Jumaat, 6 Ogos 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Program DSAI Di Kedah dan Pulau Pinang

Posted: 06 Aug 2010 05:29 PM PDT

7 Ogos 2010 (Sabtu)

I) Pulau Pinang

1) 9.00 Pagi – Perasmian Khalifah Umar Abd Aziz

International Integrity Conference 2010

Lokasi – Eastin Hotel, Bayan Bay, Pulau Pinang

2) 12.00 Tghari – Merai Majlis Sukan Rakyat Seberang Perai

Lokasi – Padang Homestay Mengkuang Titi, Permatang Pauh

II) Kedah

1) 1.00 – 2.30 Ptg – Perjumpaan tertutup dengan Ahli Majlis, Ketua Kampong

/Komuniti dan GLC Kedah lantikan Keadilan Kedah

Lokasi : Sungai Petani Inn @ Kelab Cinta Sayang

2) 3.00 – 4.00 Ptg – Majlis Hi-Tea dan Ramah Mesra bersama REFORMIS Kedah

Lokasi : Dewan Orang Ramai Jeniang

3) 4.30 – 6.00 Ptg – Perjumpaan Tertutup Dengan EXCO AMK, WANITA dan

MPN Kedah.

Lokasi : Sungai Petani Inn @ Kelab Cinta Sayang

4) 7.00 – 8.30 Malam – Solat dan Tazkirah Maghrib di Masjid Kuala Ketil

5) 8.30 – 10.00 Malam – Majlis Makan Malam

Lokasi : Dewan Lip Seng Kor, Sungai Petani.

Tetamu Kehormat :

i) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii) YAB Lim Guan Eng

iii) YB Fakhrol Radzi Zawawi

iv) YB Sivarasa Rasiah

v) YB Tuan Haji Ahmad Kassim

6) 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah Perdana – Perkuat Kerajaan PR Kedah

Lokasi : Dewan Orang Ramai Hock Teik Soo, Sungai Lalang, Merbok.

Penceramah:

i) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii) YAB Lim Guan Eng

iii) YB Fakhrol Radzi Zawawi

iv) YB Tuan Haji Ahmad kassim

v) YBhg Sdr Saiful Izham Ramli

Saya Tidak Akan Buat Rayuan – Zaid Ibrahim

Posted: 06 Aug 2010 09:57 AM PDT

Dari Harakah

Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim berkata, pihaknya tidak akan membuat rayuan ekoran mahkamah menolak petisyen pilihan raya untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Dalam blognya, Zaid berkata, “Saya tidak akan berbuat demikian kerana kita akan mendapat keputusan yang sama. Saya tidak mahu membuang masa kawan kawan saya Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan Harun dan Ang Hean Leng yang menawarkan khidmat guaman secara percuma dalam mengejar keadilan.”

Mahkamah Pilihan Raya semalam membenarkan permohonan ahli parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan bagi membatalkan petisyen yang difailkan oleh ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azahar Mohamed, yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Pilihan Raya berkata petisyen yang difailkan itu adalah cacat kerana tidak mematuhi keperluan mandatori.

Beliau sehubungan itu mengisytiharkan Kamalanathan sebagai ahli parlimen Hulu Selangor yang sah.

Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri memfailkan petisyen berkenaan pada 24 Mei lalu supaya keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor, 25 April lalu dibatalkan atas alasan ia dicemari rasuah.

Ini dalam bentuk sogokan dan janji kepada pengundi oleh pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada pengundi sekiranya mereka menyokong Kamalanathan.

Petisyen terhadap Kamalanathan difailkan di bawah Seksyen 10(a), 10(c) dan 10(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1958.

Pada pilihan raya kecil itu, Zaid, pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, PKR Wilayah Persekutuan, kalah kepada Kamalanathan dari MIC dengan majoriti 1,725 undi.

Zaid yang tidak pergi ke mahkamah semalam “kerana saya telah pun menjangka bahawa permohonan saya tidak akan dilayani.”

“Bila seorang hakim membenarkan masa yang secukupnya (3 hari) kepada pihak yang mahu petisyen itu ditolak di atas alasan "teknikal" (supaya kes itu tidak dapat peluang ke peringkat perbicaran sepenohnya, di mana segala butiran dan keterangan yang kita ada dan saksi saksinya akan dibentang), maknanya saya tidak akan berjaya,” tulis Zaid dalam blognya mengulas keputusan itu.

Menurut Zaid, alasan yang diberi hakim ialah dia tidak menyenaraikan nama mereka yang telah menerima rasuah ataupun "bribe" tersebut. Bagi Zaid, nama-nama mereka ada, dan akan ketengahkan saksi-saksi yang ada semasa perbicaraan.

“Tetapi mulakanlah perbicaraan itu. Mengapa takut sangat didengar keterangan pihak kami? Kalau pihak kami tak berjaya membuktikan selepas perbicaraan barulah sepatutnya permohonan ditolak. Apa perlu tolak awal awal lagi? Alasan sebenar ialah mereka perlu melindungi 'The Great PM' dari disoal oleh peguam kami. Mana boleh PM datang ke Mahkamah?” tulis Zaid lagi.

Bagi beliau, ada banyak jenis kes "rasuah pilihan raya."

“Bila kita membuat aduan spesifik bahawa calon A menawarkan duit untuk B dan C mengundinya, memanglah kita patut senarai dalam petisyen nama B dan C.

“Tetapi inilah kali pertama kita ada PM yang membuat tawaran rasuah secara terbuka kepada orang ramai. Inilah kes "general bribery" yang mustahil dapat kita senarai semua nama-nama mereka yang ditawarkan wang tersebut,” katanya.

Mengikut keputusan ini, tulis Zaid, katakanlah kalau PM memberi ucapan melalui RTM1 pada kempen pilihanraya Sarawak nanti, dua hari sebelum mengundi, berucap kepada semua rakyat Sarawak bahawa mereka akan diberi Amanah Saham percuma sebanyak 1000 unit kalau BN menang, siapa-siapa yang mahu membawa kes itu ke Mahkamah mestilah menyenaraikan nama 2 juta penduduk Sarawak!

Mahkamah juga berkata kita yang membawa permohonan mesti membuktikan bahawa mereka yang menerima rasuah ini: rasuah yang ditawarkan meyakinkan mereka membuat undian untuk BN.

“Ini satu lagi syarat yang paling luar biasa dalam dunia ini,” katanya.

“Bagaimanakah kami akan buktikan niat pengundi sebelum perbicaraan bermula? Lagipun soalan seperti "Kamu undi siapa semasa piliharaya? " tidak dapat disoal semasa perbicaran kerana undi itu sulit. Akta Kesalahan Pilihanraya tidak membenarkan kita bertanya soalan itu. Tetapi Hakim terus menetapkan syarat sedemikian,” katanya.

Zaid berkata, dia juga disalahkan kerana tidak mengeluarkan ucapan Najib sepenuhnya dalam petisyen.

“Kami bercadang untuk membentang rakaman ucapan itu semasa perbicaraan tetapi peluang tidak diberi. Inilah cara BN menang dalam segala hal,” katanya.

Bagaimanapun, Zaid dengan penuh yakin berkata, “satu hari nanti, kita akan berjaya.”

Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pulau Pinang

Posted: 06 Aug 2010 09:47 AM PDT

8 Ogos 2010 (Ahad)

1) 8.00 pagi – Sarapan Pagi Bersama Rakyat

Lokasi: Market Sama Gagah, Permatang Pasir

2) 9.00 – 11.00 Pagi – Majlis Sumbangan Ehya Ramadhan Seluruh Masjid dan Surau Pulau Pinang

Lokasi: Dewan Balai Islam, Seberang Jaya

Turut Bersama: YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YAB Lim Guan Eng,

YB Dato' Mansor Osman, YB Abd Malik Kassim,

YB Salleh Man dan YB Maktar Shafie
=====

3) 10.00 – 12.00 – Perjumpaan JKKK, Penyelaras DUN, JDM Ranting2
Seberang Jaya Dengan YDP dan Ahli Majlis MPSP, JKR, JPS dan PDRM

Lokasi: Dewan Orang Ramai Sungai Bakap, Nibong Tebal

Turut Bersama: YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Dato' Mansor Osman,
====

4) 12.30 – 2.00 Ptg – Majlis Sambutan Kedatangan Ramadhan

Lokasi : 1) Surau Gua Jering

2) Pusat Khidmat Permatang Pasir

5) 3.00 – 4.00 Ptg – Perjumpaan Dengan Pegawai2 Institusi Islam dan Professional

Lokasi: Yayasan Aman Pulau Pinang
====

6) 4.30 – 6.00 Ptg – Ramah Mesra Bersama Rakyat DUN Batu Uban

Lokasi : Dewan A, Tapak Pesta Sungai Nibong

Turut Bersama: YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Dato' Mansor Osman, YB Dato' Abdul Halim Hussain, YB Sim Tze Tzim, YB Raveen Tharan
====
7) 7.30 – 8.30 Malam – Solat dan Tazkirah Maghrib – Masjid Sungai Ara
====
8) 7.30 – 11.30 Mlm – Majlis Makan Malam Cabang Bayan Baru

Lokasi: Tapak Pesta Sungai Nibong

Penceramah:

i) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii) YAB Lim Guan Eng

iii) YB Dato' Mansor Osman

iv) YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng

v) YBhg Dato' Dr Tan Kee Kwong

vi)YBhg Dato' Zaid Ibrahim

vii)YB Sim Tze Tzim

viii)YB Raveen Tharan
====
9) 9.00 – 12.00 Mlm – Ceramah Perdana I

Lokasi : Dewan Kompleks Sukan Balik Pulau

Penceramah :

i) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii) YAB Lim Guan Eng

iii) YB Dato' Mansor Osman

iv) YB Dato' Abdul Halim Hussain

v) YB Yusmadi Yusoff

vi) YB Mujahid Yusof Rawa

vii) YBhg Dato' Zaid Ibrahim
====
10) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 2

Lokasi : Mini Stadium Bukit Mertajam

Penceramah:

i) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii) YAB Lim Guan Eng

iii) YB Dato' Mansor Osman

iv) YB Saifuddin Nasution

v) YB Dr Dzulkifli Ahmad

vi) YBhg Dr Tan Kee Kwong

PKR PENGKALAN HULU

PKR PENGKALAN HULU


TAHNIAH PR SELANGOR, KEMPEN UMNO FASA PERTAMA DAPAT DIGAGALKAN

Posted: 06 Aug 2010 05:03 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS


NAMPAKNYA Umno Selangor semakin tidak tentu arah apabila Kerajaan Selangor berupaya menangkis serangan demi serangan dari mereka di dalam Kempen Selamatkan Selangor. Ternyata `Pendekar Sesumpah' beserta Noh Omar dibantu pula oleh Anak Toyo (bukan Toyol) gagal mempengaruhi rakyat Selangor. Sehingga kini, tiada satu pun mereka dapat buktikan secara jelas tentang keburukan Kerajaan PR Selangor.

Bukti mereka tidak dapat menunjukkan secara jelas dan berfakta penyelewengan Kerajaan PR Selangor adalah pada setiap ceramah mereka, isu peribadi DS Anwar dimainkan. Isu lapok yang membosankan masih didendangkan oleh raja sesumpah yang sentiasa gagal bila berdepan dengan bekas bosnya DS Anwar. Tiada jalan lain, raja sesumpah pun memuji dirinya sendiri kununnya beliaulah pejuang paling berani di era reformasi dahulu. Beliau ingat rakyat lupa siapa yang kecut telor lari ke luar negara awal-awal lagi tatkala DS Anwar ditangkap?

Raja sesumpah `naik bakul, angkat sendiri' apabila menyebut beliau sanggup masuk penjara demi DS Anwar. Beliau merasakan hanya beliau seorang sahaja yang masuk penjara kerana DS Anwar? YB Tian Chua jauh lebih berani dari raja sesumpah, beliau dipukul dan ke hadapan di era reformasi sehingga beliau berbaring di bawah trak FRU ketika itu. Raja sesumpah tidak pernah ada setitik darah pun yang mengalir ditubuhnya ketika era reformasi. Pejuang hebat?

Ustaz Dr Badrul Amin tidak pernah masuk penjarakah? Raja sesumpah jangan cuba perasan merasakan beliau paling hebat. Beliau masuk penjara dahulu kerana mendedahkan kes rasuah terhadap Rafidah Aziz di bawah Akta OSA, sehingga raja sesumpah melutut depan parti Rafidah Aziz iaitu Umno, kes tersebut diam. Raja sesumpah pun turut diam. Hebat sangatkah?

Saya bersyukur masih ada ramai lagi pejuang-pejuang di era reformasi yang tidak lapar untuk disuapkan oleh Umno. Walaupun mereka ramai yang tidak memegang jawatan penting setelah PR berjaya memerintah beberapa buah negeri, namun mereka tidak melutut dan menyembah depan Umno demi memberi makan anak bini mereka.

Percayalah, usaha kumpulan raja sesumpah dibantu oleh `orang kaya' Anak Toyo (Pesara Penyamun Pasir, bak kata Tan Sri Khalid) pasti gagal kerana mereka tiada modal yang kuat untuk membuktikan bahawa Kerajaan PR Selangor lebih teruk dari Umno di zaman Khir Toyo. Tambahan pula, serangan balas dari kumpulan yang dipimpin oleh Us Dr Badrul Amin akan membuat Umno `Check Mate' di Selangor.

Setelah mereka gagal menyerang PAS dan PKR, kini mereka menumpukan pula kepada DAP. Begitulah cara Umno yang sudah hilang arah dan tuju. Segala keburukan yang mereka sebut di Selangor, umpama meludah ke langit. Tidak hairan nanti apabila mereka semakin meroyan, akhirnya mereka akan guna kuasa yang ada pada mereka seperti pihak Polis.

Pedulikan apa jua yang mereka gunakan. Usaha untuk mentalkinkan Umno wajib diteruskan kerana orang-orang Melayu mesti diselamatkan dari Umno yang telah banyak mencipta sejarah khianat kepada bangsa Melayu. PAS, PKR dan DAP harus terus menyerang Umno sehebat-hebatnya kerana Umno kini bersendirian. Parti di dalam komponen Bn yang lain pun sudah tidak ingin membantu Umno yang sering mempermainkan mereka.

Selamat berjuang, selamat mengkebumikan Umno.

Sumber: http://wfauzdin.blogspot.com/

AMK Shah Alam

AMK Shah Alam


Tiap - tiap 1 Malaysia Nak Masuk Bertinju

Posted: 06 Aug 2010 09:56 AM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Warga Felda Prihatin: Membongkar Penyelewengan Jual Beli Buah Sawit oleh Felda

Posted: 06 Aug 2010 11:13 AM PDT


Felda meletakkan syarat yang ketat untuk 'greding' buah sawit peneroka. Walaupun syarat dipenuhi tetapi KPG tidak pernah melebihi 19%. Buah sawit dari luar mendapat KPG yang lebih tinggi walaupun berasal dari ladang peneroka.


Buah sawit peneroka belum diproses tetapi kilang telah menetapkan KPG buah sawit itu yang baru dihantar ke kilang dengan sewenang-wenangnya. Peneroka membuktikan melalui ujian makmal Felda bahawa buah sawit mereka berhak mendapat gred sekurang-kurangnya KPG 25%. Malah MPOB menetapkan KADAR STANDARD gred buah sawit tempatan ialah KPG 25%.


PENIPUAN KILANG


Kilang mengasingkan anggaran 10 tandan sawit bagi setiap lori, KONONnya buah 'reject' tetapi TIDAK membenarkan peneroka mengambil semula. Sebaliknya buah tersebut ada yang DIJUAL SEMULA dan DIPROSES BERSAMA. Peneroka MASIH dikenakan denda dan DIKURANGKAN gred.


Setiap perbezaan 1% KPG, peneroka kerugian RM25 ke RM30. Sekiranya lapan (8) tan, peneroka kerugian sekurang-kurangnya RM1,200 setiap bulan JIKA perbezaan KPG adalah 6% (25% ditolak 19%).


Dalam kes di Felda Kemahang 3, pengurus Felda didapati BERKOMPLOT dengan pihak kilang untuk menipu peneroka. Namun, gejala ini juga didapati berleluasa di Felda seluruh negara! Peneroka yang menuntut hak mereka akan DIFITNAH, DIUGUT BUANG DARI RANCANGAN dan DITUDUH menimbulkan HURU-HARA dalam masyarakat.


Peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan terpaksa menyaman Felda pada tahun 2002 lantaran keengganan agensi itu untuk berunding malah telah MENGUGUT akan MENGUSIR peneroka terbabit dari tanah rancangan sekiranya berani mendedahkan penyelewengan itu ke mahkamah.


Pada 13 Januari 2008, Mahkamah Tinggi memerintahkan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd membayar ganti rugi kepada peneroka terbabit sebanyak RM7.8 juta. Pada 19 Januari 2010, Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Felda dan memerintah agensi tersebut membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peneroka Felda Kemahang 3 itu.


Lantaran kejayaan tersebut, Warga Felda Prihatin telah berjaya menggerakkan gelombang kesedaran warga peneroka di beberapa kawasan Felda di Jempol, Negeri Sembilan. Pada 9 Ogos 2010 ini, sekumpulan 750 orang peneroka Felda Serting akan memfailkan saman kepada Felda atas penipuan gred buah sawit mereka. YB Sivarasa Rasiah akan mengetuai barisan peguam dalam saman ini. Saman tersebut akan difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban 2.


Semoga gelombang kesedaran warga peneroka tersebut akan turut membuka minda dan keberanian seluruh warga peneroka untuk menuntut hak meraka serta bersatu menghentikan penyelewengan Felda.


HARAPAN BARU UNTUK PENEROKA

Dari Meja SU MPN

Posted: 06 Aug 2010 10:46 AM PDT

Salam Reformasi...

Agak lama ruangan ini tidak dikemaskini lanjutan kesibukan menjalan program sepanjang bulan Julai 2010 lalu.

Pada 17 Julai 2010 bersamaan Sabtu, saya bersama Adun Chuah, YB Chai Tong Chai telah hadir ke perasmian pembukaan serentak Ranting-Ranting PKR Cabang Jempol di Felda Palong. Program ini telah dilangsung di rumah saudara Che Hashim.
Sebagaimana yang dijangka, program ini telah mendapat perhatian khusus oleh pihak polis. Terbukti seluruh kekuatan polis daerah Jempol telah dikerah untuk memantau dan sekatan ke jalan masuk Felda Palong telah dibuat. Jelas, BN telah mula tergugat dengan gerakan progresif PKR mengembangkan pengaruh politiknya ke dalam kawasan Felda.
Bagaimanapun, tidak berlaku sebarang halangan pada perjalanan program tersebut. Timbalan Presiden PKR, Senator YB Dr Syed Husin Ali telah berkenan merasmikan penubuhan serentak ranting-ranting di seluruh kawasan Palong. Kemuncak program tersebut telah dijayakan dengan pemasangan papan-tanda ranting di tepi jalan masuk utama kawasan tersebut.
Antara pimpinan yang hadir adalah Ketua Penerangan PKR Pusat-Lateefa Koya, Ketua AMK NS yang juga selaku penyelaras program-Rebin Birham, Penasihat Guaman Warga Felda Prihatin-T.Kumar dan Ketua Penerangan PKR NS-Ibrahim Yusof.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Index Jenayah Turun, Ini BUKTI, Tolong PERCAYA

Posted: 06 Aug 2010 06:48 AM PDT

Peniaga Diragut Wang Tunai RM18,000 Di Lampu Isyarat Di Melaka
MELAKA, 6 Ogos (Bernama) -- Seorang peniaga lelaki kehilangan RM18,000 setelah dua penunggang motosikal memecahkan cermin keretanya sewaktu berhenti di sebuah lampu isyarat di Jalan Tun Razak di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Adnan Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 3.20 petang semalam, dua lelaki itu memecahkan cermin sisi kereta menggunakan topi keledar dan mengambil beg sandang di dalamnya.

"Peniaga berusia 30-an dari Batu Berendam, dekat sini baru sahaja mengeluarkan wang tunai RM18,000 dari sebuah bank berdekatan malahan turut kehilangan dokumen peribadi termasuk kad pengenalan dan lesen memandu," katanya kepada pemberita pada hari Jumaat.
Peragut dipercayai menunggang motosikal berwarna merah manakala nombor pendaftaran motosikal tidak dapat dipastikan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mengeluarkan wang tunai dengan amaun yang banyak supaya berwaspada daripada menjadi mangsa ragut.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=519314

Pejabat Tamil Nesan Biro Ipoh Di Pecah Masuk

IPOH, 6 Ogos (Bernama) -- Pejabat Tamil Nesan cawangan Ipoh di Jalan Chua Cheng Bok, di sini dimasuki pencuri malam tadi.

Ketua Bironya S.P Bala, 49, berkata kejadian dipercayai berlaku antara pukul 9 dan 10 malam.

Bala berkata beliau menyedari pejabatnya dipecah masuk apabila mendapati pintu belakang pejabat dipecahkan ketika pulang ke pejabat selepas menghadiri satu majlis pada pukul 11 malam.

"Saya mendapati sebuah komputer riba dan kamera kesemuanya bernilai lebih RM5,000 hilang manakala pencuri turut merosakan almari dan meja pejabat," katanya pada hari Jumaat.

Bala membuat laporan di Balai Polis Pekan Baru.

Jurucakap polis ketika di hubungi mengesahkan kejadian itu.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=519305

Pendidikan Sex di sekolah untuk kurang kehamilan

Posted: 05 Aug 2010 09:19 PM PDT

Di England kehamilan dikalangan remaja bawah 18 tahun telah berjaya dikurangkan dengan adanya Pendidikan Sex di sekolah yang diberi nama Sex and Relationships Education. Malaysia pun nak tiru juga, Shahrizat paling kuat melobi, diberi nama Pendidikan Reproduktif dan Sosial.

Kenapa Mufti dan JAKIM tidak dibawa berbincang apa isi kandungan Pendidikan Reproduktif dan Sosial ini ? Apa objektifnya ? Adakah untuk mengurangkan remaja hamil tapi bukan untuk mengurangkan remaja berzina ? Asalkan dapat kurangkan kes buang bayi ?

Apalah guna kununnya suruh bersatu memperjuangkan agama dan bangsa, tetapi ingin meniru negara barat untuk mengurangkan kehamilan bukan mengurangkan perzinaan ?

SALAH SATU TOPIK PENTING DALAM PENDIDIKAN SEX IALAH BAGAIMANA HENDAK MENCEGAH KEHAMILAN.

TOLONG MUFTI, JAKIM, MAJLIS SYURA ULAMA, MUSLIMAT AMBIL SERIUS PERKARA INI !!!!!!!

***************************************

Teenage pregnancy rate falls

Two young parents on the problems of teen pregnancy

The number of teenage pregnancies in England and Wales has fallen by 4%, according to figures released by the Office for National Statistics (ONS).

But Mr Balls conceded it was going to be "really hard" to achieve the pledged "ambitious target" of a 50% decline on 1998 figures by 2010.

"NATIONALLY, STATUTORY SEX AND RELATIONSHIPS EDUCATION WILL GIVE AN EXTRA BENEFIT AND GOVERNMENT MUST ALSO ENSURE ALL YOUNG PEOPLE HAVE ACCESS TO CONTRACEPTIVE AND SEXUAL HEALTH SERVICES," SHE SAID.

http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/education/8531227.stm

Saman Ekor, jelas kebodohan kerajaan BN

Posted: 05 Aug 2010 08:07 PM PDT

Macam nilah. Tak payahlah dengar keluhan rakyat. Teruskan saja rancangan tak boleh renew road tax. Biar rakyat terus merana dan di zalimi. Kesian mamat bawah ini, dah bayar saman pun, masih blacklist tak boleh renew road tax. Apa CERITA ? Rupanya muncul pula saman tahun 2008. Tak tahulah nak sumpah seranah apa lagi Kerajaan BN, PDRM dan JPJ ni.

Nak kata BODOH, semua belajar tinggi-tinggi, ada yang ada PhD.

LANTAKLAH, MALAS NAK MENGADU PADA KERAJAAN MACAM NI.

***********************

Sumber http://nojj.blogspot.com/2010/08/saman-ekor-saman-yang-kurang-ajar-ape.html

Friday, August 6, 2010
saman ekor saman yang kurang ajar? ape pendapat korang

seperti yang dijanjikan, hari ni kite serius sket ek.

perasan tak kt sekabo dan tv, even blog n facebook katenye. sedang kecoh memperkatakan pasal saman ekor ni. biasanya saman ekor tidak dihantar kepada pemilik kenderaan. tau2 je, bile nk renew roadtax, tak boleh sbb ade saman yg belum dibayar. sakit tak ati? ye memang sakit ye ati. sbb nk renew roadtax dah ratus2 atau ribu2 duit nk kuar. kalau dh kena setelkan saman ekor dulu, tak ke dah berganda2 dh tu. nak plak saman ekor takleh dikompaun. RM300 sekeping. kalo kena 3 keping, tak ke dh RM900 disitu. tak ke rase nk mengamuk tapi tak tau nk marah sape. betul tak.

yang peliknye, kenapa saman ekor selalunye tak dihantar notis? ok spesifik sket, aku cite berdasarkan pengalaman bos aku bebaru ni. mmg masalah betul la. seblum roadtax dia mati haritu, dia dh cek kt segala sistem online myeg la rilex la menatam hape tah lg. ade la saman 2-3. pastu dia setelkan seme saman tu. dgn harapan senang la nk renew nanti kan.

bos cite, time dia Q nk bayar saman tu, kemain membebel lagi org2 yg sedang Q, ade yang marah2 sampai nk bwk pg court perkara ni. ini serius.

sesudah setel bayar saman2 tersebut. bos ngan bangga ckp kt aku seme dh setel. dlm sistem dh clear. maka dh boleh renew roadtax. tetiba hari nk renew roadtax, jpj dh blacklist kete beliau kerana mende2 ini...

kemain hot lg bos aku. ini saman taun 2008 ye. beria la aku membantu bos kuarkan balik seme fail2 lama carik balik kot ade notis saman ke hape. takde ye. agak kurang ajar disitu. mane la tau kena saman kalau tak dibagitau. tak gitu ke? aku pun tak paham la. lantas bos aku bertanye 'agak2 kalau sy bwk kes ni ke court, ok tak?' ek? aku cuma jawab 'bole gak kot, try la, nanti mesti ramai yg follow'.

akibat dr itu, bos aku telah 'bg sy pakai kete dept. kete ni biar la lantak tinggal kt sini'. ha yelah bos. utk info, kete yg takleh direnew roadtax tersebut merupakan kete jabatan yg mmg khas dia pakai. sib la ade 3 bijik kete jabatan ktorg ni.

sekian.

Kampung Relau seperti dipinggirkan

Posted: 05 Aug 2010 07:24 PM PDT


Sinar Harian 6 Ogos 2010

KAMPUNG RELAU - Bukan sahaja tiada kemudahan asas, malah penduduk di Kampung Relau, dekat sini tinggal di kawasan yang dipenuhi semak-samun, jauh dari pembangunan sejak kira-kira 40 tahun lalu.

Lebih unik, walaupun berada di satu kampung, tetapi sebenarnya kampung berkenan terletak di sempadan negeri menyebabkan sebahagian penduduk kampung itu sebenarnya berada di bawah jajahan Johor.

Mungkin kerana itu, Kampung Relau seolah-olah terasing daripada usaha pembangunan serta sebarang usaha naik taraf sehingga mereka terpaksa tinggal di kawasan serba kekurangan, bersemak-samun dan dikelilingi belukar.

Malah, penduduk mengakui 'cemburu' dengan kemajuan kampung lain bersebelahan yang dilimpahi kemajuan.

Seorang penduduk, Kamarudin Mat Aris, 49, berkata, dia dan beberapa penduduk yang tinggal di hujung Kampung Relau berada dalam negeri Melaka dan kira-kira 10 penduduk lagi tinggal di negeri Johor.

"Seingat saya, sepanjang lebih 30 tahun saya tinggal di sini, hanya sekali sahaja jalan masuk kampung ini ditar. Tetapi kini, jalan sudah sempit kerana semak-samun di kiri kanan jalan, terutama sepanjang kira-kira 1.5 kilometer dari simpang keluar," katanya.

Menurutnya, jalan berkenaan juga hanya muat untuk sebuah kenderaan pada satu-satu masa, tetapi turut diancam binatang berbisa daripada belukar bersebelahan.

"Penduduk diancam binatang seperti ular tedung, babi hutan dan ular sawa. Beberapa tahun lalu, ada penduduk kehilangan anak berusia dua tahun akibat dipatuk ular tedung selar di laluan ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi berkenaan.

Kamarudin berkata, nasib penduduk kampung itu berbeza dengan dua kampung berhampiran, Kampung Raja dan Kampung Sialang yang mendapat kemudahan asas mencukupi.

Menurutnya, kedua-dua kampung itu berada di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sialang, Tangkak, Johor.

"Berbeza dengan kita yang tinggal di sini terus serba kekurangan seolah-olah dipinggirkan. Tiang lampu di sini kurang dan hanya ada beberapa saja yang berfungsi.

"Begitu juga kemudahan telekomunikasi agak terhad kerana ketiadaan tiang telefon," katanya.

Selain itu, Kamarudin berkata, rumahnya juga beberapa kali diancam banjir kilat disebabkan sistem perparitan sekitar kawasan itu tidak pernah dinaiktaraf.

"Pengadang jambatan merentangi sungai kecil masuk ke rumah saya juga sudah lama tumbang dan belum dibaiki sehingga sekarang.

"Sememang saya berasa amat susah hati dengan keadaan ini, bukan hanya saya seorang malah peberapa penduduk lagi. Harap pemimpin kawasan boleh datang dan bertanya masalah orang kampung di sini," katanya.

Kamarudin turut meminta agar jabatan serta agensi berkaitan mengambil tindakan membersihkan kebun tuan tanah tidak diusahakan sehingga menjejaskan kawasan persekitaran.

Ini kerana, katanya, mengikut undang-undang, tanah terbiar tidak diusahakan boleh diambil kerajaan.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Damri Sapar, 67, berkata selama ini penduduk terpaksa mengambil inisiatif sendiri membersihkan kawasan semak dan belukar berdekatan.

Dia yang tinggal di kawasan jajahan Johor berharap kerajaan memgambil perhatian permasalah kampung itu.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8031963.asp

Bau busuk longkang jejas kesihatan pelajar

Posted: 05 Aug 2010 07:24 PM PDT

Utusan Malaysia 6 Ogos 2010

ALOR GAJAH 5 Ogos - Apa perasaan anda jika terpaksa menghidu bau busuk daripada longkang yang tersumbat hampir setiap hari sejak empat tahun lalu?

Begitulah yang dialami oleh kira-kira 288 pelajar asrama Sekolah Menengah Agama (SMA) JAIM Al-Ehya Al Karim di Tanjung Bidara dekat sini.

Saban hari, pelajar terbabit terpaksa menghidu bau busuk khususnya apabila tiba waktu makan. Ada yang loya dan muntah serta tidak kurang pula enggan memasuki dewan makan di asrama tersebut.

Longkang yang tidak diselenggara dengan sempurna terletak berhampiran dewan makan dan bilik asrama sekolah tersebut.

Pernah terjadi seorang pelajar yang tidak tahan dengan bau busuk longkang mendapat pening kepala dan muntah hingga menyebabkan dia jatuh sakit.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, tiada saluran longkang yang sempurna hingga menyebabkan kumbahan sisa yang dibuang oleh penduduk Kampung Gebo Pasir mengalir keluar seterusnya menyebabkan sampah sarap serta air bertakung.

Keadaan tersebut mengakibatkan bau busuk dan juga air longkang yang bertakung menyebabkan pembiakan nyamuk yang sering menjadi ancaman kepada penghuni asrama ini.

Pengetua SMA JAIM Al-Ehya Al-Karim, Johari Samad berkata, pihaknya sudahpun menghantar surat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab tetapi tidak ada sebarang tindakan dilakukan.

''Saya dimaklumkan oleh juruteknik dari Pejabat Daerah Tanjung Bidara dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa kerja-kerja membaik pulih tidak dapat dilakukan kerana tidak ada peruntukan.

''Jika ini masalahnya, saya tidak tahu sampai bila longkang yang tersumbat akibat sistem saliran yang tidak sempurna ini akan dapat dibaik pulih," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

Senator Siti Zailah kena banyak pergi kafe siber

Posted: 05 Aug 2010 05:47 PM PDT

Nampaknya Senator Siti Zailah kena banyak turun padang, pergi kafe siber, pergi pantai-pantai peranginan, pergi air terjun yang tak ada kencing tikus, pergi tengok apa ada dalam telefon bimbit pelajar sekolah rendah, termasuk pelajar sekolah agama. Memang benar tempat hiburan mesti disekat, hiburan dan cerita sex di TV dihalang.

Tapi remaja sekarang bijak dah, mereka boleh dapat dari pelbagai sumber lain. Tambahan sekolah nak ajar Pendidikan Seks dah, cuma tukar nama Pendidikan Reproduktif dan Sosial, macam kerajaan selaras subsidi tak dikata naik harga.

Sebelum ramai lagi pimpinan PAS beri macam-macam pandangan peribadi, eloklah Majlis Syura Ulama dan AJK PAS Pusat nyatakan pendirian mereka terhadap masalah sosial yang berlaku sekarang. Tak perlu ulas Hukum Hudud, kerana Hukum Hudud jelas perlu dan wajib dilaksanakan.

Tak perlu ulas tutup pusat hiburan maksiat dan lain-lain. Kerana memang patut dah lama tutup.

Ulas apa nak buat sekarang dengan remaja yang semakin bijaksana dan bijaksini daripada kita yang dah tua ini mencari pelbagai bahan melalui internet, MMS dan sebagainya.

Apa nak buat remaja yang dah tak tahan sangat nak kahwin ni. Kita tidak galakkan remaja kahwin awal, tapi kalau dah nak berzina nak buat apa, nak ajar pasal dosa dan pahala, sedangkan sembahyang pun mereka abaikan.

Bukan nak galakkan pelajar mengandung, tapi kalau dah mengandung luar nikah nak buat apa ? Buang di Pulau Jerjak ?

*******************

Sekat pergaulan bebas, bukan kahwin awal

KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Cadangan Kerajaan Negeri Melaka memberikan kelonggaran kepada remaja yang masih bersekolah untuk berkahwin bukan suatu penyelesaian jangka panjang, kata Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar).

Beliau berkata, kebenaran perkahwinan di awal usia bukan isu pokok sebaliknya yang harus diberikan perhatian adalah seluruh sistem kehidupan yang diamalkan di negara ini.

"Kerajaan tidak melihat penyelesaian yang lebih jauh. Penyelesaiannya bukan terletak kepada pelajar diberi kahwin awal tapi penyelesaiannya sistem itu sendiri iaitu sistem pembelajaran, pendidikan, dan sosial.

"Sistem yang ada di negara kita ini jauh menyimpang dari al-Quran. Contohnya sekarang ini di sekolah-sekolah atau di mana sahaja banyak program yang menyebabkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan.

"Ini menyebabkan berlakunya masalah hamil dan anak luar nikah di negara kita begitu ketara sekali," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ahli Parlimen Rantau Panjang itu juga berkata, kerajaan seharusnya mengambil langkah pencegahan dengan menyekat segala aktiviti dan tempat-tempat yang boleh membuka ruang kepada remaja bergaul bebas seterusnya terjerumus ke kancah penzinaan.

"Selain daripada kita mengkaji balik cadangan perkahwinan awal itu, kita kena melihat dari segi peraturan, penguatkuasaan undang-undang yang ada dari segi kawalan sistem itu sendiri supaya perkara ini menjurus ke arah mengawal maksiat ini daripada berlaku.

"Sekarang kerajaan baik, rakyat baik, harus menjauhi daripada segala bentuk yang dapat mendekatkan diri dengan zina," ujarnya.

Katanya juga, keputusan membenarkan pelajar yang masih bersekolah itu berkahwin dibimbangi menyebabkan masalah keciciran dalam akademik akibat tidak dapat mengendalikan rumah tangga dengan baik.

"Perlu juga melihat sejauh mana pelajar yang berkahwin itu bertanggungjawab terhadap perkahwinannya. Kita bimbang tidak sampai kepada hala tuju dan penyelelesaiannya. Saya takut mereka yang berkahwin akan keciciran dalam pelajaran kerana tidak ada penyelesaian terhadap sara hidup. Jadi tidak selesaikan masalah," katanya lagi.

Ujarnya, kerajaan Umno Barisan Nasional harus melihat keseluruhan sistem Islam, bukan mengambil sebahagian sahaja yang memberi kebaikan kepada mereka.

"Saya minta kerajaan melihat Islam secara keseluruhan, bukan sudut-sudut tertentu yang mendatangkan kebaikan kepada mereka," ujarnya.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Kerajaan Negeri Melaka membuat kajian secara mendalam sebelum memberi kelulusan bagi membenarkan pelajar sekolah berkahwin awal bagi mengelakkan kesan negatif di kemudian hari.

Majlis Agama Negeri Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki di bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27979:sekat-pergaulan-bebas-bukan-kahwin-awal&catid=1:utama&Itemid=50

Saman Ekor, Ketua Polis tak faham masalah sebenar ?

Posted: 05 Aug 2010 05:13 PM PDT

Pemilik kenderaan yang disaman ekor bukannya minta Diskaun. Ni apa pula cerita Ketua Polis cadang nak beri diskaun pula ? Rakyat yang sedang marah ni minta supaya jangan dihalang orang nak perbaharui cukai jalan disebabkan ada saman. Cukai jalan lain cerita , saman lain cerita.

Rakyat yang sedang marah ni pun pelik kenapa bertahun-tahun tak dapat notis saman, tetiba datang selonggok sampai ada 10 tahun sudah.

Rakyat yang sedang marah ini pun tak puas hati dibuat macam bola, pergi JPJ tak boleh renew, pergi balai polis pun tak boleh, kena pergi balai polis IPD yang ada Unit Trafik, lari balik ke JPJ, Macam Bola jadinya.

Rakyat yang sedang marah minyak naik, gula naik, darah tinggi naik, juga heran, susah sangatke nak beri notis saman ekor ni berserta dengan gambar ? AL Maklumlah plet kenderaan di Malaysia ni TERLALU MUDAH untuk dipalsukan , pergi kedai modal RM 10 siap 5 minit. Kalau buat sendiri Modal tak sampai RM 5 agaknye.

ADUH, Susah betul MENTERI dan KETUA POLIS ni nak faham masalah sebenar akibat HUKUM BERSALAH DULU, BARU BOLEH RENEW CUKAI JALAN.

TAK FAHAM MASALAH SEBENAR, ATAU BUAT-BUAT TAK FAHAM SEBAB TERLAMPAU TERDESAK NAK HASIL SAMAN EKOR SEGERA HINGGA SANGGUP BERI DISKAUN ?

Lagi keluhan rakyat dari Blogger, Ketua Polils tak faham isu sebenar di bawah :

*****************************************************
Masalahnya Tak Tau Ada Saman Ekor...

Diskaun jika segera bayar saman ekor....

KUALA LUMPUR: Sesiapa yang disaman sama ada ekor atau lain-lain saman lalu lintas akan diberi diskaun kompaun jika membayarnya dengan cepat dan sekiranya melengahkan saman, nilainya akan terus meningkat sehinggalah ke peringkat mahkamah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, langkah terbabit adalah antara cadangan dibuat pihaknya berhubung penyelesaian masalah saman trafik termasuklah saman ekor.- HMetro Online.

Tak Boleh Perbaharui Cukai Jalan...'Blacklist!'

Nie apa cerita Tan Sri.... Bukan masalah tak nak bayar cepat saman ekor, tetapi para pengguna jalan raya tidak dimaklumkan tentang saman ekor secara bertulis. Mereka hanya tau ketika hendak memperbaharui cukai jalan.

Selanjutnya di http://guruinspirasiku.blogspot.com/2010/08/masalahnya-tak-tau-ada-saman-ekor.html

**************************
Utusan Malaysia 6 Ogos 2010

Peritnya nasib akibat saman ekor
SAYA merupakan seorang agen insurans merasa terpanggil untuk memberikan maklum balas berhubung perlaksanaan saman ekor yang menyekat pemilik kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan mereka.

Sebagai seorang yang sering berurusan dengan golongan ini, saya dapat merasakan kesulitan dan kepayahan pemilik kenderaan ini apabila gagal untuk memperbaharui cukai jalan ekoran disekat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Untuk makluman, majoriti pemilik kenderaan ini merupakan golongan berpendapatan rendah yang bergantung sepenuhnya kepada penggunaan kenderaan untuk urusan seharian. Ada yang bekerja sendiri, pesara kerajaan, peniaga kecil-kecilan, peruncit dan sebagainya.
Bayangkanlah kesulitan mereka apabila satu-satunya kenderaan yang ada disenaraihitamkan daripada memperbaharui cukai jalan. Pengalaman saya mendapati, ada saman ekor yang disekat bukan satu tetapi sehingga lima sekali gus. Ini bermakna pemilik terpaksa membayar RM1,500 untuk kelima-lima saman ekor sekiranya ingin memperbaharui cukai jalan.

Untuk makluman bersama, golongan ini turut mempunyai keperluan lain untuk disediakan, termasuk perbelanjaan harian untuk persekolahan anak-anak dan keluarga.

Tidak hairanlah, sekiranya kita mendapati ramai pemilik kenderaan masih terus memandu kenderaan masing-masing walaupun cukai jalan kenderaan mereka telah tamat tempoh. Lebih membahayakan, ada di antara kenderaan tersebut turut tidak dilindungi insurans.

Tindakan polis menyenaraihitamkan nombor kad pengenalan pemilik kenderaan turut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka. Bagi yang mempunyai lebih dari sebuah kenderaan (contoh kereta A dan B) yang didaftarkan atas nama yang sama, sekiranya kereta A disaman, pemilik terbabit turut disekat daripada memperbaharui cukai jalan bagi kereta B. Kenapa ini berlaku?

Rakyat merasa teraniaya, marah dan 'memendam rasa' kerana telah 'dihukum' terlebih dahulu. Pendekatan 'bayar dulu, cerita kemudian' merupakan kaedah yang paling tidak berhemah dan mempunyai elemen paksaan tanpa diplomasi dan budi bicara. Rakyat tidak mempunyai pilihan sebaliknya terpaksa membayar saman. Jika tidak, cukai jalan tidak dapat dikeluarkan.

Mungkin inilah yang dikatakan 'Rakyat Didahulukan'. Ya, rakyat didahulukan untuk 'dipaksa' membayar saman atas kesalahan yang masih belum dibuktikan di mahkamah.

Pada hemat saya, sekiranya perlaksanaan saman ekor atau 'saman sekat' ini tidak ditangani dengan segera dan berhemah, mungkin rakyat tidak mempunyai pilihan sekarang, tetapi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, kuasa pilihan di tangan mereka.

Saiful
Kampung Baru
Kuala Lumpur

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

PARTI KEADILAN RAKYAT Cabang Bera, Pahang DM

PARTI KEADILAN RAKYAT Cabang Bera, Pahang DM


LAMPU ISYARAT DI PERLUKAN DI PERSIMPANGAN PERPUSTAKAAN DAERAH BERA & DATARAN KERAYONG

Posted: 05 Aug 2010 03:20 PM PDT



BANDAR BERA, 06 OGOS 2010:

Sudah tiba masanya persimpangan untuk ke bangunan Perpustakaan Bera serta bangunan baru Majlis Daerah Bera (MDB) serta ke Dataran Kerayong mempunyai lampu isyarat bagi memudahkan pengguna jalanraya melalui jalan tersebut.

Kekerapan kemalangan yang berlaku di situ apatah lagi sejak jalan masuk utama ke bangunan MDB telah dinaikkan taraf adalah antara satu faktor utama ianya diperlukan kini.

Persimpangan tersebut yang terletak dilaluan utama antara Temerloh-Bera-Jempol hanya terletak kira-kira 200 meter daripada persimpangan utama Bandar Kerayong yang telah pun mempunyai lampu isyarat disitu.

Justeru itu, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Bera menggesa agar pihak yang berwajib seperti JKR dan MDB dapat memikirkan sesuatu untuk mengatasi kesulitan yang telah dialami sekian lama oleh penduduk setempat disitu.

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


SAMAN EKOR : CARI SAJA KAEDAH LAIN

Posted: 06 Aug 2010 05:18 AM PDT

Langkah Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk mengkaji semula kadar saman ekor dan menetapkan semula kepada kadar yang lebih sesuai amatlah disambut baik oleh rakyat negara kita ini.

Sebagaimana yang dilaporkan di Utusan Malaysia hari ini 05 Ogos 2010, Langkah ini sememangnya wajar dilaksanakan apatah lagi setelah berbagai rungutan yang timbul oleh pesalah trafik terhadap saman yang diterima ini.

Dengan kadar kompaun yang maksima sebanyak RM300 itu sememangnya amat membebankan kita semua apatah lagi dengan kos sara kehidupan kini yang semakin meningkat.

Walaupun perkara ini masih lagi didalam peringkat kajian bersama dengan beberapa agensi yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), perkhabaran kemungkinan kajian oleh PDRM untuk menetapkan semula kadar saman trafik itu benar-benar melegakan semua pihak.

Menurut sumber PDRM, sebanyak 1.07 Juta pengguna lalu lintas yang melakukan kesalahan dan mengabaikan saman telah disenarai hitamkan sejak 15 April lalu.

Keputusan ini telah mengakibatkan banyak kenderaan tidak boleh diperbaharui cukai jalan dan didalam masa yang sama juga pemilik kenderaan juga gagal untuk memperbaharui lesen yang telah tamat tempoh.

Saman ekor ialah saman yang dirakam oleh anggota polis trafik melalui rakaman kamera di beberapa kawasan di lebuh raya dan jalan raya utama negara bagi mencegah kesalahan lalu lintas oleh pemandu kenderaan.

Untuk makluman, terdapat dua kesalahan yang boleh dikenakan saman ekor dan disenarai hitam iaitu memandu kenderaan melebihi had laju yang telah ditetapkan serta juga melanggar lampu isyarat.

Pihak PDRM yang mempunyai bukti rakaman gambar kesalahan tersebut akan mengeluarkan saman terhadap kesalahan itu yang mana saman ini akan dihantar ke rumah berdasarkan alamat kenderaan yang didaftarkan dengan pihak JPJ.

Justeru itu, adalah menjadi harapan kita semua agar keputusan PDRM untuk menimbang semula kadar saman ekor yang dikeluarkan itu mendapat reaksi yang positif oleh kepimpinan tertinggi PDRM apatah lagi semalam Menteri Dalam Negeri, DS Hishamuddin Tun Hussein telah pun mengarahkan PDRM agar mengkaji semula saman ekor ini.

Kita juga menggesa agar saman ekor yang dipraktikkan selama ini dihapuskan terus dan digantikan dengan cara yang lebih efisyen agar tidak timbul lagi rungutan orang ramai terhadap saman yang dikenakan.

Sebenarnya kita sebagai pemandu pun jadi keliru apabila menerima saman ekor ini kerana saman ini lebih terarah untuk dikeluarkan kepada pemilik (penama) kenderaan sahaja. Adalah tidak adil kadang-kalanya apabila orang lain yang memandu kenderaan tersebut (meminjam kenderaan daripada pemilik asal) tetapi notis saman yang dihantar adalah terus kepada pemilik kenderaan walhal pada masa itu bukan pemilik tersebut yang memandu kenderaan itu!

Oleh itu langkah menyaman secara 'berdepan' iaitu menahan pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan tersebut serta merta adalah lebih elok dan 'afdal' kerana mampu memuaskan hati pemandu serta adil pada semua pihak walaupun dikenakan 'saman'pada waktu itu.

Sumber: http://ingeniur.blogspot.com/