Jumaat, 6 Ogos 2010

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Warga Felda Prihatin: Membongkar Penyelewengan Jual Beli Buah Sawit oleh Felda

Posted: 06 Aug 2010 11:13 AM PDT


Felda meletakkan syarat yang ketat untuk 'greding' buah sawit peneroka. Walaupun syarat dipenuhi tetapi KPG tidak pernah melebihi 19%. Buah sawit dari luar mendapat KPG yang lebih tinggi walaupun berasal dari ladang peneroka.


Buah sawit peneroka belum diproses tetapi kilang telah menetapkan KPG buah sawit itu yang baru dihantar ke kilang dengan sewenang-wenangnya. Peneroka membuktikan melalui ujian makmal Felda bahawa buah sawit mereka berhak mendapat gred sekurang-kurangnya KPG 25%. Malah MPOB menetapkan KADAR STANDARD gred buah sawit tempatan ialah KPG 25%.


PENIPUAN KILANG


Kilang mengasingkan anggaran 10 tandan sawit bagi setiap lori, KONONnya buah 'reject' tetapi TIDAK membenarkan peneroka mengambil semula. Sebaliknya buah tersebut ada yang DIJUAL SEMULA dan DIPROSES BERSAMA. Peneroka MASIH dikenakan denda dan DIKURANGKAN gred.


Setiap perbezaan 1% KPG, peneroka kerugian RM25 ke RM30. Sekiranya lapan (8) tan, peneroka kerugian sekurang-kurangnya RM1,200 setiap bulan JIKA perbezaan KPG adalah 6% (25% ditolak 19%).


Dalam kes di Felda Kemahang 3, pengurus Felda didapati BERKOMPLOT dengan pihak kilang untuk menipu peneroka. Namun, gejala ini juga didapati berleluasa di Felda seluruh negara! Peneroka yang menuntut hak mereka akan DIFITNAH, DIUGUT BUANG DARI RANCANGAN dan DITUDUH menimbulkan HURU-HARA dalam masyarakat.


Peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan terpaksa menyaman Felda pada tahun 2002 lantaran keengganan agensi itu untuk berunding malah telah MENGUGUT akan MENGUSIR peneroka terbabit dari tanah rancangan sekiranya berani mendedahkan penyelewengan itu ke mahkamah.


Pada 13 Januari 2008, Mahkamah Tinggi memerintahkan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd membayar ganti rugi kepada peneroka terbabit sebanyak RM7.8 juta. Pada 19 Januari 2010, Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Felda dan memerintah agensi tersebut membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peneroka Felda Kemahang 3 itu.


Lantaran kejayaan tersebut, Warga Felda Prihatin telah berjaya menggerakkan gelombang kesedaran warga peneroka di beberapa kawasan Felda di Jempol, Negeri Sembilan. Pada 9 Ogos 2010 ini, sekumpulan 750 orang peneroka Felda Serting akan memfailkan saman kepada Felda atas penipuan gred buah sawit mereka. YB Sivarasa Rasiah akan mengetuai barisan peguam dalam saman ini. Saman tersebut akan difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban 2.


Semoga gelombang kesedaran warga peneroka tersebut akan turut membuka minda dan keberanian seluruh warga peneroka untuk menuntut hak meraka serta bersatu menghentikan penyelewengan Felda.


HARAPAN BARU UNTUK PENEROKA

Dari Meja SU MPN

Posted: 06 Aug 2010 10:46 AM PDT

Salam Reformasi...

Agak lama ruangan ini tidak dikemaskini lanjutan kesibukan menjalan program sepanjang bulan Julai 2010 lalu.

Pada 17 Julai 2010 bersamaan Sabtu, saya bersama Adun Chuah, YB Chai Tong Chai telah hadir ke perasmian pembukaan serentak Ranting-Ranting PKR Cabang Jempol di Felda Palong. Program ini telah dilangsung di rumah saudara Che Hashim.
Sebagaimana yang dijangka, program ini telah mendapat perhatian khusus oleh pihak polis. Terbukti seluruh kekuatan polis daerah Jempol telah dikerah untuk memantau dan sekatan ke jalan masuk Felda Palong telah dibuat. Jelas, BN telah mula tergugat dengan gerakan progresif PKR mengembangkan pengaruh politiknya ke dalam kawasan Felda.
Bagaimanapun, tidak berlaku sebarang halangan pada perjalanan program tersebut. Timbalan Presiden PKR, Senator YB Dr Syed Husin Ali telah berkenan merasmikan penubuhan serentak ranting-ranting di seluruh kawasan Palong. Kemuncak program tersebut telah dijayakan dengan pemasangan papan-tanda ranting di tepi jalan masuk utama kawasan tersebut.
Antara pimpinan yang hadir adalah Ketua Penerangan PKR Pusat-Lateefa Koya, Ketua AMK NS yang juga selaku penyelaras program-Rebin Birham, Penasihat Guaman Warga Felda Prihatin-T.Kumar dan Ketua Penerangan PKR NS-Ibrahim Yusof.

Tiada ulasan: