Khamis, 22 Julai 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Perbandingan Keuntungan dari lombongan pasir di Selangor

Posted: 22 Jul 2010 07:46 PM PDT

Semasa Kerajaan UMNO/BN memerintah Selangor dahulu, keuntungan revenue kepada Kerajaan tidak pernah melebihi RM4.37 setahun.
Pada tahun 2005, Kerajaan Selangor memperolehi RM3.54 juta; pada tahun 2006, RM4.37 juta dan 2007, RM4.29 juta.
Apabila Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, keuntungan revenue kepada Kerajaan Negeri Selangor telah bertambah dengan pesatnya.
Pada tahun 2008, RM8.17 juta; pada tahun 2009, RM13.76 juta dan sehingga bulan Jun 2010 pendapatan telah melonjak kepada RM15.30 juta.
Inilah bezanya diantara Kerajaan rasuah dan banyak menyeleweng dibawah BN dengan Kerajaan telus dan bersih dibawah Pakatan Rakyat.
Khir Toyo dan Noh Omar cuba menyelongkar kononnya berlaku penyelewengan dibawah Pakatan Rakyat adalah bertujuan semata-mata menutup kelemahan Kerajaan Selangor dibawahg pimpinan UMNO/BN.
Tidak lama lagi akan pula terdedah bahawa pencuri-pencuri pasir itu adalah pencuri-pencuri yang sama semasa Kerajaan Selangor berada dibawah UMNO/BN dan mereka itu adalah kroni-kroni UMNO/BN.

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Tiada Krisis Air, Selangor Tolak Kadar Air Naik!

Posted: 22 Jul 2010 01:30 AM PDT

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air harus berhenti daripada mengelirukan orang awam dengan menimbulkan isu krisis air di Selangor. Masalah kini di Selangor bukan kekurangan air tetapi tindakan Kerajaan Pusat yang segaja melambatkan penyelesaian penstrukturan semula syarikat pengurusan air di Selangor.

Masalah yang bakal didepani rakyat Selangor bukan krisis kekurangan air, tetapi kadar air meningkat disebabkan keengganan kerajaan pusat Barisan Nasional menyerahkan pengurusan industri air Selangor kepada kerajaan negeri, sebaliknya meneruskan agenda penswastaan air.

Dakwaan Selangor menghadapi krisis bekalan air bertujuan memberi alasan untuk menaikkan kadar air. Hujah Menteri Datuk Seri Peter Chin mengulas Menteri Besar Selangor semalam adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Pandangan Menteri tersebut jelas sekadar bertujuan untuk mengalihkan tumpuan terhadap isu pengambilalihan pengurusan industri air di Selangor, bukannya melihat pada pokok pangkal masalah sebenar yang berpunca daripada Kerajaan Pusat.

Sekiranya kerajaan pusat Barisan Nasional terus menghalang penstrukturan semula industri air di Selangor, kami yakin kadar air akan meningkat disebabkan:

1.    Pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor yang berkos RM8 bilion, sementara kerajaan negeri dapat melaksanakan projek tersebut pada kos RM2 bilion.

2.    Pengurusan Syabas yang tidak telus, antaranya gaji tahunan Pengerusi Syabas mencecah RM5.1 juta setahun, RM425,000 sebulan.

3.    Puncak Niaga gagal menaiktaraf loji rawatan air yang sudah uzur dan tidak mampu untuk merawat air.

4.    Pembaziran air yang berterusan akibat air tanpa hasil (NRW) yang tinggi.

5.    Penswastaan industri air yang hanya menguntungkan kroni-kroni pimpinan politik.

Air, tanah, sumber mineral merupakan milikan negeri Selangor, maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menjaga hak rakyat Selangor.

Antara usaha kerajaan negeri untuk menghalang Syabas yang bertindak sebagai alat kerajaan pusat bagi merampas hak rakyat Selangor ialah mencadangkan pengambilalihan industri air di Selangor, serta memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu.

Rakyat lebih berkeyakinan di bawah kepimpinan Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, kerajaan negeri mampu mengurus pentadbiran industri air dengan jauh lebih telus dan bekesan.

Kami menyeru agar Kerajaan Pusat mengaku air sebagai hak asasi manusia dan tidak diperalatkan untuk keuntungan kroni atau kepentingan politik. Kami juga rayu kepada seluruh rakyat Selangor bertegas memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri dalam usaha mengambilalih industri air di Selangor dan membantah penswastaan air di Selangor.



Dr Badrul Amin Baharom
Pengarah Penerangan
Kerajaan Negeri Selangor

Selangor Tidak Berdepan Risiko Krisis Air

Posted: 22 Jul 2010 12:55 AM PDT

SHAH ALAM 22 Julai - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam berkata Syarikat Bekalan Air Berhad (Syabas) tidak layak langsung menjalankan apa-apa penyelidikan berkenaan bekalan air di Selangor berhubung dakwaan negeri itu akan mengalami krisis air menjelang sekali lagi pada 2014 sambil menegaskan Selangor tidak akan berdepan dengan krisis tersebut.

Ini berikutan kenyataan Syabas yang menyatakan pendirian kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor berbeza dengan penyelidikan yang dibuat oleh Syabas dan akan menghadapi krisis air jika tidak mengambil langkah untuk mengelaknya melalui projek bekalan air dari Pahang melalui paip dan terowong yang melibatkan kos yang amat tinggi sebanyak RM40 bilion.

"Kita telahpun mengeluarkan beberapa kenyataan berkenaan isu ini dan ingin menjelaskan kerajaan Selangor tidak menghadapi apa-apa krisis air. Malah, kita dapati pengguna kini sudah mula berjimat agar dapat menggunakan air percuma 20 meter padu yang diberikan oleh kerajaan sepenuhnya supaya mereka tidak perlu berbelanja banyak," tegas Abdul Khalid kepada media selepas Mesyuarat Exco semalam.

Jelas beliau, Syabas telah menggunakan draf daripada Penyelidikan Sumber Air Negara (NWRS) yang dikeluarkan pada tahun 2000 dan laporan itu sudah tidak boleh diguna pakai kerana kuantiti air yang diguna sebagai perbandingan amat banyak dan lokasi perbandingan juga jauh berbeza.

Sehubungan itu Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional patutnya menyiasat dan memulihkan banyak tapak pemprosesan air yang dikelolakan oleh Puncak Niaga Sdn Bhd kerana banyak tapak pemprosesan air kerap rosak dan terpaksa ditutup untuk kerja-kerja penyelengaraan.

"Daripada 100 gelen air yang diproses, hanya 65 gelen sahaja yang dapat digunakan dan selebihnya hilang kerana kebocoran dan lain-lain sebab. Jika peralatan dan sistem pemprosesan itu cekap, kita dapat mengurangkan kebocoran ini dan mengurangkan peratus kebocoran sekurang-kurangnya kepada 15 peratus seperti di Pulau Pinang.

"Laporan NWRS telah menggunakan perbandingan yang tidak munasabah. Sebagai contoh, Selangor/Kuala Lumpur menggunakan daripada 500 ke 1224 liter per kapita, sedangkan perbandingan iaitu Sydney yang jauh lebih padat penduduknya hanya menggunakan 328 liter per kapita. Negara jiran kita, Singapura pula berada pada 214 liter per kapita," tegas beiau.

Elizabeth menjelaskan, masyarakat tempatan menggunakan air untuk pelbagai aktiviti lain seperti mencuci kereta, menyiram tanaman, dan sebagainya manakala jumlah yang diminum sedikit sahaja.

"Masyarakat perlu diddidik kembali untuk menggunakan air secara bijak agar air yang telah diproses dapat digunakan sepenuhnya," katanya lagi.

Tambah beliau, kerajaan negeri Selangor juga kini sedang melihat kepada penggunaan air sistem pengumpulan air hujan (rainwater collection system) sebagai sumber alternatif air bukan untuk diminum, dan sekaligus mengurangkan penggunaan air telah diproses kepada kegunaan individu sahaja seperti memasak, minum dan sebagainya.


Sumber: Suara Keadilan

Selproa Sertai Sesi Latihan 'Asean Human Right Mechanisms'

Posted: 21 Jul 2010 07:00 PM PDT

Beberapa anggota Selproa telah menyertai sesi latihan 'Mekanisme Hak Asasi Manusia Negara-negara Asean' selama 3 hari bermula 19-22 Julai 2010 yang lalu.

Sesi latihan diadakan di Hotel Pearls International, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

Antara yang hadir ialah Sdr Razak (pejabat Exco YB Dr. Xavier Jayakumar), Sdr Lim Swee Kuan ( P.A Exco YB Ean Yong), Sdr Peter Chong ( P.A kepada YB MP Subang), Sdr Loh Boon Keat (P.A YB P.J Selatan), Sdra Chan Foo Chuen (P.A MP Selayang), Sdra Chin Yit Hon ( P.A MP Batu) dan Sdr Teng Kok Liang (P.A MP Bukit Bendera). Turut serta adalah wakil-wakil NGO dan aktivis-aktivis hak Asasi dan organisasi kemasyarakatan.  

Salah satu topik yang dibentangkan ialah usaha untuk mempromosikan hak asasi manusia di peringkat wilayah serantau di kalangan 10 anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (Asean) memandangkan Asean mempunyai populasi lebih dari 582 juta penduduk. Lantaran itu sebuah suruhanjaya antara kerajaan telah diwujudkan yang dikenali sebagai 'Asean Intergovermental Commission On Human Rights' atau singkatan 'AICHR' untuk mempertahankan hak asasi dan fundamental kebebasan bagi warga Asean.
 

Peserta juga didedahkan dengan berbagai mekanisme bagi mengenengahkan  isu-isu pencabulan hak asasi manusia setempat untuk diambil tindakan di peringkat Asean berdasarkan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat Bangsa-bangsa Bersatu (UN Charter)  

Sesi dianjurkan oleh Forum-Asia dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram)    




R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


3rd WUKF World Karate Championships Children, Cadets & Juniors

Posted: 22 Jul 2010 06:31 AM PDT

YB Sivarasa melihat sijil penyertaan yang diterima oleh peserta pertandingan

Pertandingan "WUKF World Karate Championships Children, Cadets & Juniors" kali ketiga telah diadakan di Sao Paulo, Brazil pada 03hb Julai 2010 hingga 14hb Julai 2010. Malaysia diwakili oleh Internasional Okinawan Shorinryu Seibukan karatedo Association of Malaysia (IOSSKAM) dan diwakili oleh tujuh orang peserta. Ini merupakan penyertaan mereka buat kali pertama.
Dalam pertandingan tersebut IOSSKAM memenangi satu pingat perak(Kogilanathan) dan dua pingat gangsa (Kalaiarasu dan Karthiga). Pasukan ini diiringi oleh Mahaguru
Dr. Pathamanathan dan dua orang tenaga pengajar iaitu En Tan Juan Kee dan Govindarajan.
Antara peserta yang bertanding adalah Minalochuni, Mugilan, Deeran dan Thanes. Mereka hadir ke Pejabat kami untuk menyatakan penghargaan kerana sokongan yang kami berikan terhadap usaha mereka.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Tiada Masalah Di INPENS

Posted: 22 Jul 2010 04:55 AM PDT


KUALA SELANGOR - Isu Institusi Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) yang diambil alih sepenuhnya oleh Kolej Antarabangsa Institut Pendidikan Negeri Selangor (Inpens), masih menjadi cerita panas bagi sesetengah pihak. Tetapi terdapat ibu bapa dan penjaga tetap mahu anak mereka meneruskan pelajaran demi masa depan.

Salah seorang ibu kepada pelajar yang ingin dikenali sebagai Tipah, berkata dia yang menghantar anaknya ke IKYS minggu lalu pada awalnya keliru mengenai situasi itu.

Menurutnya, sudah tiga kali dia ke tempat tersebut atas arahan bagi mendengar sendiri penerangan mengenai pengambilalihan oleh Inpens.

"Apabila ke sana, keadaan masih lagi sama di mana terdapat beberapa ibu bapa yang masih lagi tidak berpuas hati mengenai pengambilalihan institusi tersebut."

"Makcik dan suami akhirnya, mengambil keputusan untuk terus datang ke Inpens menghantar anak ke sini bagi meneruskan pelajarannya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Inpens."

"Apabila datang ke Inpens, saya melihat keadaannnya begitu luas dan begitu berpuas hati dengan kemudahannya tidak seperti dikatakan beberapa pihak mengenai keburukan kolej ini."

"Sebenarnya tiada sebarang masalah pun dan sebagai ibu bapa pelajar disini, begitu setuju dengan pengambil alih oleh pihak kolej ini," katanya.

Seorang lagi ibu pelajar dikenali Kiah, 41, berkata, pada awalnya dia juga terpengaruh dengan beberapa ibu bapa yang enggan berpindah ke Inpens ini.

Menurutnya, setelah mendengar nasihat dan sokongan keluarga, saya tetap meneruskan niat menghantar anak ke Inpens.

"Bagi saya, apa yang penting, anak dapat pelajaran demi masa depannya," katanya.

Dia berkata, keadaan di kolej ini, begitu baik sekali dan dari segi kemudahan serta peralatan kemudahan belajar begitu lengkap.

"Ada juga, beberapa ibu bapa yang enggan, memindahkan anak mereka belajar di kolej ini atas alasan sijil di Inpens ini tidak diiktiraf."

"Tetapi, setelah saya dan keluarga diberikan penerangan dengan lebih lanjut oleh pihak Inpens sendiri, sijil tersebut sebenarnya diiktiraf dan dakwaan mereka itu adalah tidak benar," katanya.

Seorang lagi bapa pelajar, R. Vasantey, 43, berkata, walaupun pertama kali menghantar anaknya ke kolej Inpens, segala pengurusan dan perlaksanaan yang dijalankan oleh pihak tersebut lancar.

Menurutnya, kolej tersebut begitu sesuai bagi keluarga yang kurang berkemampuan dan anak yang berminat untuk belajar di bidang kemahiran.

"Walaupun terdapat beberapa isu daripada sesetengah pihak, tetapi itu bukan menjadi penghalang anaknya untuk terus belajar ke kolej ini."

"Apa yang lebih penting, adalah pendidikan anak dan pelajaran yang diminatinya," katanya.

Abdul Mustakim Mohamad Sobri, 19, berkata, tiada masalah yang dihadapi apabila pengambilalihan IKYS oleh pihak Inpens kerana yang penting pelajarannya tidak terjejas.

"Kalau menentang pun, sampai bila ianya akan selesai dan lebih baik ikut sahaja arahan tersebut."

"Sijil di Inpens ini adalah diiktiraf dan bukan seperti yang di dakwa oleh sesetengah pihak," katanya.

Badrul Hisham Tumiran, 19, berkata, di Inpens ini lebih ramai kawan dan kemudahannya asramanya lebih luas berbanding di IKYS.

"Bagi saya, semangat belajar paling penting dan masalah pengambil alih ini bukanlah sesuatu isu yang besar.

"Saya akan lebih berdikari sendiri di sini bersama kawa," katanya.

Khairul Azri Mohd Jamil, 18, berkata, Inpens ini, lebih dekat dengan pekan dan memudahkan pelajar mendapat kemudahan.

"Saya menasihatkan, mereka yang masih enggan ke Inpens ini, berfikir dengan baik untuk masa depan mereka," katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden Inpens, Major Dr A Aziz Ibrahim berkata, terdapat 11 kursus kemahiran, Diploma Kemahiran Malaysia dan terdapat juga kursus smbilan.

Menurutnya, kursus tersebut semuanya diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Sumber Manusia.

"Isu mengenai kursus tersebut tidak diiktiraf tidak benar kerana Inpens ini sudah diiktiraf."

"Tenaga pengajarnya mempunyai pengalaman dan turut mempunyai pengiktirafan," katanya.


Sumber: Sinar Harian, S19, 22 Julai 2010.

Komisyen RM11 juta: Usahawan M'sia disoal-siasat

Posted: 22 Jul 2010 04:22 AM PDT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menyoal-siasat seorang usahawan negara ini berhubung komisyen RM11.3 juta yang diterimanya daripada dua firma Australia sebagai usahanya membantu mereka memenangi kontrak bagi mencetak dan membekalkan wang negara.

Menurut akhbar, The Age di Melbourne, pihak berkuasa Australia telah memohon bantuan SPRM bagi siasatan membabitkan bayaran komisyen RM134 juta (A$47.5 juta) yang dibayar oleh firma mencetak wang Securency and Note Printing Australia - kedua-duanya anak syarikat Bank Negara Australia - Reserve Bank of Australia (RBA) - sepanjang tempoh enam tahun.

"Sumber risikan daripada soal-siasat telah dihantar kepada pasukan polis persekutuan Australia bagi menentukan sama ada eksekutif dua anak syarikat RBA itu untuk melanggar undang-undang anti-rasuah," kata laporan itu.

"Orang tengah (Malaysia) dibayar wang bagi membantu firma RBA mendapatkan kontrak mencetak dan membekalkan wang daripada Bank Negara Malaysia...".

Mengikut undang-undang Australia, adalah satu kesalahan bagi syarikat ataupun individu membayar pegawai asing bagi mendaptkan kelebihan dalam perniagaan. Kesalahan itu membawa hukuman penjara maksimun 10 tahun dan boleh dikenakan denda yang berat.

Usahawan Malaysia yang tidak dinamakan itu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Umno dan dipercayai akrab dengan pegawai kanan kerajaan yang menerima sogokan komisyen yang dibayar oleh firma RBA.

Menurut The Age juga, usahawan itu juga pernah bertindak sebagai broker bagi kilang membuat senjata kerajaan Pakistan.

Sumber: Malaysiakini

'Mengapa k'jaan rahsia kos kontrak pertahanan?'

Posted: 22 Jul 2010 04:20 AM PDT

Seorang senator dari Pakatan Rakyat mempersoalkan sikap kerajaan yang merahsiakan butiran kontrak pertahanan negara.

Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim dari DAP berkata, jawapan yang tidak lengkap dan penolakan terus soalan pembangkang di Parlimen, menunjukkan kerajaan tidak telus dan menyalahgunakan label "rahsia rasmi" untuk menyembunyikan kebenaran.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di lobi Dewan Negara hari ini, beliau berkata, kerajaan sering memberi alasan bahawa kontrak pertahanan diklasifikasikan sebagai "rahsia".

"Kami tidak mahu tahu rahsia tentera. Apa yang kita ingin tahu hanyalah prosedur pemberian kontrak pertahanan.

"Lebih penting, ini melibatkan wang kerajaan, wang rakyat. Kita perlu tahu bagaimana ia dibelanjakan," kata Tunku Abdul Aziz.

Beliau merujuk kepada, antara lain, jawapan bertulis Kementerian Pertahanan kepada senator Syed Husin Ali dari PKR hari ini kepada soalannya semalam yang meminta kementerian berkenaan menyatakan nama syarikat yang diberi kontrak pertahanan dan nilai kontrak yang diberikan kepada setiap syarikat.

Dalam jawapan bertulis itu, kementerian berkenaan menamakan 29 syarikat yang diberikan kontrak pertahanan - 15 tempatan dan 14 syarikat asing - tetapi tidak menyatakan nilai kontrak yang diberikan.

Syed Husin, yang turut hadir di sidang akhbar tersebut berkat: "Saya menggesa kementerian itu menyatakan jumlah sebenarnya. Dan jika tidak boleh, maka ia perlu menjelaskan mengapa."

Syarikat yang disenaraikan sebagai kontraktor pertahanan untuk pasukan angkatan tentera termasuklah Naval Shipyard Sdn Bhd, Aviation Holding Company Sukhoi, Sarawak Shipyard Sdn Bhd and Geliga Slipway Sdn Bhd.

Sumber: Malaysiakini

MP kemukakan gambar 'anak-anak' istana

Posted: 22 Jul 2010 04:19 AM PDT

Ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini mengemukakan bukti bagi memperkukuhkan dakwaannya bahawa kanak-kanak memang tinggal di tapak pembinaan istana baru. Sebelum ini, Suruhanjaya Hak Asasai Manusia (Suhakam) yang menyiasat tapak berkenaan gagal menjumpai sebarang kanak-kanak di tapak berkenaan.

Sambil menunjukkan gambar ketika lawatannya di tapak berkenaan pada 21 dan 24 Jun, Lim berkata dia terlihat dua bayi dan seorang kanak-kanak dalam sekitar usia dua tahun yang tinggal bersama ibu bapa berbangsa Indonesia yang bekerja di tapak itu.

"Menurut beberapa pekerja, terdapat lebih kurang 10 bayi yang berusia beberapa bulan tinggal di situ juga," katanya pada sidang media pagi ini.

"Sekarang perkara ini sudah diketahui umum, saya berharap Suhakam akan segera menghubungi saya bagi membantu siasatan," kata Lim.

Gambar-gambar berkenaan sekaligus mengketepikan dakwaan Suhakam sebelum ini bahawa tiada kanak-kanak yang dijumpai pada lawatan mereka pada 15 Julai lalu. Lawatan berkenaan dijalankan bagi menyiasat bahawa pekerja di tapak baru istana itu tidak dibayar gaji mereka oleh sub-kontraktor.

Pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah, selepas lawatan pada Selasa lalu berkata Suhakam tidak melihat sebarang kanak-kanak di tapak berkenaan.

Sumber: Malaysiakini

PM 'tabur' RM50k untuk dapat liputan akhbar Amerika

Posted: 22 Jul 2010 04:10 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya, diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.

Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk 'yuran kejayaan' kepada perunding berkenaan.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.

Menurut dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini, QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika bagi menyiarkan artikel Najib.

Kumpulan The Laurus, sebuah firma perhubungan awam yang diragui dengan laman webnya yang masih dalam pembinaan - juga diberikan tanggungjawab mengendalikan perkhidmatan perhubungan awam ketika lawatan seminggu Najib ke Washington DC dan New York dari 10 hingga 16 April tahun ini.

Najib, yang diiringi oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama pada 12 April lalu di Washington.

Pasangan itu kemudiannya berlepas ke New York bagi upacara penyampaian Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010 kepada Rosmah. Majlis gilang gemilang dan jamuan gala itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Hollywood.

'Yuran tak dikembalikan'

Pada surat perjanjian bertarikh 14 April antara dua firma perunding itu – QGA dan Laurus – dinyatakan QGA 'akan membekalkan perkhidmatan perhubungan awam dan media bagi pihak kerajaan Malaysia berhubung penyiaran rencana pendapat pengarang yang dihasilkan oleh perdana menteri Malaysia'.

Menurut perjanjian itu lagi, Laurus akan membayar QGA 'yuran US$15,000 yang tidak boleh dikembalikan sepanjang tempoh bermula 14 April, 2010 dan berakhir pada 20 April 2010'.

'Sekiranya QGA berjaya menempatkan rencana itu di penerbitan media utama, Laurus akan membayar QGA yuran kejayaan US$15,000. Yuran itu mesti dijelaskan dalam tempoh 30 hari selepas artikel berkenaan disiarkan'.

Perjanjian itu bagaimanapun tidak menyebut akhbar-akhbar utama yang mana tulisan pendapat Najib itu sepatutnya disiarkan.

Semakan dengan beberapa akhbar utama Amerika - Washington Post, New York Times dan Wall Street Journal – menunjukkan tiada rencana pendapat seumpama itu disiarkan.

Na
mun, Washington Times – sebuah akhbar yang dibiayai oleh pemimpin Gereja Unification, Sun Myung Moon – ada menerbitkan lampiran mengenai Malaysia, sehari sebelum Najib melawat ibu negara Amerika itu.

Yang menarik, pejabat kedua-dua Laurus dan QGA terletak di tingkat yang sama di sebuah bangunan di Connecticut Avenue. Washington, DC.

Kumpulan The Laurus juga dipercayai terbabit dengan iklan dua halaman kontroversial di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah kerana menerima anugerah keamanan tersebut.

Sumber: Malaysiakini

Ng Yen Yen Enggan Promosi Produk Pelancongan Selangor

Posted: 22 Jul 2010 04:09 AM PDT


Kerajaan Selangor kecewa dengan kenyataan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang enggan mempromosikan Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands sebagai produk pelancongan di negeri ini.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan alam sekitar, Elizabeth Wong berkata tindakan kerajaan pusat itu bagaimanapun tidak akan menjejaskan kehadiran bilangan pelancong ke kawasan terbabit.

Dr Ng Yen Yen sebelum ini mengatakan pihaknya enggan mempromosi taman rekreasi itu atas alasan yang tidak masuk akal iaitu mengaitkannya dengan isu perlombongan pasir di kawasan berhampiran.

Sehubungan itu, Elizabeth meminta Menteri Pelancongan membuat kenyataan berdasarkan fakta dan kebenaran, bukannya membuat tuduhan rawak semata-mata mahi memburuk-burukkan imej kerajaan Selangor.


Sumber: TVSelangor

Americk: SPRM Acuh Tak Acuh

Posted: 22 Jul 2010 04:08 AM PDT


Americk Sidhu, peguam kepada bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam menyifatkan sikap acuh tak acuh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam merakam kenyataan beliau, sebagai mengecewakan.

"Pada pendapat saya, sikap itu(SPRM) amat kecewalah, dia ada satu peluang untuk menyiasat keseluruhan laporan dibuat Encik Shamsul, ini peluang yang ambil berapa lama untuk diuruskan kita semua, rasa kecewalah," katanya.

Americk berada di Malaysia untuk menyerahkan afidavit Balasubramaniam kepada SPRM bersama seorang lagi peguam Manjit Singh Dillan.

SPRM sebelum ini membatal pemergian ke London untuk mengambil keterangan Bala berhubung skandal pembelian Kapal Selam Scorpene yang turut dikaitkan dengan pembunuhan warga Mongolia, Altanthuya Shaaribu.

Kata Americk, cara pengendalian siasatan SPRM berbeza dengan Perancis yang lebih menyeluruh termasuk memperoleh kerjasama Balasubramaniam.

"Kedua-dua sikap ini berbeza, Perancis mengambil serius siasatan perkara ini, rasuah dalam pembelian kapal selam ini, itu adalah isu lain tapi ada kaitan dengan isu yang melibatkan Bala, saya rasa peluang untuk SPRM menyiasat berapa dalam perkara ini telah dibuang kerana terima nasihat peguam negara bahawa apa-apa siasatan yang didapati dari Bala tak boleh dibawa ke mahkamah, ini bagi saya tidak ada asas," katanya.

Dalam temu ramah khas bersama TV Selangor, Americk menegaskan anak guammnya sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mencari kebenaran.

Bagaimanapun, Bala terpaksa meninggalkan Malaysia kerana ada pihak termasuk individu berprofil tinggi yang mahu beliau mendiamkan perkara ini.

"Adalah senang untuk Bala duduk di Chennai? Atau beritahu kepada media mana lebih senang? Duduk tunggu 5 juta? Atau buat rakaman audio visual semua. Kenapa Bala beritahu dan hendak bekerjasama kepada semua? Kerana Bala, yang saya tahu sekaranglah adalah orang yang rasa apa yang benar perlu dikejar, yang tak betul dapatkan di dunia lain akibat," katanya.

Americk juga mendakwa proses perundangan Malaysia pelik dengan mengambil contoh kes Altantuya yang menyaksikan kegagalan mahkamah dan pendakwaraya membentang motif pembunuhan walaupun dua tertuduh dijatuhi hukuman mati.

"Semua saksi yang terlibat terpaksa dipanggil, yang penting sekali ialah motif, kita mesti mengekalkan motif kepada dua orang ini hendak membuat pembunuhan ini, tapi di mahkamah Shah Alam, tidak ada motif dikemukakan ke mahkamah," katanya.

Americk menegaskan anak guamnya sedaya upaya membantu siasatan SPRM dan berharap suruhanjaya ini benar-benar menjalankan tanggungjawabnya.

"Kita telah buat apa yang kita boleh buat untuk bantu SPRM dalam siasatannya. Saya berharap SPRM akan menjalankan tugas dia saja, itu cukup, tugas yang betul-betul," katanya.

Sumber: TVSelangor

Isu Pasir, KSSB Anjur Taklimat Kepada Media

Posted: 22 Jul 2010 04:07 AM PDT


Syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) akan mengadakan taklimat kepada pihak media mengenai industri perlombongan pasir di Selangor.

Taklimat tersebut dibuat ekoran pelbagai pertikaian dan dakwaan negatif dilemparkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu berhubung isu perlombongan pasir.

Program taklimat dan lawatan ke tapak perlombongan pasir itu akan diadakan Sabtu ini mulai jam 8.30 pagi hingga 3 petang.

Menurut surat jemputan yang dihantar kepada media, program sehari tersebut bertujuan mendedahkan media secara lebih mendalam industri pasir di Selangor.

Petugas media turut akan dibawa melawat tapak perlombongan pasir haram di samping tapak yang diberi permit.

KKSB sebelum ini dikritik hebat berhubung isu perlombongan pasir di Selangor termasuk dakwaan monopoli lesen lombong pasir dan isu bonus kakitangan yang tinggi.

Isu tersebut juga telah membawa kepada pendengaran awam tiga hari oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) sebelum ini.

Sementara itu, Selangor telah mengeluarkan permit melombong pasir kepada 158 syarikat dan individu dari 2005 hingga 2007.

Daripada jumlah itu, sebanyak 49 permit telah dikeluarkan pada 2005, 2006 (48) dan 2007 (61).

Permit tersebut dikeluarkan oleh enam Pejabat Tanah iaitu Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Selangor dan Gombak.

Sumber: TVSelangor

Selangor Tidak Berdepan Risiko Krisis Air

Posted: 22 Jul 2010 04:03 AM PDT


SHAH ALAM 22 Julai - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam berkata Syarikat Bekalan Air Berhad (Syabas) tidak layak langsung menjalankan apa-apa penyelidikan berkenaan bekalan air di Selangor berhubung dakwaan negeri itu akan mengalami krisis air menjelang sekali lagi pada 2014 sambil menegaskan Selangor tidak akan berdepan dengan krisis tersebut.

Ini berikutan kenyataan Syabas yang menyatakan pendirian kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor berbeza dengan penyelidikan yang dibuat oleh Syabas dan akan menghadapi krisis air jika tidak mengambil langkah untuk mengelaknya melalui projek bekalan air dari Pahang melalui paip dan terowong yang melibatkan kos yang amat tinggi sebanyak RM40 bilion.

"Kita telahpun mengeluarkan beberapa kenyataan berkenaan isu ini dan ingin menjelaskan kerajaan Selangor tidak menghadapi apa-apa krisis air. Malah, kita dapati pengguna kini sudah mula berjimat agar dapat menggunakan air percuma 20 meter padu yang diberikan oleh kerajaan sepenuhnya supaya mereka tidak perlu berbelanja banyak," tegas Abdul Khalid kepada media selepas Mesyuarat Exco semalam.

Jelas beliau, Syabas telah menggunakan draf daripada Penyelidikan Sumber Air Negara (NWRS) yang dikeluarkan pada tahun 2000 dan laporan itu sudah tidak boleh diguna pakai kerana kuantiti air yang diguna sebagai perbandingan amat banyak dan lokasi perbandingan juga jauh berbeza.

Sehubungan itu Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional patutnya menyiasat dan memulihkan banyak tapak pemprosesan air yang dikelolakan oleh Puncak Niaga Sdn Bhd kerana banyak tapak pemprosesan air kerap rosak dan terpaksa ditutup untuk kerja-kerja penyelengaraan.

"Daripada 100 gelen air yang diproses, hanya 65 gelen sahaja yang dapat digunakan dan selebihnya hilang kerana kebocoran dan lain-lain sebab. Jika peralatan dan sistem pemprosesan itu cekap, kita dapat mengurangkan kebocoran ini dan mengurangkan peratus kebocoran sekurang-kurangnya kepada 15 peratus seperti di Pulau Pinang.

"Laporan NWRS telah menggunakan perbandingan yang tidak munasabah. Sebagai contoh, Selangor/Kuala Lumpur menggunakan daripada 500 ke 1224 liter per kapita, sedangkan perbandingan iaitu Sydney yang jauh lebih padat penduduknya hanya menggunakan 328 liter per kapita. Negara jiran kita, Singapura pula berada pada 214 liter per kapita," tegas beiau.

Elizabeth menjelaskan, masyarakat tempatan menggunakan air untuk pelbagai aktiviti lain seperti mencuci kereta, menyiram tanaman, dan sebagainya manakala jumlah yang diminum sedikit sahaja.

"Masyarakat perlu diddidik kembali untuk menggunakan air secara bijak agar air yang telah diproses dapat digunakan sepenuhnya," katanya lagi.

Tambah beliau, kerajaan negeri Selangor juga kini sedang melihat kepada penggunaan air sistem pengumpulan air hujan (rainwater collection system) sebagai sumber alternatif air bukan untuk diminum, dan sekaligus mengurangkan penggunaan air telah diproses kepada kegunaan individu sahaja seperti memasak, minum dan sebagainya.

Sumber: Suara Keadilan

Nurul Izzah Desak Peruntukan Sama Rata Kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

Posted: 22 Jul 2010 04:02 AM PDT


KUALA LUMPUR 22 Julai - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendesak Kerajaan Persekutuan berlaku adil dan bersikap rasional berhubung pemberian peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat sama seperti yang diberikan kepada wakil rakyat Barisan Nasional.

Ini berikutan kekangan kewangan yang dihadapi wakil rakyat Pakatan Rakyat dalam urusan pemberian bantuan kepada rakyat di kawasan Parlimen masing-masing.

"Dalam setiap kali sesi Parlimen, kita telah bangkitkan tentang persoalan peruntukan yang perlu diberikan kepada setiap kawasan Parlimen. Ia adalah hak untuk diberikan kepada setiap Ahli Dewan Rakyat untuk perbelanjaan kebajikan rakyat.

"Peruntukan disalurkan oleh Unit Penyelarsan dan Penyelenggaraan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Jadi ia menjadi hak Perdana Menteri untuk diberikan kepada sesiapa pun. Dalam hal ini Perdana Menteri berikan kepada wakil Barisan Nasional," kata Nurul Izzah selepas majlis penyerahan bantuan kepada lapan pelajar universiti yang kini sedang menyambung pengajiannya dalam peringkat sarjana.

Cek berjumlah RM500 setiap seorang adalah sumbangan Yayasan Aman, sebuah organisasi yang dinaungi oleh Presiden KEADILAN dan telah bergerak sebagai badan amal sejak tahun 1980an. Yayasan Aman memberi fokus kepada isu kesihatan, kebajikan dan pendidikan serta bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dan agensi kerajaan yang lain seperti Baitulmal.

Nurul Izzah menjelaskan Yayasan Aman hanyalah pemegang amanah dan sumbangan daripada orang ramai dan agensi terbabit yang akan disalurkan terus kepada golongan yang memerlukan.

Beliau juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat kaedah penyaluran peruntukan di setiap kawasan Parlimen.

Beliau ingin mendapatkan penjelasan mengenai mekanisme dan pembentangan laporan tahunan kewangan mengenai perbelanjaan di setiap kawasan Parlimen terutamanya yang diselia oleh wakil rakyat Barisan Nasional.

Nurul Izzah mendedahkan peruntukan tahunan untuk setiap kawasan Parlimen berjumlah sekitar RM 800,000 hingga RM1.5 juta.

"SPRM pernah menghubungi saya sebelum ini, dan bertanya bagaimana wang yang disalurkan ke Pusat Khidmat kami. Bagi kami tiada masalah, kerana Pakatan Rakyat contohnya di Selangor, telah mempunyai mekanisme bagi memastikan ketelusan penyampaian setiap peruntukan melalui pemantauan Selcat (Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor)," tambah beliau.

Menyentuh mengenai kenaikan harga minyak dan barangan keperluan asas Nurul Izzah berkata langkah tersebut menekan kehidupan rakyat dan keadaan bertambah buruk dengan masalah kemiskinan bandar, pengangguran, dan jenayah sosial yang memerlukan pemantauan dan perhatian pihak berkuasa.

"Jadi adalah baik sekiranya, kerajaan menubuhkan Kementerian Wilayah Persekutuan yang memberikan fokus kepada isu berkaitan dengan pembangunan di kawasan Kuala Lumpur. Kami turut mendesak diadakan pilihan raya Majlis Tempatan seperti mana yang diadakan pada peringkat Dewan Undangan Negeri. Mengikut sejarah, kawasan Kuala Lumpur ini asalnya adalah di bawah pentadbiran kerajaan Selangor."

"Namun, selepas piihan raya 1969 yang menyaksikan kekalahan Perikatan di banyak kerusi di Selangor, mereka mula berusaha untuk mendapatkan semula pengaruh di kawasan bandar dengan menubuhkan Wilayah Persekutuan," tambah Izzah.


Sumber: Suara Keadilan

Najib Ikut Jejak Langkah Mahathir Kekang Media

Posted: 22 Jul 2010 04:01 AM PDT


KUALA LUMPUR 22 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang takut berdepan dengan suara rakyat kini mengikuti jejak langkah mentornya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyekat pengamal media di negara ini daripada menyebarkan maklumat tepat kepada rakyat.

Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Indipenden (Kami) Ahmad Lutfi Othman berkata Najib dilihat mengulangi kembali sikap menekan dan mengekang media ketika pentadbiran Dr Mahathir yang menyebabkan kebebasan media terhakis dengan teruknya.

"Semasa Najib baru dilantik menjadi Perdana Menteri, beliau berjanji untuk melakukan pembaharuan dan langkah awalnya dengan membatalkan perintah menggantung penerbitan akhbar rasmi Parti Islam Se-Malaysia ketika itu serta membebaskan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

"Beliau kemudiannya mengulangi corak pemerintahan kuku besi Dr Mahathir apabila tidak dapat menyembunyikan masalah dan skandal yang mungkin didedahkan oleh pihak akhbar.

"Apa yang dilakukan oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional khususnya yang didedahkan itu mungkin menjejaskan 'survival' kuasa mereka maka akan mengambil jalan mudah untuk mengenakan tindakan untuk memberikan tekanan," kata beliau dalam sidang media selepas diskusi kali ke-2 berkenaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang diadakan di pejabat editorial Harakah, Jalan Pahang.

Pada masa yang masa Ahmad Lutfi berkata beliau tidak terperanjat dengan tindakan Perdana Menteri kerana banyak perkara yang dilihat banyak mengikuti jejak langkah Dr Mahathir yang menekan dan suka mengunakan pendekatan yang keras.

Ini dibulikan dengan tindakan menekan menekan lidah rasmi parti di luar Barisan Nasional seperti Siara Keadilan, Harakah dan Rocket.

Tambahnya, selepas kerajaan bertukar daripada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi, kebanyakkan pengarang berita di syarikat akhbar yang besar telah ditukar dengan orang yang rapat dengan Najib.

Sumber: Suara Keadilan

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


RAMADHAN DI GAZA

Posted: 21 Jul 2010 11:47 PM PDT

Salam 2 all.

Alhamdulillah dan insyallah saya akan menyertai misi "Ramadhan di Ghozzah" bersama dengan badan Majlis Perunding Islam Malaysia" (MAPIM).

Insyallah kami akan bertolak pada hari Jumaat 25 Sya'ban/ 06 Ogos 2010 dan dijangka berada disana sehingga Rabu 08 Ramadhan 1431/ 18 Ogos 2010. Kemudian insyallah jika ada rezeki saya akan ke Baitul Maqdis pada hari Khamis 09 Ramadhan 1431 dan akan cuba mengerjakan solat Jumaat di Masjid Al Aqsa pada hari Jumaat 10 Ramadhan, sebelum kembali ke tanah air insyallah pada hari Sabtu 11 Ramadhan 1431 bersamaan 21 Ogos 2010.

Misi "Ramadhan di Ghozzah ini bertujuan untuk mengumpul maklumat dan membuat dokumentasi yang berkaitan untuk tujuan mengenal pasti bantuan dan keperluan umat Filistin khususnya di Ghozzah.

Selain itu kami juga akan menghulurkan bantuan makanan dan perubatan yang sewajarnya kepada mereka yang memerlukan disana. Dan yang lebih menarik, insyallah kami akan cuba berpuasa bersama mereka pada peringkat awal Ramadhan ini.

Apa yang menarik bagi misi ini ialah ianya akan disertai oleh 40 orang delegasi termasuk dari kalangan bukan Islam, diketuai oleh tokoh pejuang Cikgu Azmi (daripada Teras). Turut menyertai misi ini ialah seorang ulama' Sahibul Fadhilah Ustadz Abdul Ghani Shamsuddin (bekas Pengerusi Persatuan Ulama' Malaysia) dan rakan media termasuk saudara Mohd. Nizal Mohamad (bekas wartawan TV3).

Insyallah saya berdoa kepada ALLAH semoga misi ini berjaya. Saya dan rakan-rakan yang menyertai misi ini tahu akan bahaya yang sedang menanti kami, sebagaimana yang berlaku kepada misi Flotilla baru-baru ini. Namun itu adalah risiko yang kami bersedia ambil.

Pada saya, kalau ditakdirkan ALLAH apa-apa berlaku kepada kami, termasuk kemungkinan terkorban, kami berharap ALLAH akan mencatatkannya sebagai sebahagian daripada 'amal kami yang tidak seberapa.

Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan kepada misi ini, sila tuliskan cek atas nama "MAPIM-Tabung Bantuan Gaza" atau membuat bayaran terus ke akaun MAPIM di Bank Islam Malaysia Berhad Akaun No. 0801301007582.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa disebabkan misi ini, semua program tazkirah Ramadhan yang telah diatur termasuk kuliah Subuh, tazkirah Tarawih, kuliah zohor, tazkirah Jumaat, khutbah Jumaat dan program tazkirah dhuha kaum ibu di semua surau, masjid, pejabat dan lain-lain bagi bulan Ramadhan tahun ini terpaksa saya batalkan. Saya pohon maaf kepada semua sahabat yang telah menjemput saya bagi program-program tersebut (yang kebetulan telahpun penuh bagi sebulan Ramadhan 1431 ini). Saya telahpun menghubungi semua penganjur berkenaan dan makluman ini lebih kepada para jemaah supaya memakluminya.

Insyallah jika ada ruang dan keizinan, saya akan menyambung semula semua kuliah dan tazkirah bulanan sebagaimana yang dijadualkan mulai bulan Zul Qaedah 1431 ini (selepas musim perayaan 'Eidulfitr).

Semoga ALLAH memberikan kekuatan dan istiqomah kepada kita semua dan semoga kita diberi keizinan untuk melalui bulan Ramadhan 1431 ini dengan memperolehi ketaqwaan yang sebenarnya. Semoga ALLAH meredhai kita semua yang mempunyai sedikit keimanan ini dan mengampunkan kita atas segala salah dan silap selama ini. Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak adalah dari kelemahan saya sendiri.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
10 Sya'aban 1431
22 Julai 2010

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


Seminar Pecutan Akhir Peperiksaan UPSR 2010

Posted: 22 Jul 2010 05:10 AM PDT