Isnin, 28 Jun 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Baguslah kalau Ulama dah mula masuk UMNO

Posted: 28 Jun 2010 02:07 AM PDT

Diceritrakan bahawa 40 Ulama telah menyertai UMNO. Tapi langsung tak ada yang kanan-kanan, ini macam tok lebai aje, tak ada Ulama terkenal langsung. Mula-mula diwar-warkan Asri termasuk didalamnya, rupa-rupanya gendang kosong.
Kita akan bilang dari hari ke hari, apakah peranan yang akan dimainkan oleh "Ulama Muda" ini. Negara ini banyak sangat berlaku maksiat. Lagi besar bandarnya lagi penuh dengan maksiat.
Judi, ada macam-macam judi. Rumah urut, ada macam-macam rumah urut. Kelab malam, ada macam-macam kelab malam. Dan disitu tempat bersarangnya maksiat di negara ini.
Di Malaysia, ada pusat judi terbesar. Di Malaysia ada kilang arak terbesar.
Hah, Ulama UMNO. Itu kerja kamu. Apa kamu nak buat? Ke kamu akan lakukan sama seperti ulama-ulama yang sedia ada didalam UMNO. Bila PM kata "Islam Hadhari" maka kamu akan mentafsirkan Islam jenis itu sebagai Islam sebenar, Islam liberal dan Islam yang dikehendakki di Negara yang masyarakatnya majmuk ini?
Bila PM kata judi itu untuk orang bukan Islam, kamu kata "ya, judi itu perlu ada, kerana ia kegemaran orang bukan Islam", bila orang bukan Islam kata judi itu menimbulkan masalah sosial, kamu kata,"mana boleh judi itu kesukaan orang bukan Islam".
Tetapi biasalah. Ulama dalam UMNO akan mengiyakan saja tindakan pemimpinnya. Bila isu judi bolasepak diumumkan, siapa yang menentangnya? Ada ulama dalam UMNO berbunyi? Tak mereka macam syaitan bisu. Langsung tak berbunyi. Kalau orang PAS, KEADILAN, DAP dan Gerakan tak mendatangkan tentangan maka hari ini judi sukan sudah bermaharajalela di negara ini.
Alhamdulillah, kita ucapkan juga syabas kepada UMNO Johor, UMNO Kedah, UMNO Perak dan Pemuda UMNO yang turut menentang judi sukan ini. Tetapi Ulama UMNO tetap membisu seperti syaitan bisu.
So, bawalah seribu Ulama kedalam UMNO, dan jika mereka terus menjadi syaitan bisu, apalah faedahnya!

Tiada ulasan: