Isnin, 28 Jun 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Baguslah kalau Ulama dah mula masuk UMNO

Posted: 28 Jun 2010 02:07 AM PDT

Diceritrakan bahawa 40 Ulama telah menyertai UMNO. Tapi langsung tak ada yang kanan-kanan, ini macam tok lebai aje, tak ada Ulama terkenal langsung. Mula-mula diwar-warkan Asri termasuk didalamnya, rupa-rupanya gendang kosong.
Kita akan bilang dari hari ke hari, apakah peranan yang akan dimainkan oleh "Ulama Muda" ini. Negara ini banyak sangat berlaku maksiat. Lagi besar bandarnya lagi penuh dengan maksiat.
Judi, ada macam-macam judi. Rumah urut, ada macam-macam rumah urut. Kelab malam, ada macam-macam kelab malam. Dan disitu tempat bersarangnya maksiat di negara ini.
Di Malaysia, ada pusat judi terbesar. Di Malaysia ada kilang arak terbesar.
Hah, Ulama UMNO. Itu kerja kamu. Apa kamu nak buat? Ke kamu akan lakukan sama seperti ulama-ulama yang sedia ada didalam UMNO. Bila PM kata "Islam Hadhari" maka kamu akan mentafsirkan Islam jenis itu sebagai Islam sebenar, Islam liberal dan Islam yang dikehendakki di Negara yang masyarakatnya majmuk ini?
Bila PM kata judi itu untuk orang bukan Islam, kamu kata "ya, judi itu perlu ada, kerana ia kegemaran orang bukan Islam", bila orang bukan Islam kata judi itu menimbulkan masalah sosial, kamu kata,"mana boleh judi itu kesukaan orang bukan Islam".
Tetapi biasalah. Ulama dalam UMNO akan mengiyakan saja tindakan pemimpinnya. Bila isu judi bolasepak diumumkan, siapa yang menentangnya? Ada ulama dalam UMNO berbunyi? Tak mereka macam syaitan bisu. Langsung tak berbunyi. Kalau orang PAS, KEADILAN, DAP dan Gerakan tak mendatangkan tentangan maka hari ini judi sukan sudah bermaharajalela di negara ini.
Alhamdulillah, kita ucapkan juga syabas kepada UMNO Johor, UMNO Kedah, UMNO Perak dan Pemuda UMNO yang turut menentang judi sukan ini. Tetapi Ulama UMNO tetap membisu seperti syaitan bisu.
So, bawalah seribu Ulama kedalam UMNO, dan jika mereka terus menjadi syaitan bisu, apalah faedahnya!

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Hari Ibu di Hulu Langat

Posted: 28 Jun 2010 07:18 PM PDT

Sambutan hari ibu telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Suntex, Hulu Langat. Saya telah dijemput oleh penganjur untuk memeriahkan majlis.

Saya dapat rasakan meraikan ibu-ibu adalah perkara yang sangat bermakna. Tanpa ibu siapalah kita di dunia ini. Kata bidalan pernah menyebut, seorang ibu boleh menjaga 11 anak. Tapi 11 anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Kepada sesiapa yang belum sempat menzahirkan rasa sayang pada ibu mereka, zahirkannya pada bila-bila masa. Melalui sms, telefon, atau pun secara pertemuan empat mata. Syurga itu berada di bawah tapak kaki ibu.

Antara ibu-ibu dari Taman Suntex yang hadir

Kek sebagai tanda penghargaan pihak penganjur


Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Bijaknya Najib! Tol Singapura turun 30%, Pulau Pinang naik 34%

Posted: 28 Jun 2010 06:17 PM PDT

Dari Blog YB wan hassan

Ibarat kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan, begitulah nasib rakyat Malaysia khususnya di Pulau Pinang selepas Najib dengan bijaknya menawarkan pengurangan tol 30% bagi jambatan kedua yang menghubungkan Johor dan Singapura sedangkan untuk Pulau Pinang caj tol dinaikkan 34%.

Saya bukan nak kata orang yang gunakan jambatan kedua Johor-Singapura sebagai Kera, tapi itu hanyalah pepatah orang-orang Melayu sebagai mengambarkan ketidakadilan yang berlaku.

Saya setuju dengan pandangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (DAP) yang mengalu-alukan pengurangan tol dijambatan kedua Johor-Singapura itu kerana sebagai rakyat kita mahu semua tol dikurangkan dan dihapuskan terus. Kalau kerajaan nak hapuskan terus Tol berkenaan pun bagus.

Saya yakin, ramai rakyat yang tidak puas hati dengan layanan Najib kepada Singapura yang mungkin sebagai melengkapkan perjanjian Durian Malaysia-Singapura. Tiap kali ada mesyuarat khas antara Malaysia dan Singapura pasti ada Durian, sebab itu saya panggil perjanjian Durian.

Kenapa Kerajaan hanya beri tawaran kepada Singapura. Kenapa tak nak turunkan Tol Jambatan Pulau Pinang dan semua tol yang ada di negara ini khususnya di Lembah Klang.

Pendapatan rakyat yang bekerja dalam negara bukan macam pelancong Singapura yang berulang laik dari tambak Johor setiap minggu. Rakyat Malaysia begitu banyak berbelanja untuk Tol setiap hari. Mana-mana pergi kat lembah klang ini pasti ada tol.

Hapuskan tol, jagalah kebajikan rakyat bukan sibuk makan durian sahaja

peluru berpandu Scorpene 20% lebih mahal

Posted: 28 Jun 2010 06:08 PM PDT

Dari Malaysiakini

Tian Chua (PKR-Batu) hari ini mengemukakan usul tergempar untuk membincangkan pembelian senjata yang dipercayai terlalu mahal untuk dua kapal selam Scorpene Malaysia.

Ini ekoran pendedahan kerajaan baru-baru ini bahawa perolehan peluru berpandu 40 Exocet SM-39 laut ke udara dan 30 torpedo Black Shark yang berjumlah 219 juta euro.

Menurut usul Chua, Kementerian Pertahanan telah membayar 20 peratus lebih daripada harga pasaran, selepas membandingkan perolehan yang serupa oleh negara-negara lain.

“Menurut rekod perolehan Pakistan, kos SM-39 ialah 3.07 juta euro setiap satu, manakala Portugis membeli Black Sharks pada harga 2 juta setiap satu,” kata Chua.

Berdasarkan angka-angka tersebut, maka jumlah kosnya ialah 182.8 juga euro – berbeza 20 peratus (36 juta euro) daripada apa yang telah dibayar oleh Malaysia.

Tian juga memetik sebuah laporan oleh badan pemikir berpengaruh – Foreign Policy in Focus (FPIF), yang menyebut dalam laporan tahun 2005 bahawa banyak pembuat senjata pada umumnya digunakan rakyat Malaysia yang ada berhubung baik, sebagai pelobi mereka untuk mendapatkan kontrak.

“Komisyen dibayar kepada wakil-wakil berkenaan, dianggarkan berkisar antara 10 hingga 20 peratus,” kata Tian dalam usulnya yang memetik laporan FPIF.

Dalam usulnya itu, Tian menggesa Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kepada Dewan Rakyat sama ada orang tengah atau ahli politik terlibat dalam pembelian torpedo dan peluru berpandu itu.

Rizab Felda: Anak Cabar Ahmad Debat Terbuka

Posted: 28 Jun 2010 06:04 PM PDT

Dari Harakah Daily
Oleh Nazri Abdullah

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat secara terbuka berhubung isu kemerosotan rizab Felda.

Dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini, Mazlan berkata, jawapan Ahmad di parlimen berhubung faktor kemerosotan tersebut adalah sangat meragukan dan banyak tanda tanya.

“Saya cabar Datuk Ahmad Maslan buat debat intelektual tentang Felda, di mana-mana saya tak kisah.

“Kalau dia rasa dia betul, kata pendedahan kita ni salah, kita buat debat,” katanya.

Turut serta dalam sidang media tersebut, bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong.

Ahmad sebelum ini mengakui rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009.

Kemerosotan itu, jelasnya ekoran RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka, RM662 juta untuk bagunan baru Menara Felda.

Bagaimanapun, Anak berpendapat banyak keraguan di sebalik penjelasan tersebut.

Selain itu, Anak juga jelasnya akan membuat laporan polis berhubung keraguan mereka terhadap penjelasan kerajaan itu di seluruh negara sehingga hujung bulan ini dan sehingga kini tiga laporan polis telahpun dibuat iaitu di Temerloh, Kota Tinggi dan hari ini di Segamat.

Jika tiada sebarang respons dari laporan-laporan tersebut, Mazlan berkata perkara tersebut akan di bawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kita akan bawa semua wakil-wakil peneroka, anak-anak peneroka berhimpun beramai-ramai di hadapan pejabat SPRM.

“Kita akan serahkan satu dokumen lengkap salah guna kuasa oleh kerajaan, minta SPRM siasat.

Dalam pada itu, behubung RM2 bilion yang didakwa digunakan untuk tanam semula, Mazlan berkata Felda sepatutnya tidak mengalami kemerosotan, kerana mereka membuat pemotongan caruman RM40 setiap bulan bagi sejumlah 112,635 peneroka.

Jika dikira sejak kali pertama Felda membuat pemotongan tersebut sehingga kini, dan dilaburkan, beliau memberitahu paling kurang Felda mendapat RM3 bilion daripada tanaman semula.

“Ke mana pergi wang ini? Kita minta satu penjelasan dari Perdana Menteri,” katanya lagi.

Bagi pinjaman perumahan pula, Mazlan yang juga generasi kedua Felda berkata, seramai 18,406 telah membuat pinjaman dari Felda.

Setiap peneroka, jelasnya diminta menandatangani satu borang serah kuasa dan dikehendaki membayar balik pinjaman dengan 2.5 peratus kos pengurusan.

“Peneroka akan membayar balik pinjaman tersebut antara RM200 hingga RM300 sebulan.

“Dia sebut Felda keluarkan RM603 juta, pada masa yang sama, berapa banyak kutipan telah dibuat oleh Felda atas skim pinjaman sejak 2005 hingga sekarang?” soalnya lagi.

Beliau turut mempertikaikan kewajaran Felda memperuntukkan RM253 juta yang didakwa untuk tabung kemiskinan Sabah, sedangkan anak peneroka di Semenanjung ini pun tidak diberi apa-apa bentuk kebajikan.

“Apa relevannya sebuah negeri seperti Sabah, yang mendapat geran setiap tahun, dalam bajet disalurkan peruntukan sekian banyak, tiba-tiba agensi seperti Felda yang mendapat peruntukan dari kerajaan awal dahulu untuk bantu rakyat, institusi ini pulak bantu kerajaan Sabah?” soalnya lagi.

Keraguan juga timbul berhubung sejumlah RM662 juta yang didakwa diperuntukkan untuk bangunan baru Menara Felda.

Menurut Mazlan, kenyataan Ahmad bahawa RM662 juta untuk bangunan baru tersebut juga bercanggah dengan kenyataan awal Datuk Seri Najib pada 2008.

Najib pada waktu itu memberitahu kos untuk bangunan baru tersebut adalah RM640.77 juta dan akan siap dalam masa tiga tahun.

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


ANGKARA SKUAD CANTAS POSTER A-LONG

Posted: 28 Jun 2010 01:21 AM PDT






Gambar diatas menunjukkan bagaimana Skuad Cantas Poster A-long yang membiarkan sahaja poster2 yang telah dicantas bertaburan ditiang-tiang lampu atau papan tanda bahkan ada yang sekadar dirobek-robek kemudian ditinggalkan. Bukankah menjadi tanggungjawab PBT untuk menjaga keindahan taman2 atau sekitar.
Jika mahu memerangi A-long bukan setakat mencantas poster2 mereka, tetapi mencari atau mengesan kegiatan mereka sehingga "ceti2 haram" ini di tangkap. Masakan menjadi masalah kepada pihak berkuasa @ polis untuk menjejaki mereka. Jika kegiatan kami termasuk panggilan/perbualan atau sms kami dipantau, apakah menjadi kesukaran pihak polis untuk mengesan "ceti2 haram" ini kerana diposter-poster mereka terpampang nombor "handphone" mereka untuk dihubungi. Kenapa pihak berwajib begitu sukar mengesan mereka2 ini atau adakah mereka sebenarnya dibiarkan menjalankan kegiatan mereka kerana dilindungi oleh pihak tertentu...??? (klik sini)
Kalau nak benteras kegiatan A-long biarlah betul2 bukan poster2 yang tidak berakal. Bukankah kelihatan "bacul" jika berperang dengan poster yang tak tahu melawan...
Fikirkanlah namun tuntutan agar Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah lebih serius menjaga kebersihan seperti yang dipertanggungjawabkan kerana rakyat membayar sejumlah wang untuk cukai2 tertentu dan mengharapkan agar keselesaan hidup mereka terjamin.

Angkatan Muda Keadilan P.J Selatan

Angkatan Muda Keadilan P.J Selatan


4 dari 40, kisah di sebalik 40 ulama muda

Posted: 27 Jun 2010 10:05 PM PDT


SHAH ALAM, 28 Jun: Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.

Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.

"Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

"Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja," jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.

Hosni merupakan seorang pelajar hafiz menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.

Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.

Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.

"Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu," tegasnya.

Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.

Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.

Sumber: Harakahdaily

AMK Shah Alam

AMK Shah Alam


PKR yang di rombak apasal UMNO yang terlompat - lompat?

Posted: 28 Jun 2010 02:50 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Guru N.Sembilan tak senonoh, memalukan, MB bertanggungjawab

Posted: 28 Jun 2010 06:47 AM PDT


Kononnya Menteri Besar Negeri Sembilan Dato Seri Mohamad Hasan nak beri penghargaan kepada guru di N.Sembilan dengan beri jamuan besar-besaran 15,000 guru pada 26 Jun 2010 di padang MPS semasa berlaki Gerhana Bulan pula tu. Dihidangkan dengan konsert Mawi. Akhirnya diceritakan guru perempuan berebut naik pentas nak peluk Mawi, gila nak bergambar.

Inilah yang dinamakan Guru Kencing Berdiri, Anak Murid Kencing Berlari. Menteri Besar Negeri Sembilan dan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan harus meletak jawatan dan mengambil tanggungjawab diatas insiden yang amat memalukan profession perguruan ini.

Satu dunia dah tahu ada guru-guru perempuan di Negeri Sembilan ini muka tak tahu malu. Habis semua anak murid tengok dalam internet. Apa nak kata ? Pihak penganjur ialah Kerajaan Negeri Sembilan sendiri. Ini majlis rasmi, Konsert Jom Heboh pun peminat tak serbu macam ni !

Tahun depan nak jemput artis siapa pula ?

Suami-suami cuba tengok ada tak gambar isteri anda berebut berposing dengan Mawi di pautan berikut http://cursingmalay.blogspot.com/2010/06/aura-mawi-membuatkan-ramai-cikgu-cikgu.html . Jangan terperanjat !!!!

Entah apa bala yang akan turun di N.Sembilan lepas ini ?

Mohd Sabu 11 Julai 2010 Johol N.Sembilan

Posted: 28 Jun 2010 12:11 AM PDT


CERAMAH PERDANA
Bersama Tn Hj Mohammad Sabu dan cheGuBard
Tarikh : 11 Julai 2010 / Ahad
Masa : 9 malam
Tempat : Johol , Negeri Sembilan

Pertanyaan 019-4647018

Sumber : http://chegubard.blogspot.com/

Antara masjid uzur daif di Terengganu dan Ebook

Posted: 27 Jun 2010 11:36 PM PDT



Bumbung mula bocor sejak tiga tahun lalu. Penduduk sedih masjid di Dungun ini siling hampir runtuh, keadaan dalam dan luar bangunan juga daif dengan bau busuk tahi kelawar menyucuk hidung dan permaidani lembap dibasahi hujan. Sejumlah 75,000 e-book diberikan secara percuma kepada murid tahun 4, 5 dan 6 di negeri ini membabitkan peruntukan oleh kerajaan negeri berjumlah RM75 juta.

***************************
Masjid uzur
Berita Harian 28 Jun 2010

Penduduk Santung sedih tempat ibadat bocor, dicemari najis kelawar

DUNGUN: Penduduk Kampung Santung di sini sedih dengan keadaan masjid mereka dengan siling dan bumbung berlubang hingga menjadi sarang kelawar dan menyebabkan jemaah terpaksa berdepan bau busuk yang meloyakan. Sehubungan itu, penduduk merayu pihak berkaitan mengambil langkah segera membaiki dan menaikkan taraf masjid uzur berkenaan yang sentiasa diimarahkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Tinjauan Edisi Timur di masjid itu mendapati selain berdepan risiko keselamatan disebabkan siling hampir runtuh, keadaan dalam dan luar bangunan juga daif dan kurang selesa dengan bau busuk tahi kelawar menyucuk hidung dan permaidani lembap dibasahi hujan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Santong, Shafie Salleh, 53, yang juga Penasihat AJK masjid berkenaan, berkata bumbung mula bocor sejak tiga tahun lalu dan langkah pembaikan kecil-kecilan yang dibuat tidak dapat menampung kerosakan semakin buruk.

Katanya, atap dan siling bocor di merata bahagian bumbung menyebabkan lantai dan permaidani di masjid ini sentiasa basah dan berbau hapak.

"Setiap kali hujan lebat, berbelas besen diatur menadah air hujan daripada terus membasahi permaidani yang memakan masa untuk kering dan berbau hapak walaupun hujan sudah berhenti berhari-hari lamanya.

"Ruang siling masjid dikotori najis kelawar dan burung yang membuat sarang selepas syiling yang berlubang dan terkopak dibiarkan tanpa dibaiki menyebabkan jemaah terpaksa menghidu bau busuk yang semakin kuat bila musim hujan kerana siling dibasahi hujan dan udara lembap," katanya.

Shafie berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah beberapa kali meninjau masjid itu tetapi pemeriksaan sudah bertahun lalu dan tiada apa pembaikan dibuat hingga kini.

Bilal masjid, Che Ku Ngah Che Ku Mat, 53, berkata dia bimbang dengan keadaan masjid yang sudah terlalu daif, kerana menjejaskan kelancaran kegiatan mengimarahkan masjid terutama apabila ada program yang membabitkan pengunjung luar.

Katanya, pelbagai agensi dan badan swasta termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, persatuan silat dan pertubuhan bukan kerajaan daerah ini selalu menganjurkan aktiviti bersama penduduk turut hairan dengan keadaan masjid itu yang tidak mendapat pembelaan pihak berkuasa berkaitan.

Seorang jemaah, Nordin Abu Bakar, 47, berkata beliau amat kecewa kerana tiada kerja penambahbaikan dibuat sejak masjid itu dibina pada 1986.

"Kami kesal walaupun sudah bertahun ahli jemaah menunaikan tuntutan agama dengan bau yang kurang menyenangkan dan berisiko ditimpa syiling yang robek, impian kami untuk memiliki masjid yang lebih selamat dan selesa hanya tinggal angan-angan," katanya hampa.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Masjiduzur/Article

75,000 murid terima e-book percuma
Utusan Malaysia 27 Jun 2010

KUALA TERENGGANU 26 Jun - Kerajaan negeri mengakui sukar mengenal pasti sesetengah golongan masyarakat yang benar-benar ikhlas apabila setiap kali menerima bantuan daripada kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, rakyat perlu mengubah sikap agar sentiasa menghargai pemberian kerajaan tidak kira dalam apa juga bentuk bantuan sekalipun.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir memberitahu, pada masa ini terdapat di kalangan penerima bantuan kerajaan yang seolah-olah tidak menghargai pemberian tersebut dan tidak memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

Justeru, jelasnya, sumbangan percuma seperti buku elektronik, e-book yang kini mula diagihkan kepada murid tahun lima di Terengganu tahun ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak disalah gunakan.

"Sebelum ini, ada bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan kepada rakyat telah disalahgunakan. Jadi, kita harap sumbangan kerajaan seperti e-book yang diagihkan kepada murid sekolah rendah perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu ketika berucap pada majlis penyerahan e-book kepada Murid Tahun 5 Sekolah-sekolah Rendah DUN Seberang Takir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir di sini kelmarin.

Beliau seterusnya berkata, langkah kerajaan negeri di bawah pucuk pimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said akan membantu membangunkan bidang pendidikan di Terengganu sejajar menjadikannya sebuah negeri 'anjung ilmu'.

Menurutnya, sejak diperkenalkan tahun lalu hingga tahun ini, sejumlah 75,000 e-book diberikan secara percuma kepada murid tahun 4, 5 dan 6 di negeri ini membabitkan peruntukan oleh kerajaan negeri berjumlah RM75 juta.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_03.htm

Bantu rakyat susah dengan niat supaya sokong Umno

Posted: 27 Jun 2010 09:10 PM PDT


Menteri Besar N.Sembilan kata pemimpin Umno dalam JKKK dan PBT perlu lebih lantang menyuarakan isu-isu disuarakan rakyat kepada pentadbiran kerajaan kerana ini akan meningkatkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Umno (Adakah selama ini Umno bantu rakyat dengan niat agar rakyat menyokong Umno atau kerana rakyat tadi memang memerlukan bantuan? )

Mungkin Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya atau Ustaz Rasul Dahri boleh mengajar Bab Niat di Masjid Negeri , Seremban ? Mungkin Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan boleh beri tauliah kepada Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya dan Ustaz Rasul Dahri ?

Dari Amirul Mu'minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma'il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang).

*************************
Ahad Jun 27, 2010
UMNO Perlu Menguar-Uarkan Semua Kelemahan Parti Pembangkang

REMBAU: Pemimpin dan anggota Umno perlu menguar-uarkan semua kelemahan parti pembangkang agar rakyat tahu tembelang mereka, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Datuk Mohamad Hasan.

Di samping itu, katanya pemimpin Umno yang menganggotai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta dilantik Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu lebih lantang menyuarakan isu-isu disuarakan rakyat kepada pentadbiran kerajaan.
"Langkah berkenaan akan meningkatkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Umno selaku parti yang menjaga kesejahteraan mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Rembau 2010 di Dewan Serbaguna Institut Latihan Perindustrian Pedas dekat sini, hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata pembangkang cuba mengaburi mata rakyat dengan menyebarkan fitnah untuk melemahkan parti.

Katanya tindakan itu merupakan strategi mereka untuk menutup segala kelemahan di negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang.

Sementara itu, beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Rembau meminta semua pemimpin dan anggota Umno di Bahagian Rembau supaya bersama-sama memainkan peranan dalam menjayakan misi parti 'menyerang' pembangkang.

"Selama ini, pembangkang kelihatan seperti bermaharajalela melemparkan pelbagai fitnah dan tohmahan tidak berasas terhadap pemimpin kerajaan termasuk Umno.

"Kini, sudah tiba masanya pemimpin dan anggota Umno terutamanya di Bahagian Rembau bangkit dan menunjukkan taring mereka kepada pihak lawan. Dalam bola sepak, serangan adalah bentuk pertahanan yang terbaik.

"Jangan biarkan sahaja pembangkang menyerang kita. Umno akan lemah sekiranya kita tidak membalas balik omong-omong kosong pihak lawan," katanya.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang juga Anggota Parlimen Rembau, Ketua Wanita Umno Bahagian Rembau Senah Peral, Ketua Puteri Umno Bahagian Rembau Zuliana Mohd Ridzuan dan barisan kepimpinan Umno Bahagian tersebut. – BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/6/27/mstar_berita/20100627180614&sec=mstar_berita

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Berita Hangat: Lanjutan Umno Kantoi Tipu Ulama Muda

Posted: 28 Jun 2010 09:39 AM PDT

UMNO TIPU, JATUH REPUTASI ULAMA MUDA – harakah daily
Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.
Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27,dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.
"Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu."Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja," jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.
Hosni menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.
Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu."Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu," tegasnya.
Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.
Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.

Berita Baru Terhangat: Kantoi-40 ulama sertai Umno sebenarnya ditipu???

Posted: 28 Jun 2010 04:05 AM PDT

Dipetik daripada Tukar Tiub.blogspot

INI CERITA DARI GUA BATU KASSIM BABA

Terkejut sungguh aku. Tak sangka dalam 40 orang Ulama muda yang dicanang UMNO menyertai mrk baru2 ini rupanya dipermainkan oleh UMNO.

Komen Ustaz Mobarak , salah seorang yang dikatakan memasuki UMNO :
"Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escala...tor, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

"Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,".

"Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu," tegasnya.Aduh, penipuan apa ini wahai Datuk Seri Najib Tun Razak?

Penipuan apa ini wahai Datuk Seri Shahidan Kassim? Penipuan apa ini wahai UMNO Cawangan Dataran Merdeka? Jeliknya permainan politik kamu.

( e-mail dari ustaz mobarak)

KAH KAH KAH…woit… MEMANG PELIK… PELIK LAGI MELIK….

kah kah kah…kah kah kah…UMNO CAWANGAN DATARAN MERDEKA!!!...

kah kah kah..woit… DIMANA RUMAH AHLI AHLI UMNO INI ?....

kah kah kah..woit… RUMAH DALAM SELANGOR KELAB KE?....

kah kah kah..woit… RUMAH TEPI WARONG TEBING KE?....

kah kah kah..woit… ATAU RUMAH DI BAWAH TEMPAT LETAK KERETA KE?....

kah kah kah…kah kah kah... MACAM MACAM NAK TIPU ORANG MELAYU....

kah kah kah..woit... NAK TIPU BUAT LAAAA BETUL BETUL...

kah kah kah..woit... JADIKAN MEREKA AHLI UMNO JLAN CHU CHENG KAY....

kah kah kahkah kah kah... ATAU AHLI UMNO FLAT SAM MANSION...

kah kah kah..woit.... BARU SELURUH MALAYSIA PERCAYA.... kah kah kah..

Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang.

Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang.


Mengapa Melatah Kalau Felda Tidak Bankrap?

Posted: 28 Jun 2010 04:50 AM PDT

SHAH ALAM 27 Jun - Pembongkaran isu Felda oleh lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan adalah satu langkah awal bagi menyelamatkan institusi tersebut daripada terus dipergunakan oleh Umno-Barisan Nasional demi kepentingan politik mahupun peribadi individu tertentu.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar Felda yang matlamat awal penubuhannya adalah untuk membela nasib Bumiputera terutamanya golongan peneroka dalam meningkatkan taraf ekonomi mereka kini berubah dengan tumpuan kepada kepentingan korporat tanpa memikir pengorbanan golongan peneroka.

"Kalau benar tidak bankrap mengapa perlu melatah sedemikian rupa sehingga mahu mengambil tindakan menyaman Suara Keadilan dan juga beberapa pemimpin lain. Felda sepatutnya mengambil sikap terbuka dengan pendedahan tersebut kerana kritikan diberikan mempamerkan kerisauan dan keprihatinan kita.

"Felda seharusnya melihat pendedahan ini dari sudut yang positif yang dapat membantu Felda lebih berjaya. Bagi saya tindakan menyaman adalah satu tanda jelas bahawa wujud kepincangan dalam pengurusan yang ada sekarang dan ini tidak lain hanya untuk menutup kesilapan dan mengubah perhatian rakyat kepada usaha saman bukan kepada apa yang telah didedahkan.

"Usaha saman itu hanya mempamerkan unsur autoritarian yang wujud dalam institusi tersebut," jelas beliau.

Nurul Izzah berharap seluruh warga Suara Keadilan akan bertahan dan terus berani memperjuangkan kebenaran dan membongkar segala kepincangan samada dalam Felda, agensi kerajaan yang lain dan juga dalam pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional.

"Saya yakin seluruh jentera Suara Keadilan akan bertahan dan berani untuk memperjuangkan kebenaran serta membongkarkan segala kepincangan samada Felda, agensi kerajaan yang lain mahupun kerajaan BN itu sendiri.

"Rakyat menaruh harapan dengan pembongkaran itu kerana ini dapat membantu menyelamatkan dana rakyat dan juga masa depan negara. Apa yang penting kita akan pastikan proses mahkamah berjalan dengan adil dan saksama," tegas Nurul Izzah lagi.


Malaysia Beli Torpedo Lebih Mahal Dari Harga Pasaran?

Posted: 28 Jun 2010 04:41 AM PDT

Dewan Rakyat digesa memanggil usul tergempar membincangkan perolehan dua jenis persenjataan kapal selam Scorpene milik Malaysia.

Ahli Parlimen Tian Chua (PKR-Batu) berkata kerajaan telah terlebih bayar dalam pembelian 40 buah peluru berpandu Exocet dan 30 buah torpedo Black Shark.

Dengan merujuk kepada pembayaran yang dibuat kerajaan Pakistan dan Portugal, Tian berkata Malaysia membayar 20 peratus lebih tinggi dari harga pasaran.

Tian menjelaskan Islamabad sekadar membayar 3.07 juta Euro untuk setiap unit peluru berpandu Exocet manakala Portugal memperoleh torpedo Black Shark pada harga 2 juta Euro seunit.

Congakan menunjukkan harga pasaran bagi kedua-dua jenis senjata ini mencecah 182.8 juta Euro, tetapi Kuala Lumpur membeli pada harga 219.265 juta Euro, iaitu 36.465 juta Euro lebih tinggi dari harga pasaran.

Azmin Ketuai PKR Selangor, Zaid Ibrahim Teraju PKR Wilayah Persekutuan

Posted: 27 Jun 2010 06:30 PM PDT



Naib Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuatkuasa serta merta.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini.

Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri.

"Ini dimohon oleh Tan Sri Khalid sendiri bagi menumpukan tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," katanya.

Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Kekosongan yang ditinggalkannya Azmin di negeri itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, umum Wan Azizah lagi.

Rombakan itu dilihat mengejutkan apabila sejak semalam ramai pemimpin kanan parti itu terus menafikan terdapat desakan supaya Khalid berundur dalam pemukiman PKR.

Anwar nafi cubaan MP guling Khalid

Khalid tidak hadir dalam kesemua sesi pemukiman dua hari sejak semalam di sebuah hotel di Shah Alam.

Selain ditemani Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketiga-tiga Azmin, Khalid dan Zaid hadir bersama dalam sidang media petang ini.

Bercakap soal yang sama, Anwar juga memberitahu dua negeri lagi akan mengalami pertukaran pucuk pimpinan yang akan diumumkan kemudian.

"Ia sedang dimuktamadkan," katanya yang enggan menyatakan terlebih dahulu negeri atau pimpinan terbabit.

Selain itu, Anwar turut menafikan bahawa terdapat pakatan ahli parlimennya yang merancang mahu menggulingkan Khalid sebagai menteri besar.

"Perkara itu tak berbangkit sama sekali. Kita sebulat suara dokong penuh. (Beri) Pandangan itu biasalah.

"Kita tengok Tan Sri Khalid pun tak sensitif sangat. Yang sensitif akhbar Umno," katanya.

(Malaysiakini)

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


HANIZA TALHA - AZMIN PELENGKAP KEPIMPINAN PKR SELANGOR

Posted: 28 Jun 2010 08:12 AM PDT

SHAH ALAM, 28 Jun – Wanita Keadilan Selangor percaya perubahan pucuk pimpinan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor harus dilihat sebagai usaha penambahbaikan dalam  memperkasa gerak kerja politik dan pentadbiran di Selangor.
Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Wanita Keadilan Selangor, Haniza Talha menegaskan tidak wujud perpecahan seperti yang digembar-gembur media arus perdana, sebaliknya ketokohan mereka saling lengkap, melengkapi.
"Tidak ada perpecahan. Berbeza pendapat memang ada sebab kita hendak membela rakyat.Tidak ada isu perpecahan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan itu.
"Khalid ada kekuatan dia, Azmin ada kekuatan dia – kedua-dua ada kekuatan masing-masing. Seperti yang saya kata, kita bekerja sebagai satu pasukan, jadi kita saling lengkap melengkapi," katanya lagi.
Berbeza dengan UMNO yang dilihat dekat dengan elemen diktatorisme, PKR sebaliknya bersifat demokrasi dan terbuka dalam menangani kepelbagaian pandangan di kalangan pemimpin.
"Kita sentiasa terbuka. Kalau ada ruang untuk improvement, kita sambut baik. Apapun ini kerja berpasukan. Apapun kerja-kerja membangunkan parti dan sebagainya adalah kerja berpasukan.
"Ia tidak bergantung kepada satu orang. Jadi siapa ketuanya kita sentiasa menyokong sebab kita berjuang atas satu prinsip – untuk menegakkan keadilan," kata Haniza.
Haniza yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor percaya gandingan dua pemimpin ini bakal menyuburkan budaya politik baru di Selangor.
"Itu yang kita nak wujudkan – budaya politik baru kerana politik baru membawa ciri-ciri demokrasi. Kita boleh berbeza pendapat tetapi bila sudah diputuskan, kita mencapai kata sepakat walaupun tidak  selari dengan keputusan peribadi," katanya.

Azmin sudah kali kedua menjadi Pengerusi PKR Selangor...

Posted: 28 Jun 2010 07:07 AM PDT

 


KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang baru, Mohamed Azmin Ali berkata, keutamaan yang akan diberikannya sekarang ialah untuk memperkukuhkan jentera parti itu dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Sehubungan dengan itu, Azmin berkata, beliau akan memanggil satu mesyuarat dengan kesemua 22 ketua cabang PKR negeri untuk membincangkan barisan kepimpinan di peringkat negeri yang baru.
Katanya lagi, sekarang, dengan pembahagian bidang tugas dan tanggungjawab yang lebih jelas, beliau akan memberi fokus kepada jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Semalam, kepimpinan PKR pusat merombak pentadbiran parti itu di Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan melantik Azmin mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengerusi PKR Selangor manakala Zaid Ibrahim mengantikan tempat Azmin sebagai pengerusi Wilayah Persekutuan.
Perubahan itu menguatkan lagi spekulasi yang mengatakan memang wujudnya masalah di Selangor apabila media massa melaporkan sekumpulan 15 Ahli Parlimen PKR merancang untuk memberikan tekanan kepada pucuk pimpinan agar menyingkirkan Abdul Khalid sebagai menteri besar.
Bagaimanapun kepimpinan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin dan Abdul Khalid sendiri menafikan sebarang usaha ke arah tersebut.
Azmin yang ditanya sekali lagi mengenai hubungannya dengan Abdul Khalid hari ini menegaskan, adalah penting untuk mereka berdua sama-sama membantu dan memperkukuhkan negeri tersebut.
Beliau juga menjelaskan bahawa hubungannya dengan Khalid adalah harmoni dan beliau sentiasa bekerjasama dengannya dalam menangani apa jua isu di negeri tiu.
Malah katanya, Abdul Khalid patut diberi peluang untuk terus menerajui Selangor sebagai menteri besar.
"Selangor patut menjadi peneraju dan contoh kepada yang lain dalam hal tadbir urus yang baik sebelum kita bercita-cita untuk menduduki Putrajaya,'' katanya.
Sementara itu, Anwar yang juga Ketua umum PKR ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini berkata, jikalah benar ada permintaan untuk menukar menteri besar, sudah tentu ia telah dibangkitkan kepadanya.
Masalahnya kata Anwar, tidak ada pihak yang membuat permintaan tersebut dan beliau percaya masih mempunyai pengaruh untuk menentukan siapakah yang patut memimpin Kerajaan Negeri Selangor.