Jumaat, 6 Ogos 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Index Jenayah Turun, Ini BUKTI, Tolong PERCAYA

Posted: 06 Aug 2010 06:48 AM PDT

Peniaga Diragut Wang Tunai RM18,000 Di Lampu Isyarat Di Melaka
MELAKA, 6 Ogos (Bernama) -- Seorang peniaga lelaki kehilangan RM18,000 setelah dua penunggang motosikal memecahkan cermin keretanya sewaktu berhenti di sebuah lampu isyarat di Jalan Tun Razak di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Adnan Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 3.20 petang semalam, dua lelaki itu memecahkan cermin sisi kereta menggunakan topi keledar dan mengambil beg sandang di dalamnya.

"Peniaga berusia 30-an dari Batu Berendam, dekat sini baru sahaja mengeluarkan wang tunai RM18,000 dari sebuah bank berdekatan malahan turut kehilangan dokumen peribadi termasuk kad pengenalan dan lesen memandu," katanya kepada pemberita pada hari Jumaat.
Peragut dipercayai menunggang motosikal berwarna merah manakala nombor pendaftaran motosikal tidak dapat dipastikan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mengeluarkan wang tunai dengan amaun yang banyak supaya berwaspada daripada menjadi mangsa ragut.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=519314

Pejabat Tamil Nesan Biro Ipoh Di Pecah Masuk

IPOH, 6 Ogos (Bernama) -- Pejabat Tamil Nesan cawangan Ipoh di Jalan Chua Cheng Bok, di sini dimasuki pencuri malam tadi.

Ketua Bironya S.P Bala, 49, berkata kejadian dipercayai berlaku antara pukul 9 dan 10 malam.

Bala berkata beliau menyedari pejabatnya dipecah masuk apabila mendapati pintu belakang pejabat dipecahkan ketika pulang ke pejabat selepas menghadiri satu majlis pada pukul 11 malam.

"Saya mendapati sebuah komputer riba dan kamera kesemuanya bernilai lebih RM5,000 hilang manakala pencuri turut merosakan almari dan meja pejabat," katanya pada hari Jumaat.

Bala membuat laporan di Balai Polis Pekan Baru.

Jurucakap polis ketika di hubungi mengesahkan kejadian itu.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=519305

Pendidikan Sex di sekolah untuk kurang kehamilan

Posted: 05 Aug 2010 09:19 PM PDT

Di England kehamilan dikalangan remaja bawah 18 tahun telah berjaya dikurangkan dengan adanya Pendidikan Sex di sekolah yang diberi nama Sex and Relationships Education. Malaysia pun nak tiru juga, Shahrizat paling kuat melobi, diberi nama Pendidikan Reproduktif dan Sosial.

Kenapa Mufti dan JAKIM tidak dibawa berbincang apa isi kandungan Pendidikan Reproduktif dan Sosial ini ? Apa objektifnya ? Adakah untuk mengurangkan remaja hamil tapi bukan untuk mengurangkan remaja berzina ? Asalkan dapat kurangkan kes buang bayi ?

Apalah guna kununnya suruh bersatu memperjuangkan agama dan bangsa, tetapi ingin meniru negara barat untuk mengurangkan kehamilan bukan mengurangkan perzinaan ?

SALAH SATU TOPIK PENTING DALAM PENDIDIKAN SEX IALAH BAGAIMANA HENDAK MENCEGAH KEHAMILAN.

TOLONG MUFTI, JAKIM, MAJLIS SYURA ULAMA, MUSLIMAT AMBIL SERIUS PERKARA INI !!!!!!!

***************************************

Teenage pregnancy rate falls

Two young parents on the problems of teen pregnancy

The number of teenage pregnancies in England and Wales has fallen by 4%, according to figures released by the Office for National Statistics (ONS).

But Mr Balls conceded it was going to be "really hard" to achieve the pledged "ambitious target" of a 50% decline on 1998 figures by 2010.

"NATIONALLY, STATUTORY SEX AND RELATIONSHIPS EDUCATION WILL GIVE AN EXTRA BENEFIT AND GOVERNMENT MUST ALSO ENSURE ALL YOUNG PEOPLE HAVE ACCESS TO CONTRACEPTIVE AND SEXUAL HEALTH SERVICES," SHE SAID.

http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/education/8531227.stm

Saman Ekor, jelas kebodohan kerajaan BN

Posted: 05 Aug 2010 08:07 PM PDT

Macam nilah. Tak payahlah dengar keluhan rakyat. Teruskan saja rancangan tak boleh renew road tax. Biar rakyat terus merana dan di zalimi. Kesian mamat bawah ini, dah bayar saman pun, masih blacklist tak boleh renew road tax. Apa CERITA ? Rupanya muncul pula saman tahun 2008. Tak tahulah nak sumpah seranah apa lagi Kerajaan BN, PDRM dan JPJ ni.

Nak kata BODOH, semua belajar tinggi-tinggi, ada yang ada PhD.

LANTAKLAH, MALAS NAK MENGADU PADA KERAJAAN MACAM NI.

***********************

Sumber http://nojj.blogspot.com/2010/08/saman-ekor-saman-yang-kurang-ajar-ape.html

Friday, August 6, 2010
saman ekor saman yang kurang ajar? ape pendapat korang

seperti yang dijanjikan, hari ni kite serius sket ek.

perasan tak kt sekabo dan tv, even blog n facebook katenye. sedang kecoh memperkatakan pasal saman ekor ni. biasanya saman ekor tidak dihantar kepada pemilik kenderaan. tau2 je, bile nk renew roadtax, tak boleh sbb ade saman yg belum dibayar. sakit tak ati? ye memang sakit ye ati. sbb nk renew roadtax dah ratus2 atau ribu2 duit nk kuar. kalau dh kena setelkan saman ekor dulu, tak ke dah berganda2 dh tu. nak plak saman ekor takleh dikompaun. RM300 sekeping. kalo kena 3 keping, tak ke dh RM900 disitu. tak ke rase nk mengamuk tapi tak tau nk marah sape. betul tak.

yang peliknye, kenapa saman ekor selalunye tak dihantar notis? ok spesifik sket, aku cite berdasarkan pengalaman bos aku bebaru ni. mmg masalah betul la. seblum roadtax dia mati haritu, dia dh cek kt segala sistem online myeg la rilex la menatam hape tah lg. ade la saman 2-3. pastu dia setelkan seme saman tu. dgn harapan senang la nk renew nanti kan.

bos cite, time dia Q nk bayar saman tu, kemain membebel lagi org2 yg sedang Q, ade yang marah2 sampai nk bwk pg court perkara ni. ini serius.

sesudah setel bayar saman2 tersebut. bos ngan bangga ckp kt aku seme dh setel. dlm sistem dh clear. maka dh boleh renew roadtax. tetiba hari nk renew roadtax, jpj dh blacklist kete beliau kerana mende2 ini...

kemain hot lg bos aku. ini saman taun 2008 ye. beria la aku membantu bos kuarkan balik seme fail2 lama carik balik kot ade notis saman ke hape. takde ye. agak kurang ajar disitu. mane la tau kena saman kalau tak dibagitau. tak gitu ke? aku pun tak paham la. lantas bos aku bertanye 'agak2 kalau sy bwk kes ni ke court, ok tak?' ek? aku cuma jawab 'bole gak kot, try la, nanti mesti ramai yg follow'.

akibat dr itu, bos aku telah 'bg sy pakai kete dept. kete ni biar la lantak tinggal kt sini'. ha yelah bos. utk info, kete yg takleh direnew roadtax tersebut merupakan kete jabatan yg mmg khas dia pakai. sib la ade 3 bijik kete jabatan ktorg ni.

sekian.

Kampung Relau seperti dipinggirkan

Posted: 05 Aug 2010 07:24 PM PDT


Sinar Harian 6 Ogos 2010

KAMPUNG RELAU - Bukan sahaja tiada kemudahan asas, malah penduduk di Kampung Relau, dekat sini tinggal di kawasan yang dipenuhi semak-samun, jauh dari pembangunan sejak kira-kira 40 tahun lalu.

Lebih unik, walaupun berada di satu kampung, tetapi sebenarnya kampung berkenan terletak di sempadan negeri menyebabkan sebahagian penduduk kampung itu sebenarnya berada di bawah jajahan Johor.

Mungkin kerana itu, Kampung Relau seolah-olah terasing daripada usaha pembangunan serta sebarang usaha naik taraf sehingga mereka terpaksa tinggal di kawasan serba kekurangan, bersemak-samun dan dikelilingi belukar.

Malah, penduduk mengakui 'cemburu' dengan kemajuan kampung lain bersebelahan yang dilimpahi kemajuan.

Seorang penduduk, Kamarudin Mat Aris, 49, berkata, dia dan beberapa penduduk yang tinggal di hujung Kampung Relau berada dalam negeri Melaka dan kira-kira 10 penduduk lagi tinggal di negeri Johor.

"Seingat saya, sepanjang lebih 30 tahun saya tinggal di sini, hanya sekali sahaja jalan masuk kampung ini ditar. Tetapi kini, jalan sudah sempit kerana semak-samun di kiri kanan jalan, terutama sepanjang kira-kira 1.5 kilometer dari simpang keluar," katanya.

Menurutnya, jalan berkenaan juga hanya muat untuk sebuah kenderaan pada satu-satu masa, tetapi turut diancam binatang berbisa daripada belukar bersebelahan.

"Penduduk diancam binatang seperti ular tedung, babi hutan dan ular sawa. Beberapa tahun lalu, ada penduduk kehilangan anak berusia dua tahun akibat dipatuk ular tedung selar di laluan ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi berkenaan.

Kamarudin berkata, nasib penduduk kampung itu berbeza dengan dua kampung berhampiran, Kampung Raja dan Kampung Sialang yang mendapat kemudahan asas mencukupi.

Menurutnya, kedua-dua kampung itu berada di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sialang, Tangkak, Johor.

"Berbeza dengan kita yang tinggal di sini terus serba kekurangan seolah-olah dipinggirkan. Tiang lampu di sini kurang dan hanya ada beberapa saja yang berfungsi.

"Begitu juga kemudahan telekomunikasi agak terhad kerana ketiadaan tiang telefon," katanya.

Selain itu, Kamarudin berkata, rumahnya juga beberapa kali diancam banjir kilat disebabkan sistem perparitan sekitar kawasan itu tidak pernah dinaiktaraf.

"Pengadang jambatan merentangi sungai kecil masuk ke rumah saya juga sudah lama tumbang dan belum dibaiki sehingga sekarang.

"Sememang saya berasa amat susah hati dengan keadaan ini, bukan hanya saya seorang malah peberapa penduduk lagi. Harap pemimpin kawasan boleh datang dan bertanya masalah orang kampung di sini," katanya.

Kamarudin turut meminta agar jabatan serta agensi berkaitan mengambil tindakan membersihkan kebun tuan tanah tidak diusahakan sehingga menjejaskan kawasan persekitaran.

Ini kerana, katanya, mengikut undang-undang, tanah terbiar tidak diusahakan boleh diambil kerajaan.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Damri Sapar, 67, berkata selama ini penduduk terpaksa mengambil inisiatif sendiri membersihkan kawasan semak dan belukar berdekatan.

Dia yang tinggal di kawasan jajahan Johor berharap kerajaan memgambil perhatian permasalah kampung itu.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8031963.asp

Bau busuk longkang jejas kesihatan pelajar

Posted: 05 Aug 2010 07:24 PM PDT

Utusan Malaysia 6 Ogos 2010

ALOR GAJAH 5 Ogos - Apa perasaan anda jika terpaksa menghidu bau busuk daripada longkang yang tersumbat hampir setiap hari sejak empat tahun lalu?

Begitulah yang dialami oleh kira-kira 288 pelajar asrama Sekolah Menengah Agama (SMA) JAIM Al-Ehya Al Karim di Tanjung Bidara dekat sini.

Saban hari, pelajar terbabit terpaksa menghidu bau busuk khususnya apabila tiba waktu makan. Ada yang loya dan muntah serta tidak kurang pula enggan memasuki dewan makan di asrama tersebut.

Longkang yang tidak diselenggara dengan sempurna terletak berhampiran dewan makan dan bilik asrama sekolah tersebut.

Pernah terjadi seorang pelajar yang tidak tahan dengan bau busuk longkang mendapat pening kepala dan muntah hingga menyebabkan dia jatuh sakit.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, tiada saluran longkang yang sempurna hingga menyebabkan kumbahan sisa yang dibuang oleh penduduk Kampung Gebo Pasir mengalir keluar seterusnya menyebabkan sampah sarap serta air bertakung.

Keadaan tersebut mengakibatkan bau busuk dan juga air longkang yang bertakung menyebabkan pembiakan nyamuk yang sering menjadi ancaman kepada penghuni asrama ini.

Pengetua SMA JAIM Al-Ehya Al-Karim, Johari Samad berkata, pihaknya sudahpun menghantar surat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab tetapi tidak ada sebarang tindakan dilakukan.

''Saya dimaklumkan oleh juruteknik dari Pejabat Daerah Tanjung Bidara dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa kerja-kerja membaik pulih tidak dapat dilakukan kerana tidak ada peruntukan.

''Jika ini masalahnya, saya tidak tahu sampai bila longkang yang tersumbat akibat sistem saliran yang tidak sempurna ini akan dapat dibaik pulih," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

Senator Siti Zailah kena banyak pergi kafe siber

Posted: 05 Aug 2010 05:47 PM PDT

Nampaknya Senator Siti Zailah kena banyak turun padang, pergi kafe siber, pergi pantai-pantai peranginan, pergi air terjun yang tak ada kencing tikus, pergi tengok apa ada dalam telefon bimbit pelajar sekolah rendah, termasuk pelajar sekolah agama. Memang benar tempat hiburan mesti disekat, hiburan dan cerita sex di TV dihalang.

Tapi remaja sekarang bijak dah, mereka boleh dapat dari pelbagai sumber lain. Tambahan sekolah nak ajar Pendidikan Seks dah, cuma tukar nama Pendidikan Reproduktif dan Sosial, macam kerajaan selaras subsidi tak dikata naik harga.

Sebelum ramai lagi pimpinan PAS beri macam-macam pandangan peribadi, eloklah Majlis Syura Ulama dan AJK PAS Pusat nyatakan pendirian mereka terhadap masalah sosial yang berlaku sekarang. Tak perlu ulas Hukum Hudud, kerana Hukum Hudud jelas perlu dan wajib dilaksanakan.

Tak perlu ulas tutup pusat hiburan maksiat dan lain-lain. Kerana memang patut dah lama tutup.

Ulas apa nak buat sekarang dengan remaja yang semakin bijaksana dan bijaksini daripada kita yang dah tua ini mencari pelbagai bahan melalui internet, MMS dan sebagainya.

Apa nak buat remaja yang dah tak tahan sangat nak kahwin ni. Kita tidak galakkan remaja kahwin awal, tapi kalau dah nak berzina nak buat apa, nak ajar pasal dosa dan pahala, sedangkan sembahyang pun mereka abaikan.

Bukan nak galakkan pelajar mengandung, tapi kalau dah mengandung luar nikah nak buat apa ? Buang di Pulau Jerjak ?

*******************

Sekat pergaulan bebas, bukan kahwin awal

KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Cadangan Kerajaan Negeri Melaka memberikan kelonggaran kepada remaja yang masih bersekolah untuk berkahwin bukan suatu penyelesaian jangka panjang, kata Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar).

Beliau berkata, kebenaran perkahwinan di awal usia bukan isu pokok sebaliknya yang harus diberikan perhatian adalah seluruh sistem kehidupan yang diamalkan di negara ini.

"Kerajaan tidak melihat penyelesaian yang lebih jauh. Penyelesaiannya bukan terletak kepada pelajar diberi kahwin awal tapi penyelesaiannya sistem itu sendiri iaitu sistem pembelajaran, pendidikan, dan sosial.

"Sistem yang ada di negara kita ini jauh menyimpang dari al-Quran. Contohnya sekarang ini di sekolah-sekolah atau di mana sahaja banyak program yang menyebabkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan.

"Ini menyebabkan berlakunya masalah hamil dan anak luar nikah di negara kita begitu ketara sekali," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ahli Parlimen Rantau Panjang itu juga berkata, kerajaan seharusnya mengambil langkah pencegahan dengan menyekat segala aktiviti dan tempat-tempat yang boleh membuka ruang kepada remaja bergaul bebas seterusnya terjerumus ke kancah penzinaan.

"Selain daripada kita mengkaji balik cadangan perkahwinan awal itu, kita kena melihat dari segi peraturan, penguatkuasaan undang-undang yang ada dari segi kawalan sistem itu sendiri supaya perkara ini menjurus ke arah mengawal maksiat ini daripada berlaku.

"Sekarang kerajaan baik, rakyat baik, harus menjauhi daripada segala bentuk yang dapat mendekatkan diri dengan zina," ujarnya.

Katanya juga, keputusan membenarkan pelajar yang masih bersekolah itu berkahwin dibimbangi menyebabkan masalah keciciran dalam akademik akibat tidak dapat mengendalikan rumah tangga dengan baik.

"Perlu juga melihat sejauh mana pelajar yang berkahwin itu bertanggungjawab terhadap perkahwinannya. Kita bimbang tidak sampai kepada hala tuju dan penyelelesaiannya. Saya takut mereka yang berkahwin akan keciciran dalam pelajaran kerana tidak ada penyelesaian terhadap sara hidup. Jadi tidak selesaikan masalah," katanya lagi.

Ujarnya, kerajaan Umno Barisan Nasional harus melihat keseluruhan sistem Islam, bukan mengambil sebahagian sahaja yang memberi kebaikan kepada mereka.

"Saya minta kerajaan melihat Islam secara keseluruhan, bukan sudut-sudut tertentu yang mendatangkan kebaikan kepada mereka," ujarnya.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Kerajaan Negeri Melaka membuat kajian secara mendalam sebelum memberi kelulusan bagi membenarkan pelajar sekolah berkahwin awal bagi mengelakkan kesan negatif di kemudian hari.

Majlis Agama Negeri Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki di bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27979:sekat-pergaulan-bebas-bukan-kahwin-awal&catid=1:utama&Itemid=50

Saman Ekor, Ketua Polis tak faham masalah sebenar ?

Posted: 05 Aug 2010 05:13 PM PDT

Pemilik kenderaan yang disaman ekor bukannya minta Diskaun. Ni apa pula cerita Ketua Polis cadang nak beri diskaun pula ? Rakyat yang sedang marah ni minta supaya jangan dihalang orang nak perbaharui cukai jalan disebabkan ada saman. Cukai jalan lain cerita , saman lain cerita.

Rakyat yang sedang marah ni pun pelik kenapa bertahun-tahun tak dapat notis saman, tetiba datang selonggok sampai ada 10 tahun sudah.

Rakyat yang sedang marah ini pun tak puas hati dibuat macam bola, pergi JPJ tak boleh renew, pergi balai polis pun tak boleh, kena pergi balai polis IPD yang ada Unit Trafik, lari balik ke JPJ, Macam Bola jadinya.

Rakyat yang sedang marah minyak naik, gula naik, darah tinggi naik, juga heran, susah sangatke nak beri notis saman ekor ni berserta dengan gambar ? AL Maklumlah plet kenderaan di Malaysia ni TERLALU MUDAH untuk dipalsukan , pergi kedai modal RM 10 siap 5 minit. Kalau buat sendiri Modal tak sampai RM 5 agaknye.

ADUH, Susah betul MENTERI dan KETUA POLIS ni nak faham masalah sebenar akibat HUKUM BERSALAH DULU, BARU BOLEH RENEW CUKAI JALAN.

TAK FAHAM MASALAH SEBENAR, ATAU BUAT-BUAT TAK FAHAM SEBAB TERLAMPAU TERDESAK NAK HASIL SAMAN EKOR SEGERA HINGGA SANGGUP BERI DISKAUN ?

Lagi keluhan rakyat dari Blogger, Ketua Polils tak faham isu sebenar di bawah :

*****************************************************
Masalahnya Tak Tau Ada Saman Ekor...

Diskaun jika segera bayar saman ekor....

KUALA LUMPUR: Sesiapa yang disaman sama ada ekor atau lain-lain saman lalu lintas akan diberi diskaun kompaun jika membayarnya dengan cepat dan sekiranya melengahkan saman, nilainya akan terus meningkat sehinggalah ke peringkat mahkamah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, langkah terbabit adalah antara cadangan dibuat pihaknya berhubung penyelesaian masalah saman trafik termasuklah saman ekor.- HMetro Online.

Tak Boleh Perbaharui Cukai Jalan...'Blacklist!'

Nie apa cerita Tan Sri.... Bukan masalah tak nak bayar cepat saman ekor, tetapi para pengguna jalan raya tidak dimaklumkan tentang saman ekor secara bertulis. Mereka hanya tau ketika hendak memperbaharui cukai jalan.

Selanjutnya di http://guruinspirasiku.blogspot.com/2010/08/masalahnya-tak-tau-ada-saman-ekor.html

**************************
Utusan Malaysia 6 Ogos 2010

Peritnya nasib akibat saman ekor
SAYA merupakan seorang agen insurans merasa terpanggil untuk memberikan maklum balas berhubung perlaksanaan saman ekor yang menyekat pemilik kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan mereka.

Sebagai seorang yang sering berurusan dengan golongan ini, saya dapat merasakan kesulitan dan kepayahan pemilik kenderaan ini apabila gagal untuk memperbaharui cukai jalan ekoran disekat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Untuk makluman, majoriti pemilik kenderaan ini merupakan golongan berpendapatan rendah yang bergantung sepenuhnya kepada penggunaan kenderaan untuk urusan seharian. Ada yang bekerja sendiri, pesara kerajaan, peniaga kecil-kecilan, peruncit dan sebagainya.
Bayangkanlah kesulitan mereka apabila satu-satunya kenderaan yang ada disenaraihitamkan daripada memperbaharui cukai jalan. Pengalaman saya mendapati, ada saman ekor yang disekat bukan satu tetapi sehingga lima sekali gus. Ini bermakna pemilik terpaksa membayar RM1,500 untuk kelima-lima saman ekor sekiranya ingin memperbaharui cukai jalan.

Untuk makluman bersama, golongan ini turut mempunyai keperluan lain untuk disediakan, termasuk perbelanjaan harian untuk persekolahan anak-anak dan keluarga.

Tidak hairanlah, sekiranya kita mendapati ramai pemilik kenderaan masih terus memandu kenderaan masing-masing walaupun cukai jalan kenderaan mereka telah tamat tempoh. Lebih membahayakan, ada di antara kenderaan tersebut turut tidak dilindungi insurans.

Tindakan polis menyenaraihitamkan nombor kad pengenalan pemilik kenderaan turut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka. Bagi yang mempunyai lebih dari sebuah kenderaan (contoh kereta A dan B) yang didaftarkan atas nama yang sama, sekiranya kereta A disaman, pemilik terbabit turut disekat daripada memperbaharui cukai jalan bagi kereta B. Kenapa ini berlaku?

Rakyat merasa teraniaya, marah dan 'memendam rasa' kerana telah 'dihukum' terlebih dahulu. Pendekatan 'bayar dulu, cerita kemudian' merupakan kaedah yang paling tidak berhemah dan mempunyai elemen paksaan tanpa diplomasi dan budi bicara. Rakyat tidak mempunyai pilihan sebaliknya terpaksa membayar saman. Jika tidak, cukai jalan tidak dapat dikeluarkan.

Mungkin inilah yang dikatakan 'Rakyat Didahulukan'. Ya, rakyat didahulukan untuk 'dipaksa' membayar saman atas kesalahan yang masih belum dibuktikan di mahkamah.

Pada hemat saya, sekiranya perlaksanaan saman ekor atau 'saman sekat' ini tidak ditangani dengan segera dan berhemah, mungkin rakyat tidak mempunyai pilihan sekarang, tetapi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, kuasa pilihan di tangan mereka.

Saiful
Kampung Baru
Kuala Lumpur

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0806&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

Tiada ulasan: