Sabtu, 10 Julai 2010

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Selangor Perkenalkan LayaRakyat Salur Maklumat MES

Posted: 09 Jul 2010 08:35 PM PDT

Kerajaan Negeri Selangor kini menggunakan pendekatan baru menggabungkan tayangan video penerangan dasar kerajaan negeri dengan kaunter Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi menyampaikan maklumat mengenai produk MES kepada orang ramai.

Program yang dinamakan LayaRakyat ini bakal fokus di tapak pasar malam kawasan luar bandar dalam negeri Selangor. Tumpuan lokasi pertama adalah di pasar malam Daerah Sabak Bernam, mulai 6 sehingga 24 Julai, jam 7 malam hingga ke 9 malam.(butiran sila rujuk jadual di bawah/lampiran)

Pihak urusetia akan menayangkan video di atas layar putih mengenai dasar kerajaan negeri dan membuka kaunter pendaftaran serta penerangan program Merakyatkan Ekonomi Selangor, khususnya Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas dan Hadiah Anak Masuk IPT.

 "Kaedah ini membolehkan maklumat dasar kerajaan negeri disampaikan kepada masyarakat umum dengan tepat dan cepat, serta menggalakkan orang ramai mengambil bahagian secara aktif dalam setiap program kebajikan yang dijalankan," demikian kata Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrul Amin Baharom ketika melancarkan projek LayaRakyat di pasar malam Sungai Besar pada Selasa lalu.

Badrul juga memaklumkan, bagi pendaftaran Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) kini telah membuka syarat baru kepada kelahiran sempadan di mana bayi yang lahir disempadan seperti Selangor-Perak, Selangor-Negeri Sembilan dan Selangor-Wilayah Persekutuan serta ibu bapa bermastautin selama 5 tahun di daerah yang bersempadan Selangor layak memohon bayi mereka.

Kata Badrul, Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim amat prihatin terhadap kebajikan rakyat Selangor. Pelbagai program rakyat telah dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin, khususnya golongan miskin, di mana hasil negeri dapat dinikmati oleh rakyat.

"Oleh itu program LayaRakyat turun ke padang bertemu dengan rakyat agar rakyat dapat memahami dasar-dasar kerajaan negeri dengan baik. Program ini akan dilaksanakan secara berterusan di daerah-daerah lain selepas ini," sambung Badrul.

Badrul berharap agar rakyat dapat memberikan sokongan berterusan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir Selangor.

Berikut adalah senarai tempat dan jadual Program LayaRakyat bagi Daerah Sabak Bernam:



Majlis Dialog Exco Kerajaan Negeri Selangor Dengan Malaysian Chinese Chamber Of Commerce di Shanghai, China

Posted: 09 Jul 2010 08:30 PM PDT

Shanghai, China 5 Julai, 2010 - Satu majlis dialog telah diadakan di antara Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan Malaysian Chinese Chamber Of Commerce  (Shanghai Chapter) yang berlangsung di Hotel Renaissance, Shanghai, China.

Dalam majlis tersebut Kerajaan Selangor diwakili oleh YB Dr. Xavier Jayakumar dan YB Elizabeth Wong dan turut disertai oleh wakil-wakil dari Selangor State Investment Centre (SSIC) dan Tourism Selangor.

Dalam sesi dialog  tersebut kedua-dua ahli Exco telah memperincikan misi pelaburan bertujuan menarik pelabur dari China untuk melabur terutamanya di Selangor.

Hadirin juga diberikan penerangan berhubung dengan beberapa bentuk insentif-insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Selangor kepada pelabur-pelabur yang berminat melabur di sini.

Rombongan Exco telah berada di Shanghai sempena Expo Shanghai 2010 bermula dari 2 hingga 7 Julai ini.

Sebelum ini, pada 3 Julai 2010 rombongan Exco telah menghadiri Forum bertajuk "Towards A Low-Carbon City: Environmental Protection and Urban Responsibilities" yang berlangsung di Purple Palace, Nanjing kira-kira 500 km dari bandaraya Shanghai. 


Tiada ulasan: