Isnin, 28 Jun 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Guru N.Sembilan tak senonoh, memalukan, MB bertanggungjawab

Posted: 28 Jun 2010 06:47 AM PDT


Kononnya Menteri Besar Negeri Sembilan Dato Seri Mohamad Hasan nak beri penghargaan kepada guru di N.Sembilan dengan beri jamuan besar-besaran 15,000 guru pada 26 Jun 2010 di padang MPS semasa berlaki Gerhana Bulan pula tu. Dihidangkan dengan konsert Mawi. Akhirnya diceritakan guru perempuan berebut naik pentas nak peluk Mawi, gila nak bergambar.

Inilah yang dinamakan Guru Kencing Berdiri, Anak Murid Kencing Berlari. Menteri Besar Negeri Sembilan dan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan harus meletak jawatan dan mengambil tanggungjawab diatas insiden yang amat memalukan profession perguruan ini.

Satu dunia dah tahu ada guru-guru perempuan di Negeri Sembilan ini muka tak tahu malu. Habis semua anak murid tengok dalam internet. Apa nak kata ? Pihak penganjur ialah Kerajaan Negeri Sembilan sendiri. Ini majlis rasmi, Konsert Jom Heboh pun peminat tak serbu macam ni !

Tahun depan nak jemput artis siapa pula ?

Suami-suami cuba tengok ada tak gambar isteri anda berebut berposing dengan Mawi di pautan berikut http://cursingmalay.blogspot.com/2010/06/aura-mawi-membuatkan-ramai-cikgu-cikgu.html . Jangan terperanjat !!!!

Entah apa bala yang akan turun di N.Sembilan lepas ini ?

Mohd Sabu 11 Julai 2010 Johol N.Sembilan

Posted: 28 Jun 2010 12:11 AM PDT


CERAMAH PERDANA
Bersama Tn Hj Mohammad Sabu dan cheGuBard
Tarikh : 11 Julai 2010 / Ahad
Masa : 9 malam
Tempat : Johol , Negeri Sembilan

Pertanyaan 019-4647018

Sumber : http://chegubard.blogspot.com/

Antara masjid uzur daif di Terengganu dan Ebook

Posted: 27 Jun 2010 11:36 PM PDT



Bumbung mula bocor sejak tiga tahun lalu. Penduduk sedih masjid di Dungun ini siling hampir runtuh, keadaan dalam dan luar bangunan juga daif dengan bau busuk tahi kelawar menyucuk hidung dan permaidani lembap dibasahi hujan. Sejumlah 75,000 e-book diberikan secara percuma kepada murid tahun 4, 5 dan 6 di negeri ini membabitkan peruntukan oleh kerajaan negeri berjumlah RM75 juta.

***************************
Masjid uzur
Berita Harian 28 Jun 2010

Penduduk Santung sedih tempat ibadat bocor, dicemari najis kelawar

DUNGUN: Penduduk Kampung Santung di sini sedih dengan keadaan masjid mereka dengan siling dan bumbung berlubang hingga menjadi sarang kelawar dan menyebabkan jemaah terpaksa berdepan bau busuk yang meloyakan. Sehubungan itu, penduduk merayu pihak berkaitan mengambil langkah segera membaiki dan menaikkan taraf masjid uzur berkenaan yang sentiasa diimarahkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Tinjauan Edisi Timur di masjid itu mendapati selain berdepan risiko keselamatan disebabkan siling hampir runtuh, keadaan dalam dan luar bangunan juga daif dan kurang selesa dengan bau busuk tahi kelawar menyucuk hidung dan permaidani lembap dibasahi hujan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Santong, Shafie Salleh, 53, yang juga Penasihat AJK masjid berkenaan, berkata bumbung mula bocor sejak tiga tahun lalu dan langkah pembaikan kecil-kecilan yang dibuat tidak dapat menampung kerosakan semakin buruk.

Katanya, atap dan siling bocor di merata bahagian bumbung menyebabkan lantai dan permaidani di masjid ini sentiasa basah dan berbau hapak.

"Setiap kali hujan lebat, berbelas besen diatur menadah air hujan daripada terus membasahi permaidani yang memakan masa untuk kering dan berbau hapak walaupun hujan sudah berhenti berhari-hari lamanya.

"Ruang siling masjid dikotori najis kelawar dan burung yang membuat sarang selepas syiling yang berlubang dan terkopak dibiarkan tanpa dibaiki menyebabkan jemaah terpaksa menghidu bau busuk yang semakin kuat bila musim hujan kerana siling dibasahi hujan dan udara lembap," katanya.

Shafie berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah beberapa kali meninjau masjid itu tetapi pemeriksaan sudah bertahun lalu dan tiada apa pembaikan dibuat hingga kini.

Bilal masjid, Che Ku Ngah Che Ku Mat, 53, berkata dia bimbang dengan keadaan masjid yang sudah terlalu daif, kerana menjejaskan kelancaran kegiatan mengimarahkan masjid terutama apabila ada program yang membabitkan pengunjung luar.

Katanya, pelbagai agensi dan badan swasta termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, persatuan silat dan pertubuhan bukan kerajaan daerah ini selalu menganjurkan aktiviti bersama penduduk turut hairan dengan keadaan masjid itu yang tidak mendapat pembelaan pihak berkuasa berkaitan.

Seorang jemaah, Nordin Abu Bakar, 47, berkata beliau amat kecewa kerana tiada kerja penambahbaikan dibuat sejak masjid itu dibina pada 1986.

"Kami kesal walaupun sudah bertahun ahli jemaah menunaikan tuntutan agama dengan bau yang kurang menyenangkan dan berisiko ditimpa syiling yang robek, impian kami untuk memiliki masjid yang lebih selamat dan selesa hanya tinggal angan-angan," katanya hampa.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Masjiduzur/Article

75,000 murid terima e-book percuma
Utusan Malaysia 27 Jun 2010

KUALA TERENGGANU 26 Jun - Kerajaan negeri mengakui sukar mengenal pasti sesetengah golongan masyarakat yang benar-benar ikhlas apabila setiap kali menerima bantuan daripada kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, rakyat perlu mengubah sikap agar sentiasa menghargai pemberian kerajaan tidak kira dalam apa juga bentuk bantuan sekalipun.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir memberitahu, pada masa ini terdapat di kalangan penerima bantuan kerajaan yang seolah-olah tidak menghargai pemberian tersebut dan tidak memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

Justeru, jelasnya, sumbangan percuma seperti buku elektronik, e-book yang kini mula diagihkan kepada murid tahun lima di Terengganu tahun ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak disalah gunakan.

"Sebelum ini, ada bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan kepada rakyat telah disalahgunakan. Jadi, kita harap sumbangan kerajaan seperti e-book yang diagihkan kepada murid sekolah rendah perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu ketika berucap pada majlis penyerahan e-book kepada Murid Tahun 5 Sekolah-sekolah Rendah DUN Seberang Takir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir di sini kelmarin.

Beliau seterusnya berkata, langkah kerajaan negeri di bawah pucuk pimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said akan membantu membangunkan bidang pendidikan di Terengganu sejajar menjadikannya sebuah negeri 'anjung ilmu'.

Menurutnya, sejak diperkenalkan tahun lalu hingga tahun ini, sejumlah 75,000 e-book diberikan secara percuma kepada murid tahun 4, 5 dan 6 di negeri ini membabitkan peruntukan oleh kerajaan negeri berjumlah RM75 juta.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_03.htm

Bantu rakyat susah dengan niat supaya sokong Umno

Posted: 27 Jun 2010 09:10 PM PDT


Menteri Besar N.Sembilan kata pemimpin Umno dalam JKKK dan PBT perlu lebih lantang menyuarakan isu-isu disuarakan rakyat kepada pentadbiran kerajaan kerana ini akan meningkatkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Umno (Adakah selama ini Umno bantu rakyat dengan niat agar rakyat menyokong Umno atau kerana rakyat tadi memang memerlukan bantuan? )

Mungkin Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya atau Ustaz Rasul Dahri boleh mengajar Bab Niat di Masjid Negeri , Seremban ? Mungkin Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan boleh beri tauliah kepada Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya dan Ustaz Rasul Dahri ?

Dari Amirul Mu'minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma'il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang).

*************************
Ahad Jun 27, 2010
UMNO Perlu Menguar-Uarkan Semua Kelemahan Parti Pembangkang

REMBAU: Pemimpin dan anggota Umno perlu menguar-uarkan semua kelemahan parti pembangkang agar rakyat tahu tembelang mereka, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Datuk Mohamad Hasan.

Di samping itu, katanya pemimpin Umno yang menganggotai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta dilantik Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu lebih lantang menyuarakan isu-isu disuarakan rakyat kepada pentadbiran kerajaan.
"Langkah berkenaan akan meningkatkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Umno selaku parti yang menjaga kesejahteraan mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Rembau 2010 di Dewan Serbaguna Institut Latihan Perindustrian Pedas dekat sini, hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata pembangkang cuba mengaburi mata rakyat dengan menyebarkan fitnah untuk melemahkan parti.

Katanya tindakan itu merupakan strategi mereka untuk menutup segala kelemahan di negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang.

Sementara itu, beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Rembau meminta semua pemimpin dan anggota Umno di Bahagian Rembau supaya bersama-sama memainkan peranan dalam menjayakan misi parti 'menyerang' pembangkang.

"Selama ini, pembangkang kelihatan seperti bermaharajalela melemparkan pelbagai fitnah dan tohmahan tidak berasas terhadap pemimpin kerajaan termasuk Umno.

"Kini, sudah tiba masanya pemimpin dan anggota Umno terutamanya di Bahagian Rembau bangkit dan menunjukkan taring mereka kepada pihak lawan. Dalam bola sepak, serangan adalah bentuk pertahanan yang terbaik.

"Jangan biarkan sahaja pembangkang menyerang kita. Umno akan lemah sekiranya kita tidak membalas balik omong-omong kosong pihak lawan," katanya.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang juga Anggota Parlimen Rembau, Ketua Wanita Umno Bahagian Rembau Senah Peral, Ketua Puteri Umno Bahagian Rembau Zuliana Mohd Ridzuan dan barisan kepimpinan Umno Bahagian tersebut. – BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/6/27/mstar_berita/20100627180614&sec=mstar_berita

Tiada ulasan: