Sabtu, 10 Julai 2010

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Selangor Perkenalkan LayaRakyat Salur Maklumat MES

Posted: 09 Jul 2010 08:35 PM PDT

Kerajaan Negeri Selangor kini menggunakan pendekatan baru menggabungkan tayangan video penerangan dasar kerajaan negeri dengan kaunter Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi menyampaikan maklumat mengenai produk MES kepada orang ramai.

Program yang dinamakan LayaRakyat ini bakal fokus di tapak pasar malam kawasan luar bandar dalam negeri Selangor. Tumpuan lokasi pertama adalah di pasar malam Daerah Sabak Bernam, mulai 6 sehingga 24 Julai, jam 7 malam hingga ke 9 malam.(butiran sila rujuk jadual di bawah/lampiran)

Pihak urusetia akan menayangkan video di atas layar putih mengenai dasar kerajaan negeri dan membuka kaunter pendaftaran serta penerangan program Merakyatkan Ekonomi Selangor, khususnya Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas dan Hadiah Anak Masuk IPT.

 "Kaedah ini membolehkan maklumat dasar kerajaan negeri disampaikan kepada masyarakat umum dengan tepat dan cepat, serta menggalakkan orang ramai mengambil bahagian secara aktif dalam setiap program kebajikan yang dijalankan," demikian kata Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrul Amin Baharom ketika melancarkan projek LayaRakyat di pasar malam Sungai Besar pada Selasa lalu.

Badrul juga memaklumkan, bagi pendaftaran Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) kini telah membuka syarat baru kepada kelahiran sempadan di mana bayi yang lahir disempadan seperti Selangor-Perak, Selangor-Negeri Sembilan dan Selangor-Wilayah Persekutuan serta ibu bapa bermastautin selama 5 tahun di daerah yang bersempadan Selangor layak memohon bayi mereka.

Kata Badrul, Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim amat prihatin terhadap kebajikan rakyat Selangor. Pelbagai program rakyat telah dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin, khususnya golongan miskin, di mana hasil negeri dapat dinikmati oleh rakyat.

"Oleh itu program LayaRakyat turun ke padang bertemu dengan rakyat agar rakyat dapat memahami dasar-dasar kerajaan negeri dengan baik. Program ini akan dilaksanakan secara berterusan di daerah-daerah lain selepas ini," sambung Badrul.

Badrul berharap agar rakyat dapat memberikan sokongan berterusan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir Selangor.

Berikut adalah senarai tempat dan jadual Program LayaRakyat bagi Daerah Sabak Bernam:



Majlis Dialog Exco Kerajaan Negeri Selangor Dengan Malaysian Chinese Chamber Of Commerce di Shanghai, China

Posted: 09 Jul 2010 08:30 PM PDT

Shanghai, China 5 Julai, 2010 - Satu majlis dialog telah diadakan di antara Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan Malaysian Chinese Chamber Of Commerce  (Shanghai Chapter) yang berlangsung di Hotel Renaissance, Shanghai, China.

Dalam majlis tersebut Kerajaan Selangor diwakili oleh YB Dr. Xavier Jayakumar dan YB Elizabeth Wong dan turut disertai oleh wakil-wakil dari Selangor State Investment Centre (SSIC) dan Tourism Selangor.

Dalam sesi dialog  tersebut kedua-dua ahli Exco telah memperincikan misi pelaburan bertujuan menarik pelabur dari China untuk melabur terutamanya di Selangor.

Hadirin juga diberikan penerangan berhubung dengan beberapa bentuk insentif-insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Selangor kepada pelabur-pelabur yang berminat melabur di sini.

Rombongan Exco telah berada di Shanghai sempena Expo Shanghai 2010 bermula dari 2 hingga 7 Julai ini.

Sebelum ini, pada 3 Julai 2010 rombongan Exco telah menghadiri Forum bertajuk "Towards A Low-Carbon City: Environmental Protection and Urban Responsibilities" yang berlangsung di Purple Palace, Nanjing kira-kira 500 km dari bandaraya Shanghai. 


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Pinda Jawapan Isu Lesen Judi Bukti Najib Flip Flop

Posted: 10 Jul 2010 02:20 AM PDT


KUALA LUMPUR 10 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan gagal menterjemahkan dasar kementerian berhubung isu kelulusan lesen judi sukan sehingga pegawai kementerian tersebut terpaksa meminda jawapan lisan sebanyak tiga kali.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata ini menunjukkan kelemahan pengurusan Kementerian Kewangan dalam menberikan kedudukan sebenar dan kegagalan menterinya untuk menjelaskan pendirian kementerian kepada pegawai sehingga tercetus kekeliruan.

"Saya tidak bersetuju jika menteri ingin menyalahkan pegawai kerana ini merupakan kelemahan menteri itu sendiri yang saya fikir Menteri Kewangan sudah hilang kelayakan untuk mengurus kementerian tersebut dan urusan ekonomi negara ini.

"Sewajarnya Menteri Kewangan melepaskan jawatannya kepada orang lain yang mempunyai keupayaan untuk menguruskannya supaya jawapan yang disediakan nanti adalah jawapan yang muktamad dan konsisten" kata Mahfuz di parlimen Khamis lalu.

Mahfuz menyindir Kementerian Kewangan kerana meminda jawapan sebanyak tiga kali dalam keadaan kementerian itu mempunyai dua orang menteri dan dua orang timbalan.

Insiden ini dianggap sebagai memalukan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kata beliau.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi pula menyifatkan kekeliruan yang terjadi cerminan sikap Najib yang terkenal dengan dasar 'flip-flop' dilihat daripada soalan lisan yang dijawab secara bertulis itu 'flip-flop' tiga kali.

Apa yang anehnya kata Jeff Ooi, jawapan secara bertulis kali ketiga yang dianggap sebagai muktamad itu telah disediakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim.

"Di sini saya ingin memperingatkan timbalan menteri itu, barangkali beliau juga tersasul kerana tidak mengikuti perkembangan cerita sebenar.

"Saya minta Donald membawa perkara ini ke Jemaah Menteri supaya diberi perhatian kepada sidang media yang diadakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di mana beliau berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak sesuai mengumumkan keputusan itu di dalam mesyuarat tertinggi Umno dan hendaklah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet.

"Saya harap Donald jangan jadi bidan terjun atau pak turut dengan meminda jawapan lisan itu beberapa kali kepada saya dan Ahli Parlimen Pokok Sena," tegas beliau.

Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke membidas Najib yang mengubah dasar dan keputusan kerajaan dalam mesyuarat tertinggi Umno menyebabkan timbalannya tidak mengetahui perkara sebenar.

Ini menyebabkan beliau membuat kesilapan dalam menyediakan jawapan kepada soalan yang diajukan ahli parlimen di Dewan Rakyat.

"Ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada Najib kerana sebarang keputusan seharusnya dibuat dalam mesyuarat Kabinet supaya timbalan menteri dan pegawai-pegawainya tahu keputusan kerajaan yang diputuskan Perdana Menteri," ujarnya.

Sumber: Suara Keadilan

KDN Ikut Rentak Tari Umno-BN

Posted: 10 Jul 2010 02:19 AM PDT


Kementerian Dalam Negeri serta Menterinya boleh memberi seribu satu alasan untuk menafikan hak media Pakatan Rakyat seperti Suara Keadilan dan Harakah.

Namun rakyat yang sudah celik minda dapat melihat dengan terang ibarat melihat badut diwaktu siang, disuluh pula dengan 'spotlight'.

Sepertimana dilaporkan, pihak Suara Keadilan dan Harakah tidak pernah menerima sebarang surat tunjuk seperti yang didakwa KDN. Lawak betul!

Bila mana diminta salinan surat-surat berkenaan dan bukti terimanya pun, KDN membisu seribu bahasa!

Justeru jika kewujudan surat-surat itu dipertikaikan, siapa yang patut dipersalahkan?

Sudah tentu Najib dan sepupunya Hishammuddin.

Begitu juga bila mana KDN dilihat cuba bermain politik soal artikel "Felda Bankrap" yang sepatutnya KDN tidak 'overacting', tetapi sebaliknya perlu 'tenang macam biasa' ketika mana pemimpin Pakatan Rakyat difitnah dan diputarbelitkan kenyataannya oleh akhbar arus perdana khususnya Utusan Malaysia.

Ada pernah KDN keluarkan surat tunjuk sebab? Ada pernah digantung permitnya? Ada?

Begitu juga dalam kes terbaru melibatkan Suara Perkasa yang mendapat bantahan hangat oleh MCA, sekutu Barisan Nasional sendiri. Kita tidak melihat KDN menunjukkan taringnya kepada media pro Umno-BN! Rakyat yang cerdik tidak pelik melihat rentak tari Menteri KDN itu.

Justeru kita ingin mengingatkan PM 1Malaysia, supaya melihat balik slogan 'rakyat didahulukan, prestasi diutamakan' dalam kes KDN dan permit akhbar Suara Keadilan dan Harakah.

Jangan lupa, KEADILAN dan PAS adalah dua buah parti berdaftar yang halal dalam struktur demokrasi Malaysia.

Suara Keadilan dan Harakah pula adalah lidah rasmi, organ parti berkenaan.

Menafikan hak Suara Keadilan dan Harakah daripada mendampingi ahli dan penyokong KEADILAN, PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan pimpinan Najib tidak mengutamakan kehendak dan keperluan rakyat.

Sebaliknya, sekadar tindakan terdesak dan bacul demi survival Umno-BN.

Apalah kecoh sangat soal 8 naskah suratkhabar Suara Keadilan atau Harakah, jika tidak dihantar kepada KDN?

Buktikan KDN memang menghantar surat-surat berkenaan dan bukti penerimaannya.

Buktikan kepada siapa dan alamat mana ianya dihantar.

Buktikan juga jika benar ada surat-surat amaran, dan lain-lain yang dihantar berkait perkara berkenaan.

Jika KDN mesra rakyat atau tidak 'memusuhi Pakatan Rakyat', kenapa pihak KDN tidak berusaha menangani isu remeh ini dengan cara lebih mesra pelanggan, bermatlamatkan penyelesaian masalah?

Contohnya, susah sangatkah untuk seorang pegawai KDN membuat panggilan telefon, susulan mengenainya di peringkat awal lagi?

Mengenai artikel berkaitan Felda dan lain-lain yang mungkin tidak memenuhi selera KDN, jika benar ianya fitnah, biarkan saja Felda menyaman dan mengambil tindakan mahkamah terhadap Suara Keadilan.

Memang itu yang selama ini diamalkan dilakukan oleh Ketua Pembangkang dan lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat yang menjadi mangsa media arus perdana.

Cukuplah Umno dan BN saja bermain politik. KDN tak perlu mengikut telunjuk dan rentak tari mereka.

Sumber: Suara Keadilan

KDN Lengahkan Proses Memperbaharui Permit Roket ?

Posted: 10 Jul 2010 12:37 AM PDT


Selain Suara Keadilan dan Harakah, permit penerbitan bagi sebuah lagi akhbar Pakatan Rakyat -- Roket juga setakat ini masih belum diperbaharui.

Difahamkan, tempoh permit bagi akhbar bulanan DAP yang diterbitkan dalam versi bahasa Melayu, Cina dan Inggeris itu telah pun luput.

Permit edisi bahasa Inggeris Roket tamat pada Jun lalu, manakala edisi bahasa Melayu dan bahasa Cina pula masing-masing tamat pada September dan November tahun lalu.

Setiausaha publisiti DAP Tony Pua ketika dihubungi berkata permohonan untuk memperbaharui permit berkenaan telahpun dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Namun, KDN biasanya lambat memberikan jawapan sehingga memaksa mereka mencetak nombor permit lama pada keluaran baru Roket.

Beliau memberi contoh, permit bagi edisi bahasa Inggeris yang tamat pada 30 Jun lalu, sebelum ini dipohon pada 4 September 2008.

Jawapan bagi permohonan tersebut hanya diterima pada 8 September 2009.

Bagi edisi bahasa Melayu, permit tahunan yang tamat tempoh pada 15 September 2010 itu pula diterima pada 11 Jun lalu, sedangkan permohonan pembaharuan dibuat pada 4 September 2008.

"Jadi kami biasanya akan mendapat permit, cuma ia sampai kepada kami sangat lewat," katanya.

Apabila jawapan itu diterima, tempoh permit itu sudahpun hampir tamat dan mereka perlu memohon untuk memperbaharuinya semula.

"Setiap tahun pun macam itu, ia akan mengambil masa sedikit sebelum jawapan diterima.

"Tetapi setakat ini kita tidak menghadapi masalah untuk memperbaharuinya. Kadang- kadang mereka hantar surat sahaja," katanya lagi.

Salah satu surat yang diterima itu kira-kira setahun lalu ketika DAP menerbitkan edisi bahasa Tamil bagi Roket.

"Kami terlupa untuk menghantar enam naskhah kepada mereka kerana akhbar itu diterbitkan jarang-jarang sekali, setiap tiga atau empat bulan sekali.

Sebelum itu pula, Roket menerima satu lagi surat daripada KDN kerana mencetak nombor permit lama pada edisi yang baru, walaupun mereka telah menerima permit baru.

Pua menjelaskan, tindakan mereka mencetak nombor permit lama adalah disebabkan kelewatan KDN memberi jawapan kepada permohonan mereka.

Beliau turut ditanya sama ada Roket turut menerima tekanan daripada KDN, seperti yang dialami rakannya Harakah dan Suara Keadilan.

"Tidak, kita tidak jangka apa-apa masalah. Setiap tahun kita akan buat pembaharuan, cuma biasanya lambat sikit (dapat jawapan)," katanya.

Sementara itu, ketua pengarang akhbar berkenaan Wan Hamidi Hamid pula berkata, Roket sememangnya berhak diterbitkan oleh DAP, semenjak parti itu ditubuhkan pada tahun 1967.

"Permit penerbitan tersebut hanyalah keperluan birokrasi bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984," katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai usaha oleh pengurusan akhbar tersebut untuk memperbaharui permit tahunan bagi Roket, Wan Hamidi berkata perkara itu tidak perlulah diperbesar-besarkan.

"Tidak perlulah fokus tentang perkara itu sebab kita bimbang Roket pula akan dijadikan sasaran KDN.

"Roket sememangnya kita ada permit, ia sentiasa diperbaharui setiap tahun," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, Roket juga setakat ini belum menerima apa-apa surat daripada KDN berhubung penerbitan terbarunya.

"Jadi kita akan teruskan penerbitan seterusnya seperti biasa," katanya lagi.- malaysiakini

Demonstrasi: Mainan politik sempit Umno

Posted: 10 Jul 2010 12:35 AM PDT

JELUTONG, 10 Julai: Kehadiran Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Pulau Pinang, Norman Zailan pada demonstrasi jalanan di hadapan Masjid Jamek Jelutong selepas solat fardhu Jumaat semalam mengesahkan Umno merupakan dalang kepada usaha memburuk-burukan kerajaan negeri kononnya mengkhianati penduduk Kampung Pokok Asam yang bakal dibangunkan dengan projek mega.

Timbalan Yang Dipertua PAS Jelutong, Mohd Yusof Mohd Noor (gambar) menyifatkan apa yang diperkatakan oleh Umno dan konco-konconya sewaktu demonstrasi tersebut tidak benar sama sekali sebaliknya merupakan mainan politik sempit parti itu setelah kalah pada pilihan raya umum lalu.

"Sah Umno dalang segala-galanya dalam perhimpunan selepas Jumaat semalam. Walaupun beliau tidak berucap namun jelas motif mereka menerusi ucapan individu yang terlibat.

"Mereka menghentam kerajaan negeri, pimpinan PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Majlis MPPP kononnya bersubahat dengan pemaju mahu menghalau penduduk Melayu dari Kampung Pokok Asam," ujarnya kesal.

Jelas beliau, matlamat mereka tidak lain semata-mata mahu melihat kestabilan kerajaan negeri Pakatan Rakyat terus tergugat dan akhirnya kalah pada pilihanraya umum ke-13 kelak.

Sedangkan, tambahnya semasa berkuasa, mereka tidak membela nasib rakyat bahkan mengambil peluang keemasan menambah wang saku atau memperkasakan kedudukan kroni.

"Sekarang ini bila hilang kuasa lantas mereka mengambil sikap mengamuk dan cuba mengancam dengan berbagai ragam untuk mengambil perhatian kononya menjadi pembela kepada orang Melayu ketika di bawah pimpinan DAP.

"Buktikan apa yang mereka buat ketika berkuasa. Adakah mereka turun padang mendengar rintihan rakyat atau membantu ketika kemusnahan beberapa buah kampung Melayu di Jelutong sebelum ini melainkan menjauhkan diri di samping mengambil peluang mendapatkan kewangan, " katanya.

Yusoff juga mengingatkan penduduk kampung berkenaan agar tidak terikut dengan rentak Umno dan individu yang kini bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN) sebaliknya bersama di meja rundingan dengan kerajaan negeri.

Jelasnya, pertemuan antara kariah Masjid Jamek Jelutong dan penduduk Kampung Pokok Asam baru-baru ini bermatlamat membantu mendapatkan maklumat bagi menyalurkan pandangan kepada kerajaan negeri demi kebaikan masyarakat di situ.

"Jangan ada yang melatah mengeluarkan kenyataan yang keras kononnya kerajaan dan Ahli Majlis MPPP tidak mahu membantu bahkan bersekongkol dengan pemaju mengusir penduduk Melayu. Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah buat kerja kotor melainkan kepimpinan Umno dan konco-konconya semasa di era BN berkuasa," tegasnya yang juga Ahli Majlis MPPP.

Sumber: Harakah Daily

Disiplin Sekolah Merudum, Muhyiddin Sibuk Fitnah Anwar

Posted: 10 Jul 2010 12:34 AM PDT


KUALA LUMPUR 10 Jul - Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran diingatkan supaya tidak membuang masa memfitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen Yahudi tetapi sebaliknya memberi fokus terhadap masalah disiplin pelajar sekolah yang semakin serius.

Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman 6 Juali lalu berhubung 10 buah sekolah panas di sekitar bandaraya mencerminkan kegagalan Muhyiddin yang dilihat lebih banyak berpolitik daripada menyelesaikan masalah kritikal yang membelenggu kementeriannya.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata Kementerian Pelajaran di bawah jagaan Timbalan Perdana Menteri mengalami kemerosotan imej seperti yang berlaku sekarang, apatah lagi masalah disiplin berleluasa di sekolah bandar dan bukannya di daerah pendalaman.

"Jika ianya berlaku di luar bandar, mungkin kita boleh katakan menteri tidak mempunyai kesempatan untuk melawat tetapi ianya berlaku di dalam kawasan bandar seperti di Kuala Lumpur dan laporan ini dikeluarkan oleh pihak polis sendiri.

"Beliau sepatutnya mengambil tanggungjawab menangani isu ini, barulah boleh menunjukkan beliau adalah juara dan sesuai dikatakan sesuai dan bakal menjadi pengganti Perdana Menteri.

"Kalau masalah pendidikan yang kecil seperti ini beliau tidak boleh atasi, mana mungkin beliau sesuai mengambilalih atau pun pewaris Perdana Menteri," tegas Azan kepada Suara Keadilan.

Menurut Azan lagi, Muhyiddin sepatutnya merasa kesal kerana gelojohnya beliau menumpukan serangan terhadap lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan hanya semata-mata untuk menunjukkan kesetiaan kepada bosnya, Datuk Seri Najib Razak yang juga kini sedang dalam keadaan tertekan akibat pendedahan akhbar rasmi parti itu mengenai penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Katanya lagi, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno menggunakan strategi yang tidak menarik untuk dinilai rakyat malahan tindakannya itu akan menyebabkan beliau dilabelkan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang tidak mempunyai agenda atau wawasan yang kemas sebagai bakal Perdana Menteri.

Muhammad Sabtu berkata polis telah menyenaraikan sekolah terbabit supaya usaha dapat digembleng ke arah menangani masalah itu dan memastikan sekolah sifar jenayah.

Tahun lalu seramai 179 tangkapan dibuat membabitkan kanak-kanak berusia seawal tujuh tahun hingga remaja berusia 18 tahun atas pelbagai kesalahan membabitkan jenayah kekerasan dan harta benda termasuk mencuri, samun dan merusuh.

Beliau berkata, pada 2008, seramai 202 pelajar berusia 11 hingga 18 tahun ditahan, juga atas jenayah kekerasan dan harta benda termasuk rogol, samun dan pemerasan.

Ketua Polis Kuala Lumpur itu menjelaskan bagi kes dadah, pada tahun lalu sahaja seramai 67 pelajar, termasuk sembilan pelajar sekolah, ditahan manakala pada 2008 seramai 17 orang pelajar termasuk empat pelajar sekolah ditahan sementara pada 2007 seramai 13 orang pelajar ditahan.

Sumber: Suara Keadilan

Nik Aziz Gesa Rakyat Boikot Media Pro Umno-BN

Posted: 10 Jul 2010 12:33 AM PDT


SHAH ALAM 10 Julai - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa semua penyokong Pakatan Rakyat memulau akhbar arus perdana yang menyokong Umno-Barisan Nasional secara besar-besaran kerana tindakan Kementerian Dalam Negeri yang bersifat berat sebelah menggantung permit penerbitan Suara Keadilan dan Harakah.

"Harapan saya agar Harakah dan Suara Keadilan disambung permit pengeluarannya, jika kedua-duanya selaku lidah rasmi parti-parti di dalam Pakatan rakyat tidak disambung permit.

"Saya mencadangkan agar arahan rasmi dikeluarkan kepada semua pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat agar memulakan boikot dan pemulauan secara besar-besaran terhadap semua media massa pro Barisan Nasional," kata Nik Aziz melalui laman web sosialnya 'facebook' semalam.

Sebelum itu KDN telah mengambil tindakan mengantung permit penerbitan lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan berhubungan dengan aktikel 'Felda Bankrap' selain ketidak puashatian terhadap jawapan surat tunjuk sebab yang telah diberikan oleh Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib.

Pembongkaran yang dilakukan terhadap penyelewengan di dalam Felda itu sebenarnya sebagai tanda keprihatinan Pakatan Rakyat terhadap agensi tersebut yang banyak membantu golongan peneroka sejak awal penubuhannya.

Pembongkaran yang diharapkan agar Felda mengambil tindakan segera memperbetulkan pentadbirannya agar tidak terus dipergunakan oleh pemimpin Umno demi politik mereka.

Disebabkan Felda yang merupakan tali hayat Umno dalam politik mereka maka arahan telah diberikan kepada KDN agar permit terbitan Suara Keadilan tidak dilanjutkan, selain melakukan pemantauan terbitan terhadap akhbar terbabit.

Selain tindakan kepada Suara Keadilan, akhbar rasmi PAS, Harakah juga diberi surat tunjuk sebab dengan alasan akhbar terbabit gagal menghantar lapan salinan bagi setiap keluaran akhbar.

Sumber: Suara Keadilan

Charles Cabar Umno-BN Saman Barry Wain

Posted: 10 Jul 2010 12:32 AM PDT


KUALA LUMPUR 10 Julai - Ahli Parlimen Klang Charles Santiago mencabar kerajaan Umno-Barisan Nasional supaya menyaman Barry Wain, pengarang buku 'Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad In Turbulent Times', sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapati buku tersebut tidak mengandungi unsur perlakuan rasuah.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan lisan beliau berhubung pendirian kerajaan berhubung dakwaan pengarang buku kontroversial itu yang mengatakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertanggungjawab ke atas kerugian kewangan dan 'write-off' berjumlah RM100 bilion semasa beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahunm Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata tidak ada elemen rasuah berlaku dan kerajaan tidak bercadang menjalankan siasatan kerana tidak ada asas berlakunya kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

"Sekarang timbul dua isu di mana kerajaan tidak menafikan RM100 bilion yang dibelanjakan mantan Perdana Menteri dan kalau benar penyiasatan telah dijalankan terhadap Dr Mahathir, kita ingin tahu sama ada rumusan hasil siasatan itu untuk pengetahuan rakyat secara amnya.

"Kalau kerajaan benar-benar telus untuk membanteras rasuah habis-habisan kita minta SPRM dan menteri bertanggungjawab memberitahu rakyat Malaysia hasil kandungan siasatan itu dan mengapa SPRM berpendapat tidak ada unsur-unsur rasuah dalam isu ini," kata beliau pada sidang media di parlimen Khamis lalu.

Menurut Charles, buku tersebut menjelaskan bahawa memang terdapat unsur rasuah dan salahguna kuasa oleh Dr Mahathir.

Dalam pada itu beliau menegaskan sekiranya kerajaan berpendapat tidak ada unsur rasuah maka sepatutnya ia menyaman Barry Wain kerana membuat tuduhan berniat jahat terhadap Dr Mahathir dan demi menjaga nama baik mantan Perdana Menteri itu.

Sumber: Suara Keadilan

Najib Gantung Suara Keadilan Gerun Anwar Jadi Perdana Menteri Oleh Fazli Othman

Posted: 10 Jul 2010 12:31 AM PDT


KUALA LUMPUR 10 Julai - Perdana Menteri kini dalam keadaan ketakutan apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mampu mengambil alih kepimpinan negara pada bila-bila masa sehingga terpaksa mengambil keputusan menggantung penerbitan Suara Keadilan bagi menyekat lebih banyak pembongkaran skandal dan penyelewengan di buat.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata Najib tidak mempunyai apa-apa pilihan kecuali "membunuh" satu-satunya saluran rasmi parti untuk menyampaikan maklumat kepada ahli dan rakyat.

"Najib sudah sampai tahap cukup takut dan gerun berdepan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Anwar sudah cukup bersedia untuk menerajui negara pada bila-bila masa.

"Sebab itu, Najib tidak ada pilihan dan apa yang beliau nampak adalah dengan cara membunuh rangkaian tersebut dengan tujuan untuk menyekat pergerakan Ketua Umum KEADILAN berbagai tuduhan dan fitnah seperti liwat, pengkhianat bangsa dan tidak cukup setakat itu, Suara Keadilan pun mereka mahu haramkan," kata Abdullah Sani kepada Suara Keadilan.

Sehubungan tindakan Najib mengumumkan Felda akan meneruskan niat menyaman RM200 juta terhadap lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan amat mengejutkan yang mencerminkan seolah-olah tidak ada 'second liner' yang bercakap bagi pihak kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Abdullah Sani berkata apabila kenyataan sedemikian dibuat oleh seorang pemimpin yang bertaraf Perdana Menteri mengambarkan beliau tidak mempunyai kelas sebagai seorang pemimpin tinggi negara sehingga terpaksa mencampuri isu ini.

Ketika berucap pada sambutan Hari Peneroka dan perasmian Maktab Rendah Sains Mara di Felda Trolak 7 Julai lalu, Najib berkata Felda akan tetap menyaman akhbar itu ekoran laporan bertajuk "Felda Bankrap" dalam keluaran 237, 22-29 Jun lalu.

"Ini menunjukkan bahawa Najib sudah ketandusan idea dan ada niat jahat terhadap Pakatan Rakyat terutamanya KEADILAN."Tindakan beliau ini tidak mencerminkan beliau sebagai pemimpin tertinggi di dalam negara, sebagai Perdana Menteri beliau tidak sepatutnya bercakap demikian.

"Isu Felda ini sepatutnya dibahaskan di Parlimen kerana dalam kandungan artikel 'Felda Bankrap' di dalam akhbar KEADILAN itu menyebut Felda akan bankrap bermakna pemimpin Umno-BN takut dengan bayang-bayang mereka sendiri kerana kuasa pembeli yang mahu membaca Suara Keadilan," kata Abdullah Sani.

Tambah Abdullah Sani, akhbar parti itu diikuti oleh generasi muda dan digeruni oleh pihak lawan dan cara yang paling senang adalah dengan membunuh terus Suara Keadilan supaya pimpinan Umno-BN yang mengelumang dengan pelbagai skandal dan rasuah boleh terus bermaharajalela.

Katanya lagi, KEADILAN akan terus menerbitkan lidah rasmi parti itu kerana dengan cara itu parti boleh menyampaikan terus informasi kepada rakyat.

Sumber: Suara Keadilan

CheGuBard Ditahan Polis Ekoran Laporan Pemuda Umno

Posted: 10 Jul 2010 12:30 AM PDT


SHAH ALAM 10 Julai - Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin di tahan pihak polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban 2 untuk diambil keterangan berhubung dakwaan menghina institusi raja.

Beliau ditahan ketika ingin mempengerusi mesyuarat KEADILAN Cabang Rembau di Pejabat KEADILAN Negeri Sembilan di Jalan Rahang pada pukul 9.00 malam tadi.

Kira-kira 15 anggota polis sudah berada di sekitar kawasan pejabat tersebut sebelum ketibaan beliau di pejabat tersebut.

Menurut seorang ahli KEADILAN yang dikenali sebagai Yasir, Badrul Hisham aka CheGuBard di tahan oleh pihak polis sebaik sahaja tiba dan terus di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2 untuk diambil keterangan.

Walau bagaimanapun beliau dibebaskan tidak berapa lama kemudian di bawa semula ke IPD yang sama untuk diambil keterangan buat kali kedua. Beliau akhirnya dibebaskan dengan jaminan polis.

Polis juga turut mengeledah rumah beliau di Bukit Chedang, Seremban namun tidak menjumpai apa-apa bukti yang boleh dijadikan bahan kes, tetapi pihak polis tetap merakam gambar di kawasan bilik dan perkarangan rumahnya.

Yasir juga memberitahu, CheGuBard di tahan ekoran satu laporan polis yang dibuat oleh saudara terdekat Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga merupakan anggota Pergerakan Pemuda Umno berkaitan satu artikel yang ditulis oleh beliau dalam blognya bertajuk "Warkah Terbuka Kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong : 'Hepi Besday, Sir!' bertarikh 10 Jun 2010.

Artikel tersebut menyentuh mengenai peranan institusi raja dan tanggungjawab terhadap rakyat.

"Intai dan pelajarilah institusi beraja dibanyak negara bagaimana peranan dimainkan. Ada yang sudah umpama muzium dan alat keraian seperti kebanyakan negara Eropah termasuk England tetapi ada juga yang terus kekal dihormati seperti di Thailand.

"Mainkanlah peranan sewajarnya di tengah masyarakat yang makin kalut dan kusut. Tuanku sewajarnya jangan takut gunakan kuasa demi kepentingan rakyat. Janganlah hendaknya ada sedikit rasa gusar terhadap rejim penguasa.

"Dalam perkara Islam dan Melayu setakat ini CheGuBard dan SAMM bersetuju peranan terus dimainkan oleh Raja Melayu sebagai ketua agama dan adat istiadat Melayu. Namun khuatir juga sejak kebelakangan ini banyak sangat penggunaan nama istana diselewengkan dalam perkara ini. Mutakhir ini, malah banyak 'kenyataan' dan 'titah' juga mula diselewengkan," CheGuBard menulis dalam artikel itu.

Sebelum ini CheGuBard juga mengarang sebuah buku mengenai pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu berjudul "Disebalik Misteri Pembunuhan Alrtantuya" serta tulisan dalam blog bertajuk "Singapura Mengugut Malaysia Melalui Rahsia Pemimpin Utama?".

Sumber: Suara Keadilan

Bersih Desak SPR Akur Tekanan Rakyat Untuk PRU-13 Adil, Telus

Posted: 10 Jul 2010 12:23 AM PDT


PUTRAJAYA 10 Julai - Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil serius kritikan dan komen daripada rakyat yang inginkan proses yang adil dan bebas dan tidak berpartisan.

Semalam, Bersih 2.0 menyerahkan memorandum kepada SPR meminta badan itu mempertimbangkan cadangan dan saranan rakyat berkenaan proses yang adil dan telus pada pilihan raya umum akan datang.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said yang berjanji akan memastikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menerima memorandum itu.

"Kesemua perkara, cadangan dan saranan yang dimasukkan di dalam memorandum tersebut disokong oleh undang-undang berkait dan juga amalan terbaik antarabangsa, maka SPR tiada sebab untuk tidak menggunakan dan mengaplikasikan kandungan memorandum ini," kata Ambiga pada sidang media selepas penyerahan memorandum.

Menurut Ambiga, Bersih 2.0 kini merupakan satu badan yang bebas daripada mana-mana pengaruh parti politik dan sehingga kini mempunyai hampir 60 badan bukan kerajaan (NGO) bernaung di bawahnya.

"Sokongan NGO ini jelas menunjukkan matlamat Bersih 2.0 sebagai badan yang bersih daripada politik berpartisan, dan sokongan NGO juga semakin bertambah setiap hari," tambah beliau yang juga bekas Pengerusi Badan Peguam Malaysia.

Kata beliau lagi, terdapat kira-kira empat juta pengundi yang belum berdaftar dan kelompok ini perlu diberi pendedahan dan didaftarkan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Tambahnya ini merupakan satu tanggungjawab yang patut disokong oleh SPR, bukannya memberi kekangan dalam pendaftaran pengundi baru.

"Kita menerima aduan daripada beberapa pihak bahawa SPR hanya mengeluarkan sejumlah borang sahaja dalam sebulan dan jumlah ini tidak mencukupi untuk mendaftarkan pengundi. Saya rasa SPR perlu memberi sokongan kepada mereka yang membantu memberi kesedaran dan mendaftarkan pengundi, yang mana merupakan tugas SPR," tegas Ambiga lagi.

Tegas beliau, antara perkara yang disentuh dalam memorandun itu termasuk cadangan pendaftaran pengundi secara otomatik, pemilihan Ahli Dewan Undangan dan juga pemilihan Ahli Dewan Negara.

"Kita juga meminta SPR untuk mengambil tindakan terhadap laporan pelanggaran undang-undang pilihan raya yang dibuat pada dua pilihan raya kecil lalu dan juga laporan pilihan raya lama yang sehingga kini dibiarkan tanpa tindakan.

"Apa gunanya mempunyai undang-undang pilihan raya yang begitu luas skopnya tanpa apa-apa tindakan untuk menguatkuasakannya?" ujar beliau.

Ditanya Bersih 2.0 akan mengadakan demonstrasi jalanan, Ambiga berkata Bersih sentiasa mengalu-alukan pandangan, kritikan dan saranan rakyat.

"Jika rakyat merasakan wujudnya permasalahan, kita minta datang berjumpa dan kita boleh membincangkan penyelesaian terbaik, tidak semestinya kita perlu membuat demonstrasi jalanan," kata beliau.

SumberL Suara Keadilan

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Akhirnya Kassim L Nor berjaya mendapat kembali ladangnya

Posted: 09 Jul 2010 03:04 AM PDT

Awal 2010, Kassim L Nor telah berusaha untuk mendapatkan kembali ladangnya di Felda Rentam untuk diusahakan sendiri olehnya dari Felda.
Beliau berhajat untuk mengambil alih ladangnya itu dari Felda untuk mengelakkan bebanan hutang yang besar yang dikenakan oleh Felda.
Beliau juga mahu mengerjakan sendiri ladangnya kerana pendapatan untuk mengerjakan sendiri dengan pendapatan yang diberikan oleh Felda jika ladang itu diusahakan oleh Felda amat jauh bezanya.
Beliau sanggup membayar hutang setakat ini kepada Felda daripada terus berhutang dengan hutang yang besar jika Felda terus mengendalikan ladangnya.
Sejak awal tahun, Kassim telah menulis surat kepada Felda menyatakan hajatnya untuk mengambil alih kawasan ladangnya untuk dikerjakan sendiri. Felda bukan sahaja menentang bahkan Kassim dikasari dan beliau dibawa ke Balai Polis.
Setiap kali Kassim mahu menurunkan buah kelapa sawit di ladangnya, beliau telah dihalang oleh Felda, dan Felda menghantar anggota-anggota Rela bagi menghalang Kassim, dan Kassim seolah-olah tidak mempunyai jalan keluar untuk mengerjakan ladangnya sendiri.
Di pertengahan bulan Mac 2010, Kassim telah menemui saya untuk beliau mendapatkan nasihat guaman, dan melalui notis kepada Felda, saya menyatakan hasrat Kassim untuk keluar dari urusan Felda mengendalikan ladangnya.
Felda langsung tidak menghiraukan beberapa Notis yang dihantar oleh Firma Guaman saya, dan memandangkan bahawa Felda bersikap seolah-olah Notis-Notis itu tidak ada kesan undang-undang, maka Notis untuk tindakan dikemukakan kepada Felda dan firma guaman kami juga mengemukakan tuntutan gantirugi kepada Felda.
Dengan Notis itu Felda telah menunjukkan sikap berlembut bahawa jika Kassim sanggup menggugurkan tuntutan gantirugi, Felda akan bersetuju untuk menyerahkan ladang itu untuk diurus sendiri oleh Kassim. Kassim bersetuju dengan keputusan itu, dan melalui surat bertarikh 30hb Jun 2010 ruj. Bil (61) 3182/6-1-3 Pt. 1, Felda membenarkan Kassim mengambil alih (Rampas) Ladang No. Hakmilik 2544 - Blok 4 Pkt 01 Felda Rentam.
Maka mulai 1hb Julai 2010 bebaslah Kassim dari pegangan Felda, beliau bebas dari hutang yang dibebankan dan bebas untuk membuat pendapatan yang jauh lebih tinggi dari peneroka-peneroka yang ladang mereka dikendalikan oleh Felda.

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


Pakatan: 'Gerakan - versi bukan Melayu PERKASA'

Posted: 10 Jul 2010 12:20 AM PDT

Pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang berang dengan Gerakan yang menuduh Ketua Menteri, Lim Guan Eng berat sebelah dalam pelaksanaan polisi di negeri itu dan menyifatkan tindakan mereka tidak ubah seperti kumpulan pelampau Melayu - PERKASA yang diterajui oleh Datuk Ibrahim Ali.

Ahli pergerakan belia itu sebelum ini mempertahankan Lim di sudut pidato di Esplanade ketika Gerakan melemparkan tuduhan berkenaan.

Hari ini, kira-kira 30 ahlinya berhimpun di markas pejabat Gerakan di Jalan Macalister bagi mendesak parti komponen BN itu supaya memohon maaf.

Mereka tidak berpuas hati dengan keceluparan setiauasha Gerakan Kedah yang mendakwa Lim melayan orang Melayu dengan lebih baik dengan memperuntukkan dana kepada mereka.

"Gerakan bermain api apabila cuba meniupkan sentimen perkauman dengan menimbulkan isu peruntukan kewangan yang diberikan kepada kaum-kaum di Pulau Pinang, kata setiausaha Pakatan Pulau Pinang, Ng Wei Aik di luar pejabat Gerakan.

"Ini me
nunjukkan Gerakan bukan lagi parti pelbagai kaum tetapi telah menjadi seperti PERKASA yang terus mempersoalkan mengenai peruntukan berhubung hal ehwal pembangunan Islam di negeri ini," katanya.

Ng membidas Gerakan dan berkata dakwaan mereka tidak berasas kerana dana yang diperuntukkan itu adalah untuk keperluan sesuatu komuniti tanpa mengira latar belakang kaum, agama, jantina serta pautan politik mereka.

"Setiap tahun kita memperuntukkan RM9.55 juta untuk pendidikan termasuk untuk sekolah-sekolah Cina, Tamil dan agama Islam," katanya.

"Dakwaan Gerakan, bahawa hanya RM8 juta untuk bukan bumiputera adalah gimik politik dan tidak berasaskan fakta," katanya.

Kenyataan Gerakan di sudut pidato itu menimbulkan kemarahan sekumpulan penduduk tua yang membidas pemimpin mereka kerana Lim dituduh mendiskriminasi masyarkat bukan Melayu.

Sem
entara itu, wakil PAS Mohamed Farouk yang juga berada pada bantahan ini menggesa Gerakan supaya memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat dan menguris sentimen rakyat Pulau Pinang.

"Jangan jadi seperti Umno yang berterusan memainkan sentimen perkauman bagi memecahkan perpaduan di kalangan orang Melayu dan bukan Melayu," katanya.

"Dengan berbuat demikian, Gerakan menimbulkan masalah dan rasa kebencian bukan sahaja di kalangan penduduk pelbagai kaum tetapi juga di kalangan masyarakat Cina," tambahnya.

AMK Shah Alam

AMK Shah Alam


Sotong SOLDADU Ramal kemenangan PRU - 13

Posted: 09 Jul 2010 10:30 PM PDT

Zionis dan Pembohongan TRAGEDI HOLOCAUST

Posted: 09 Jul 2010 09:23 PM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pakatan Rakyat Sukar Tawan N.Sembilan

Posted: 09 Jul 2010 02:09 AM PDT


Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan Dato' Seri Mohamad Hasan boleh menarik nafas lega apabila mendengar berita ini. Buat masa ini adalah sukar bagi Pakatan Rakyat untuk menawan Negeri Sembilan pada Pilihanraya Umum ke 13 yang mungkin akan diadakan pada tahun 2010 atau 2011.

Kekuatan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan semasa Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 banyak terletak atas sokongan pengundi bukan Melayu. Ini terbukti apabila DAP memenangi 10 dari 11 kerusi DUN yang ditandingi. PKR memenangi 4 dari 12 kerusi DUN dimana 2 darinya adalah kerusi bukan Melayu. Manakala PAS pula walaupun memenangi kerusi sulung buat pertama kalinya , tetapi tewas di 12 DUN lain.

Ini bermakna kawasan pengundi Melayu di pinggir dan luar bandar juga di tanah perancangan majoritinya masih berpihak kepada Umno. Majoriti kekalahan Pakatan Rakyat di kawasan ini adalah amat banyak , ada yang mencecah 8,000 undi majoriti.

Ini terbukti dalam pilihanraya kecil di Bagan Pinang pada tahun 2009 dimana PAS telah mengalami kekalahan yang teruk.

DAP berkemungkinan untuk menyapu bersih semua 11 kerusi yang ditandingi, manakala PKR pula mungkin dapat menambah kerusi bukan Melayu.

Pakatan Rakyat bukan sahaja sukar untuk menembusi kawasan majoriti Melayu di pinggir dan luar bandar serta kawasan tanah perancangan, malahan untuk mempertahankan kerusi Sikamat, Ampangan dan Paroi juga adalah satu misi yang getir.

Harapan Pakatan Rakyat pada pilihanraya ke 13 nanti mungkin untuk membentuk satu pakatan pembangkang yang kuat , manakala hasrat untuk menawan Negeri Sembilan masih jauh dan terlalu sukar untuk dicapai walaupun ianya bukan mustahil.

Kepada bakal-bakal calon Umno yang akan bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 di Negeri Sembilan, bolehlah mula lobi melobi dan tempah baju Melayu, samping, kot , kereta mewah , banglo dan sebagainya.

PARTI KEADILAN RAKYAT Cabang Bera, Pahang DM

PARTI KEADILAN RAKYAT Cabang Bera, Pahang DM


NAIKKAN TARAF LALUAN BANDAR BERA-TRIANG KEPADA 4 LORONG

Posted: 09 Jul 2010 09:52 PM PDT

Sudah tiba masanya jalan raya laluan utama di Bera di naikkan tarafnya menjadi empat lorong yang menghubungkan antara Bandar Bera (Persimpangan Kerayong) dengan Pekan Triang.

Ini kerana kita mendapati kenderaan yang menggunakan laluan tersebut daripada sehari ke sehari semakin bertambah sehinggakan berlaku kesesakan jalan yang begitu panjang di bandar ini.

Kesesakan yang teruk akan bertambah secara luar biasanya apabila musim perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Tahun Baru Cina tiba kerana ramai perantau-perantau yang berada diluar daerah Bera ini akan kembali ke kampung masing-masing disini.

Di samping itu juga faktor daerah Bera ini berada di tengah-tengah laluan yang menghubungkan dua daerah iaitu Temerloh, Pahang dan juga Jempul, Negeri Sembilan ini juga adalah penyumbang utama laluan di bandar ini semakin sesak.

Faktor jalan yang sibuk serta terlalu kecil juga adalah antara penyebab utama kadang-kala kemalangan boleh berlaku disekitar bandar ini.

Justeru itu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Bera menggesa agar pihak yang berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Daerah Bera (MDB) dapat memikirkan perkara ini dengan serius.

BERSIH DESAK SPR AKUR TEKANAN RAKYAT UNTUK PRU-13 ADIL DAN TELUS

Posted: 09 Jul 2010 08:46 PM PDT

PUTRAJAYA 10 JULAI 2010:

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil serius kritikan dan komen daripada rakyat yang inginkan proses yang adil dan bebas dan tidak berpartisan.

Semalam, Bersih 2.0 menyerahkan memorandum kepada SPR meminta badan itu mempertimbangkan cadangan dan saranan rakyat berkenaan proses yang adil dan telus pada pilihan raya umum akan datang.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said yang berjanji akan memastikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menerima memorandum itu.

"Kesemua perkara, cadangan dan saranan yang dimasukkan di dalam memorandum tersebut disokong oleh undang-undang berkait dan juga amalan terbaik antarabangsa, maka SPR tiada sebab untuk tidak menggunakan dan mengaplikasikan kandungan memorandum ini," kata Ambiga pada sidang media selepas penyerahan memorandum.

Menurut Ambiga, Bersih 2.0 kini merupakan satu badan yang bebas daripada mana-mana pengaruh parti politik dan sehingga kini mempunyai hampir 60 badan bukan kerajaan (NGO) bernaung di bawahnya.

"Sokongan NGO ini jelas menunjukkan matlamat Bersih 2.0 sebagai badan yang bersih daripada politik berpartisan, dan sokongan NGO juga semakin bertambah setiap hari," tambah beliau yang juga bekas Pengerusi Badan Peguam Malaysia.

Kata beliau lagi, terdapat kira-kira empat juta pengundi yang belum berdaftar dan kelompok ini perlu diberi pendedahan dan didaftarkan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Tambahnya ini merupakan satu tanggungjawab yang patut disokong oleh SPR, bukannya memberi kekangan dalam pendaftaran pengundi baru.

"Kita menerima aduan daripada beberapa pihak bahawa SPR hanya mengeluarkan sejumlah borang sahaja dalam sebulan dan jumlah ini tidak mencukupi untuk mendaftarkan pengundi. Saya rasa SPR perlu memberi sokongan kepada mereka yang membantu memberi kesedaran dan mendaftarkan pengundi, yang mana merupakan tugas SPR," tegas Ambiga lagi.

Tegas beliau, antara perkara yang disentuh dalam memorandun itu termasuk cadangan pendaftaran pengundi secara otomatik, pemilihan Ahli Dewan Undangan dan juga pemilihan Ahli Dewan Negara.

"Kita juga meminta SPR untuk mengambil tindakan terhadap laporan pelanggaran undang-undang pilihan raya yang dibuat pada dua pilihan raya kecil lalu dan juga laporan pilihan raya lama yang sehingga kini dibiarkan tanpa tindakan.

"Apa gunanya mempunyai undang-undang pilihan raya yang begitu luas skopnya tanpa apa-apa tindakan untuk menguatkuasakannya?" ujar beliau.

Ditanya Bersih 2.0 akan mengadakan demonstrasi jalanan, Ambiga berkata Bersih sentiasa mengalu-alukan pandangan, kritikan dan saranan rakyat.

"Jika rakyat merasakan wujudnya permasalahan, kita minta datang berjumpa dan kita boleh membincangkan penyelesaian terbaik, tidak semestinya kita perlu membuat demonstrasi jalanan," kata beliau.


* Sumber http://Suara-Keadilan.com

KEADILAN CABANG BERA MENYOKONG TINDAKAN MDB

Posted: 09 Jul 2010 02:11 AM PDT

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Bera memandang serius akan kekecewaan beberapa peniaga di kawasan Pusat Pertumbuhan Desa Simpang Sebertak sebagaimana yang disiarkan didalam Akhbar Sinar Harian (Zon Bera) hari ini 09 Julai 2010 (Sila rujukan petikan akhbar dibawah) yang mendapati empat pintu lot kedai dikawasan tersebut masih lagi terbiar tanpa memulakan operasi perniagaan.

Keadaan itu menjadikan kedai-kedai tersebut terbiar yang boleh mengundang gejala yang tidak sihat seperti melakukan vandalism terhadap kedai-kedai tersebut disamping kebimbangan masyarakat setempat sekiranya ada aktiviti yang tidak bermoral berlaku didalam kedai yang terbiar itu.

Walaupun kedai tersebut telah di anugerahkan kepada yang berjaya tetapi sehingga kini masih tidak kelihatan untuk mereka memulakan operasi dan ini amatlah menghairankan kepada mereka yang benar-benar ingin berniaga dikawasan tersebut apatah lagi kawasan Simpang Sebertak ini merupakan tempat yang strategik untuk mencari rezeki di Felda Gugusan Bera ini.

Justeru itu KEADILAN Cabang Bera juga berharap agar mereka yang telah berjaya memperolehi kedai tersebut agar menyegerakan operasi perniagaannya dan tindakan Majlis Daerah Bera (MDB) yang telah mengeluarkan surat amaran dan peringatan kepada peniaga terbabit supaya segera membuka kedai di situ amatlah wajar sebagaimana yang telah disyaratkan.

Perkara ini diakui sendiri oleh oleh Yang Dipertua MDB, Datuk Ahmad Daud dan KEADILAN Cabang Bera berharap agar MDB bertindak dengan sewajarnya sekiranya peniaga-peniaga tersebut masih gagal untuk menjalankan operasinya.



SINAR HARIAN EDISI PAHANG - ZON BERA , 09 JULAI 2010
Tajuk: Kecewa Lot Kedai Terbiar

SIMPANG SEBERTAK – Beberapa peniaga melahirkan rasa kecewa, apabila lot kedai di bangunan Majlis Daerah Bera (MDB) di sini, masih tidak dibuka pemiliknya.

Apa yang mengecewakan mereka, peniaga yang berjaya memperoleh kedai di bangunan itu seolah-olah tidak bersyukur, sedangkan ada peniaga lain yang lebih memerlukan lot kedai berkenaan, gagal memperolehnya.

Pengerusi Penaja Pusat Pertumbuhan Desa Simpang Sebertak, Rosli Abu Kassim berkata, terdapat empat pintu lot kedai yang sudah diberikan kepada peniaga yang berjaya dalam temu duga, tetapi gagal membuka perniagaan mereka di situ hingga kini.

Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja menyebabkan kedai berkenaan terbiar, tetapi mengundang lebih ramai remaja melakukan vandalisme, sehingga menyebabkan pintu dan tingkap mengalami kerosakan.

"Apabila mereka diberi peluang ini, sepatutnya mereka menggunakannya sebaik mungkin. Bukannya berlumba-lumba memohon lot kedai itu dengan peniaga yang benar-benar memerlukan tapak untuk berniaga," katanya kepada Sinar Harian.

Rosli berkata, selain pintu kedai diconteng, beberapa keping tingkap turut dipecahkan individu tidak bertanggungjawab.

Katanya, ada kemungkinan lot kedai kosong itu digunakan mereka untuk melakukan aktiviti tidak sihat yang boleh menyumbang kepada peningkatan gejala sosial di kawasan tanah rancangan berhampiran.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, bangunan kedai tersebut sememangnya boleh menjadi tempat individu melakukan perbuatan negatif kerana ia agak tersorok daripada pandangan orang ramai.

Rosli berkata, keadaan semak di belakang bangunan kedai itu juga boleh menjadi habitat haiwan berbisa seperti ular atau sebagainya dan keadaan itu boleh mengancam penduduk berhampiran.

"Kita mahu MDB tegas dalam perkara ini. Jika peniaga yang layak itu tidak mahu membuka perniagaan mereka, sepatutnya mereka boleh membatalkan kelulusan peniaga terbabit.

"Masih ramai peniaga yang berebut-rebut untuk berniaga kerana kawasan ini merupakan lubuk rezeki, lebih-lebih lagi ia terletak di tengah-tengah Felda Gugusan Bera," katanya.

Mengulas perkara itu, Yang Dipertua MDB, Datuk Ahmad Daud berkata, MDB telah mengeluarkan surat kepada peniaga terbabit supaya segera membuka kedai di situ.

"Dalam surat itu juga dinyatakan tempoh untuk mereka membuka perniagaan di bangunan tersebut. Sekiranya gagal, MDB boleh mengambil tindakan sewajarnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.


http://www.sinarharian.com.my/pahang/content/story7923751.asp