumber: Suara Keadilan

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


YB Malik Kassim memberi sumbangan sempena kedatangan Ramadhan 1431h

Posted: 17 Aug 2010 10:09 AM PDT





Bersempena dengan kedatangan Ramadhan yang mulia ini ,Yb Hj Malik Kassim Adun Batu Maung yang juga EXCO Agama Negeri bersama dengan Pusat Urus Zakat Pulau Pinang telah memberi sumbangan kepada penduduk serta Masjid dan Surau di sekitar kawasan Barat Daya.

Majlis tersebut telah diadakan di Masjid Sg Tiram pada 5 Ogos 2010.

Seramai 270 individu yang kurang berkemampuan telah menerima bantuan serta 16 Masjid dan 27 surau yang berada dalam kawasan Barat Daya juga telah diberi sumbangan semperna Ramadhan kali ini.

Turut hadir Penghulu kawasan Penghulu Mohd Zailani serta Pegawai Agama Daerah Barat Daya


Kelas memasak Biskut dan Kek Raya

Posted: 17 Aug 2010 09:49 AM PDT


Bersempena dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi , Pusat Khidmat Masyarakat N37 ADUN Batu Maung akan mengadakan Kelas memasak Biskut dan Kek Raya secara PERCUMA pada:

Tarikh : 21 Ogos 2010 / Sabtu
Jam : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat: Dewan Balai Raya Sg Ara

Bersama tenaga pengajar yang berpengalaman... Kak Timah DJ Radio Pulau Pinang...

TEMPAT TERHAT..... Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari cara-cara untuk memasak Biskut dan Kek Raya...

Jumpa Di Sana.....


Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Polis Akan Mengambil Keterangan Dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Posted: 17 Aug 2010 02:34 AM PDT

Adalah dimaklumkan pihak polis akan mengambil keterangan dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada jam 11pagi, hari Rabu, 18hb Ogos 2010, di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Merchant Square, Tropicana. Ini berkaitan penyiasatan penggunaan foto Sultan Johor kononnya oleh penganjur ceramah di Batu Pahat, Johor. Pohon kerjasama pihak media untuk hadir membuat liputan. Terima kasih.

Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Polis Akan Ambil Keterengan DSAI

Posted: 17 Aug 2010 02:34 AM PDT

MAKLUMAN MEDIA
17 OGOS 2010

Adalah dimaklumkan pihak polis akan mengambil keterangan dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada jam 11pagi, hari Rabu, 18hb Ogos 2010, di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Merchant Square, Tropicana. Ini berkaitan penyiasatan penggunaan foto Sultan Johor kononnya oleh penganjur ceramah di Batu Pahat, Johor.  Terima kasih.

Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Perlantikan Nik Nazmi Nik Ahmad Sebagai Pengarah Komunikasi

Posted: 16 Aug 2010 11:41 PM PDT

KENYATAAN MEDIA
17 OGOS 2010

Nik Nazmi Nik Ahmad telah dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat berkuatkuasa 16 Ogos 2010.

Nik Nazmi, 28 tahun, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Selangor sejak 8 Mac 2008. Beliau merupakan lulusan undang-undang King's College, University of London.

Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Sulit kepada Ketua Umum, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau turut memegang jawatan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan aktif di Keadilan Cabang Kelana Jaya.

Nik Nazmi membawa bersamanya pengalaman di dalam media Internet serta media cetak yang luas.

Perlantikan beliau dibuat menerusi surat yang ditandatangani Presiden Keadilan Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Beliau akan turut menganggotai Biro Politik dan Biro Pengurusan serta mengetuai Biro Komunikasi Keadilan.

Musuh Sebenar Umat Melayu

Posted: 16 Aug 2010 11:20 PM PDT

Dari YB Azmin Ali

Politik yang membakar sentimen perkauman boleh sahaja diibaratkan sebagai "low morale and uncharismatic profession"; ungkapan yang sering disebutkan oleh Anwar Ibrahim tatkala beliau memimpin ABIM lebih 30 tahun lalu.

Benteng terakhir Umno sebagai parti tunjang Barisan Nasional (BN) ialah dengan menyalakan bara sentimen di kalangan orang Melayu.

Media perdana saban hari membayangkan kononnya Keadilan dan Pakatan Rakyat mengkhianati kepentingan orang Melayu.

Ini ditambah dengan provokasi untuk melaga-lagakan pimpinan Pakatan Rakyat dengan Raja-Raja Melayu.

Walhal, musuh sebenar yang patut ditentang bukanlah mana-mana Sultan, tetapi dua tiga kerat pemimpin elit Umno.

Soal salah guna kuasa, rasuah dan kecurangan terhadap amanah kalangan pemimpin elit Umno ditutup sebelah mata.

Umno memekik agar orang Melayu—sebagai kaum majoriti di negara ini—bersatu, bersatu, bersatu.

Tetapi persoalannya, bersatu untuk apa?

Reformasi juga menyerukan perpaduan, termasuk kepada umat Melayu.

Namun pada masa sama, dokongan semua rakyat jelata tanpa mengira kaum, agama mahupun ras penting untuk menjayakan agenda perubahan.

Apakah asas kepada jeritan perpaduan Melayu ini?

Kita tidak rela kalau perpaduan bangsa hanya untuk mengizinkan pimpinan elit Umno dan sang penguasa berterusan menggunakan kuasa mereka mengamal rasuah dan memperkaya diri sendiri.

Seandainya umat Melayu termakan umpan dan bersatu menyokong kecurangan sedemikian rupa, maka di hujung jalan kelak, musibah akan melanda bangsa dan negara ini.

Lihat sahaja bagaimana Hitler di Jerman dahulu, yang menyeru bangsanya untuk bersatu, tetapi beliau menggunakan kesempatan itu untuk menindas dan membunuh kaum lain.

Keterlanjuran diktator seperti Hitler adalah antara unsur yang menyumbang kepada tercetusnya Perang Dunia.

Begitu juga perpaduan yang diseru atas nama ideologi; sama ada di Rusia, China, di negara-negara Blok Timur di Eropah dan beberapa negara Latin Amerika; kesatuan rakyat yang akhirnya kembali membinasakan rakyat.

Perpaduan dan penyatuan sama sekali tidak boleh digunakan untuk perkara yang akhirnya mengongkong kerana kongkongan adalah hal yang bertentangan dengan jaminan Tuhan bahawa setiap manusia itu dilahirkan dengan maruah yang perlu dijamin.

Di antara laungan perpaduan Melayu dan senda politik perkauman ala-Utusan Malaysia, adalah bahawa orang Melayu tertindas dan merintih di negeri sendiri selama lebih separuh abad.

Kita bertambah sayu dan marah dengan berita bagaimana lebih 700 peneroka Felda mendakwa ditipu hasil jualan kelapa sawit sehingga mereka akhirnya mengemukan saman terhadap Felda.

Setiap seorang daripada mereka pada tahun 2008 sahaja dilaporkan kerugian sehingga RM20 ribu!

RM20 ribu mungkin bukan jumlah yang banyak kepada Ketua Bahagian ataupun Ketua Cawangan Umno. Jumlah itu juga terlalu kecil kepada bapak-bapak Menteri, bahkan terlalu kecil untuk Timbalan Perdana Menteri apatah lagi Perdana Menteri.

Namun, sejumlah RM20 ribu itu terlalu besar jumlahnya kepada peneroka yang meneroka hutan bergadai nyawa sehingga terbentang ladang kelapa sawit yang memberikan keuntungan jutaan ringgit kepada Felda.

Siapakah peneroka-peneroka ini? Bukankah kesemua di antara mereka adalah orang Melayu?

Arakian musuh orang Melayu akhirnya bukan kaum Cina ataupun India tetapi pemimpin Melayu Umno yang korup.

Apakah umumnya Melayu yang juga Muslim dapat disanggah perintah Allah S.W.T. dalam surah al-Hujurat, ayat 13 yang menjelaskan bahawa kepelbagaian kaum dan bangsa itu juga adalah tanda kebesaran Allah S.W.T.?

Maksud firmanNya: "Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu."

Kita bersyukur apabila mutakhir ini umumnya orang Melayu nampaknya cukup matang dan tidak mudah terperangkap dengan polemik diskaun perumahan Bumiputera 7 peratus untuk belian hartanah dan rumah mewah.

Pelbagai lagi inisiatif dan subsidi yang sebenarnya masih dikurniakan pemerintah kepada golongan kaya tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Malang seribu kali malang apabila dalam masa sama, subsidi kepada rakyat dihakis sehinggakan ayam dan gula di dapur juga semakin mahal.

Sebaliknya, yang harus dibicarakan adalah rumah yang mampu dimiliki rakyat pada harga yang munasabah yang memberikan keselesaan kepada rakyat marhaen yang sudah pasti melibatkan majoriti umat Melayu.

Lihat sahaja bagaimana kualiti rumah untuk rakyat miskin dibina tanpa menitikberatkan kualiti hidup rakyat.

Dapurnya sempit, kamar tidurnya bersiling rendah, bilik mandinya dipasang dengan jubin yang tidak berkualiti, tiada padang permainan dan jumlah rumah yang terlalu padat.

Ini adalah realiti sebenar di hampir setiap bandar dan kota di negara ini.

Kesempitan dan himpitan hidup yang tertimpa kepada majoriti Melayu berlaku tatkala tanah dan kawasan strategik di kota-kota diserahkan kepada tauke-tauke dan kroni.

Justeru itu, gaya politik yang memainkan api sentimen perkauman hanya sebagai gaya politik yang seperti diungkapkan Anwar sebagai "bermoral rendah dan tidak berkarismatik."

Namun secara konsisten dan perlahan-lahan, orang-orang Melayu sendiri akan menghumban sang penguasa yang mengakibatkan hidup anak watan semakin melarat.

Lima puluh tahun adalah tempoh berkuasa yang terlalu lama bagi mereka.

Cukuplah.

‘Why Was DPP Farah On The Case Anyway?’

Posted: 16 Aug 2010 09:45 PM PDT

From Malaysiakini

If she was not privy to the documents, then why was she roped in in the first place? Doesn't this also show that some of our civil servants are being paid to be doing nothing productive?'

Court dismisses Anwar’s 2nd bid to strike out charge

Anonymous: The judge Mohamad Zabidin Mohd Diah can’t even be impartial, so how to pass judgment with integrity then? Whatever was stated in the affidavits of investigating officer Jude Blacious Pereira and DPP Mohd Hanafiah Zakaria, he accepted in totality without letting the defence team cross-examine them and DPP Farah Azlina Latif.

What would happen if these people put in affidavits which stated that ‘Anwar Ibrahim did not sodomise Saiful’? Would the judge accept that and dismiss the case? The judge should recuse himself from hearing the trial since he is no more impartial.

DannyLoHH: The charge is dubious, the trial is sneaky, evidences are secrets, the judge is seemed beholden, the witness is caught lying, the court is looking more kangaroo-ish, and now the prosecutor is sleeping with the witness. But the sham trial continues because this is not about justice and it is not about rule of law. This is about getting rid of Anwar Ibrahim before the next election.

Alexander Yuan Xjin Kai: If Zabidin were to give such an ridiculous answer in any other court outside Malaysia, he would have been ridiculed, demoted or even fired from his job. But no… “Farah has no access to vital prosecution documents”, he said. Then let me ask you something then – why was she there in the first place?

Bernard Phillips: I am trying really hard to understand how the judge could have come to this decision. Legally, it should be clear that when there is evidence that there is a possibility, however remote, that the DPP could have passed some information to Saiful, the ruling should be in Anwar’s favour.

And as a former government officer, I can point out to the judge that even some office boys have more access to classified documents than senior government officials. And in a ‘juicy’ case like this you can be sure that Faraz Azlina had much more.

Lastly, can the judge be really sure that Saiful was more interested in the documents rather then in Farah Azlina? Come on Your Honour, reflect on that.

Fi-sha: A mockery of justice at the expense of undermining our intelligence and morality. If she was not privy to the documents, then why was she roped in as part of the prosecuting team in the first place? From a different standpoint, this shows that some of our civil servants are being paid to be doing nothing productive.

Fido Dido: What is her role as a DPP? What is her position then during the hearing? Just taking notes or what? This behaviour of a DPP who is involved directly or indirectly in the case is not ethical. If both Mohd Saiful Bukhari Azlan and Farah have a love relationship, anything is possible.

Not Confused: The entire judiciary should be utterly ashamed of themselves – to allow this farce to continue in the full light of day in front of an international audience. I pity every Malaysian for having to put up with this joke of a process and endure the ridicule from just about every country.

The idiots in the government can bleat and demand that no one should interfere in Malaysia’s internal affairs, but in order to regain the lost foreign direct investments (FDI), it will have to do a lot better than this.

Linov20: This Mohd Saiful Bukhari Azlan is a dubious guy. On the one hand he claimed that he had been sodomised, but on the other hand he has a relationship with a lady in a 'tudung'.

RR: PM Najib Abdul Razak and Umno should realise that the constant hammering of Anwar will only earn the wrath of the rakyat particularly the young voters and also the senior citizens for the blatant disregard to jurisprudence by the judiciary that should see and do justice impartially.

Najib is wrongly advised on political strategies by his confidants and the judiciary seem to be playing to Umno’s gallery without a prick of judicious conscience.

Mohd Imraz Muhd Ikhbal: Of course, a mere romantic liaison between the prime witness and a member of a prosecution team is not enough to strike out the sodomy charge. In any kangaroo court under a corrupted government privatised to the ruling elites, even hard concrete evidence is not enough to convict the guilty, nor will it ever be sufficient to exonerate the innocent.

In Malaysia, dirty politics have been given a new breath to the definition of the word ‘justice’, and it is at the expense of the last breath of democracy. Well done and congratulations, Najib. What a fantastic legacy you have left for the future generations indeed.

Singa Pura Pura: Malaysians must now brace themselves for the second incarceration of Anwar Ibrahim. The inexorable trend of the proceedings is such that, despite any and all exculpatory evidence tendered by the defence and despite the best blunders and first-class fumbles of the prosecution, there will, invariably, be a conviction, quite perversely independent of the evidence, the proceedings, the appeals and the circus. That is the hallmark of a malicious persecution as opposed to a sagacious prosecution.

The question now before the defence is: why continue to give the conspiring oppressors a `close-fight’ that might impliedly confer legitimacy or propriety upon their prosecutory malevolence and injudiciousness?

The second-jailing of Anwar Ibrahim might well be the precursor of the second-coming of this nation. To Anwar Ibrahim: “Lesser than Mahathir, and greater. Not so happy, yet much happier. Thou shalt beget `Prime Ministers’ though thou be none.”

Ranjit Singh: Don’t we get tired of the same nonsesne day in day out? I don’t think so. We, the people, other than commenting and blogging, have nothing else to lose. The integrity of the judiciary, executive and parliamentary functions have been in question without fail, but why we cannot seem to rise from our slumber really fascinates me.

The legal mumbo jumbo will go through its artificial process, yet we talk about it and everything is put to rest after the temporary excitement. Tomorrow is the same similar to watching (the movie) Ground Hog Day.

If we cannot decide and move ahead in a collective manner for what is humane and real, it will be the same bedtime story for the future generation. Wake up, people.

?Curi Pasir: PAC Pulau Pinang Harap Pusat Beri Kerjasama

Posted: 16 Aug 2010 09:38 PM PDT

Dari Harakah
Oleh Mohd Ali Hashim

Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) Pulau Pinang telah menetapkan 18 Ogos untuk meneruskan inkuiri bagi siasatan isu kecurian pasir di Kampung Kenanga, Balik Pulau.

Menurut Pengerusi PAC Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo (gambar), keputusan mengenai perkara itu akan dbuat setelah mendapat makluman dari semua pihak yang terlibat.

Katanya lagi, sehingga ini lapan pihak berkaitan telah dipanggil bagi mendapat maklumat berhubung kegiatan mencuri pasir tersebut.

Antara mereka yang telah dipanggil ialah pemilik tanah bersebelahan, Muhammad Kaharuddin Ihsan Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad serta wakil dari Jabatan Kerja Raya, Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Pejabat Tanah dan Daerah Barat Daya, Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang serta wakil kontraktor.

“Kita masih lagi menanti wakil dari Kementerian Pengajian Tinggi dan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang untuk hadir bagi melengkapkan siasatan berkenaan aktiviti kecurian pasir tersebut.

“Adalah menjadi harapan kita kedua-dua pihak dapat memberi kerjasama bagi memudahkan siasatan selewat-lewatnya akhir bulan ini,” katanya.

Jagdeep yang juga Adun Datuk Keramat berharap mendapat kerjasama semua pihak bagi menyelesaikan inkuiri itu dengan segera.

Sebelum ini, PAC telah membuat lawatan ke atas tapak aktiviti kecurian pasir pada 26 Julai lalu bagi memastikan aktiviti tersebut memang berlaku.

Hasil dari lawatan yang turut dihadiri oleh Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dan juga Adun Bayan Lepas, Syed Amerruddin Syed Ahmad didapati kesan kawah besar hasil aktiviti kecurian pasir memang wujud.

Ekoran itu, maka tanah milik Kerajaan Pusat yang diceroboh itu telah menjadi isu hangat apabila terdapat dakwaan yang menyalahkan kerajaan negeri kerana tidak memantau kejadian tersebut.

Pertikaian juga berlaku antara Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Pegawai Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus apabila isu itu disensasikan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan meletakkan kesalahan di bahu kerajaan negeri.

Jagdeep juga berkata, skop siasatan dan inkuiri yang dijalankan oleh PAC adalah jauh berbeza daripada siasatan yang dijalankan oleh pihak polis.

Doa buat Republik Indonesia

Posted: 16 Aug 2010 08:17 PM PDT

Pertalian erat di antara Malaysia dan Indonesia semestinya tidak dapat disangkal lagi. Sejarah dan budaya menjadi bukti keakraban di antara kita, walau dipisahkan dengan apa yang dikenal sebagai “sempadan.”

Hakikatnya sejarah mencatatkan betapa Proklamasi Kemerdekaan Bung Karno-Hatta turut menyemarakkan semangat rantau khususnya di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu. Maka kemerdekaan Indonesia sapertimana juga Malaysia pada 31 Ogos sewajarnya mencernakan idealisme perjuangan menuntut kebebasan dan mengisinya dengan memartabatkan rakyat.

Hari ini rakyat Indonesia di mana saja mereka berada menyambut ulang tahun ke 65 kemerdekaan Republik tersebut dengan rasa penuh bangga. Mengapa tidak mereka merasa begitu kerana setelah melalui segala kepayahan, Republik yang mereka cintai kini sedang tumbuh mekar sebagai salah satu negara terbesar di dunia yang terus beriltizam dengan prinsip-prinsip demokratik.

Bersempena 17 Ogos ini, saya mendoakan agar Republik Indonesia akan kekal makmur dan sejahtera. Moga keakraban budaya dan ikatan sejarah memastikan kerjasama yang lebih erat dan didasari rasa saling hormat menghormati di antara kita.

ANWAR IBRAHIM