Sabtu, 10 Julai 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pakatan Rakyat Sukar Tawan N.Sembilan

Posted: 09 Jul 2010 02:09 AM PDT


Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan Dato' Seri Mohamad Hasan boleh menarik nafas lega apabila mendengar berita ini. Buat masa ini adalah sukar bagi Pakatan Rakyat untuk menawan Negeri Sembilan pada Pilihanraya Umum ke 13 yang mungkin akan diadakan pada tahun 2010 atau 2011.

Kekuatan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan semasa Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 banyak terletak atas sokongan pengundi bukan Melayu. Ini terbukti apabila DAP memenangi 10 dari 11 kerusi DUN yang ditandingi. PKR memenangi 4 dari 12 kerusi DUN dimana 2 darinya adalah kerusi bukan Melayu. Manakala PAS pula walaupun memenangi kerusi sulung buat pertama kalinya , tetapi tewas di 12 DUN lain.

Ini bermakna kawasan pengundi Melayu di pinggir dan luar bandar juga di tanah perancangan majoritinya masih berpihak kepada Umno. Majoriti kekalahan Pakatan Rakyat di kawasan ini adalah amat banyak , ada yang mencecah 8,000 undi majoriti.

Ini terbukti dalam pilihanraya kecil di Bagan Pinang pada tahun 2009 dimana PAS telah mengalami kekalahan yang teruk.

DAP berkemungkinan untuk menyapu bersih semua 11 kerusi yang ditandingi, manakala PKR pula mungkin dapat menambah kerusi bukan Melayu.

Pakatan Rakyat bukan sahaja sukar untuk menembusi kawasan majoriti Melayu di pinggir dan luar bandar serta kawasan tanah perancangan, malahan untuk mempertahankan kerusi Sikamat, Ampangan dan Paroi juga adalah satu misi yang getir.

Harapan Pakatan Rakyat pada pilihanraya ke 13 nanti mungkin untuk membentuk satu pakatan pembangkang yang kuat , manakala hasrat untuk menawan Negeri Sembilan masih jauh dan terlalu sukar untuk dicapai walaupun ianya bukan mustahil.

Kepada bakal-bakal calon Umno yang akan bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 di Negeri Sembilan, bolehlah mula lobi melobi dan tempah baju Melayu, samping, kot , kereta mewah , banglo dan sebagainya.

Tiada ulasan: