Khamis, 17 Jun 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Ceramah Bersama dengan KEADILAN Temerloh

Posted: 17 Jun 2010 08:49 PM PDT

Pada 3hb Julai nanti, KEADILAN Kuala Krau akan mengadakan ceramah bersama dengan KEADILAN Temerloh. Tempatnya, di rumah saya sendiri, di Kg Batu 4, Jalan Maran, Temerloh, didalam DUN Kuala Semantan didalam kawasan Parlimen Temerloh. Saya adalah Ketua KEADILAN Kuala Krau tetapi bermastautin di kawasan Parlimen Temerloh dan seorang pengundi di kawasan Parlimen Temerloh.
Sdr Nizam Hamid adalah Ketua Cabang KEADILAN Temerloh, dan kami berdua akan menjadi Tuan Rumah kepada ceramah itu.
Gabungan 2 tenaga ini, Insya Allah, akan merampas kawasan Parlimen Temerloh dan kawasan Parlimen Kuala Krau dari Barisan Nasional.

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Selangor anjur program dampingi rakyat Sabtu ini

Posted: 17 Jun 2010 07:50 PM PDT

Pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di Selangor akan turun padang pada hari Sabtu dan Ahad untuk mendampingi dan bertemu rakyat.

Melalui hari bertemu pelanggan bersepadu itu, jabatan dan agensi terbabit akan membuka kaunter penerangan dan kaunter aduan bertempat di Dewan Seri Siantan dan Tesco Kuala Selangor.

Kaunter tersebut akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam pada kedua-dua hari berkenaan. Sejumlah 24 jabatan dan agensi di Selangor akan mengambil bahagian.

Menurut kenyataan pejabat setiausaha kerajaan Selangor, ini merupakan kali kedua program tersebut diadakan pada tahun ini.

Antara jabatan dan agensi tersebut ialah pejabat setiausaha kerajaan Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, Pejabat Pilihanraya Negeri Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, Tourism Selangor dan lain-lain lagi.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat dan mendaftar untuk program-program di bawah Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Skim Mesra Usia Emas (MUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Hadiah Pengajian IPT Negeri Selangor.

Sehubungan itu, warga Selangor dan penduduk sekitar dijemput hadir berurusan dalam mendapatkan informasi, perkhidmatan, khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan secara terus dengan jabatan dan agensi kerajaan yang menyertai program berkenaan.

RMK10 : Najib Hukum Rakyat Selangor

Posted: 17 Jun 2010 07:45 PM PDT

Kerajaan Pusat digesa untuk tidak mengabaikan Selangor dalam rencana Rancangan Malaysia Ke-10.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru Kabinet Perdana Menteri Najib Abdul Razak untuk tidak memusuhi rakyat Selangor hanya semata-mata mereka mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum lalu.

Malaysia tidak mampu mengharungi kemelesetan ekonomi jika Perdana Menteri Najib Abdul Razak mahu mencacatkan ekonomi Selangor, yang menyumbang sekitar 20 peratus kepada pendapatan negara.

Tan Sri Khalid berkata demikian selepas mendapati Rancangan Malaysia ke-10 memulaukan pembangunan di Selangor, serta menidakkan sumbangan Selangor dengan menamakan Petaling Jaya, Subang, Ampang Jaya dan Shah Alam sebahagian dari Kuala Lumpur.

"Nama Lembah Klang digantikan dengan Greater Kuala Lumpur. Dalam nota kaki laporan RMK-10, Petaling Jaya, Subang, Ampang Jaya dan Shah Alam disebut sebagai sebahagian dari Kuala Lumpur. Ini aneh kerana semua kawasan tersebut terletak dalam negeri Selangor. Apakah kerajaan persekutuan berniat untuk mengabaikan perkataan Selangor dengan alasan tertentu ?," kata Khalid.

Kerajaan Negeri dikatakan telah memohon sejumlah 400 projek kepada Kerajaan Pusat untuk memacu pertumbuhan ekonomi Selangor, namun tiada maklum-balas dari Kabinet sehingga kini.

Projek Pembersihan Sungai Klang, perlaksanaan pilihanraya kerajaan tempatan, serta pengambil-alihan aset konsesi air juga dipandang sepi oleh RMK-10.

Khalid turut membidas strategi penswastaan RMK10 yang dikatakan menghakis autoriti kerajaan tempatan dan mewujudkan monopoli Putrajaya keatas air, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan longkang di Selangor.

"Pertumbuhan koridor Iskandar, wilayah timur, wilayah utara dan Sabah turut dinyatakan tetapi tidak ada rancangan besar untuk pembangunan kepada Selangor. Ini satu penafian terhadap kepentingan selangor. Hakikatnya, kerajaan Pusat tidak boleh mengabaikan Selangor kerana nilai ekonominya terlalu tinggi," katanya lagi.

Ketika menjawab soalan hadirin, RMK10 disifatkan sebagai strategi membunuh-diri jika Kabinet enggan mengiktiraf sumbangan rakyat Selangor kepada kesinambungan ekonomi negara.

"GDP 5 juta penduduk di Lembah Klang jauh lebih baik berbanding GDP semua rakyat Malaysia. Bahkan, jumlah doktor dan peguam dalam setiap 100 kaki persegi di Petaling Jaya adalah lebih banyak dari mana- mana kawasan di negara ini," katanya.

Sumber: TVSelangor

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 01 Jun 2010 12:22 AM PDT




KEBERSIHAN KAWASAN PERUMAHAN TANGGUNGJAWAB YANG HARUS DIPIKUL BERSAMA

TAMAN ALAM MEGAH - Kebersihan kediaman dan kawasan persekitarannya adalah tanggungjawap bersama kerana ia akan akan memberikan faedah kesihatan semua penduduk.Antara langkah yang perlu diambil oleh persatuan penduduk dengan kerjasama MPP dengan penganjuran kempen gotong royong untuk membersihkan sekitar kawasan kediaman.baru - baru ini satu program gotong royong perdana telah dijaya kerjasama antara persatuan Penduduk Taman Alam Megah serta MPP Zon 10 yang mana berjaya mengumpulkan hampir semua penduduk setempat untuk turut serta dalam program gotong royong tersebut.Program tersebut telah di rasmikan oleh YB.Shuhaimi Hj Shafiei yang juga telah meluangkan masa turut serta bersama - sama penduduk membersihkan kawasan terlibat.
















Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Anwar Tetap Dedah Klip Video RM2 Juta

Posted: 16 Jun 2010 11:14 PM PDT

Dari Harakah Daily
Oleh Dzulfikar Mashoor

Gara-gara mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan klip video berhubung sogokan RM2 juta yang membabitkan beberapa Ahli Parlimen Bebas sebagaimana yang dicabar oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohammed Hashim, seorang wartawan RTM yang dikenali sebagai Tukimin dinasihatkan supaya bersikap lebih profesional.

"Kamu (Tukimin) tak jadi menteri lagi pun, kamu sudah begini. Sudah habis bertanya soalan, sudah habis tanya soalan, ok…kamu diam," kata Anwar pada sidang media di lobi Parlimen tengah hari tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang beliau kenali secara peribadi jauh lebih berakhlak dan beradab ketika berkomunikasi dengan beliau jika dibandingkan dengan wartawan terbabit.

Disebabkan nasihat Anwar itu, wartawan terbabit terus berlagak agresif dan memperkecilkan nasihat Anwar lalu meninggalkan sidang media tersebut.

Sebelum pada itu, Anwar didesak bertalu-talu untuk menjelaskan secara spesifik bila beliau bersedia menyahut cabaran Zahrain sebagaimana dibuat di Dewan Rakyat, semalam.

Menjawab soalan itu, Anwar meminta wartawan terbabit mendedak RTM menyiarkan dahulu klip video konspirasi melantik hakim yang membabitkan Peguam VK Linggam sebelum ini.

Ini kerana, menurut Anwar, RTM tidak pernah profesional dalam mendedahkan kepincangan para pemimpin Umno BN dalam mentadbir negara.

Sehubungan itu, beliau berkata, soalan berunsur provokasi oleh wartawan terbabit tidak seharusnya dilayan.

"Saya yang menentukannya (klip video RM2 juta), saya akan tetap mendedahkannya kelak. Kamu diam dan saya tidak perlu layan provokasi RTM," tegasnya.

Turut menyertai Anwar ialah Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS/Ahli Parlimen Pokok Sena), Datuk Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) dan Yusmadi Yusoff (Ahli Parlimen Balik Pulau).

PKFZ: Ong Tee Keat Dedah Orang Terlibat Masih Bebas

Posted: 16 Jun 2010 11:03 PM PDT

Dari Merdeka Review
Oleh Neo Chee Hua

Pasukan Khas yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan untuk menyiasat skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mendapati bahawa wujudnya kes penipuan (fraud case) yang menelan RM 1.64 bilion dalam skandal PKFZ, dan orang yang terbabit masih bebas sehingga kini, tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Demikianlah pendedahan bekas Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat (gambar kanan) yang disingkirkan semasa kabinet dirombak pada 1 Jun 2010. Malah, Ong Tee Keat selanjutnya membongkarkan bahawa kontraktor utama PKFZ, Syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang dikuasai ahli parlimen Bintulu-BN, Tiong King Sing telah menuntut RM1.64 bilion daripada kerajaan sebelum projek ini dimulakan.

Sebanyak tujuh laporan disediakan oleh pasukan khas dan jawatankuasa yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan, dan kesemuanya masih belum didedahkan sehingga kini. Bagaimanapun, tiada kesimpulan dan tindakan susulan, termasuk mendakwa pihak yang terlibat dan menipu, setelah Pasukan Petugas Khas (Super Task Force) yang ditubuhkan kabinet mengambil alih tugas siasatan PKFZ ini. Malah, tiada perbincangan dalam kabinet berhubung laporan Pasukan Petugas Khas, menurut bekas Menteri Pengangkutan ini.

Seandainya dakwaan laporan pasukan khas oleh Kementerian Pengangkutan tersebut adalah benar, maka kerajaan harus mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menuntut wang tersebut daripada pihak berkenaan, malah menghalang wang itu daripada mengalir ke dalam akaun kontraktor tersebut secara beransur-ansur, tegas Ong Tee Keat.

“Kesemua ini wang titik peluh rakyat,” tekan bekas Presiden MCA ini dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 15 Jun 2010 di pejabatnya di Padan Jaya. Ini adalah kali pertama pegawai kerajaan terbabit tampil mengesahkan kandungan dalam tujuh laporan yang disediakan pasukan khas dan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan.

Sebelum ini, The Straits Times yang mendakwa dirinya telah meneliti kandungan terperinci laporan tersebut mendedahkan bahawa beberapa orang pegawai kerajaan disenaraikan sebagai “possible conspirator”, antaranya bekas Menteri Pengangkutan Chan Kong Choy, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tiong King Sing (yang menguasai KDSB), bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), OC Phang, dan sesetengah pengarah dalam LPK. Namun demikian, antara nama yang tersenarai, hanya OC Phang (gambar kiri, wanita di kanan) yang didakwa ke mahkamah setakat ini.

Selain itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) KDSB, Steven Abok; Pengurus projek, Law Jenn Dong dan Bernard Tan Seng Swee dari syarikat perunding BTA Architect turut didakwa atas tuduhan menipu, dengan angka yang terlibat RM122.267 juta dan RM5.41700 juta.

Namun, Ong Tee Keat mengesahkan bahawa beberapa orang disebut namanya dalam laporan pasukan khas oleh Kementerian Pengangkutan, dan “orang yang terbabit” semestinya lebih daripada empat orang yang didakwa di atas.

Selok belok siasatan PKFZ

Ketika ditemuramah MerdekaReview, Ong Tee Keat mengimbas selok belok penyiasatan skandal ini ketika beliau menerajui Kementerian Pengangkutan. Ong Tee Keat melantik badan bebas, PricewaterhouseCoopers (PWC) untuk menyiasat skandal PKFZ pada Oktober 2008, yang mana laporan auditnya diumumkan pada 28 Mei 2009.

Seterusnya, Ong Tee Keat (gambar kanan) menubuhkan sebuah pasukan khas dan dua jawatankuasa yang baru pada 10 Jun 2009. Pasukan khas ditugaskan untuk melanjutkan siasatan terhadap 20 penyelewengan yang disenaraikan dalam laporan audit PWC, satu jawatankuasa pula menumpukan siasatan terhadap keputusan yang dilakukan LPK dan penyelewengan yang tertunggak selama ini. Satu lagi jawatankuasa ditugaskan untuk menyediakan rancangan bagaimana PKFZ boleh dibangunkan semula.

“Saya memberi tempoh dua bulan kepada mereka untuk menyiapkan tugas ini. Selain satu jawatankuasa, dua daripadanya berjaya menyediakan laporan lengkap pada 10 Ogos, seperti yang ditetapkan. Pasukan khas dan jawatankuasa yang dianggotai elit daripada pelbagai bidang ini telah menyediakan tujuh laporan, dan saya cuma memberi satu kenyataan bertulis pada ketika itu.”

Ong Tee Keat menjelaskan, beliau tidak mendedahkan laporan ini kerana hasil siasatan ini bakal menjadi bukti penting untuk Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Setelah mendapat nasihat daripada peguam, Ong Tee Keat memilih untuk tidak mendedahkan laporan ini pada ketika itu, atas pertimbangan unit berkenaan belum membuka fail siasatan, dan beliau tidak mahu dirinya disaman.

20 penyelewengan

Bagaimanapun, beliau mendedahkan bahawa tujuh laporan tersebut menunjukkan bahawa terdapat maklumat yang cukup untuk membuktikan penipuan berlaku dalam skandal PKFZ. Kontraktor yang bertanggungjawab telah menuntut RM1.64 bilion daripada kerajaan sebelum projek bermula. Siasatan ini dilakukan berdasarkan 20 penyelewengan yang tersenarai dalam laporan audit PWC, dan angka penyelewengan mungkin lebih tinggi daripada laporan PWC.

“PWC cuma menyiasat dari segi akaun. Tetapi anggota pasukan khas dan jawatankuasa terdiri daripada ahli profesional, yang masak dengan selok belok dalam bidang ini. Mereka lebih mengetahui sama ada penyelewengan berlaku dalam bidang tersebut,” kata Ong Tee Keat.

Demikianlah 20 penyelewengan yang tersenarai dalam laporan siasatan PWC:

1. Cadangan pembelian tanah diluluskan oleh kabinet, tetapi cadangan pembangunan yang menyusul kemudian tidak dibentangkan dalam kabinet untuk mendapat kelulusan.

2. LPK tidak memberitahu kabinet dengan segera, bahawa LPK tidak mampu untuk menanggung kos projek pembangunan ini melalui self-funding.

3. Pengarah LPK tidak menjalankan tugas pemantauan, mengikuti perkembangan sama ada projek terlaksana sebagaimana yang dirancangkan.

4. Tiada rundingan untuk mendapatkan pandangan Peguam Negara, dan sesetengah peraturan daripada Kementerian Kewangan tidak dipatuhi.

5. Mungkin melibatkan konflik kepentingan, kerana sesetengah orang/unit yang terbabit mempunyai hubungan dengan tanah atau KDSB sebelum ini.

6. Faedah pinjaman yang dikenakan Kementerian Kewangan telah mengakibatkan kos PKFZ melonjak dari RM4.947 bilion kepada RM7.453 bilion. Kos akan melambung kepada RM12.453 bilion, melainkan pinjaman daripada Kementerian Kewangan ini dirombak semula.

7. Seandainya LPK mematuhi cadangan Kementerian Kewangan, dengan mengeluarkan bon jaminan kerajaan, dan melaksanakan pembangunan secara berperingkat, maka financing cost boleh dikurangkan.

8. Tanah ditukar tangan dengan harga istimewa yang lebih tinggi daripada harga pasaran.

9. KDSB mungkin mengenakan faedah yang berlebihan daripada LPK, antara RM51 juta hingga RM390 juta.

10. DA3 (Development Agreement) bukanlah satu kontrak dengan angka tetap, maka KDSB tidak boleh mengenakan kadar bayaran profesional yang tetap.

11. RM 95.256 juta dikutip daripada LPK sebagai kos asas, tetapi tidak disenaraikan dalam DA.

12. Akaun terakhir dalam DA3 tidak menolak bahagian yang mana tiga projek pembinaan yang belum disiapkan.

13. Belumpun plan diberi kata muktamad, kontrak yang bernilai RM1 bilion telah diberikan kepada KDSB.

14. LPK terlalu bergantung kepada KDSB, menyebabkan LPK tidak memperolehi rancangan projek yang memadai nilainya.

15. Pengurusan dan kawalan perancangan yang sangat lemah.

16. Hanya sebahagian bangunan memperolehi certificate of fitness, dan defect liability period telah berlalu.

17. LPK dijangka mengalami defisit tunai pada tahun 2012, dan gagal menjelaskan hutang daripada Kementerian Kewangan.

18. Surat sokongan yang dibenarkan Kementerian Kewangan mungkin ditafsir sebagai jaminan kerajaan bahawa LPK mampu menjelaskan hutang pada masa yang ditetapkan.

19. Kadar sewa PKFZ yang sebenarnya hanya 14%, pendapatan ini gagal mengimbangi perbelanjaannya dalam operasi.

20. PKFZ Sdn Bhd telah mengalami kerugian sebermulanya, dan fund pemegang sahamnya telah menjadi nilai negatif pada akhir September tahun 2008.

Laporan harus diumumkan

KDSB sebagai anak syarikat milik sepenuh Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd (WBHSB) adalah kontraktor utama dalam projek PKFZ. Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Tiong King Sing (gambar kiri) adalah pemegang saham terbesar WBHSB dengan 70% saham dalam genggamannya. KDSB ditubuhkan pada 22 April 1994, dengan tujuan utamanya–PKFZ.

Bagaimanapun, setelah Super Task Force yang ditubuhkan kabinet mengambil alih tugas siasatan, tiada kesimpulan dibuat terhadap siasatan yang dilakukan Kementerian Pengangkutan, malah tiada tindakan susulan. Ong Tee Keat berkata, Super Task Force ini telah menyiapkan siasatan dalam masa enam bulan, tetapi laporannya tidak dibentangkan dalam mesyuarat kabinet sehingga 1 Jun 2010, dedah Ong Tee Keat yang tersingkir dari kabinet pada tarikh tersebut.

“Seandainya siasatan telah disiapkan, maka mereka (Super Task Force) harus mengumumkan hasilnya. Rakyat perlu tahu perkembangan siasatan ini. Selain itu, sekiranya hasil siasatan telah diperolehi, siapa pula yang perlu bertanggungjawab? 20 penyelewengan disenaraikan PWC, melibatkan orang kalau bukan wang. Kerajaan tidak mengambil tindakan susulan, misalnya siapa yang harus didakwa (di mahkamah),” katanya.

Perdana Menteri Najib Abdul Razak (gambar kanan) mengumumkan penubuhan Super Task Force yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, Mohamad Sidek Hassan untuk meneliti skandal PKFZ pada 9 September 2009. Antara skop yang dikaji termasuklah, pertama, adakah skandal ini melibatkan penyalahgunaan kuasa atau pelanggaran undang-undang negara; kedua, good governance dan ketiga, halatuju pembangunan PKFZ pada masa depan.

Pada ketika itu, Najib mendakwa bahawa Super Task Force ini akan mempertimbangkan laporan daripada pasukan khas dan jawatankuasa yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan sebelum ini, namun tiada sebarang pengumuman atau tindakan susulan sehingga hari ini.

Pengganas: Kerajaan Cuba Alih Tumpuan Rakyat

Posted: 16 Jun 2010 10:43 PM PDT

Dari Malaysiakini

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kerajaan hari ini kerana cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu nasional kepada kononnya kegiatan pengganas di negara ini pada tahap membimbangkan.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional dan Umno cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu seperti judi sukan, pembabitan Israel melalui firma antarabangsa Apco Worldwide dan pemberian tanah-tanah utama di Kuala Lumpur kepada sektor swasta.

“Tindakan pengganas tidak boleh dipertahankan dalam apa cara sekalipun tetapi mereka mesti matuhi undang-undang," kata Anwar.

“Di mana bukti bahawa terdapat kegiatan pengganas? Jika ancaman sebegitu mengugatkan mengapa suspek berkenaan diekstradisi tanpa didakwa?" soalnya.

Enjin Jet F5-E:Bapa Buat Laporan Polis Dakwa Tharmendran Diseksa

Posted: 16 Jun 2010 10:33 PM PDT

Dari Mstar

Keluarga kepada anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sarjan N. Tharmendran, yang didakwa mencuri dua enjin jet F5-E melakukan laporan di Balai Polis Brickfields atas dakwaan Tharmendran diseksa ketika dalam tahanan dan dijadikan kambing hitam.

“Kami akan mengenal pasti pihak yang berbuat demikian terhadapnya dalam laporan ini,” kata bapa Tharmendran, N. Nagarajah sebelum membuat laporan polis dengan ditemani peguam N. Surendran; Ahli Parlimen Teluk Intan, M. Manoharan dan Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam.

Nagarajah juga berkata, “tidak mungkin seorang individu mampu mencuri enjin-enjin itu secara bersendirian” dan mendakwa pihak atasan TUDM terbabit sama dalam kehilangan enjin jet berkenaan yang kini dilaporkan berada di Uruguay.

Bapa itu mendakwa bahawa peralatan dan alat ganti berkaitan dengan enjin-enjin itu juga hilang tetapi perkara itu tidak pernah dilaporkan.

“Ramai pihak berpengaruh terlibat sama tetapi mereka menggunakan anak saya untuk menanggung kesalahan itu,” tambahnya.

Pada 6 Januari lalu, Tharmendran didakwa atas tuduhan mencuri enjin jet pada Disember 2007 di pangkalan TUDM Subang manakala ahli perniagaan, K. Rajandran Prasad didakwa membantunya membuang enjin-enjin tersebut 30 April 2008.

Seorang lagi anggota TUDM, Mohamad Shukri Mohd Yusop didakwa bersekongkol dengan Tharmendran dalam kejadian itu.

Rajandran telah diikat jamin bagaimanapun Tharmendran yang gagal membayar jaminan sebanyak RM150,000 itu terpaksa duduk dalam tahanan sejak enam bulan lalu. Perbicaraan dijadualkan bermula 19 Julai ini.

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


WARTAWAN RTM YANG TAK FAHAM BAHASA

Posted: 17 Jun 2010 06:37 PM PDT

ISU PENGGANAS JEMAAH ISLAMIYAH : SIAPA YANG AKAN JADI "KAMBING"

Posted: 17 Jun 2010 05:55 AM PDT

Kerajaan Barisan Nasional dan Umno cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu seperti judi sukan, pembabitan Israel melalui firma antarabangsa Apco Worldwide dan pemberian tanah-tanah utama di Kuala Lumpur kepada sektor swasta apabila mendakwa kegiatan Jemaah Islamiyah yang dilabel sebagai pengganas, berada ditahap yang membimbangkan.
Kenyataan ini dilihat sebagai usaha mengalihkan perhatian rakyat terhadap beberapa isu yang melibatkan pentadbiran Najib terutama isu judi bola, APCO dan penyerahan tanah-tanah aset terpenting negara seperti di Wilayah Persekutuan, Sungai Buloh, Sungai Besi, Tanah Keretapi, Sentul, Pudu dan juga diserahkan kepada syarikat swasta.
Rakyat berhak tahu mengapa kerajaan begitu cuai apabila melantik Asiasoft (M) Sdn Bhd sebagai Sub-Kontraktor untuk pembangunan Sistem Laporan Polis (RPS), dari sistem analog kepada sistem digital. Asiasoft (M) Sdn Bhd memang didaftarkan di Malaysia namun syarikat itu adalah milik penuh Asiasoft Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura. Pegawai Asiasoft yang ditugaskan membangunkan RPS tersebut adalah terdiri dari pakar2 IT yang diiktiraf oleh Israel kerana berjaya membangunkan Sistem Risikan Berteknologi Tinggi Israel bahkan mereka pernah diiktiraf oleh Kementerian Pertahanan Israel. Dua programmer Izhak David Naskar dan Ido Sccheschter merupakan bekas staf Agensi Perisikan Israel turut terlibat dalam pembangunan RPS di PDRM.
Apakah ini tidak menunjukkan bahawa keselamatan negara telah "dilacurkan" oleh mereka2 yang rakus dengan kuasa dan takut kehilangan kuasa...
Apakah bukti kukuh yang menunjukkan bahawa gerakan J.I berada ditahap "runcing" atau apakah ini sekadar menutup cerita disebalik cerita seperti mana biasa yang dilakukan oleh kerajaan BN..????

AMK GELANG PATAH KEMBALI.....

Posted: 17 Jun 2010 05:50 AM PDT

Setelah beberapa hari menyepikan diri, jejari penulis2 AMK Gelang Patah akan menari... Kali ini mungkin lebih panas, lebih kritis, lebih berani dan lebih vokal.

"Kalau Takut Dengan Risiko, Usah Bicara Soal Perjuangan...."

Angkatan Muda Keadilan Melaka

Angkatan Muda Keadilan Melaka


PKR leader denies 'sex tape' claims - Malaysiakini

Posted: 17 Jun 2010 09:57 AM PDT

Anwar hilang sabar, arah RTM 'shut up' - Malaysiakini

Posted: 17 Jun 2010 08:35 AM PDT

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Parliament Questions Time, 17 June 2010

Posted: 17 Jun 2010 04:53 AM PDT

Selain menambah bilangan anggota polis, antara tindakan yang diambil oleh PDRM bagi mengurangkan kadar jenayah adalah seperti … Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat Soalan Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan selain daripada merekrut lebih ramai anggota polis, apakah tindakan lain yang diambil oleh Kementerian bagi membendung peningkatan kadar [...]

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 01 Jun 2010 12:22 AM PDT




KEBERSIHAN KAWASAN PERUMAHAN TANGGUNGJAWAB YANG HARUS DIPIKUL BERSAMA

TAMAN ALAM MEGAH - Kebersihan kediaman dan kawasan persekitarannya adalah tanggungjawap bersama kerana ia akan akan memberikan faedah kesihatan semua penduduk.Antara langkah yang perlu diambil oleh persatuan penduduk dengan kerjasama MPP dengan penganjuran kempen gotong royong untuk membersihkan sekitar kawasan kediaman.baru - baru ini satu program gotong royong perdana telah dijaya kerjasama antara persatuan Penduduk Taman Alam Megah serta MPP Zon 10 yang mana berjaya mengumpulkan hampir semua penduduk setempat untuk turut serta dalam program gotong royong tersebut.Program tersebut telah di rasmikan oleh YB.Shuhaimi Hj Shafiei yang juga telah meluangkan masa turut serta bersama - sama penduduk membersihkan kawasan terlibat.
















AMK Shah Alam

AMK Shah Alam


Tian Chua tetap jatuh hukum tetapi kekal sebagai ahli Parlimen

Posted: 17 Jun 2010 01:22 AM PDT

Beruk - beruk afrika yang lari meninggalkan Fiesta!

Posted: 17 Jun 2010 12:59 AM PDT

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Parliament Questions Time, 17 June 2010

Posted: 17 Jun 2010 04:53 AM PDT

Selain menambah bilangan anggota polis, antara tindakan yang diambil oleh PDRM bagi mengurangkan kadar jenayah adalah seperti … Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat Soalan Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan selain daripada merekrut lebih ramai anggota polis, apakah tindakan lain yang diambil oleh Kementerian bagi membendung peningkatan kadar [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pemimpin Pakatan Rakyat tidur ke ?

Posted: 17 Jun 2010 02:24 AM PDT


Kalau nak menang hati pengundi Malaysia, hati pengundi Melayu, pemimpin Pakatan Rakyat terutama di parlimen perlu lebih banyak mengetengahkan dan membela nasib rakyat pada masa kini. Antaranya ialah masalah saman ekor seperti di bawah ini. Jangan sibuk nak berpolitik sahaja, siapa nak jadi calon, siapa yang akan lompat parti. Masalah saman ekor ini sepatutnya dibahaskan di parlimen.

Sumber dari http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5770

KERAJAAN sedang perah rakyat..........

"Petang semalam aku sekali lagi ke balai polis untuk menyemak saman salah seorang kawan kerana tidak dapat membaharui road tax akibat disenarai hitamkan.Ada tiga saman yang tidak dilangsaikan yang berjumlah kesemuanya RM1,010-00 di mana salah satunya berjumlah RM750-00.Aku tidak tahu saman apakah ini sehingga kompaunnya berjumlah RM750-00 tetapi apa yang menarik perhatian aku ialah seperti semasa aku ke balai polis dulu, kali ini ada pula seorang hamba ALLAH yang menerima berita samannya berjumlah RM900-00 kerana blacklist juga.

Kali ini aku boleh mengesahkan cerita seorang kawan tidak lama dulu bahawa sekarang saman ekor juga diblacklist kerana jumlah saman hamba ALLAH tersebut juga hasil saman ekor seperti disahkan oleh kerani kaunter bayaran saman.Ini adalah secebis kisah saman menyaman polis dan JPJ terhadap pesalah pesalah jalanraya yang nampaknya terpaksa memikul beban membayar kompaun tanpa belas kasihan lagi dari kerajaan.Kerajaan sedang memerah keringat rakyat yang sebahagiannya turut melibatkan pengundi pengundi yang memberi undi kepada mereka kerana dana khas sebanyak RM300-00.
Memang sah kerajaan sekarang kekeringan duit dan memag sah kerajaan sedang menggunakan apa jua cara untuk memungut duit dari rakyatnya.Setiap hari kalau ke balai polis atau ke pejabat JPJ,pasti kita akan mendengar kisah kisah blacklist dan jumlah kompaun yang mesti dijelaskan oleh pesalah jalanraya tanpa ada perundingan lagi seperti masa masa yang lalu.Ada duit ker, tak ada duit ker saman mesti dijelaskan seperti ditetapkan.Ambik kau, rakyat Malaysia yang cuai dan baik hati.

Seperti kisah hamba ALLAH yang aku ceritakan tadi, senarai saman ekor yang diterimanya berjela jela, cuma 3 daripadanya sahaja diblacklist dan mesti diselesaikan untuk membolehkannya membaharui road tax.Aku tersenyum sendirian apabila beliau bertanya kerani kaunter saman tentang saman saman ekornya yang lain di mana kata kerani tersebut saman itu masih belum diblacklist dan tak perlu dibayar untuk membaharui roadtax, yang mesti ialah membayar saman yang dibalcklist itu sementara saman saman yang lain tu akan diblacklist kemudian.Ini bermakna, hamba ALLAH ini perlu menyusun semula pendapatannya dan bersedia untuk membayar saman saman yang lain yang pada jangkaan aku berjumlah ribuan ringgit melihat senarai semakan saman yang diterimanya.

Baiknya rakyat Malaysia kepada kerajaan berbaju batik lengan panjang dan berperut gendut.Pada bila bila masa kerajaan memerlukan duit, ada jalan mudah untuk memperolehinya.Kerana itu, polis trafik dan penguat kuasa JPJ diberikan qouta harian dan bulanan saman untuk dipenuhi.Yang gagal memenuhi qouta dianggap tidak cekap dan tidak membuat kerja dengan baik.

Barangkali inilah masanya untuk semua rakyat bersedia untuk memberi duit dengan lebih banyak kepada kerajaan berbaju batik berlengan panjang dan berperut gendut kerana tidak lama lagi negara akan menjadi negara berpendapatan tinggi di mana semuanya tinggi, harga gula tinggi, harga minyak tinggi dan harga mas kahwinpun tinggi.Yang jadi rendah ialah taraf hidup rakyat.Selamat menyerahkan RM(ringgit Malaysia) kepada kerajaan baju batik lengan panjang dan berperut gendut wahai RM(rakyat Malaysia).

Dari RM kerana RM untuk RM.....

Dah tiga tahun jalan Batu Pahat Johor tak siap siap

Posted: 16 Jun 2010 07:54 PM PDT


Projek menaik taraf jalan raya Batu Pahat-Parit Raja sejauh 20 kilometer ini khususnya pembinaan pembahagi jalan telah bermula lebih tiga tahun lalu. Persoalan yang timbul, bilakah projek ini akan disiapkan. Kami mendesak projek ini disiapkan kerana sebenarnya kos pembinaan projek ini adalah ditanggung boleh rakyat, sama ada ia daripada sumber kekayaan negara yang merupakan milik kita bersama atau pun daripada cukai yang dibayar oleh rakyat.

****************************

Utusan Malaysia 17 Jun 2010

Jalan raya sudah siap atau belum?

SEPANJANG bulan Mei 2010 saya telah menyaksikan tidak kurang daripada sepuluh kemalangan jalan raya yang berlaku di jalan raya Batu Pahat ke Parit Raja. Ini tidak termasuk bilangan kemalangan yang tidak dalam makluman saya. Ia meningkatkan lagi status laluan ini sebagai antara jalan yang paling bahaya di Malaysia berdasar kepada kekerapan kemalangan yang berlaku.

Statistik daripada sebuah akhbar tempatan baru-baru ini menyebut Jalan Kluang, yang menghubungkan Batu Pahat, Parit Raja dan Air Hitam merupakan penyumbang terbesar kemalangan yang berlaku di daerah Batu Pahat. Dalam empat bulan pertama 2010 sebanyak 395 kemalangan berlaku dijalan ini mengakibatkan 16 kematian. Ini merupakan peningkatan dibanding dengan 371 kemalangan dalam tempuh yang sama tahun 2009.

Antara punca berlakunya kemalangan yang tinggi ini adalah sikap pemandu dan juga keadaan jalan raya. Fakta-fakta di atas telah merangsang keprihatinan saya sebagai rakyat serta pengguna yang kerap menggunakan jalan raya berkenaan.

Projek menaik taraf jalan raya Batu Pahat-Parit Raja sejauh 20 kilometer ini khususnya pembinaan pembahagi jalan telah bermula lebih tiga tahun lalu. Persoalan yang timbul, bilakah projek ini akan disiapkan.

Ia seperti telah siap oleh kerana tidak ada lagi kerja-kerja yang dilakukan kecuali satu atau dua pekerja pada hari-hari tertentu. Ia mungkin belum siap sebab banyak lagi bahagian-bahagian jalan, di tempat tertentu yang dikorek dan ditinggalkan, serta sekatan dan halangan jalan di sana sini. Rakyat biasa pun boleh membuat kesimpulan bahawa projek pembinaan ini tidak dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan besar kemungkinan tidak mengikut piawai jalan raya masa kini serta keselamatan yang ditetapkan.
Keadaan jalan raya yang tidak siap ini juga menyebabkan lampu-lampu yang dipasang di sepanjang jalan ini tidak boleh berfungsi sekian lama. Ini juga menambah kesukaran kepada pengguna bahkan semakin membahayakan keadaan jalan terutama pada waktu malam atau pun hujan.

Mungkin pihak-pihak yang bertanggungjawab merasakan rakyat biasa seperti kami tidak perlu mengetahui masalah yang berlaku. Tidak mengapalah, tetapi kami mendesak projek ini disiapkan kerana sebenarnya kos pembinaan projek ini adalah ditanggung boleh rakyat, sama ada ia daripada sumber kekayaan negara yang merupakan milik kita bersama atau pun daripada cukai yang dibayar oleh rakyat.

Ini bermakna kami juga adalah pemegang saham kepada projek pembangunan dan naik taraf jalan raya tersebut. Kerajaan dalam konteks ini adalah pengurus yang dipilih oleh rakyat untuk mengurus kewangan dan aset negara.

Kami berharap mendapat ulasan daripada pihak bertanggungjawab dan yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini. Mungkin kita memerlukan kehadiran Timbalan Perdana Menteri atau pun Perdana Menteri sendiri untuk meninjau keadaan jalan ini atau juga menantikan kedatangan satu pilihan raya kecil di kawasan ini sebelum isu dapat segera diselesaikan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

SUKMA Melaka penganjur samseng peniaga dibelasah

Posted: 16 Jun 2010 07:49 PM PDT


Karnival Sukma tempat mereka menjalankan aktiviti perniagaan menjadi medan tempur akibat pihak penganjur didakwa menjalankan pengurusan ala samseng. Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan membangkitkan rasa takut peniaga sehingga dikatakan sebahagiannya meninggalkan tapak berkenaan meskipun Sukma berbaki tiga hari lagi.

*****************************
Kecoh karnival bertukar ganas
Sinar Harian 17 Jun 2010

Peniaga dakwa ibarat berada di medan pertempuran gara-gara pengurusan bertindak ala gengster

KRUBONG - Mereka ke Melaka untuk mencari rezeki, namun tidak pernah menyangka, kunjungan sempena kemeriahan Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di negeri ini mengundang episod hitam yang tidak mungkin dilupakan.

Semuanya gara-gara karnival Sukma tempat mereka menjalankan aktiviti perniagaan menjadi medan tempur akibat pihak penganjur didakwa menjalankan pengurusan ala samseng.

Itulah keadaan yang didakwa sebilangan peniaga yang menyewa tapak perniagaan di pekarangan Stadium Hang Jebat, Kompleks Sukan Krubong di sini terhadap penganjur aktiviti berkenaan sepanjang temasya Sukma yang sedang berlangsung kini.

Penganjur dikatakan menggunakan khidmat petugas kaki pukul untuk berurusan dengan peniaga di situ.

Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan membangkitkan rasa takut peniaga sehingga dikatakan sebahagiannya meninggalkan tapak berkenaan meskipun Sukma berbaki tiga hari lagi.

Peniaga makanan, Laisah Laing, 38, mendakwa, dia dicederakan beberapa petugas pihak penganjur.

"Kira-kira jam 10.30 malam, 13 Jun lalu, saya didatangi seorang perempuan dipercayai kakitangan pihak penganjur untuk meminta baki bayaran sewa tapak yang masih tertunggak.

"Namun, saya tidak membawa wang ketika itu dan meminta supaya bayaran tersebut ditangguhkan, sehingga keesokan harinya, namun, tidak dipersetujui petugas terbabit," katanya.

Laisah kemudian diminta membayar sedikit wang yang menyebabkan berlaku pertengkaran antaranya dengan petugas terbabit.

Keadaan bertambah tegang dan Laisah mendakwa, petugas tersebut tiba-tiba 'naik hantu' dan menterbalikkan meja jualannya serta cuba membaling objek ke arahnya.

"Dia seolah-olah hilang akal dengan menarik tudung saya hingga tertanggal dan menumbuk muka saya di sebelah kiri.

"Dalam keadaan kecoh, muncul seorang lelaki yang juga petugas penganjur dan turut menumbuk saya di lengan kiri," katanya.

Menurutnya, selepas itu, mereka melarikan diri dan dia cuba mengejar, tetapi dihalang peniaga lain.

Kesan daripada kejadian tersebut, peniaga wanita berkenaan mengalami beberapa kesan kecederaan di bahagian muka dan lebam di lengan.

Berikutan itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Minyak.

Sementara itu, peniaga mi sup yang enggan dikenali mendakwa, ditumbuk di bahagian muka hanya berpunca daripada aduan kejadian gangguan bekalan elektrik di gerai sewa mereka.

"Berlaku sedikit kekecohan antara peniaga dan pengurusan kerana elektrik terganggu malam itu.

"Bagaimanapun, esoknya saya dipanggil ke pejabat penganjur untuk memberi keterangan berhubung kekecohan yang berlaku, namun diserang beberapa lelaki," katanya.

Beberapa lelaki dikatakan menumbuknya di bahagian muka sehingga cermin matanya pecah, namun dia enggan membuat laporan kerana tidak mahu perkara berkenaan diperbesar-besarkan.

Peniaga itu mendakwa, setelah beberapa hari menjalankan aktiviti perniagaan di situ berlaku kira-kira tujuh kes pergaduhan antara pihak peniaga dengan penganjur sehingga ke peringkat ugut-mengugut serta keselamatan mereka terjejas.

"Saya serik untuk berniaga di sini terutama dengan pihak penganjur yang mengamalkan pengurusan seperti ini dan mengabaikan kebajikan penyewa mereka.

"Ini amat menjejaskan imej Melaka sebagai negeri pelancongan yang popular, apatah lagi di saat penganjuran sukan besar seperti ini," katanya.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah mengesahkan menerima beberapa laporan mengenai kejadian berkenaan, tetapi menjelaskan kes terbabit kemudiannya dapat diselesai secara aman antara kedua-dua pihak.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7825484.asp

Roboh rumah jika tidak setuju

Posted: 16 Jun 2010 07:45 PM PDT


Sinar Harian 17 Jun 2010

ALOR GAJAH – Keengganan pemilik dua Rumah Mesra Rakyat di sini menandatangani surat penyerahan surat dan kunci rumah menyebabkan mereka diberi kata dua.

Pemiliknya, Abdul Gapar Salam, 40, mendakwa, pihak berkenaan bertindak kurang wajar apabila memaklumkan akan merobohkan semula rumah tersebut jika mereka masih berdegil.

Menurutnya, dia menunggu lebih setahun untuk menduduki rumah dijanjikan.

Dia mendakwa, struktur pembinaan rumah itu yang berada dalam keadaan membimbangkan membuatkannya berasa tidak selamat.

"Saya ragu-ragu dengan kualiti bahan digunakan untuk membina rumah ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Dakwa Abdul Gapar, bahan menyokong struktur rumah tidak kukuh dan dikhuatiri membahayakan jika tidak diselenggara segera.

"Jumlah kayu yang menyokong bumbung rumah sangat kurang dan sudah lama. Apabila datang kontraktor lain untuk membaiki, mereka cuma menambah dan memaku semula kayu tersebut.

"Itu yang menyebabkan apabila cuaca hujan, siling rumah akan mula melembap dan berkemungkinan runtuh pada bila-bila masa," katanya.

Pemilik lain, Ziti Salwa Abdul Rahman, 40, mendakwa, mereka sekeluarga bimbang untuk tinggal di rumah itu kerana terdapat banyak masalah dalaman.

"Lantai retak yang sangat teruk hingga menyebabkan tiga kali ia dipecahkan dan disimen semula," katanya.

Menurutnya, lampu juga tidak berfungsi dan wayar elektrik tidak diselenggarakan dengan baik.

Dia mendakwa kecewa kerana aduan kepada pihak berkenaan tidak diambil tindakan sewajarnya.

"Dia datang cuma mahukan tandatangan. Jika kita terus menerima, mereka mungkin lepas tangan dan biarkan keadaan rumah ini terus begini," katanya.

Salwa berkata, dia bukan mahu merungut tetapi inginkan pembelaan supaya semua pihak berasa puas hati.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7824316.asp

Krisis gula, adakah berpunca duit subsidi habis ?

Posted: 16 Jun 2010 06:32 PM PDT



Pada 1 Januari 2010 harga gula telah dinaikkan sebanyak 20 sen satu kilogram ke RM1.65 di Semenanjung Malaysia dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak. Dah naik 20 sen pun sekarang ini hampir satu Malaysia tiada gula. Kenapa ? Adakah kerajaan tiada duit untuk bayar RM1.008 Billion subsidi gula untuk tahun ini ?

Kalau kerajaan tak bayar subsidi dan harga gula tidak boleh dinaikkan, pekilang nak jual ke mana ? Jual dalam Malaysia tanpa subsidi pekilang akan rugi. Peruncit dan pemborong tidak akan rugi.

Adakah pekilang terpaksa jual gula ke Thailand kerana harga gula di sana RM 2.50, atau ke Singapura kerana harga di sana RM3.05 atau ke Indonesia kerana harga di sana RM3.40 atau ke Filipina negara pengeluar tebu utama dunia kerana harga di sana RM3.62 ????

Atau pekilang yang mogok ???

Agaknya kalau harga gula di Malaysia dinaikkan RM2.45 sekilogram , esok semua kedai, semua pasaraya sudah ada gula gamaknya ?

***********************************

PUTRAJAYA: Sugar will cost 20 sen more per kg from today, with the new price being RM1.65 in the peninsula and RM1.75 in Sabah and Sarawak, it was announced yesterday.

He said the new sugar price, after the 20-sen increase, was relatively low compared with prices in other Asean countries such as Thailand (RM2.50 per kg), Singapore (RM3.05), Indonesia (RM3.40) and the Philippines (RM3.62).

He said the increase in the sugar price was necessitated by the rise in the price of raw sugar in the world market, and that the government still subsidised the price at 80 sen per kg or RM1.008 billion for the year.

http://www.theborneopost.com/?p=2220

Geraja dapat RM0.5 juta, masjid dibiar bocor

Posted: 16 Jun 2010 06:05 PM PDT


500 jemaah Masjid Kampung Pokok Asam, Klebang, Melaka terpaksa menunaikan solat di dalam masjid yang dibasahi air hujan gara-gara bumbungnya yang sudah lama bocor. Setiap kali hujan lebat, jemaah terpaksa menadah air hujan dari celahan bumbung yang bocor menggunakan besen dan baldi. Apabila hujan lebat, ketiga-tiga ruang ini tidak dapat digunakan akibat basah dan lebih menyedihkan apabila ada jemaah terpaksa pulang kerana kebanyakan ruang solat basah

Juga kisah masjid malang di Sabah http://amkns.blogspot.com/2010/05/kerajaan-tak-prihatin-siling-masjid.html

********************************
Jemaah kecewa tiada tindakan baiki masjid

Utusan Malaysia 17 Jun 2010

MELAKA 16 Jun - Permohonan telah dibuat, rayuan juga telah dikemukakan, namun sehingga kini masalah sama berlarutan malah kini semakin teruk.

Itulah dilema dihadapi kira-kira 500 jemaah Masjid Kampung Pokok Asam, Klebang di sini yang terpaksa menunaikan solat di dalam masjid yang dibasahi air hujan gara-gara bumbungnya yang sudah lama bocor.

Mereka mendakwa, permohonan menaik taraf masjid berusia 120 tahun itu sudah dibuat sejak November tahun lalu, namun belum mendapat sebarang jawapan.

Para jemaah mendakwa, rayuan masalah sama juga pernah dikemukakan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), namun hanya pelan struktur dikeluarkan tanpa memaklumkan bila kerja baik pulih akan dilakukan.

Salah seorang jemaah, Mahat Jais, 62, berkata, apa yang dibimbangkan keadaan masjid kini semakin uzur sehingga menyukarkan penduduk menunaikan ibadat.

"Bayangkan setiap kali hujan lebat, jemaah terpaksa menadah air hujan dari celahan bumbung yang bocor menggunakan besen dan baldi.

"Lebih teruk, ada jemaah dari luar yang tumpang bersolat di sini basah kuyup apabila hujan kerana tidak tahu keadaan bumbung yang bocor," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Seorang penduduk kampung berhampiran, Johan Ketot, 58, berkata, keadaan menjadi lebih tidak selesa apabila waktu solat Jumaat kerana hampir 500 jemaah menunaikan ibadat di situ.

Menurutnya, kecewa dengan aduan, rayuan dan permohonan yang seperti tidak diendahkan, pihak pengurusan masjid hanya mampu membaiki kerosakan itu sedikit demi sedikit menggunakan wang tabung masjid hasil sumbangan orang ramai.

"Saya amat berharap dan merayu kepada pihak berkenaan supaya dapat meninjau dan segera menyelesaikan masalah kami di sini," katanya.

Hashim Ayob, 53, pula mendakwa, antara bahagian masjid yang terjejas teruk ialah ruang solat hadapan, ruang solat wanita dan ruang imam.

"Apabila hujan lebat, ketiga-tiga ruang ini tidak dapat digunakan akibat basah dan lebih menyedihkan apabila ada jemaah terpaksa pulang kerana kebanyakan ruang solat basah," katanya.

Seorang lagi jemaah, Md. Tahir Ahmad, 50, berkata, permohonan pernah dibuat menerusi Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Katanya, permohonan kepada Perzim dibuat ekoran masjid berkenaan yang dibina pada tahun 1820 itu telah diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan juga Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya Negeri Melaka 1988 (Pindaan 1993).

"Pelan untuk menaik taraf masjid sudah pun disempurnakan dan kami diberitahu memerlukan sekurang-kurangnya RM800,000 untuk memulakan kerja-kerja menaik taraf masjid.

"Setakat ini, kami mendapat reaksi positif daripada beberapa pihak yang bertanggungjawab tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan membaik pulih masjid dilakukan walaupun sudah hampir empat kali dilaporkan oleh pihak media," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Sabtu Januari 9, 2010
GERAN BANTUAN SETENGAH JUTA TEMPATKAN SEMULA GEREJA - PM


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan geran bantuan berjumlah RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernancle bagi menempatkan semula gereja berkenaan.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/9/mstar_berita/20100109174041&sec=mstar_berita%5B/url%5D