Selasa, 13 Julai 2010

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Selangor Kepada Pusat: Jangan Bakhil Soal Kesihatan

Posted: 13 Jul 2010 12:30 AM PDT

Menurut belanjawan 2009, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan RM13.6 billion untuk kesihatan. Jumlah ini kelihatan besar jika dibandingkan dengan jumlah RM1 billion pada tahun 1983.

Dengan merujuk kepada laporan akhbar New Straits Times "Healthcare for FREE", Exco Kesihatan Dr Xavier Jayakumar menggesa Kerajaan Malaysia untuk tidak mengamalkan sikap bakhil dalam isu kesihatan rakyat.

Laporan tersebut melaporkan bahawa belanjawan rawatan kesihatan tahunan untuk kementerian melonjak dari RM1 bilion pada 1983 kepada RM13.7 bilion pada 2009. Namun jumlah pendapatan rawatan kesihatan yang telah dipungut bagaimanapun tidak mencapai lima peratus perbelanjaan tahunan.

"Dengan KDNK yang kini melebihi RM500 bilion Malaysia sekarang hanya membelanjakan disekitar 2% daripada KDNK untuk perkhidmatan kesihatan rakyat Malaysia," jelas Xavier.

Pendirian utama  Kerajaan Negeri adalah Kerajaan Persekutuan tidak boleh melepaskan tanggungjawab mereka untuk menjamin perkhidmatan kesihatan yang adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.



"Kerajaan Negeri Selangor menekan bahawa isu peruntukan Kesihatan bukan isu jumlah perbelanjaan, tetapi sebaliknya adalah isu jumlah peratus dari Keluaran Kasar Dalam Negeri yang di peruntukan untuk Kesihatan," tegas Xavier.

"Menurut WHO atau World Health Organisation, negara-negara yang sedang membangun harus memperuntukkan 6-7% daripada KDNK mereka untuk membekalkan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat mereka," tambah beliau.

Kerajaan Malaysia digesa meningkatkan peruntukan perkhidmatan kesihatan, menyelaraskan gaji pekerja-pekerja sektor kesihatan mengikut kos kehidupan semasa serta memperbaiki kualiti tempat kerja di pusat-pusat rawatan dan kesihatan kerajaan.

"Meninjau semula subsidi yang kini diberikan kepada syarikat insurans dan hospital swasta. Hentikan penswastaan perkhidmatan-perkhidmatan di Hospital Awam," seru Xavier.

Exco Pakatan Rakyat ini turut mempersoalkan bagaimana Kerajaan Persekutuan akan mengutip wang dari rakyat Malaysia bagi menampung kos perkhidmatan kesihatan menyeluruh, apabila hanya 10% daripada rakyat menerima gaji dan membayar Cukai Pendapatan.


Sumber: TVSelangor

Masa Depan Perkhidmatan Kesihatan Malaysia: Kerajaan Persekutuan Tidak Boleh Melepaskan Tanggungjawab Kepada Rakyat Malaysia.

Posted: 13 Jul 2010 12:15 AM PDT

Peruntukan Kesihatan oleh Kerajaan Persekutuan. 
Menurut bajet 2009, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan RM 13.6 billion untuk kesihatan. Jumlah ini kelihatan besar jika dibandingkan dengan jumlah RM 1 billion pada tahun 1983.

Merujuk kepada artikel NST (11/07/2010) "Healthcare for FREE"
"The annual healthcare budget for the ministry escalated from RM1 billion in 1983 to RM13.7 billion in 2009. In contrast, the total healthcare revenue collected does not amount to even five per cent of the annual healthcare expenditure."

Kerajaan Negeri Selangor menekan bahawa isu peruntukan Kesihatan bukan isu jumlah perbelanjaan, tetapi sebaliknya adalah isu jumlah peratus dari Keluaran Kasar Dalam Negeri (KDNK/"GDP") yang di peruntukan untuk Kesihatan.

Menurut WHO atau World Health Organisation, negara-negara yang sedang membangun harus memperuntukkan 6-7% daripada KDNK mereka untuk membekalkan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat mereka.

Dengan KDNK yang kini melebihi RM500 bilion Malaysia sekarang hanya membelanjakan disekitar 2% daripada KDNK untuk perkhidmatan kesihatan rakyat Malaysia !!

CADANGAN DARI SEMINAR KESIHATAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Pendirian utama  Kerajaan Negeri adalah Kerajaan Persekutuan tidak boleh melepaskan tanggungjawab mereka untuk menjamin perkhidmatan kesihatan yang adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.

  1. Meningkatkan bajet peruntukan perkhidmatan kesihatan.
  2. Meningkatkan gaji dan memperbaiki "working conditions" bagi pekerja-pekerja sektor kesihatan.
  3. Meninjau semula subsidi yang kini diberikan kepada sektor swasta (syarikat insurans dan hospital swasta)
  4. Hentikan penswastaan perkhidmatan-perkhidmatan di Hospital Awam.
(semua cadangan yang terperinci boleh didapati dalam laporan Kerajaan Negeri)

Skim Pembiayaan Kesihatan Kebangsaan (SIKK)/ National Health Financing Scheme (NHFS)
Merujuk kepada NHFS yang diwar-warkan oleh Menteri Kesihatan baru-baru ini.
  1. Kerajaan Selangor ingin bertanya kepada Menteri bagaimana Kerajaan Persekutuan akan mengutip wang dari rakyat Malaysia untuk perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh, apabila hanya 10% daripada rakyat Malaysia menerima gaji dan membayar Cukai Pendapatan. (Only 10% of Malaysians pay Income Tax)
  2. Adakah NHFS akan berfungsi secara menyeluruh dimana semua perkhidmatan kesihatan akan jatuh dibawah NHFS? Contohnya : Cataract, Dialysis, Pembedahan-pembedahan dan Kos Kemasukan Hospital ('Hospitalisation')
  3. Adakah terma rujukan Menteri mewajibkan Menteri berbincang dan mendapat idea dan maklumbalas NGO, dll kumpulan masyarakat supaya dapat mengambilkira pandangan kami sebelum memberi keputusan Menteri? Bolehkah Kerajaan Selangor dapat appointment berjumpa dengannya?

Galak Kehidupan Beragama, Selangor Lulus 391 Tanah Rumah Ibadat

Posted: 13 Jul 2010 12:00 AM PDT

Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan 391 hak milik tanah untuk rumah ibadat di seluruh Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr xavier Jayakumar menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat telah meluluskan sebanyak 86 hak milik tanah rumah ibadat sepanjang 2 tahun pemerintahan di Negeri Selangor.

"Bila PR ambil alih, kita sudah luluskan 86, oleh Jawatan kuasa Hal Ehwal Selain Islam iaitu 42 kuil, 26 tokong, gereja 13, gudwhara 5."

Xavier berkata demikian menjawab soalah ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Kelulusan tanah untuk rumah ibadat adalah bagi memastikan rakyat negeri Selangor berbilang bangsa dan agama dapat beribadat dengan selesa dan tenang dalam kepercayaan masing-masing.

Xavier berkata, semua pembinaan tempat ibadat baru tidak perlu melalui oleh Pihak Berkuasa Tempatan kerana kuasa meluluskan diberikan kepada jawatankuasa hal ehwal selain Islam di bawah naungan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Pembinaan tempat ibadat baru tak diberi syarat sebab semua permintaan jawatankuasa ibadat. Dah bagi isyarat semua majlis ibadat lulus tanpa mlulus majlis ibadat."

Xavier menerangkan kriteria asas perancangan tempat ibadat bukan islam ialah perancangan rapi untuk tempat, lokasi yang sesuai di tengah-tengah kelompok masyarakat dan penggunaan tanah persekitaran yang harmoni dengan penyediaan zon pemisah sekurang-kurannya 50 meter dari rumah penduduk.


Sumber: TVSelangor

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Lebih 1,000 cawangan Umno Kelantan haram?

Posted: 13 Jul 2010 01:24 AM PDT

KOTA BHARU, 13 Julai: Khamis, 15 Julai adalah tarikh akhir yang diberikan kepada pucuk pimpinan tertinggi Umno untuk menyelesaikan pertikaian mengenai kedudukan lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan yang didakwa tidak sah mengikut akta Pertubuhan 1960.

Kemelut yang melanda Umno bahagian Tanah Merah yang gagal diselesai dengan baik sejak lebih setahun lalu menjadi punca sehingga terdedahkan kedudukan cawangan Umno di Kelantan yang didakwa tidak sah. Implikasi dari situasi itu menyebabkan Umno boleh diisytihar sebagai pertubuhan haram.

Demikian dedah akhbar politik Siasah dalam keluaran terbarunya yang kini berada di pasaran.

Satu sumber memberitahu Siasah, kegagalan penyelesaian Umno Bahagian Tanah Merah itu yang memberi implikasi kepada Umno Kelantan dengan membawa perkara itu ke mahkamah terpaksa diambil sekiranya pucuk pimpinan peringkat pusat berdegil untuk menyelesaikannya.

Mengenai kenapa tarikh 15 Julai dijadikan dateline kerana pada tarikh itu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yaassin dijangka merasmikan persidangan Umno Bahagian Tanah Merah.

"Sekiranya Muhyiddin hadir merasmikan mesyuarat bahagian itu satu laporan polis akan dibuat ke atas Muhyiddin atas alasan merasmikan persidangan Umno yang haram," kata sumber berkenaan dalam pertemuan eksklusif dengan Siasah baru-baru ini.

Umno bahagian Tanah Merah dianggap dalam keadaan haram bila mana kedudukan ketuanya kini, Datuk Ikhmal Hisyam Abdul Aziz dikatakan tidak sah.

Kedudukan Ikhmal sebagai ketua tidak sah bila mana cawangan yang mencalonkan beliau dalam pemilihan lalu juga tidak sah kerana ianya telah dibubarkan.

Sebagai rekod Umno Bahagian Tanah Merah telah diheret ke mahkamah ekoran kemelut berkenaan. Bekas Setiausaha bahagian, Amran Abdul Rahman telah memohon injuksi di mahkamah tinggi Kota Bharu menghalang Umno bahagian itu menggunakan aset dan dua akaun bank Umno bahagian berkenaan ekoran kesamaran kedudukan Ikhmal itu.

Gara-gara tindakan itu keahlian Amran digugurkan atas alasan membawa perkara itu ke mahkamah dimana ianya bertentangan dengan Perlembagaan Umno yang menghalang ahlinya membawa apa-apa kes ke mahkamah.

Bagaimana pun pemerhati melihat pengguguran Amran itu sebagai untuk menyelamatkan individu tertentu di mana tindakan itu sesuatu yang tidak adil dan melanggar semangat perjuangan parti.

Sekiranya laporan polis ke atas Muhyiddin diteruskan 15 Julai nanti dan masalah cawangan Umno itu dibawah ke mahkamah besar kemungkinan Umno beberapa bahagian di Kelantan boleh diistyharkan tidak sah kerana mesyuarat perwakilan bahagian sebelum ini membabitkan cawangan-cawangan yang tidak sah.

Dalam perkembangan lain satu carian dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) mendapati lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di negeri itu tidak sah.

"Daripada 2,181 cawangan Umno di seluruh Kelantan hanya 1,800 saja yang mempunyai fail dengan ROS manakala dari jumlah itu hanya 70 cawangan saja yang sah," tegas sumber itu.

Sumber: Harakah Daily

Dr Pornthip Kembali Bantu Kerajaan Selangor

Posted: 13 Jul 2010 01:21 AM PDT


Patologis terkemuka, Dr Pornthip Rojanasunand, dilaporkan akan kembali membantu kerajaan Selangor membongkar kematian Teoh Beng Hock.

Malaysiakini melaporkan Kementerian Keadilan Thailand memberi lampu hijau kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan mengizinkan Pornthip memberi keterangan berhubung penemuannya di inkues kematian Beng Hock.

Pornthip yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor bagi membantu siasatan kematian Beng Hock dilaporkan mengundur diri dari inkues kerana tekanan politik. Ekoran tekanan pelbagai pihak, Kerajaan Malaysia kemudiannya memberi jaminan keatas keselamatan Pornthip sekiranya beliau menghadiri inkues itu.

Dari laporan bedah siasat, Pornthip mengumumkan ada 80 peratus kemungkinan Beng Hock dibunuh.

Inkues dijangka bersambung esok.

Sumber: TVSelangor

'Rasuah' Kapal Selam: Bala Mesyuarat Kali Kedua

Posted: 13 Jul 2010 01:20 AM PDT


Penyiasat persendirian P Balasubramaniam dijadualkan berjumpa untuk kali kedua dengan penyiasat Perancis, hari ini yang cuba membongkar maklumat berhubung dakwaan rasuah dalam penjualan dua kapal selam kepada Malaysia.

Ini berikutan mesyuarat tiga jam semalam dengan peguam Perancis, Joseph Breham yang mengetuai pasukan penyiasat Perancis.

"Balasubramaniam akan bermesyuarat dengan peguam Perancis pada jam 4 petang waktu Malaysia," kata peguam penyiasat persendirian itu, Americk Singh Sidhu.

"Yang menarik, dua nama rakyat Malaysia juga timbul pada mesyuarat semalam."

Americk, bagaimanapun enggan mendedahkan nama mereka yang disebut itu.

Balasubramaniam kini di Paris bagi membantu Perancis untuk menyiasat kemungkinan gejala rasuah dalam penjualan dua kapal selam Scorpene oleh firma pertahanan tentera laut, DCNS. Habuan komisyen seumpama itu adalah salah mengikut undang-undang Perancis.

Penyiasat persendirian itu yang kini melarikan diri dan tinggal di India, tiba di London minggu lalu untuk disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun, SPRM mengubah pendirian mereka, empat hari sebelum tarikh pertemuan dan memilih menghantar senarai soalan melalui kourier kepada Balasubramaniam di London.

Suruhanjaya itu dipertanggungjawab menyiasat dakawaan penyiasat persendirian itu bahawa adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak - Nazim dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan memainkan peranan memaksa Balasubramaniam menarik balik pengakuan bersumpah pertamanya yang dianggap begitu kontroversial.

Americk berkata jawapan dalam bentuk afidavit Balasubramaniam kepada SPRM akan dihantar ke pejabat suruhanjaya itu pada 19 Julai.

"Balasubramaniam menandatagani afidavit itu Jumaat lalu di London," katanya.

"Peguam Manjeet Singh Dhillon akan menghantar afidavit itu kepada SPRM pada hari tersebut."

-malaysiakini

Dakwaan Anwar-CIA Jenaka Mingguan Umno-BN

Posted: 13 Jul 2010 01:17 AM PDT


KUALA LUMPUR 13 Julai - Laporan akhbar Utusan Malaysia milik Umno yang mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah 'alat' kepada Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) adalah amat liar dan karut semata-mata kata Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

Dengan hanya memetik penulisan seorang blogger New York yang diragui bernama Elaine Meinel Supkis yang diangkat Utusan sebagai 'penulis blog terkemuka', akhbat tersebut terus menelan apa yang terkandung dalam tulisan blogger ntersebut .

"Bagi saya itu tuduhan yang amat liar dan karut serta tidak mempunyai asas yang kukuh. Kita melihat Umno-Barisan Nasional sekarang berada dalam kegelisahan sebab itulah tuduhan yang dilakukan oleh mereka kebelakangan ini bersifat kelam kabut.

"Kalau sebelum ini banyak tuduhan yang telah mereka lemparkan kepada Anwar seperti minta maaf dengan Yahudi dan dua hari lepas laporan Anwar bayar 'Cable News Network' (CNN) untuk satu temuramah. Sekarang mereka keluarkan satu lagi isu yang tidak berasas, bagi saya ini adalah jenaka 'joke of the week' terhadap Umno-BN.

"Berkenaan dengan tuduhan berkaitan CNN, pada pendapat saya CNN akan menjawab tuduhan tersebut kerana itu mencemarkan imej CNN. Tuduhan yang dibuat oleh Umno-BN mengambarkan seolah-olah CNN mengamalkan rasuah di dalam perkhidmatan mereka," jelas Sivarasa kepada Suara Keadilan.

Tambah beliau setiap tuduhan yang dikeluarkan oleh Umno-BN adalah kerana mereka tidak dapat menjawab setiap persoalan yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat sama ada di luar mahupun di dalam Dewan.

"Meraka tidak ada jawapan yang tepat untuk menjawab persoalan yang diutarakan.

"Bagi kita sebagai parti yang dipilih oleh rakyat, kita akan terus turun bertemu dengan rakyat untuk memberi penjelasan yang sebenar apa jua kepincangan di dalam kerajaan. Kita tahu rakyat tertanya-tanya setiap kali tuduhan dikeluarkan, itu akan diperjelaskan setiap kali kita bersama rakyat.

"Umno boleh memperbesar-besarkan isu ini tetapi kita tidak akan ambil berat terhadap kenyataan tersebut. Peranan kita adalah menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat bukan memutar belit kenyataan, rakyat dapat menilai mana yang tepat mahupun tidak tepat," tegas beliau lagi.

Mengulas tentang tuntutan Umno Selangor yang mendesak Anwar digugurkan sebagai penasihat ekonomi Negeri Selangor, Ahli Parlimen Subang berkata sikap yang ditunjukkan oleh Umno Selangor itu sebagai sifat kebudak-budakkan.

"Umno Selangor menunjukan sikap kebudak-budakkan dan tidak cerdik apabila mendesak Anwar digugurkan sebagai penasihat ekonomi negeri, tuduhan yang dikeluarkan itu tidak mempunyai asas langsung dan sebab apa kita nak ikut cakap mereka.

"Negeri Selangor dan rakyat memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai pengalaman yang luas agar ekonomi negeri ini terus berada pada keadaan yang baik serta rakyat terbela. Kita yakin dengan kepimpinan Anwar, kepakaran yang dimilikinya melebihi pemimpin Umno," jawab Sivarasa.

Sumber: Suara Keadilan

Akhbar KEADILAN Jadi Rebutan Di Parlimen

Posted: 13 Jul 2010 01:16 AM PDT


KUALA LUMPUR 13 Julai - Akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, 'KEADILAN' yang diterbitkan oleh Angkatan Muda bukan sahaja diberikan secara percuma di sekitar Majlid Jamek pagi semalam anggota Dewan Rakyat juga berebut di bangunan Parlimen juga berebut untuk mendapatkan naskah mereka.

Pengedaran akhbar 24 mukasurat itu dilakukan selepas satu sidang media oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua untuk memaklumlan mengenai kemunculan 'KEADILAN'.

Tian menjelaskan KEADILAN akan terus menerbitkan akhbar parti itu walaupun permit penerbitan Suara Keadilan telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui Kememnterian Dalam Negeri sambil berkata KEADILAN tidak akan tunduk kepada tekanan KDN.

"Hari ini merupakan edaran akhbar rasmi KEADILAN iaitu 'KEADILAN' bagi menggantikan edisi Suara Keadilan, parti akan terus menerbitkan akhbar parti walaupun terdapat tekanan daripada KDN.

Sebagai pihak yang memperjuangkan hak rakyat dan kebebasan bersuara kita tidak akan tunduk dengan tekanan tersebut.

"Apa yang ingin dimaklumkan bahawa pagi tadi edisi ini telah diedarkan secara percuma kepada warga kota di sekitar Masjid Jamek dan kesempatan penerbitan yang baru ini kita akan edar akhbar ini secara percuma di parlimen.

"Kita tidak akan hentikan penerbitan sehingga mendapat keterangan sebenar terhadap kedudukan permit akhbar terbabit dari KDN. KDN tidak boleh mengambil apa-apa tindakan ke atas akhbar ini kerana ia adalah hak parti dan parti mempunyai kuasa untuk membuat terbitan," tegas Tian.

Sementara itu Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin memberitahu penerbitan akhbar ini tetap diteruskan dan ini adalah bagi memastikan setiap rakyat mendapat maklumat yang jelas mengenai isu yang berlaku di negara ini.

"Kita tidak akan tunduk kepada tekanan politik kotor Umno-Barisan Nasional, dasar yang diamalkan oleh Umno-BN adalah amat kejam kerana halangan bersuara dan mendengar.

"Kita akan pastikan akhbar rasmi KEADILAN ini akan terus berada dipasaran dan setiap rakyat berhak mendapat maklumat yang tepat mengenai apa jua penyelewengan yang berlaku didalam pentadbiran kerajaan bukannya berita yang telah diputar belit.

"Hari ini kita mahu KDN mengambil sikap yang lebih adil agar kelulusan penerbitan diberikan kepada Suara Keadilan. Kami kesal dengan tindak tanduk KDN yang tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap akhbar arus perdana dan juga Suara Perkasa yang secara jelas mempunyai unsur hasutan dan perkauman," kata Zuraida.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah pula menegaskan terbitan akhbar akan diteruskan dan beliau menyatakan kelewatan terbitan disebabkan oleh karenah KDN yang sentiasa membuat pemantauan kerana takut rakyat terus mendapat maklumat yang jelas terhadap pentadbiran kerajaan.

"Saya juga tegaskan kita terus terbit akhbar terbabit dan kelewatan terbitan ini disebabkan pemantauan yang dilakukan oleh KDN. Sikap sedemikian ini jelas Umno-BN menggunakan KDN untuk memastikan akhbar terbabit tidak diterbit bagi mengelak rakyat mendapat maklumat yang tepat.

"Sepatutnya KDN menggunakan saluran undang-undang yang betul jika ingin menghalang penerbitan bukan menggunakan kuasa politik pemimpin tertentu.

Sekarang jelas wujudnya tekanan politik kerana KEADILAN mahupun Suara Keadilan belum lagi disabitkan salah oleh Mahkamah tetapi KDN telah mengambil sikap yang terburu tanpa menunggu keputusan mahkamah," jelas Sivarasa.

Selepas sidang media tersebut Tian telah menyerahkan senaskah akhbar Keadilan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang ketika itu berada di lobi parlimen.

Sumber: Suara Keadilan

Pengerusi PAC Selangor Dari BN Bukti Pakatan Rakyat Amal Budaya Politik Adil, Telus

Posted: 13 Jul 2010 01:14 AM PDT


SHAH ALAM 13 Julai - Lantikan anggota pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negeri membuktikan Pakatan Rakyat tidak mengamalkan bidaya politik kedurjanaan dan mampu bekerjasama dengam semua pihak hatta Barisan Nasional sekali pun demi kebaikan dan kesejahteraan negeri dan rakyat Selangor.

Malah Pakatan Rakyat Selangor menunjukan contoh dan jalan kepada Umno-Barisan Nasional bagaimana sesebuah kerajaan itu harus bersikap adil, telus dan terbuka serta tidak kejam dan berlaku zalim kepada pembangkang

Semalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor melakar sejarah apabila biat pertama kali dalam sejarah politik negeri itu melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Burung daripada BN, Datuk Mohd Shamsudin Lias menerajui jawatankuasa penting itu.

Pelantikan Mohd Shamsudin dibuat setelah ADUN Kajang, Lee Kim Sin mengosongkan jawatan yang disandang beliau sejak 2008.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Teng Chang Khim berkata pemilihan Mohd Shamsudin merupakan pilihan yang tepat kerana beliau memenuhi kriteria pelantikan termasuk pengalaman dalam bidang berkaitan.

"Ini sekali lagi menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat adalah satu kerajaan yang terbuka kerana sudi melantik ahli pembangkang sebagai pengerusi jawatankuasa PAC.

"Ini tidak pernah berlaku dan sekiranya kerajaan nak tutup isu pasir dan berbagai isu yang di bawa BN, maka tidak perlu kita melantik pembangkang sebagai pengerusi PAC.

"Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sudi mencatat sejarah di negara ini dan juga sejarah untuk badan perundangan di Malaysia malah di Parlimen sendiri pun belum sampai ke tahap itu," kata Chang Khim

Beliau juga berkata pelantikan tersebut mendapat persetujuan semua pihak termasuk pihak pembangkang.

"Kita bukan lantik orang luar tetapi kita lantik daripada kalangan ahli jawatankuasa PAC yang sedia ada, cuma pengerusi yang sedia ada YB Lee Kim Sin mengosongkan kerusi untuk diberikan dan diserahkan kepada Datuk Shamsudin yang memang sudah dilantik sebagai ahli PAC.

"Saya juga percaya latarbelakang beliau yang merupakan ADUN untuk penggal kedua dan juga bekas pegawai daerah serta pengalaman dalam bidang audit, itulah kriteria yang diambil kira dan beliau calon yang memang layak dan mempunyai pengalaman dan kelayakan yang lebih baik," kata beliau.

Bercakap pada Suara Keadilan di lobi Dewan Annex Kim Sin yang lebih dikenali sebagai Cikgu Lee berkata pengosongan itu dibuat setelah mengambil kira sistem yang digunakapakai di parlimen Komanwel yang mana pelaksanaan sistem itu dibuat secara adil dan telus tanpa mengira parti yang memerintah.

"PAC Selangor telahpun menyiasat laporan audit kerajaan terdahulu (BN) dan sekarang kita akan memulakan siasatan ke atas kerajaan Pakatan Rakyat, iaitu kerajaan yang mentadbir negeri sekarang.

"Jadi adalah lebih baik penyiasatan itu diketuai oleh ahli daripada pembangkang sendiri bagi memastikan sistem yang digunakan adalah telus dan adil kepada semua pihak juga menggunakan dasar sama rata," kata Kim Sin.

Sumber: Suara Keadilan

Laporan Media Mengenai Isu Perlombongan Haram Di Kuala Langat Salah Fakta

Posted: 13 Jul 2010 01:13 AM PDT


SHAH ALAM 13 Julai - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata laporan mengenai perlombongan pasir yang disiarkan akhbar hari ini adalah tidak benar kerana fakta yang diberikan kepada media adalah salah.

Berdasarkan gambar yang disiarkan akhbar, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) mengatakan syarikat itu pasti gambar tersebut diambil di sekitar lombongnya yang mempunyai permit sah di Kampung Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat dan bukannya di Bukit Canggang seperti dilaporkan media.

"Permit melombong pasir di kawasan itu yang dikeluarkan pentadbir Tanah Kuala Langat sejak Januari 2010 selepas mendapat kelulusan jabatan teknikal termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains, Lembaga Urus Air Selangor, Majlis Daerah Kuala Langat dan pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat.

"Kelulusan daripada jabatan ini diperolehi selepas Skim Melombong (mining Scheme) dan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diluluskan oleh jabatan-jabatan ini.Operasi perlombongan dijalankan selepas JAS dan LUAS berpuashati dengan EMP yang disediakan oleh KSSB. Antara kandungan EMP adalah operasi perlombongan KSSB tidak jejaskan alam sekitar termasuklah Paya Indah Wetlands,"jelas Abdul Khalid dalam kenyataan beliau hari ini.

Menurutnya, syarikat perunding, Enviro Enhance Sdn Bhd juga bertanggungjawab menghantar laporan setiap bulan kepada JAS.

KSSB juga menyediakan zon penampan selebar 20 meter dari sempadan kawasan melombong. Kecerunan tebing yang landai dengan purata 27 darjah disediakan untuk memastikan tebing tidak runtuh dan membahayakan pekerja serta alam sekitar.

Ini adalah mengikut Skim Melombong yang memenuhi syarat JMG, kata Abdul Khalid lagi.

"Lombong KSSB ini adalah seluas 120 ekar, bukannya 120 hektar (250 ekar) seperti yang dilaporkan oleh akhbar.Operasi fasa pertama hanyalah seluas sekitar 60 ekar. Operasi fasa kedua pula sedang dalam proses pembersihan kawasan.

"Kerja-kerja melombong telah diberikan kepada syarikat kontraktor, Cheong Weng Trading yang berpengalaman selama 15 tahun dalam industri pasir.

"Semenjak operasi bermula pada Januari 2010, sebanyak 400,000 tan metrik pasir telah dijual dengan pendapatan sekitar RM7 juta bukannya RM10 juta tan pasir bernilai RM220 juta seperti yang dilaporkan akhbar," jelas Menteri Besar.

Kata Abdul Khalid, adalah tidak munasabah untuk mengeluarkan 10 juta tan dalam masa 2 minggu seperti yang dilaporkan kerana untuk mengeluarkan pasir sebanyak itu memerlukan lebih 500,000 muatan lori.

Jentera-jentera dan peralatan melombong tidak berkemampuan untuk mengeluarkan 10 juta tan pasir dalam masa 2 minggu.

Menteri Besar berkata kerajaan negeri berterima kasih kepada mereka yang prihatin dengan kejadian curi pasir.

"Kita mencuba sedaya upaya untuk membanteras jenayah ini supaya negeri tidak terus kerugian. Pentadbir Tanah telah mengenal pasti kawasan-kawasan kecurian pasir seluruh Selangor termasuklah di Bukit Canggang dan sedang mengambil tindakan termasuklah memberi Notis 7A di bawah Kanun Tanah Negara.

Sumber: Suara Keadilan

Rais Dikecam Gagal Selidik Fakta Sebelum Dakwa Anwar Agen Amerika

Posted: 13 Jul 2010 01:11 AM PDT


SHAH ALAM 13 Julai - Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John R Malott mendesak Menteri Penerangan, Komunikasa dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, rakyat Malaysia dan pemerintah Amerika Syarikat kerana membuat tuduhan mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen agensi perisikan CIA.

Malott yang menjadi Duta Amerika Syarikat di Kuala Lumpur selama tiga tahun darim 1995 hingga 1998 berkata Anwar bukan dan tidak pernah menjadi agen Amerika.

"Saya tegaskan sekali lagi apa yang saya katakan kepada Menteri Luar ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi pada 1998, " Jika anda mendakwa Anwar adalah agen Amerika, anda juga membuat rumusan, secara salah, bahawa Amerika juga masuk campur dalam hal ehwal politik dalaman Malaysia, dan ini adalah tidak benar.

"Saya pernah menyentuh mengenai perkara ini 10 tahun dahulu ketika saya menulis satu artikel untuk Malaysiakini ('Anwar was never an American spy', Sept 2, 2000) di mana saya menafikan secara khusus bahawa Anwar buka dan tidak pernah menjadi agen kepada Amerika.

"Seperti yang saa tulis dalam artikel tersebut saya memberitahu Abdullah bahawa Anwar bukan agen Amerika. Sekiranya kerajaan Malaysia menangkap Anwar dan mendakwa beliau agen Amerika, kita akan mengeluarkan kenyataan serta merta untuk menafikan sekeras-kerasnya dan akan mencabar kerajaan Malaysia untuk menyediakan bukti.

"Saya juga secara jelas memberitahu Abdullah bahawa kerajaan Malaysia akan dimalukan kerana mereka tidak mampu memberikan bukti untuk menyokong dakwaan tersebut kerana dakwaan ini hanya khayalan yang tidak wujud sama sekali," kata belas duta itu dalam satu kenyataan beiau hari ini.

Beliau membidas Rais sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai penerangan dan informasi kerana gagal memeriksa fajta yang maklumat yang betul ketika membuat tuduhan yang melulu tersebut.

"Sudah tentunya rakyat mengharapkan beliau melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik. Dalam keadaan ini Rais sepatutnya memastikan berita yang beliau terima adalah benar tetapi sebaliknya berlaku.

"Rais gagal menyelidik latarbelakang blogger yang tulisan mengenai Anwar dipetik oleh Utusan Malaysia. Malah tidak siapa pernah mendengar blog ini apatah lagi mengatakan ianya 'terkenal'. Saya yakin Rais juga tidak membaca blog tersebut sebelum beliau membuka mulut. Sebaliknya beliau terus percaya dengan laporan Utusan itu," jelas beliau.

Malott menambah sekiranya Rais mengambil masa 15 saat untuk melayari google beliau akan ketahui bahawa blogger yang dilabelkan sebagai 'pakar' oleh Utusan sebenarnya berkata beliau pernah disambar petir sebanyak 10 kali ketika berada di dalam rumah beliau dan menuduh Ratu Elizabeth terlibat dalam sindiket wang haram.

"Blogger ini juga berkata beliau tinggal di atas gunung di New York bersama kuda, kucing, anjing dan ayamnya. Bagaiman orang seperti ini tahu mengenai Malaysia dan siapa sebenarnya agen CIA?

"Sebelum Rais menyebarkan berita palsu daripada orang seperti ini, elok beliau periksa fakta dan elakkan dirinya daripapda mendapat malu. Mengapa Rais tidak buat kerjanya dengan betul dan bersungguh-sungguh?

"Ini bukan sahaja mengenai Rais dan Utusan malah saya amat terkejut kerana masih ada golongan di Malaysia yang terus menerus menyebarkan isu karut ini mengatakan Anwar agen Amerika demi kepentingan agenda politik mereka," tegas beliau lagi.

Malott menyoal sekiranya beliau berbohong mengenai Anwar 10 tahun dahulu mengapa Dr Mahathir yang menguasai Cawangan Khas (Special Branch) selama 22 tahun tidak menafikannya.

"Mengapa tidak seorang pun tampil untuk membuktikan Anwar agen Amerika tujuh tahun selepas persaraan Dr Mahathir? Mengapa mereka tidak mampu membuktikan sehingga hari ini? Mengapa mengambil coretan dblogger yang membebel yang bukan-bukan yang tinggal di atas gunung di New York? Kenapa Anwar tidak ditangkap atas tuduhan pengintipan?

"Kerajaan Malaysia mungkin mempunyai perbezaan pendapat dengan Anwar tetapi jika ia membuat dakwaan palsu terhadap Amerika Syarikat khususnya menuduh kita mencapuri urusan dalaman Malaysia, kita akan mendedahkan segala dakwaan palsu itu.

"Malah selepas 12 tahun saya bertemu Abdullah, Malaysia gagal memberikan walaupun sekelumit bukti bahawa Anwar adalah agen Amerika," kata Malott lagi.

Beliau berkata Rais juga wajib memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana dakwaan beliau tersebut dilihat cuba merosakkan usaha beliau untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat

"Mengapa anda (Rais) melemahka usaha Perdana Menteri anda dan mengatakan Amerika Syarikat masuk campur dalam urusan dalaman Malaysia dan menyokong pembangkang?

"Sekiranya Amerika gembira dengan usaha Najib di mana pula letaknya logik kita menyokong Anwar dan pembangkang?" tanya Malott kepada Rais.

Sumber: Suara Keadilan

Najib Yang Sudah Hilang Tuah Kini Teramat Bimbang

Posted: 13 Jul 2010 01:10 AM PDT


Baru-baru ini saya mendengar khabar angin bahawa Datuk Seri Najib Razak, seorang individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak dapat tidur lena. Adalah amat tidak adil terhadap dirinya jika kita menganggap Najib mampu tidur lena seperti bayi. Ini kerana pertamanya, beliau bukannya seorang bayi.

Kedua, saya diberitahu Najib kini berasa amat bimbang. Saya pun akan berasa begitu jika berada dalam keadaan seperti beliau. Agak memeranjatkan jika Najib mampu tidur langsung.

Najib seorang yang amat resah ketika ini. Apa tidaknya dengan segala tuduhan dan dakwaan terhadapnya, umpamanya menjadi kaitan kepada kes pembunuhan yang berlegar disekitar beliau.

Saya pun akan merasa begitu juga. Saya berasa kasihan terhadap beliau kerana walaupun memegang tampuk kekuasaan, ada sahaja warga Malaysia samada di dalam atau luar negara yang tidak menghargai jasa baik serta budinya dan tidak mahu meninggalkan beliau dalam aman.

Kenapa mereka amat nekad untuk menelanjangkan peribadi sebenar Najib dan mendedahkan segala apa yang mereka percayai sebagai kejahatan Najib?

Raja Petra Kamarudin, blogger tersohor Malaysia kini bergabung tenaga dengan orang kuat KEADILAN dan peguam terkemuka, Datuk Zaid Ibrahim untuk menumbangkan pengaruh dan kedudukan Najib. Tidak cukup dengan itu sejumlah warga Malaysia yang berhemah juga turut mendesak Najib untuk mendapatkan jawapan kepada soalan mereka.

Sebagai warga Malaysia yang taat, mereka berhak untuk mengharapkan, walaupun sedikit, kebenaran dari Perdana Menteri mereka.

Setakat ini mereka telah dikecewakan kerana walaupun dengan kewujudan bukti kukuh, ditambah pula dengan akuan bersumpah Bala, Najib dan Rosmah terus menerus membisu seribu bahasa dan menonjolkan adegan mereka teraniaya.

Zaid menuduh Najib takutkan RPK dan Bala kerana apa yang mereka tidak tahu tentang pembunuhan Altantuya sebenarnya tidak langsung bernilai. Maka adakah sesuatu yang mengejutkan sekiranya tiada usaha dilakukan untuk menyoal Bala di London? Ya, kita melihat sedikit drama yang dimainkan oleh SPRM untuk mengaburi mata masyarakat dunia yang memerhati.

Dengan menggunakan beberapa alasan yang tidak dapat diterima akal, SPRM mempastikan kebenaran tidak akan terbongkar. Bagaimana SPRM boleh mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat jika inilah alasan terbaik mampu mereka rekacipta? Dan untuk PDRM, tidak ada apa-apa lagi yang boleh kita katakan

Seolah-olah siapa yang menyimpul perumpamaan Inggeris yang berbunyi, 'sesiapapun boleh terlepas selepas membunuh' nampaknya memikirkan mengenai Malaysia memasa menciptanya. Tindakan Khairy Jamaluddin mendakwa pihak polis lembab mengambil tindakan terhadap RPK cukup untuk memnggutakan lagi teori konspirasi saya. Adalah jelas bahawa Khairy dan Najib sememangnya menunjukkan sikap permusuhan yang nyat terhadap RPK.

Ditambah pula dengan apa yang Bala tahu mengenai pembunuhan Altantuya sudah cukup untuk menamatkan riwayat politik Najib sementara Khairy pula seorang yang dalam keadaan tergesa-gesa dalam mengejar cita-cita politiknya. Saya harap dia tahu apa yang beliau sedang lakukan, demi kebaikan dirinya sendiri.

Jadi sekarang apakah pilihan yang ada pada Najib? Walau pun pilihan yang bakal dibuat pahit dan sukar ditelan, Najib tidak punyai jalan lain kecuali menyerahkan nasib kepada penelitian dan siasatan rapi pihak berkuasa bagi membersihkan namanya. Bersandarkan kepada keyakinan bahawa kebenaran akan akhirnya terbongkar, mungkin beliau ada sedikit peluang untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Kalaulah caranya begitu, beliau bukan sahaja akan disayangi dan dihormati oleh warga Malaysia tetapi dalam proses itu akan menguatkan lagi tuntutan moral dan etika untuk memimpin negara. Adakah Najib memiliki kekuatan dan integriti karakter sebegitu untuk mempertahankan namanya dan maruah beliau dalam mahkamah?

Saya harap atas nama kebaikan sejagat Perdana Menteri kita memiliki kekuatan moral untuk membiarkan mahkamah membuat keputusan mengenai nasibnya.

Sumber: Suara Keadilan

Tindakan Bodoh KDN Tubuh Jawatankuasa Pantau Berita Palsu

Posted: 13 Jul 2010 01:09 AM PDT


SHAH ALAM 13 Julai - Cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan jawatankuasa pemantauan berita palsu atas alasan untuk menangani berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bukan membawa kebaikan kepada negara malah sebaliknya akan mencemarkan nama Malaysia dalam arus kebebasan media antarabangsa.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail memberitahu Suara Keadilan tindakan KDN itu menunjukkan kebodohan di dalam pentadbiran negara ini dalam kerangka amalan sistem demokrasi.

"Kita melihat negara luar seperti Afrika mahupun negara komunis walaupun pemerintahan mereka teruk tetapi mereka mengamalkan kebebasan media.

"Apa yang berlaku di negara ini sebaliknya, kita bercakap tentang dasar demokrasi tetapi sikap sebenar pentadbiran negara ini lebih teruk dari apa yang berlaku di negara luar. Tindakan KDN hendak menubuhkan jawatankuasa memantau berita palsu itu adalah sikap yang bodoh serta menjatuhkan imej negara ini, kenapa mereka tidak membuat perbandingan dengan negara luar terhadap amalan kebebasan media.

"Tidak ada sebuah negara pun dalam dunia ini yang menubuhkan jawatankuasa sedemikian tetapi sikap angkuh pemimpin Umno-Barisan Nasional menjadikan Malaysia sebuah negara kuku besi yang menyekat rakyat bersuara serta menghalang daripada mendengar apa juga maklumat yang betul.

"Kerajaan sepatutnya memantau media arus perdana milik mereka yang jelas kita tahu melakukan pembohongan mahupun fitnah setiap terbitan akhbar terbabit. Kita melihat apa yang Utusan Malaysia siarkan kenapa tiada tindakan, bila media alternatif mengeluarkan kenyataan yang benar dalam mencari penyelesaian terus diambil tindakan.

"Kerajaan sebenarnya tidak bersikap adil dalam pentadbiran mereka, sikap amalan berat sebelah serta penubuhan jawatankuasa tersebut mencerminkan lagi bahawa negara ini berada dalam era zaman pemerintahan yang kejam serta zalim," tegas Azan.

Azan juga berkata slogan 'Selamatkan Malaysia' yang menjadi laungan Pakatan Rakyat amat bertepatan dan sesuai kerana rakyat perlu menyelamatkan negara ini daripada pemerintahan

Umno-BN yang mengamalkan budaya kejam, zalim dan menindas.

"Slogan yang kita laungkan itu amat bertepatan sekali, kita perlu selamatkan Malaysia daripada golongan yang zalim lagi kejam. Rakyat perlu membuat keputusan dari sekarang bukan hanya menjadi pemantau. Sebelum ini kita ingin menyelamatkan Malaysia daripada teruk merundum dalam ekonomi dunia tetapi sekarang kita perlu selamat negara ini daripada kerajaan yang zalim.

"Saya melihat amalan media arus perdana lebih teruk lagi jika dibandingkan dengan media alternatif, lemparan fitnah mereka secara terbuka dengan menyelewengkan fakta serta bersikap mengampu tetapi kita kesal kerana kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) sentiasa membela mereka.

"Sikap pembohongan media arus perdana itulah \menyebabkan media tersebut tidak lagi menjadi rujukan kepada pembaca dan kenyataan ini diakui oleh barisan kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Mereka mengatakan internet dan media alternatif menjadi rujukan utama kepada pembaca di negara ini mahupun yang berada di luar negara.

"Saya yakin atas dasar inilah tekanan diberikan ke atas media alternatif, kerajaan takut dengan penerimaan rakyat terhadap laporan media alternatif. Selain itu tindakan menggantung permit penerbitan akhbar rasmi parti Pakatan Rakyat merupakan langkah kerajaan cuba memperbodohkan rakyat serta memutar belitkan fakta agar rakyat tidak terpedaya dengan dakwaan itu," kata beliau lagi.

Tambah beliau jika kerajaan sekarang berada dalam ketakutan mereka perlu mengadakan pilihan raya sekarang.

Ini kerana beliau pasti ada sedikit sokongan yang akan di perolehi oleh umno-BN tetapi jika kerajaan takut dan berdegil untuk tidak melakukan pilihan raya rakyat akan menolak sepenuhnya pentadbiran mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu jawatankuasa pemantau itu turut dianggotai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim manakala Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri berfungsi sebagai adalah urusetia.

Beliau mengganggap penubuhan jawatankuasa itu bertujuan untuk mengelak rakyat terus tertipu dengan berita palsu.

Sumber: Suara Keadilan

Pemikiran Perkasa dan MCA Macam Kanak-kanak Tadika

Posted: 13 Jul 2010 01:08 AM PDT


SHAH ALAM 13 Julai - Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kebangsaan, Hu Pang Chow menyeru Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai supaya meletak jawatan dalam parti selepas mencadangkan penubuhan Perkasa versi Cina bagi menangani serangan perkauman Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Pang Chow berkata adalah tidak masuk akal cadangan Naib Presiden MCA itu kerana apabila Perkasa membuat berbagai permintaan, MCA melawan balik dengan menubuhkan pertubuhan yang serupa.

"Saya rasa pemikiran mereka sama taraf dengan pemikiran kanak-kanak yang belajar di Taman Asuhan Kanak-Kanak.

"MCA tidak akan berjaya mewujudkan suasana yang harmoni jika ia mahu berlawan dengan Perkasa tajaan pengerusinya, Datuk Ibrahim Ali.

"MCA sepatutnya berlawan dengan Umno dan bukannya Perkasa kerana parti itu lebih banyak melakukan 'dosa' di negara ini," kata Pang Chow kepada Suara Keadilan.

Apabila ditanya mengenai pendapatnya berhubung konsep 1Malaysia yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata itu hanya retorik politik semata-mata kerana apa yang berlaku sekarang adalah jenayah, rasuah dan fitnah yang berleluasa.

"Ini cuma mainan politik Umno dan Najib telah memutar belitkan konsep 1Malaysia yang nampaknya tidak seperti yang diumumkan.

"Saya menyeru rakyat Malaysia supaya memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti kerana selagi Pakatan Rakyat tidak dihantar ke Putrajaya, kita tidak akan dapat melihat pembaharuan di dalam Kerajaan Pusat," tegasnya lagi.

Sebelum itu, media melaporkan Timbalan Menteri Kewangan itu membuat cadangan yang membayangkan agar kumpulan Perkasa versi Cina itu diterajui oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor yang seringkali dilihat lantang membuat tuntutan mengenai kepentingan masyarakat Cina.

Katanya, tanggungjawab itu tidak sesuai dipikul oleh MCA kerana ia parti politik dan NGO dibolehkan bertindak dalam cara yang berlainan.

Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi MCA Selangor mengakui memikul tugas berat bagi mendapatkan sokongan masyarakat Cina yang ternyata mengundi Pakatan Rakyat pada PRU 2008.

Pada PRU, MCA Selangor dimalukan apabila hanya berjaya memenangi satu daripada tujuh kerusi parlimen yang ditandingi manakala bagi kerusi negeri, ia hanya mampu menang dua daripada 14 yang ditandingi.

Sumber: Suara Keadilan

Musa Gaji Tinggi Tapi Gagal Tangani Masalah Jenayah Semakin Serius

Posted: 13 Jul 2010 01:06 AM PDT


SHAH ALAM 13 Julai - Pendapatan bulanan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dianggarkan mencecah lebih RM25 ribu sebulan tidak layak beliau terima memandangkan kadar jenayah masih ditahap yang merisaukan dan usaha pembasmian jenayah dilihat gagal di bawah pengawasan beliau.

Walaupun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa kadar jenayah telah turun sebanyak lima belas peratus, tetapi rakyat menganggap ia sebagai kenyataan untuk mententeramkan hati bukan satu realiti yang nyata.

Rakyat dinegara ini masih lagi merasakan kehidupan mereka sentiasa berhadapan dengan ancaman jenayah walaupun mereka berada di dalam kediaman sendiri.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ketika dihubungi memberitahu sebenarnya sudah lama Pakatan Rakyat mendesak Musa meletak jawatan sebagai Ketua Polis Negara kerana terlalu banyak kes jenayah di negara ini beliau gagal selesaikan.

"Dari dulu lagi kita mendesak Musa melepaskan jawatannya apatah lagi dengan isu jenayah yang tidak dapat diselesaikan sepenuhnya. Selain itu kejadian di tembak sesuka hati oleh pihak polis merupakan satu kegagalan besar di dalam Polis Di Raja Malaysia (PDRM), seperti dalam kes kematian remaja Aminurasyid yang disebabkan tindakan polis menembak secara melulu.

"Kita tahu tanggungjawab Ketua Polis Negara sangat besar tetapi beliau gagal untuk menjalankan tanggungjawab tersebut dalam memastikan isu jenayah negara ini berada pada tahap yang betul-betul memuaskan.

"Berkenaan dengan isu pendapatan bulanan anggota polis, kerajaan tidak sepatutnya hanya memberi tumpuan kepada pendapatan Ketua Polis Negara sahaja tetapi ia perlu peka kepada anggota biasa juga kerana pendapatan yang kurang akan mengundang gejala rasuah anggota polis. Yang bekerja kuat adalah mereka berada di bawah bukannya yang duduk di atas seperti Musa," jelas Nurul Izzah.

Pendapat yang sama turut di utarakan oleh Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shaharin aka CheGuBard yang mengatakan pemberian gaji yang tinggi kepada Ketua Polis Negara itu adalah untuk mengelakkan berlakunya jenayah rasuah dan sepadan dengan tanggungjawab untuk membasmi jenayah tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

"Musa gagal memastikan jenayah negara ini berada pada tahap yang betul-betul memuaskan, hinggakan rakyat sekarang sentiasa berasa keselamatan mereka tidak terjamin. Mengenai laporan polis yang dilakukan terhadap pemimpin atasan Umno mahupun kerajaan, kita patut tahu sebab sebenar kenapa Musa gagal untuk mengambil tindakan terhadap laporan tersebut.

"Pemilihan Ketua Polis Negara ini dipersetujui Perdana Menteri dan diperkenankan oleh DYMM Yang DiPertuan Agong, apabila situasi ini berlaku maka secara asasnya jika lantikan dilakukan oleh Perdana Menteri bagaimana Ketua Polis itu hendak mengambil tindakan ke atas ketuanya jika ada laporan di buat terhadap ketuanya.

"Untuk mengelakkan sikap melindungi individu tertentu berlaku, saya ingin menegaskan pemilihan Ketua Polis Negara ini perlu dilakukan oleh kuasa rakyat dan pencalonan hendaklah melalui parlimen. Apabila sistem sebegini digunakan maka Ketua Polis Negara menjadi hak milik rakyat dan kepada sesiapa laporan itu dibuat maka ia boleh bertindak terus tanpa memikirkan pangkat mahupun kedudukan seseorang," tegas CheGuBard.

Tambah beliau walaupun Datuk Seri Najib Razak mengatakan negara ini mengamalkan sistem pentadbiran yang baik tetapi dasar yang diamalkan oleh Kementerian Dalam Negeri sebenarnya menunjukkan sistem negara belum lagi matang.

CheGuBard juga melabelkan pentadbiran PDRM di bawah Musa sebagai yang paling teruk jika dibandingkan dengan Ketua Polis Negara sebelum ini.

Mengikut satu laporan media gaji bulanan Ketua Polis Negara di bawah gred Gaji SSM VUYY3 adalah RM13,849.67, elaun rumah RM2,500, elaun keraian RM5,100 serta imbuhan tetap jawatan RM3,000.

Selain itu juga terdapat elaun pemandu, elaun pembantu rumah, tukang kebun dan lain-lain elaun berkaitan.

Sumber: Suara Keadilan

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


ARAK HALAL?!

Posted: 13 Jul 2010 01:07 AM PDT

Salam 2 all.

Akhir-akhir ini, kelihatan saperti ada suatu kekeliruan dikalangan umat Islam mengenai hukum arak, terutama dari segi hasilnya. Samada kekeliruan ini adalah kerana kejahilan (yang boleh diperbetulkan dengan ilmu), atau kerana kepentingan tertentu tidaklah saya ketahui.

Apa yang saya ingat, dahulu kita bergegar menyatakan kalau hari ini kita memerintah, esok kilang arak kita akan tutup. Sehingga jualan arak dikedai runcit dan serbanika pun kita nak halang. Malahan saya masih ingat semasa mengendalikan kes Al Maunah (yang majoritinya adalah anggota Unit Amal), antara sasaran mereka ialah memembak dan cuba memusnahkan sebuah kilang arak. Malahan kita pernah menuntut supaya syarikat penerbangan MAS menghentikan penjualan arak didalam penerbangan termasuk kepada penumpang bukan Islam.

Ini semua berlaku kerana kefahaman kita ialah "alkhamru ummul qoba'is", arak itu ibu segala maksiat. " Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371).

Arak yang juga disebut "khamar" dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratan kepada manusia, di antaranya :-

1. Merosakkan akal fikiran dan kesihatan
2. Merosakkan akhlak dan akidah seseorang
3. Memalingkan manusia daripada ingatkan Allah dan daripada mengerjakan solat
4. Membawa manusia ke arah kemurkaan Allah
5. Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia
6. Memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa'idah : ayat 90).

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:" "Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)".

Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-

1. pembuatnya,
2. pengedarnya,
3. peminumnya,
4. pembawanya,
5. pengirimnya,
6. penuangnya,
7. penjualnya,
8. pemakan wang hasilnya,
9. pembayarnya
10. dan juga pemesannya." (Hadis Riwayat Imam Tirmidhi).

Inilah tarbiyyah yang kita semua terima sejak dahulu, sehingga kita memandang arak dengan begitu jijik. Dan memang itulah sepatutnya pun. Dan saya antara orang yang cukup konsisten dan istiqomah dalam hal ini. samada masa ceramah atau tazkirah. Malah sebaik menjadi Ahli Parlimen, samada semasa bersama Pakatan mahupun sebagai MP Bebas, banyak usul yang saya kemukakan untuk mengharamkan arak ini. Hansard dan rekod Parlimen membuktikan pendirian konsisten saya itu sehingga kehari ini.

Dan bila bercakap tentang arak, saya pasti akan teringat kepada Almarhum Dato' Ishak Baharom, yang tidak pernah lekang daripada multnya dalam setiap ceramah, kuliah atau tazkirah Almarhum mengingatkan kita tentang bahaya arak sebagai ibu segala maksiat.

Tetapi hari ini ada diantara kita mengubah haluan dan menyatakan bahawa hasil dan cukai arak kita boleh ambil dan guna. Kita kata kita tidak boleh halang orang bukan Islam daripada meminum arak. Bahawa hasil dan cukai keatas arak halal buat kita.

Dan yang paling teruk, ada diantara kita menghalalkan tindakan kita dengan berselindung dibalik dakwaan hanya agama Islam mengharamkan arak, tetapi agama lain membenarkannya.

Samada yang bercakap itu hipokritus aljahlunus, ataupun jahlun alhipokritus!

Pertama, kita umat Islam tahu bahawa semua kitab agama wahyu yang ada hari ini telah diselewengkan atau diputarbelitkan. Maka tidak ada sebab kita nak mempercayai kitab-kitab mereka.

Kedua, adalah jelas agama-agama lain, kalau tidak mengharamkan arak pun, sangatlah tidak menggalakkan peminumannya. Tetapi apa yang jelas, semua agama mengharamkan pemabukan. Agama Buddha mengharamkan alkohol/ arak termasuk pemabukan. Agama Kristian umumnya mengharamkan pemabukan walaupun memberikan pengecualian sedikit arak saperti wine diminum untuk majlis-majlis keagamaan tertentu. Agama Yahudi/ Judaism mengharamkan paderinya daripada mengendalikan sebarang upacara agama kalau si paderi tersebut meminum arak walau setitik. Agama Hindu juga mengharamkan pemabukan. Manakala agama Sikhism (Punjabi) mengharamkan sebarang bentuk minuman yang memabukkan. Jadi dimana bukti dakwaan yang kata kononnya agama lain menghalalkan arak? Hanya kerana penganutnya minum tanpa batas bukan bermakna agamnya membenarkan.

Tiba-tiba ada pak janggoat mendakwa agama lain menghalalkan arak. Oleh itu cukai dan hasil daripada arak ini halal buat kita orang Islam ambil dan gunakan. Sedangkan hadis Rasulullah saw diatas jelas bahawa diantara sepuluh golongan yang dilaknat ALLAH berkaitan arak ialah "pemakan wang hasilnya"!! Apakah mengutip cukai dan menggunakan hasil arak itu tidak termasuk golongan "pemakan wang hasilnya"!!

Saya teringat sebuah buku risalah mengenai arak ini yang pernah diterbitkan oleh penulis sebuah parti politik tertentu bertajuk "Banjir Arak"! Jelas didalamnya menegaskan hasil dan cukai arak adalah haram!!!

Sebab itu Rasulullah pernah bersabda, "aamantu billah summastaqim" - aku beriman kepada ALLAH, dan aku beristiqamah. Mendapat iman adalah satu anugerah, tetapi hendak memelihara iman dan aqidah serta beristiqamah dengannya adalah suatu jihad dan perjuangan, dan ianya bukan mudah.

Berdoalah kita kepada ALLAH moga kita bukan sahaja diberi keimanan dan aqidah yang mantap, tetapi juga beristiqamah dengannya. Ianya bukan mudah, tetapi boleh dilakukan.

Yang baik dan benar itu daripada ALLAH, yang tidak itu adalah kelemahan saya sendiri. Ini adalah pandangan dan pendapat saya, tetapi sekiranya terbukti pandangan saya ini bercanggah dengan mana-mana ayat Al Quran mahupun hadis Rasulullah saw, maka pendapat saya ini adalah terbatal dengan sendiri dan Al Quran dan Sunnah itulah yang wajib kita ikuti, dan saya pohon keampunan ALLAH atas kelemahan dan kesilapan saya itu.

Selamat menyambut bulan sya'ban, dan bersedialah kita untuk menyambut Ramadhan. Dan saya berdoa semoga ALLAH memberikan saya dan semua umat islam yang beriman peluang untuk menjalani 'ibadah puasa dibulan penuh keberkatan ini. Ameen.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
01 Sya'ban 1431
13 Julai 2010

KEBEBASAN AKHBAR

Posted: 13 Jul 2010 12:45 AM PDT

Salam 2 all.

Saya tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri menggunakan kuasa dibawah Akta Mesin Cetak & Penerbitan untuk tidak memperbaharui permit penerbitan akhbar Suara Keadilan, dan kini mengambil tindakan yang boleh membawa kepada penggantungan akhbar Harakah.

Pada pendapat saya, sekiranya benar akhbar-akhbar tersebut melakukan pembohongan atau penipuan, tindakan hendaklah diambil terhadap editornya, penulisnya ataupun wartawan yang terlibat bukan dengan menggantung atau membatalkan permit penerbitan tersebut.

Kalau setelah siasatan dibuat oleh pihak berkuasa ataupun polis dibuat, didapati ada kes untuk diambil tindakan atas pembohongan atau penipuan dibuat oleh akhbar-akhbar tersebut, maka tindakan pertuduhan jenayah atau yang bersesuaian hendaklah diambil terhadap editornya (kerana menyiarkannya), penulisnya (kerana penulisannya) dan wartawannya (kerana melapurkannya).

Ini akan memberi pengajaran kepada para editor, penulis atau pun wartawan untuk bertindak dengan lebih beretika dan amanah.

Menggantung atau membatalkan permit sesuatu penerbitan sebaliknya akan menyebabkan ramai orang lain teraniaya termasuk para pekerja dan kakitangan yang terlibat yang mungkin tidak terbabit bersekongkol dengan pembohongan atau penipuan tersebut.

Kecuali sekiranya sudah terbukti sesuatu penerbitan itu memang menjadikan pembohongan dan penipuan itu suatu kelaziman penerbitan mereka, dan setelah diberi amaran dan peringatan beberapa kali, maka barulah boleh pihak kementerian menimbang untuk menggantung atau membatalkan permnit sesuatu penerbitan setelah mereka diberi peluang untuk membela atau memperjelaskan diri.

Dan saya cadangkan supaya tindakan penguatkuasaan ini juga dikenakan juga kepada semua penerbitan dan media samada media perdana (cetak dan elektronik), media cyber (terutama laman web dan blog contohnya). Kita dapati banyak media cyber contohnya menjadikan pembohongan dan penipuan serta putarbelit berita sebagai suatu kelaziman dan lumrah penerbitan tetapi tiada tindakan diambil. Ini mmeberikan persepsi seolah-olah pembohongan dan penipuan dihalalkan di media cyber.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
01 Sya'ban 1431
13 Julai 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Tuduhan Utusan-Umno Memakan Diri

Posted: 13 Jul 2010 07:24 PM PDT

Dari TV Selangor

Penafian Cable News Network mengundang reaksi Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution berkata penafian CNN ini membongkar strategi jahat Umno-BN yang terdesak mahu membunuh kerjaya politik Anwar Ibrahim.

” Barangkali UMNO-Barisan Nasional terlupa, sepanjang penglibatan Anwar dalam dunia politik beliau telah dilabel dan ditohmah dengan pelbagai gelaran. Semasa beliau sebagai aktivis belia, beliau dituduh sebagai agen Libya- agen Muammar Gaddafi. Kemudian selepas penyingkirannya dari kerajaan, beliau digelar sebagai pengkhianat negara, itu oleh Tun Dr Mahathir. Pengkhianat ini kalau ikut undang-undang negara hukumnya mati. Kemudian beliau dituduh sebagai agen asing, agen Yahudi, perpecah belah perpaduan Melayu, alat tunggangan kepada DAP dan yang terbaru ialah agen CIA,” jelas Saifuddin.

Utusan Malaysia pada 9 Julai lalu memuatkan laporan “Anwar didakwa bayar CNN”. Laporan berkenaan berkata penulis mendakwa Anwar telah mengupah Cable News Network untuk mewawancara beliau.

Selang beberapa hari kemudian, pada 11 Julai, Utusan sekali lagi mencetuskan kontroversi. Kali ini memetik penulis blog, Elaine Meinel Supkis yang menurut Utusan mendakwa Anwar adalah alat CIA.

Namun ujar Saifuddin, dalam keghairahan menyerang peribadi Anwar, malang bagi UMNO-Barisan Nasional senjata telah memakan tuannya.

“Tidak mungkin satu peribadi itu menjadi agen kepada banyak pihak yang berbeda-beda,” kata Saifuddin.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pula melahirkan rasa lucu dengan media milikan kerajaan yang sewenang-wenangnya memetik sumber yang tidak diragui kesahihannya.

Walhal baru-baru ini sahaja kerajaan berhasrat untuk menubuhkan jawatankuasa khusus menangani penyebaran berita palsu.

“Utusan Malaysia ketika memainkan isu ini mengambil dari sebuah blog kononnya, yang dijadikan sebab dan alasan untuk mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim. 24 jam bertalu-talu media milik BN melabel Anwar talit-barut CIA,” kata Zulkefly.

“Bagaimana pula dengan pendedahan-pendedahan yang dibuat pengendali Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin yang telah lama menyatakan keterlibatan Perdana Menteri dalam kes Altantuya Shaariibuu. Mengapa kerajaan membisu?” tambah beliau.

“Saya kira CNN dan Datuk Seri Anwar perlu menyaman kesemua media-media ini dan peribadi-peribadi yang secara keterlaluan membuat serangan kepada peribadi beliau yang tidak perlu seya sebutkan betapa jelik dan buruknya kecaman-kecaman itu,” katanya lagi.

Sementara itu pemimpin lain berpendapat bahawa adanya usaha terancang untuk menyerang keperibadian pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebelum Pilihanraya Umum ke-13 diadakan.

“Itu menandakan bahawa apa yang berlaku pada hari ini khususnya apa yang berlaku terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang dirancang, sesuatu yang mereka cuba ambil kesempatan di atas apa sahaja isu tanpa mereka mengambil kira kebenaran fakta itu,” kata Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusuf Rawa.

“BN yang tidak dapat menafikan mereka membayar APCO RM77 juta, mereka tidak dapat menafikan fakta itu,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub.

Laporan Kepada SPRM Isu Penyelewengan FELDA

Posted: 13 Jul 2010 07:01 PM PDT

Tarikh : 15 Julai 2010 (Khamis)

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Ibupejabat SPRM, Putrajaya

Semua wartawan dan pegawai media dijemput hadir bagi membuat liputan.

Fitnah Utusan Dangkal dan Berakarkan Kebencian

Posted: 13 Jul 2010 12:16 PM PDT

Alhamdulillah saya dan Azizah dapat menunaikan ibadat umrah dengan tenang. Doa kami moga umrah mabrur, sa’i mashkur dan amalan solehah.

Rupa-rupanya tatkala di Makah al Mukarramah, serangan fitnah bertali arus ditujukan kepada peribadi saya. Namun apa yang baru? Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India pastinya tali barut CIA. Khabar ini langsung tidak mengejutkan. Apatah lagi walau Umno-Bn punyai dana puluhan juta, kemiskinan idea begitu terserlah apabila mahu memintal fitnah.

Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis(kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik Umno, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulakan satu kempen dangkal dan berakarkan kebencian. Terpampang di muka hadapan fitnah Anwar Agen CIA. Pimpinan Umno pula bersahut-sahutan menyokong. Tidakkah mereka sedar rakyat Malaysia mual untuk disogok dengan berita sedemikian.
Hari ini terungkailah segala pembohongan yang dipintal serta dianyam pimpinan Umno yang diketuai Dato’ Sri Najib Razak. CNN telahpun mengeluarkan satu kenyataan bahawa organisasi media tersebut tidak menerima sebarang bentuk bayaran dari saya. Kemunculan saya untuk ruang ‘Connect The World’ merupakan keputusan penerbit program tersebut.

Penafian CNN bukan sahaja meruntuhkan bongkah penipuan media berhaluan kanan ekstrem seperti New Ledger, namun mendedahkan makar Utusan selaku lidah rasmi Umno yang berusaha memfitnah saya. Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka. Namun bagi kita tidaklah mengejutkan kerana mengetahui peranan Utusan yang selama ini sudahpun luluh integritinya sebagai sebuah organisasi yang bebas.

ANWAR IBRAHIM

Dr Mahathir yang Sebenar: Kawan baik Yahudi dan Antek AS

Posted: 12 Jul 2010 09:54 PM PDT

Dari Just Gan

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jika penasihat Parti Rakyat Keadilan (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim setia kepada kumpulan-kumpulan Yahudi, dia tidak akan setia kepada negaranya sendiri” (Bernama,. 12 Julai 2010).

Jika logik ini digunapakai, maka bekas PM Dr Mahathir meludah ke langit terkena muka sendiri, kerana sejarah menunjukkan Dr Mahathir yang sebenarnya tidak setia kepada Malaysia.Mahathir telah terlibat Salmon Smith Barney (sebuah syarikat Yahudi) sebagai penasihat kewangan selama krisis mata wang. Dia juga terlibat Goldman Sach (firma lain Yahudi) untuk tugas-tugas lain. Putera Mahathir, Mirzan, bekerja untuk Salomon Brothers (sebuah syarikat Yahudi). Mahathir berdamai dengan George Soros, seorang Yahudi yang pernah dihinanya, tetapi ketika Soros melawat Malaysia beberapa tahun yang lalu Mahathir secara terbuka menyatakan (untuk alasan yang masih misteri ) bahawa Soros tidak bertanggung jawab atas krisis kewangan Malaysia.Abramoff, seorang Yahudi, menetapkan pertemuan antara Mahathir dan George Bush selepas kerajaan Mahathir membayar USD 1.2 Juta ke Heritage Foundation yang dikendalikan oleh Abramoff. Ini hanya beberapa dari kerjasama Mahathir-Yahudi.

Jadi, siapa yang teman baik orang Yahudi ‘? Mahathir atau Anwar? Mungkin Dr Mahathir sekali lagi menderita dari (dengan) nya penyimpangan mental yang dia alami selama kes VK Lingam ketika dia terlalu mudah lupa (atau buat-buat lupa?) butiran asas dan tidak hairan jika Dr Mahathir telah lupa kerjasama dan hubungannya dengan syarikat Yahudi dan individu.

Mahathir juga sering disebut Anwar sebagai antek AS, dan akhir-akhir ini Rais Yatim, pembodek Mahathir, telah memfitnah Anwar sebagai agen CIA atas artikel sampah Utusan yang mengambil blog seorang penulis yang tidak boleh dipercayai kesahihannya (lihat rencana John Mallot’s: Rais Yatim perlu meminta maaf kepada Anwar Ibrahim) Ya, beberapa orang terkemuka dari AS berbicara untuk diri Anwar selama Sodomi I dan berbicara kembali setelah Sodomi II.

Anwar tidak meletup di AS seperti munafik tertentu menderita diare akut oral. Apakah yang membuat Anwar budak suruhan AS atau agen CIA? Soalan terkini RPK, Siapa agen AS? Anwar atau Najib?, menunjukkan kepada orang lain sebagai agen CIA – Mahathir.Hal ini Mahathir yang merupakan antek dan tali barut AS, si pencuri yang sebenarnya yang berteriak “pencuri, pencuri, pencuri, …” untuk mengalihkan perhatian dari dirinya sendiri. Dalam sambutannya kepada Heritage Foundation pada 3, Mei 2002 Menteri Pertahanan Malaysia, Najib Tun Razak, memberi butiran lengkap tentang tatacara rahsia Malaysia dengan Amerika Syarikat dalam hal pertahanan (lihat http://www.heritage.org/Research/Lecture/US -Malaysia-Pertahanan-Kerjasama). Ini juga telah disebutkan oleh Barry Wain dalam bukunya, yang Maverick Malaysia.

Melihat apa yang terjadi antara AS dan Malaysia, terutama dalam sektor pertahanan dan masalah-masalah ekonomi, selama pemerintahan Mahathir, tidak salah jika disimpulkan bahawa Mahathir mengikat Malaysia sebagai negara pengikut AS, sebuah negara yang bergantung pada AS untuk kemajuan juga sebagai kelangsungan hidup.

Malaysia di bawah Mahathir mempunyai sokongan US sokongan dalam pertahanan di Asia Tenggara. Ekonomi Malaysia juga paling bergantung pada AS, AS muncul sebagai nombor 1 pasaran eksport dan pelabur untuk Malaysia.Adakah perhambaan akrab antara dua negara yang paling kritis mungkin jika hubungan antara Malaysia dan AS bermusuhan seperti yang digembar-gemburkan oleh Mahathir?

Bolehkah satu bangsa (Malaysia) bersikap musuh ketat terhadap bangsa lain (AS) tetapi pada masa yang sama Malaysia bergantung pada AS untuk kelangsungan hidup ekonomi dan keselamatan? Hanya orang bodoh dan munafik akan percaya dan mempertahankan logik dangkal ini.Mahathir membodohi Malaysia dengan bertindak dan berpura-pura bahawa dia anti-AS, tetapi selama ini sebagai tali barut dan antek dari Amerika Syarikat.

Sebahagian rakyat Malaysia berfikir bahawa Mahathir berani dan kasar terhadap Amerika Syarikat. Banyak negara-negara dunia ketiga dan negara-negara Islam juga terpukau dengan lakonan jijik Mahathir dan menyatakan dia sebagai juru bicara dunia ketiga dan negara-negara Islam.

Mereka tidak tahu bahawa Mahathir dibenarkan untuk membuat semua laporan anti-AS sebagai taktik menipu umat Islam bahawa dia sebenarnya tali barut AS.Martin Jalleh menulis dalam MT pada bulan Januari 2010 bahawa Dr Mahathir adalah “Kejadian dari AS” tetapi hanya segelintir rakyat yang membaca dan menghadam isi sebenar rencana ini. Hujah artikel beliau mengekpos Mahathir yang sebenarnya: seorang munafik yang tidak segan untuk melakukan apa-apa untuk memenuhi keserakahan yang tak dapat diukur kekuasaan, kekayaan dan kemasyhuran.Bolehkah Mahathir membuat amaran dan ucapan kaustik tentang AS tanpa apa-apa tindakan seperti yang dikenakan keatas Iran, Myanmar, Zimbabwe oleh AS kecuali CIA telah memungkinkan dia untuk melakukannya? Seperti Mahathir berpendapat, jika AS dapat menghasilkan Avatar, mereka boleh merancang serangan 9 / 11 Twin Tower sebagai serangan pengganas. Jadi, apa yang begitu sukar bagi CIA untuk menangani Mahathir, kecuali Mahathir adalah orang mereka yang melakukan arahan mereka?

Report Fabricated, Says CNN

Posted: 12 Jul 2010 09:21 PM PDT

Malaysiakini | July 13, 2010

CNN has stringently denied that Opposition Leader Anwar Ibrahim paid the global news broadcaster to do an interview early this month.

MCPX
"The story about CNN accepting payment from anyone for Anwar Ibrahim to appear on ‘Connect the World’ is clearly fabricated," said a CNN spokesperson, who is based in Hong Kong where the network's Asia headquarters are located.

"It is disturbing that no effort was made to contact us and independently verify these groundless allegations before they were subsequently reported as fact."

Malay-language daily Utusan Malaysia had last Friday kicked off the controversy with its July 9 report headlined 'Anwar alleged to have paid CNN'.

The report referred to Trevino Strategies and Media Inc president Joshua Trevino, who wrote in a US-based news portal The New Ledger that Anwar hired media contacts, particularly in CNN, to convince Jewish lobbyists that he is not anti-Israel.

Trevino had lamented that the CNN’s 'Connector of the Day' interview on July 2 was "tame" in questioning Anwar’s anti-Zionist rhetoric.

Following the Utusan report, a number of Umno leaders attacked Anwar over the alleged "paid" interview.

“If it is true that Anwar paid for the CNN interview, it shows that he stoop so low to the United States and the Jews… he will do anything to achieve his ambition of becoming the prime minister,” said Umno vice-president Mohd Shafie Apdal the day after the Utusan report.

Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, who is also Umno deputy head, said the allegation shows that Anwar was desperate.

“He can use the media. If he has to pay, then let him pay to clarify his position and the lies he told when he went abroad,” he was quoted as saying by New Straits Times in a July 11 report headlined 'Muhyiddin: Anwar paid CNN'.

Another round of attacks

Utusan, an Umno-owned newspaper, has since ratcheted up the tempo against Anwar, this time with another report on Sunday alleging that the PKR supremo was a CIA stooge.

The report is based on the posting of an obscure American blogger, Elaine Meinel Supkis, who claimed that her source was "a Jewish editor of the warmongering Washington Post".

Utusan cited Meinel’s posting – bizarrely entitled ‘CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assassinated’ – which claimed that Anwar serves to protect the US’ interests and to undertake covert planning on its behalf in Malaysia.

This sparked another round of attacks from other Umno leaders, including Home Minister Hishammuddin Hussein and Information Communication and Culture Minister Rais Yatim.

Media Diberi Maklumat Salah Mengenai Perlombongan Haram Di Kuala Langat

Posted: 12 Jul 2010 07:46 PM PDT

KENYATAAN AKHBAR

12 JULAI 2010

Laporan mengenai perlombongan pasir yang disiarkan akhbar hari ini adalah tidak benar kerana fakta-fakta yang diberikan kepada media adalah salah.

Berdasarkan gambar yang disiarkan akhbar, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) pasti gambar ini diambil di sekitar lombongnya yang mempunyai permit sah di Kampung Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat, bukannya di Bukit Canggang.

Permit melombong pasir di kawasan itu yang dikeluarkan pentadbir Tanah Kuala Langat sejak Januari 2010 selepas mendapat kelulusan jabatan teknikal termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains, Lembaga Urus Air Selangor, Majlis Daerah Kuala Langat dan pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat.

Kelulusan dari jabatan ini diperolehi selepas Skim Melombong (mining Scheme) dan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diluluskan oleh jabatan-jabatan ini.

Operasi perlombongan dijalankan selepas JAS dan LUAS berpuashati dengan EMP yang disediakan oleh KSSB. Antara kandungan EMP adalah operasi perlombongan KSSB tidak jejaskan alam sekitar termasuklah Paya Indah Wetlands.

Syarikat perunding, Enviro Enhance Sdn Bhd juga bertanggungjawab menghantar laporan setiap bulan kepada JAS.

KSSB juga menyediakan zon penampan selebar 20 meter dari sempadan kawasan melombong. Kecerunan tebing yang landai dengan purata 27 darjah disediakan untuk memastikan tebing tidak runtuh dan membahayakan pekerja serta alam sekitar. Ini adalah mengikut Skim Melombong yang memenuhi syarat JMG.

Lombong KSSB ini adalah seluas 120 ekar, bukannya 120 hektar (250 ekar) seperti yang dilaporkan oleh akhbar.

Operasi fasa pertama hanyalah seluas sekitar 60 ekar. Operasi fasa kedua pula sedang dalam proses pembersihan kawasan.

Kerja-kerja melombong telah diberikan kepada syarikat kontraktor, Cheong Weng Trading yang berpengalaman selama 15 tahun dalam industri pasir.

Semenjak operasi bermula pada Januari 2010, sebanyak 400,000 tan metrik pasir telah dijual dengan pendapatan sekitar RM7 juta bukannya 10 juta tan pasir bernilai RM220 juta sepertia yang dilaporkan akhbar.

Adalah tidak munasabah untuk mengeluarkan 10 juta tan dalam masa 2 minggu seperti yang dilaporkan kerana untuk mengeluarkan pasir sebanyak itu memerlukan lebih 500,000 muatan lori.

Jentera-jentera dan peralatan melombong tidak berkemampuan untuk mengeluarkan 10 juta tan pasir dalam masa 2 minggu.

Kerajaan Negeri berterima kasih kepada mereka yang prihatin dengan kejadian curi pasir. Kita mencuba sedaya upaya untuk membanteras jenayah ini supaya negeri tidak terus kerugian.

Pentadbir Tanah telah mengenal pasti kawasan-kawasan kecurian pasir seluruh Selangor termasuklah di Bukit Canggang dan sedang mengambil tindakan termasuklah memberi Notis 7A di bawah Kanun Tanah Negara.

Kita juga berharap pihak media lebih berhati-hati dengan fakta yang diberikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan Negeri akan terus menambah baik perlombongan pasir yang menjadi sumber untuk agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

YAB TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

——————————————————————————————————————————————————————-

PRESS STATEMENT

JULY 12, 2010

NO THREAT ON WATER SHORTAGE IN SELANGOR AND KUALA LUMPUR

The Selangor State Government considers the recent statement by Deputy Minister Muhyiddin Yassin as protecting his cronies from the rakyat. Muhyiddin Yassin accused the Selangor government of providing free water and not increasing water tariffs, which shows he is giving priorities to the concession companies instead of the people.

The problems of the water services industry in Selangor is the result of privatisation conducted by the previous Barisan Nasional government. Puncak Niaga (M) Sdn Bhd. ("Puncak") and Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. ("SYABAS") did not have the efficiency nor financial capacity to sustain their operations of water services, such that in December 2009, the Federal Government gave a back-loaded interest free unsecured RM320.8 million loan to SYABAS. The Federal Government's generosity to this private concessionaire has benefitted SYABAS indeed. Despite this lucrative loan, SYABAS is still experiencing problems in making its payments owed to the three water treatment operators in Selangor.

The Deputy Prime Minister seems to therefore be speaking on behalf of UMNO to protect the Chief Executive Officer of Puncak, Tan Sri Rozali Ismail, who also happens to have held significant positions in the party such as UMNO Selangor treasurer and Hulu Selangor treasurer. We have reason to believe that Puncak has provided a substantial amount of financing to UMNO and its group of supporters.

The Selangor State Government has long been prepared to resolve the water restructuring issue with numerous rounds of proposals submitted for discussion with the Federal Government. However, the stumbling block has always been Puncak and SYABAS, their inability to agree on a sum, and unfortunately their actions seem to be supported by the Federal Government.

The Deputy Prime Minister's statement on water supply shortage is also untrue. The Pahang-Selangor water transfer project was based on consultants' projection that Selangor would face a water shortage crisis. Our projections however show this is not the case. Even if there was a shortage possibility, there exist other alternative water sources which can be drawn from in a shorter period, including underground water, and treated water from rivers and lakes.

We hope that the Deputy Prime Minister will check his facts accurately before making any further statements. By giving in to the demands of water concession companies Puncak and SYABAS, this would have an effect of water tariffs for the people of Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya. His experience as a former Menteri Besar of Johor is also unsatisfactory, given that Johor has one of the highest water tariffs in the whole of Malaysia.

YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Ghost Of Mongolian Model Continues To Haunt Malaysian Government

Posted: 12 Jul 2010 07:38 PM PDT

From Vancouver Sun
By Jonathan Manthorpe

The ghost of murdered Mongolian model and translator Altantuya Shaariibuu refuses to lie quiet.

For the Malaysian government of prime minister Najib Tun Razak a line appeared to have been drawn under the sordid and politically explosive affair when two of his bodyguards from his days as defence minister were convicted last year of the young woman’s murder in the jungle outside Kuala Lumpur in October 2006.

But in the last few weeks two events have revived simmering questions about the connection of the murder to a $1.2 billion contract to buy two French Scorpene-class diesel submarines ordered while Najib was defence minister.

Najib’s friend and adviser on defence matters, Abdul Razak Baginda, whose wife’s company was paid a questionable $150 million over the submarine contract, had recently brought a love affair with Shaariibuu to an acrimonious end when she was abducted and murdered.

During the months’ long trial of the two police bodyguards every effort was made to ensure prime minister Najib’s name didn’t figure in evidence.

And in a move that astonished legal experts, the judge early on in the trial exonerated Baginda of any responsibility. He promptly fled to Britain where he remains.

The stage management of the trial convinced Malaysian human rights groups that it would be pointless to try to resolve the Shaariibuu case in the senior courts in Kuala Lumpur.

One of those Malaysian human rights groups, Suaram, has therefore pressed for a judicial inquiry in France, where there are a number of investigations underway of the notorious willingness of state-owned defence companies to pay bribes or other inducements in order to gain arms contracts.

In this case Parisian prosecutors started inquiries in March focusing on the $150 million paid to a Malaysian company called Perimekar, which was set up just before Najib signed in 2002 the deal to buy the two Scorpene submarines from the French state-owned shipbuilder DCN.

Perimekar was ostensibly hired to provide “coordination and support services” for the contract, but no evidence has been produced to show the company had the skills for such tasks or ever attempted to perform them.

Perimekar is a wholly-owned subsidiary of a company called KS Ombak Laut Sdn Bhd., whose principal shareholder is lawyer Mazalinda Baginda, the wife of prime minister Najib’s friend and adviser Razak Baginda.

Shaariibuu, 28 at the time of her death, had learned French when she was a model in Paris and there is evidence she acted as translator for her paramour Baginda during his negotiations with DCN over the submarines on behalf of Najib and the Malaysian government.

Malaysian authorities have responded to the move by French prosecutors to investigate DCN and particularly its submarine-manufacturing subsidiary Armaris, for possible corruption and paying kickbacks by insisting nothing is wrong.

A spokesman for prime minister Najib said recently the French prosecutors have the right to investigate, “but for us, there is no case to answer.” He added that the deal was entirely free of corruption.

Exactly why Shaariibuu was murdered by Najib’s bodyguards has never been entirely resolved, despite the long trial and 45 witnesses.

By some accounts, after Baginda jilted her, the young woman and a friend launched several noisy demonstrations outside Baginda’s house.

Baginda reportedly went to Najib’s chief of staff, Musa Safri, and asked for help in keeping the young woman away from his home.

As a result, the two police bodyguards, Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar, abducted Shaariibuu during one of her demonstrations, took her to the jungle outside the capital and shot her.

But they then used military C4 explosives to blow up the body in an apparent attempt to foil identification, though this act has, of course, led to speculation that Shaariibuu was pregnant.

But in a letter written by Shaariibuu and discovered after her death -a letter never produced in evidence -she indicated she was trying to blackmail Baginda for $500,000 to keep quiet about the details of the $150 million paid to his wife’s company, Perimekar.

There have also been suggestions that Shaariibuu knew details of the many other arms purchases made in the military equipment buildup overseen by Najib while he was defence minister from 2002 to 2008.

These deals include the purchase of Sukhoi supersonic fighter jet aircraft from Russia and of a small fleet of coastal defence vessels.

As well as Malaysian human rights organizations, Shaariibuu’s parents have been adamant that there has been no real justice for their murdered daughter.

With the stage-managed criminal trial now done, Shaariibuu’s father and mother have tried to bring a civil suit seeking compensation for her death against Baginda and the two convicted policemen.

In a strange move, Malaysia’s High Court in March ordered the family to make a security deposit of the equivalent of $20,000 for the case to be heard by the Court of Appeal and potentially to continue to the Federal Court.

The family was distraught, saying it could not raise such a sum.

But last week The Mongolian government announced it will put up the security bond demanded by the Malaysian court so the case can be heard, though at this point it seems more likely that Shaariibuu’s ghost will get justice in Paris rather than Kuala Lumpur.

Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Scorpene

Posted: 12 Jul 2010 07:27 PM PDT

Dari Harakah Daily
Oleh Hazayani Zakaria

Pakatan Rakyat mendesak satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kapal selam Scorpene bernilai EURO1.084 bilion kerana gagal berfungsi dengan baik dan kerap kali mengalami masalah teknikal.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ketika merujuk berita Malay Mail pada 7 Julai lepas mengenai isu kapal selam KD Tunku Abdul Rahman, mendedahkan kapal selam berkenaan yang diterima pada 26 Januari tahun lepas masih lagi mengalami masalah teknikal dan tidak boleh menyelam sehingga kini.

“Kapal selam yang bernilai EURO1.084 bilion ini telah menunjukkan kegagalan bertugas dengan sempurna dan berulang kali mengalami masalah teknikal dan difahamkan jaminan daripada pihak pembekal telah dilanjutkan daripada 25 Januari sehingga 25 Mei tahun ini,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tian yang juga pengarah strategi PKR, turut mendesak Menteri Pertahanan sendiri menyatakan kos sebenar penyelenggaraan bagi dua buah kapal selam itu yang dianggarkan berjumlah RM270 juta setahun.

“Saya mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat isu kapal selam jenis Scorpene ini kerana terdapat perkara yang dipertikaikan kerana kos melebihi EURO 1.34 bilion telah dibelanjakan amat merugikan negara kerana kapal selam tersebut yang seringkali mengalami kerosakan serta misil yang dibeli pada tahun 2002 mengalami kelewatan penerimaan oleh pihak Malaysia menyebabkan kelewatan pelancaran misil yang sepatutnya dijalankan pada bulan Mei lepas," ujarnya.

Beliau dalam pada itu percaya kapal selam dengan keadaan sedemikian memerlukan perbelanjaan kos penyelenggaraan yang lebih besar lagi.

“Kapal selam tersebut juga gagal menjalankan tugas untuk mengawal dan menjejaskan keselamatan negara jika berlaku malapetaka,” katanya.

Turut dipertikaikan beliau mengenai tindakan kerajaan yang gagal bekerjasama dengan pihak berkuasa Perancis untuk menyiasat penyelewengan dalam skandal pembelian dua buah kapal selam itu walaupun tiada perkembangan dalam penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).